Grab The Promo
Showing posts with label media food review. Show all posts
Showing posts with label media food review. Show all posts

ATSKY Kota Damansara | Tempat eksklusif makanan 5 bintang pada harga kedai mamak

Menikmati hidangan makan malam diruangan rooftop pasti membuatkan anda berasa teruja dengan kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa dan suasana yang menenangkan ditambah dengan dekorasi indah yang pasti menimbulkan mood ceria anda.

 

 

ATSKY Kota Damansara

ATSKY Kota Damansara | Tempat eksklusif makanan 5 bintang pada harga kedai mamak

 


 

ATSKY Kota Damansara | Tempat eksklusif makanan 5 bintang pada harga kedai mamak



ATSKY Kota Damansara merupakan tempat makan eksklusif seperti makanan 5 bintang yang menawarkan harga berpatutan serendah harga kedai mamak. Dengan rekaan suasana yang pelbagai gabungan ruang berhawa dingin, ruang terbuka & juga ruang majlis keraian, ATSKY sangat sesuai di kunjungi pelbagai lapisan masyarakat samaada untuk bersantai, makan bersama keluarga mahupun untuk  menyambut majlis  keraian termasuk majlis hari jadi hingga majlis keraian besar seperti kenduri kahwin.


Ruang tertutup ATSKY Kota Damansara
Ruang tertutup ATSKY Kota Damansara

Ruang tertutup ATSKY Kota Damansara


Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara



Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara





Menariknya  ATSKY  lagi, walaupun dengan rekaan tempat yang sangat eksklusif bertaraf 5 bintang serta chef - chef berpengalaman yang juga dari Hotel-hotel terkemuka. ATSKY menawarkan pelbagai menu dari makanan barat ke makanan tempatan pada harga yang sangat berpatutan sebanding 'kedai mamak', jadi pelanggan tidak perlu bimbang untuk berbelanja. Pelanggan boleh memilih aneka menu yang berada disini.

Menurut pengarah urusan ATSKY En. Ali Ikhwan berkata 

 

"kami memberikan harga yang berpatutan atau kebanyakan rakan - rakan menegur harga yang di tawarkan adalah murah di bandingkan dengan apa yang kami sediakan, namun saya berpendapat ini juga adalah sumbangan yang ingin saya berikan supaya lebih ramai masyarakat yang tidak berpendapatan tinggi dapat merasa hidangan berkualiti dan suasana eksklusif, tidak hanya dapat di nikmati golongan berpendapatan tinggi".


Menu Signature ATSKY 'YOUYU' Beef Steak

Antara menu signature ATSKY adalah 'YOUYU Beef Steak' . Ianya sesuai dengan konsep mampu milik ATSKY. Rata-rata pelanggan yang telah merasai YOUYU Beef Steak di ATSKY mengakui ianya  memiliki rasa setanding daging Wagyu iaitu daging paling bernilai di dunia namun harga yang di tawarkan adalah 5 kali ganda lebih murah jika di bandingkan dengan daging Wagyu .

 

ATSKY 'YOUYU' Beef Steak

 

Harga bagi 150g YOUYU Beef cumalah RM49 manakala harga bagi 200g hanya RM65 dan 250g hanya RM79.

 

Persembahan Buskers dan Karaoke Percuma di ATSKY

Selain merasai pengalaman makanan eksklusif diatas langit, Terdapat juga persembahan buskers dan karaoke percuma di ATSKY. Memang  pengalaman yang indah sekiranya anda menikmati hidangan makan malam sambil di hiburkan oleh kumpulan buskers. tambah lagi alunan muzik yang dimainkan memang sesuai dengan lagu yang anda suka. Cik iena rasa seronok sangat menikmati makan malam disini sambil didendangkan lagu dari kumpulan buskers Cakial & Friends.


kumpulan buskers Cakial & Friends
kumpulan buskers Cakial & Friends

 

Bukan itu sahaja , rakan Cik iena juga berkesempatan berkaraoke kerana perkhidmatan karaoke disini adalah percuma. Perkhidmatan ini antara perkhidmatan yang paling banyak mendapat sambutan. Yang pastinya anda perlu datang awal dan letak nama awal-awal untuk nyanyi. Sekali pelanggan pegang microphone tu memang bersambung-sambung orang berkaraoke.


Ruang Karaoke ATSKY Kota Damansara
Ruang Karaoke ATSKY Kota Damansara

 

Sambutan Hari jadi di ATSKY Damansara.

Selain menikmati keenakam makanan disamping hiburan dari buskers anda juga boleh meraikan majlis ulang tahun disini. Anda boleh buat kejutan kepada yang diraikan. Pihak buskers akan menyanyikan lagu hari lahir istimewa untuk yang diraikan. Berikut Cik iena kongsikan video birthday surprise untuk Jasmeen oleh ayah dan ibunya Afzal dan zatie.

  

Sambutan Hari jadi di ATSKY Damansara.
Sambutan Hari jadi Meen di ATSKY Damansara.

Sambutan Hari jadi di ATSKY Damansara.
Bergambar bersama birthday girl



 Antara menu di ATSKY yang Cik iena dan rakan rakan cuba adalah seperti berikut.


Chicken Grilled| RM15.90
Grilled Chicken | RM15.90

Chicken Chop | RM15.90
Chicken Chop | RM15.90

Bluebery Vanilla| RM8.90
Bluebery Vanilla| RM8.90

Chicken Finger |  RM8.90
Chicken Finger |  RM8.90

Cheesy Fries | RM7.90
Cheesy Fries | RM7.90


Buttermilk Beef With Rice | RM12.90
Buttermilk Beef With Rice | RM12.90

Chicken Wing (Spicy) | RM12.90
Chicken Wing (Spicy) | RM12.90

Tenderloin Slice Steak | RM29.90
Tenderloin Slice Steak | RM29.90

Kung Pow Chicken With Rice | RM11.90
Kung Pow Chicken With Rice | RM11.90

 

Menarik kan ATSKY ni. Kalau anda teringin nak rasa pengalaman makan diatas langit secara eksklusif pada harga yang murah anda boleh cuba makan di ATSKy Kota damansara. Berikut Cik iena kongsikan lagi beberapa keping gambar semasa Cik iena makan malam di ATSKY Kota Damansara.

 

 

Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara

 

 

ATSKY Kota Damansara | Tempat eksklusif makanan 5 bintang pada harga kedai mamak
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara

Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara

Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara

Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara


ATSKY Kota Damansara | Tempat eksklusif makanan 5 bintang pada harga kedai mamak




Untuk pengetahuan ATSKY di buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 malam semasa tempoh PKPP dan operasi akan di lanjutkan hingga jam 2 pagi selepas kebenaran di berikan.

Kepada anda yang berhajat untuk  mengunjugi ATSKY boleh ke Roof Garden, Tingkat 3A, Dataran Cascades, PJ. Bersebelahan dengan Giant Kota Damansara.

 

Untuk Maklumat Lanjut

Facebook : https://web.facebook.com/atskydamansara

Instagram : https://www.instagram.com/atskydamansara/

Whatsapp : 60132351682

 

 

 

Menu Terbaru Nandos | Try Something New, Try Something Nandos


chicken Pita



Nando’s terkenal dengan sajian ayam panggang PERi-PERi yang pedas . Menikmati hidangan di Nando's  akan membuat anda seperti berada di rumah anda sendiri di mana suasana di Nando's yang agak santai, perkhidmatan yang mesra dan sudah tentu  hidangan makanan di dalam kuantiti yang banyak.


Try Something New, Try Something Nandos

Baru-baru ini cik iena telah di jemput sama  bersama rakan blogger serta media untuk menikmati menu terbaru daripada Nando's  .  Terima kasih di ucapkan kepada pihak Nando's Malaysia diatas jemputan dan penghargaan ini . Walaupun cik iena lewat kerana urusan kerja Pihak Nandos masih mengalu alukan kedatangan cik iena . Alhamdulillah Syukur sangat orang hargai kita  :)



Try Something New, Try Something Nandos

Memandangkan cik iena lewat jadi cik iena tak dapat merakamkan gambar kemeriahan majlis tersebut . Yang pastinya majlis Nando's sangat sangat meriah . Pelbagai acara menarik di sediakan buat tetamu bagi menghargai sokongan tetamu yang terdiri dari blogger dan media .


Menu Terbaru Nando’s Malaysia 2016

Nando’s menawarkan pelbagai cara unik untuk memenuhi selera anda dengan ayam PERi-PERi yang dipanggang menggunakan api, dalam perisa-perisa pengenalan Lemon & Herb, Mild, Hot dan Extra Hot!

 Menu Terbaru Nando’s Malaysia 2016
Mari kawan kawan cik iena perkenalkan  Menu Terbaru Nando’s Malaysia 2016
Jom cik iena perkenalkan beberapa Menu Terbaru Nando’s Malaysia 2016 yang patut anda cuba sekira menjamu selera di mana-mana cawangan Nando’s di Malaysia. 

The Thigh And Mighty Sandwich 


 The Thigh And Mighty Sandwich
 The Thigh And Mighty Sandwich
Dihidangkan bersama dua paha ayam tanpa tulang diapit pada Roll Portugis yang dibakar, disertakan sekali dengan tomato segar, jeruk bawang merah dan PERinaise.
Boleh dinikmati bersama 2 sideline.

Saucy Tenders, Veg and Rice


Kepingan ayam PERi-PERi terkenal yang dipanggang menggunakan api Nando’s disajikan bersama beras wangi berempah dan sayur-sayuran,


Saucy Tenders, Veg and Rice
Saucy Tenders, Veg and Rice
 Sesuai bagi mereka yang mementingkan penjimatan.

Wing Platter


Wing Platter
Wing Platter

Kepak Ayam yang dipanggang menggunakan api dalam empat perisa ikonik atau kepak ayam berkerak PERi, mampu memberikan yang terbaik buat anda. Ianya didatang dengan 10 Kepak Ayam bersama 4 hidangan sideline. 

Algarve Side Salad dan Caesar Side Salad boleh dinikmati Untuk melengkapkan hidangan anda, ia merupakan Sides Fino Terbaru (yang bermaksud MEWAH  dalam bahasa Portugis)

Selain itu, masih terdapat menu yang sedia anda untuk anda nikmati di Nando’s Malaysia. Antaranya,


Caesar Side Salad
Caesar Side Salad


Algarve Side Salad
Algarve Side Salad

Espetada Carnival
Espetada Carnival

Chicken Caesar Wrap
Chicken Caesar Wrap

Nandocas Choice
Nandocas Choice

Grilled Chicken Cataplana
Grilled Chicken Cataplana


chicken Pita
chicken Pita


1/2 Chicken with per peri chips & chargrilled veg
1/2 Chicken with per peri chips & chargrilled veg

Espetada Carnival with Mediteranean Rice & chargrilled veg
Espetada Carnival with Mediteranean Rice & chargrilled veg

Peri-peri Drizzle
Peri-peri Drizzle


Caramel Cheesecake
Caramel Cheesecake
Menarikkan, banyak menu menu nando's . Selain dari yang di atas anda boleh layari atau rujuk pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang menu-menu Nando's dan tawaran-tawaran istmewa dari Nandos








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging


Masihkah anda ingat restoran yang pernah menjadi kontroveri oleh Azwan Haji Ali dan pernah viral disebabkan harga steak yang beribu.  Me'nate Steak Hub merupakan rangkaian restoran yang cukup popular dengan hidangan dagingnya. Pelbagai bahagian daging kambing dan lembu dimasak cukup sempurna dengan keunikkan caranya yang tersendiri menjadikan restoran ini menjadi tarikan penggemar daging.


Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging

 Untuk pengetahuan semua tidak semuanya mahal di  Me'nate Steak Hub,  malahan harganya adalah standard  seperti restoran berprestij tinggi lain. Namun daging seperti Wa'gyu yang mana umum sudah ketahui bahawa ianya bukan daging biasa-biasa malah ianya salah satu daging yang amat premium yang biasa di makan oleh orang-orang kaya seluruh dunia sahaja.

Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub  Setapak


Jadi anda boleh nikmati hidangan steak dengan pelbagai harga mengikut kemampuan dan citarasa anda. Baru-baru ini cik iena berkesempatan ke Me'nate Steak Hub Setapak di mana cik iena di maklumkan bahawa terdapat Hidangan Istimewa Ramadhan 2016 yang akan di tawarkan kepada pelanggan bersempena bulan mulia penuh barakkah bulan Ramadhan Al Mubarak.


Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging


Me'nate Steak Hub
Bahagian,bahagian pada lembu dan kambing





Istimewanya untuk ramadhan kali ini Me'nate Steak Hub telah memperkenalkan beberapa menu baru sebagai pilihan tambahan bagi mereka yang datang untuk berbuka di sini bersama keluarga mahupun rakan-rakan tersayang.




Hidangan Istimewa Ramadhan 2016 di Me'nate







Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging


Terdapat 4 kategori menu istimewa yang diperkenalkan dan ke semua menu ini didatangkan bersama Nasi Me'nate dan pelbagai sos (home made). Antaranya seperti:-

1. HEAVENLY BEEF
2. HEAVENLY LAMB
3. HEAVENLY CHICKEN
4. GROUP STEAK



Me'nate Steak Hub
Nasi Me'nate


Untuk pengetahuan semua,  Nasi Me'nate merupakan menu istimewa dari dapur Me'nate yang menggunakan Beras Basmati istimewa yang diimport khas. Rasanya cukup enak jika dibandingkan dengan nasi-nasi arab di restoran lain.








Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging




Untuk menu hidangan dalam kategori  'HEAVENLY", ianya boleh dinikmati antara 4-6 orang. Ianya sangat unik di mana ianya didatangkan di dalam pinggan yang sangat besar (sebesar dulang) untuk di nikmati bersama-sama rakan mahupun keluarga dan sedikit sebanyak ianya dapat mengimarahkan lagi suasana serta dapat mengeratkan silaturrahim.


1. HEAVENLY BEEF


Terdapat 2 jenis set iaitu:-

a. Short Ribs




Me'nate Steak Hub
Short Ribs


Kepada Peminat bahagian ribs, ini adalah hidangan yang lazat untuk anda nikmati . Di makan bersama Nasi Me'nateyang se memangnya akan memberi kepuasan dan kekenyangan setelah seharian kita berpuasa, apatah lagi ianya didatangkan bersama daging ribs yang begitu lembut isinya.




Me'nate Steak Hub
Short Ribs



Harga : RM 300 (4-6 orang)

b. Wagyu Spare Ribs







Me'nate Steak Hub
Wagyu Spare Ribs


Bahagian daging yang menjadi kegemaran buat peminat/pemakan daging yang tegar. Setelah mencuba daging wagyu ini baru saya sedar mengapa ianya begitu diminati. Rasanaya yang 'juicy, isi pejal tetapi tetap lembut serta mudah untuk dikunyah. Didatangkan bersama hidangan nasi Me'nate menjadikan menu ini lengkap untuk berbuka.

Harga : RM 400 (4-6 orang)


2. HEAVENLY LAMB


Terdapat 2 jenis set iaitu:-

a. Lamb Shoulder




Me'nate Steak Hub
Lamb Shoulder


Adakah anda Peminat daging kambing? Sekiranya ya, anda Boleh mencuba hidangan 'lamb shoulder' ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Ianya Dimasak cukup sempurna bersama  sos perapan rahsia yang cukup enak menjadikan hidangan berbuka puasa cukup luar biasa. Anda pasti terkejut kerana tiada bau hamis ketika menikmati hidangan kambing ini .

Harga : RM 350 (4-6 orang)


b.Lamb Shank


Me'nate Steak Hub
Lamb Shank


Merupakan bahagian kambing yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Ianya merupakan daging di bahagian kaki  belakang, yang dikatakan mempunyai isi yang cukup empuk dan sesuai untuk dibuat stik ataupun dibakar.

Harga : RM 350 (4-6 orang)

3. HEAVENLY CHICKEN


Me'nate Steak Hub
HEAVENLY CHICKEN


Hidangan ayam gril yang cukup istimewa dari Me'nate . Di perap dengan rempah rahsia supaya rasa Ayam lebih sedapdan enak di mana  hidangan ini menjanjikan ayam yang empuk,lembut serta berasa perapan rempah ketika di makan

Harga : RM 99 (4-6 orang)


4. GROUP STEAK

Me'nate Steak Hub
Group Steak



 Pilihan kepada stik daging lembu atau kambing dan ayam gril. Didatangkan bersama ;-
- Sos
- Salad
- Coleslaw
- Mashed potato
- Aglio E Olio /Nasi Me'nate.

Me'nate Steak Hub
Aglio E Olio



Me'nate Steak Hub
Coleslaw




Me'nate Steak Hub
Mashed potato



Me'nate Steak Hub
 gambar rangkaian daging yang ditawarkan, antaranya seperti lamb shank, ribs dan ribs eye.


 Harga : RM 80(per pax) - minuman order 4 pax

Sepanjang bulan ramadhan juga, semua pelanggan bakal disajikan secara percuma :-
- Bubur lambuk Me'nate
- Buah-buahan
- Kurma
- Air (free flow)

Kemudahan Surau Me'nate Steak Hub


Terdapat kemudahan surau di tingkat satu dan dua dimana surau perempuan terletak di tingkat satu manakala surau lelaki terletak di tingkat dua. Jadi kepada anda yang berbuka puasa di sini anda tidak perlu risau dan tergesa-gesa makan untuk pulang menunaikan fardhu magrib  atau untuk ke surau atau masjid berdekatan. Dengan adanya kemudahan surau ini dapat lah anda menghabiskan hidangan anda dengan perlahan dan penuh nikmat tanpa tergesa-gesa.

Cik iena di fahamkan, Kemudahan surau ini bukan sahaja terdapat di cawangan setapak malahan  terdapat di semua cawangan Me'nate Steak Hub.




Menarik tak tawaran istimewa ramadhan dari Me'nate ,  untuk merasai keenakan hidangan dari Me'nate Steak Hub jom hadir ke  mana-mana cawangan seperti dibawah:-


SETAPAK
Starpac Point
Jalan Taman Ibu Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur


AMPANG BRANCH
No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu
Taman Shuet Liang
Ampang Jaya
Selangor



BANGI BRANCH
No 25 Jalan Medan Pusat 2d 3b
Curve Business Park
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor


Untuk Tempahan sila hubungi:

019-3911047
019-4771047
019-2611047










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve