Grab The Promo

MarryBrown Berbaloi Puasa Serendah RM9 Seorang

Bulan puasa ni adakalanya kita nak gantung kuali makan masakan luar kan. Cik iena nak kongsi promosi berbaloi-baloi untuk anda semua. Sepanjang bulan ramadhan Marrybrown menawarkan menu Berbolai Puasa pada harga cukup berpatutan. Diskaun sehingga 40% tau! Murah sangat harga tau dengan apa yang ditawarkan.

MarryBrown Berbaloi Puasa Serendah RM9 Seorang



kalau anda bijak membeli anda boleh dapat harga serendah RM9 seorang. yang ni anda perlu tak away di Marrybrown berdekatan lah sebab promosi yang ni buy 1 free one hanya sah untuk take away.

MarryBrown Berbaloi Puasa Serendah RM9 Seorang


Okay Cik iena kongsi lebih lanjut antara promosi yang ada ya.

  1. Berbaloi Puasa Family Meals 
  2. Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 (for takeaway only) 
  3. Berbaloi Puasa Istimewa Ramadan 


1. Berbaloi Puasa Family Meals 


Berbaloi Puasa Family Meals
Berbaloi Puasa Family Meals
Promosi berbaloi Puasa Family Meal ini ditawarkan untuk tempahan melalui penghantaran dan juga 'take away'. Promosi ini berlangsung dari 27 April sehingga 23 Mei 2020. Terdapat 3 set hidangan yang ditawarkan iaitu:-

  1. Berbaloi A Pada Harga RM24.90
  2. Berbaloi B Pada Harga RM49.90
  3. Berbaloi C Pada Harga RM79.90




Berbaloi Puasa Family Meals  : Berbaloi A




Berbaloi Puasa Family Meals  : Berbaloi A
Berbaloi Puasa Family Meals  : Berbaloi A




4pcs Chicken, 6pcs Chicken Nuggets, 1 French Fries (L), 1 Cheesy Wedges, 2 Coke (R)

Price From RM24.90
net Price RM43



Berbaloi Puasa Family Meals  : Berbaloi B



Berbaloi Puasa Family Meals  : Berbaloi B
Berbaloi Puasa Family Meals  : Berbaloi B


5pcs Chicken, 12pcs Chicken Nuggets, 2 Nasi Lemak MB, 2 French Fries (L), 1 Cheesy Wedges, 1 Coke 1.5L

Price From RM49.90
net Price RM75


Berbaloi Puasa Family Meals  : Berbaloi C



Berbaloi Puasa Family Meals  : Berbaloi C
Berbaloi Puasa Family Meals  : Berbaloi C


6pcs Chicken, 12pcs Chicken Nuggets, 4 Nasi Lemak MB,  2 French Fries (L), 1 Veggie Salad (L), 1 Cheesy Wedges, 1 Coke 1.5L

Price From RM79.90
net Price RM103.30

Semua harga dikenakan cukai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 6% dan berbeza-beza berdasarkan lokasi dan caj penghantaran.

2. Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 (for takeaway only) 


Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 (for takeaway only)
Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 (for takeaway only)

Promosi Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 menawarkan hidangan yang cukup popular dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan Marrybrown. Antaranya seperti Bubur Ayam MB, Cheesy Wedges, 6 pcs Chicken Nuggets, Chicken Sausage Burger dan Mushroom Soup.

Untuk pengetahuan promosi ini terhad kepada 3 penebusan untuk satu transaksi. Hanya ditawarkan untuk pembelian secara "Takeaway" sahaja. Promosi ini berlangsung dari 27 April sehingga 23 May 2020

Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Cheesy Wedges


Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Cheesy Wedges
Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Cheesy Wedges

10 pieces Cheesy wedges RM5.90

Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Chicken Sausage burger 


Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Chicken Sausage burger
Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Chicken Sausage burger
RM4.50

Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Chicken Nugets


Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Chicken Nugets
Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Chicken Nugets
  •  6 pieces Chicken nuggets RM7.50
  • 6 pieces Chicken nuggets RM13.90

Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Bubur Ayam


Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Bubur Ayam
Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Bubur Ayam
 Bubur Ayam Single RM6.50

Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Mushroom Soup 


Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Mushroom Soup
Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 Mushroom Soup
Mushroom Soup RM4

Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 French Fries



Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 French Fries
Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 French Fries

  • Regular Fries RM3.90
  • Large Fries RM5.20
  Semua harga dikenakan cukai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 6%.

Terma dan Syarat  Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1

  1. Penebusan terhad kepada tiga (3) tawaran untuk setiap transaksi.
  2. Tempoh promosi bergantung kepada budi bicara penganjur tanpa sebarang notis pemberitahuan.
  3. Penebusan hanya sah di cawangan Marrybrown yang  terpilih sahaja.
  4. Menu promosi mungkin berbeza mengikut lokasi.
  5. Tidak sah dengan diskaun, tawaran atau promosi yang lain.
  6. Sementara stok masih ada.



MarryBrown Berbaloi Puasa Serendah RM9 Seorang






3. Berbaloi Puasa Istimewa Ramadan 



Promosi Berbaloi Puasa Istimewa Ramadhan hanyalah untuk pembelian melalui penghantaran sahaja. di mana kita akan mendapat 2 set MB Combo Meals hanya daripada harga RM20 sahaja. Antara didalam set promosi Istimewa Ramadhan seperti Nasi Lemak MB Combo x2 @RM20, MB Hotouch Burger Combo x2 @RM20 dan MB Lucky Plate Combo x2 @RM22.

Promosi untuk pembelian penhantaran ini bermula dari 29 April - 23 Mei 2020.

Berbaloi Puasa Istimewa Ramadan
Berbaloi Puasa Istimewa Ramadan




2 Nasi Lemak MB Combo Hanya RM20



2 Nasi Lemak MB Combo Hanya RM20
2 Nasi Lemak MB Combo Hanya RM20



2 MB HotTouch Burger Combo Hanya RM20


2 MB HotTouch Burger Combo Hanya RM20
2 MB HotTouch Burger Combo Hanya RM20

2 MB Lucky Plate Combo Hanya RM22


2 MB Lucky Plate Combo Hanya RM22
2 MB Lucky Plate Combo Hanya RM22


  Semua harga dikenakan cukai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 6% dan berbeza-beza berdasarkan lokasi dan caj penghantaran.

Terma dan syarat Berbaloi Puasa Istimewa Ramadan:


1. Promosi hanya sah untuk pesanan melalui Foodpanda, GrabFood, MB Delivery, BiteRider dan DeliverEat (https://marrybrown.com/mb-delivery/)
2. Pihak Penganjur berhak untuk melanjut atau menamatkan tempoh promosi pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
3. Terhad kepada restoran MB yang terpilih sahaja.
4. Barang promosi atau konfigurasi mungkin berbeza mengikut lokasi.
5. Tidak sah dengan promosi, tawaran, baucar atau diskaun yang lain.
6. Sementara stok masih ada.


MarryBrown Berbaloi Puasa Serendah RM9 Seorang



Menarikkan promosi Marrybrown ni. Mana yang rumah berdekatan tu Cik iena rasa berbaloi untuk pergi Marrybrown boleh grab dua promosi iaitu  Berbaloi Puasa Family Meals  dan Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1. Tapi sebelum pergi marrybrown pastikan anda semak dibawah dahulu adakah Marrybrown yang anda ingin pergi tidak menawarkan perkhidmatan take away ini.

Marrybrown yang tidak menyediakan perkhidmatan take away di Musim PKP


1) MB JPO
2) MB Today's Mall
3) MB Forest City
4) MB Tanjong Balau
5) MB Genting Skyavenue
6) MB Genting Grand
7) MB GPO
8) MB Sunway Lagoon
9) MB IRDKL
10) MB Langkawi Underwater World
11) MB Greentown
12) MB Zoo Taiping
13) MB Afamosa
14) MB Midvalley Southkey
15) MB Kuala Lipis
16) MB Aeon Kulai
17) MB KKIA
18) MB KLIA
19) MB KLIA2
20) MB Toppen
21) MB Bukit Gambir
22) MB Ayer Hitam
23) MB Nilai
24) MB Mydin Meru
25) MB Kipmart Tampoi
26) MB Today's Market
27) MB Teluk Kemang
28) MB Dungun
29) MB Penang Sentral
30) MB Sarikei
31) MB Sibu
32) MB LIA
33) MB Arau
34) MB Bagan Serai



Pembelian Marrybrown Melalui Khidmat Penghantaran


Kalau yang mana rumah jauh tu boleh beli Marrybrown melalui perkhidmatan penghantaran makanan yang tersedia. Terdapat 5 Cara untuk anda membuat pesanan iaitu di

  1. MB Deliivery
  2. Foodpanda
  3. Grabfood
  4. Biterider
  5. DeliverEat
Pembelian Marrybrown Melalui Khidmat Penghantaran
Pembelian Marrybrown Melalui Khidmat Penghantaran





Untuk pengetahuan kesemua khidmat penghantaran ini bergantung kepada lokasi anda. Anda boleh semak terlebih dahulu samada ada penghantaran di buat ke kawasan perumahan anda. Dan perlu diingati bahawa kos penghantaran adalah berbeza mengikut kawasan.

Untuk pembelian boleh klik https://marrybrown.com/mb-delivery/



 
Pembelian Marrybrown Melalui Khidmat Penghantaran


 Menarik bukan tawaran daripada Marrybrown. Ada tawaran untuk take away dan juga penghantaran dimana dua-duanya amat berbaloi untuk anda dapatkan. Jangan lupa ya berbuka puasa bersama Marrybrown. Pasti berbaloi-baloi.


Marrybrown berbaloi family meal berbaloi A dan  berbaloi buy 1 free 1 Jadi Pilihan Cik iena


Untuk promosi berbaloi puasa ini Cik iena memilih berbaloi  puasa family deals berbaloi A untuk dua orang makan dan juga yang buy one free one.


MarryBrown Berbaloi Puasa Serendah RM9 Seorang

Kebetulan hari ni Cik iena shopping groceries di Giant ulu klang dan Village grocer melawati mall jadi Cik iena singgah Marrybrown melawati mall. Jadi dapatlah Cik iena grab promosi istimewa buy 1 free 1 . Untuk buy 1 free 1 Cik iena pilih Chicken Sausage Burger dan Bubur nasi Ayam.

Pengalaman Membeli Makanan di Marrybrown Semasa Perintah Kawalan Pergerakan fasa 4


Ini merupakan pengalaman yang agak menarik. Jarang-jarang sekali keadaan sekitar Melawati mall itu sunyi. Kebiasaannya ramai pengunjung tapi kali ini sunyi. Cuma ada orang yang membeli groceries di Village Grocer dan rider-rider grabfood dan foodpanda.


MarryBrown Berbaloi Puasa Serendah RM9 Seorang


Di Restoran Marrybrown memang kelihatan agak suram kerana banyak bahagian ditutup, nanti anda boleh lihat dalam vlog yang akan Cik iena upload kemudian. Di sini terdapat dua lorong, satu untuk rider grabfood dan foodpanda dan satu lagi untuk pesanan take away dari pelanggan.

Sebelum membuat pesanan dan melihat menu anda perlu memakai hand sanitizer yang disediakan. Untuk membuat pesanan pula anda tidak perlu ke kaunter, mereka letakkan meja dan disitu diletakkan menu-menu yang ada untuk pilihan anda. Untuk pengetahuan untuk pembelian take away ini hanya tunai sahaja diterima. Semasa ambil pesanan dan bayar juga akan ada staff yang menjadi perantara diantara anda dan juruwang.




MarryBrown Berbaloi Puasa Serendah RM9 Seorang


Untuk pesanan Cik iena , jumlah keseluruhan cuma RM37.80 sahaja. Banyak juga yang Cik iena pesan sebenarnya. Masa berbuka tak sempat pun habis semua. Simpan untuk sahur sekali. Memang banyak lah untuk dua orang makan tapi Cik iena jenis suka grab promosi yang ada. Promosi buy 1 free 1 tu memang tergoda sangat. Kalau tidak di stopkan oleh adik, Cik iena mungkin pesan banyak lagi.


MarryBrown Berbaloi Puasa Serendah RM9 Seorang


Secara keseluruhannya Cik iena berpuas hati dengan perkhidmatan di Marrybrown. Pekerja semua memakai mask dan menjaga jarak sosial. Selepas membuat pesanan juga pelanggan di minta duduk dahulu dan perlu pastikan jarak antara pelanggan yang lain jika ada.



MarryBrown Berbaloi Puasa Serendah RM9 Seorang


Selepas pulang dari melawati mall, setibanya di rumah Cik iena terus mandi.  Lepastu barulah update blog dan ambil gambar. Sebab tu baju lain ya tapi pada hari yang sama sej sebenarnya. Nanti boleh tonton dua vlog cik iena untuk hari ni di Channel youtube Cik iena. seronok berjalan jalan lengang mall kosong.




Untuk Maklumat Lanjut

IG: https://www.instagram.com/marrybrownmy/
FB: https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/
Website: https://marrybrown.com/
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/







18 comments:

  1. boleh tahan murah tu serendah rm9..bolehla siapa yg bujang tu nak beli utk makan. tengok family meal die pun boleh tahan ok jugak kan

    ReplyDelete
  2. Bnyak nye tawaran hebat berbloi dari marrybrown nie..buy 1 free 1 tue bestt..jom nnt kita serbu marrybrown..

    ReplyDelete
  3. banyak free nampak. hehe tempat saya takde awak. maklum la duk bandar koboi. boleh la saya war-warkan kat keluarga.

    ReplyDelete
  4. LH pun suka sangat makan marrybrown ni.

    ReplyDelete
  5. wah, meriahnya berbuka dgn MB, iena.
    lama tak jamu selera dgn MB. dulu rumah dekat je dgn MB di melaka mall.
    sejak pindah, tak lagi kerap makan situ.
    aida suka makan kat situ, iena, ada seat yg buaian :)
    anak2 santai je makan.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak makan Marrybroen. Tengok ni nampak sedap dan teringin lak.

    ReplyDelete
  7. berbaloi2 sangat ni, terliur tengok ayam tu. tapi area rumah ni taknak mb semuanya jauh2.. adeh

    ReplyDelete
  8. Serius memng murah.. Nad pun dh order.. Beli family meals. Sebba tinggal keluarga kan.ambil yang bpleh delivery. Lepas ni order lain pulaj.. Hehehe

    ReplyDelete
  9. wah sedapnya marrybrown. lama tak makan mb ni. tapi syg dkt kawasan rumah takda pulak marrybrown.

    ReplyDelete
  10. Tengok pada list MB yang tidak terlibat tak ada pula MB Sendayan. Hah maknanya bolehlah grab promosi yang MB promo. Memnag terlebih jimat dan murah kalau beli MB untuk berbuka puasa

    ReplyDelete
  11. Waaa ookay Johor ada dalam list tu, bolehlah nanti mencubanya...dengan RM9 memang ebrbaloi wooo, bulan pose ni belum ada makan ayam fastfood, ni nanti boleh try laaaaa

    ReplyDelete
  12. Wow...tawaran MB di bulan Ramadan memang berbaloi. Murah. Sis sekeluarga pun dah lama tak makan fastfood..nanti boleh la cuba.

    ReplyDelete
  13. Lengkap gilerrr info Iena ni. Akak rasa nak beli petang ni. Hahahaha. Moh ke MB Melawati Mall.

    ReplyDelete
  14. Uish berbaloi-baloi ni harga dia. Seronoknya kalau dekat dengan MB.

    ReplyDelete
  15. wah betullah nampak berbaloi puasa dengan set berbuka puasa oleh marrybrown ni. Kalau masak sendiri pun kadang-kadang kos masak tu lebih banyak walaupun makan untuk seorang dua. Terima kasih sharing

    ReplyDelete
  16. Wah set2 dia menarik2 juga.. Siap ada promosi buy 1 free 1.. Nnt bosan boleh la cuba MB

    ReplyDelete
  17. Banyak jugak tawaran juadah berbuka di marrybrown ya. Memang berbaloi-baloi dapat berbuka dengan juadah diorang ni.

    ReplyDelete
  18. Eh boleh masuk mall ye. Allah lama sangat tak keluar tapi kami tak boleh ke bandar. Sini pula macam takde je marrybrown. Uwaa

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve