Grab The Promo
Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

Menikmati sajian"Artisan" atau buatan sendiri sememangnya menjadi pilihan lagi lagi makanan untuk dinikmati dirumah bersama keluarga. Disini Cik iena ingin berkongsi dengan anda tentang mentega kacang Artisan atau buatan sendiri atau homemade yang boleh anda cuba iaitu mentega kacang dari Carver's.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

Carver's Homemade Nut Spread

Carver's Homemade Nut Spread  merupakan Mentega kacang 100 % semulajadi, tanpa lemak trans, kolestrol, bahan pengawet,pewarna tambahan, bahan tambahan atau gula.


Di keluarkan oleh Syarikat Carvers Nut Butters yang merupakan sebuah syarikat Yang menawarkan produk mentega kacang artisan dengan tumpuan utama kepada barangan semula jadi dan organik.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's



Ianya merupakan produk yang mendapat sijil HALAL daripada JAKIM. Selain itu ianya juga adalah Vegan friendly. Sangat sesuai untuk anda yang Vegan . Memandangkan ianya sugar free jadi ianya sangat sesuai untuk anda yang mempunyai penyakit diabetic .

Istimewanya Carver's Homemade Nut Spread  ini lagi ianya bukan sekadar untuk dijadikan sapuan pada roti atau biskut sahaja. Ianya juga boleh digunakan untuk membuat aneka hidangan masakan mahupun minuman.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's



Untuk pengetahuan terdapat 6 Jenis Carver's Homemade Nut Spread  iaitu

  1. Mentega Badam
  2. Mentega Kacang Kasar
  3. Mentega Badam dan Chia Seeds Organik
  4. Mentega Kacang halus
  5. Mentega Gajus
  6. Mentega Badam kasar

 



Carver's Mentega Badam
Carver's Mentega Badam, HArga RM25


 

Carver's Mentega Kacang Kasar
Carver's Mentega Kacang Kasar, Harga RM18

 



Carver's Mentega Badam dan Chia Seeds Organik
Carver's Mentega Badam dan Chia Seeds Organik, Harga RM28


 

Carver's Mentega Kacang halus
Carver's Mentega Kacang halus, Harga RM18
  

 


Carver's Mentega Gajus
Carver's Mentega Gajus, Harga RM25

 


Carver's Mentega Badam kasar
Carver's Mentega Badam kasar, Harga RM25

 

Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's 

Seperti yang dimaklumkan Carver's  nuts butter ini kesemuanya tidak mengandungi gula tambahan. jadi ianya sangat bagus untuk kita . Kepada yang gemarkan rasa manis anda boleh tambahkan susu pekat manis, coklat ataupun madu di sapuan roti anda.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

 

Bagi Cik iena yang gemar rasa sedikit manis, jika Cik iena makan dengan roti cik iena akan tambah coklat , susu pekat manis atau pun madu. Sebenarnya ini terpulang pada citarasa anda. Ada yang gemarkan rasa tanpa gula.

Berikut Cik iena kongsikan hidangan Carver's Nut Butters yang cik iena makan selain dari sapu pada roti.


Hidangan Pencuci Mulut Lebih Sedap Dengan Carver’s Nut Butters range


Untuk wanita bekerjaya yang sering kesuntukan masa ni. Adakalanya teringin makan dessert ala-ala di Restoran tapi tak sempat nak buat kan. Jadi Bila ada Carver’s Nut Butters range ianya memberi inspirasi juga untuk Cik iena buat dessert simple dan sedap.


Hidangan Pencuci Mulut Lebih Sedap Dengan Carver’s Nut Butters range


Gambar diatas adalah antara hidangan pencuci mulut yang Cik iena buat gunakan Carver's Nut Butter. 

  • Donut  strawberry dengan Mentega Badam Dan Chia Seed Organik
  • Waffle dengan Mentega kacang kasar  dan Avocado Strawberry
  • Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus



Hidangan Pencuci Mulut Lebih Sedap Dengan Carver’s Nut Butters range

Memang mudah sangat nak sediakan menu Cik iena ni. Waffle, Donut  buah iena beli dekat Village Grocer. Orang kata campak campak jadi dengan adanya Carver's Nuts Butter ni nak buat apa-apa dessert mudah. 

Insya Allah lepas ni iena buat menu lain iena kongsikan juga ya. Ada je nak buat yang rumit rumit sikit tapi iena sibuk sikit nak membaking . Jadi Ni cara anak dara ekspress buat dessert hehe.

 

Review  Craver's Homemade Nut Butters

Review  Carver's Homemade Nut Butters

Secara keseluruhannya iena suka Carver's Homemade Nut Butters ni sebab rasa nuts dia memang terasa sedap, lemak cuma dia tak manis sebab tiada kandungan gula tambahan. Carver's Homemade Nut Butters ni sangat sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

Selain boleh dibuat sapuan roti untuk sarapan pagi. Boleh juga buat pelbagai menu pastry lain. Boleh makan dengan biskut. Boleh buat air juga. Ini merupakan kali pertama Cik iena buat air guna peanut butter tau.Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus memang sedap. Penggemar avocado macam cik iena mesti suka. 

Buat masa ini Cik iena dah cuba makan  Mentega Badam Dan Chia Seed Organik, Mentega kacang kasar  dan Mentega Kacang Halus . Mentega Kacang Halus dan kasar rasa lebih kurang cuma yang besa adalah tekstur sapuannya. Kedua duanya terasa lemak dan kacangnya berasa. Manakala Mentega Badam Dan Chia Seed Organik rasanya lebih unik dan sedap. Makan macam tu pun Cik iena rasa macam makan cookies.


 

Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

 

Rasa rasa lemak avocado tambah dengan rasa peanut butter tu rasa pekat menusuk tekak. susah nak bayangkan. Anda perlu cuba.  Disebabkan ini pertama kali Cik iena na cuba. Jadi sukatan dia mungkin tak menepati citarasa pembaca.Mungkin boleh ubah ikut citarasa masing-masing.


Resepi Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus


Resepi Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus

  • 1 Biji avocado
  • 3 sudu besar plain yogurt
  • 2 sudu besar Madu Kurma (Beli dekat MBG) 
  • 1 cawan full cream milk
  • 1 sudu Mentega Kacang Halus


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

 

Cara Buat Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus

Biasanya iena buat Avocado smoothie, susu memang akan letak dalam fridge . Semua bahan sejuk dalam fridge. Kalau suka letak ais batu pun boleh tapi iena tak letak sebab jarang minum ais dekat rumah. 


Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus

 

Cara buat, 1 biji avocado yang dah masak di blender bersama 3 sudu besar plain yogurt, 2 sudu besar madu kurma dan 1 cawan full cream milk. Kemudian Mentega Kacang Halus tu iena letakkan sebagai topping. Boleh diminum semasa Mentega Kacang Halus dibahagiana atas atau kacau dengan avocado smoothie tu.

 

Peanut strawberry cinamon roll

 

Peanut strawberry cinamon roll





Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's


Baiklah kepada anda diluar sana yang ingin mencuba rangkaian Carver’s Nut Butters ini boleh dapatkan di laman web yang Cik iena lampirkan dibawah. Anda juga boleh ikuti laman sosial mereka untuk mengetahui promosi terkini.

 

 Untuk Maklumat Lanjut



Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop

Bila sebut sahaja The Chicken Rice Shop, umum mengetahui akan  keenakan Nasi Ayam di The Chicken Rice Shop.  Selain nasi ayam, terdapat juga menu lain yang ditawarkan. The Chicken Rice Shop juga sentiasa mengelurakan menu menu baru dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain sambil mengekalkan keasliannya.

Sempena Ramadhan 2021, TCRS menyajikan menu terbaru yang pasti menambat hati anda khususnya buat anda yang gemar masakan pedas iaitu  Ayam Sedap baq Hang. Menu istimewa ramadhan ini boleh dinikmati bermula 9 April 2021 sehingga 13 Jun 2021 Januari 2021.



Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop
 
Untuk pengetahuan The Chicken Rice Shop merupakan antara restoran kegemaran Cik iena dan rakan-rakan pejabat di waktu makan tengah hari. Selalunya Cik iena akan berkunjung ke The Chicken Rice Shop KL Sentral atau Nu Sentral. Bukan sahaja makan tengah hari, adakalanya jika meraikan sesuatu majlis kecil juga The Chicken Rice Shop sentiasa menjadi pilihan kami.
 
Memang TCRS antara pilihan kerana faktor lokasi yang berdekatan dengan pejabat dan juga harga yang berpatutan. Pada Waktu lunch, sentiasa ada harga promosi lunch, harganya memangmurah dan berpatutan . Maka ianya memang merupakan restoran yang sesuai untuk pekerja-pekerja yang bekerja untuk menikmati hidangan makan tengah hari di waktu rehat.

 
 

Ayam Sedap Baq Hang The Chicken Rice Shop


 
Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop



 
Ayam Sedap Baq Hang  Diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, ianya dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. Hidangan ayam yang cukup enak, sedap pedas berasa ini pasti akan membuat hati anda tertaut dan pasti akan kembali untuk menikmatinya semula.

Untuk anda yang tidak makan pedas anda perlu ambil Set Meal kerana kombinasi unik set ini didatangkan dengan air DIno Choco Malt yang akan tone down kan tahap kepedasan ayam sedap baq hang. Bagi ini Set Meal Ayam Sedap Baq Hang memang dah sesuai. Air milo sememangnya dapat kurangkan sedikit kadar kepedasan makanan yang kita sedang makan.


Harga Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop





Ala carte RM16.90


Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop
SET MEAL A

Meal A (1 Pax) RM25.90

  • Ayam Sedap Baq Hang 2 pcs
  • Pak Choy With Oyster Sauce (small)
  • 1 Bowl Of Rice
  • 1 Soup Of The Day 
  • Dino Choco Malt

Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop


Meal B (2 Pax) RM58.90

  • Ayam Sedap Baq Hang 2 Pcs
  • Single serve chicken (choice of roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (regular)
  • Sai To Fish Ball Soup (regular)
  • Pak Choy With Oyster Sauce (regular) or spicy savoury ladies fingers (regular)
  • 2 bowl of rice
  • 2 soup of the day
  • 2 Dino Choco Malt

Meal C (4 Pax) RM105.90

  • Ayam Sedap Baq Hang 4 pcs
  • 1/4 Chicken  (choice of roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (large)
  • Penang Rojak (large)
  • Penang famous chicken rolls (3pcs)
  • Pak Choy With Oyster Sauce (large)  or spicy savoury ladies fingers (large)
  • 4 bowl of rice
  • 4 soup of the day
  • 4 Dino Choco Malt
 


Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop


Ayam Sedap Baq Hang Pedas Gile Tapi Sedap !


Ayam Sedap Baq Hang Memang Sedap !
 

Untuk iena ayam ni memang sedap dan menepati citarasa kemelayuan iena. Cuma ianya sangat pedas untuk iena yang tak makan pedas. kalau mak iena mungkin dia cakap tak pedas :)


Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop

 

 
Keenakan Ayam Sedap Baq hang ni jelas terasa, kepekatan rempah yang menyengit disulam dengan daun kari yang harum mewangi dan hirisan cili menambahkan kelazatan Ayam Sedap Baq hang
 

Jika makan Ayam sedap baq Hang  ni Cik iena memang suka makan sekali daun kari. Ada orang tak makan daun kari tapi berbeza dengan cik iena. Cik iena lebih suka gigit atau makan sekali daun kari tersebut kerana ianya akan menampilkan rasa lebih unik dan sedap menyengat.
 
Kepada anda yang masih belum pernah mencuba menu ini, Cik iena cadangkan untuk anda cuba sendiri keenakan rasa dan kepedasan Ayam Sedap Baq hang ini di  The Chicken Rice Shop.
 
 
Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop


VLOG AYAM SEDAP BAQ HANG




 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Sedap Baq Hang atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop 

 

 

MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL

Tahun baru Cina semakin menghampiri kita, terdapat pelbagai menu-menu tahun baru cina yang dikeluarkan oleh pelbagai perusahaan makanan terutamanya Hotel, restoran mahupun restoran makanan segera. Tidak terlepas juga Marrybrown  telah berkongsi "EGG-STRA ONG MEAL" menu terbaru mereka iaitu ayam dan burger dengan limpahan sos telur masin dengan citarasa tempatan  sempena perayaan Tahun Baru cina dan juga Valentine's Day. 

 

MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL

 

MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL


Untuk pengetahuan untuk menu Egg-stra Ong Meal ini marrybrown tawarkan ayam goreng dan burger istimewa berwarna pink dengan limpahan sos telur masin citarasa tempatan yang menggunakan rempah ratus istimewa bersama daun kari yang beraroma.

 

MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL
MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL

 

 

MARRYBROWN BURGER PINK EGG-STRA ONG MEAL

Menariknya tentang Egg-stra Ong Meal kali ini adalah bukan sekadar set sos telur masin  malah ada pembaharuan di mana warna roti burger Egg-stra Ong Meal berwarna pink dan disertakan dengan minuman Nestle's Pink Lemonade yang juga warnanya adalah pink. 


MARRYBROWN BURGER PINK EGG-STRA ONG MEAL

 

Bila warna pink automatik Cik iena nak cuba sebab Cik iena memang penggemar warna pink. Rasa unik pula burger bewarna pink. Untuk pengetahuan roti burger bewarna pink ini memberikan simbolik cinta, empathy dan kegembiraan. Selain itu warna pink ini dipilih sebab wujudnya Nestle's Pink Lemonade dalam set meal terbaru kali ini. 

Untuk makluman anda lagi, Marrybrown merupakan kedai makan makanan segera yang pertama menyediakan set makan bersama minuman Nestle's Pink Lemonade ini. 

 

MENU EGG-STRA ONG MEAL MARRYBROWN

Untuk promosi  EGG-STRA ONG MEAL ini, anda boleh membuat 3 pilihan set iaitu 

Marrybrown Egg-stra Ong Burger Combo 

Burger yang dihidangkan bersama jejari kentang , sos telur masin  dan minuman Nestle's Pink Lemonade


Marrybrown Egg-stra Ong Burger Combo :Harga dari RM15
Marrybrown Egg-stra Ong Burger Combo :Harga dari RM15  


Marrybrown Egg-stra Ong Burger Combo :Harga dari RM15
Marrybrown Egg-stra Ong Burger Combo :Harga dari RM15

 


 Marrybrown Egg-stra Ong Chicken Combo

Ayam goreng yang dipadankan bersama kentang lenyek, salad beserta sos telur masin dan minuman Nestle's Pink Lemonade . terdapat dua pilihan untuk combo ini
  •   2pcs Chicken Combo : RM16.90
  •  3pcs Chicken Combo : RM20.70


Marrybrown Egg-stra Ong Chicken Combo : 3pcs Chicken Combo : RM20.70
 Marrybrown Egg-stra Ong Chicken Combo : 3pcs Chicken Combo : RM20.70


Marrybrown Egg-stra Ong Chicken Combo : 3pcs Chicken Combo : RM20.70
Marrybrown Egg-stra Ong Chicken Combo : 3pcs Chicken Combo : RM20.70


 

Marrybrown Egg-stra Ong Burger & Chicken Combo

Burger yang dihidangkan bersama jejari kentang  dan dipadankan dengan ayam goreng beserta sos telur masin  dan minuman Nestle's Pink Lemonade 


Marrybrown Egg-stra Ong Burger & Chicken Combo : RM24.30
Marrybrown Egg-stra Ong Burger & Chicken Combo : RM24.30


Marrybrown Egg-stra Ong Burger & Chicken Combo : RM24.30
Marrybrown Egg-stra Ong Burger & Chicken Combo : RM24.30

 

 Untuk pengetahuan,  menu terbaru ini ada dipasaran sehingga 7 March 2021. Jadi anda mesti cuba okay.

 

REVIEW EGG-STRA ONG MEAL 

Secara keseluruhannya Cik iena suka rasa sos telur masin yang digunakan. Berbeza dengan sos telur masin di tempat lain yang Cik iena pernah makan. Rasa sos telur masin marrybrown lemak masin beraroma daun kari lagi pedas menyegit. 


MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL
MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL

 

Untuk burger pink memang pedas , ayam burger tu sendiri pedas ditambah dengan sos telur masin yang pedas juga bertambah pedas letups letups. Almaklumlah Cik iena tak makan pedas sangat. kalau yang makan pedas mungkin rasa biasa tapi bagi iena kalau burger tu kira pedas. Mujur ada roti lembut pink untuk tone down kan kepedasan. Biasanya iena makan burger tak makan roti sangat pun. iena akan makan isinya dan roti bahagian atas. Pelik tapi benar. Tapi memandangkan burger ni pink, iena makan semua roti dia :)

Untuk Minuman Nestle's Pink Lemonade  ni rasa dia pun Cik iena suka. Tak berapa manis sangat. Macam manis manis laici.. Kepada anda diluar sana jangan lupa cuba menu baru Marrybrown ni okay :)

PROMOSI SHOPEE

Bagi anda yang lebih suka membeli tawaran menjelang lawatan anda ke kedai-kedai dengan hanya datang ke kedai untuk menebusnya, anda juga akan teruja dengan tawaran-tawaran hebat dimana anda boleh dapatkan diskaun sehingga 30% diskaun yang tersedia secara eksklusif di Shopee.

Promosi bermulai sekarang hingga 14 Februari 2021:

 



PROMOSI SHOCKING SALES (LIMITED TIME)

Marrybrown Double Chick Delite - RM6.80 [RRP RM14.00] 

Marrybrown telah memperkenalkan ShopeePay sebagai penyelesaian pembayaran e-dompet di lebih dari 100 cawangan mereka di seluruh Malaysia untuk menyokong pembayaran tanpa sentuhan yang lebih selamat di tengah wabak tersebut. Oleh yang demikian, mulai sekarang hingga 31 Mac 2021, anda berpeluang meraih ganjaran tunai sehingga RM4 apabila anda membelanjakan minimum RM10 dengan ShopeePay di Marrybrown.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 


Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/




 

Aik Cheong Perkenal Variasi Baharu IT’S Cup Series Dan Black Series Coffee

Kopi merupakan antara minuman kegemaran rakyat malaysia. Secangkir kopi dengan aroma dan rasa yang memukau mampu membangkitkan semangat memulakan hari bagi penggemar kopi. Terdapat banyak keluaran kopi yang terdapat dipasaran Malaysia. Antara jenama kopi yang dikenali di Malaysia adalah Aik Cheong Coffee. Berikut Cik iena kongsikan mengenai Aik Cheong Coffee dan beberapa jenis produk Aik Cheong Coffee yangh telah Cik iena cuba sendiri keenakannya.

 

Aik Cheong Coffee se

 

Aik Cheong Coffee

Aik Cheong merupakan Jenama kopi yang dikenali ramai di Malaysi. Aik Cheong telah menjangkau usia 65 tahun yang mana ianya telah ditubuhkan pada  tahun 1955. Jenama ini menawarkan air yang segar, sihat dan berkualiti kepada pelanggan. Mempunyai pelbagai rangkaian produk minuman segera yang popular dari Kopi-O, “White Coffee”, Teh Susu, Minuman Coklat Malt, Minuman Bijiran dan lain-lain.


Aik Cheong Coffee se

 

Aik Cheong Coffee sentiasa menekankan “nikmati kopi sebenar di rumah” dan dengan inisiatif kuat dalam mengembangkan produk, mereka telah berjaya melancarkan satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera yang dikenali “IT’s more than just” yang dilancarkan pada tahun lepas, Jun 2019

Selain daripada itu Aik Cheong Coffee juga telah melancarkan produk baru iaitu siri “BLACK” dengan berkonsepkan “Drip & Dip Coffee” menggunakan cogan kata “Black To Basic” bermaksud  Siri “Drip & Dip Coffee” .

 

IT’S Cup series


IT’S Cup series
IT’S Cup series

 

Aik Cheong Coffee sentiasa menekankan “nikmati kopi sebenar di rumah” dan dengan inisiatif yang kuat dalam mengembangkan produk. Mereka telah berjaya melancarkan satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera.Ianya  dikenali “IT’s more than just” yang dilancarkan pada tahun lepas, Jun 2019 di mana produk tersebut telah mencatatkan rekod penjualan yang memberangsangkan dengan lebih 1 Juta cawan berjaya dijual.


IT’S Cup series
Cara penyediaan IT’S Cup series yang mudah

Jika dilihat pada pembungkusannya , IT’S Cup series sememangnya sangat catchy dan pasti membuat mata mata terpaku dan terpukau dengan pembungkusannya yang memilih rona warna yang terang. Pemilihan warna yang terang ini membuatkan IT’S Cup series ini menjadi lebih menarik.

IT’S Cup series ini juga sangat mudah disediakan dan sangat sesuai untuk anda yang sibuk seperti Cik iena khususnya. Dalam kesibukan bekerja dengan IT’S Cup series, dapatlah Cik iena menikmati aneka IT’S Cup series yang sedap dengan kepelbagaian perasa yang ada.

 


IT’S Cup series
Sedap IT’S Cup seriesPerasa Matcha Latte


Istimewanya lagi IT’S Cup series ini anda boleh customize apa yang anda inginkan seperti jika anda ingin kurang manis anda boleh kurangkan kandungan gula atau pun jika anda tidak sukakan topping anda tidak perlu masukkan topping. 

 

IT’S Cup series ini amat mudah untuk kita bawa kemana-mana. TIdak perlu risau jika kita terlewat untuk ke pejabat, anda boleh terus bawa IT’S Cup series ini dan boleh letak didalam kereta. Boleh minum sambil jalan.

 

IT’S Cup series
IT’S Cup series

IT’S Cup series ini terdiri daripada 

  • Long Black (Extra Shot)
  • Flat White (Extra Shot)
  • Cappuccino (Choco Toppings)
  • Matcha Latte (Nata De Coco)
  • Teh Tarik (Gula Melaka)
  • Chocolate (Mashmallow)

 

IT’S Flat White Extra Shot
IT’S Flat White Extra Shot

1) IT’S Flat White Extra Shot

Mulakan pagi anda dengan Flat White Extra Shot kopi ini. Dengan cawan berwarna kuning yang ceria ini pasti membuatkan pagi anda untuk melangkah lebih semangat dan produktif. Cara penyediaan sangat mudah dengan tambahkan air panas, dan anda boleh menikmati secawan Flat White panas bila-bila masa; di mana sahaja.



IT’S Cappuccino Choco Topping
IT’S Cappuccino Choco Topping


2) IT’S Cappuccino Choco Topping

Masa untuk tea time dan anda boleh berehat sebentar dengan secawan Cappuccino Choco Topping dalam cawan menarik bewarna  biru. Ia juga mudah untuk disediakan dengan tambah air panas dan ia sedia untuk dinikmati selang waktu rehat seketika.


IT’S Teh Tarik Gula Melaka


3) IT’S Teh Tarik Gula Melaka

Jika anda beristirehat minum dengan raan-rakan apa yang anda sering pesan untuk minum mestilah secawan Teh Tarik bukan?. Ia bagaikan satu nostalgik kepada suasana santai dan berborak yang lebih panjang. Kali ini Teh Tarik Aik Cheong menggunakan Gula Melaka sebagai ganti kepada gula konvensional atau susu pekat. Jadi tak salah nikmati Teh Tarik sihat ini dengan cara mudah dalam cawan menarik bewarna coklat ini.


IT’S Long Black Extra Shot
IT’S Long Black Extra Shot


4) IT’S Long Black Extra Shot

Penat seharian bekerja perlukan tenaga tambahan untuk terus beraksi diwaktu yang panjang. Ini adalah masa untuk anda nikmati secawan kopi Lang Black Extra Shot. Dalam cawan bewarna merah terang ini seperti mana rasanya dan juga dua kali ganda tenaga yang dibekalkan kepada anda.

IT’S Matcha Latte Nata De Coco
IT’S Matcha Latte Nata De Coco

5) IT’S Matcha Latte Nata De Coco

Buat penggemar matcha Aik Cheong menawarkan Matcha Latte dalam cawan bewarna hijau yang terang ini. Ia sesuai untuk waktu anda bepesta kerana rasa Matcha yang ditambah lagi dengan Nata De Coco dalamnya yang bakal membuat anda rasa luarbiasa dan teruja dengan keenakannya.


IT’S Chocolate Marshmallow
IT’S Chocolate Marshmallow


6) IT’S Chocolate Marshmallow

Chocolate sering dikaitan dengan penurunan tekanan kerana ia mengandungii enzim dalam rasa coklat yang mampu membuat  anda berasa tenang. Bagi menampilkan kelainan dan rasa unik menggoda,  Marshmallow  ditambah  bagi memberi rasa kemanisan yang lebih sekata. Dalam cawan bewarna merah jambu ini pasti membuatkan anda lebih relax dan santai menikmati minuman coklat panas ini.



 

 IT’S Granola

Granola adalah salah satu makanan sihat yang baik untuk diet .Ianya merupakan sejenis makanan yang terdiri dari beberapa komponen, seperti oat, kacang-kacangan, biji-bijian, dan buah-buahan kering. Granola merupakan makanan tinggi fiber  dan juga merupakan sumber protein. Sangat sesuai dimakan ketika sarapan mahupun ketika minum petang.

AIK CHEONG  IT’S Granola
It's granola berries cup 50g dan it's granola mix fruits and nuts 50g.

 

Biasanya granola dimakan dengan mencampurkannya dengan susu, madu, atau yogurt. ianya juga boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan topping untuk dessert anda.

Aik Cheong juga tidak melepaskan peluang mengeluarkan dua jenis granola yang pastinya akan membuat anda suka akan campuran dua jenis granola yang ditawarkan. Terdapat dua jenis granola dari Aik Cheong iaitu It's granola berries cup 50g dan it's granola mix fruits and nuts 50g.

Granola ini tidak mengandungi artificial flavour ataupun gula tambahan, ianya adalah berasaskan kandungan semulajadi.

 

AIK CHEONG  IT’S Granola
IT'S GRANOLA MIX FRUITS AND NUTS

IT'S GRANOLA BERRIES CUP 50G 

Kandungan :
Granola Sachet (40g): Rolled Oat, Oat Powder, Chia Seed, Honey, Coconut Sugar, Canola Oil
Mixed Berries (10g): Cranberries, Blueberry, Mulberries, Goji Berries, Yogurt Bites

IT'S GRANOLA MIX FRUITS AND NUTS 50G

Kandungan:
Granola Sachet (40g): Rolled Oat, Oat Powder, Chia Seed, Honey, Coconut Sugar, Canola Oil
Mixed Fruits and Nuts (10g): Cranberries, Yogurt Bites, Pistachio, Cashew Nut, Pumpkin Seed



AIK CHEONG  IT’S Granola
IT'S GRANOLA MIX FRUITS AND NUTS

 

Untuk Cik iena, Cik iena suka makan Granola dengan yogurt dan buah buahan segar  atau cik iena makan dengan susu . Kebiasaannya Cik iena akan makan pada waktu pagi atau pada waktu malam. CIk iena ni memang suka makan di waktu malam. Jika diwaktu malam Cik iena lebih gemar makan yogurt dengan granola  atau granola sahaja sebagai kudap kudapan.

 

IT'S GRANOLA MIX FRUITS AND NUTS
IT'S GRANOLA MIX FRUITS AND NUTS



IT'S GRANOLA BERRIES
IT'S GRANOLA BERRIES


ITS Cups Selling Store

Untuk pengetahuan kesemua ITS Cups produk boleh didapati di
7-Eleven, FamilyMart, myNEWS, Petronas, Caltex, Shell, AeonBig, Aeon, Giant, The Store

 

BLACK series Coffee

 


BLACK series Coffee
BLACK series Coffee

 

Siri BLACK series Coffee berkonsepkan Drip & Dip Coffee menggunakan cogan kata “Black To Basic” . Produk kopi DIP baru dari Aik Cheong dihasilkan dari  biji Arabica yang baru dipanggang, dipilih dengan teliti dan digabungkan dengan persekitaran tumbuh yang kondusif untuk memastikan pengguna menerima kopi berkualiti.

 


BLACK series Coffee

 

 

Black series coffee ini sangat sesuai diminum oleh semua golongan penggemar kopi. Anda  boleh menikmati secawan kopi yang baru dibakar tanpa melangkah keluar dari rumah anda. Kesederhanaan ditakrifkan semula semasa anda berehat dan mengisi semula dengan minimum mudah disediakan ini.

 

 

BLACK series Coffee

BLACK series Coffee

 

Dari segi pembungkusan BLACK series Coffee ini ianya kelihatan minimalist dan fashion . Walaupun pembungkusannya  minimalist dan simple namun ianya menarik perhatian dengan pemnggunaan warna kotak yang terang.

 


BLACK series Coffee

 

Buat penggemar Kopi Cik iena yakin anda akan menggemari BLACK series Coffee siri “Drip & Dip Coffee ini. Berkonsepkan kembali ke basic, anda boleh memilih untuk meminum kopi kosong mahupun kopi yang di campur dengan hula perang, gula putih mahupun creamer serta fresh milk. Ianya bergantung kepada citarasa anda.


BLACK series Coffee



Black series coffee Siri Drip & Dip Coffee mempunyai 6 variasi baru yang terdiri daripada :

  1. Black Drip Series - Guatemala Huehuetenago
  2. Black Drip Series - Colombia Medellin
  3. Black Drip Series - Ethiopia Yirgacheffe
  4. Black Drip Series  - Nicaragua Jinotega
  5. Black Dip Series   -Cold Brew  (EthiopiaYirgacheffe)
  6. Black Dip Series  - Milk Brew (70% Brazil Santos  30% Columbia)

Colombia Medellin
Colombia Medellin

 1) Colombia Medellin

Biji kopi Medellin berasal dari dataran tinggi yang sejuk di "City of Eternal Spring" di Colombia. Diadopsi dalam keluarga Arabica, sifat berasid yang berani, berkhasiat dan sederhana akan menyegarkan pagi korang dengan secawan kopi ini dan menambah rasa koko aromatik yang kuat. Ia adalah kopi pekat yang tiada apa tambahan rasa lain melainkan anda  tambah pemanis.


Ethiopia Yirgacheffe
Ethiopia Yirgacheffe


2) Ethiopia Yirgacheffe

Ethiopia Yirgacheffe yang baik dan menyegarkan dianggap sebagai pusaka berharga dari ragam Arabica. Yakinlah korang akan terpesona dengan sisi manis dan buah dari kopi ini. Anda boleh tambahkan sedikit ais untuk rasa lebih segar dan sejuk dalam kopi ini.


Guatemala Huehuetenago
Guatemala Huehuetenago


3) Guatemala Huehuetenago

Kopi Huehuetenago sangat mengagumkan kerana ia berada di kawasan pergunungan tertinggi lebih dari 2000m di barat Guatamela dan menjauhkan diri dari kesan gunung berapi yang tercemar memberi kelebihan untuk menghasilkan beberapa selera menarik dan sangat unik. Campuran sempurna untuk menaikkan mood, menyegarkan fikiran dan menggoda lelangit anda. Padankan minuman ini dengan makanan ringan kegemaran anda dan ia pasti menjadi hidangan hebat.


Nicaragua Jinotega
Nicaragua Jinotega


4) Nicaragua Jinotega

Kopi Nikaragua  terkenal di komuniti Amerika Tengah. Berasal dari keluarga Arabica, ia membawa aroma manis dan butterscotch yang menjadikannya minuman yang menggembirakan bagi mereka yang mempunyai senyuman manis.



 

Brewing IT’S Cup series Coffee & BLACK series 

 






Aik Cheong Coffee Art Series


Aik Cheong Coffee Art Series
Aik Cheong Coffee Art Series

 


Aik Cheong Coffee Art Series adalah minuman kopi pracampur yang sentiasa menjadi pilihan penggemar Aik Cheong. Cik iena sendiri menggemari kesemua 4 flavour Aik Cheong Coffee Art Series ini.  Terdiri dari 5 Variasi perasa iaitu Cappuccino, Caramel Macchiato, Chocolate, LAtte dan Matcha . 


Aik Cheong Coffee Art Series
Aik Cheong Coffee Art Series

 

Buat anda yang ingin mencuba Aik Cheong Coffee Art Series ini anda boleh juga dapatkan CAfe Art Variety pack yang mana didalamnya mengandungi 4 Flavour iaitu Cappuccino, Chocolate, LAtte dan Matcha .

Aik Cheong Coffee Art Series
Aik Cheong Coffee Art Series


Selain daripada produk yang Cik iena nyatakan diatas, Aik Cheong juga menghasilkan pelbagai produk  seperti Kopi Hitam, Kopi Putih, Teh Susu (Teh Tarik), Coklat Panas dan banyak lagi. Antara yang menarik dan juga mendapat sambutan hebat diluar sana adalah :-

Coffee Mix Series

  • Coffee Mix Brown Sugar
  • Coffee Mix One + One
  • Coffee Mix RegularCoffee Mix Rich

White Coffee Series

  • White Coffee Classic
  • White Coffee  Hazelnut
  • White Coffee  less sugar
  • White Coffee  one + one
  • White Coffee  Original

Kopi O Series

  • Kopi O Hainan
  • Kopi O Original
  • Kopi O Plus
  • Kopi O Strong
  • Kopi O Sugar Added

Teh tarik Series

  • Teh tarik Classic
  • Teh tarik Combo
  • Teh tarik Halia
  • Teh tarik One + One

Oatmeal Cereal

  • Instant Nuts
  • Instant Fruits

 

 

TAN BOON HEONG SEBAGAI DUTA


TAN BOON HEONG SEBAGAI DUTA
Encik Tan Boon Heong


Untuk pengetahuan, pemain badminton negara iaitu Encik Tan Boon Heong telah dilantik sebagai Duta Jenama Kopi yang dikenali ramai ini. Beliau telah dilantik sebagai duta atas kejayaan dan pencapaian hebat beliau dalam dunia sukan badminton. Kejayaan peringkat antarabangsa seperti Pingat Emas Bergu Lelaki Sukan Aisa, Juara Terbuka Malaysia, Kejuaraan All England, Terbuka Switzerland dan banyak lagi. Keupayaannya yang luar biasa dan semangat juang gigih yang ditunjukkan Mr Tan ini sangat sesuai dengan falsafah perniagaan Aik Cheong. 

 

Encik Tan Boon Heong
Encik Tan Boon Heong


Terbaru, duta jenama yang baru dilantik ini juga akan terlibat buat julung kalinya dalam industri hiburan dimana beliau bakal membuat penampilan dalam filem pendek bersama artis tempatan terkenal, Ah Boy Danny Koo (The Nation’s Boyfriend) untuk merakamkan Lagu Tema Tahun Baru Cina Aik Cheong Coffee bagi tahun 2021.

Dapatkan Variasi Produk Aik Cheong Secara Online

 
Selaras dengan kemajuan teknologi terkini, kini anda boleh dapatkan produk Aik Cheong secara online di Official store mereka seperti dibawah.
 



Untuk Maklumat Lanjut

 


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve