Hasrat lebih 100 pemilik butik pengantin dan katering mencari
pendapatan tambahan melalui penyertaan dalam Festival Pengantin Malaysia
Ke-11 bukan saja hancur, malah mereka turut kerugian lebih RM90,000.
Keadaan ini dipercayai berpunca daripada kegagalan pihak penganjur
festival membuat bayaran penuh kepada pengurusan Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) yang menyebabkan pihak pengurusan PWTC enggan membuka pintu
Dewan Tun Razak 2, di tingkat empat bangunan berkenaan.
Menceritakan kembali kejadian malang yang menimpa mereka, pengusaha
butik pengantin, Edyham Hazril Zainudin, 40-an, berkata dia menerima
pelawaan daripada syarikat penganjuran itu tiga bulan sebelum karnival
bermula.
“Saya membuat bayaran penuh berjumlah RM4,000 bagi sebuah ruang
pameran kecil sejak dua bulan lalu, namun kami hanya mengetahui mengenai
muslihat sebenar syarikat itu pada hari pertama festival bermula,
semalam (kelmarin).
“Pada pagi Jumaat, karnival yang
sepatutnya bermula jam 10 pagi terpaksa dilewatkan ke jam 1 tengah hari
apabila tiada staf mahupun pengurus syarikat itu tampil membuka pintu
dewan dan hanya seorang staf mereka muncul jam 12 tengah hari untuk
memaklumkan pihaknya ada masalah kewangan dengan pengurusan PWTC, namun
berjanji akan menyelesaikannya,” katanya ketika ditemui , semalam.
Beliau berkata, keadaan sama berulang semalam apabila pengurusan PWTC
tidak membenarkan mana-mana peserta untuk memasuki dewan berkenaan
kerana penganjur karnival gagal membayar sewa berjumlah RM90,000.
“Rata-rata peserta festival ini membuat bayaran penuh kepada
penganjur, namun kami tidak tahu punca mereka tidak membayarnya sehingga
menyebabkan kami mengalami kerugian akibat kecuaian mereka.
“Tidak cukup dengan itu, seorang peserta festival ini bermurah hati
membuat bayaran berjumlah RM40,000 hari ini (semalam) bagi membolehkan
kami meneruskan perniagaan, namun pengurus syarikat dan stafnya bersikap
lepas tangan dalam hal ini,” katanya.
Seorang lagi peserta festival, Datuk Jamal Md Yunos berkata,
meskipun pada mulanya mereka semua menghadapi masalah memasuki dewan
berkenaan untuk meneruskan perniagaan, namun hasil kata sepakat, jalan
penyelesaian dapat dicari.
“Kami sepakat mengumpul duit
sendiri dulu dan membayar kepada pengurusan PWTC bagi menjayakan
festival ini dan akan berurusan dengan penganjur festival bagi menuntut
balik wang terbabit.
“Ada peserta berbelanja lebih RM50,000
untuk menyewa ruang pameran di festival ini dan jika ia ditamatkan
begitu saja, kami akan rugi lebih besar,” katanya.
Beliau
berkata, festival berkenaan akan diteruskan seperti biasa sehingga jam
10 malam ini dan berharap orang ramai dapat memberi sokongan padu kepada
peserta karnival.
Jamal berkata, antara perkhidmatan
disediakan adalah andaman pengantin, perancang perkahwinan, fotografi
dan videografi, kad kahwin, cenderamata, perhiasan, aksesori, dewan
majlis perkahwinan, ejen perancang industri perkahwinan, pusat penjagaan
kecantikan dan perkhidmatan katering.
Bagaimanapun, jam
3.30 petang semalam, beberapa peserta karnival itu tampil membuat
laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berikutan rasa tidak puas hati
terhadap pihak penganjur yang menyebabkan mereka mengalami kerugian.
Sementara itu, usaha Metro Ahad untuk menghubungi syarikat penganjur festival itu gagal apabila talian telefon mereka ditutup.
&
Cik iena bru lpas pergi Festival pengantin ahad bru nie
tp bukan dkt PWTC
cik iena g kt PICC
opss
mase cik iena g pameran pengantin PICC ade teman FB sempat snap pic cik iena
cik iena xperasan pon..rase nye dia photographer(^_~)
dia ade post pic kt wall fb cik iena
hehehe mekasih ya
cik iena nmpk gemuksss
sblm g PICC cik iena suke syok sndri amek gmbr
hahaha style cik iena amek gmbr dr atas
supaye tak nmpk gemuks..
ehh berbalik pd kisah Festival pengantin malaysia PWTC tu
kalau tak silap cik iena,refer poster
organizer dia
Dirich Vision Sdn Bhd
Kesian kn kt mereka2 yg terlibat
walaubagaimanapun maybe dorang ade alasan tersendiri
hopes tak terjadi la lg cmnie
(^_~)
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)