Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label skincare. Show all posts
Showing posts with label skincare. Show all posts

Review The Yeon Canola Honey skincare

Pernah kah anda mendengar tentang produk penjagaan wajah berasaskan madu ?
Seperti kita sedia maklum madu mempunyai banyak khasiat. Selain untuk kesihatan dalaman ianya juga digunakan utk merawat wajah. Cik iena kongsikan rangkaian skincare dari Korea berasaskan madu yang Cik iena guna sejak bulan july iaitu The Yeon Canola Honey skincare set.


The Yeon Canola Honey skincare
The Yeon Canola Honey skincare
 
Untuk pengetahuan Cik iena telah menggunakan produk ini selama 3 bulan . Walaupun telah 3 bulan menggunakannya kandungannya masih banyak seperti yang anda lihat dalam gambar. Dalam gambar adalah selepas 3 bulan penggunaa. Cik iena rasa mungkin set ini mampu bertahan sehingga 6 bulan. Jadi ianya amat berbaloi untuk anda dapatkan tambahan pula kesan yang sangat mujarab.
 

The Yeon Canola Honey skincare
The Yeon Canola Honey skincare
 

Sepanjang penggunaan set ini wajah Cik iena bersih dan jarang jarang jerawat tumbuh. Jika ada jerawat tumbuh hanya pada musim datang bulan dan ianya cepat kering atau cepat sembuh. Selain merawat wajah ianya juga mampu mencerahkan wajah.

Set ni terdiri dari Canola Honey Essential Serum, Canola Honey Propolis Ampoule dan Canola Honey Glowful Cream
 
The Yeon Canola Honey skincare
The Yeon Canola Honey skincare


Canola Honey Essential Serum


Honey Essential serum diformulasikan untuk mengekalkan keseimbangan sempurna antara minyak semula jadi dan kelembapan pada kulit untuk kulit yang terhidrat dan licin.
Kandungan Madu berfungsi sebagai pelembap semula jadi dan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Produk ini adalah serum 3 dalam 1 (toner, esen dan serum) pelbagai fungsi yang terdiri daripada 42% ekstrak madu Canola dan ekstrak Aloe Vera dari Pulau Jeju, ekstrak Brokoli, dan ekstrak Kiwi.
Bahan-bahan yg terdapat dalam serum ini mampu menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.


The Yeon Canola Honey Essential Serum
The Yeon Canola Honey Essential Serum

 

Kandungan Canola Honey Essential Serum

HONEY EXTRACT(42%), WATER, BUTYLENE GLYCOL, GLYCERIN, DIPROPYLENE GLYCOL, ALCOHOL, PEG-32, ADENOSINE, PANTHENOL, LACTOBACILLUS/SOYBEAN FERMENT EXTRACT, DIOSCOREA JAPONICA ROOT EXTRACT, TREMELLA FUCIFORMIS (MUSHROOM) EXTRACT, DIPOTASSIUM GLYCYRRHIZATE, BRASSICA OLERACEA ITALICA (BROCCOLI) EXTRACT, ALOE BARBADENSIS LEAF EXTRACT, ACTINIDIA CHINENSIS (KIWI) FRUIT EXTRACT, CITRUS UNSHIU PEEL EXTRACT, PERSEA GRATISSIMA (AVOCADO) FRUIT EXTRACT, CYMBOPOGON SCHOENANTHUS EXTRACT, PORTULACA OLERACEA EXTRACT, PPG-26-BUTETH-26, PEG-40 HYDROGENATED CASTOR OIL, CARBOMER, GLYCERYL ACRYLATE/ACRYLIC ACID COPOLYMER, CERATONIA SILIQUA GUM, DEXTRIN, SODIUM CHONDROITIN SULFATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, PHENOXYETHANOL, POTASSIUM HYDROXIDE, DISODIUM EDTA, FRAGRANCE, CI 19140, CI 14700


Cara Penggunaan Canola Honey Essential Serum

 
Selepas membersihkan wajah dan menggunakan toner, ambil jumlah yang diinginkan dan sapukan ke seluruh wajah. Urut secara  perlahan untuk membantu penyerapan. Di kawasan yang memerlukan rawatan yang lebih intensif, gunakan jumlah yang banyak untuk lebih banyak nutrisi.


Rating Canola Honey Essential Serum

10/10

Canola Honey Propolis Ampoule


Mengandungi 30% ekstrak propolis dan 10% ekstrak madu canola dari pergunungan Pulau Jeju.
Ampul anti-kedut yang sangat lembab dan berkhasiat mengandungi madu dan propolis untuk melembapkan serta menegangkan kulit.
30% ekstrak propolis melindungi kulit dari persekitaran luaran dan membekalkan kulit dengan nutrien serta menegangkan kulit.

 


The Yeon Canola Honey Propolis Ampoule
The Yeon Canola Honey Propolis Ampoule

 


Ekstrak madu Canola dari Jeju mengimbangi kandungan minyak-air kulit. Bahan pelembap semula jadi termasuk asid hyaluronik dan trehalosa dan madu memastikan kelembapan sepanjang hari.
Propolis adalah bahan resin yang berasal dari resin dari pokok dan tumbuhan yang dikumpulkan oleh lebah. Ia terkenal dengan sifat penyembuhannya. Jadi ianya mampu merawat kulit wajah yang bermasalah.

Kandungan Canola Honey Propolis Ampoule

 Propolis Extract, Glycerin, Dipropylene glycol, Water, Honey, Butylene Glycol, Glycereth-26, Sodium Hyaluronate, Adenosine, Lactobacillus/soybean Ferment Extract, Dioscorea Japonica Root Extract, Tremella Fuciformis Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Brassica Oleracea Italica Extract, Citrus Unshiu Peel Extract, Kiwi Fruit Extract, Cymbopogon Schoenanthus Extract, Persea Gratissima Fruit Extract, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Trehalose, Sodium Polyacrylate, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Disodium EDTA, Fragrance, CI 19140, CI 14700

Cara Penggunaan Canola Honey Propolis Ampoule

Selepas membersihkan wajah dan menggunakan toner serta Canola Honey Essential serum ambil jumlah yang diinginkan dan sapukan ke seluruh wajah. Urut Canola Honey Propolis Ampoule secara  perlahan untuk membantu penyerapan. Di kawasan yang memerlukan rawatan yang lebih intensif, gunakan jumlah yang banyak untuk lebih banyak nutrisi.


Rating Canola Honey Propolis Ampoule

10/10

Canola Honey Glowful Cream


Krim madu pelbagai fungsi yg diformulasikan dengan teknik fluidisasi (komposisi kosmetik lutsinar). Jenis formula kosmetik yang dipatenkan membolehkan kulit terhidrat dengan sempurna dengan mengekalkan keseimbangan antara minyak semula jadi dan kelembapan pada kulit.
Ramuan madu menarik kelembapan udara ke dalam kulit berfungsi sebagai pelembap semula jadi dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.


Ekstrak kulit tangerine membantu menjaga lapisan madu dengan melegakan dan mengurangkan pembengkakan kulit.  Ekstrak lidah buaya, ekstrak brokoli, dan ekstrak kiwi menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.

 

The yeon Canola Honey Glowful Cream
The yeon Canola Honey Glowful Cream

Cara Penggunaan Canola Honey Glowful Cream

 Sapukan krim ini sebagai bahagian terakhir rutin penjagaan kulit asas.

 

Rating Canola Honey Glowful Cream

10/10

 

Review The Yeon Canola Honey skincare

 

Secara keseluruhannya Cik iena sangat suka produk The Yeon Canola Honey skincare ini kerana ianya sangat sesuai dengan kulit kering Cik iena. Ianya mampu memberi kelambapan optima pada wajah sehingga membuat wajah bberseri glowing lmbut seperti kulit bayi. 

 


Review The Yeon Canola Honey skincare
The Yeon Canola Honey skincare

Selain itu dari penilaian Cik iena ianya juga mampu mencerahkan wajah Cik iena. Cuma Cik iena jenis suka hiking jadi setelah pulang hiking pasti kulit akan gelap semula.  Yang ni masalah hobi sendiri jadi tak boleh salahkan produk. Cik iena pakai memang cerah cuma selepas pulang hiking kulit cik iena memang sangat cepat sunburn. Insya Allah jika teruskan pemakaian akan cerah semula.

 

Tapi semasa artikel ditaip Cik iena stop penggunaan buat sementara kerana Cik iena perlu review produk lain pula. Pastinya Cik iena akan kembali ke skincare ini jika tiada produck review lain kerana skincare ni sememangnya sangat berkesan untuk Cik iena.

 




Sekiranya anda  berminat untuk cuba boleh layari https://t.productlink.io/a062jt3 atau boleh visit instagram @nearndear.my

#nearndear #nearndearmy #nearndearmalaysia #theyeon #koreanskincare #honeyskincare #canolahoney #ienaeliena #malaysianblogger #beautyblogger



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review

Jika sebelum ini kita hanya mengenal pencuci wajah berbentuk  cleansing foam, cleansing cream, dan face bar soap untuk membersihkan wajah. Kini pembersih wajah hadir dalam berbagai bentuk. Masing-masing mempunyai fungsi utama yang sama iaitu membersihkan wajah disamping fungsi lain mengikut jenis.


Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser





Kini telah hadis satu revolusi pencuci wajah yang baru iaitu Bubble Cleanser . Bubble cleanser  merupakakn jenis Cleansing foam tetapi ianya agak sedikit berbeza kerana ianya terus keluar menghasilkan bubble tanpa perlu anda menggosokkannya terlebih dahulu.


Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Tekstur bubble cleanser ini adalah  busa nya lebih halus berbanding pencuci wajah yang lain.

Antara bubble cleanser yang bagus untuk anda cuba adalah Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser . Cik iena sendiri merupakan pengguna bubble cleanser ini dan cik iena sangat sukakakn bubble cleanser ini. Berikut Cik iena ceritakan serba sedikit mengenai Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini.



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser




Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sangat Efektif untuk menghilangkan kotoran, sel kulit mati, dan juga solekan dari wajah. Aloe AC Bubble  ini mampu memberi kelembapan pada wajah dan kulit wajah anda tidak akan berasa kering. Kulit anda akan tetap lembap sepanjang hari selepas proses mencuci. Ini adalah kerana buih yang terdapat dalam Aloe AC Bubble  ini kaya dengan kelembapan yang  tinggi yang mampu melindungi kulit anda daripada  kering.




Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser





Ianya membersihkan secara mendalam ke liang-liang pori . Selain membersih secara mendalam ianya juga  menguatkan liang pori anda serta menyihatkan liang pori anda. Masalah pori-pori terbuka akan dapat diantasi dan kulit anda akan lebih licin berseri.





Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Kandungan Minyak pokok teh dalam Aloe AC Bubble  ini mampu melindungi kulit serta menjadikannya licin dan  lembab disamping mengekalkan kesegaran kulit wajah.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering,  kulit berminyak, kulit sensitif atau berjerawat, kulit kusam dan juga anda yang mempunyai masalah blackhead dan whitehead. Pendek kata ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutama buat kulit yang bermasalah.



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser



Kandungan Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Aloe Barbadensis Leaf Juice ; Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) ; Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract ; Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract ; Jasminum Officinale (Jasmine) Extract ; Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review


Cara Penggunaan Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser




Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

1. Basahkan wajah anda terlebih dahulu
2. Picit dalam 2-3 full pump
3. Ratakan pada keseluruh wajah dan buat urutan membulat
4. Kemudian bilas sehingga bersih

Ianya digunakan dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam.



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review


Secara keseluruhannya Cik iena suka akan Aloe AC Bubble  ini . Ianya memberi kelembapan pada kulit wajah Cik iena . Masalah utama kulit cik iena adalah kering. Dengan penggunaan Aloe AC Bubble ini ianya mampu memberi kelembapan yang berpanjangan dan memberikan kesan solekan yang cantik.
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Seperti yang anda sedia maklum cik iena sememangnya gemar bersolek . Untuk kulit yang kering, solekan akan cepat merekah . Dengan penggunaan Aloe AC Bubble  ianya mampu mengekalkan solekan cik iena tanpa rekahan.

Ianya juga membersihkan solekan cik iena dengan sempurna untuk solekan asas. Namun untuk solekan tebal jika cik iena ke event. Cik iena memerlukan dua kali atau lebih cucian. Sekiranya solekan harian. hanya sekali cucian memadai untuk membuang solekan cik iena secara keseluruhan.
Berbeza dengan solekan seperti gambar dibawah atau solekan tebal . Ianya memerlukan lebih dari sekali cucian untuk membersihkan solekan dengan sempurna .

 Cik iena merupakan seorang yang teliti. Setelah mencuci muka dengan pencuci muka , semasa pemakaian toner cik iena akan pastikan kulit Cik iena bersih dari sisa solekan. Sekiranya masih ada Cik iena akan cuci sekali lagi atau cik iena akan gunakan make up remover yang tidak memerlukan cik iena mencuci wajah.



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Bukan apa, penting tau untuk pastikan kulit kita bersih dari sebarang sisa solekan ketika tidur. Masa ini lah kulit kita perlukan rehat tanpa sebarang solekan yang menghalang kulit untuk bernafas dengan sempurna dan menghalang penyerapan segala krim atau serum yang anda gunakan.

Bagi anda yang tidak gemar bersolek tebal. Hanya satu kali cucian memadai . Review tulus ikhlas dari hati  ;)

Harumannya juga sangat menenangkan dan cik iena juga sangat suka akan harumannya. Jepada anda diluar sana yang mempunyai masalah kulit khususnya. Anda boleh cuba  Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser  ini.

Harga Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser 




Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


RM65 (150ml, Size 5.29 fl.oz.)

Rating Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

8/10



Untuk Maklumat Lanjut mengenai produk ini  sila layari atau ikuti laman sosial mereka seperti dibawah.



Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia





Fromnature Age Intense Treatment Review


Kecantikan menjadi simbolik bagi kaum wanita. Ramai dikalangan wanita sangat mementingkan aspek kecantikan terutama buat wanita yang bekerjaya, tidak kurang juga buat wanita yang sudah berumah tangga yang ingin menjaga penampilan untuk suami.


Fromnature Age Intens

Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik semestinya anda perlu menjaga pemakanan dan juga memakai set penjagaan wajah yang sesuai untuk kulit . Terdedahnya kulit wajah kita pada udara luar sememangnya akan memberikan kesan sekiranya anda tidak mengamalkan produk penjagaan wajah yang sesuai.

Bagi Cik iena yang sudah berusia 33 tahun Cik iena mengalami masalah kulit kering dan kurang kolagen. Cik iena yakin ramai dikalangan wanita seumur Cik iena mengalami masalah ini kerana factor usia . Memandangkan Cik iena boleh dikatakan seorang wanita bekerjaya , jadi Cik iena sangat perlu menjaga kecantikan kulit wajah agar kelihatan cantik berseri serta muda dari usia.

Kepada anda diluar sana yang seusia dengan cik iena atau yang mengalami masalah kulit kering, cik iena cadangkan untuk mencuba produk Age Intense Treatment  Series dari From nature. Cik iena sendiri telah menggunakannya dan cik iena sangat suka akan hasilnya.

Sebenarnya Cik iena dah lama gunakan tapi baru berkesempatan untuk berkongsi tentang produk ini. Sebelum Cik iena bercuti ke Pulau Redang Cik iena dah guna produk ini dan hasilnya sangat Cik iena sukakan . Memandangkan Cik iena sangat sibuk jadi Cik iena terlepas pandang untung berkongsi review.

Almaklumlah Kalau Cik iena tulis review agak panjang :) Jadi perlukan masa untuk mengkaji dan menulis .


Fromnature Age Intens

Sebelum Cik iena ceritakan review tentang produk ini bagi pihak cik iena. Cik iena terangkan terlebih dahulu mengenai produk ini.

  1. Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam
  2. Fromnature Age Intense Essence
  3. Fromnature Age Intense Treatment Ampoule
  4. Fromnature Age Intense Treatment Fluid
  5. Fromnature Age Intense Treatment Cream
  6. Fromnature Age Intense Facial Mask
  7. Fromnature Bio System Cleansing Water

Untuk pengetahuan, kandungan utama untuk Age Intense Treatment  series ini adalah Galactomyces Ferment Filtrate atau PITERA.

