Grab The Promo
Showing posts with label make up tips. Show all posts
Showing posts with label make up tips. Show all posts

MAKEUP TIPS | BENTUK KENING & EYESHADOW












MAKEUP TIPS | BENTUK KENING
a)Permulaan kening.
b)puncak kening.
c)hujung kening.
Puncak kening jgn terlalu bersegi
,muka akan nampak garang.Hujung kening perlu nipis.gunakan pensil kening coklat & grey,
jgn guna hitam. sapukan eyeshadow putih shimmer di tulang kening. selamat mencuba







MAKEUP TIPS |EYESHADOW
1)Warna yg paling cerah spt putih atau beige color.
2)Sedikit gelap spt coklat cair.
3) Warna paling gelap spt coklat gelap.
Jgn lupa eyeliner & mascara. Selamat mencuba



MAKEUP TIPS | UNTUK MENUTUP GARIS USIA & HIGHLITE DIMATA










MAKEUP TIPS | UNTUK MENUTUP GARIS USIA
Gunakan concealor krim @ liquid (yellow base). Guna warna 2 ton lebih cerah dari warna kulit. Gunakan jari dan apply secara DAB DAB disepanjang garis mata bawah sehingga ke sudut mata dalam. Dan guna loose powder (yellow base juga) utk pastikan concealor tetap kedudukannya.






MAKEUP TIPS | HIGHLITE DIMATA
Sapuan shimmer eyeshadow dii sudut mata dalam, di bawah kening, sudut bawah luar mata. Lats sekali, apply mascara




PEMERAH PIPI | UTK MUKA LONJONG












PEMERAH PIPI | UTK MUKA LONJONG
Bagi wanita yang memilki wajah lonjong, gunakan pemerah pipi tepat ada tulang pipi dengan geakan mendatar. gunakanwarna yang lebih teranf agar perhatian akan tertumpu pada bahagian pipi, ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang.

contoh artis ~ Ifa Raziah




TIPS SOLEKAN MATA YG KECIL / SEPET










TIPS SOLEKAN MATA YG KECIL / SEPET -‎*Menghasilkan bentuk mata tiga dimensi, gunakan berus untuk membentuk kelopak pada bahagian atas mata menggunakan painting liner brown. Gariskan sepanjang kira-kira 3/4 daripada bahagian mata.
*Mulakan garisan daripada bahagian bermula dari penjuru mata membawa ke tengah mengikut bentuk ditunjukkan supaya mata tampak lebih besar.
*Kemaskan ia bersama rona pembayang mata pilihan. Usah lupa kenakan maskara untuk impak lebih dramatik.
(Sumber Berita Harian)


Make Up Tips From Marliy Kama . Make up ( MK )






Salam to all reader..
iena nak share tips mekap from kak MK
;)





Silap solekan - Wajah tampak lebih tua : Bedak asas yang terlalu terang
Selain bedak asas yang tebal, warnanya yang lebih pucat daripada warna kulit asal juga akan lebih menampakkan garis-garis halus pada wajah.

Buat mereka berumur, sebaiknya pilih warna yang lebih gelap warna asal kulit anda iaitu satu atau dua tingkat lebih gelap dari warna kulit. Formula itu akan membuat kulit wajah anda nampak bersinar.






penggaris mata - Sapuan penggaris mata di garis mata bahagian bawah hanya akan membuatkan mata anda nampak lebih kecil. Selain itu, ia juga akan menarik perhatian orang lain terhadap lingkaran hitam di bawah mata anda. Sebaiknya, aplikasikan saja penggaris mata di garis mata bahagian atas dan pastikan garisnya semakin menebal ke sudut mata.









Pembayang mata -Pembayang mata yang berkilat di hujung mata
Kadang-kadang sedikit kilauan boleh mencantikkan mata dan membuat solekan pada mata kelihatan terlalu sederhana. Namun, bagi mereka yang lebih berumur, kilauan di hujung mata dapat menjelaskan lagi garis halus atau kedutan. Jika anda ingin solekan lebih bersinar, sapukan ia di sudut bahagian dalam iaitu di bahagian tengah kelopak mata dan pada sekitar tulang kening





maskara - Hindari menyapu maskara banyak kerana ia akan mudah bergumpal. Bulu mata semakin kering ketika usia seseorang itu kian bertambah. Jadi, maskara akan lebih mudah bertompok di wajah anda. Oleh itu pastikan anda tidak lupa untuk menyepit bulu mata agar mata nampak lebih besar dan ia juga membantu membuat anda nampak lebih muda.





bedak tabur - Salah gula bedak tabur
Bedak tabur berfungsi untuk mengurangkan minyak yang boleh menyebabkan hidung atau dagu anda berkilap. Begitu pun, pada bahagian lain, penggunaan bedak tabur boleh menampakkan kedutan lebih jelas selain membuat kulit wajah nampak kering. Justeru, hindari pemakaian bedak tabur di bahagian daerah mata.





Pemerah Pipi - ‎hindari pemakaian warna yang terlalu glamor. Warna-warna seperti emas dan coklat tua akan membuat wajah anda nampak tirus jika anda bertubuh kurus, sebaliknya bagi mereka yang berwajah bulat, pasti akan terlihat seperti badut. Warna-warna natural seperti merah jambu muda menjadi pilihan terbaik bagi apa pun warna kulit wajah anda.





Lipstik - Lipstik yang terlalu menonjol
Warna lipstik yang terlalu terang, terlalu gelap atau warna metalik tidak sesuai bagi bibir yang nipis. Pilihlah warna-warna merah yang natural. Selain itu, anda boleh mempertimbangkan untuk menggantikan lipstik dengan pengilat bibir berwarna yang dapat membuat bibir anda nampak penuh.





tips Solekan Smokey Eye -

  • * Jika anda mahukan solekan dengan pilihan warna tipikal hitam, coklat atau kelabu, gariskan penggaris mata di atas garisan alis mata dan buatkan garisan lebih tebal di lipatan pelupuk mata. Bagi mereka yang mahukan efek berkilau, pilihan tona ungu, biru dan hijau lumut pasti tidak menghampakan.
  • * Kunci smokey eyes adalah warna gelap yang kabur (smudge) di garisan bawah alis. Tapi untuk mata wanita Asia, teknik bayang mampu menjelmakan gaya solekan smokey seperti diinginkan. Atau paling mudah, gariskan penggaris mata jenis pensil.
  • * Sapukan pembayang tona cerah pada pelupuk mata kerana asas untuk mendapatkan paduan terbaik bagi teknik ini adalah adunan warna gelap dan cerah.
  • * Ambil berus pembayang kemudian kaburkan garisan penggaris di bahagian atas alis sehingga ia kelihatan sekata dan tidak terlihat seperti garisan. Pastikan adunan warna gelap tidak melepasi lipatan kelopak mata.
  • ‎* Perhatikan sama ada warna adunan pada kedua belah kelopak sama rata. Kemudian akhiri dengan sapuan maskara dan serbuk kilatan.



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve