Grab The Promo
Showing posts with label blogger review. Show all posts
Showing posts with label blogger review. Show all posts

Rawatan Manicure Pedicure ala-ala Bora-Bora Island


Istimewa buat anda yang menggemari rawatan manicure pedicure yang santai lagi menarik serta unik  dan relaxing anda boleh dapatkan perkhidmatan tersebut di Bora-Bora Nail & Waxing Expert yang bertempat di LG 19 Berjaya Times Square. 


Bora-Bora Nail & Waxing Expert

Spa istimewa yang di dekorasi bertemakan Bora-Bora Island.  Dekorasi yang cukup indah, damai, tenang dengan hiasan gambar pemadangan Bora-bora Island pasti akan membuatkan anda  seakan-akan  sedang melakukan rawatan manicure pedicure di Bora-bora Island. Ditambah lagi dengan susun atur perabot yang cukup tersusun indah di warnai dengan warna-warna ceria yang mampu membuatkan hati anda berasa sangat ceria, tenang lagi nyaman  .

Bora-Bora Nail & Waxing Expert
 Bora-Bora Nail & Waxing Expert


Selain dari dekorasi yang cantik ini, pekerja-pekerja yang sangat mesra juga akan membuatkan anda berasa selesa. layanan yang di berikan cukup istimewa. Setibanya anda di Spa ini anda pasti akan di sambut mesra oleh pekerja-pekerja di sini sehinggalah selesai rawatan anda.


Bora-Bora Nail & Waxing Expert
 Bora-Bora Nail & Waxing Expert

Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan atau rawatan manicure pedicure yang di tawarkan di sini bermula dari traditional sehinggalah ke rawatan yang lebih advanced. Pada hujung minggu yang lepas cik iena berkesempatan untuk mencuba Anti Age Spa Pedicure dan  Classic Manicure 

Anti Age Spa Pedicure 


Rawatan ini berharga RM160 untuk 50 minit setiap sesi. Ianya merangkumi perkhidmatan pemotongan dan pembentukkan kuku , rawatan cuticle , callus filling, coconut scrub, coconut mask, candle oil massage dan Nail Lacquer application.

Anti Age Spa Pedicure
Anti Age Spa Pedicure
Anti Age Spa Pedicure merupakan antara rawatan yang sangat cik iena gemari. Untuk pengetahuan anda bukan sahaja kulit muka perlu dimanja di belai dengan rawatan skrub dan juga mask. Kaki juga perlu. Anti Age Spa Pedicure  meliputi sapuan  skurb kelapa yang sangat baik untuk kulit kaki kita . Kulit kaki menjadi lebih lembut dan halus ditambah dengan coconut mask yang di aplikasikan pada kaki kemudian kaki kita di wrap dan di masukkan ke dalam sarung kaki yang panas untuk ianya menyerap khasiat-khasiat mask tersebut lebih cepat dan lebih efektif . Ini adalah rawatan yang cik iena sangat gemari dan rasa relax je kaki cik iena .

Anti Age Spa Pedicure
Anti Age Spa Pedicure
Selepas sapuan skrub dan mask ini kulit kaki sangat lembut , halus, lembab serta sedikit cerah. Selain itu sapuan minyak lilin juga sangat menarik. Sedikit urutan akan di lakukan semasa penyapuan minyak tersebut. Lenguh-lenguh pada kaki anda akan hilang dengan urutan dari minyak lilin tersebut.

Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish
Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish


Classic Manicure


Rawatan ini berharga RM50 untuk 35  minit setiap sesi . Ianya merangkumi perkhidmatan   pemotongan dan pembentukkan kuku , rawatan cuticle , candle oil massage dan Nail Lacquer application.


Classic Manicure
Classic Manicure



Untuk pengetahuan , pewarna kuku yang di pakaikan adalah daripada Inglot dan ianya adalah mesra wudhu . Maksudnya mesra wudhu di sini ianya dapat menyerap air pada kuku untuk anda mengambil wudhu dan bahan-bahan yang di gunakan juga tidak beralkohol .


Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish
Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish


Seperti mana yang kita tahu pemakaian pewarna kuku adalah tidak di galakkan buat anda yang beragama islam kerana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak halal dan tidak serap air untuk berwudu tetapi berbeza dengan pewarna kuku ini . Cuma nya ianya tidak ada sijil Halal  .. Jadi pada yang nak cuba anda perlu yakin dan tepuk dada tanya selera :)


Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish
ouhh ini orang tak pernah warna kuku jakun sikit haha aummmm katanya



Memandangkan cik iena dalam tempoh bendera merah cik iena teringin mencuba. Cik iena tak pernah mewarnakan kuku . Jadi cik iena cuba untuk sehari sahaja . Pada yang berani mencuba boleh la cuba okay. Tapi sebolehnya kalau nak cuba pun masa bendera merah lah ya (^_~)

Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish
possing nak tayang kuku la kononnya ;)

Selain daripada dua perkhidmatan yang cik iena cuba ini, terdapat pelbagai lagi perkhidmatan yang di tawarkan . Anda boleh rujuk pada gambar di bawah .


 Bora-bora Nail & waxing Expert

 Bora-bora Nail & waxing Expert

 Bora-bora Nail & waxing Expert

 Bora-bora Nail & waxing Expert

 Bora-bora Nail & waxing Expert

 Bora-bora Nail & waxing Expert

Untuk anda yang bukan beragama islam pastinya anda akan lebih berminat dengan perrkhidmatan ini . Terdapat pelbagai design yang ditawarkan . Okay jemput lihat pada gambar lah ya. Cik iena nak cerita panjang pun cik iena tak berapa arif  :)


 Bora-bora Nail & waxing Expert




If nak tengok lebih banyak gambar design-design kuku dan banyak lagi gambar sepanjang di Spa ini   boleh tengok di fanpage cik iena ya
(^_~) 




 Bora-bora Nail & waxing Expert
bersama pemilik BMIC Secret Of Beauty Sdn Bhd, Miss Michelle Hee dan rakan blogger yang lain


Baiklah untuk pengetahuan semua Bora-bora Nail & waxing Expert ni merupakan salah satu Spa  BMIC Secret Of Beauty Sdn Bhd yang di asaskan oleh Miss Michelle Hee . Selain daripada Bora-bora Nail & waxing Expert di Berjaya Time Square terdapat lagi Spa lain di bawah naungan yang sama iaitu BMIC Nail Spa Salon yang bertempat di Starhill Shopping Gallery and Pavilion Kuala Lumpur BMIC BeeBee Nail Spa in Farenheit 88 , BMIC properties Sdn Bhd  dan yang akan di buka dalam masa terdekat BMIC Nail & Beauty Academy.

 Untuk maklumat Lanjut sila layari atau hubungi

Website : www.bmic.com.my
Facebook : Bora-Bora Nail & Waxing Expert
Instagram : @bmicnailspasalon


 Bora-bora Nail & waxing Expert

Bora-bora Nail & waxing Expert

Bora-bora Nail & waxing Expert
 LG 19 , Lower Ground Floor Berjaya Times Square
Tel : 03-2110 2763
email : info@bmic.com.my




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox




BLESS TeaTox dihasilkan dari gabungan bahan semulajadi yang diadun khas untuk tujuan detoks iaitu  Menyahtoksin dan mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh dari dalam usus kita.


Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox

 

Detoks sangat penting untuk:

  •  membersihkan usus
  •  membuang toksin di dalam badan
  •  melancarkan proses pencernaan
  •  membantu buah pinggang untuk menapis darah
  •  meningkatkan keberkesanan fungsi hati dan hempedu
  •  membuang bahan buangan dari pundi kencing
  •  mambantu menurunkan berat badan



APA ITU DETOKS



Detoks adalah proses pembersihan usus dengan mengeluarkan toksin, lemak , lendir serta sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh dalam badan melalui proses pembuangan air besar.

Dengan pembersihan usus ini, barulah badan kita dapat menyerap nutrisi daripada makanan pada tahap yang optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum kita mengambil apa-apa supplemen supaya tahap penyerapan nutrisi berada pada tahap yang terbaik


Kebanyakkkan daripada kita tidak mengetahui bahawa pembersihan usus yang sempurna adalah amat penting untuk mengembalikan kesihatan badan kita ketahap yang seimbang serta dapat membantu menambah tenaga kita ketahap yang lebih baik.

KENAPA PERLU DETOKS


Tahukah anda bahawa Kebanyakan penyakit berpunca daripada usus.

Perut Punca Segala Penyakit


Sabda Rasulullah saw :
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan" (Riwayat Ad-Dailami)



Maka dengan itu amatlah penting bagi kita untuk melakukan pembersihan usus iaitu Detoks. Sepertimana juga kenderaan yang kita guna hari-hari yang mana ianya perlu di servis untuk memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan usus kita. "usus kita ibarat enjin kereta". Jika tidak di servis ianya akan mendatang kan masalah.


Sihat dan Kurus Dengan Bless TeaTox

Dalam kehidupan seharian sudah pasti banyak makanan yang kita makan sehinggakan ianya boleh mendatangkan bahaya pada tubuh badan kita . Ada juga diantara kita yang mengalami masalah penghadaman iaitu masalah sembelit dan sukar membuang air besar. Ini amat membahayakan kerana sisa-sisa yang tidak di perlukan serta toksin dalam usus kita boleh memudaratkan kesihatan kita dan mendatangkan pelbagai penyakit .



Kenapa sistem penghadaman penting? 


Jika sistem penghadaman tidak dijaga dengan betul akan membawa kepada gejala-gejala berikut:

  • Penambahan berat badan
  • Masalah gastrik
  • Perut Buncit
  • Kanser Usus
  • Masalah makanan tidak hadam
  • Sistem imun yang lemah
  • Kurang selera makan

Masalah kesihatan lain jika usus bertoksik

  • Arthritis-sakit sendi dan sengal-sengal otot.
  • Kuku dan rambut rapuh
  • Tekanan darah meningkat
  • Kelemahan mental-daya ingatan dan tumpuan yang lemah
  • Peredaran darah kurang baik-tangan dan kaki sejuk
  • Kerap kali sembelit atau cerit berit
  • Mengidam makanan
  • Kerap pening-pening lalat dan sakit kepala
  • Kesakitan pada leher dan bahu
  • Gejala putus haid-terasa putus haid
  • Mudah marah dan murung
  • Rendah tenaga syahwat
  • Haid tidak menentu
  • Rasa loya, betis dan kaki bengkak
  • Masalah kulit-jerawat, akne, eczema


6 punca penyebab penyakit dari perut


1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.


Justeru itu amatlah perlu untuk kita membuat pembersihan usus iaitu detoks bagi memastikan kita bebas dari penyakit yang membahayakan.


Bagaimana Bless TeaTox Dapat Membantu Anda?



Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox



Bless TeaTox dapat membantu :-

  •     Membersihkan kolon.
  •     Membunag toksin di dalam badan.
  •     Melancarkan proses pencernaan.
  •     Membantu buah pinggang untuk menapis darah.
  •     Meningkatkan keberkesanan fungsi hati dan hempedu.
  •     Membuang bahan buangan dari pundi kencing.

Bahan-Bahan Dalam Bless TeaTox 

 



Gabungan bahan semulajadi yang diadun khas untuk tujuan detoks. Menyahtoksinkan dan mengeluarkan sisa dari usus kita. Bahan-bahan semulajadi yang terpilih :-



Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox
serbuk Bless teatox


  •     Ekstrak teh hijau.
  •     Ekstrak limau.
  •     Ekstrak epal.
  •     Psyllium Husk.
  •     Germa Gandum.

Cara Pengambilan Bless TeaTox


Cara Pengambilan Bless TeaTox



Kelebihan Lain Detoks


  •     Mengurangkan kanser usus.
  •     Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman.
  •     Membantu sistem/proses pembuangan dengan lebih teratur.
  •     Membantu masalah sembelit.
  •     Meningkatkan tenaga.
  •     Memperbaiki kadar serapan nutrisi.
  •     meningkatkan daya fokus.
  •     Permulaan yang baik untuk menguruskan berat badan.
  •     Meningkatkan kesuburan.
  •     Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.
  •     Meningkatkan kesihatan secara total.


Okay panjang lebar cerita cik iena. Untuk pengetahuan cik iena mengalami masalah sembelit. Masalah ni sememangnya membuat cik iena tak selesa. mana takna berhari-hari tak membuang, perut rasa tidak selesa. Rasa buncit, eh bukan rasa tapi memang buncit. Sungguhpun cik iena kurus, perut berlipat-lipat. Alhamdulillah selepas mengamalkan Bless teaTox perut cik iena tidak lagi buncit dan cik iena dapat membuang air besar dengan mudah. Tak perlu risau lagi hari ni dah membuang ke belum.

Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox



Cik iena telah mengamalkan Bless TeaTox dan kesannya amat memberangsangkan untuk sistem penghadaman dan pencernaan cik iena. Bila cik iena makan je, beberapa minit mesti nak cari toilet. Walaupun nak ke toilet tapi proses pembuangan tu tak sakit tau. normal je. Just bagi hint nak membuang. Kalau tak bagi hint tu payah la pulak kan.



Selepas mengamalkan Bless TeaTox selama tiga hari berturut, berat badan cik iena berkurangan sebanyak 2 kilo. Jadi kepada anda yang berhajat untuk mengurangkan berat badan  Bless TeaTox
amat sesuai untuk anda. Cik iena amalkan Bless TeaTox sebab masalah sembelit yang cik iena alami sejak kecil lagi . Bila berat berkurang ni cik iena makan lagi banyak sebab cik iena taknak hilang berat badan  dan cik iena tak perlu risau tak boleh membuang dah. Cuma cik iena kurangkan pengambilan Bless TeaTox kepada seminggu dua kali untuk mengelakkan cik iena kurus melengkung haha.




Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox


Untuk Mengetahui lebih lanjut Tentang Bless TeaTox Sila Layari www.blessmania.com

Sebelum ni cik iena ada meminum teh orang kampung untuk atasi masalah sembelit ni. Ya Ampun kalau lambat berterabur lah nak oi. Berkesan tapi perut memulas-mulas. Sakit ya amat. Cik iena minum beberapa kali je dah stop sebab tak tahan sakit perut dia terus nak keluar. Kalau Bless Teatox ni boleh buat dialog "Sabar Ye Nak " sambil usap-usap perut,  hahah boleh hold2 hold dulu nak buang ke tidak sebab tak sakit. Tapi better buang lah kan cuma nak bagi tau kat sini Bless Teatox punya pembuangan air besar tu secara semulajadi. takda paksa-paksa kene pergi toilet cepat. Itu kesan pada cik iena lah.

Kalau anda nak tahu keberkesanan nya pada tubuh anda boleh lah beli secara online di www.blessmania.com/bc/beli-online.php

Atau boleh juga beli dari cik iena . Kalau beli online di blessmania lagi untung lah sebab penghantaran percuma tau. Cuma minimum pembelian adalah dua botol.



Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox


 HARGA BLESS TEATOX


Sebotol 150gram - RM120
untuk 2 botol RM240 RM180 + Keahlian percuma







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System


Ramai yang mengambil endah tak endah tentang penjagaan kuku tanpa disedari. Kuku yang cantik juga melambangkan keperibadian seseorang. Kecantikan dan kebersihan perlu bersatu untuk menambahkan lagi seri dan keyakinan diri seseorang.

Kuku yang hitam dan comot menampakkan keperibadian yang kurang elok pada seseorang. 
Jadi, jom cik iena kongsikan Sistem penjagaan kuku elektronik  daripada Scholl. (Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System

Set penjagaan rawatan kuku yang mudah dimana ianya boleh di lakukan sendiri oleh anda di rumah. Dengan hanya tiga langkah mudah ,kuku anda akan kelihatan cantik, lembut dan berkilat secara semulajadi. 
Ia nya menggunakan bateri dan sangat mudah untuk di kendalikan serta ringan. Selain daripada itu ianya juga amat mudah untuk di bawa kemana-mana . Dapat kan produk ini hanya di Lazada dengan harga promosi RM 135.20 dan dapatkan lagi diskaun sebanyak RM8.88 dengan menggunakan Code - LENALZD8 ! ‪#‎SchollMY‬

Jom tonton video tutorial dari cik iena




Set penjagaan rawatan kuku yang mudah dimana ianya boleh di lakukan sendiri oleh anda di rumah. Dengan hanya tiga...
Posted by ienaeliena.com on Thursday, January 14, 2016



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Rawatan Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming di Amel Fawz Beauty & Spa




Rawatan Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming di Amel Fawz Beauty & Spa


Mesotherapy Vshape Lifting & Firming adalah rawatan untuk membantu membuang lemak di sekitar wajah, dagu dan leher.Ia akan memberi kesan kulit yang tegang dan anjal serta merta selepas rawatan.Disamping itu ia nya membantu mengurangkan kedutan pada wajah dan membentuk wajah agar kelihatan runcing.




Rawatan Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming di Amel Fawz Beauty & Spa
yeahhh ini lah Amel Fawz Beauty & Spa

Rawatan ini sering di lakukan oleh Artis-artis Malaysia untuk mendapatkan dagu yang runcing tanpa suntikan dimana rawatan ini menggunakan teknik urutan khas, dan mesin urutan khas bagi membantu membentuk dagu agar kelihatan runcing. Namun untuk mendapatkan hasil dagu yang runcing anda memerlukan rawatan yang berterusan.


Amel Fawz Beauty & Spa
Amel Fawz Beauty & Spa


Pada anda yang baru mengamalkan rawatan ini, adalah di cadangkan untuk melakukan rawatan ini tiga kali berturut-turut dimana ianya dilakukan seminggu sekali. Bermaksud dalam masa tiga minggu. Anda perlu melakukan sekali seminggu rawatan ini secara berturut. Kemudian di ikuti dengan rawatan dua minggu sekali selama sebulan, bermaksud dalam sebulan itu anda melakukan rawatan ini dua kali secara berturut. dan seterusnya anda hanya perlu melakukan rawatan ini sebulan sekali bagi mengekalkan keruncingan dagu anda.


Amel Fawz Beauty & Spa
keadaan bilik rawatan



Menarik bukan, tanpa perlu suntikan kolagen dan botok anda boleh mendapatkan dagu yang runcing hanya menggunakan teknik urutan khas beserta mesin urutan khas untuk membentuk dagu anda agar kelihatan runcing. Kebanyakan wanita mengamalkan rawatan ini di Amel Fawz Beauty & Spa . Rawatan ini jarang ditawarkan di Spa Lain . Artis juga turut melakukan rawatan ini di sini. Nak tau artis mana, jom lah pergi Amel Fawz Beauty & Spa . Servis yang ditawarkan memang terbaik. Layanan yang cukup baik daripada pekerja dan juga pemilik Amel Fawz Beauty & Spa .


Amel Fawz Beauty & Spa
selepas sesi rawatan, cik iena bersama pemilik Amel Fawz Beauty & Spa  dan miza (rakan blogger)





Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pemilik Amel Fawz Beauty & Spa  kerana sudi melayan cik iena, mengurut sendiri wajah cik iena. Wah cik iena terharu sangan, pemilik Amel Fawz Beauty & Spa , Puan Azliana Yusof  yang membuat rawatan itu sendiri. Memandangkan ramai pelanggan yang hadir ketika itu dan ada salah seorang pekerja tidak sihat maka Puan Azliana Yusof    sendiri turun padang untuk memberi khidmat buat pelanggan. Sangat bagus bukan. Boss yang baik okay.



Amel Fawz Beauty & Spa
bersiap sedia untuk baring di sini yeahh



Okay jom baca sedikit prosuder ketika cik iena melakukakn rawatan ini.




Procedure:


1. Cleansing Milk
2. Facial Cleanser
3. Face massage with face massage cream by hand (10mnt)
4. Face massage with lifting & firming serum by Mesotherapy machine (15mnt)
5. Firming & Lifting Mask
6. Ultrasonic with Lifting & Firming Serum
7. Skin Activator Spray for Lifting & Firming
8. Moisturiser

RM200 per treatment


Langkah yang buat cik iena rasa nak tidur bila Puan Azliana Yusof urut wajah cik iena dengan tangan. Rasa seronok pulak orang belai muka kita kan. Kemudian langkah paling penting urutan menggunakan Mesotheraphy machine, hehe cik iena penggeli.

Mula-mula terkejut.Ada rasa macam kebas-kebas enjit semut gitu. Kalau tak rasa macam tu maknanya mesin tu tak bertindak balas la kan.
Selepas Puan Azliana Yusof melakukan urutan tersebut pada bahagian kanan wajah cik iena. Cik iena lihat sendiri hasilnya. MEmang jauh perbezaan pipi kanan dan kiri cik iena. Pipi kanan yang telah di urut semakin kurus dan runcing ke dagu.

Wahhh suka nya cik iena. Tapi cik iena tak boleh nak selfie  sebab semasa rawatan , pelanggan berkemban je. Pelanggan di berikan baju kemban khas. Aahahahha seksi tau. Makanya cik iena tak boleh lah nak ambil gambar. Seksi banget :D
Selepas tu cik iena di pakaikan mask. Okay cik iena tidur terus. Best, sejuk je.



Firming & Lifting Mask
Firming & Lifting Mask, ahaha cik iena tidur waktu ni, gambar diambil oleh pihak spa
Selepas bukak mask ni, memang rasa sangat segar tau, kulit pun rasa lembab, tegang. Lepas tu wajah cik iena di  semburkan dengan Skin Activator Spray for Lifting & Firming dan kemudian krim pelembab. Adoi memang toing-toing kulit lembut macam iklan baby. Itu antara kesan terawal yang cik iena dapat sejurus selepas rawatan. Kulit rasa tegang , anjal dan lembut. Blackheads cik iena hilang serta merta okay. Bersih hidung cik iena.Dah takde rasa keras-keras blackheads kat bahagian hidung. Memang licin dan lembut je bahagian hidung cik iena yang keras ade blackheads tu. Eh tapi dalam gambar memang tak nampak pasal cik iena make up kan (^_~)

Okay selain daripada Rawatan Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming  . Terdapat pelbagai lagi rawatan yang di tawarkan di Amel Fawz Beauty & Spa. Okay boleh rujuk gambar di bawah ya

Amel Fawz Beauty & Spa
okay ni senarai rawatan yang ada, haha cik iena saja selfie nak tunjuk ini lah wajah tanpa make up cik iena selepas rawatan tersebut. Gambar awal-awal tu ada make up simple2. Ouh rawatan ini tak boleh hilangkan eyebags harap maklum. itu kesilapan cik iena sendiri kurang tidur hehe




Okay pada anda yang ingin mendapatkan rawatan ini anda boleh hubungi 0196098400 & 0196688400 untuk tempahan dan pertanyaan .  Amel Fawz Beauty & Spa  terletak di Bukit Jelutung Shah Alam.


Official Page : Amel Fawz Official
Instagram : @amelfawzbeaute 
whatsapp : 0196098400 & 0196688400








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Dirty Benefits Coffee Scrub


Dirty Benefits - Coffee Scrub


Ramai wanita mahupun lelaki mengidamkan kulit yang lembut,halus mulus.Berurusan dengan kulit wajah yang kasar tentulah kurang menyenangkan. Tambahan lagi kulit yang kasar dapat membuat anda kelihatan lebih tua dari usia yang sebenarnya dan juga dengan kulit yang kasar sangat sukar untuk mendapatkan hasil yang sempurna ketika menggunakan make-up.


Dirty Benefits - Coffee Scrub

Untuk melembutkan atau menghaluskan kulit wajah dan juga badan kita selain daripada membersih dan menggunakan pencuci dan juga pelembab kita perlu melakukan skrub pada wajah dan juga badan bagi membuangkan sel-sel mati pada kulit kita.


Mencuci wajah dengan pembersih yang mengandung butiran scrub adalah salah satu pilihan. Namun penting untuk diingat agar hanya memilih produk scrub dengan butiran yang halus. Bagi anda yang memiliki kulit kering, anda cukup melakukannya 1 kali seminggu. Manakala bagi anda yang memiliki kulit normal dan berminyak, anda dapat membersihkan muka dengan butiran scrub 2 sampai 3 kali seminggu.


Dirty Benefits - Coffee Scrub
Dirty Benefits - Coffee Scrub RM 69 Per Pack ( 2 - 3 moth usage)


Disini cik iena ingin mencadangkan satu produk skrub yang cik iena sendiri telah mencubanya dan cik iena sangat suka dengan hasilnya . Coffee Scrub Daripada Dirty Benefits memang sangat bermanfaat . Ianya melembutkan kulit kita, dapat membuang sel-sel kulit mati. Selain daripada itu ianya juga dapat memudarkan parut jerawat atau parut-parut lain mahupun selulit dan Stretch Marks .Ia juga boleh menghilangkan Blackheads dan whiteheads . Sekiranya ingin kesan yang cepat dalam menghilangkan parut. Rajin-rajinkanlah skrub badan :) 

Yang pasti ianya adalah daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia. Jadi ianya adalah selamat untuk di gunakan.





Dirty Benefits - Coffee Scrub
Dirty Benefits  Coffee Scrub Memang Best !!!!!!!

 Untuk kesan yang lebih mujarab adalah digalakkan untuk bermula dengan membasuh kulit wajah atau badan dengan air  suam, kemudian, kita gosokkan scrub secara lembut dengan gerakan melingkar di seluruh kulit wajah dan badan. Setelah selesai anda skrub secara lembut kemudian anda membilas kembali dengan air suam dan selesai.




Dirty Benefits - Coffee Scrub
cik iena bersama-sama adik skrub badan menggunakan Dirty Benefits  Coffee Scrub yang super awesome ni, memang skin korang akan lembut selembut kulit bayi tau

Dirty Benefits - Coffee Scrub
cik iena bersama-sama adik skrub badan menggunakan Dirty Benefits  Coffee Scrub yang super awesome ni, memang skin korang akan lembut selembut kulit bayi tau

Dirty Benefits - Coffee Scrub
cik iena bersama-sama adik skrub badan menggunakan Dirty Benefits  Coffee Scrub yang super awesome ni, memang skin korang akan lembut selembut kulit bayi tau


Selepas berskrub anda juga boleh membilas dengan sabun mandian anda yang lain jika anda tidak meninginkan bau kopi melekat di wajah atau badan anda. Selepas mengeringkan badan anda juga boleh menyapu losyen pada badan anda seperti biasa. Kulit anda akan terasa lebih lembut dan lembab daripada yang sebelumnya. Haaa lebih kurang kulit bayi la. Lembut je bila pegang okay.





Untuk mendapatkan produk skrub ini anda boleh layari laman web dan juga laman sosial Dirty Benefits. Istimewa buat pembaca blog cik iena anda boleh mendapatkan diskaun RM10 dengan menggunakan Kod Voucher ini 
DBienaeliena 



 

Harga: RM 69 (Untuk 2 - 3 Bulan Penggunaan)
Dapatkan Diskaun RM10 Dengan Voucher Code DBienaeliena = RM59 selepas diskaun
website :  www.dirtybenefits.com
Instagram : @DirtyBenefits 
Facebook : www.facebook.com/DirtyBenefits

Whatapps : 017-6429069





Instagram Updated










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Kelazatan 5 Perisa Aiskrim JWEL Yang Memukau



Kelazatan  5 Perisa Aiskrim JWEL Yang Memukau


Nikmati kelazatan aiskrim coklat dengan rasa chery seperti memakan coklat cadbury black forest  apabila anda membeli perisa The Baron of The Black Forest. Bagi mereka yang menggemari rasa  caramelaiskrim The Earl of Caramel terserlah dengan rasa aiskrim yang lemak dan padat dengan caramel.

Pada yang menggemari rasa  kopi pula ,  aiskrim The Countess of Tiramisu terserlah dengan kopi yang lazat lagi lemak dan padat dengan rasa tiramisu . Aiskrim The Duchess of Double Chocolate pula memenuhi cita rasa penggemar coklat tegar dimana ianya selain mempunyai coklat di luar ianya juga mempunyai coklat yang cair di dalam .

Aiskrim  The Duchess of Double Chocolate antara yang terlaris di roadshow yang cik iena hadir baru-baru ini. Pada penggemar vanilla pula aiskrim The Duke of Vanilla sangat sesuai untuk anda kerana rasa vanilla yang sangat mangiurkan pada setiap gigitan  .

Setiap lima perisa  aiskrim disaluti dengan coklat dan kepingan badam.







Okay meh cik iena describe kan satu-satu rasa aiskrim ni menurut perut cik eina haha


1. The Duke of Vanilla

JWEL



Rasa vanila yang cukup menusuk kalbu ditambah dengan salutan coklat dan kepingan  badam . Rasa vanilla yang pasti menggoda peminat vanilla .



2. The Countess of Tiramisu



JWEL

Penggemar kopi pasti akan menggemari perasa ini. Rasa kopi yang cukup pekat, likat, creamy,milky.  Memang pasti dapat memenuhi citarasa penggemar kopi. Haa kepada penggemar starbucks tu anda perlu cuba aiskrim ni okay.



3. The Duchess of Double Chocolate


JWEL


Rasa coklat yang pekat, likat, creamy , mily haha sudah la ada salutan coklat dibahagian luar beserta kepingan badam. Isi kandungan coklat yang pekat cukup menyelerakan. Cukup memenuhi citarasa penggemar coklat tegar.



4. The Earl of Caramel

JWEL


Sungguhpun di saluti coklat yang tebal di bahagian luar ia tidak dapat melawan rasa caramel yang ada di dalamnya. Peminat caramel harus mencuba aiskrim ini yang ternyata akan memberikan pengalaman yang berbeza buat anda dengan gigitan caramel beserta coklat dan kepingan badam yang pasti membuat and ateruja dan teruja yeay.



5. The Baron of The Black Forest

JWEL
Aiskrim yang lazat  di perkaya dengan rasa chery seolah-olah anda sedang memakan coklat cadbury blackforest versi sejuk lagi nyaman lagi penuh rasa coklat dan gigitan kepingan badam yang pasti membuat anda teruja.



JWEL


Apa pun koleksi aiskrim  ini telah menawan selera rakyat  tempatan dan bakal memberikan variasi dalam minat anda terhadap aiskrim . Mungkin anda akan berubah kepada aiskrim yg lebih berkrim dan enak sekali.



Di mana untuk dapatkan JWEL Ice Cream


JWEL
Koleksi semua perisa JWEL ini kini telah pun berada di pasaran Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu. Anda boleh dapatkan pada harga RM3.70 sebatang atau RM14.60 untuk multipack dimana terdapat 4 batang aiskrim dengan dua perisa di mana-mana pasaraya terkemuka dan pasaraya terpilih di seluruh negara.




3 jenis  Multipacks:
JWEL Multipack (2x Tiramisu, 2x Black Forest)
JWEL Multipack (4x Double Chocolate)
JWEL Multipack (4x Vanilla)


  Untuk mengetahui perkembangan lanjut atau promosi-promosi terkini sila ikuti perkembangan di facebook dan juga instagram JWEL
 
Website: www.jwel.my

Facebook: www.facebook.com/JWELMY

Instagram: @JWELmy







Haa diantara kelima ni pasti ada yang menjadi kegemaran cik iena kan kan. Salah satu yang menjadi kegaman cik ien a adalah
jeng jeng jeng
Jom buat senaman jari

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
 V

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



JWEL Roadshow : Aiskrim baru keluaran F&N dengan 5 perisa


Yeahhh nampak tak
meh kasi gambar dekat pulak


Kelazatan  5 Perisa Aiskrim JWEL Yang Memukau
yahhh TIRAMISU

Okay aiskrim tiramisu paling memukau memikah hati jantung cik iena la haha
saje je bagi komen sikit kat atas kan. Yeahh cik iena penggemar starbucks
aummm nyummmy
Rasa tiramisu dia memang pergh pekat likat. 
Cik iena bagi 10 bintang untuk tirmisu nie

Kelazatan  5 Perisa Aiskrim JWEL Yang Memukau




Selepas tiramisu aiskrim yang menjadi kegemaran cik iena adalah black forest
cik iena bagi 10 bintang jugak
sedap sangat
(^_~)


Kelazatan  5 Perisa Aiskrim JWEL Yang Memukau


ANDA PULA BAGAIMANA?

APA PERISA KEGEMARAN KORANG?




Untuk makluman anda, pihak jwel  berbesar hati memberikan ice cream percuma kepada pengunjung yang memuat naik gambar ke laman sosial mereka.


Selain daripada itu  khas buat pengunjung roadshow harga sebatang aiskrim di jual pada harga RM3 dimana harga Asal RM3.70 .Sekiranya anda membeli 6 batang aiskrim anda akan menerima cooler bag secara percuma :)

Kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang ini untuk hadir ke roadshow berdekatan anda, sila semak jadual roadshow di bawah .

JADUAL JWEL ROADSHOW


No
Venue
Date
Time



1
Jaya 33
4-Aug-15
10 AM – 6.30 PM

2
Avenue K
8-Aug-15
10 AM - 10 PM

3
UTAR, Sg Long
11-Aug-15
10 AM - 5 PM

4
Empire Shopping Galleria
12 Aug - 16 Aug
10 AM - 10 PM

5
Star Hub, Shah Alam
18-Aug-15
11.30 AM - 6.30 PM

6
Dataran Glomac (Infront Pejabat Imigresen)
20-Aug-15
8.30 AM - 4.30 PM

7
IMU
27-Aug-15
10 AM - 5 PM





PIC CREDIT TO
www.nicoleyie.com



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve