Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Rumah Dimasuki Perompak, Mawi Diikat



Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.
Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.
Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.
“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.
Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.

sumber

JanGaN LuPa cLicK piC CoMeL
CiK iEnA kat sebelah nie
sELePaS BaCe Blog Post ciK iEna Yer (^_~)
heheh owh terperasan sudaa
comel kerh!!
hahah cik boy pren kate comel pon da cukup


<------ click okeyh

Doktor cari tangan tercicir

SAKIT...mangsa menerima rawatan di Hospital Gleneagles.
SAKIT...mangsa menerima rawatan di Hospital Gleneagles.

CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun.
CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun.

 

 

KUALA LUMPUR: Lapan jam masa diambil sekumpulan doktor Hospital Gleneagles bagi menyambung semula pergelangan tangan kiri seorang pengurus syarikat insurans yang terputus selepas ditetak seorang lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di Jalan Ampang, malam 3 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dalam perjalanan untuk bertemu rakan di sebuah restoran memberhentikan keretanya sebaik tiba di tempat kejadian selepas melihat sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki dua lelaki dan seorang wanita mengalami kerosakan dan menawarkan khidmat untuk membantu.


Bagaimanapun, sebaik berhenti dan keluar dari kereta, tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang menyerang dan menetak pergelangan tangan kirinya hingga putus.

Mangsa sempat melarikan diri dengan masuk semula ke dalam keretanya sebelum memandu ke Hospital Gleneagles sejauh kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan tangannya berlumuran darah. Pakar Trauma, Bedah dan Mikro Surgeri hospital berkenaan, Dr R Palani yang mengetuai pembedahan itu, berkata dia bersama seorang lagi doktor bersama-sama dua jururawat, seorang pembantu perubatan dan pemandu ambulans mengambil masa setengah jam untuk mencari tangan mangsa yang tertinggal di kawasan kejadian.


“Keputusan untuk mencari tangan itu dibuat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Dr Marry Anne yang mendesak mangsa memberitahu lokasi kejadian memandangkan kami percaya tangan itu masih boleh diselamatkan.


“Sebaik mangsa memberitahu lokasi, kami segera ke sana untuk mencari dan berjaya menemui tangan itu di atas laluan pejalan kaki kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, Dr Palani berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan setugasnya di wad kecemasan mengenai keadaan mangsa, dia bergegas ke hospital.


“Sebaik tiba, saya mendapati tangan lelaki itu ditetak dengan sekali tetakan dan percaya kejadian itu baru berlaku kerana darah masih memancut-mancut dari tangannya,” katanya.

Dia berkata, melihat keadaan itu, mereka menghubungi polis dan meminta pasukan keselamatan itu mengesan tangan mangsa yang terputus di pergelangan tangan.


Katanya, selepas lebih setengah jam menunggu, polis memaklumkan gagal mencari tangan, mangsa sekali gus memaksa mereka mencarinya sendiri.


“Keadaan gelap-gelita di kawasan itu dan petunjuk yang diberikan pesakit menyukarkan kami untuk mencari tambahan pula kami hanya berbekalkan lampu telefon bimbit,” katanya.


Menurut Dr Palani, setakat ini keadaan mangsa stabil dan masih menerima rawatan fisioterapi untuk memastikan tangan yang disambungkan itu kembali berfungsi dengan baik.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, menafikan dakwaan doktor terbabit yang mengatakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh pengawal keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.


Menurutnya, kelewatan itu berlaku disebabkan maklumat yang diberikan pengawal keselamatan itu kepada pihak berkuasa tidak lengkap.


Mengulas mengenai insiden itu, Khairi berkata, disebabkan sikap mangsa yang suka menolong orang yang mengalami kesusahan, kejadian itu menimpa dirinya.


“Mangsa adalah seorang lelaki yang suka membantu jika melihat orang mengalami masalah dan dalam kejadian itu, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas menyangkakan dua lelaki dan seorang wanita yang sedang memeriksa kereta Perodua Kancil di kawasan kejadian mengalami masalah bagi menghulurkan bantuan.


“Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa dan cuba menyamunnya sebelum menetak tangan mangsa,” katanya.


Khairi berkata, dalam keadaan tangannya sudah terputus, mangsa berlari masuk ke dalam kereta sebelum bergegas mendapatkan bantuan.


Ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu, Khairi mengakui pihaknya sudah merakam percakapan mangsa selain memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.



SOURCE FROM : http://www.hmetro.com.my/

KARNIVAL AMPANG JAYA 2010 


This is Sticky Mood Entry ( sticky mood until 1 ogos 2010 )..Please Scrolldown To Read Latest Entry :)












KARNIVAL AMPANG JAYA 2010 



Tarikh : 30hb - 31hb Julai dan 1hb Ogos 2010

Masa : 9.00 pagi - 11.00 malam

Tempat : Padang Perbandaran, Pandan Indah



Pelbagai Pameran, Gerai Jualan, Persembahan, 'Live' Bola sepak dan Aktiviti Sukan yang Menarik disediakan. Orang ramai dijemput hadir.

Untuk tempahan tapak pameran dan gerai jualan sila hubungi : 03-42803944 (Jabatan Pelesenan)

 

 


 

Wahh saper2 yang berminat nak berniaga pada karnival tu nanti blh lh hubungi urusetia karnival skrg eyy..

meriah pandan indah nanti

;)

Credit to bernama radio(terdengar news ni kt bernama radio terus cari kt mpaj.gov.my)

Source from : http://www.mpaj.gov.my

Tuan Guru Nik Aziz Saran Bazar Ramadan Ditukar Nama Sebagai Bazar Iftar



KOTA BAHARU, 30 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan nama dan konsep bazar Ramadan ditukar kepada Bazar Iftar (berbuka puasa) bagi mencerminkan penghayatan terhadap ibadah berpuasa itu.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Tempatan dan media boleh memainkan peranan untuk menukar nama dan konsep bazar Ramadan itu yang sentiasa mendapat sambutan ramai setiap kali bulan puasa.

"Saya baca dalam akhbar, rasa kagum betapa ramai peniaga terdiri daripada umat Islam sampai berebut-rebut untuk mendapat borang berniaga di bazar Ramadan.

"Apa salahnya kalau nama dan konsep bazar Ramadan itu ditukar kepada bazar Iftar bagi memberi penghayatan kepada umat Islam bahawa ada dua ketika nikmat bagi orang berpuasa iaitu ketika berbuka dan menyambut Idilfitri," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini, pada Jumaat.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Nik Aziz berkata beliau telah melawat Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima, yang kini dirawat di Unit rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini kerana kanser usus.

Beliau meminta semua pihak mendoakan agar kesihatan wakil rakyat itu kembali pulih.

Che Hashim, yang disahkan menghidap barah usus kira-kira setahun lepas, pernah menjalani rawatan susulan di sebuah Hospital di Guangzhou, China pada 2009.











Source From
Bernama



To all readers yg beragama islam..
iena nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak...
semoga ramadhan kali ini lebih bermakna...
hayati la ramadhan dgn penuh pengertian...
jgn curi2 makan tau..ha ha ha


 

Menguatkan Pertahanan Wanita Terhadap Kanser Serviks

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bintang pop serta pelakon filem Hong Kong Anita Mui, nama yang tidak asing bagi peminat Cantopop, meninggal dunia tidak sampai empat bulan selepas mengumumkan bahawa beliau menghidap kanser serviks.

Gayanya yang penuh bertenaga serta personaliti yang flamboyan di atas pentas menjadikan beliau sangat popular dalam kalangan peminatnya. Bagaimanapun Mui memghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Dis 2003 ketika berusia 40 tahun.

Kakaknya juga mati kerana kanser serviks tiga tahun sebelum itu.

Di seluruh dunia, seorang wanita mati kerana kanser serviks setiap dua minit dan barah itu meragut 270,000 nyawa setahun. Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan dunia (WHO) kadar kematian kanser serviks lebih tinggi daripada kematian semasa melahirkan anak setiap tahun.

Dari aspek kanser secara umumnya, kanser serviks ialah kanser kedua paling ketara dalam wanita selepas barah buah dada.

Di Malaysia, 12.2 daripada setiap 100,000 populasi wanita didiagnos menghidap kanser serviks. Menurut laporan WHO pada 2007, lebih daripada 700 wanita Malaysia mati kerana kanser serviks setiap tahun.

SEMUA WANITA PUNYA RISIKO

Semua wanita punya risiko terhadap kanser ini tetapi jika penyakit ini boleh didiagnos atau dapat dikesan lebih awal di dalam tubuh, ia boleh dirawat.

Bekas jururawat dan model, Genevieve Sambhi, membuktikan bahawa mengesan serta mengetahui kehadiran kanser ini dengan lebih awal boleh menyelamatkan nyawa.

Episod perjuangan Sambhi menentang kanser serviks bermula bila beliau menjalani pemeriksaan kesihatan yang rutin. Sambhi kemudian diberitahu yang beliau menghidap kanser serviks. "Bila saya mengetahui kehadirannya (kanser), ia begitu sukar sekali. Seperti juga perasaan pesakit lain, saya merasakan kanser itu sepatutnya tidak berlaku pada diri saya tetapi ia memang terjadi," kata beliau pada sidang akhbar baru-baru ini.

Semasa sesi rawatan radioterapi dan kemoterapi, Sambhhi mula memikirkan yang beliau perlu membuat sesuatu. Tiada wanita yang perlu melalui kesengsaraan seperti yang beliau telah tempuhi.

"Ia memerlukan semangat kental bagi seseorang melepasi ranjau ini dan berkongsi pengalaman mereka. Saya mempunyai alasan sendiri bagi memberitahu wanita lain tentang kebaikan 'Pap smear' dan vaksinasi", kata beliau.

Sambhi ialah seorang daripada tujuh duta wanita bagi kempen 'Power Over Cervical Cancer (POCC)'. Duta POCC yang lain ialah Pamela dan Vanessa Chong (dari siri televisyen Amazing Race Asia musim 2), hos program televisyen Siow Hui Mei dan Rina Omar, Deejay Jay Menon dan pelakon serta personaliti televisyen Sarimah Ibrahim .

"Kini saya sihat. Sudah satu tahun saya menjalani pembedahan 'hysterectomy'. Saya agak bernasib baik. Saya sudah ada anak, sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan dan saya mendapat sokongan yang kuat daripada keluarga," kata Sambhi.

KAJI SELIDIK RISIKO KANSER SERVIKS

Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) menjalankan kempen POCC dalam usaha menambah kesedaran terhadap penyakit ini dan membantu mengurangkan kejadiannya di negara ini.

POCC, disokong oleh GlaxoSmithKline, berhasrat memperkasa wanita Malaysia dalam menambah kesedaran bahawa kanser serviks merupakan satu penyakit yang boleh dirawat.

Antara elemen penting dalam kempen ini ialah Kaji selidik Risiko Kanser Serviks yang merupakan satu kaedah perbincangan mengandungi dua bahagian. Ia memberikan maklumat tentang kanser ini dan juga risiko yang dihadapi wanita yang menghidap penyakit itu.

Kaji selidik ini menggalakkan wanita menilai sendiri dan membincangkan opsyen yang ada bagi melindungi diri mereka daripada kanser ini. "Sejak lebih setahun lalu POCC memang aktif mengingatkan serta meningkatkan kesedaran wanita Malaysia tentang langkah pencegahan terhadap kanser serviks," kata Pengarah Eksikutif dan Pengarah Perubatan NCSM, Dr Saunthari Somasundaram.

"Kami merancakkan lagi kempen ini dengan menggembleng tenaga yang bersemangat dalam usaha menyelamatkan nyawa kerana setiap wanita berhak mempunyai hidup yang bebas daripada kanser serviks.

"Kanser ialah penyakit sosial. Ia memberi kesan terhadap setiap aspek hidup wanita serta juga kehidupan keluarganya dan kerjaya mereka," kata Dr Saunthari.

SEMUA WANITA MEMPUNYAI RISIKO

Kanser serviks disebabkan jangkitan berterusan oleh Virus Papilloma Manusia (HPV). Kanser ini tidak mengenal usia di mana wanita muda dan mereka yang berusia mempunyai risiko terhadap penyakit ini.

Terdapat 100 jenis HPV tetapi hanya 20 yang menyebabkan kanser ini terjadi. Menurut statistik 'strain' virus 16 dan 18 yang menyebabkan 70 peratus daripada kejadian kanser serviks.

Dianggarkan 50-80 peratus wanita akan mengalami jangkitan HPV genital (kemaluan) dalam hidup mereka dan sehingga 50 peratus daripada infeksi ini mempunyai potensi menyebabkan kanser. Risiko ini tercetus bila mulanya 'aktiviti seksual'.

Perebakan kanser serviks adakalanya berlaku tanpa apa-apa tanda dan gejala yang ketara seolah-olah penyakit ini boleh 'menyembunyikan diri' sebelum mencapai tahap yang teruk.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan infeksi virus HPV berlaku berterusan yang menyebabkan terjadinya kanser serviks.

Faktornya ialah usia yang muda bila mengalami seks kali pertama, kekerapan mengandung, merokok, infeksi, jangkitan penyakit seksual dan juga penggunaan kontraseptif (cegah kehamilan) pada satu jangka masa yang panjang.

Walaupun faktor ini mempunyai impak terhadap perkembangan kanser serviks, ia memang telah dibuktikan jangkitan HPV merupakan 'punca sebenar' kanser ini.

KANSER SERVIKS BOLEH DIRAWAT

Jika dapat dikesan lebih awal, kanser serviks boleh dirawat. Bagaimanapun ini memerlukan pengesanan awal sel-sel yang abnormal.

Ini boleh dilakukan dengan menjalani ujian tahunan 'Papanicolaou' (lebih popular dengan panggilan 'Pap smear') yang mengesan perubahan dalam sel-sel di bahagian serviks.

Program saringan menggunakan kaedah Pap smear adalah penting sebagai alat pengesanan awal tetapi kaedah ini tidak berupaya mengesan semua perubahan prakanser atau kanser.

Tetapi kadar risiko menghidapi kanser serviks adalah lima kali lebih tinggi bagi wanita yang tidak menjalani pemeriksaan Pap smear.

Terdapat vaksin baru terhadap virus HPV strain 16 dan 18 tetapi vaksin ini bertindak paling baik jika diberikan pada wanita sebelum mereka 'aktif secara seksual' dan umur yang disyorkan ialah antara 9 dan 14 tahun.

Bagi mereka yang memerlukan lebih banyak maklumat, sila layari www.pocc.com.my atau www.cancer.org.my.

--

SOURCE FROM BERNAMA

Pencalonan DKBPWP 2011

Salam to all reader n bloggers..
okeh pepagi nie iena nk wat entry pasal penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) bagi tahun 2011..
Kini pencalonan online boleh di buat..
no need lah pergi ambil borang..
korang2 yg layak boleh isi borang online sahaja dan ikut syarat2 n langkah seterusnya seperti yg telah d tetapkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
mudah kan..
so saper2 ade ahli keluarga yg banyak berjasa n berbakti pada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni Boleh lah mohon
;)
OoooPPsss jangan main2 isi borang okehh..
hanya serius pencalonan sajer okehh..
Sebelum isi baca segala syarat yang di tetapkan dahulu..
jom bace kenyataan media ni



PEN: 6/2010/24 (KWPKB)


Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
KENYATAAN MEDIA
PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011
Suka cita dimaklumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan mula membuka permohonan untuk penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) bagi tahun 2011 selama tiga bulan mulai 1 Julai 2010dan akan ditutup permohonan pada 30 September 2010.
Semua permohonan pencalonan perlu dibuat secara online dengan melayari laman web rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar iaitu www.kwp.gov.my.
Pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan adalah terbuka kepada warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangun dan memajukan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam pelbagai bidang termasuk mereka yang bermastautin tetapi memberi sumbangan dan khidmat yang cemerlang untuk Wilayah Persekutuan.
Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang-borang mengikut kategori pencalonan seperti berikut:
Kategori
Borang
Perkhidmatan Awam
A
Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun
B
Swasta/Persatuan/Sukarela/Sukan
C
Warganegara Asing
D
Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia
E
Perkhidmatan polis Diraja Malaysia
F
Pertubuhan Politik
G

Perlu dijelaskan bahawa semua permohonan pencalonan hendaklah mematuhi ketetapan dan syarat-syarat yang ditetapkan. Senarai calon-calon yang berjaya dijangka akan dimaklumkan pada bulan Disember 2010 atau selewat-lewatnya awal bulan Januari 2011.
Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) telah dimulakan pada tahun 2008 iaitu sejajar dengan keputusan Kerajaan Persekutuan dan di atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk disempurnakan setiap tahun pada tanggal 1 Februari bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Sebarang pertanyaan untuk maklumat lanjut mengenai pencalonan anugerah DKBPWP boleh berhubung terus kepada:
Urus Setia
Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan
Aras 1 Blok 2, Menara PjH
Presint 2,
62100 PUTRAJAYA.




Source From

http://media.inform.gov.my
http://www.kwp.gov.my
KENYATAAN MEDIA Y.BHG DATO' KSU MENGENAI PERCALONAN DKBPWP TAHUN 2011 -->
http://www.kwp.gov.my

SURAT PENGUMUMAN PENCALONAN DKBPWP TAHUN 2011 -->
http://www.kwp.gov.my



70 penghuni RTK dihalau


 




Nasib penghuni Rumah Titian Kasih kini kabur setelah banglo mereka berteduh di Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur diarah dikosongkan mulai hari ini.




KUALA LUMPUR - Tujuh puluh penghuni wanita berusia antara dua bulan dan 85 tahun akan hilang tempat tinggal apabila mereka diarah keluar dari rumah perlindungan Rumah Titian Kasih (RTK) yang disewa selewat-lewatnya hari ini.

Pengusaha RTK, Sharifah Adlan berkata, mereka telah diarah keluar atas perintah mahkamah dari banglo No. 15 Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa apabila pemiliknya mahu menjual kediaman berkenaan untuk tujuan komersial.

"Kami menyewa kediaman ini sejak tahun 2008, namun pada tahun lepas, pemilik banglo ini mengambil keputusan untuk menjual kediaman itu atas dasar komersial.

"Kami tidak mampu untuk membeli banglo ini dengan harga RM2.7 juta," katanya kepada pemberita di sini semalam.




Source From :
http://www.kosmo.com.my/

Awan berbentuk jenazah

 

BENTUK awan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut.

 

 



Source from :
http://www.kosmo.com.my/kosmo

Anne Ngasri Sah Cerai Talak Tiga


Anne Ngasri disahkan bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan (kiri) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Aktres Anne Ngasri disahkan bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, sedang hamil lima bulan dan Wafi, 28, pernah bercerai dan rujuk sebanyak dua kali pada Julai tahun lalu tanpa pengetahuan mahkamah.

Menurut Shaiful, Wafi melafazkan taklik kepada Anne pada waktu tengahari awal Julai tahun lalu di Sungai Jawi, Pulau Pinang dengan lafaz 'kalau engkau keluar rumah, aku ceraikan engkau'.

Kali kedua Wafi melafazkan cerai 'aku ceraikan engkau' kepada Anne pada waktu petang pertengahan bulan yang sama tahun lalu.

Kedua-duanya rujuk semula dan selepas Isyak pada pertengahan Julai tahun lalu dengan kedua-duanya melafazkan 'saya kembali kepada awak'.

Sementara lafaz cerai ketiga iaitu 'aku ceraikan kau Anne' berlaku pada 25 Mac tahun ini, pukul 11.20 pagi di rumah mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam. Waktu itu Anne hamil dua bulan.

Wafi mengaku di hadapan Shaiful di kamar hakim sebelum ini bahawa dia pernah melafazkan cerai di tempat kejadian tanpa mempunyai saksi dan mempunyai niat semasa melafazkan ketiga-tiga lafaz cerai itu.

Mereka Anne dan Wafi secara rasminya bercerai pada 25 Mac tahun ini dan Anne menjalani tempoh edah sehingga bayi ketiganya dilahirkan.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan bersedia menerimanya. Saya percaya mesti ada hikmah selepas ini," luah Anne di luar mahkamah.

Terdahulu, sebelum mendengar keputusan Hakim di dewan perbicaraan, Anne hampir pitam di tandas. Khabarnya,dia tidak sempat menjamah makanan tambahan pula dia sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Wafi dilihat masih sempat membelikan minuman untuk Anne.

Wafi hadir ke mahkamah bersama dua rakannya serta peguam syarie Mohd. Hamidullah Che Hassan manakala Anne ditemani ibunya, Habibah Jaafar.

Pasangan itu bernikah pada 26 Mei 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri yang berusia empat bulan.




SOurce From
http://mstar.com.my

Kebakaran awal pagi musnah impian peniaga Pasar Besar Tanah Merah


Tadi bukak FB tgk updates from
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) ..Terdapat kebakaran dkt Pasar Besar Tanah Merah..
kesiannyer peniaga2 tu..Kalau iena g tanah merah selalu gak ler g pasar besar tu..
owkay jom kiter bace berita nie eyy

Source From Baerita Harian AND Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

***********************************************************

TANAH MERAH: Lebih 30 peniaga Pasar Besar Tanah Merah di sini, kerugian besar selepas gerai masing-masing musnah akibat kebakaran, awal pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, memusnahkan 32 gerai beras dan buah-buahan yang terletak di tingkat bawah pasar berkenaan. Peniaga beras, Wan Hassan Wan Deraman, 59, berkata beliau mengetahui kejadian itu jam 2 pagi apabila dihubungi seorang pengawal keselamatan sebuah kedai berhampiran pasar terbabit. 

“Ketika saya tiba di pasar, keadaan gerai kami sudah hangus, semua tidak dapat diselamatkan lagi. Api yang marak, menyebabkan kami tidak dibenarkan masuk menyelamatkan barang niaga kerana faktor keselamatan. 

“Habis semua beras musnah menyebabkan saya terpaksa menanggung kerugian besar kerana empat lot beras dan buah-buahan yang diusahakan menempatkan bekalan bernilai kira-kira RM20,000. 

“Tiada apa yang mampu dikatakan melihat semua beras musnah sekelip mata. Beras hangus tidak boleh dijual lagi, mungkin sekadar sesuai bagi makan burung saja,” katanya di tempat kejadian. 
Peniaga, Che Esah Che Seman, 50, berkata beliau sukar percaya apabila mendapati gerai jualannya musnah sejurus tiba untuk berniaga di pasar itu pagi semalam. 

“Sedih barangan jualan saya musnah. Stok barangan yang saya simpan di sini untuk dijual menjelang Ramadan nanti sudah tiada. Saya tidak pasti punca kebakaran ini berlaku, mungkin masalah pendawaian elektrik, lagi pun pasar ini sudah lama beroperasi,” katanya. 

Pegawai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohammad Saamah, berkata pihaknya menerima panggilan jam 1.59 pagi sebelum berkejar ke lokasi bersama tujuh anggota dan sebuah jentera. 

Katanya, ketika sampai, pihaknya mendapati tingkat bawah pasar itu yang menempatkan gerai jualan beras dan buah-buahan sedang marak dimusnahkan api. 

“Api kebakaran dapat dikawal dalam masa 20 minit. Jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran itu masih dalam siasatan. 

“Berdasarkan pemerhatian awal, kami dapati 32 daripada 42 gerai yang berada di tingkat bawah, tidak dapat diselamatkan ekoran kebakaran yang berlaku. 

“Kita berharap semua peniaga bersabar dan berhati-hati dengan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangi risiko kejadian kebakaran,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fatah Mahmood, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau, turut melawat dan memberi sumbangan kecemasan kepada semua mangsa terjejas. 

 

 

*******************************************************************

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve