Make Up Service By Cik Iena
Engagement : RM 200  |  Reception : RM 350  | Pre-Wedding RM200| Solemnization : RM 250  | Day/ Night Makeup/Dinner : From RM 150  | Photoshoot : From RM 150  | CONTACT PERSON : 013-6736215(sms dlu bru call yer)  |  Email: iena@ienaeliena.com  |  Fanpage

Thursday, June 3, 2010

Kebakaran awal pagi musnah impian peniaga Pasar Besar Tanah Merah


Tadi bukak FB tgk updates from
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) ..Terdapat kebakaran dkt Pasar Besar Tanah Merah..
kesiannyer peniaga2 tu..Kalau iena g tanah merah selalu gak ler g pasar besar tu..
owkay jom kiter bace berita nie eyy

Source From Baerita Harian AND Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

***********************************************************

TANAH MERAH: Lebih 30 peniaga Pasar Besar Tanah Merah di sini, kerugian besar selepas gerai masing-masing musnah akibat kebakaran, awal pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, memusnahkan 32 gerai beras dan buah-buahan yang terletak di tingkat bawah pasar berkenaan. Peniaga beras, Wan Hassan Wan Deraman, 59, berkata beliau mengetahui kejadian itu jam 2 pagi apabila dihubungi seorang pengawal keselamatan sebuah kedai berhampiran pasar terbabit. 

“Ketika saya tiba di pasar, keadaan gerai kami sudah hangus, semua tidak dapat diselamatkan lagi. Api yang marak, menyebabkan kami tidak dibenarkan masuk menyelamatkan barang niaga kerana faktor keselamatan. 

“Habis semua beras musnah menyebabkan saya terpaksa menanggung kerugian besar kerana empat lot beras dan buah-buahan yang diusahakan menempatkan bekalan bernilai kira-kira RM20,000. 

“Tiada apa yang mampu dikatakan melihat semua beras musnah sekelip mata. Beras hangus tidak boleh dijual lagi, mungkin sekadar sesuai bagi makan burung saja,” katanya di tempat kejadian. 
Peniaga, Che Esah Che Seman, 50, berkata beliau sukar percaya apabila mendapati gerai jualannya musnah sejurus tiba untuk berniaga di pasar itu pagi semalam. 

“Sedih barangan jualan saya musnah. Stok barangan yang saya simpan di sini untuk dijual menjelang Ramadan nanti sudah tiada. Saya tidak pasti punca kebakaran ini berlaku, mungkin masalah pendawaian elektrik, lagi pun pasar ini sudah lama beroperasi,” katanya. 

Pegawai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohammad Saamah, berkata pihaknya menerima panggilan jam 1.59 pagi sebelum berkejar ke lokasi bersama tujuh anggota dan sebuah jentera. 

Katanya, ketika sampai, pihaknya mendapati tingkat bawah pasar itu yang menempatkan gerai jualan beras dan buah-buahan sedang marak dimusnahkan api. 

“Api kebakaran dapat dikawal dalam masa 20 minit. Jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran itu masih dalam siasatan. 

“Berdasarkan pemerhatian awal, kami dapati 32 daripada 42 gerai yang berada di tingkat bawah, tidak dapat diselamatkan ekoran kebakaran yang berlaku. 

“Kita berharap semua peniaga bersabar dan berhati-hati dengan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangi risiko kejadian kebakaran,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fatah Mahmood, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau, turut melawat dan memberi sumbangan kecemasan kepada semua mangsa terjejas. 

 

 

*******************************************************************

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...