Apa itu Galactomyces Ferment Filtrate (Pitera)


Galactomyces Ferment Filtrate adalah bahan bintang dalam banyak produk penjagaan kulit Korea dan merupakan hasil sampingan nutrien dari proses penapaian yang berfungsi untuk memberi manfaat kepada kulit pada tahap selular dengan meningkatkan penyerapan kulit anda.

Ia mempunyai pelbagai manfaat penjagaan kulit, seperti mengimbangi nada kulit yang tidak seimbang, memerangi bakteria yang menyebabkan jerawat, dan membantu mengurangkan penampilan saiz liang, dan memperbaiki tekstur keseluruhan kulit.

Galactomyces sendiri merupakan salah satu fermentasi filtrate ragi. Ia mengandung 50% lebih protein, vitamin B1, B2, serta Niacin dan Asam folat. Sehingga, ia sangat berkhasiat untuk merawat kesehatan dan kecantikan kulit wajah. 

MANFAAT GALACTOMYCES UNTUK KULIT

  • Menghidrasi kulit sehingga bisa mempertahankan kadar air dikulit dan menghindari kekeringan dikulit.
  • Mencerahkan kulit sehingga bisa menyamarkan bekas noda.
  • Mengurangi kerutan akibat penuaan dini.
  • Melembutkan sehingga kulit bisa lebih kenyal dan halus.
  • Berperan sebagai antioksidan yang baik untuk memerangi radikal bebas penyebab kulit bermasalah dan penuaan dini.

Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam


Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam
Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam




Merupakan Pembersih wajah yang megandungi buih yang banyak dalam menghilangkan kekotoran dan sel-sel kulit mati dari liang-liang. Kandungan ekstrak Galactomyces yang terkandung  berkesan membersihkan sisa solek secara mendalam. Buih atau busa halus yang banyak Ini juga menjadikan kulit letih kelihatan  segar dan  mampu memberi kelembapan berpanjangan.



Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam
Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam


  • Bahan yang ditapai tulen
  • Mengandungi Pitera - galactomyces ferment filtrate
  • Mampu membersihkan sisa solekan secara mendalam
  • Membersih dan menyegarkan
  • Membersihkan wajah secara lembut dengan busa halus yang terdapat pada pencuci wajah ini




Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam
Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam


Kandungan Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam

Galactomyces Ferment Filtrate (Pitera),Water, Myristic Acid, Dipropylene Glycol, Glycerin, Palmitic Ackl, Lauric Ackd, Potassiun Hydrndde, PEG rs Sorbitan Olivate, Glycol Distearate, Lauramide DEA, Cocamidopropyl Betaine Cocaride DEA Potassium Cocoyl Glyeinate, Sodihum Chloride, Potassium Coccate, Galactonnyces Ferment Filtrate, Butylene Glycol , Portulaca Oleracet Extract, Paeonis Allhflora Flower Extract, American Morning Glory Seed Extract, Saccharonmyces / Angelica Dahurica Root Ferment Extract, Disodium EDTA Chlorphenesin, Phenonyethanol, Fragrance


Cara Penggunaan Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam


  1. Basahkan wajah dengan air suam kemudian letakkan sedikit pembersih ini ke tangan. Gosok pada tangan sehingga berbusa  dan sapukan busa ke muka, urut secara perlahan  di seluruh kawasan wajah. Kemudian basuh dan bilas dengan air suam .
  2. Digunakan minimum dua kali sehari dan sekira perlu


Review Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam


Cik iena suka tekstur buih halus pembersih muka ini. Harumannya juga amat menenangkan cik iena. Selepas membersih wajah menggunakan  Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam  ini kulit akan berasa segar, lembab dan sedikit cerah.

Rating Fromnature Age Intense Treatment Cleansing Foam

9/10

Fromnature Age Intense Treatment Essence


AGE Intense Treatment Essence terdiri daripada 95.7% ekstrak Galactomyces yang dapat memberi nutrisi kepada kulit dan mengekalkan nutrisi tersebut di dalam kulit agar kulit anda terhidrasi dan licin.

Fromnature Age Intense Essence
Fromnature Age Intense Essence




Fungsi Fromnature Age Intense Treatment Essence


  1. Mengatasi kulit berkedut
  2. Anti kedut 
  3. Menbantu menghilangkan garis-garis halus pada wajah.
  4. Meningkatkan kelembapan kulit yang elastik
  5. Mencerahkan kulit 
  6. Menegangkan kulit


Fromnature Age Intense Essence
Fromnature Age Intense Essence

Kandungan Fromnature Age Intense Treatment Essence


Galactomyces ferment filtrate(PITERA), niacinamide (2%), water, adenosine, sodium hyaluronate, butylene glycol, Portulaca oleracea extract, Ipomoea hederacea seed extract, Paeonia albiflora flower extract, saccharomyces/Angelica dahurica root ferment filtrate, ethylhexylglycerin, phenoxyethanol, chlorophenesin


Fromnature Age Intense Essence
Fromnature Age Intense Essence

Cara Penggunaan Fromnature Age Intense Treatment Essence


  1. Sapukan sejumlah Age Intense Essence yang sesuai pada peringkat pertama penjagaan kulit dengan menggunakan menggunakan pad kapas.
  2. Dab-dab secara perlahan-lahan pada wajah agar kandungan kelembapan dapat diserap dengan sempurna . 
  3.  Digunakan dua kali sehari atau mengikut keperluan 
  4. Digunakan selepas mencuci wajah dengan  Age Intense Treatment Cleansing Foam


Review Fromnature Age Intense Treatment Essence


Cik iena suka Age Intense Essense ini . Ianya meresap dengan cepat. Mudah diaplikasikan dan memberikan kesan yang menyegarkan pada wajah. Kulit lebih lembap dan lembut.


Rating Fromnature Age Intense Treatment Essence

10/10



Fromnature Age Intense Treatment Ampoule


Fromnature Age Intense Treatment Ampoule
Fromnature Age Intense Treatment Ampoule


Age Intense Treatment Ampoule mengandungi 72.6% bahan tulen Galactomyces Ferment Filtrate .
Dimana Galactomyces Ferment Filtrate berfungsi untuk mengurangkan kedutan dan mencerahkan kulit serta membekalkan kelembapan pada kulit dengan penjagaan yang tinggi pada kulit bagi membantu mengekalkan kesihatan kulit.



Fromnature Age Intense Treatment Ampoule
Fromnature Age Intense Treatment Ampoule


Ianya mampu merawat kulit yang kering dan kendur agar kembali normal dengan lebih lembap serta anjal dengan hanya menggunakan ampoule ini.

Ampoule Sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah Kulit sensitif dan kering, Kulit kasar dan kulit yang mengalami liang pori terbuka


Fromnature Age Intense Treatment Ampoule
Fromnature Age Intense Treatment Ampoule



Kandungan Fromnature Age Intense Treatment Ampoule

Galactomyces Ferment Filtrate (Pitera), Synthetic Florphlogopite, Polyglyceryl-10 Myristate, Polyacrylate Crosspolymer-6XanthanGum Sociun Hyaluronate, Adenosine, Tin Odde, Ethryhesyiglycen, BHT, Dsodlum EDTA, Phenoxyethanol, Chlorphenein, Fragrance

Cara Penggunaan Fromnature Age Intense Treatment Ampoule


  1. Sapukan sejumlah Age Intense Treatment Ampoule yang cukup ke wajah dan urut licin dalam pergerakan membulat.
  2. Dab-dab secara perlahan-lahan pada wajah agar kandungan kelembapan dapat diserap dengan sempurna .
  3. Ianya digunakan 2 kali sehari
  4.  digunakan selepas menggunakan Age Intense Treatment Essence


Review Fromnature Age Intense Treatment Ampoule


Ianya meresap dengan cepat. Mudah diaplikasikan dan memberikan kesan yang menyegarkan pada wajah. Kulit lebih lembap dan lembut.



Rating

10/10

Fromnature Age Intense Treatment Fluid


Fromnature Age Intense Treatment Fluid
Fromnature Age Intense Treatment Fluid



Fluid/cecair ini berfungsi sebagai menghidupkan semula kulit mati dan memberi keanjalan pada kulit dengan lebih baik dengan kandungan 80% Galactomyces Ferment Filtrate yang terdapat dalam fluid ini.

Ia membekalkan kelembapan bagi menghidratkan serta membuat kulit berseri, anti kedutan, mencerahkan kulit kusam dan memperbaiki tekstur kulit yang tidak sekata.




Fromnature Age Intense Treatment Fluid
Fromnature Age Intense Treatment Fluid


Fluid ini juga bertindak untuk memberi keseimbangan kulit berminyak dan air untuk mengekalkan kulit dalam keadaan yang terkawal. Ianya Sangat sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah kulit sensitif dan kering serta Kulit kusam dan sesuai untuk mereka yang mengalami masalah liang pori terbuka

Fromnature Age Intense Treatment Fluid
Fromnature Age Intense Treatment Fluid



Kandungan Age Intense Treatment Fluid

Galactomyces ferment itrate, CapryticCapric Triglyceride, Mineral Ol Dimethicone, Niacinamide, Cetearyl Glucoside, Glyceryl, Butylene Glycol, Glyceryl Stearate, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Shea Butter, Glyceryl Caprylate, Methyl Methacrylate Crosspołlymer, Palmitate. PEG-100 Stearate, Beeswax, Allantoin, Adenosine, Disodium ETDA Xanthan Gum, Cetearyl Glucoside, Stearic acid, Phenoxyethanol, Fragrance

Cara Penggunaan Age Intense Treatment Fluid


  1. Sapukan sejumlah Age Intense Treatment Fluid yang cukup ke wajah dan urut licin dalam pergerakan membulat.
  2. Dab-dab secara perlahan-lahan pada wajah agar kandungan kelembapan dapat diserap dengan sempurna . 
  3. Ianya digunakan 2 kali sehari atau mengikut keperluan.
  4. digunakan selepas menggunakan Age Intense Treatment Ampoule

Review Age Intense Treatment Fluid


Ianya meresap dengan cepat. Mudah diaplikasikan dan memberikan kesan yang menyegarkan pada wajah. Kulit lebih lembap dan lembut.

Rating Age Intense Treatment Fluid

9/10



Fromnature Age Intense Treatment Cream



Fromnature Age Intense Treatment Cream
Fromnature Age Intense Treatment Cream

Mengandungi 81.2% bahan tulen Galactomyces Ferment Filtrate ini yang membantu melembapkan rupa kulit dan mencerahkan kulit dengan lebih mendalam. Fungi cream ini lebih kurang sama dengan yang lain iaitu membekalkan kelembapan, anti kedutan dan membuat kulit terasa segar dan lembut. Untuk anda yang mengalami masalahi kulit sensitif, kering, kulit kasar dan kurang anjal ianya amat sesuai untuk anda.



Fromnature Age Intense Treatment Cream
Fromnature Age Intense Treatment Cream


Fromnature Age Intense Treatment Cream
Fromnature Age Intense Treatment Cream

Kandungan Age Intense Treatment Cream


Galactomyces Ferment Filtrate, Capryfic Capric Trigyceride, Niacinamide, Neopentyl Glycol Diethptanoate, ydopentasiloxane, Cetearyl Acetylene, Polysorbate (0, Pobsortsate 60, Glyceryl Stearate, Glyceryd, Dimethicone, PEG-100 Stearate, Sorbitan Stearatel, Sodium Polyacrylate, Sodium Acrylate / Sodium AcryloyldmethylTaurate Copolymer, sohexadecane, Dimethicone Ninyl Dirmethicone Crosspolymer, Allantoin, Polysorbate 80, Adenosine Dbodium EDTA Sorbitan Oleate, Phenoxyethanol, Chlorphenesin Fragrance

Cara Penggunaan Age Intense Treatment Cream

  1. Sapukan sejumlah Age Intense Treatment creamyang cukup ke wajah dan urut licin dalam pergerakan membulat.
  2. Dab-dab secara perlahan-lahan pada wajah agar kandungan kelembapan dapat diserap dengan sempurna . 
  3. Ianya digunakan 2 kali sehari atau mengikut keperluan.
  4. digunakan selepas menggunakan  Age Intense Treatment Fluid

Review Age Intense Treatment Cream


Cik iena sangat suka cream ini . Selepas memakai Age Intense Treatment Cream kulit sangat lembab dan sangat mudah untuk mengenakan solekan. Solekan tidak mudah merekah dan kelihatan sangat flawless.

Klulit menjadi lembut dan lembab seperti kulit bayi.
 


Rating Age Intense Treatment Cream

10/10





Fromnature Age Intense Facial Mask



Fromnature Age Intense Facial Mask

Age Intense Facial Mask mengandungi 70% bahan tulen Galactomyces Ferment Filtrate .
Dimana Galactomyces Ferment Filtrate berfungsi untuk mengurangkan kedutan dan mencerahkan kulit serta membekalkan kelembapan pada kulit dengan penjagaan yang tinggi pada kulit bagi membantu mengekalkan kesihatan kulit.

Merupakan mask serat tembaga yang membantu meningkatkan intipati yang menyerap kulit. Dengan mask gentian tembaga yang lebih dekat dan ketat, hasil penjagaan kulit yang lebih baik

Kandungan Age Intense Facial Mask


Galactomyces Ferment Filtrate (00%), Methpropnnediol, Glycer'n, Water, achamde, PEG / PPG-176, 1,2-Hexanediol, Pobyacrylate-13, Carkca Papaya (Paparya) Fruit Extract, Moringa Pterygeperma Seed Extract, Hippophse Rhamnokdes Extract , Chlarcypars Obtusa Water, Rolysobutene, AcrMate / C10-30 Akyl Acrylate Crospołymer, Dimethicone, Xanthan Gum, Allantoh, Adenosine, Glyoeryl Polyacrate, Acetyl Hexapeptide- &, Sortiltan hostrarate, Lecithin, Chlorphenesin, Butylene Gheol, Ethyheyycerin, Brsica Rapa (Tumip) Leaf Extract, Sprouting Broccoli Extract, Transica Napus Extract, Perila frutescers and Japonkca Hara Extract, Meembryanthemum arystallirun Extract, Lepedeza cunesta Extract, Fagopyrum esculentum Extract, Cappylyl Glycol, Phenooethanol, Poxassium Hydroxde, Doum EDTA, Spicery

Cara Penggunaan Age Intense Facial Mask


 Cara Penggunaan Age Intense Facial Mask



Review Age Intense Facial Mask


Face mAsk yang sangat bagus untuk anda cuba. Kulit terasa perbezaan kecerahan selepas menggunakannya. Kulit lembut dan lembab serta cerah.


Rating Age Intense Facial Mask

10/10




Fromnature Bio System Cleansing Water


Fromnature Bio System Cleansing Water
Fromnature Bio System Cleansing Water



Fromnature Bio System Cleansing Water
Fromnature Bio System Cleansing Water



Kandungan Bio System Cleansing Water 


PEG-6 Capylc, PEG-7 Glycoryl Cocoato, Contiila Asiatica Loat Extract, Water, Propanodiol, Oayza Satva (Rice) Extract, Hibiscus Sabderilfa Flower Extract, Butyone Glycol Oisodium EDTA, Citric Acid



Fromnature Bio System Cleansing Water
Fromnature Bio System Cleansing Water



Cara Penggunaan Bio System Cleansing Water 


Cara Penggunaan Bio System Cleansing Water



Review Bio System Cleansing Water


Ianya amat mudah digunakan. Membersihkan solekan dengan cepat dan berkesan. Tekstur air yang tidak berminyak sangat selesa untuk digunakan. ianya tidak berminyak dan tidak melekit.

Rating Bio System Cleansing Water

9/10




Review secara keseluruhan Fromnature Age Intense Treatment .


Secara keseluruhannya cik iena sangat sukakan produk ini. Untuk pengetahuan Cik eina telah menggunakannya lebih daripada sebulan dan hasilnya sangat memuaskan.

Kebiasaannya jika cik iena menggunakan produk yang mempunyai fungsi pencerahan. Ianya tidak memberikan kesan pencerahan kepada Cik iena berbeza dengan produk ini dimana cik iena dapat rasakan kesan pencerahannya selepas seminggu pemakaian.



Muda dari usia dengan Fromnature Age Intense Treatment


Selain memberikan kesan pencerahan ianya juga memberikan kesan kulit yang tidak kering. Kulit cik iena tidak lagi kering. Ianya sentiasa lembab dan lembut selembut kulit bayi. Kebiasaannya Jika cik eina ingin mengenakan solekan, cik iena perlu membasahkan sponge terlebih dahulu untuk mengaplikasikan foundation pada wajah. Berbeza ketika penggunaan produk ini, cik iena tidak perlu lagi membasahkan sponge kerana tekstur kulit wajah cik iena tidak kering seperti sebelum ini.


Muda dari usia dengan Fromnature Age Intense Treatment
Muda dari usia dengan Fromnature Age Intense Treatment

Kesan lain yang jelas cik iena rasakan adalah kedutan dibawah mata sudah berkurangan. Untuk wanita seusia cik iena memang tidak lari dari masalah kedutan kerana factor usia. Jadi amat penting bagi cik iena untuk menggunakan produk yang bersesuaian dengan usia supaya factor penuaan itu tidak jelas kelihatan. Benarlah orang berkata “USIA HANYA PADA ANGKA”, kita yang perlu memastikan kita tidak kelihatan seperti usia kita.

Apa yang perlu dilakukan adalah gunakan produk yang bersesuaian dengan kulit dan usia. Produk ini bukan sahaja digunakan untuk wanita yang berisia 30 an keatas tetapi ianya juga sesuai untuk wanita mahupun lelaki yang mempunyai masalah kulit kerinag ataupun yang mengalami masalah breakout kerana menggunakan produk yang salah .



Muda dari usia dengan Fromnature Age Intense Treatment
Muda dari usia dengan Fromnature Age Intense Treatment




Tambahan lagi untuk pengetahuan Produk Fromnature Age Intense Treatment merupakan produk yang selamat untuk digunakan dan ianya tidak mengandungi Paraben seperti sesetengah produk korea yang mengandungi paraben untuk mempercepatkan hasil.

Sepertimana yang kita sedia maklum produk yang mengandungi paraben ini akan memberi kesan pada kesihatan kita untuk jangka masa yang panjang. Penggunaan produk-produk paraben jangka panjang yang berkekalan dan berterusan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, dari ringan hingga serius.

Jadi amatlah penting untuk kita memilih produk penjagaan wajah yang sesuai. Kepada anda diluar sana tidak kira lelaki atau perempuan yang mengalami masalah breakout, berkulit kering  dan  yang berusia 30 an keatas terutamanya, anda boleh mencuba produk ini untuk merawat wajah anda .

Untuk pengetahuan anda produk ini boleh didapati secara online di 11street  http://bit.ly/fromnature











Kulit Cantik Sihat Dengan Essential Beauty Serum Zaffy.co

Serum merupakan produk berupa gel atau cairan berasaskan  air yang ringan pada kulit. Serum berbeza dari pelembab dan mempunyai manfaat lebih banyak dan memberi kesan lebih efektif berbanding pelembab.


Essential Beauty Serum Zaffy.co


Serum memiliki konsentrasi tinggi bahan aktif seperti antioksidan, vitamin, pencerah kulit, peptida, hidrator, atau exfoliator. Ianya lebih cepat menembusi dan diserap oleh kulit lebih baik dari pelembab. Namun penggunaan kedua-dua serum dan pelembab adalah lebih baik untuk mendapatkan kesan yang cepat.


Walaubagaimanapun dalam kesibukan wanita berkerjaya di luar sana seperti Cik iena khususnya,  Pemakaian pelbagai jenis krim memerlukan masa yang banyak. Disebabkan faktor kesibukan atau kesuntukan waktu. Cik iena lebih selesa  hanya menggunakan serum kulit wajah sebagai penjagaan harian kulit wajah..

Essential Beauty Serum Zaffy.co
Essential Beauty Serum Zaffy.co


Penggunaan serum ini sahaja sememangnya mudah. Ianya juga kecil dan mudah di bawa kemana-mana. Mudah di bawa ke pejabat . Selepas solat hanya gunakan serum untuk penjagaan wajah sudah cukup memadai di waktu pejabat.

Di sini Cik iena ingin berkongsi Serum yang sedang Cik iena amalkan iaitu   Essential Beauty Serum dari Zaffy.co .

Essential Beauty Serum Zaffy.co
Essential Beauty Serum Zaffy.co

MULTIVITAMIN SERUM INFUSED WITH 24K GOLD | Essential Beauty Serum Zaffy.co 


Merupakan produk keluaran Zaffy.co di mana ianya merupakan Serum yang selamat di gunakan . Serum ini mempunyai pengesahan KKM. Tambahan lagi Serum ini juga diakui berkesan oleh selaku founder nya sendiri yang telah menjadi Testimoni.


Essential Beauty Serum Zaffy.co
Essential Beauty Serum Zaffy.co

Masalah kulit yang agak teruk dialami oleh beliau sembuh setelah beliau menggunakan Serum ini. Serum ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah jerawat, jeragat dan parut . Ia dapat membantu dari pembiakan jerawat serta dapat merawat jerawat serta jeragat dan seterusnya dapat memudarkan parut jerawat serta jeragat.


TESTIMONI FOUNDER @zaffy.co
TESTIMONI FOUNDER @zaffy.co

Selain itu juga ianya membantu melembab serta mencerahkan kulit wajah dan juga kulit badan. Ya kulit badan. Ianya tidak terhad penggunaannya pada wajah sahaja . Anda juga boleh menggunakannya di tubuh badan anda sekiranya anda mempunyai masalah pada kulit tubuh badan anda.
 

Notification Number : NOT180104751K
Produk Name : MULTIVITAMIN SERUM INFUSED WITH 24K GOLD


SERUM UNTUK MERAWAT KULIT ROSAK AKIBAT MERKURI! 




Serum ini juga mampu untuk merawat masalah kulit wajah anda yang telah dicemari oleh Merkuri. Kulit yang rosak akibat pegambilan produk yang mengandungi merkuri boleh di rawat dengan menggunakan serum ini.

Essential Beauty Serum Zaffy.co
Essential Beauty Serum Zaffy.co


Ianya mampu mengembalikan kepada kulit asal dan seterusnya penggunaan yang berterusan serta konsisten mampu merawat masalah kulit serta melembab dan mencerahkan wajah anda.


KEBAIKAN  ESSENTIAL BEAUTY SERUM ZAFFY.CO



1.    Sesuai untuk semua jenis kulit
2.    Boleh digunakan sebagai makeup base
3.    Boleh dipakai di wajah dan anggota badan yang lain
4.    Mengurangkan garis halus dan kedutan
5.    Mencerahkan kulit
6.    Melembabkan kulit
7.    Memudarkan parut jerawat dan juga parut eksiden
8.    Memudarkan jeragat
9.    Mengecilkan pori-pori terbuka
10.    Mengurangkan whitehead/blackhead
11.    Menyembuhkan kulit rosak akibat tersalah guna produk ada merkuri/ bahan berbahaya yang lain
12.    Sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita
13.    Mengurangkan lingkaran mata hitam
14.    Menghilangkan ‘eye bag’
15.    Mengurangkan minyak di kulit wajah yang berminyak


INGREDIENTS


1.    Vitamin A
2.    Vitamin K
3.    Vitamin E
4.    Vitamin C
5.    Aloe Vera
6.    Argan oil
7.    Apple Stemcell
8.    Collagen
9.    24K Gold



CARA PENGGUNAAN ESSENTIAL BEAUTY SERUM ZAFFY.CO

Di aplikasikan pada wajah selepas mencuci wajah dan sebelum mengenakan apa-apa krim wajah . D iamalkan sekurang-kurangnya Dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam .

CARA PENGGUNAAN ESSENTIAL BEAUTY SERUM ZAFFY.CO
CARA PENGGUNAAN ESSENTIAL BEAUTY SERUM ZAFFY.CO


Cik iena amalkan 4 Kali sehari iaitu pada waktu pagi (di rumah) , selepas zohor (di pejabat), selepas asar (di pejabat) dan pada waktu malam (di rumah).

VIDEO TUTORIAL ESSENTIAL BEAUTY SERUM ZAFFY.CO


REVIEW ESSENTIAL BEAUTY SERUM ZAFFY.CO

Cik iena sememangnya sangat suka akan serum ajaib ini . Sangat mudah di gunakan serta mudah di bawa kemana-mana termasuk ke pejabat mahupun untuk travel . Serum ini Cik iena hanya aplikasikan pada kulit wajah kerana Cik iena tidak mempunyai masalah pada kulit tubuh badan.

Essential Beauty Serum Zaffy.co
Essential Beauty Serum Zaffy.co


Dalam usia 30 an ini Cik iena perlu menitikberatkan soal penjagaan wajah  supaya tidak muncul garis-garis penuaan . Maka dengan itu Serum ini sangat sesuai kerana ianya membantu Cik iena dari segi menghalang pembentukan garis-garis halus dan kedutan pada wajah disamping mengecilkan pori terbuka serta melembabkan dan mencerahkan kulit.


Essential Beauty Serum Zaffy.co


Almaklumlah di usia 30 an kulit kita sememangnya akan kering. Jadi dengan adanya serum ini ianya membantu melembabkan wajah Cik iena di samping beberapa fungsi kecantikan yang lain bagi memastikan kulit Cik iena kekal sihat dan cantik tanpa masalah jerawat dan masalah kulit kering yang menyebabkan garisan halus muncul yang mana garisan halus ini lah yang akan menampakkan wajah kita agak berusia.


Essential Beauty Serum Zaffy.co
Essential Beauty Serum Zaffy.co


Mesti terkejut usia Cik iena 33 kan . Rata-rata rakan yang Cik iena kenal terkejut bila Cik iena beritahu usai Cik iena. Semua ingat Ci iena dalam lingkungan 25 tahun . Cik iena  sememangnya sangat menitik beratkan soal penjagaan kulit wajah agar tidak kelihatan seperti usia Cik iena. Cik iena nak kelihatan muda selalu . Jadi anda juga boleh cuba ok . Tak salah mencuba. Yang mana sesuai dengan anda teruskan pengunaan okay :)


Essential Beauty Serum Zaffy.co


Kepada anda yang berminat untuk cuba produk ini boleh  Whatsapp 011-37304504 or visit INSTAGRAM @zaffy.co


Pembelian online di BELI ZAFFY BEAUTY SERUM

Nota : Artikel ni dah lama tulis tapi baru post :D





Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve