Grab The Promo
Showing posts with label bangkok trip 2014. Show all posts
Showing posts with label bangkok trip 2014. Show all posts

Video Art in Paradise Bangkok - 3D Museum - Trick eye Museum


Jemput tonton video yang sempat cik iena rakam sewaktu berada di Art in Paradise Bangkok, Ada empat video yang cik iena rakam dan digabungkan dalam satu video bersama gambar-gambar di Art in Paradise Bangkok .

Maaf, mula-mula masuk lagi cik iena dah salah sebut Art Of Paradise pulak haha..Rakam spontan je ni, tiada siaran ulangan (^_~)
Video ini dirakam sebagai kenang-kenangan je. Maaf goyang-goyang, tangan ketaq-ketaq pegang monopod :)


KLIK untuk lihat gambar di Art In Paradise Bangkok

Ops cik iena terlupa ada dua video tak include dalam video ni,
Banyak sangat video yang dirakam masa di Bangkok (^_~)










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Halal Foods at Platinum Fashion Mall Bangkok


Disepanjang percutian cik iena di bangkok, dua kali cik iena makan di Platinum Fashion Mall.Lokasi mall berhampiran dengan tempat penginapan cik iena iaitu MyHotel,Pratunam Bangkok.

Misi mencari kedai yang  menjual makanan halal pada hari pertama, berjaya menemukan kedai bernombor 20 .Kedai yang bernama INDIAN FOOD . Kalau dah namanya INDIAN FOOD  tentu makanan nye makanan2 india kan.

Kalau di Malaysia cik iena tak berapa suka makan macam ni, bila berada di negara orang ni terpaksa lah makan (^_~)
Alhamdulillah pekerja kedai very peramah. Cik iena suggest siapa datang Platinum Fashion Mall, makan lah dekat sini. Nasi Beriani dia memang sedap. Cik iena memang bukan penggemar nasi beriani, tapi makan nasi beriani kat sini memang habis cik iena makan. Sedap la tu (^_~)




Ess sebelum order, jangan lupa beli kad ni dulu ye, sebab kat sini kene bayar guna kad ni



Tara, Ni vegetable beriani saye




Pada hari terakhir berada di bangkok, cik iena pun makan di Platinum Fashion Mall, hari kedua menjelajah Platinum Fashion Mall baru lah terjumpa satu kedai ni, yang menjual makanan halal. Kedai nombor 5, tapi cik iena tak nasihatkan agar makan disitu, pekerja dia very the sombong and kurang ajar.
Cik iena nak ambil gambar nama kedai je kot. Nak suggest dekat kawan2 muslim if datangPlatinum Fashion Mall boleh makan kt situ. Tapi dia marah. memang sakit hati lah. Ambil order muka masam2, nak pulang kad yang kami bayar tu pun hulur dengan very the kurang ajar.
Memang kurang ajar sangat. Sila jangan makan di stall nombor 5. Biadap nak mampus dengan client.
Stall nombor P20 service terbaik dengan pelanggan.
Kedai ni terletak di tingkat 6, zone 2, Platinum Fashion Mall

Okay, setakat ini untuk info makanan halal di Platinum Fashion Mall Bangkok.

Jemput tengok video yang cik iena record , kedai ni sporting je cik iena amek gambar and record video. Kedai No 5 sangat2 kurang ajar.








Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand


Naraya adalah sebuah syarikat di Thailand yang menghasilkan beg kain dan aksesori. Syarikat ini bermula dengan Vassilios Lathouras dan Wasna. R Lathouras pada 6 Okt 1989 sebagai CEO syarikat. Tahun pertama keuntungan mereka adalah $ 10.000 dengan produk-produk hanya dijual di Thailand. Akhirnya, Naraya semakin popular dengan keuntungan berjumlah 7,5 juta dolar AS dan produk yang di seluruh dunia dijual. Ia kini mempunyai lebih 50 anak syarikat.

NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
Naraya Central World outlets


Disepanjang percutian cik iena di Bangkok, Thaland . Cik iena telah pun mebeli belah di tiga buah outlets Naraya di sekitar Bangkok. Pada hari pertama menjejakkan kaki di Bangkok. Cik iena telah membeli Tiga handbag Naraya di NaRaYa Central World

Okay ni handbag yang cik iena beli di Naraya Central World

NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
untuk diri sendiri, harga 450 bath = RM45
NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
untuk diri sendiri juga, harga 100 bath = Rm10

NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
untuk adik perempuan , harga 440 bath = RM 44
 beg untuk adik perempuan cik iena susah nak pilih, sebab dia tak suka yang macam keperempuanan.
Dia suka yang simple. Harap dia suka yang ni.
ini pun member yang tolong pilih kan.


NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
Untuk puan Ibunda, harga 290 bath = RM29
 Puan ibunda cik iena bercitarasa macam cik iena jugak. Suka yang comel2.
Harap mak suka la yang ni. Nampak macam  orang muda. Polka dot. Ada riben lagi 
(^_~)


Pada hari ketiga berada di bangkok, cik iena terjumpa kedai Naraya lagi, terdetik di hati untuk beli lagi. Kali ni cik iena beli untuk kakak  yang kirim duit untuk beli barang di bangkok. Memandang kan masih ada baki lagi duit , jadi cik iena decide untuk beli naraya bags untuk kakak.
Kali ini cik iena membeli belah di Naraya. Mbk

NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
Naraya MBK

NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
Naraya MBK
NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
untuk kakak, harga 310 bath = RM31

Selain dari beli untuk kakak, cik iena juga beli untuk ibu kepada sahabat cik iena yang baru sahaja menjalani pembedahan usus, Insya Allah balik dari Bangkok cik iena pergi melawat dia. Nak pergi melawat kene lah bawak buah tangan. Kebetulan pergi Bangkok . Jadi cik iena decide untuk belikan naraya bags untuk ibu kepada sahabat cik iena.

NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
untuk mak kepada sahabat kite - harga 480 bath = RM48
 harap mak kepada sahabat cik iena suka lah beg ni, 
cik iena tak tau citarasa dia macam mana.
makcik makcik, moga makcik suka yer
semoga makcik cepat sembuh

NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
naraya @ Siam Discovery

Pada hari yang sama, lokasi yang berlainan. iaitu di Siam Discovery. Sekali lagi cik iena beli naraya bags untuk kawan cik iena yang kirim duit untuk beli barang. Memandangkan masih ada baki. Maka cik iena belikan naraya bags dan setelah dikira duit yang ada .Cik iena beli lagi untuk sahabat cik iena yang mencadangkan jenama naraya iaitu kak tie.
Kak tie bukan sahaja sahabat. malah cik iena dah anggap macma keluarga sendiri. Cik iena duduk bujang je di KL. Kak tie ,abg Gs & family selalu ada di kala cik iena gembira mahupun sedih. Cik iena duduk KL taknak susah kan family dengan masalah cik iena. Mereka yg banyak mendengar masalah cik iena dan juga kembar cik iena. Riana ... Riana & huby & anak dia pun sentiasa disisi cik iena dikala cik iena memerlukan. And seorang lagi idola. Kak yat. Cikgu mekap kite.
Dia adalah sumber inspirasi cik iena . Banyak memberi sokongan dan dorongan dalam bidang Modelling and make up.
 

NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
naraya @ Siam Discovery


 Okay , di Naraya Siam Discovery cik iena beli



NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
untuk diri sendiri- harga  70 bath = RM7

NaRaYa : The Famous Brand Of Thailand
Untuk kak tie,kak yat,riana  & nana


 Setelah cik iena google, Naraya ni ada dua outlets dekat MAlaysia
One Utama & KLCC . Boleh refer http://www.naraya.com
 Insya Allah nanti nak tengok perbezaan harga dia kat KLCC, member cakap kalau beli di Malaysia lagi Mahal.

Okay, setakai ini sahaja update untuk Naraya bags. Cik iena mintak maaf banyak2 pada sesiapa yang terasa cik iena tak belikan sesuatu untuk mereka. Cik iena terlalu ramai saudara dan kawan. Tak Termampu untuk penuhi permintaan semua orang.Beli untuk Si A, si B, C, D akan terasa.Terlalu banyak hati yang perlu dijaga.
Jika anda pernah melancong kenegara luar cik iena pasti anda memahami situasi cik iena. Adalah lebih baek jika cik iena utamakan hati sendiri terlebih dahulu. Pada yang kirm berduit. Cik iena  dah belikan mengikut amount yang diberi setelah ditukarkan dengan current currency rate.
Walaupun korang masukkan duit selepas cik iena tukar duit. Cik iena tetap belikan guna duit sendiri terlebih dahulu. If nak tukar di bangkok memang lagi mahal. dapat sikit je duit bath.

Makanya kawan2 tolong, please fahami hati kami , kalau nak kirim tidak menjadi kesalahan tetapi amatlah dihargai jika diberikan wang sebelum hari kami menukarkan duit tersebut ke mata wang negara yang bakal dilawati. Takde la stuck duit perbelanjaan yang telah di hadkan untuk diri sendiri.

Atau adalah lebih bagus jika anda berikan terus duit yang telah anda tukarkan. Senang. Tak perlu la kami nak pergi tukar duit.

Nota belog : CIk iena ada beli souvenir yang kecik2 untuk kawan2 atau saudara yang jumpa cik iena dalam masa terdekat. Kalau habis, sampai setakat tu je la. Stakat ni ada 25 piece.
Lambat tak dapat hehe









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve