Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Thursday, October 29, 2015

MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015



MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015
 
November ini merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta seni jalanan, karyawan, artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) 2015 yang julung kali diadakan di Lanai, Pusat Pelancongan
Malaysia (MaTiC). Festival Seni Jalanan atau dikenali sebagai ‘Street Arts Festival’ bukanlah
suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program
seperti ini dan ternyata dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan industri
pelancongan dan kebudayaan negara.

Festival yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 November 2015 bertujuan untuk
mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarakat
bandar atau urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Ini kerana ianya mampu
menjadi satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis dan karyawan serta
memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai.
Selain itu, festival seperti ini juga dapat membina dan membuka peluang perniagaan kepada
usahawan termasuk artis tempatan dalam industri kreatif dan makanan.

MSAF telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir
seperti konsert, kartun dan komik termasuk kemunculan karektor kartun terkenal BoboiBoy dan
Megamind; Persembahan serta Pertandingan Buskers dan Band Indie; Mural dan Graffiti;
Barber dan Clothing ; Perhimpunan ‘Bikers’; Pertandingan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer)
dan Trak Makanan (Food Truck). Barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi
kehangatan festival ini ialah Akim & Majistret, Bunkface, Lan Typrewriter, S.O.G, Ana Rafali,
Shiha, Ainan Tasneem dan Sakura Band. MSAF juga turut membawa pameran khas iaitu
Pameran ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini Auditorium dan Galeri MaTiC mulai 6 hingga 8
November 2015.

Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan MaTiC
sebagai salah satu ikon Pelancongan Kuala Lumpur dan pusat sehenti informasi pelancongan.
Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan memukau perhatian
anda! Jom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


read more

Wednesday, October 28, 2015

Baby Sofea Pelakon Kanak-kanak Travelling Beruang


Baby Sofea atau nama sebenarnya Nur Sofiyah Aisyah Bte Mohd Faez merupakan salah seorang pelakon kanank-kanak dalam Telefilem Travelling beruang yang akan disiarkan di TV3 pada 31 Oktober 2015 dan 1 November 2015. Baby Sofea memegang watak sebagai Yana dimana Yana merupakan anak tunggal kepada Adit yang dilakonkan oleh Ungku Ismail .  Untuk mengetahui sinopsis telefilem ini baca disini   SINOPSIS TELEFILEM TRAVELLING BERUANG.





Travelling Beruang
Travelling Beruang



Sinopsis Telefilem Travelling Beruang


Profail | Baby Sofea  


Nama Penuh : Nur Sofiyah Aisyah Bte Mohd Faez
Tarikh Lahir : 9 Jan 2017
Umur : 8 Tahun
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Hobi : MEnyanyi dan menari
Tinggi : 125 cm
Berat : 25 kg
Size Kasut : 33
Size Baju : M
Ukuran Badan : 30cm(shoulder) 54cm (waist) 61cm (chest) 92cm (hips)
Email : realbabysofe@yahoo.com.my
Instagram : @realbabysofea
Facebook : Baby Sofea


PENGALAMAN


TELEMOVIE

  • Jangan ambil lembu kami (Zul Saidi)
  • Misi Papa Aiman (Eoon Suhaimi)
  • Tesis Terakhir (Mat London)
  • Pesan dari tuhan(Erma Fatimah)

DRAMA

  • Jangan ambil lembu kami (Zul Saidi)
  • Kasih Malisa (wan cromox)
  • Surah buat maisarah (khalid nazri)
  • Puteri Labu (wan cromox)
  • Hanya dengan bismillah (Raja Ahmad)

MAJALAH

  • Seri Dewi & Keluarga - Idola Pilihan
  • Fesyen Si Comel
  • Si Comel Pilihan

TVC, VIRAL, PROMO, VO
  • Viral Elly & Epit
  • Lagi riuh macam-macam Aznil
  • Promo Sea Games
  • Promo World Cup
  • Promo Ceria PopStar
  • TVC Courts MAmmouth (Photoshoot,tv,akhbar,katalog)


Viral Elly & Epit merupakan titik permulaan Baby Sofea menonjolkan bakatnya dalam bidang lakonan.  


Viral Elly & Epit
Viral Elly & Epit



Viral Elly & Epit
Viral Elly & Epit




Telemovie Tesis Terakhir RTM merupakan lakonan pertama bagi Baby Sofea . Watak yang diberikan juga agak berat untuk lakonan pertama namun Baby Sofea berjaya melakonkan watak tersebut dengan baik .



Telemovie Tesis Terakhir RTM
Telemovie Tesis Terakhir RTM


Telemovie Tesis Terakhir RTM
Telemovie Tesis Terakhir RTM



Drama & Telemovie Jangan Ambil Lembu Kami di TV3




Drama & Telemovie Jangan Ambil Lembu Kami di TV3
Drama & Telemovie Jangan Ambil Lembu Kami di TV3

Drama & Telemovie Jangan Ambil Lembu Kami di TV3
Drama & Telemovie Jangan Ambil Lembu Kami di TV3




Telemovie Misi Papa Aiman
Telemovie Misi Papa Aiman TV3 & TV9

Telemovie Misi Papa Aiman TV3 & TV9
Telemovie Misi Papa Aiman TV3 & TV9


Drama Hanya dengan Bismillah RTM,

 Drama Hanya dengan Bismillah RTM

Drama Hanya dengan Bismillah RTM (Baby melakukan stunt dengan sendiri)

 Drama Hanya dengan Bismillah RTM

Drama Hanya dengan Bismillah RTM (Baby melakukan stunt dengan sendiri)





Baby Sofea Pelakon Kanak-kanak Travelling Beruang
Pesan Dari Tuhan



Pesan Dari Tuhan
Pesan Dari Tuhan

Pesan Dari Tuhan
Pesan Dari Tuhan


Drama Surah Buat Maisara
Drama Surah Buat Maisara




Drama Surah Buat Maisara
Drama Surah Buat Maisara


Drama Kasih Malisa
Drama Kasih Malisa




Baby Sofea Dalam Drama Kasih Malisa RTM1
Baby Sofea Pelakon Telefilem Travelling Beruang Dalam Drama Kasih Malisa RTM1
Isnin Hingga Khamis Jam 3.05 Ptg
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, October 28, 2015



Baby Sofea Pelakon Kanak-kanak Travelling Beruang
Idola Pilihan - Dato Siti Nurhaliza




Baby Sofea Pelakon Kanak-kanak Travelling Beruang
Fesyen Si Comel (baby & Firdaus Ghufran)




Baby Sofea Pelakon Kanak-kanak Travelling Beruang
Si Comel Pilihan


Baby Sofea Pelakon Kanak-kanak Travelling Beruang
TVC Court Mammouth (Photoshoot, Vo,TV,Catalogue,News Paper)

Baby Sofea Pelakon Kanak-kanak Travelling Beruang
TVC Court Mammouth (Photoshoot, Vo,TV,Catalogue,News Paper)




Baby Sofea Pelakon Kanak-kanak Travelling Beruang





Tayangan Amal Telefilem Travelling Beruang
Cik iena bersama Yuyun (tengah-tengah) dan baby sofea semasa tayangan amal travelling beruah tempohari :)


Sumber : Puan Kemaliah (Ibu Kepada Baby)  Terima kasih diatas maklumat dan kebenaran kak Kemaliah :)

Nota Blog : Jangan lupa saksikan Baby Sofea dalam telefilem Travelling Beruang yang bakal menyentuh hati anda (^_~) . Sediakan tisu bagi yang mudah menangis yer :)









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


read more

Yuyun Yuzlin Pelakon Kanak-kanak Utama Travelling Beruang


Yuyun Yuzlin atau nama sebenarnya Nurul Hikmah Bin Azliyuszaini merupakan salah seorang pelakon kanank-kanak dalam Telefilem Travelling beruang yang akan disiarkan di TV3 pada 31 Oktober 2015 dan 1 November 2015. Yuyun memegang watak sebagai Aisyah dimana Yuyun merupakan pelakon kanak-kanak utama di dalam telefilem tersebut.  Untuk mengetahui sinopsis telefilem ini baca disini -> SINOPSIS TELEFILEM TRAVELLING BERUANG.

Telefilem Travelling Beruang
Telefilem Travelling Beruang


Sinopsis Telefilem Travelling Beruang


Yuyun juga merupakan anak perempuan kepada Yuzz Murai pelakon Filem Polis Evo yang memegang watak sebagai Jemang . Ternyata Yuyun juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan seperti bapanya.

Yuyun Yuzlin pernah memegang watak utama di dalam slot cerekarama TV3 iaitu Malihah dimana Yuyun memegang watak Malihah yang ditayangkan pada bulan April yang lalu. Drama Malihah ini telah mendapat perhatian ramai . Baru-baru ini Yuyun dikhabarkan bakal di calonkan untuk katagori pelakon kanak-kanak terbaik mewakili TV3 untuk Anugerah Seri Angkasa pada tahun hadapan iaitu 2016. Tahniah di ucapkan buat adik Yuyun.

Drama Malihah
Drama Malihah


Yuyun Yuzlin dalam Drama Malihah TV3
Yuyun Yuzlin dalam Drama Malihah TV3http://www.ienaeliena.com/2015/10/yuyun-yuzlin.html?m=0
Posted by ienaeliena.com on Tuesday, October 27, 2015

Drama pertama yang di lakonkan oleh Yuyun adalah Drama Qarin(13 Episod)  yang sedang ditayangkan di TV1 pada setiap hari jumaat jam 10 pagi.


Drama Qarin
Drama Qarin



Drama Qarin
Drama Qarin


Drama Fail Riz (13  Episod) yang telah di tayangkan bermula pada penghujung bulan jun 2015, setiap sabtu pada jam 8.30 malam di TV9.




Drama Fail Riz
Drama Fail Riz


Yuyun Yuzlin dalam Drama Fail Riz TV9
Yuyun Yuzlin dalam Drama Fail Riz TV9http://www.ienaeliena.com/2015/10/yuyun-yuzlin.html
Posted by ienaeliena.com on Tuesday, October 27, 2015





Media hiburan raya 2015
Media hiburan raya 2015

Dumex TVC – 2010
#Dumex TVC – 2010

Profile | Yuyun Yuzlin


 
Age  :10 years 
D.O.B - 25th Aug 2005 
Height - 126’ 
Weight - 27kg 
Shirt Size - S - M 
Shoe size - 33-34 
Contact - 0128862209
Instagram : @yuyunyuzlin
Facebook : Yuyun Yuz-Lin

 

 

 

 

 

 

 

COMMERCIAL

# Dumex TVC – 2010
# Ku Mohon Concert Video Promo – Flytone Prod.

DRAMAs

# Qarin – RTM by PC Soft ( Supporting )
# Fail Riz – TV9 by Primeworks ( Main Cast )
# Malihah – TV3 by Xsense Studio ( Leading )
# Travelling Beruang – TV3 by Balang Rimbun
( Main Cast )



Tayangan Amal Telefilem Travelling Beruang
Cik iena bersama Yuyun (tengah-tengah) dan baby sofea semasa tayangan amal travelling beruah tempohari :)


Sumber : Puan Alin Sulung (Ibu Kepada Yuyun)  Terima kasih diatas maklumat dan kebenaran kak Lin :)

Nota Blog : Jangan lupa saksikan Yuyun Yuzlin dalam telefilem Travelling Beruang yang bakal menyentuh hati anda (^_~) . Sediakan tisu bagi yang mudah menangis yer :)



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


read more

Tuesday, October 27, 2015

Sinopsis Telefilem Travelling Beruang



Sinopsis Telefilem Travelling Beruang


Telemovie ini mengisahkan Adit(Ungku Ismail ), seorang ayah dan novelis, yang kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Pemergian anak tunggalnya itu juga menyumbang masalah kepada  rumah tangganya bersama Lisa ( Zara Zya ) .

Adit bertemu Aishah, anak rakannya yang juga mengalami nasib yang sama. Aishah yang semakin kritikal keadaannya, memiliki satu impian yang sama seperti arwah anak  Adit  iaitu untuk mengembara ke serata dunia. Namun disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan, Adit membuat keputusan untuk meminta kebenaran daripada ibu bapa Aisyah untuk meminjam Mr Bear bagi  mewakilkan Aishah, patung beruang tersebut merupakan patung kesayangan Aishah . Jadi Adit menggunakan patung tersebut untuk mewakilkan Aishah  menemani nya ke Luar Negara.

Adit yang selama ini hilang arah, tersentuh dengan permintaan anak kecil itu, lantas memulakan perjalanan mengembara bagi menunaikan permintaan terakhir Aishah.

Telemovie ‘Travelling Beruang’ akan  menemui penonton di TV3 pada 31 Oktober 2015  jam 9 malam untuk bahagian pertama dan bahagian kedua pada 1 November 2015 jam 9 malam .

Telemovie ni dibintangi oleh Ungku Ismail ,Zara Zya,Elizad Sharifuddin,Yana Samsuddin,Zulhuzaimy,Yuyun Yuzlin, Baby Sofea & ramai lagi.


Jom Baca Mengenai Telefilem ini

  1. Kempen Travelling Beruang
  2. Tayangan Amal Telefilem Travelling Beruang
  3. Kenali pelakon cilik Telefilem Travelling Beruang - Yuyun Yuzlin
  4. Kenali pelakon cilik Telefilem Travelling Beruang - Baby Sofea






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


read more

Monday, October 26, 2015

Cake Sense Portuguese Egg Tart


Pernahkah anda cuba Portuguese Egg Tart dari Cake Sense ?  Ianya sangat sedap, wangi dan lazat . Cik iena pasti  anda akan jatuh cinta dengan kulit rangup penuh dengan kastard telur lembut.



Cake Sense Portuguese Egg Tart


Cik iena merupakan penggemar Portuguese Egg Tart  sejak tahun 2007 . Cik iena mula mengenali Portuguese Egg Tart   ketika zaman belajar. Pada ketika itu cik iena hanya beli di Pasar malam berdekatan tempat belajar. Boleh dikatakan setiap minggu cik iena akan memakan Portuguese Egg Tart  . 


Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart

Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart



Selepas tamat belajar cik iena membeli Portuguese Egg Tart   di kedai-kedai roti . Diantara banyak kedai roti yang pernah cik iena beli cik iena tersangat menggemari Portuguese Egg Tart   daripada Cake Sense. Rasa nya berbeza daripada Portuguese Egg Tart  yang di jual di kedai-kedai roti lain. Seperti yang cik iena maklumkan anda pasti akan jatuh cinta keenakan nya, bau wanginya dan kerangupan kulitnya ditambah dengan kastad telur yang lembut dan cukup menyelerakan. 


Cake Sense Portuguese Egg Tart
jemput tengok isi dalam Cake Sense Portuguese Egg Tart, lembut je tau pasti memukau



Cik iena pasti, satu tidak mencukupi . Kebiasaan nya minimum cik iena akan makan dua Portuguese Egg Tart  . Tapi di Cake Sese cik iena mampu menghabiskan 3 Portuguese Egg Tart   sekali makan. Ouh besar nya perut cik iena . Itu baru sekali makan, belum masuk makan yang selepas-selepas itu kan (^_~)


Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart


Kepada anda di luar sana Jika anda ingin merasai  Portuguese Egg Tart cik iena cadangkan  anda  memcuba  Portuguese Egg Tart   daripada Cake Sense . Anda pasti teruja dengan keenakannya ! 
Ditambah lagi ianya di masak panas-panas untuk anda nikmati . Bukan Portuguese Egg Tart yang dah sehari dua okay . Tempoh hari ketika cik iena datang Cake Sense KLCC . Terlalu ramai pelanggan dan Portuguese Egg Tart dah habis . Selepas selesai makan tengah hari cik iena datang kembali sebab cik iena tau Portuguese Egg Tart akan sentiasa di bakar dan dibakar dan dibakar kerana ianya sangat mendapat perhatian ramai .
 

Nah tengok gambar bawah ni, memang segala menu di Cake Sence KLCC macam pisang goreng tau.



Cake Sense Portuguese Egg Tart
Kesemua nya macam pisang panas , habis cepat pada waktu lunch tapi jangan risau mereka akan bakar lagi


Untuk pengetahuan  Portuguese Egg Tart di jual pada harga

RM 12.60 Untuk 6 Pcs
RM 6.90 Untuk 3 Pcs




Cake Sense Portuguese Egg Tart




Cake Sense Portuguese Egg Tart
Travelling beruang cik iena pun suka Cake Sense Portuguese Egg Tart :)

 Wah , nampak tak cik iena borong Portuguese Egg Tart,
Cik iena nak belanja kawan-kawan office makan Portuguese Egg Tart
Sekali sekala minum petang ramai-ramai bersama rakan pejabat di pejabat memang meriah


Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart


 Nahhhh banyak kan borong, bukan Portuguese Egg Tart je tu. banyak lagi cik iena beli nak kongsi dengan kawan-kawan pejabat. Yang paling seronok di Cake Sense KLCC pekerja nya cukup peramah dan tidak berat mulut untuk mencadangkan makanan ape yang sedap yang sesuai untuk di cuba. itu yang jadi 3 beg plastik cik iena borong


Cake Sense Portuguese Egg Tart
taraaa borong sakan

 Terima Kasih kepada pekerja yang cukup budiman ini kerana melayan karenah cik iena yang kepochi nie



Cake Sense Portuguese Egg Tart
pekerja yang cukup baik hati melayan karenah cik iena



Cake Sense Portuguese Egg Tart
seronok kan kalau pergi kedai, layanan tiptop.. kita pun rasa nak datang lagi



Cake Sense Portuguese Egg Tart
keadaan kaunter yang sentiasa ada pelanggan


Cake Sense Portuguese Egg Tart
ehhh nak jugak bergambar depan cake sense cik iena nie :)

Menikmati keenakan  Portuguese Egg Tart bersama rakan-rakan pejabat



Menikmati keenakan  Portuguese Egg Tart bersama rakan-rakan pejabat
kalau tak selfie, bukan cik iena lah kan ops gambar selfie diatas bermake up yang tu pada hujung minggu, kalau cik iena pergi event memang bermake up. pergi kerja macam ni je tanpa make up. Yang atas tu cik iena ade event di GSC Tropicana City Mall. Haa kat sana pun ada Cake Sense tau. nanti cik iena bagi tau kat mana lagi cawangan nya

Menikmati keenakan  Portuguese Egg Tart bersama rakan-rakan pejabat
rakan pejabat cik iena pun akui keenakan portuguese egg tart


Okay selain daripada  Portuguese Egg Tart, cik iena juga cuba makanan yang lain. Jom tengok apa yang cik iena cuba

Euro Soft bread
Euro Soft bread berharga RM11.70
 Euro Soft bread ni sedap juga , tekstue roti yang lembut bersama kismis. Memang penggemar kismis akan menyukainya. Terdapat pelbagai jenis Euro Soft bread yang perlu anda cuba. Nanti cik iena cuba yang lain pula ya



Honey-B Cake
Honey-B Cake  RM 11.70

Cake ni tersangat lembut tau. Sedap sangat .cik iena suka. Sebelum ni pernah makan sponge cake tapi tak selembut ini. Tak dapat nak gambarkan kelembutan nya. Korang mesti cuba rasa. Patut lah tiap kali lalu Cake Sense KLCC tengok orang keluar dari situ bawa cake ni . Memang lembut, sedap. Cik iena rasa cake ni dia gunakan putih telur  sebab tu lembut .

 

Pandan Twinkie dan Chocolate twinkie RM4
Pandan Twinkie dan Chocolate twinkie RM4
 Pandan Twinkie dan Chocolate twinki pun lembut dimakan juga . 



Italian Grissini RM7.40
Italian Grissini RM7.40

Cik iena tak pernah makan Italian Grissini , ok lah setelah cik iena cuba. Boleh di terima perut





Mushroom Chiken Pie RM 12 (3pcs)
Mushroom Chicken Pie RM 12 (3pcs)
Cik iena juga merupakan penggemar Mushroom  Pie . Bila cik iena cuba Mushroom Chicken Pie memang tip top rasa dia tau. Beza dengan Mushroom pie tentulah yang ni ada ayam.hehe cik iena tak suka sangat ayam-ayam nie. kalau mushroom sahaja laju makan. Tapi bila makan Mushroom Chicken Pie ni  Sedap sangat. Mushroom dan ayam tu sangat berasa. Ada rasa lada hitam sikit. Kulitnya rangup. Alahai tergoda.. Auchh selepas Portuguese Egg Tart cik iena jatuh cinta pula dengan Mushroom Chicken Pie nie (^_~)


Wah panjang berceloteh. Okay lah untuk Maklumat Lanjut Boleh Layari

Facebook : Cake Sense
Instagram : @my_cakesense
Tel : 03-6272 1851
Fax : 03-6272 1831
Email : info@cakesense.com


Cawangan-cawangan Cake Sense


Petaling Jaya
No 19. Jalan SS 24/8 , Taman Megah
47301 Petaling Jaya
Tel/Fax : 03-7805 

Taman Tun Dr Ismail
No.26 Jalan tun mohd fuad, Taman tun dr ismail 
60000 Kuala Lumpur
Tel/Fax : 03-7727 0176

Tropicana City Mall
Lot LG-45 , Tropicana City Mall, jalan SS20/27 
47400 Petaling Jaya
Tel/fax : 03-7731 1908

Setia City Mall
Pot UG-K02, Setia City Mall , Persiaran setia dagang, Bandar setia alam, SEK U13
40170 Shah Alam

Suria KLCC
C03-C05, Suria KLCC Shopping centre, jalan ampang
50088 Kuala Lumpur
Tel/fax : 03-2163 5951


Paradigm Mall
Lot LG-30 , paradigm mall jalan SS7/26a , 
47301 Kelana jaya
tel : 03-7887 0189

Empire Shopping Gallery
Lot FK03A, First floor, Empire Subang, jalan SS16/1 
SS16, 47500 Subang ajaya
tel/fax : 03-5613 0189







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


read more

Mini Lazada