Grab The Promo

Resepi Shitake Mushroom


Bersempena Perintah Kawalan Pergerakan ni, Cik iena mua tnaik video masakan kegemaran Cik iena. Kebiasaannya Weekday adik yang akan masak sebab Cik iena work from home. Jadi hanya weekend Cik iena berkesempatan untuk memasak.


Resepi Shitake Mushroom
Resepi Shitake Mushroom



 Disebabkan menu macam ni jarang orang masak jadi Cik iena nak kongsikan resepi Cik iena khusus buat anda yang gemar makan cendawan shitake ini.Mungkin ada yang suka makan Shitake tapi tak tahu macam mana nak masak Shitake ni. Jadi Cik iena kongsikan supaya anda juga boleh masak shitake sendiri di rumah.



Resepi Shitake Mushroom


Resepi Shitake Mushroom


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong dua
  • 1 Batang Cili merah di potong memanjang
  • 10 biji cili kering- gunting halus-halus
  • Daun kuchai
  • Cili benggala hijau+kuning+merah
  • Brokoli
  • Carrot
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis cap udang(kicap favorite)
  • Ajinamoto-secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air

    Resepi Shitake Mushroom
    Bahan-bahan Shitake Mushroom

     

Cara-cara Memasak Shitake Mushroom


  1. Tumis bawang putih dan cili kering sehingga naik baunya.
  2. Masukkan cendawan dan sedikit air kemudian tunggu 2-3 minit
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap manis dan cili benggala. Biarkan mendidih. .
  4. Akhir sekali, masukkan sayur brokoli dan carrot yang telah di celur dengan air panas dan daun kuchai. 
  5. Seterusnya letak ajinamoto, kalau suka masin boleh tambah sedikit garam tapi kalau Cik iena memang tak tambah garam sebab sos tiram ada rasa masin dan dah letak kicap manis. Tapi mungkin ada yang pemasin, boleh letak sedikit garam.
  6. Kemudian terus padam api dan hidang kan. Sebab apa terus padam api sebab iena dah celur dulu sayur brokoli dan carrot. Iena tak nak warna dia jadi tak cantik bila lama masak dengan sos tiram. Sebab tu gambar sayur iena cantik je segar.




Video Cara-cara Memasak Shitake Mushroom 





Macam mana? senang jer kan nak masak. Cik iena memang suke sangat makan cendawan shitake ni. Kebiasaannya kalau Cik iena makan sizzling yee mee mesti taknak ambil ayam. Cik iena akan tukarkan ayam kepada shitake mushroom.


Resepi Shitake Mushroom
Ni lah meu makan tengah hari iena hari ke 18 PKP. Dah bosan sangat buatlah video memasak :D



Kalau anda semua nak tau Cendawan Shitake ni boleh menurunkan tahap kolestrol. Jadi ianya juga digunakan untuk tujuan perubatan cina. Cendawan ini mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Boleh baca di http://www.ienaeliena.com/2010/02/cendawan-shiitake-turunkan-tahap.html







Nak Beli Hand Sanitizer and face mask ? Blh beli sini https://t.productlink.io/a16fcn [Ready Stocks] Instant Hand Sanitizer 120ML / 250ML / 500ML / 800ML / 1LITER, Alcohol 75% READY STOCK FACE COVER MASK MEDICAL 10 PCS LIMITED STOCK https://t.productlink.io/a16fco Bioion Germ-Free Deo-Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcp [READY STOCK] Alcohol based Instant Hand Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcq Disposable Poly Glove : https://t.productlink.io/a16fcr Goggles Clear Eye Protection Glasses : https://t.productlink.io/a16fcs Surgical face mask : https://t.productlink.io/a16fct






28 comments:

  1. sesuai sangat tengok menu sekarang ni, sebab tak tahu dah nak masak apa. haha. thank u share resepi sis iena :) bahan pun mudah.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap. tak pernah lagi makan shitake mushroom ni. nanti bolehlah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe shitake mushroom selalu ada dalam masakan siziling and claypot :)

      Delete
  3. sedapnya shutake mushroom ni. kalau masakan blackpaper mesti letak. thanks share

    ReplyDelete
  4. Oh masak sos tiram ye. Nanti bila beli cendawan Shitake bolehlah sis cuba. Suka try resepi mudah macam ni.

    ReplyDelete
  5. Rajinnya Iena memasak... bagus lah at least bantu org cari isea nak masak apa kan. Cuma resepi ni sis tak makan cendawan sgt maybe bole ganti lain kut. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe iena mmg suka mkn shitake..ni belajar dari kawan :D

      Delete
  6. Marina suka makan cendawan. Kadnag masak tomyam letak mushroom. Tapi bukan jenis shitake la. Thank you share. Boleh cuba resepi ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah kalau tomyam tak sesuai letak shitake dia akan menghilangkan rasa tomyam :D

      Delete
  7. sedap ni.
    lama dah tak beli cendawan shitake.
    buat sayur campur gini, sedapnya :)
    cendawan yg biasa kat rumah aida is cendawan tiram tu je.
    senang jumpa kat kedai depan rumah ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups cendawan tiram tu senang nak cari :)
      shitake ni biasanya kt supermarket la..kedai2 biasa macam kedai aceh takde..
      and cendawan shitake ni mahal siket dr cendawan biasa..

      Delete
  8. Mudah saja nak sediakan shitake mushroom ni ya. Rumah saya tak pernah lagi beli shitake mushroom ni sebab dalam rumah ni semua tak makan. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak ramai yang makan cendawan ni sebab rasa dia tak mcm cendawan biasa..

      Delete
  9. Nampak brocoli terus Sis tersenyum hehehe sebab Sis adalah brocoli lovers hahahaha...tapi memang resepi macam ni sedap, selalu kalau masak atau pergi memana review, kalau ada Sis makan ratah aje, sedapkan...

    ReplyDelete
  10. Fav sis mashroom ni tapi tak pernah masak sendiri. Kalau jumpa nak beli la..nak ikut resei iena ni

    ReplyDelete
  11. stitake mushroom!!! favourita de amour ni... sedap diratah begitu sahaja gitu... nampak mudah ye masa sis menyediakannya tu... insyaAllah balik KL ni nak masakkan untuk family terchentaaaa... thanks for sharing ya sis...

    ReplyDelete
  12. Alamak..
    Terliurrrr pulak tengoknyaaa..
    Tapi kalau masak gini tak tau ada geng makan ke tak..
    Nmpk menyelerakan sungguh..

    ReplyDelete
  13. za mmg suka makan cendawan lagi shitake ni sedap kot tapi husband tak makan plak sbb rasa dan bau tanah dia kan kuat skit... kena cari geng makan la.. apa kata kita g makan sama2..hahahah

    ReplyDelete
  14. Macam resepi sizzling skit2. Sedapnya mee sizzling lama xmaakan

    ReplyDelete
  15. Alaaa.. TB tengok pun lapar tau.. tapi TB tak boleh makan Mushroom / chitake lagi.. sebab tengah berpantang.. adoi.. terliur TB tengok tauu..

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve