Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Slot Akasia TV3. Show all posts
Showing posts with label Slot Akasia TV3. Show all posts

Sinopsis Hello Mr Perfect

Sinopsis Hello Mr Perfect



Slot Akasia TV3 kali ini memaparkan drama yang diadaptasikan dari Novel Hello, Mr. Perfect karya Waniey Zakaria . Dimana ianya diterajui oleh watak utama yang dilakonkan oleh Fattah Amin sebagai  Muhammad Izzul Islam dan pelakon baru,Nur Ruhainies Farehah yang memegang dua watak iaitu sebagai Alya Adriana & Nurul Ain . Drama arahan Nuad Hj Othman ini  dibawah terbitan A Aida Production Sdn Bhd.



Sinopsis Hello Mr Perfect
TAJUK : HELLO MR. PERFECT
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH / MASA : 30 September 2015 (Isnin-Khamis, 6.58petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP: Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim
NOVELIS : Waniey Zakaria
PENGARAH : Nuad Hj. Othman
TERBITAN : A Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Nur Ruhainies, Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof, Fiza Halim, Ammar Alfian, Seniwati Mariani, Reydzal Razaly, Zaidi Omar, Lan Siro, Adiba Yunus, Chomel Fana,




SINOPSIS HELLO MR.PERFECT


Novel Hello, Mr. Perfect karya Waniey Zakaria
Novel Hello, Mr. Perfect karya Waniey Zakaria
 


Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?





   

OST Hello Mr Perfect | NOMAD - SORRY SORRY SAYANGKU

Lagu: Sorry Sorry Sayangku
Penyanyi: Nomad
Video & Lirik : Link (link dah remove sebab website dah takde)

OST Hello Mr Perfect | NOMAD - SORRY SORRY SAYANGKU


Pertama kali cik iena dengar lagu ni, cik iena jatuh cinta. Nomad suara memang best. Lirik lagu pun best. Adik cik iena yang whatapps lagu ni. Kemudian dia bagi tau lepas ni balik kampung get ready lah . Hihi cik iena dah faham dah. Mesti adik bongsu cik iena yang berusia 4 tahun akan hafal lagu ni dan selalu nyanyi. Si Bogsu tu pantang ade lagu best mesti dia hafal.


OST Hello Mr Perfect | NOMAD - SORRY SORRY SAYANGKU


Kalau baca sinopsis drama ni memang menarik. Nampaknya cik iena kene download lah nak tengok. Almaklumlah cik programmer kerja takda masa nak tengok TV, balik rumah dah malam . Biasanya download cerita best. On the way pergi kerja tengok dalam train (^_~). Itu jelah masa cik iena untuk tonton drama.  Pendek kata cik iena memang jarang tengok tv .

Okay jom tengok Video lagu ni, serius cik iena jatuh cinta dengan lagu ni.


Lirik Lagu SORRY SORRY SAYANGKU - NOMAD

 

Hello hello Mr Perfect

Siapakah kau? Cantikkah kau?

Perfect-kah mu untuk menjadi kekasihku

Namun ku tidak pernah mengalah

Tetap juga mahu bersama dengan aku

Akhirnya aku mula sedar

Yang aku mula menyintai mu

Tetapi disaat itu kau telah pergi


Dimanakah kau sayang

Puas ku mencari dirimu

Merajukkah kau dengan aku

Maafkahlah aku


Sorry Sorry Sayangku,

Love You

Sorry Sorry Sayangku

I Miss You

Sorry Sorry Sayangku

Kembalilah dikau kepadaku


Sorry Sorry Sayangku

I Hate You

Sorry Sorry Sayangku

I dont trust you

Sorry Sorry Sayangku

Kerna dulu ku mengkhianati dirimu


Maafkanlah aku sayang

Aku mengaku selalu curang

Selalu menyakiti hatimu

Selalu mencari salahmu

Ku tidak pernah menghargai kasih sayangmu

Namun kini segalanya telah terjawab

Baru ku tahu ku tidak boleh tanpamu

Dan sesungguhnya ku telah jatuh cinta denganmu


Dimanakah kau sayang

Puas ku mencari dirimu

Merajukkah kau dengan aku

Maafkahlah aku


Sorry Sorry Sayangku

I Love You

Sorry Sorry Sayangku

I Miss You

Sorry Sorry Sayangku

Kembalilah dikau kepadaku


Sorry Sorry Sayangku

I hate you

Sorry Sorry Sayangku

I dont trust you

Sorry Sorry Sayangku

Kerna dulu ku mengkhianati dirimu


Kembalilah padaku

 

Sinopsis Hello Mr Perfect


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve