Konsep Permaijaya Sdn Bhd Pengurusan Syarikat Bermasalah


Hari ini Cik iena nak berkongsi Cerita mengenai Syarikat yang mempergunakan pekerja untuk kepentingan sendiri . Ini adalah untuk rujukan anda yang lain dan untuk pengajaran bagi semua orang termasuk Cik iena , keluarga, kawan-kawan dan pembaca .


Sekiranya anda di tawarkan bekerja di suatu tempat anda perlu menandatangani Surat tawaran kerja bagi memastikan hak anda sebagai pekerja terjamin . Ini terjadi di Konsep Permaijaya Sdn Bhd di mana syarikat ini mempunyai modus operandi yang tersendiri untuk memaksa pekerja menghantar surat RESIGN dengan rela hati.


Konsep Permaijaya Sdn Bhd

Cik iena kongsi apa yang terjadi pada hamba Allah yang dikenali dan percayai di mana beliau di paksa menghantar surat berhenti kerja dengan rela hati jika menolak tawaran penurunan gaji sebanyak RM 1000. Sedangkan gaji yang di tawarkan sebelumnya datang dari pihak syarikat tetapi di sebabkan Syarikat tersebut bermasalah,



Syarikat mahu menurunkan gagi pekerja sebanyak lebih kurang RM1000 dan sekiranya pekerja tidak bersetuju pekerja di paksa untuk menghantar RESIGN LETTER dengan alasan gaji tidak akan di masukkan jika tidak hantar surat berhenti.


Dan untuk pengetahuan setelah surat resign di hantar . Tarikh last kerja beliau yang dimaklumkan  adalah 11 Januari 2017 , gaji untuk     bulan Disember 2016 masih belum di perolehi di mana kebiasaannya gaji masuk pada tanggal 4 hb. Mungkin Syarikat nak bagi last day kerja atau tak bagi lansung. Nanti Cik iena akan update. (new update gaji bulan disember dapat pada 11 januari - gaji bulan satu masih belum di terima )



Konsep Permaijaya Sdn Bhd Pengurusan Syarikat Bermasalah


Konsep Permaijaya Sdn Bhd Pengurusan Syarikat Bermasalah



Konsep Permaijaya Sdn Bhd   menawarkan Gaji yang tinggi kepada pekerja akan tetapi tiada surat tawaran secara rasmi di keluarkan . Walaupun saban hari pekerja meminta surat tawaran ianya di lengahkan atas alasan tidak cukup kakitangan.


Disebabkan Taktik kotor mereka tidak mengeluarkan surat tawaran sah kepada pekerja ini membuatkan mereka sengan senang lenangnya menganiaya pekerja untuk menurunkan gaji dan memaksa untuk hantar surat berhenti jika tidak bersetuju .


Pilihan yang di beri cuma dua iaitu turun gaji atau hantar surat berhenti kerja dengan rela hati. Apabila pekerja meminta untuk majikan hantar sendiri surat perlucutan jawatan. Majikan enggan dan mengugut jika tidak hantar surat berhenti Gaji akan Hold (di sini tak faham apa maksud hold, mungkin gaji tak di beri lansung atau gaji di beri jika hantar surat berhenti)




Masalah Mohon Cuti Tahunan Tetapi Tidak Pernah DI Luluskan.



Kita sebagai pekerja ada hak untuk memohon cuti walaupun Unpaid Leave tetapi berbeza dengan
Konsep Permaijaya Sdn Bhd walaupun anda telah memohon cuti seminggu dua lebih awal. Ianya tetap tidak akan di luluskan sehingga memaksa pekerja mengambil Emergency Leave.





Sehari Ambil Emergency Laave Di Kenakan Surat Amaran.




Ini agak lucu  bagi Cik iena sepatutnya sehari masih okay . Tetapi di Konsep Permaijaya Sdn Bhd sehari keluar surat warning. Walau sehari EL . Tapi yang sebetulnya adalah keluarkan SUrat Tunjuk sebab kenapa EL terlebih dahulu . Sekiranya tidak dapat memberi surat tunjuk sebab barulah surat amaran di kenekan..



Sebab itu CIk iena katakan Konsep Permaijaya Sdn Bhd mempunyai  Pengurusan yang bermasalah . Cik iena tak pasti ianya sengaja atau mereka Hire HR yang tidak bertauliah.


Konsep Permaijaya Sdn Bhd  Tidak Masukkan KWSP


Ini juga masalah besar di mana dalam penyata gaji ada pemotongan KWSP akan tetapi hanya tipu. Tiada duit yang di masukkan ke dalam KWSP. Isu ini akan kami usulkan. Kami akan report .

Patut lah Ramai Berhenti di Konsep Permaijaya Sdn Bhd 


Ya ini yang dapat kami ungkapkan kerana sepanjang Hamba Allah tersebut  bekerja memang ada sahaja yang berhenti dan ada akan berhenti. Mungkin atas sebab yang sama. Jadi berhati-hati buat anda yang berhasrat bekerja di Konsep Permaijaya Sdn Bhd .

Fikir dulu sebelum terima tawaran Konsep Permaijaya Sdn Bhd



Disini Cik iena ingin memberi nasihat pada anda yang berhasrat bekerja di Konsep Permaijaya Sdn Bhd untuk berfikir terlebih dahulu. Cik iena sekadar berkongsi pengalamanHAMBA ALLAH YANG DIANIAYA OLEH Konsep Permaijaya Sdn Bhd.

Tapi jika di situ rezeki anda , anda perlu teruskan tapi sila pastikan anda mula bekerja apabila anda telah menandatangani SURAT TAWARAN KERJA yang sah beserta Polisi Syarikat . Ini penting untuk HAK ANDA sebagai pekerja .

Jangan mula bekerja sekiranya tidak di beri surat tawaran yang sah. Kerana mereka akan menggunakan modus operandi yang sama untuk memaksa pekerja berhenti jika tidak bersetuju atas penurunan gaji .

Baiklah Sekian coretan cik iena. Nanti Cik iena akan lampirkan bukti screenshoot majikan memaksa hantar surat resign dan bukti-bukti lain untuk rujukan anda yang sedang mencari kerja supaya ianya tidak berlaku pada anda.


Harapan untuk Konsep Permaijaya Sdn Bhd 


Cik iena berharap Konsep Permaijaya Sdn Bhd  berhenti menganiaya pekerja dan jadilah Majikan yang mengikut peraturan . Sila bagi Offer Letter yang Sah kepada pekerja. Dan Sila beri hak bercuti pda pekerja dan bukan REJECT semua cuti yang di apply pekejra.






  


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog