Grab The Promo

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Ramadhan 2020 semakin menghampiri kta. Ia merupakan bulan mulia yang dinanti-nantikan umat Islam . Ramai antara kita mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama-sama, tidak kiralah bersama teman, rakan pejabat, keluarga mahupun insan teristimewa dan ada juga yang mengadakan program amal berbuka bersama anak yatim . Terdapat banyak lambakan Buffet-buffet ramadhan yang berada di pasaran.

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Citarasa Kampungku Ramadan Buffet 2020 Di Utara, Hotel Armada Petaling Jaya

Ramadhan kali ini, Armada Petaling Jaya sekali lagi mengadakan Buffet Ramadhan di Utara . Bertemakan "CITARASA KAMPUNGKU", Hotel Armada Petaling Jaya menjanjikan  keenakan rasa masakakan kegemaran-kegemaran tradisional dan antarabangsa. Kali ini menggabungkan rasa masakan tempatan dan Jepun serta western.

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Hotel Armada Petaling Jaya menawarkan lebih daripada 100 hidangan yang disediakan, Chef Eksekutif, Chew Teik Chye dan Chef Sous, Alifah binti Kandar aka Chef Mommy menjanjikan untuk menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang akan menekankan pada pelbagai rasa dan aroma yang akan menawan selera tekak anda selepas seharian berpuasa.

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Menikmati hidangan berbuka puasa disini sememangnya akan mengimbau  kembali nostalgia anda dikampung bersama keluarga kerana  apabila anda menikmati hidangan masakan tradisional dan klasik seperti Kerabu, Cincalok , Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk. Selera anda akan bertambah lagi dengan  pelbagai Sambal klasik yang jarang dilihat oleh masyarakat bandar khususnya. Dengan adanya aneka sambap ini pasti membuatkan anda berasa teruja menikmati hidangan masakan disini.

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Buat penggemar  Kerabu, Hotel Armada Petaling Jaya menghidangkan  beberapa jenis kerabu tradisional Mangga, Kerabu nenas, kerabu kaki ayam dan kerabu udang. Menu kerabu ini adalah berbeza dari menu kerabu tahun sebelumnya.

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Untuk hidangan utama pastikan anda merasai beberapa hidangan Ramadan yang paling lazat dan asli seperti Laksa Thai, Bubur Lambuk, Sambal Udang Petai, Ketam Masak Gulai Siam, Ayam Berempah, Ikan Pari Masak Asam Pedas (Kawah), Daging Masak Hitam, Paru-paru Goreng Berlada, Rendang Itik, Sup Tulang Rusuk, Ikan Sembilang Panggang, Pucku Paku Goreng Belacan and the all-time favourite Siput Sedut Masak Cili Padi.

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Selein dari menu utama diatas anda juga boleh menikmati  Apam Balik, Daging Panggang,  Pelbagai Satay , Murtabak, Lidah Sapi dengan Air Asam, Ayam Percik Panggang, Roti Durian dan banyak lagi makanan yang terletak di sekitar kawasan Bakar-Bakar.

Terdapat juga hidangan pencuci mulut termasuk Kuih Melayu tradisional, pastri Perancis dan hidangan manis yang menggoda seperti Pengat Nangka dengan Sago,Ais cendol da pulut,Bubur gandum, bubur kacang hijau.

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Minuman sudah pasti tidak dapat di pisahkan dengan makanan .Antara minuman yang disediakan untuk anda menghilangkan rasa dahaga anda adalah air bandung, sirap selasih dan teh tarik.

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Kepada anda diluar sana khususnya yang berada di Petaling jaya dan kawasan yang berhampiran jangan lupa ambil kesempatan ini untuk merasa masakan tradisional yang sedap di Utara ,Hotel Armada Petaling Jaya .

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

VLOG FOOD REVIEW CITARASA KAMPUNGKU BUFFET RAMADHAN 2020 HOTEL ARMADA PJ

Gambar Makanan di Citarasa Kampungku Ramadan Buffet 2020 Di Hotel Armada Petaling Jaya

Berikut merupakan sebahagian gambar  hidangan masakan di  Citarasa Kampungku Ramadan Buffet 2020 Di Hotel Armada Petaling Jaya.

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
ikan pari masak asam pedas

sambal petai udang

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
pucuk paku goreng belacan

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
Ketam masak gulai siam

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
paru goreng berlada

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
ayam goreng berempah

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
daging masak hitam

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
nasi briyani

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
sup tulang

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
sup tulang

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
Thai Laksa

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
Aneka sambal dan ulam

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
kerabu nenas

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
sambal ikan masin

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
aneka jeruk

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
Nasi ulam

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
sambal kelapa

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
kerabu mangga

Cik iena juga berpeluang berjumpa dan berborak dengan Chef chew yang menyediakan masakan untuk buffet ramadhan pada malam food review tersebut. Chey chew sememangnya merupakan chef yang sangat peramah sentiasa tersenyum. Beliau sangat mementingkan kualiti keaslian rasa masakan beliau bagi memeikat selera pengunjung.

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya
bergambar bersama Chef Chew

Sedap sedap tau masakan Chef Chew masa malam tu. Chef mummy kebetulan tak sihat masa tu. Jadi anak didik beliau yang masak. Pandai mummy ajar anak didik mummy. Sedap macam mummy masak. Masa bulan ramadhan nanti mummy akan kembali beraksi tau. Gabungan masakan Chef Chew dan Chef mummy memang tak mengecewakan iena.

Harga Citarasa Kampungku Ramadan Buffet 2020 Di Hotel Armada Petaling Jaya

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Dewasa : RM 90.00  per pax
Kanak-kanak : RM45.00  per pax (6-12 tahun)
Tarikh Buffet :  24 April 2020 Hingga 22 May 2020

SAHUR (3 am to 5 am)
RM20 per pax

EARLY BIRD PRICE

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Dewasa : RM75 per pax
Untuk harga early bird price bermula sekarang sehingga 19 April 2020.

Untuk tempahan, sila hubungi:
 (03) 7954 6888 ext. 4557 Utara Restaurant (Halal Certified) or 018 222 0824

30 comments:

  1. Alahaii kemain banyak menunya, semua nampak sedap...ni kalau sekali dapat pergi, boleh duduk lama makan situ tak reti nak bangun hahahaha..
    Cantik baju Iena..

    ReplyDelete
  2. menarik sungguh menu-menunya tu..harga pun berbaloi dengan kepelbagaian menu yang ada...harap2 perintah mco ni jangan la berlarutan sehingga ramadhan...

    ReplyDelete
  3. Banyaknye menu dia. Puas hati dapat makan buffet ramadhan macam ni

    ReplyDelete
  4. Macam-macam pilihan buffet ramadan ni.. Rambang mata ni kalau makan kat sini.. Doa-doalah covid 19 ni reda sebelum ramadan, nak try makan buffet ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMinn..tu la harap sangat rantaian covid ni dpt d putuskan segera :(

      Delete
  5. banyaknya makanan dessert . sy ni pengemar makanan dessert. selalunya kebanyakkan buffet jarang letak dessert banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah dessert dia mmg bnyk..rambang mata di buatnya :D

      Delete
  6. mcm2 pilihan makanan ye kat sana... harga early bird pun boleh tahan murah utk makanan2 yg banyak tu... boleh la buat sebagai to go list for ramadan nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups btl tu harga dia mmg murah utk mknan sebanyak tu :D

      Delete
  7. Amboiii banyaknya pilihan makanan dan semua nampak menarik. Danlah akk oemibat selera kg.. kena cuba ni

    ReplyDelete
  8. Nampak meriah semua menu dan harga pun berpatutan. Moga virus covid ni cepat la terhapus jadi nanti leh la meriah beramai2 buka puasa cam dulu dulu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah harap sgt rantaian covid dpt d putuskan..nak rayeeeeeeeeeeee huhu

      Delete
  9. wah pandai posing la sis ni. meriah semua menu tu, insyaAllah semoga covid ni berakhir segera

    ReplyDelete
  10. Macam2 pilihan sajian ditawarkan di sini. Rasa x sabar nak masuk bulan puasa. Cendol dorg best sbb kuah santan dia sedap. Anyway, cantik baju Iena malam tu

    ReplyDelete
  11. Banyaknya lauk lauk best. Rindu pula bila teringat berbuka puasa makan ramai2 sambil bergelak ketawa. Mudah-mudahan la kita masih dapat merasainya bulan ramadan nantikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, mudah2 an rantaian covid dpt d putuskan..huhu risau gak ni

      Delete
  12. Banyak yer pilihan masakan kampung kat sini... semua menu nampak sedap. Harga pun berbaloi,lagi berbaloi untuk early bird price

    ReplyDelete
  13. Walaupun dekat gan rumah tapi x pernah lagi berbukan puasa kat sini. Nanti bolehlah cuba, tgok menu dia pun not bad dn harga pun tak lah mahal sgt

    ReplyDelete
  14. tak tahu la hotel tu cantik ataupun kak iena yang cantik haha menu dia banyak sedap kak. Best ni kalau buat event buka puasa dekat sini

    ReplyDelete
  15. uhuuuu kite tengah2 pepagi ni jenjalan tengok gambar makanan huwaa..

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve