Grab The Promo
Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Hairy Mary di Publika Usahasama Dr.Por dan Ardell Aryana


Hairy Mary merupakan pusat rawatan yang menawarkan perkhidmatan membuang dan menyingkirkan bulu-bulu roma/rambut halus di badan dengan mengunakan teknologi terkini oleh parunding kecantikan yang terlatih. Untuk pengetahuan semua Hairy Mary bermula sebagai cawangan  kepada klinik estetik Dr Por, YS Clinic, yang cukup popular dalam perkhidmatan memberi rawatan anti penuaan, pigmentasi dan parut.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Dr.Por,Nadzmi Adhwa,Ardell Aryana, dan Cik iena


Hairy Mary diasaskan pada tahun 2018 dan kini telah mempunyai 3 cawangan yang berjaya dibuka dalam tempoh setahun. Cawangan yang pertama Hairy Mary adalah di Mid Valley, manakala yang kedua di Subang Jaya dan yang ketiga pula adalah di Publika yang mana secara rasminya dibuka untuk orang ramai pada 14 Disember 2019.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Dr.Por dan Ardell Aryana


Untuk pengetahuan, Dr Por Yang Sheng merupakan seorang doktor perubatan berlesen dan ahli Akademi Perubatan Estetik Amerika, beliau.merupakan pengasas kepada Hairy Mary. Namun istimewanya outlet Hairy Mary di Publika adalah pengurusannya secara kerjasama dengan selebriti dan usahawan Ardell Aryana yang begitu pengalaman luas dalam industri kecantikan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah faktor yang menyebabkan Dr.Por ingin bekerjasama bersama Ardell Aryana dan siapakah Dr.Por dan Ardell Aryana. Untuk pengetahuan mereka berdua merupakan saudara dimana Dr.Por merupakan pakcik kepada Ardell Aryana.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mengapa mereka bekerjasama anda boleh rujuk video sidang media yang telah cik iena lampirkan di penghujung artikel.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Ardell Aryana bersama suami tercinta Nadzmi Adhwa


Menurut Ardell ini merupakan perniagaan yang ketiga beliau ceburi. Ardell yang banyak berkongsi minat dalam bidang perniagaan bersama suaminya iaitu Nadzmi Adhwa sememangnya seorang yang sangat optimis dan kreatif secara tidak langsung boleh meningkatkan lagi perkembangan Hairy Mary di Malaysia. Dengan usahsama ini mereka menganggarkan akan membuka 6 cawangan Hairy Mary pada tahun 2020  di negeri  lain yang terpilih.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Bilik consultation


Menurut Dr Por Yang Sheng, semua perunding kecantikan di Hairy Mary adalah pakar dalam bidang ini yang mana mereka telah diberi kursus dan latihan dari mereka yang bertauliah. Kecekapan penggunaan teknologi mesin dan perundingan terbaik menjadikan kita tidak akan rasa was-was ketika mendapat rawatan di sini.

Terdapat beberapa bilik konsultansi dan rawatan di outlet Hairy Mary ini, jadi tidak akan ada masalah sekiranya terdapat lebih daripada seorang pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan pada satu-satu masa yang sama.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Bilik rawatan

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
THOR Light Laser


Rawatan di Hairy Mary adalah menggunakan teknologi Korea yang menggunakan THOR Light Laser iaitu rawatan laser yang terkini dan tidak menyakitkan langsung. Apa yang lebih menarik teknologi mensasarkan kawasan rawatan  dengan ketepatan yang lebih tinggi bagi mencapai kecekapan maksimum.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
THOR Light Laser


 “This laser emits a more concentrated burst in single wavelengths which means that individual hair follicles can be targeted and destroyed. Energy distribution is also more even. It’s quicker, so clients enjoy shorter treatment sessions,”

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por

Kemajuan inovatif dalam teknologi laser THOR menggabungkan sistem penyejukan yang dapat meminimumkan kerosakan kepada tisu sekeliling sekaligus mengurangkan kesakitan. Dan teknologi THOR sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan rambut. Ianya tidak seperti IPL yang kurang berkesan pada rambut kasar dan boleh menyebabkan kawasan yang dilakukan rawatan menjadi lebih gelap.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por


Bersempena dengan pembukaan outlet yang ketiga di Publika, Hairy Mary menawarkan promosi menarik kepada pelanggannya. Dengan hanya RM118, untuk rawatan selama 1 tahun (12 kali rawatan) untuk bahagian di badan yang terpilih. Namun tawaran ini hanyalah dibuka pada 14 dan 15 Disember 2019.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por


Tawaran ini sememang murah dan berbaloi.Jika dilihat pada harga asal, untuk satu rawatan bahagian tertentu sahaja caj yang dikenakan dalam RM150. Dan terdapat juga promosi rawatan lain yang diberikan sehingga  70% diskaun daripada harga biasa.



Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Cik iena bersama Ardell Aryana



 Majlis Perasmian Hairy Mary Publika





Sidang Media Hairy Mary Publika bersama Dr.Por dan Ardell Aryana




Untuk Maklumat Lanjut


Instagram : https://www.instagram.com/hairymary.co/
FAcebook : https://www.facebook.com/hairymary.co/
WhatsApp : https://wa.me/60182845887

Alamat
Hairy Mary Publika
A4-1-6 Solaris Dutamas
No 1 Jalan Dutamas
50480 Kuala Lumpur










Kekal Harum Dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion

Ramai wanita menginginkan kulit tubuh badan yang muda remaja walaupun usianya telah meningkat. Keremajaan kulit adalah berkait rapat dengan kelembapan kulit. Bukan kulit wajah sahaja perlukan kelambapan. Tubuh badan kita juga perlukan kelembapan untuk mendapatkan kulit yang cantik, sihat dan muda.


Kekal Harum Dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion
Kekal Harum Dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion

Maka dengan itu amatlah penting bagi kita untuk mengamalkan pemakaian losyen agar kulit kita kekal lembab sepanjang hari bagi mengelakkan kulit kering dan berkedut. Dalam zaman yang serba canggih ini terdapat pelbagai produk lotion yang tumbuh bagai cendawan. Ada diantara lotion yang hanya berfungsi sebagai lotion pelembab dan pemutih dan ada juga yang mempunya fungsi tambahan dengan pewangi .

Disini Cik iena ingin kongsikan lotion pelembab berpewangi yang cik iena sedang gunakan iaitu Enchanteur Perfumed Body Lotion.

Kekal Harum Dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion
Kekal Harum Dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion

Enchanteur Perfumed Body Lotion


Kekal Harum Dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion
Kekal Harum Dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion


ENCHANTEUR Perfumed Body Lotions memanjakan kulit anda dengan aroma yang indah sambil mengekalkan kulit anda dengan lembut dan halus.. Ianya hadir dengan 3 Jenis Perfume Body Lotion  iaitu Satin Smooth, 24H Moist dan Radiant White yang mempunyai beberapa Variasi Wangian seperti Stunning, Charming, Romantic dan Alluring.

SATIN SMOOTH BODY LOTION




Diformulakan dengan Satin yang tidak berminyak halus dan diperkaya dengan Aloe Vera dan Olive Butter untuk memberikan pelembapan dan pemakanan yang optimum. Penggunaan setiap hari mampu menjadikan kulit licin dan sangat lembut . Ianya terdiri dari 4 variasi wangian iaitu Stunning, Charming, Romantic dan Alluring.




ENCHANTEUR Stunning Satin Smooth Perfumed Body Lotion
ENCHANTEUR Stunning Satin Smooth Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma yang indah dari Mawar Turki, Gardenias dan Blackcurrent Buds )



  1.  ENCHANTEUR Stunning Satin Smooth Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma yang indah dari Mawar Turki, Gardenias dan Blackcurrent Buds )
  2. ENCHANTEUR Charming Satin Smooth Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma sensasi eksotik Rose, Muguet dan Cedarwood)
  3. ENCHANTEUR Romantic Satin Smooth Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma semulajadi yang indah dari Mawar Bulgaria dan White Jasmine )
  4. ENCHANTEUR Alluring Satin Smooth Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma Rose dan Iris yang dipertingkatkan dengan Vanilla )

24H MOIST BODY LOTION

ENCHANTEUR Charming 24H Moist Perfumed Body Lotion
ENCHANTEUR Charming 24H Moist Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma sensasi eksotik Rose, Muguet dan Cedarwood)





Diformulasi dari asas Aqua diaman ianya  tidak berminyak pada kulit. ENCHANTEUR 24H Moist Body Lotion dikatakan mampu menjadikan kulit anda licin  dan lembab sepanjang hari dimana ianya juga telah terbukti secara klinikal untuk pelembapan segera sehingga 24 jam .

ENCHANTEUR Romantic 24H Moist Perfumed Body Lotion
ENCHANTEUR Romantic 24H Moist Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma semulajadi yang indah dari Mawar Bulgaria dan White Jasmine )


Losyen ini Mengandungi Rose Water, Ekstrak Lily Putih dan Minyak Zaitun Murni untuk kulit yang sihat dan sihat. Ianya terdiri dari 3 variasi wangian iaitu  Charming, Romantic dan Alluring.


  1. ENCHANTEUR Charming 24H Moist Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma sensasi eksotik Rose, Muguet dan Cedarwood)
  2. ENCHANTEUR Romantic 24H Moist Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma semulajadi yang indah dari Mawar Bulgaria dan White Jasmine )
  3. ENCHANTEUR Alurring 24H Moist Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma Rose dan Iris yang dipertingkatkan dengan Vanilla )

ENCHANTEUR Alurring 24H Moist Perfumed Body Lotion
ENCHANTEUR Alurring 24H Moist Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma Rose dan Iris yang dipertingkatkan dengan Vanilla )



RADIANT WHITE BODY LOTION

ENCHANTEUR Alluring Radiant White Perfumed Body Lotion
ENCHANTEUR Alluring Radiant White Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma Rose dan Iris yang dipertingkatkan dengan Vanilla )



Ianya Dirumus khas dengan Vitamin C dan Licorice Extract untuk meringankan dan melembapkan kulit anda sambil melindungi dari sinar UV. Losyen ini digunakan setiap hari untuk kulit licin yang licin dan berseri.Hadir dengan  3 variasi wangian iaitu  Charming, Romantic dan Alluring.


  1.  ENCHANTEUR Charming Radiant White Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma sensasi eksotik Rose, Muguet dan Cedarwood)
  2. ENCHANTEUR Romantic Radiant White Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma semulajadi yang indah dari Mawar Bulgaria dan White Jasmine )
  3. ENCHANTEUR Alluring Radiant White Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma Rose dan Iris yang dipertingkatkan dengan Vanilla )

Cara Penggunaan.


Kekal Harum Dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion
Kekal Harum Dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion

Selepas mandi, sapukan  Enchanteur Perfumed Body Lotion pada tubuh badan.


Review Enchanteur Perfumed Body Lotion



ENCHANTEUR Charming 24H Moist Perfumed Body Lotion
ENCHANTEUR Charming 24H Moist Perfumed Body Lotion


Antara Enchanteur Perfumed Body Lotion yang Cik iena telah cuba adalah

  1. ENCHANTEUR Charming 24H Moist Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma sensasi eksotik Rose, Muguet dan Cedarwood)
  2. ENCHANTEUR Romantic 24H Moist Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma semulajadi yang indah dari Mawar Bulgaria dan White Jasmine )
  3. ENCHANTEUR Alurring 24H Moist Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma Rose dan Iris yang dipertingkatkan dengan Vanilla )
  4. ENCHANTEUR Alluring Radiant White Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma Rose dan Iris yang dipertingkatkan dengan Vanilla )
  5.  ENCHANTEUR Stunning Satin Smooth Perfumed Body Lotion (Terdiri dari aroma yang indah dari Mawar Turki, Gardenias dan Blackcurrent Buds )

Kekal Harum Dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion
Kekal Harum Dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion


Tekstur Enchanteur Perfumed Body Lotion sangat mudah meresap dan tidak melekit. Ianya juga sangat harum menusuk kalbu serta memberi kelembapan berpanjangan pada kulit. Pada yang tidak gemarkan haruman yang kuat menyegit mungkin kurang gemar tapi Cik iena suka akan haruman-haruman Enchanteur Perfumed Body Lotion.


ENCHANTEUR Stunning Satin Smooth Perfumed Body Lotion
ENCHANTEUR Stunning Satin Smooth Perfumed Body Lotion

Harumannya juga tahan lama dan sesuai di pakai untuk kegunaan harian . Terdapat pelbagai variasi haruman dengan 3 jenis losyen yang mempunyai kegunaan dan kelebihan tersendiri. Losyen ini juga sangat mudah di dapati di mana-mana kedai dan juga pasaraya. Selain daripada itu ianya juga boleh di beli secara dalam talian di Lazada


Rating

9/10


Untuk Maklumat Lanjut :


Website : http://enchanteur.com.my
FAcebook : https://web.facebook.com/EnchanteurMY/









Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Nando's yang merupakan salah sebuah rangkaian restoran terulung di Malaysia, sebuah jenama ikonik yang digemari di seluruh dunia dan terkenal dengan ayam panggang PERi-PERi telah  meraikan hari jadi nya yang ke-20 di Malaysia.


Daripada permulaannya yang sederhana di Jalan Telawi, Nando's telah berkembang menjadi restoran kegemaran di kalangan penggemar ayam bakar tempatan. Nando's telah berjaya menawan hati rakyat Malaysia dengan rasa unik ayam bakar dan sos PERi-PERi.Jenama Nando's bukan sahaja memperkenalkan kepada rakyat Malaysia ayam yang begitu enak, malahan terdapat pelbagai hidangan lazat lain yang membuat mereka kembali berulang kali ke Nando's.


Nandos Rai Ulang tahun ke-20
(Dari Kiri) Stephen Chew, CEO Nando's Malaysia, Barry Yoong, Pembantu Eksekutif kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nando's Malaysia dan Singapura, Mac Chung Lynn, CEO Kumpulan Nando's Malaysia dan Sinagpore, Azuar Mohamed, Pengurus Perniagaan dan Barcelos the Cockerel secara rasminya Barcelos the Cockerel secara rasminya officially kicking off the Nando’s 20th Birthday Bash

Sebaik sahaja restoran Nando's ditubuhkan di Malaysia, PERi-PERi Nando’s yang tersendiri telah merebak seumpama api apabila ramai pelanggan telah merasai kepedasan yang begitu enak. 



PERi-PERi Nando’s

Untuk pengetahuan semua Cili yang di gunakan untuk membuat sos PERi-PERi adalah dari cili yang ditanam sendiri dengan bantuan lebih daripada 1,400 petani bebas di Afrika Selatan. Sos PERi-PERi dihasilkan dengan beberapa ramuan asas seperti bawang, minyak zaitun, herba, lemon segar dan bawang putih .


"Kami memang teruja untuk mencapai detik penting ini di Malaysia. Apabila kami mula-mula memperkenalkan diri, saya percaya kami telah menarik perhatian para penggemar ayam di luar sana. Kami adalah unik serta menawarkan perisa baru kepada orang ramai dan ini menjadi satu pengalaman yang menarik untuk semua orang. 20 tahun telah berlalu dan kami masih menyemarakkan selera peminat kami yang menakjubkan di samping menarik minat beberapa pelanggan baru juga. Cili kecil ajaib kami yang dipanggil PERi-PERi adalah puncanya kerana ia adalah intipati serta sumber kepedasan kami dan ia benar-benar unik kepada Nando’s," kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando's Malaysia.

Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Nandos's Mengutamakan rasa diikuti dengan kepedasan, sos PERi-PERi Nando’s tidak bersifat 'pedas secara langsung' seperti sos cili lain. Ayam-ayam itu diperap dalam sos selama 24 jam dan kemudian dilumur dengan pilihan tahap kepedasan bermula daripada Lemon & Herb hingga ke Super Hot yang berapi-api.

Jenama ini yang hampir mencapai status kultus di Malaysia turut menawarkan sos PERi-PERi yang boleh dibeli di pasaran oleh peminat untuk kegunaan di kediaman mereka. Jadi penggemar Sos PERi-PERi Nando’s boleh menikmati sos PERi-PERi Nando’s setiap hari di rumah. Cik iena sendiri adakalanya menggantikan sambal belacan dengan sos PERi-PERi Nando’s.


Nando's Rai Ulang tahun ke-20


"Ini adalah satu detik penuh kehormatan yang membanggakan kerana kami berjaya beroperasi di sini selama dua dekad. Malaysia memang sesuai untuk Nando’s  kerana keunikan Malaysia daripada segi kepelbagaian, hospitaliti dan nilai-nilai kekeluargaan mencerminkan nilai-nilai yang disanjungi oleh Nando’s. Di Nando's, kami percaya bahawa pelanggan serta pengalaman adalah perkara yang penting; dan ia sangat memuaskan untuk melihat begitu ramai penggemar menikmati pengalaman Nando’s dengan sepenuh hati," tambah Chew.


Fakta-fakta Menarik mengenai PERi-PERi

Nando's Rai Ulang tahun ke-20


•  Cili PERi-PERi adalah unik kepada Nando's

•  42,000 cili diperlukan untuk mengisi satu beg 14kg dan 25,000 beg dipenuhi setiap tahun – jumlahnya adalah lebih daripada satu bilion cili!

•  Setiap kilang cili menghasilkan kira-kira 300 cili yang dipilih dengan tangan dan dipetik satu demi satu

•  Mereka juga diasingkan dengan tangan dan dikeringkan secara semula jadi di bawah sinaran matahari Afrika

•  Cili PERi-PERi mengandungi ‘capsaicin’ yang memberikan kesan 'terasa baik' – anak mata anda akan membesar dan kadar metabolisme anda akan meningkat apabila anda merasakan peningkatan endorfin

•   PERi-PERi juga kaya dengan Vitamin A, B dan C


Majlis Ulang Tahun ke20 Nando's Malaysia di The Waterfront, Nando’s Desa Park City, Kuala Lumpur.




Alhamdulillah Cik iena berkesempatan menghadiri Majlis ulang tahun Nando's yang ke-20 . Majlis berlansung cukup meriah dengan kehadiran media, blogger, artis, social media incluencer serta beberapa tetamu lain.

Nando's Rai Ulang tahun ke-20



Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Disini juga CIk iena sendiri berpeluang untuk membuat sendiri sos PERi-PERi Nando’s  dengan bantuan pekerja Nando's. Dah lama rasanya Cik iena tak menggunakan lesung batu sebab biasanya guna blender sahaja di rumah. Agak kekok namun berjaya juga CIk iena hasil kan sos PERi-PERi Nando’s .


Berikut merupakan antara gambar yang sempat cik iena ambil semasa majlis hari jadi tersebut.

Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Nando's Rai Ulang tahun ke-20


Nando's Rai Ulang tahun ke-20



Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Nando's Rai Ulang tahun ke-20


Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Nando's Rai Ulang tahun ke-20

Untuk maklumat lanjut :



Menu Baru Seafood Bonanza di Suds & Lattes

Rakyat Malaysia sememangnya gemar menikmati makanan laut dan ianya tidak dapat disangkal. Dengan anugerah kawasan pantai dan perairan laut yang luas, makanan laut sudah menjadi menu utama di Malaysia sejak awal tanah air ini dihuni manusia.

Menu Baru Seafood Bonanza di Suds & Lattes


Terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan laut di bandar-bandar mahupun di luar bandar. Namun harga yang ditawarkan adakalanya mahal tambahan lagi untuk restoran yang Hipster dan unik. Berbeza dengan Suds And Lattes Mutiara Damansara, mereka menawarkan  Menu baru Seafood Bonanza pada harga yang berpatutan .

Untuk pengetahuan makanan yang di hidangkan disini mempunyai kualiti premium beserta dengan servis dan keselesaan yang di tawarkan pada harga yang sangat berpatutan.


Menu Baru Seafood Bonanza di Suds & Lattes


Suds And Lattes Mutiara Damansara


Sebelum Cik iena cerita tentang menu baru tersebut . Suds And Lattes Cafe merupakan sebuah kafe yang boleh dikatakan unik dimana ianya menawarkan perkhidmatan kafe dan juga perkhidmatan Dobi. Menurut pemilik Suds And Lattes  Puan Zalina, idea perniagaan ini muncul apabila kebanyakan dari pelanggan yang datang bertanyakan mengenai minuman di sini.


Menu Baru Seafood Bonanza di Suds & Lattes



Bermula dari situlah tercetusnya idea tentang perniagaan kafe berkonsepkan laundry ini . Para pelanggan yang menghantar baju untuk perkhidmatan dobi di sini boleh menikmati hidangan makanan dan minuman di kafe ini sementara menunggu untuk mengambil pakaian yang di hantar untuk perkhidmatan Dobi.

Untuk mengetahui tentang kafe yang boleh dikatakan unik ini, jemput baca di Cafe berkonsepkan Laundry di Suds And Lattes Mutiara Damansara


Menu Baru Seafood Bonanza di Suds & Lattes Mutiara Damansara


Menu Baru Seafood Bonanza di Suds & Lattes
Cik iena dan rakan blogger Reef dan neyra


Baru-baru ini Cik iena berkesempatan mencuba sendiri menu baru  Seafood Bonanza di Suds And Lattes yang bertempat di Mutiara Damansara. Antara menu baru yang Cik iena cuba adalah Nasi Lemak dengan pilihan Mini Lobster (Sitrus Sauted), Soft Shell Crabs (Golden Fried) dan Mixed Seafood (Sambal Grilled).

Menu Baru Seafood Bonanza di Suds & Lattes






Menu Baru Seafood Bonanza di Suds & Lattes Mutiara Damansara

Untuk pengetahuan Setiap menu ini didatangkan dengan minuman PERCUMA . Harga makanan yang di jual adalah sangat berpatutan ditambah dengan mminuman percuma. Ianya sangat berbaloi untuk Kafe yang boleh dikatakan mempunyai keistimewaan sendiri ini .


Nasi Lemak With Mini Lobster (Sitrus Sauted)




Nasi Lemak With Mini Lobster (Sitrus Sauted)
Nasi Lemak With Mini Lobster (Sitrus Sauted) RM22.90



Nasi Lemak With Mixed Seafood (Sambal Grilled)



Nasi Lemak With Mixed Seafood (Sambal Grilled)
Nasi Lemak With Mixed Seafood (Sambal Grilled) RM 18.90

Nasi Lemak With Soft Shell Crabs (Golden Fried) 


Nasi Lemak With Soft Shell Crabs (Golden Fried)
Nasi Lemak With Soft Shell Crabs (Golden Fried)  RM20.90


Untuk Menu Baru Seafood Bonanza di Suds & Lattes ini Cik iena telah cuba Nasi Lemak With Soft Shell Crabs . Rasa nasi lemak yang enak serta sambal nasi lemak yang cukup rasa dan agak banyak portionnya ditambah dengan Soft Shell Crabs yang goreng yang sedap serta berasa.



Menu Baru Seafood Bonanza di Suds & Lattes
Untuk pengetahuan sos beserta meatball di Suds And Lattes Cafe adalah homemade . Dari awal penyediaan sehingga ke meja pelanggan adalah hasil resepi kafe Suds and Lattes sendiri.

Jadi tidak hairanlah makanan di sini di jual lebih murah berbanding tempat lain kerana kebanyakan bahan adalah homemade dimana di sini ianya dapat menjimatkan kos dan menawarkan harga yang rendah kepada pelanggan .

Selain dari menu baru Seafood Bonanza , anda juga boleh menikmati hidangan makanan Barat Suds And Lattes yang sememangnya dikenali di kalangan pelanggan mereka dengan keenakan rasanya.
 
Antara menu yang anda perlu cuba adalah  Chicken Chop, Chicken Grill, Lamb Chop Dan Fish & Chips pada harga serendah RM11.90. Aglio Olio With Grilled Chicken, Bolognese With Homemade Meatball, Carbonara With Pepperoni Dan Lemon Spicy With Fried Dory Fish pada Harga  RM15.90 sahaja sekali dengan minuman.


Antara Menu Makanan Barat Yang Cik iena cuba adalah seperti berikut

Grilled Chicken Chop With Black Pepper sauce


Grilled Chicken Chop With Black Pepper sauce
Grilled Chicken Chop With Black Pepper sauce RM12.90

Grilled Chicken Chop With Black Pepper sauce sememangnya Cik iena suka, rasa sos black pepper homemade yang sangat sedap pada harga yang berpatutan. Coleslaw yang di hidangkan juga sedap dan cukup rasa. Sayur rasa segar. Salad yang di hidangkan juga segar di tambah dengan kentang goreng yang enak cukup rasa. Paling cik iena suka adalah sos dan ayamnya. Kombinasi sos black pepper dengan ayam yang diperap cukup rasa.

Spicy Lemon With Fried Dory Fish


Spicy Lemon With Fried Dory Fish
Spicy Lemon With Fried Dory Fish  RM 15.90 With Drinks

Cik iena juga suka Spicy Lemon With Fried Dory Fish  ini. Spaghetti yang dihidangkan memang sedap tetapi agak pedas bagi Cik iena. Ditambah lagi dengan ikan Dory yang digunakan untuk Fried Fish Fillet sememangnya sedap di padankan dengan tartar sauce homemade yang sedap dari Suds & Lattes.


Fish & Chips


Fish & Chips
Fish & Chips RM11.90
 Cik iena kurang gemar ikan tapi Fish & Chips ni memang sedap di makan dengan homemade tartar sauce yang disediakan beserta homemade coleslaw yang sedap .


Bolognese With Homemade Meatball


Bolognese With Homemade Meatball
Bolognese With Homemade Meatball RM 15.90 With Drinks
Cik iena suka kuah Bolognese ini, ditambah dengan Homemade Meatball yang sedap.


 Fish Finger With Tartar Sauce


 Fish Finger With Tartar Sauce
 Fish Finger With Tartar Sauce RM8

 Fish Finger ini menjadi lebih enak dengan tartar sauce yang di hidangkan. Gabungan kedua nya ini sangat serasi dan menaikkan rasa fish finger tersebut



 Roasted Chicken Wings With Honey Glazed


 Roasted Chicken Wings With Honey Glazed
 Roasted Chicken Wings With Honey Glazed RM13




Cik iena sangat suka  Roasted Chicken Wings With Honey Glazed di Sund & Lattes. Rasa ayamnya sangat sedap . Diperap rapi sehingga ayam nya cukup berasa di tambah dengan rasa honey yang pasti membuat anda tergoda akan keenakan  Roasted Chicken Wings With Honey Glazed.



Selain dari menu makanan barat dan menu baru Seafood Bonanza , terdapat juga seleksi pastri dan pencuci mulut bukan yang cik iena cuba iaitu Carrot Cake With Walnut, Salted Caramel Choc Cake Dan Peppermint Oreo Choc Cake.



Carrot Cake With Walnut


Carrot Cake With Walnut
Carrot Cake With Walnut

 Carrot Cake With Walnut ini sedap. kek yang sangat moist tidak kering. Anda pasti jatuh cinta dengan carrot cake ni.


Salted Caramel Choc Cake


Salted Caramel Choc Cake
Salted Caramel Choc Cake
Rasa Salted Caramel Choc Cake yang sedap. Cik iena suka gabungan caramel dan chocolate.


Peppermint Oreo Choc Cake


Peppermint Oreo Choc Cake
Peppermint Oreo Choc Cake
Peppermint Oreo Choc Cake juga antara kek yang unik dan sedap. GAbungan peppermint besert oreo dan coklat sememangnya sedap :)




Set Ikan Patin Tempoyak Temerloh Di Suds And Lattes


Selain dari menu-menu diatas Cik iena juga cuba satu lagi menu tambahan  di Suds And Lattes iaitu SET IKAN PATIN TEMPOYAK TEMERLOH yang disediakan khas oleh PATIN BACKYARD. Ianya dijual pada harga serendah RM12 bagi satu set sekali dengan nasi putih dan ulam-ulaman.


Set Ikan Patin Tempoyak Temerloh Di Suds And Lattes
Set Ikan Patin Tempoyak Temerloh Di Suds And Lattes


Harga ini boleh dikatakan sangat murah . Rasanya juga enak . Sejujurnya Cik iena tidak makan ikan patin tetapi cik iena makan tempoyak. CIk iena tida makan ikan patin kerana cik iena kurang gemar bau hanyir serta tekstur ikan yang berkulit licin. Tetapi selepas mencuba Ikan Patin disini rasanya agak berbeza. Ia tidak hanyir seperti yang pernah Cik iena cuba sebelum ini.


Set Ikan Patin Tempoyak Temerloh Di Suds And Lattes
Set Ikan Patin Tempoyak Temerloh Di Suds And Lattes

Keenakan ikan patin ini  membuatkan CIk iena lupa yang Cik iena tidak makan ikat patin. Cik iena cuma ratah isi ikan patin serta kuah tempoyak yang sedap dan pedas. Rasa tempoyaknya juga pekat. Berbeza dengan masakan ikan patin tempoyak lain yang adakalanya kuah tempoyak sangat cair sehingga membuatkan rasa hanyir itu kuat dan rasa tempoyak itu kurang.


Set Ikan Patin Tempoyak Temerloh Di Suds And Lattes
Set Ikan Patin Tempoyak Temerloh Di Suds And Lattes

Ikan patinnya pula Cik iena rasa macam isi ayam di penghujung bila makan banyak. Ianya lansung tidak hanyir dan tidak mematahkan selera cik iena yang kurang gemar makanan hanyir.

Senarai Menu dan Harga di Suds And Lattes


Senarai Menu dan Harga di Suds And Lattes


Senarai Menu dan Harga di Suds And Lattes

Senarai Menu dan Harga di Suds And Lattes
Senarai Menu dan Harga di Suds And Lattes


Senarai Menu dan Harga di Suds And Lattes
Senarai Menu dan Harga di Suds And Lattes

Senarai Menu dan Harga di Suds And Lattes
Senarai Menu dan Harga di Suds And Lattes

Promosi Di Suds & Lattes


Promosi Di Suds & Lattes
Promosi Di Suds & Lattes

Promosi Di Suds & Lattes





Pesan Suds & Lattes Dengan Uber Eats dan FoodPanda



Pesan Suds & Lattes Dengan Uber Eats dan FoodPanda
Pesan Suds & Lattes Dengan Uber Eats dan FoodPanda


Selaras dengan teknologi terkini, kini Suds & Lattes telah memperkembangkan perniagaan mereka setelah satu tahun beroperasi  dengan menambahkan servis pesanan dengan teknologi aplikasi di telefon pintar, para pelanggan boleh terus memesan menu kegemaran untuk dihantar ke lokasi anda menerusi servis penghantaran Uber Eats dan FoodPanda.

Pesan Suds & Lattes Dengan Uber Eats dan FoodPanda
Kini anda boleh Pesan Suds & Lattes Dengan Uber Eats dan FoodPanda, pesanan di hujung jari :)




Untuk Maklumat Lanjut Layari




Alamat: 3-1, Jalan PJU 7/7A, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Hours: Selasa-Ahad, 10am-10pm.
Tel: +603 7732 1771


Menu Baru Seafood Bonanza di Suds & Lattes
Cik iena dan rakan blogger Reef



WAKTU OPERASI:
11 PAGI HINGGA 11 MALAM (TUTUP ISNIN)



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve