Grab The Promo
Showing posts with label lazada. Show all posts
Showing posts with label lazada. Show all posts

Lazada 5th Anniversary Sales


Tahun ini merupakan ulang tahun ke 5 Lazada . Pada 22 March 2017 sehingga 24 March 2017 Lazada  akan mengadakan "Online Revolution" bagi meraikan sambutan ulang tahun ke 5 Lazada .


Lazada 5th Anniversary Sales


"Online Revolition" ini diadakan pastinya bagi meraikan ulang tahun ke 5 Lazada  sebagai Platform beli-belah online terbesar dan platform beli-belah online yang mendapat kepercayaan Rakyat Malaysia khususnya. Sehingga kini ianya menjadi pilihan utama platform  beli-belah secara dalam talian rakyat Malaysia.

Lazada 5th Anniversary Sales


Selain itu ianya juga bagi menghargai pelanggan-pelanggan sedia ada Lazada serta bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk membeli-belah secara dalam talian atau secara online di Lazada  samaada di website mahupun melalui Aplikasi Lazada.

Cik iena sudah semestinya pelanggan tetap yang sentiasa mengambil peluang untuk membeli secara onlina pada kempen Online Revolution dijalankan . Kebiasaannya pihak Lazada akan mengadakan Online Revolution besar-besaran pada sambutan ulang tahun kelahiran, tanggal 11.11 dan juga tanggal 12.12.

Seperti sebelum ini cik iena pasti tidak lepaskan peluang untuk membeli-belah ketika online revolution kerana harga yang ditawarkan adalah murah dan terdapat kod-kod voucher bagi produk terpilih.


Lazada 5th Anniversary Sales



Bersempena jualan ulang tahun ke 5 lazada kali ini pelbagai kempen menarik telah di buat, antaranya Secrect Party Password, Daily Brand Bonanza, PArty Games Arena, Surprise Holiday Giveaway, Profile Overlay, Facebook Event, Buy & Win.

Secrect Party Password


Untuk Secrect Party Password, Bermula 13 march sehingga 21 march anda dikehendaki melayari laman sosial yang telah di tetapkan untuk mengumpul kod rahsia yang akan di gabungkan untuk menjadi voucher code. Secrect code tersebut boleh di tebus semasa mega jualan ulang tahun lazada iaitu pada 22 hingga 24 march 2017.
Anda layak mendapat diskaun 20% (maksima RM20 diskaun)

Untuk kempen ini cik iena sendiri akui cik iena turut serta kerana cik iena merupakan pelanggan setia Lazada, sudah pasti cik iena suka kan voucher code. Alhamdulillah cik iena masih tidak terlepas untuk mendapatkan kod-kod rahsia tersebut setiap hari. Pada yang tertinggal anda boleh juga scroll semula update sehingga tarikh yang di maksudkan untuk mendapatkan kod rahsia tersebut.

Untuk kempen-kempen yang lain anda boleh lihat sendiri di Lazada Social Media

Baru-baru ini cik iena telah menerima Surprise Box dari lazada dimana di dalam box tersebut merupakan barangan-barangan yang terdapat di Lazada . Jom cik iena kongsikan video Unboxing tersebut . Dalam artikel seterusnya cik iena akan sertakan link-link di mana anda boleh dapatkan barangan tersebut.



Anda semua juga jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah semasa jualan ulang tahun nanti
jom kita lihat apa yang menarik di  Lazada 5th Anniversary Sales




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Bersediakah anda untuk Lazada Online Revolution 11.11


Kepada penggemar online shopping di luar sana, pasti anda ternanti-nanti “ONLINE REVOLUTION”  yang akan diadakan pada setiap tahun  iaitu 11.11 dan 12.12 bagi hampir kesemua online shopping platform di seluruh Malaysia khususnya.



lazada online revolution





Tanggal 11.11 semakin menghampiri kita, sudahkah anda membuat survey barangan apakah yang anda ingin beli? cik iena pastinya sudah . Cik iena memilih untuk membeli-belah pada “ONLINE REVOLUTION” kerana harga yang di tawarkan sangat berpatutan dan ianya lebih murah dari harga di luar iaitu harga di kedai biasa. Sebagai contoh barangan Elektrik.


Bersediakah anda untuk Lazada Online Revolution 11.11


Untuk pengetahuan semua barangan elektrik di rumah cik iena seperti peti ais, kettle , steammer iron dan sebagainya juga di beli secara online ketika jualan-jualan murah tertentu seperti “ONLINE REVOLUTION” dan sebagainya.  “ONLINE REVOLUTION” akan datang cik iena berhasrat membeli Mesin Basuh pula.

Jemput cuci mata barangan utama yang akan cik iena beli pada 11.11 ni. harap cik iena sempat beli sebelum di rebut orang ramai ok :)


Midea Fully Automatic Washing Machine 7kg MFW-701S
Midea Fully Automatic Washing Machine 7kg MFW-701S 

Setakat artikel ini di taip harga selepas diskaun adalah RM425 . Cik iena harap semasa 11.11 nanti harga akan lebih murah. Aminn :)



Ouh ya, Sebelum membeli barangan tersebut cik iena akan pergi ke kedai elektrik atau kedai yang berkaitan untuk menyemak senarai harga terlebih dahulu. Kebanyakan normal price yang dipaparkan adalah sama tetapi terdapat diskaun yang di berikan menjadikan ianya lebih murah di tambah dengan kos penghantaran percuma untuk hampir kesemua barangan terpilih.

Selain itu cik iena juga nak beli Katil. Memandangkan cik iena baru sahaja berpindah pada dua minggu yang lepas dan cik iena tidak membawa katil bersama. Cik iena perlu beli katil bujang kerana dengan adanya katil mudah la nak simpan barang di bawah katil. Jimat ruang juga dalam bilik . Cik iena nak beli yang murah sahaja almaklumlah rumah bujang. Kalau pindah mesti tinggalkan katil.

Sebelum membuat keputusan beli di Lazada terlebih dahulu cik iena membuat perbandingan harga di kedai perabot berhampiran rumah cik iena di setapak. Katil bujang yang sama di kedai perabut tersebut berharga lebih kurang RM249 . Di Lazada cuma RM83 untuk pembelian melalui web manakala melalui apps RM78.85 . Nampak tak tersangat beza harganya .


232mm Foldable Metal Quality Single Bed Frame
232mm Foldable Metal Quality Single Bed Frame  
 





LAZADA MEMBAWA 1000 JENAMA UNTUK JUALAN DALAM TALIAN TERBESAR DI ASIA TENGGARA 



Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara,“ONLINE REVOLUTION” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “ONLINE REVOLUTION” yang kelima semenjak pelancarannya pada tahun 2012.


Tema untuk jualan “ONLINE REVOLUTION” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai pusat untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut serta untuk “ONLINE REVOLUTION” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

Menurut Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia,

“Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.

“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih sub-bandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaris kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”

Semasa  “ONLINE REVOLUTION”   para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif. Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran .


Para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “ONLINE REVOLUTION” 2016.


Apa itu “ONLINE REVOLUTION” Lazada


“ONLINE REVOLUTION” Lazada adalah acara menjual dan membeli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.

Lazada memulakan “ONLINE REVOLUTION” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan pada setiap tahun.

Semenjak itu, “ONLINE REVOLUTION” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.


ONLINE REVOLUTION 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

 Cik iena kongsikan sedikit apa yang menarik ya


SPIN THE WHEEL TO WIN VOUCHER FOR 11.11



SPIN THE WHEEL TO WIN VOUCHER FOR 11.11
SPIN THE WHEEL TO WIN VOUCHER FOR 11.11


Click to spin
Click to spin

SPIN THE WHEEL TO WIN VOUCHER FOR 11.11
Yang ni bila cik iena dapat anak panah ke gambar macam komputer tu

Okay yang ni jemput cuba sampai berjaya ye nak voucher tu

MYSTERY VOUCHER 



MYSTERY VOUCHER
Cik iena tak sabar nak tunggu esok..apalah agaknya

UNLOCK SECRET VOUCHER - JOIN AND INVITE YOUR FRIEND


UNLOCK SECRET VOUCHER - JOIN AND INVITE YOUR FRIEND
UNLOCK SECRET VOUCHER - JOIN AND INVITE YOUR FRIEND
Yang ni pun menarik juga untuk penggemar shopping seperti cik iena


MILESTONES
- 500 people 'Going' and unlock a 10% voucher off max. RM50!
- 2,000 people 'Going' and unlock a 15% voucher off max. RM25!
- 5,000 people 'Going' and unlock an RM11 voucher! (No limited spend)
- 10,000 people 'Going' and unlock an RM20 voucher! (No limited spend)
- 15,000 people 'Going' and unlock an RM30 voucher! (No limited spend)
- 20,000 people 'Going' and unlock a Mystery Giveaway!



Okay banyak lagi lah yang menarik Jom lihat di LAzada ONline Revolution 2016

 

iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Olay Miracle Boost Untuk Kulit Lebih Muda Dan Cantik


Penjagaan kulit bagi  wanita dan lelaki adalah penting dan ia dijadikan rutin setiap hari untuk mengekalkan kulit yang sihat. Olay menawarkan penyelesaian kecantikan untuk kedua-dua wanita dan lelaki terhadap faktor persekitaran dan penuaan . 

Olay Untuk Kulit Lebih Muda Dan Cantik
Olay Untuk Kulit Lebih Muda Dan Cantik

Olay telah menjadi jenama yang dipercayai selama bertahun-tahun dan menawarkan pelbagai rangkaian produk untuk mengekalkan dan membina kulit yang sihat serta kelihatan berseri dari dalam.



Olay Face Regenerist Miracle Boost 40m 

Olay Face Regenerist Miracle Boost
Olay Face Regenerist Miracle Boost
Miracle Boost ini di jual secara eksklusif hanya di Lazada Malaysia . Miracle Boost ini akan mengubah kulit anda menjadi lebih baik, ia di cipta khas untuk meningkatkan pembaharuan sel-sel kulit dan memberi 2x lebih anti-penuaan penembusan aktif ke dalam kulit.  Olay Regenerist Face Miracle Boost di rumus khas bagi memulihkan dan menyuburkan kulit anda dari dalam sehingga mampu menghasilkan kulit yang licin ,sihat dan berseri serta ianya juga menawarkan perlindungan kulit yang berpanjangan . 


Olay Face Regenerist Miracle Boost
Olay Face Regenerist Miracle Boost
Kulit anda akan kelihatan berseri , lembap dan kelihatan muda dari usia dengan bahan-bahan anti-penuaan yang boleh mempercepatkan kesan anti-penuaan untuk lebih cepat, kesan lebih ketara ianya dapat membaiki kulit anda dan menjadikan  umur kulit anda lebih muda dari usia


Olay Face Regenerist Miracle Boost
Olay Face Regenerist Miracle Boost

Review Olay Face Regenerist Miracle Boost



Olay Face Regenerist Miracle Boost
Olay Face Regenerist Miracle Boost
Di Usia cik iena yang berada di dalam kelompok 3 series ini pastinya ini merupakan antara produk penjagaan kulit yang perlu ada . Miracle Boost ini menjadikan kulit muka cik iena lebih anjal dari yang sebelumnya . Permukaan kulit menjadi licin dan lembut serta lembab. 

Kepada anda di luar sana yang ingin kan kulit yang muda dan sihat boleh la cuba Olay Face Regenerist Miracle Boost ini . 

Selain dari Olay Face Regenerist Miracle Boost terdapat banyak lagi rangkaian produk dari Olay yang banyak kebaikan dan manfaat buat kulit kita . Antaranya adalah OLAY Regenerist Advance Anti-Ageing Micro-Sculpting Cream Moisturizer . 







OLAY Regenerist Advance Anti-Ageing Micro-Sculpting Cream Moisturizer


OLAY Regenerist Advance Anti Ageing Micro Sculpting Cream Moisturize
OLAY Regenerist Advance Anti Ageing Micro Sculpting Cream Moisturize
Krim pelembab ini sangat sesuai dengan cik iena yang dah masuk lingkungan  3 series ni . Walaupun usia kita dah menjangkau 30 tapi kita tak seharusnya membiarkan wajah kita juga seperti usia tersebut. Dengan penjagaan kulit yang konsisten pasti kita akan dapat kulit yang cantik dan muda dari usia kita. Oleh itu anda boleh juga cuba OLAY Regenerist Advance Anti-Ageing Micro-Sculpting Cream Moisturizer . Krim ini sangat melembabkan kulit kita dan melambatkan proses penuaan . 

OLAY Regenerist Advance Anti Ageing Micro Sculpting Cream Moisturize
OLAY Regenerist Advance Anti Ageing Micro Sculpting Cream Moisturize

Untuk pengetahuan anda semua, kini rangkaian produk Olay boleh di dapati di Lazada Malaysia . Dapatkan Olay Face Regenerist Miracle Boost 40m (Exclusive launch on Lazada)   klik DISINI  dan dapatkan juga OLAY Regenerist Advance Anti Ageing Micro Sculpting Cream Moisturize DI SINI. Selain itu anda juga boleh lihat rangkaian produk Olay yang lain  di SINI.

Istimewa buat anda yang membeli di Lazada anda boleh dapatkan diskaun penjimatan sebanyak 15% dengan menggunakan Voucher Code “15LAPOCT30


Lazada Malaysia






If you would like to participate in reviews

like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia


Tudung Aidijuma di Lazada Malaysia

Aidijuma merupakan jenama tudung yang tidak asing lagi di Malaysia. Aidijuma mempunyai peminatnya yang tersendiri sehingga ada diantara mereka yang sanggup mendapatkan setiap design bagi setiap keluaran.  Aidijuma juga dikatakan jenama tudung yang berkualiti dan dijual pada harga yang sangat berpatutan . Harga berpatutan yang di katakan harga mampu milik ini membuatkan jenama ini terus kekal di hati Rakyat Malaysia.

Tambahan lagi Aidijuma sentiasa mengeluarkan design design yang terkini khas buat peminat setia mereka . Ibu dan adik cik iena juga merupakan penggemar Aidijuma . Begitu juga dengan rakan pejabat cik iena . Mendengarkan kisah rakan pejabat yang sangat teruja untuk mengumpul setiap koleksi bawal Aidijuma buat cik iena rasa teruja .


KENAPA AIDIJUMA DI GEMARI RAMAI ?

 


Cik iena berkesempatan bertanya apakah faktor utama yang menyebabkan Aidijuma menjadi pilihan.

Dengan tenang dan bersahaja rakan cik iena menjawab "TAK PERLU IRON DAN MUDAH DI PAKAI SERTA SELESA"

"TAK PERLU IRON" , cik iena juga suka tudung yang tidak perlu di iron :). Mudah nak pergi kerja
.

Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
sembang santai bersama rakan pejabat mengenai Aidijuma :)

Sebenarnya cik iena juga kalau lambat ke pejabat cik iena akan pakai tudung Aidijuma adik cik iena . Adik dan ibu cik iena memang peminat tegar Aidijuma . Selepas ni cik iena boleh lah menjinak jinak kan diri dengan Aidijuma.


Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
Terima Kasih Lazada :)


Bercerita mengenai Aidijuma baru baru ini cik iena dapat hadiah daripada Lazada Malaysia iaitu tudung Aidijuma . Seperti yang pembaca blog cik iena sedia nampak di blog cik iena memang banyak iklan lazada merelip merelap , Bagi menghargai Blogger yang sentiasa menyokong beliau. Pihak Lazada memberikan Bawal Aidijuma untuk cik iena cuba.



Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
Cik iena memakai Bawal Aidijuma dari Lazada :)


Jemput tonton video Unboxing yeahh




Cik iena pun baru tau bahawa di Lazada Malaysia juga ada jual Bawal Aidijuma. Kebiasaannya cik iena beli kan mak dan adik bawal Aidijuma di Nu Sentral . Jadi lepas ni nak bodek puan Ibunda cik iena tak perlu susah susah ke Nu Sentral dah, boleh beli online je di Lazada.



Bawal Aidijuma di Lazada Malaysia
Adik cik iena selaku peminat tegar Aidijuma pun pakai Bawal Aidijuma dari Lazada



Pada yang berminat nak dapatkan secara Online di Lazada sila klik pautan di bawah



Istimewa buat pelanggan anda semua ni cik iena nak kongsi voucher code yang anda boleh guna .
Untuk pengetahuan semua sekarang tengah hangat berlansung "MY FASHION BIG BRAND SALE" bermula dari 5 september 2016 sehingga 11 September 2016 .

Untuk kempen ini anda boleh menggunakan Voucher code yang berikut.

MY FASHION BIG BRAND SALE
VOUCHER CODE : FABIG20
Tarikh Tamat : 11 September 2016

 Selain daripada itu anda juga boleh gunakan Voucher Code berikut .

malaysia day sale

malaysia day sale


LAZADA JUAL AIDIJUMA ORIGINAL KE?

 

Pasti ada yang tertanya tanya original ke tidak . Untuk pengetahuan semua Lazada menjual Aidijuma yang original, bukan tiruan seperti yang terdapat di pasar malam . Cik iena yakin dan jamin 100% Aidujuma Original . Rakan cik iena sendiri yang mana beliau adalah peminat setia Aidijuma juga mengesahkan Original atau tidak bila cik iena sendiri menunjukkan tudung Aidijuma dari Lazada yang cik iena dapat.
Seperti kita sedia maklum Lazada merupakan platform jualan Online yang sangat popular di Malaysia khususnya jadi mereka sangat mementingkan Kualiti mereka .   Jadi anda tidak perlu ragu ragu akan hal tersebut . Cik iena jamin ORIGINAL okay :)









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Affiliate vs Dropship


Affiliate bermaksud perkenalkan pelanggan untuk dapatkan produk/servis dari pihak tertentu dengan komisen/keuntungan yang dah ditetapkan. Manakala Dropship bermaksud menjadi wakil jual produk/servis untuk dapatkan keuntungan yang ditetapkan oleh diri sendiri.


Affiliate vs Dropship

Antara buat bisnes secara affiliate dan dropship, mana satu lebih menguntungkan?


Disini cik iena mengambil Contoh Lazada Affiliate kerana cik iena sendiri merupakan salah seorang dari Lazada Affiliate. Seperti yang anda nampak iklan-iklan di blog cik iena kebanyakan nya adalah dari Lazada Affiliate.



LAZADA AFFILIATE VS DROPSHIP


Affiliate Dropship
Definisi Anda perlu gunakan link khas untuk 'hantar' orang  ke website sebuah syarikat. Jika dia sekadar lihat sahaja memang ianya tidak akan menjana income buat anda tetapi jika  dia membeli dan menjadi customer barulah anda mendapat komisen daripada transaksi pembelian tersebut.

Anda lebih kepada memperkenalkan sahaja dengan harapan orang yang Anda  'hantar' melalui link affiliate korang jadi customer pihak yang tertentu.
Tak seperti affiliate marketing, anda perlu buat web/blog sebelum menjual sesuatu  produk/servis dari pihak tertentu. Anda akan menjadi wakil syarikat atau pihak tertentu untuk memperkenalkan dan menjual produk/servis tu seolah-olah anda yang punya.
Kelebihan Anda tidak perlu risau proses pembayaran dan penghantaran. Tak perlu risau mengenai  customer service kerana pihak yang menjual yang bertanggungjawab sepenuhnya.

Anda cuma perlu Perkenalkan customer untuk mereka dan terima komisen bagi setiap jualan.

Keuntungan bagi sesuatu produk telah di tetapkan.

Jika anda berjaya menjual barangan yang bernilai ribuan ringgit, anda akan mendapat lebih banyak komisyen.

Lebih besar jumlah jualan anda lebih tinggi nilai keuntungan.

Terdapat pelbagai jenis barangan/perkhidmatan yang boleh anda jual.

Terdapat sistem yang mana anda boleh memantau trafik pengguna klik pada pautan/link yang anda kongsi atau promote.

Terdapat pelbagai jenis penghantaran dan pembayaran yang boleh di pilih sendiri oleh pelanggan

Jika affiliate marketing, komisennya sudah ditetapkan awal-awal oleh company.

Keuntungan hasil dropship pulak berdasarkan apa yang anda tetapkan.

Contohnya harga tudung dari syarikat A RM49 termasuk penghantaran, Anda meletakkan harga jualan sebanyak RM69 di blog mahupun laman sosial anda.

Jika and mahu untung lebih , anda letakkan harga yang tinggi. Jika anda inginkan jualan yang laris letak harga yang rendah.

Selain daripada itu anda juga boleh buat kelainan  contohnya letak harga RM75 dan dapat  free gift atau dapat diskaun kalau beli lagi banyak.


Andaikata customer puas hati dengan produk atau servis dropship anda, berkemungkinan besar dia akan jadi repeat customer anda.

Dalam bisnes dropship, anda tidak perlu affiliate link tapi web/blog atau laman sosial anda  sendiri untuk menjadi rujukan customer berulang.

Jika customer itu ingin  mengajak kenalan mereka membeli produk/servis yang sama, merka akan rujuk web/blog/laman sosial anda juga.

Inilah kelebihan dropship berbanding affiliate.

Dari segi bayaran pula biasanya on the spot. Terima bayaran dari customer dulu kemudian baru purchase dari company dropship anda. Dari segi penghantaran pun dibuat sepenuhnya oleh company dropship. Senang kan?
Kelemahan Lepas dapat jual, korang terus dapat duit on the spot? Mana-mana syarikat yang buat affiliate dengan korang biasanya ada tempoh tertentu sebelum bagi komisen. Mungkin setiap bulan atau dah capai target RM100 dan seumpamanya.

Kalau customer yang sama nak beli lagi sekali atau nak memperkenalkan produk/servis yang dia pernah beli melalui link affiliate korang, berkemungkinan BESAR dia takkan cari link affiliate korang lagi. Terpaksalah korang cari lagi customer baru sebab susah dapatkan repeat customer kalau guna affiliate link.


Contoh display link affiliate ashadee


Contoh display link affiliate lazada

Sesetengah orang pulak sebelum klik link tertentu dia akan rollover dulu link tu nak tengok ada tak display affiliate link. Kalau ada, berkemungkinan dorang takkan klik sebab terasa macam diambil kesempatan plak suruh beli produk/servis tertentu. Silap-silap pembaca tu taip je perkataan lazada atau ashadee dekat google untuk tengok produk/servis tu secara direct.
Masalah Penghantaran

Timbul masalah bila customer sendiri minta CoD (Cash on Delivery). Sebagai agen dropship, biasanya barangan yang hendak dijual tiadadalam simpanan anda jadi mustahil anda boleh membuat perkhidmatan CoD.

Masalah ini timbul andaikata anda dan serious customer tinggal berdekatan dalam satu daerah.

Contohnya agen dropship dengan customer sama-sama orang JB sedangkan produk dari KL. Customer pula nak CoD sebab lagi senang katanya. Hah macam mana?

Masalah Kualiti

Tidak dapat menjawab berkenaan produk tertentu kerana diri sendiri tidak pernah guna. Agen dropship sendiri pun tidak tahu sejauh mana keberkesanan produk yang hendak dijual.

Jika boleh nak pinjam sekejap produk tertentu dari company dropship tapi masalahnya jauh. Bayangkan agen dropship di Kedah tapi produk di Selangor kan susah tu.

Takkan masa mula-mula  anda nak buat bisnes anda terpaksa beli semua jenis produk dari company dropship untuk test kualiti produk satu demi satu. Anda bukannya pekerja bahagian Quality Control mereka.

Takkan anda nak minta company dropship hantar produk tu kat tempat anda terlebih dulu untuk anda sendiri check sebelum anda sendiri hantar kepada customer? jika  customer tinggal berdekatan dengan rumah anda ianya mudah akan tetapi jika jauh ??

Masalah Penipuan

"Lepas bayar nanti confirm ke barang tu sampai?"

"Mana tahu lepas bayar barang tak sampai sebab saya pernah terkena."

"Macam mana saya nak tahu ini bukan scam?"

"Bayar separuh dulu boleh?"

Disebabkan segelintir peniaga online yang buat masalah habis peniaga online yang jujur lagi amanah tercalar sekali. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan customer yang pernah ditipu.

Masalah Perkhidmatan Pelanggan

Andaikata pihak dropship anda bermasalah, anda pun turut ikut bermasalah. Barang lambat sampai, tiada tracking number untuk follow up, barang dihantar tidak mengikut permintaan pelanggan dan lebih teruk kalau company dropship lepas tangan je.

Anda  sendiri terpaksa jadi customer service percuma untuk syarikat dropship . jadi memang anda yang dipersalahkan  dahulu jika timbul masalah pada produk/servis.


 Nampak tak perbezaan antara keduanya . Kenapa cik iena kongsi dengan anda sebab cik iena rasa anda juga perlu tau jika ada cara lain untuk menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal dan tanpa risiko yang tinggi.

Kenapa Lazada Affiliate ?

Sebenarnya banyak affiliate lain tapi ini diantara yang sangat cik iena percayai kerana telah banyak transaksi dari lazada affiliate dan ianya nampak lebih berkembang pendapatannya berbanding Affiliate lain. Ada antaranya yang senyap sepi terus dan web not found . 

Jadi amatlah penting untuk kita memilih affiliate yang sesuai supaya kita juga tidak tertipu.
Baru baru ini cik iena telah memenangi dua contest dari lazada affiliate .

Ini juga adalah kebaikan untuk lazada affiliate kerana. Lazada akan mengadakan pertandingan buat sesiapa yang menyertai lazada affiliate berdasarkan terma dan syarat yang telah di tetapkan. Alhamdulillah cik iena telah memenangi Voucher RM100 (walaupun sikit bagi anda tapi bernilai bagi cik iena) dan sebuah smartphone ZTE Blade V7 Lite


Affiliate vs Dropship

Affiliate vs Dropship


Siapa yang boleh menyertai Lazada Affiliate?


Jika sebelum ini hanya blogger atau anda yang mempunyai website yang boleh membuat lazada affiliate ini. Sekarang anda juga boleh menjana pendapatan seperti kami di laman sosial anda seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya .

Anda cuma perlu kongsi link produk yang anda rasa rakan di dalam friend list anda ada kebarangkalian untuk beli. Sebagai contoh jika anda sudah berkahwin dan mempunyai ramai friend list yang sudah berkahwin . Anda boleh kongsikan mengenai barangan anak-anak mahupun barangan dapur serta perabot mahupun barangan perhiasan rumah.

Sekiranya anda seorang blogger potensi anda untuk menjana pendapatan lebih tinggi jika anda rajin membuat review sesuatu produk dan anda masukkan sekali pautan/link affiliate anda. Ini adalah salah satu cara yang cik iena buat sehingga boleh menjana pendapatan dengan Lazada Affiliate.
 

Okay kepada yang berminat. Anda boleh email cik iena atau anda boleh tinggalkan email anda di ruangan komen dan cik iena akan sampaikan niat anda untuk menyertai program affiliate ini kepada pihak yang berkenaan. Anda tidak perlu risau kerana ianya bukan MLM. Cik iena tak dapat upah macam MLM pun. Cik iena cuma nak kongsi dengan anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan lain seperti mana yang cik iena dapat ..


Ada diantara rakan yang meminta cik iena mengajar lazada affiliate. Maaf buat masa ni cik iena sangat sibuk. Insya Allah jika ada masa terluang cik iena akan ajar :)

    

Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran










Baru-baru ini, Innergie telah melancarkan pengecas gadget inovasi terkini dengan keistimewaan ‘smart crossover charging solution’ pada 20 Julai 2016 untuk dipasarkan di pasaran seluruh Malaysia. Cik iena berpeluang menghadiri Majlis perlancaran ini dan mendengar sendiri penerangan tentang produk-produk Innergie yang sememangnya sangta mengujakan. Jutaan Terima Kasih di ucapkan kepada +Bro Framestone  diatas undangan ke Majlis perlancaran yang cukup meriah dan bermanfaat ini.

Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran
Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran


Innergie merupakan Jenama keluaran Delta .Ia menyediakan solusi terbaik kepada umum dengan peralatan pengecas terbaharu di pasaran yang efektif, pantas, dan selamat untuk memenuhi keperluan mengecas pelbagai gadget seperti smartphone, tablet dan laptop.

Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran
Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran
Innovasi teknologi masa kini membuatkan perlunya kita memiliki pengecas portable yang mampu mengecas gadget dengan efektif, cepat, selamat dan lebih banyak dalam satu masa. Justeru itu, Innergie telah melancarkan 3 jenis produk yang mampu memenuhi keperluan ini  iaitu PowerGear ICE 65 (travel adapter), WizardTip (attachable super-speed USB charging connector), dan LifeHub Plus (charging hub).

Mr. Derrick Ho selaku Pengarah Innergie SEA
Mr. Derrick Ho selaku Pengarah Innergie SEA
Menurut Mr. Derrick Ho selaku Pengarah Innergie SEA, beliau menjelaskan bahawa idea ‘smart crossover product’ dapat membantu memenuhi keperluan masa kini dengan memudahkan orang ramai terutama anda yang sering 'outstation' atau pun melancong. Innergie direka dengan rekabentuk yang ‘compact and elegence’, serta ringan agar mudah dibawa ke mana sahaja.

Ms.Claire Wang, Global Director of Innergie Business.
Ms.Claire Wang, Global Director of Innergie Business.



Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran
Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran

Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran
Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran


Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran
Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran

Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran
Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran

Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran
Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran



PowerGear ICE 65 merupakan adapter laptop universal dengan ‘interchangeable plugs’ yang boleh  disuai padankan dengan grid kuasa elektrikal di 150 buah negara seluruh dunia. Ia merupakan keperluan yang sangat ideal buat ‘kaki travel’ mahupun mereka yang menggunakan gadget secara maksima dalam sesuatu masa.


PowerGear ICE 65
PowerGear ICE 65


Ianya sangat berguna buat anda kerana dapat mengurangkan bebanan anda jika ingin membawa laptop adaptor ketika ke pejabat mahupun out station atau ke luar negara.PowerGear ICE 65 sangat sesuai dibawa kemana-mana kerana rekaannya yang cantik dan kecil serta mudah di bawa kemana-mana.

WizardTip
WizardTip


WizardTip pula boleh disambungkan bersama PowerGear ICE 65, menjadi port USB untuk mengecas ‘mobile device’ anda. Bermakna sekiranya dalam masa yang sama anda mengecas laptop anda, anda juga boleh mengecas talifon bimbit anda mahupun powerbank dengan pantas seperti LifeHub Plus/Charger original phone anda.

LifeHub Plus
LifeHub Plus
LifeHub Plus pula menawarkan kepelbagaian dalam solusi mengecas 3 gadget sekaligus dalam satu masa. Direka dengan ‘built-in smart chip’ yang dapat mengenalpasti jenis ‘device’ yang anda cas dan menyelaraskan kuasa pengecas mengikut kesesuaian setiap gadget dengan selamat pada setiap 2.4A USB port yang disediakan. Cik iena sendiri telah mencuba LifeHub Plus , untuk review sila baca di Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs

Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran


Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran

Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran


Sempena pelancarannya baru-baru ini, Innergie telah menawarkan 'Traveler’s Power Pack' iaitu kombinasi ketiga-tiga produk (trio) dengan satu set harga menarik dalam kuantiti terhad. Pembeli terawal berpeluang mendapatkan PowerGear ICE 65 (single UK plug) bersama WizardTip dan LifeHub Plus dengan diskaun 20% pada harga RM 325.60 (harga sebenar RM 407.00), atau belian PowerGear ICE 65 (single UK plug) dan percuma WizardTip bernilai RM 39.00 dengan harga RM 209.00.   (SILA KLIK PADA PAUTAN NAMA PRODUK UNTUK PEMBELIAN DI LAZADA)


Kepada anda yang berminat untuk dapatkan Traveler’s Power Pack ianya boleh dibeli secara online di LAZADA dan rangkaian ‘retailer’s outlets’ yang terlibat. Kesemua produk Innergie mempunyai ‘original-manufacturer warranty’, ‘environment-friendly GreenSense power conservation technology’ dan ‘InnerShield power protection safety design’. 

Sila rujuk gambar di bawah untuk senarai rangkaian ‘retailer’s outlets’



senarai rangkaian ‘retailer’s outlets’
senarai rangkaian ‘retailer’s outlets’



Untuk Maklumat lanjut tentang produk Innergie sila layari: www.myinnergie.com




Innergie PowerGear ICE 65, WizardTip Dan LifeHub Plus Kini Di Pasaran
Bersama rakan blogger yang turut sama hadir pada majlis perlancaran ini








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve