Grab The Promo
Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale  yang berlansung di Berjaya Times Square. Ini merupakan kali ke dua Cik iena ke Esports Tournament. Jika sebelum ini Cik iena ke Taiwan Excellence Esports Cup 2019 10th and Final Qualifier Tournament di Battle Arena Malaysia. Kali ini Cik iena ke Grand Finale pula.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Pengalaman semasa berada di kejohanan ini sememangya pengalaman yang menarik. Berbeza dengan  10th and Final Qualifier Tournament tempohari yang diadakan secara tertutup di Battle Arena Malaysia , kali ini ianya diadakan secara terbuka di dalam pusat mebeli-belah Berjaya Times Square.Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale ini disambut meriah dengan kehadiran Komuniti Gamers Malaysia dan juga pengunjung-pengunjung pusat membeli belah Berjaya Times Square. Kejohanan ini berlansung selama 3 hari iaitu 11-13 Oktober 2019.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Sebelum Cik iena berkongsi lebih lagi mengenai pengalaman Cik iena di Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square . Cik Iena kongsikan terlebih dahulu mengenai Esports dan Taiwan Excellence Esports Cup.

Apa itu eSports

Sukan elektronik (e-sukan) atau lebih dikenali sebagai E-Sport adalah sejenis sukan yang menggunakan elektronik-elektronik yang terdapat di dalam kehidupan seharian seperti Dota 2, Counter Strike, League of Legends dan banyak lagi.

e-Sukan merupakan sebuah industri baru bukan sahaja kepada pembangunan permainan video tetapi ianya merupakan industri dan sumber ekonomi baru kepada individu yang meminati permainan video secara positif.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Dalam permainan e-Sukan para pemain selalunya akan dibayar apabila bermain permainan video tersebut. Sukan elektronik sebenarnya telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia dari hari ke hari serta sokongan dari pelbagai pihak swasta dan kerajaan.

eSports sudah menjadi salah satu sukan yang terbesar dan paling popular di seluruh dunia secara beransur-ansur. Di Malaysia, bilangan peminat dan penggemar eSports sentiasa bertambah pada kadar yang sangat memeranjatkan.

Mengenai Taiwan Excellence?

Taiwan Excellence merupakan sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Taiwan Minitsry of Economic Affairs (MOEA) yang bertujuan untuk mengiktiraf produk-produk inovatif keluaran Taiwan ke seluruh dunia.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Seperti yang anda sedia maklum produk-produk Taiwan sangat tidak asing di  negara kita di mana kebanyakkan produk inovatif Taiwan memberi memberi impak nilai terbaik. Ini kerana produk-produk Taiwan yang dieksport ke luar negara telah melalui proses yang amat tinggi dan telah diiktiraf dari sudut R&D, reka bentuk, kualiti dan juga pemasaran.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Berikutan kejayaan kejohanan Taiwan Excellence eSports Cup yang dilancarkan pada bulan April tyang lalu, kejohanan ini akhirnya telah tiba di puncak kemahsyuran, pusingan Grand Finale. Sepanjang perjalanan kejohanan ini, Taiwan Excellence Esports Cup telah merangkumi lebih 10 pertandingan LAN dan online yang dianjurkan di dalam negara, menyaksikan 283 pasukan dan 1,415 peserta bersaing antara satu sama lain untuk kelayakan ke pusingan seterusnya yang direbuti ramai.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Kejohanan selama tiga hari ini akan menyaksikan atlet-atlet e-sukan terbaik Malaysia  untuk  bertarung dalam 3 kategori gaming utama yang berikut, CS: GO, DotA 2 dan League of Legends. Juara bagi setiap kategori akan memenangi RM10,000 masing-masing dan pasukan yang menjuarai  kategori CS: GO akan menerima tiket keemasan ke Taiwan untuk bertempur dengan empat negara-negara lain yang iaituTaiwan, Thailand, Filipina dan India. Pemenang diantara 4 negara ini akan menerima hadiah utama tambahan sebanyak US$ 2,000.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Sejak permulaan kejohanan ini, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menyuarakan sokongannya terhadap kejohanan ini kerana ianya merupakan satu peluang yang baik untuk belia kita pada zaman ini untuk menyerlahkan bakat-bakat mereka menerusi platform #HealthyGaming.

Dengan semangat yang tinggi, wakil dari Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Anne Hung  berkata,

 “Apabila kami memulakan (kejohanan) tahun ini, kami memang berkeyakinan dapat membawa dan menyampaikan mesej kami kepada peminat-peminat esports dan penggemar-penggemar teknologi di Malaysia. Kejohanan ini merupakan cara kami mempamerkan hasil-hasil inovasi Taiwan yang terbaik melalui platform yang menarik dan interaktif.”

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Kejohanan ini juga telah mendapat sokongan dari jenama-jenama Taiwan termasuk Aorus, Aero, Coolermaster, InWin, MSI, Predator, Republik Pelayar (ROG), TeamGroup, Thermaltake, Transcend, XPG, ZADAK, dan Zowie. Penglibatan mereka telah memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengalami pengalaman tahap tertinggi e-sukan melalui kejohanan ini.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai acara-acara gaming sampingan seperti Tekken 7, Super Smash Bros, PES 2019, dan Mobile Legends: Bang Bang. Pemenang acara-acara ini akan pulang ke rumah dengan hadiah wang tunai sebanyak RM9,000 di saku mereka. Tambahan lagi, terdapat juga beberapa aktiviti yang menyeronokkan seperti mini DotA 2, pertandingan pemasangan komponen-komponen esport, pelelangan produk-produk esport pada harga eksklusif yang mampu menaikkan taraf kelengkapan gaming gamers, serta cabutan bertuah dan hadiah-hadiah percuma untuk semua peserta!

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Apa yang menarik, Semasa Grand Finale mereka menpamerkan produk-produk terbaru seperti Predator Thronos yang bernilai lebih daripada RM40,000, dan ROG Phone II, yang belum dikeluarkan di pasaran Malaysia. Ia akan membuat penampilan buat kali pertama di Malaysia untuk tontonan orang ramai. TEEC pasti akan menjadi perayaan esports meriah yang dilengkapi dengan pelbagai acara untuk hiburan peminat-peminat esports dan sesuai untuk dijadikan acara himpunan bagi para gamers.

VLog Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale

Selain menyaksikan perlawanan diantara peserta, Cik iena juga berpeluang melihat  produk ROG yang terdapat di Taiwan Excellence Esports Cup 2019 tersebut. Berikut Cik iena kongsikan gambar   produk-produk  yangterdapat di TEEC 2019

Untuk maklumat lanjut  

Website :  http://taiwanexcellence.com.my/teec2019   
Facebook : https://web.facebook.com/TaiwanExcellence.MY
Instagram : https://www.instagram.com/taiwanexcellencemy/

Doktor Pergigian Anak Jati Johor Memperkenalkan Formula Kecantikan Dr.Irma

Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Lihat pada raut wajahnya dan susuk tubuhyang cantik tinggi lampai persis model pasti anda tidak menyangka bahawa beliau adalah seorang Doktor Gigi . Merupakan anak Jati Johor yang mula bergiat aktif dalam industri kecantikan tanah air.

Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Baru-baru ini telah berlansung satu Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics pada 4 Disember 2016 bertempat di  Galleria@Kotaraya , Johor Bahru. Majlis ini berjalan dengan meriah sekali.

Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Majlis telah dirasmikan oleh wakil rasmi Menteri Besar Johor .  Dengan berlansungnya Majlis perlancaran ini, bermula lah titik tolak perjalanan produk jenama DR.IRMA ke dalam industri kecantikan tanah air.

Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Produk ini diformulasikan secara eksklusif oleh pengasas sendiri iaitu Dr Irma Shida bt Abu Samah dengan menggunakan bahan-bahan asli dan pati minyak tumbuhan (essential oils).

Disepanjang perniagaan secara online yang dilakukan, rata-rata pengguna produk yang terdiri dari rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei memberi maklumbalas yang amat memberangsangkan dan yakin bahawa produk ini telah bersedia untuk bersaing dengan jenama-jenama hebat dalan industri kecantikan serta berpotensi untuk menembusi pasaran global serta kekal relevan.

Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Majlis tersebut dipenuhi dengan aktiviti pengenalan dan penjualan produk, peragaan produk oleh model dan artis, sesi make-over menggunakan produk DR.IRMA dan acara ‘meet and greet’ dengan beberapa artis dan selebriti tempatan seperti Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Aidit Noh, Zarul AF, Tiaz Al-Khred, Natrah, Hazman Akademi dan DJ.Dave dari Johor FM. 
Selain daripada itu, di kesempatan itu juga  Irma Ariandi Enterprise telah  melancarkan tabung ‘BAKTI IRMA ARIANDI’ yang merupakan tabung kutipan dimana dari setiap pembelian, sebanyak RM1 akan dimasukkan ke dalam tabung tersebut.

Jadi kepada anda yang menggunakan produk beliau dalam masa yang sama juga anda akan menderma untuk tabung ‘BAKTI IRMA ARIANDI’.

Mengenai Dr.Irma Shida bt Abu Samah

Beliau  merupakan pengarah Irma Ariandi Enterprise, Dr.Irma Shida bt Abu Samah  juga  merupakan seorang doktor pergigian. Beliau telah memulakan pemasaran produknya secara online sejak awal 2016 dan  kini jenama ini telah berkembang kepada penjualan secara retail dengan perasmian Butik kecantikan DR.IRMA SKINCARE & COSMETICS pada 4 Disember 2016 di L1-10, Aras1, Galleria@Kotaraya, Johor Bahru.

Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Produk-produk Dr. Irma di hasilkan dengan menggunakan bahan mentah yang diimpot dari Peranchis, United Kingdom dan Kanada dalam produk keluaran anak jati Johor ini, dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kerjasama dengan pengilang tempatan bertaraf GMP. Rangkaian produk DR.IRMA tidak mengandungi bahan-bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon namun tetap dapat memberi kesan yang menakjubkan dan memuaskan hati pengguna.

Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics Meriah

Untuk pengetahuan anda cik iena turut hadir semasa Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics . Kemeriahaan jelas terasa dengan kehadiran pelanggan Dr. Irma Skincare & Cosmetic  serta pesakit Dr. Irma sendiri dan di meriahkan lagi dengan sesi  ‘meet and greet’ dengan beberapa artis dan selebriti tempatan seperti Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Aidit Noh, Zarul AF, Tiaz Al-Khred, Natrah, Hazman Akademi dan DJ.Dave dari Johor FM. 
Majlis ini di mulakan seawal jam 10 pagi  dengan pembukaan booth penjualan produk Dr Irma dan aktiviti-aktiviti lain seperti make up demo, persembahan artis,  cabutan bertuah  . Cik iena dan rakan-rakan tiba sekitar jam 11 pagi . Sejurus selepas mendaftar kami di beri penerangan ringkas mengenai produk Dr. Irma  dan kami juga di beri peluang melihat Butik Dr. Irma sebelum ianya di rasmikan.

majlis Pelancaran Produk dan Butik  Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Jika sebelum ini cik iena pernah membuat review tentang Dr Irma WHITENING BB SERUM FOUNDATION dan RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM . Kali ini cik iena terharu kerana di jemput untuk menghadiri majlis Pelancaran Produk dan Butik  Dr. Irma Skincare & Cosmetics .

 Dr.Irma Shida bt Abu Samah
Selfie bersama  Dr.Irma Shida bt Abu Samah

Kali ini cik iena berpeluang berjumpa sendiri dengan pengasas produk iaitu Dr.Irma Shida bt Abu Samah  . Beliau merupakan seorang Doktor yang sangat merendah diri dan peramah . Cik iena sangat senang dan selesa berbual dengan beliau.  Rata-rata tetamu yang hadir adalah di kalangan pesakit beliau . Beliau merupakan seorang doktor yang sangat peramah dan mudah di dekati .

Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics
blogger selfie bersama dr Irma..opss dr irma tersorok kat beakng, ni gambar candit

Cik iena sendiri juga terkejut kerana beliau mengikuti sedikit perkembangan cik iena dan beliau sangat gembira bertemu cik iena . Ada diantara tetamu yang hadir juga menyagka cik iena adalah Dr Irma . Menurut tetamu tersebut raut wajah kami sama :) Ini juga merupakan kejadian yang paling cik iena tak boleh lupa bila ada antara tetamu yang memanggil cik iena untuk berselfie dan menyangkakan cik iena adalah Dr. Irma :)

Terima Kasih tidak terhingga di ucapkan kepada Dr.Irma dan krew diatas layanan baik yang di berikan . Walaupun agak kepenatan datang dari Kuala Lumpur namun setelah hadir di Majlis yang cukup meriah ini dan layanan yag cukup Istimewa rasa letih hilang . Namun kami terpaksa pulang awal kerana keesokan harinya kami bekerja di Kuala Lumpur .

Jadi sesi meet & greet bersama Artis tanah air kami tidak dapat sertai .

Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Selepas mendapat sambutan hangat yang mana sebelum ini produk ini di pasarkan secara online sahaja, Kini Dr.Irma melangkah lebih baju dengan membuka sebuah Butik untuk produk keluarannya . Lokasi pilihan beliau adalah di Johor kerana beliau merupakan anak jati Johor.

Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics
Bloggers bersama Dr.Irma

Selain menjual barangan kecantikan keluarannya, Butik beliau juga menawarkan perkhidmatan Facial . Dekorasi Butik yang cukup indah, Elegant dengan warna hitam dan emas akan membuatkan anda rasa seperti di tempat mewah yang ekslusif.

Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Gambar Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics 

VVideo Pendek #liveupdate Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

UNTUK MAKLUMAT LANJUT 
 
 Dr. Irma Skincare & Cosmetics
L1-10, Aras 1
Galleria Atrium @ Kotaraya
Jalan Trus, Johor Bahru.
Tel : 018-986 7511

Laman web :
www.drirma.com
Facebook :
www.facebook.com/drirmaskincare

Instagram :
www.instagram.com/drirma_official

iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve