Grab The Promo
Showing posts with label Dari Dapur Cik Iena. Show all posts
Showing posts with label Dari Dapur Cik Iena. Show all posts

Masak Tumis Sardin Tom Yam









menu org bujang yang paling senang nk masak dan cepat dimasak
hihi mlm nie cik iena bz wt so xdpt kua mkn dgn cik boy pren..
so msk je kt umh..
msk simple2 sudah..
nasib baek la sardin adabi kegemaran cik iena sentiasa ade d dapur

(^_~)



Bahan-bahan

  • 1 tin kecil sardin adabi
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Daun limau purut
  • 2 sudu besar cili giling adabi
  • garam secukup rasa
  • air dan minyak untuk menumis
  • Sebiji tomato dipotong empat



Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumisbawang besar dan bawang putih yang telah dihiris.
  2. Tunggu sehingga naik bau kemudian masuk kan cili giling adabi,sedikit air dan daun limau purut. Tumis lagi hingga naik bau.
  3. Masukkan sardin adabi dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak..
  4. Masukkan tomato dan tambahkan garam secukup rasa


nyummy mudah je kn..
menu org bujang bile malas + bz
(^_~)
knp cik iena ckp masak tumis sardin ala tom yam..
sebab daun limau purut yg digunakan tu
buat sardin nie ade rase tom yam..
nyummy
sedap..

tapi kalau letak daun limau purut jgn letak halia tau
bese nye cik iena masak sardin xde ltak daun limau purut pun..
letak halia yg dihiris halus..
tp kalau nk rase tom yam..
letak halia tenggelam la rase daun limau purut tu kn
so xyah letak halia yer..

kt sini pn cik iena x gune asam jawa or asam keping sb 
cili giling tu dh oredi ade bahan tu
dia da msam2 siket..
so xyah la gune asam jawa atau asam keping

gambar ni d ambil selepas selesai masak..
panas dr kuali..
hihihi
ops xnmpk plak tomato ye
hahah tomato da abes..
lg sedap kalau ade tomato..






nie sardin kegemaran cik iena



ini pulak cili giling kegemaran cik iena






taraaaaa
stok sardin adabi cik iena..
hihi agak2 bz xsempat masak
masak sardin je
(^_~)



Sekian..
selesai makan
sambung wt keje balik
(^_~)


Ikan Sela Kuning Masak Kicap


Resepi cincai2 dr cik iena..
masak sambil tgk citer BFF
hihihi cik iena masak asal boleh je..
tp rase nye cm okay je..



okies jom tgk resepi cik iena ye

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan selar kuning
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia - dimayang halus
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 batang cili merah
  • 5 batang cili api*
  • garam secukup rasa
  • air dan minyak untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • satu sudu sos tiram
  • Sebiji tomato


Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
  3. Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap,sos tiram dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan,tomato,cili merah dan biar lagi sampai kuah pekat.
  6. Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.



nyummy..
ni la resepi cik iena
(^_~)

Bayam Merah Tumis Air


Resepi mudah lagi berkhasiat..
tiada kolestrol..

Bahan-bahan

  • Seikat Bayam merah
  • 1/2 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • sedikit ikan bilis yg telah dikopek
  • garam secukup rasa
  • air


Cara-cara

  1. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama2 dengan ikan bilis dan air secukupnya .
  2. Tunggu sehingga bahan2 mendidih,kemudian masukkan sayur bayam merah yang telah dicuci bersih.
  3. Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.





SOTONG GORENG TEPUNG BAWANG


Wah menu apekah??
lain resepi yg dpt kt dr.google,lain resepi yg cik iena buat..
nie hasil gabungan dua resepi yg cik iena post sblm nie..(http://ienaeliena.blogspot.com/2011/12/sotong-goreng-tepung.html)
alkisahnye bertukar resepi sb serbuk kari & baking powder xder da..

So cik iena ubah ler serbuk kari ganti dgn serbuk "Knows Pasti Sedap"

lepastu ade bahan tambahan pulak
haishh gatai2 tgn ubah resepi..
cik iena tambah bawang..hihi bawang tu di potong dadu..



okiess jum tgk bhn2 n cara cik iena wat yer

Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong saiz sederhana
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
  • 2 sudu kecil serbuk knows pasti sedap
  • 1 biji telur
  • lada sulah
  • garam cukup rasa
  • bawang besar(potong dadu)
  • serbuk bawang putih

Cara-cara

  1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah,garam,sedikit serbuk cukup rasa knows dan serbuk bawang putih.
  2. Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, serbuk pasti sedap knows, telur,bawang(potong dadu),sedikit garam dan serbuk bawang putih, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.
  3. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.
  4. kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )
Nyummyyyyyyyy sedap nyeeeeeeee
yeayy da buat da mkn..dan da habes..
xsempat nk amek gambo..

wokiesssss
slmt mencube(^_~)



Sotong Goreng Tepung



Sotong Goreng Tepung



menarik & sedapje bunyi nye kn..
selalu mkn kt kdai je..xpenah masak sndri..
hahhh kali ni cik iena nk msk sndri laaa..
sotong ade tu dlm peti..nty blk nk wt la..okies nie ade dua resepi sotong goreng tepung yg cik iena jmp..

satu yg rangup di luar lembut d dalam..hah yg nie kelainan nye dia guna telur then salut tepung kt luar..
yg satu lg dia bancuh tepung..celup sotong kt bancuhan tepung..

dua2 cik iena nk try nty..

okies jom tgk resepi pertama yg rangup di luar lembut di dalam(^_~)

Sotong Goreng Tepung




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan

  4. Cara_tpg
    Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.


nyummmyyyyy
rangupnyeeeeeee

okies jom tgk yg resepi kedua pulak yer

Sotong Goreng Tepung




Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong saiz sederhana
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
  • 2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit,  step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.

  2. Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.

  3. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.

  4. kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )




Gulai Tempoyak Pucuk Ubi

Malam nie..rase cm malas nk masak bnyk2..
iena masak gulai tempoyak pucuk ubi jerk..
huhu nyummyyy cdap nyer..
semua bahan2 d bawa dr kampung mase balik kampung hujung mgu aritu..
huhu thanks mak sb membekalkan sayur2 kampung..


nie lah yg iena masak..nyummyyyy





hehe ni gambar mase tgh mkn..kehkehh da tinggal cket dlm mangkuk tu bru nk snap pic



Bahan-bahan : Secekak pucuk ubi {dihiris nipis & dikisar}
5 helai daun kunyit {dihiris nipis}
2 batang serai {dihiris nipis & dikisar}
2 batang serai {ditumbuk sedikit}
5 biji bawang merah {dikisar}
3 sudu besar tempoyak
10 biji cili padi {dikisar}
4 keping petai
1 biji santan pekat
ikan bilis {dikisar}
1 cm kunyit hidup{dikisar}
garam,ajinamoto dan gula Cara-cara :

1.Kisarkan bawang merah,cili,serai,kunyit hidup,daun kunyit dan ikan bilis
2. Masukkan tempoyak, santan, serai tumbuk dan bahan2 yg telah dikisar ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana
3. Masukkan pucuk ubi. Kacau perlahan
4. Masukkan garam,ajinamoto dan gula secukup rasa.
5. Siap untuk dihidangkan


Tips :PUCUK UBI PERLU DI REBUS TERLEBIH DAHULU...
REBUS SEHINGGA EMPUK OWKAY..
INFO : Vitamin C banyak didapati di dalam lobak merah dan pucuk ubi (
khasiat sayuran dan ulaman ).
Okayyy mau sambung jahit baju jap
;)

Ikan Singgang Kelantan

ikan singgang owh ikan singgang

Mlm ni iena masak ikan singgang n sayur buncis + carrot tumis..
hehe simple jer..
try masak ikan singgang klantan ..
mcm mkn kat 1 kdai nie..cdap tau ikan singgang dia..
mintak la resepi..
so iena pn masak ler..
tp masih tak same rase dia dgn kdai tu..
tp okay la cdap jugak..
pedasss..nyummmyyyyy




oppss..pic credit to google..hehe tak amek gambo pown td
Ikan Singgang Kelantan
Bahan-Bahan:
4 ekor kembong (huhu ikut suka la nk masak bpe ekor..ikan tongkol pn boley )

5 biji bawang putih (dihiris-akak kdai tu kate bnyk bwg putey lg sdap)

Sedikit lengkuas (di
hiris)


4 btg Serai (dihiris-hehe iena tgk akak kt kdai tu ltak bnyk serai hiris...nyummyyy cdap)

Garam dan serbuk perasa

15 biji cili api (perghhh pedas bru best)

Sedikit asam keping atau asam jawa
Cara:
Masukkan bawang putih,serai dan lengkuas dalam periuk bersama sedikit air sebagai kuah.



Apabila kuah mendidih, masukkan ikan
dan cili api . Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa





Kangkung oyster sos




Kankung oyster sos


hehe pic nie yg iena masak sndri..
rutin harian..balik keje terus masak..
wajib masak sayur..tu menu utama..
ala2 vegetarian la pulak
mlm ni mkn kangkung n goreng ikan je
ikan xyah ler letak..xcomel..kehkeh..
ikan goreng bese jer
senang je nk goreng kn
:)
owkay jom tgk cmner iena masak Kankung oyster sos

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 3 ulas bawang putih(d tumbuk - blender x sedap ok..rajin sket menumbuk tu)
  • 2 ulas bawang merah(d tumbuk - blender x sedap ok..rajin sket menumbuk tu)
  • 5 biji cili api(d tumbuk - blender x sedap ok..rajin sket menumbuk tu)
  • 3 biji cili besar(merah)(d tumbuk - blender x sedap ok..rajin sket menumbuk tu)
  • kankong- asingkan batang n daun
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis cap udang(kicap fevret)
  • garam- secukup rasa
  • ajinamoto-secukup rasa
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih,bawang merah,cili api dan cili merah yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.
  2. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
  3. Masukkan batang kangkung,- tunggu 2-3 min(agak2 je..tak penah tgk jam pun..kehkeh). .
  4. Akhir sekali, masukkan daun kangkung,garam dan ajinamoto secukup rase- padam api dan hidang kan.
hehe senang jer kn nk masak..
iena suke asingkan batang dgn daun
ade org masuk skali
tp nanti lembik laaa
tanak...xcedap..
so iena asingkan..bile agak2 batang dh cukup msk bru masuk daun then kacau rata..terus padam api..
xder la terkulai layu tanpa doa restu sayur tu..
kehkeh..lirik lagu pulak yer..
tak der la sayur lembik
:)
ehhh jap2..
kalau oyster sos dgn kicap manis tu boley gak d ganti dgn belacan
so jadi la kangkung goreng belacan..
iena x nk wat kangkung goreng blacan sb
iena ader resdung..
waaaaa..tak tahan wooo klu kene belacan..
kehkeh..sb tu belacan d ganti dgn oyster sos n kicap manis
:)
slmt mencuber yer..


JIKA RAJIN..SILA KLICK..






Shitake Mushroom Saderi




Shitake Mushroom Saderi


hehe pic nie yg iena masak sndri..
rutin harian..balik keje terus masak..
wajib masak sayur..tu menu utama..
ala2 vegetarian la pulak
owkay jom tgk cmner iena masak mushroom nie

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 2 batang daun saderi- potong mengikut citarasa
  • 5 biji cili kering- gunting halus-halus
  • daun kuchai (iena x letak..lupe beli..kehkeh)
  • cili benggala hijau+kuning+merah(huhu iena xletak sb xde..klu nk cantek ltak la..cantek n cdap tau)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis cap udang(kicap fevret)
  • garam- secukup rasa
  • ajinamoto-secukup rasa
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih dan cili kering sehingga naik baunya.
  2. Masukkan cendawan,batang daun saderi- tunggu 2-3 min.
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap manis dan cili benggala. Biarkan mendidih. .
  4. Akhir sekali, masukkan daun kuchai- padam api dan hidang kan.
hehe senang jer kn nk masak..iena mmg suke mkn cendawan shitake..slalu mkn sizzling yee mee mesti tanak amek ayam..tukarkn pd mushroom shitake..perghh mmg sedap..habis iena mkn tau..bese nye klu ltak ayam x abes mkn..ntah ler..xsuke ler ayam,danging..hehe..suke sayur-sayuran jer..sb tu ler kurus keding kot..kehkeh tinggi 165 berat 44kg..memang kepeng..kehkeh..
slmt mencuber yer..mber2 lain ade yg da cube n kate sedap..nyummyyyyy mmg cdap

INFO : CENDAWAN SHITAKE BOLEH MENURUNKAN TAHAP KOLESTROL klik sini tuk bace mengenai cendawan shitake


INFO : DAUN SEDERI BOLEH MERANSANG AKTIVITI SISTEM SARAF klik sini tuk bace mengenai daun saderi



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve