Grab The Promo
Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Bahan Kisar Kitchen Saver Mudah Kerja Dapur

Dalam musim pandemik ni ramai usahawan yang tampil dengan cara kreatif demi kelansungan perniagaan. Antara usahawan yang dapat dikatakan kreatif menampilkan produk yang sangat berguna dan sangat membantu kerja kerja didapur adalah Puan Nur Harfiza Hashim.

 

Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur

 

Puan Nur Harfiza Hashim menjalankan perniagaan bahan kisar yang diberikan nama Kitchen Saver. Selain untuk diri sendiri, perniagaan ini juga bertujuan untuk mambantu mereka mereka yang kehilangan pekerjaan dalam meneruskan kelansungan hidup. 

Beliau membuka peluang perniagaan ini buat yang berminat untuk menjadi ejen bagi memasarkan produk bahan kisar ini. 



Bahan Kisar Kitchen Saver

Kitchen Saver menawarkan 9 pilihan produk bahan kisar bernilai RM15 hingga RM18 sebotol yang mana ianya terdiri daripada 


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur
  1. Bawang Putih Kisar
  2. Bawang Holland Kisar
  3. Bawang Besar Kisar
  4. Kunyit Kisar,
  5. Lengkuas Kisar
  6. Serai Kisar
  7. Cili Padi Kisar
  8. Cili Kering Kisar 
  9. Halia Kisar.

 


Istimewanya Bahan Kisar dari Kitchen Saver ini ianya tidak mengandungi pengawet, pewarna dan perisa. Bagi menampilkan kelainan. Pembungkusan produk bahan kisar ini akan bertukar mengikut musim. Sebagai contoh bulan kemerdekaan ini botol produk bahan kisar kitchen saver akan bertemakan bulan kemerdekaan.


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur

 


Untuk pengetahuan produk bahan kisar Kitchen Saver kini terjual sebanyak 120,000 botol dengan purata 3000 botol seminggu.


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur
Puan Nur Harfiza Hashim

 

Menurut  Puan Nur Harfiza Hashim
 

“Walaupun pandemik ini sering menghantui fikiran hampir setiap dari kita, kami tidak
lupakan ejen yang berdaftar kerana sedar ada diantara mereka yang telah hilang
pekerjaan, tidak mempunyai pendapatan yang cukup”


“Risau dengan khabar berita yang menunjukkan kes bunuh diri semakin meningkat
akibat tertekan dengan kehidupan, kami bukan sahaja memberikan pelbagai tips untuk
menjana pendapatan namun sering kali menitipkan pesanan dan semangat buat
mereka agar tidak mudah berputus asa” 


Bahan Mentah Kisar Pertama di Malaysia


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur

 

Kitchen Saver merupakan jenama bahan mentah kisar kasar yang pertama di Malaysia, Kitchen Saver
terus kekal berinovasi dengan mengutamakan kualiti produk untuk terus mendapat kepercayaan pelanggan-pelanggan. 

Untuk makluman anda juga produk bahan kisar dari Kitchen Saver juga  diiktiraf Halal dan menerima
khidmat nasihat serta bekalan bahan mentah daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). 

Selain itu Kitchen Saver turut menerima dorongan daripada pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
 

Tambah Puan Nur Harfiza Hashim lagi

“Untuk menjualnya secara komersial, kami sentiasa mengutamakan kebersihan dan
kualiti produk. Disebabkan itu, saya selalu menegaskan kepada ejen-ejen agar
menitikberatkan bahawa produk Kitchen Saver tanpa 3P; pengawet,pewarna dan
perisa.
Alhamdulillah setakat ini, segala bahan yang digunakan termasuk air mentah akan
dihantar terelebih dahulu kepada pihak MARDI untuk pemeriksaan dan kelulusan.
Malah pekerja kami yang menguruskan produk juga telah mendapat suntikan Thypoid”


 

Agent Kitchen Saver di perlukan

Di kesempatan itu, Puan Nur Harfiza Hashim turut mengalu-alukan orang ramai untuk mencuba sendiri aneka produk Kitchen Saver dan menjadikan ia sebagai produk wajib ada di rumah.
Dengan Kitchen Saver, masak secara moden, rasa seperti tradisional.


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur

 

Kelebihan Dan Manfaat Produk Bahan Kisar Kitchen Saver 

  1. Lebih Jimat Masa
  2. Lebih jimat belanja dapur tanpa pembaziran bahan mentah
  3. Lebih menyihatkan dan selamat untuk digunakan (tiada pengawet, perasa dan pewarna tambahan) 
  4. Bahan bahan mentah yang segar digunakan daripada FAMA
  5. Lebih selamat dimusim PKP tanpa perlu beratur ke kedai
  6. Pemudah cara masak (kisar kasar)
  7. Dapur lebih kemas (siap kisar tunggu ceduk masak je)
  8. Masa bersama keluarga lebih banyak
  9. Peti air tersusun rapi dengan botol kitchen saver
  10. Bertambah Rajin Untuk Memasak

 

Review Bahan Kisar Kitchen Saver

Secara jujurnya sememangnya produk bahan kisar kitchen saver sangan membantu Cik iena dalam urusan memasak harian. Walaupun bekerja dari rumah . Kesibukan sama seperti bekerja dipejabat. Masa untuk memasak Cik iena adalah pada waktu malam sebelum tidur. Kerana Cik iena tak nak ganggu waktu rehat 1 jam bekerja. Masa itu untuk makan dan rehat.

Jadi sebelum tidur pada waktu malam Cik iena akan masak untuk menu masakan tengah hari keesokan hari. Dengan adanya bahan kisar kitchen saver tak perlulah tengah malam Cik iena bising blender bawang and cili untuk memasak.

Tenang jiran Cik iena tidur. Kalau tak malam malam dengar lah bunyi iena mengisar itu ini. Sudah pastinya dengan adanya bahan kisar kitchen saver mempercepatkan lagi kerja memasak Cik iena. 

Kepadaanda diluar sana khususnya wanita bekerja ya yang sibuk bekerja mahupun ibu ibu yang bekerja. Boleh dapatkan produk bahan kisar kitchen saver ini bagi membantu dan memudahkan lagi kerja kerja memasak anda di dapur.

Rating

10/10

 

Resepi Kari Udang Kitchen Saver


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur

 

Bahan2- Bahan

  • Minyak sikit
  • Udang
  • Halba campur
  • Bawang Besar Kitchen saver (1 Sudu besar)
  • Bawang putih  Kitchen saver (1 Sudu besar)
  • Halia Kitchen saver (1 Sudu besar)
  • Cili Kering Kitchen saver (2 Sudu besar)
  • Gula melaka(separuh yg bulat)
  • Air asam jawa
  • Serbuk kari ikan(1pek kecil atau 2 sudu besar)
  • Santan 1biji kelapa atau 1 kotak
  • Sayur kacang panjang atau kacang buncis


Cara Memasak


  1. Panas minyak anggarkn je
  2. Masukkn halba campur.
  3. MAsukkan bahan kisar sehingga naik bau
  4. Masukkan cili kering kitchen saver sehingga pecah minyak
  5. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air
  6. Masak sampai pecah minyak
  7. Masukkn air asam jawa
  8. Masukkn air sikit(repeat 3/4 kli nk bagi kari tahan lama)
  9. Masukkn santan,gula melaka kacau jgan tanggal sampai mendidih
  10. Masukkan udang..masukkn perase semua garam gula(gula jgan letak byak sbb dah ade gula melaka,rase dulu)

Video Resepi Kari Udang Kitchen Saver

 




Untuk Maklumat Lanjut

Facebook : https://www.facebook.com/kitchensaverhq
Instagram : https://www.instagram.com/kitchensaverhq
Website : https://kitchensaverhq.com



Resepi Kuah Kacang Mak

Memandangkan Raya kali ni Cik iena beraya bujang sahaja tanpa familly tercinta disebabkan PKP 3.0 yang kerajaan umumkan. Jadi Cik iena nak kongsikan resepi kuah kacang dari puan ibunda yang cik iena buat masa hari raya pertama. 

Resepi Kuah Kacang Mak

 

Sejujurnya ini kali kedua masak kuah kacang sendiri tanpa bantuan mak lah. Semua buat sendiri. Sebelum ni biasanya persiapan masakan raya mak yang buat. Cik iena cuma tolong tolong potong-potong bahan atau tukang kacau sahaja. 


Resepi Kuah Kacang Mak
Menu raya orang bujang

 

Mak kira suri rumah lah bila iena da bekerja. iena tak bagi mak abah kerja. Mak abah dan arif iena dan adik beradik lain yang tanggung.

Kali pertama iena masak kuah kacang ni masa zaman beljar dulu dulu. Kami buat open house, tetamu lebih kurang 100 orang dan masa tu iena ditugaskan untuk masak kuah kacang. AJK open house , setiap sorang akan masak menu raya. iena pilih masak kuah kacang sebab tu je yang iena confident buat haha.

So raya kali ni Cik iena masak kuah kacang dan deqnor masak rendang ayman. Okay Cik iena kongsikan resepi dekat blog supaya Cik iena tidak lupa suatu hari nanti nak masak boleh baca dekat blog sendiri.Salah satu iena tulis sebab resepi kan lain lain. Bila iena dah berjumpa dengan orang itu ini resepi jadi lain nanti. Sebelum ni Cik iena pernah duduk dengan makcik. Adakalanya masakan iena lebih kepada gaya makcik iena sebab. Masa duduk dengan makcik yang iena selalu masak.

 


Resepi Kuah Kacang Mak
Kuah kacang mak makan dengan nasi impit sedap :)

 

Duduk rumah sendiri mak masak. Manja kan. Duduk dengan makcik iena kena masak sebab makcik keje dan anak anak dia kecil. So iena yang kene masak untuk anak anak makcik. Jadi banyak dari cara masakan iena lebih ikut gaya makcik iena. Nak masak untuk anak dia kene ikut selera masakan mereka la kan.

Resepi Kuah Kacang Mak


Resepi Kuah Kacang Mak ( untuk 5 orang makan)


Resepi Kuah Kacang Mak
Bahan asas masakan

 

  1. 200 gm kacang tanah
  2. 30 biji cili kering yang tak kerinting( cili kering yang tak kerinting ni tak pedas sangat)
  3. 1 biji bawang merah besar
  4. 5 ulas bawang putih
  5. 1inci halia
  6. 1/2 inci lengkuas
  7. Sedikit belacan
  8. 2 sudu besar udang kering
  9. gula merah
  10. 3 batang serai
  11. daun limau purut
  12. 2 keping asam keping 
  13. 1 sudu teh Serbuk kunyit

  14. Resepi Kuah Kacang Mak

Bahan Kisar Kuah Kacang Mak

Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas , cili kerinng, belacan dan udang kering serta sedikit serbuk kunyit

 

Resepi Kuah Kacang Mak
kacang tanah yang digoreng tanpa minyak

Cara Masak Kuah Kacang Mak

  1. Goreng kacanng tanah tanpa minyak , kemudian buang kulit kacang tanah dan kisar kacang tanah. Tapi Cik iena tak kisar halus kacang tanah tu. Biar ada ketul ketul acang tanah tu baru rasa sedap. Kalau halus patah selera :D
  2. Panaskan minyak kemudian tumus serai yang telah diketuk terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan kisar dan asam kepingserta daun limau purut
  4. Selepas tumis sehingga pecah minyak masukkan pula kacang tanah yang telah di blender tidak berapa hancur. Masukkan sedikit air jika perlu.
  5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi, masukkan perasa, garam, gula merah . Yang ni masuk secukup rasa tau. Kuah kacang ni sedap kalau manis. IEna suka masak guna gula merah sebab manis dia berlemak. Sedap lain macam :) Lepastu warna kuah kacang akan jadi lagi cantik berkilat


Resepi Kuah Kacang Mak
tunggu sampai pecahminyak buat kali kedua lepas masuk kacang tanah yang dikisar baru tutup api

 

 

Okay sekian perkongsian resepi. Tak terfikir nak kongsi dekat blog so tak ambil gambar atau video  masa masak pun. Lagipun tengah mood sedih beraya di perantauan tanpa mak ayah tercinat T_____T

 

Gambar Raya Pertama Cik iena


 

Video Cara Masak Kuah Kacang

Selepas seminggu iena masak sekali lagi kuah kacang,iena ada record video boleh tonton video dibawah





Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve