Grab The Promo

Tag Friends in Your Status and Posts(FACEBOOK)

Salam
this tutorial utk my friend yg tny mcm mane nak tag org dlm status facebook kiter..
kalau iena tulis2 takot x paham
so iena printscreen ler bg memudah kn mber iena tuk faham..
senang jer..
korang2 pun blh buat..
maybe ade yg dh tau cara nya n ade yg belu tahu..
iena cuma nk share sahaja okeh..


Jom Bace


 

Salah satu ciri yang paling popular di Facebook adalah 'tagging', yang memberikan anda keupayaan untuk mengenal pasti dan rujukan orang di dalam status,foto, video dan nota.Ini adalah cara untuk membiarkan orang tahu siapa dan apa yang sedang anda bicarakan.

Sekarang, apabila anda menulis status update dan ingin menambah nama seorang teman untuk sesuatu yang anda posting, hanya memasukkan "@" simbol terlebih dahulu. Apabila anda menaip nama apa yang akan anda ingin rujukan, menu drop-down akan muncul yang membolehkan anda untuk memilih dari senarai rakan-rakan dan sambungan yang lain, termasuk kelompok, peristiwa, aplikasi dan Laman. Dgn pantasnya, anda akan dapat tag rakan-rakan dari aplikasi juga. The "@" simbol tidak akan ditunjukkan di status update diterbitkan atau posting selepas anda menambah tag anda.

Huhu okeh2 jom tgk tutorial bergambar yg iena buat eyhh


mule2 bukak ler profile korang eyy

okeh ni ruangan nk update status

Untuk tag member2 anda..korang taip " @ "
nanti senarai nama rakan2 anda akan keluar..sbg contoh slepas taip" @ " iena taip i ..
so nanti list member yg ade huruf i akan terkeluar..korang leh pilih..atau lebih senang taip je terus nama kawan yg korang nk tag tu..pastu pilih nama dia pada list yg keluar tu

huhu sbg contoh iena wat nama iena sendiri la eyy..ni akaun kedua iena..so iena nk tag main account iena eliena
korang mesti klik pada salah satu nama yg keluar okeh..kalau tak klik situ..tak jd ler tulisan biru tu..
cth iena klik Iena Eliena

so nanti lepas je klik..
status korang akan kuar cmnie..
nama iena eliena tu dh kale biru..ha tu tanda nye berjaya d tag

dan seterus nya taip ler ape2 korang nk taip..
pastu klik SHARE utk post kat FB

haa tu dh jadik dahhh

kasi zoom sket

jom terjah account fb yg iena tag nie..
keluar tak tag nyer nie..
mcm maner kah rupe nye bile kiter tag org..
ape kuar kt page org tu..
lalalalala
ini lah dia yg akn kuar kt page member yg korang tag tu

kasi zoom cket





huhu okehh..
sekian entry utk ari ini
lalala tuan tanah blog sudah baik demam sepenuh nyer
yeahhhh
alhamdulillah....
pasnie bnyk ler entry2 yg akan menyusul

Opsss Darah Aper Nie..

This week iena x bpe sehat..
bese lah musim raye ni..
makan mcm2..minum ais..
mcm2 la saket dtg..
isnin mlm iena mmg demam..
pastu selase selesema n panas badan sket..
balik keje..
tgh tgk Epilog Syurga Cinta..
sambil bace diari..
tibe2..
tippp..
haha bunyik ape tuh..
darah menitik da...

ouwwwwwwww
hidungku berdarah..
mule2 tu rileks la kn..
sb sblm ni time skolah2 dlu penah kene
demam kn ..badan panas..
panas dalam sb tu berdarah hidung..
pastu tetibe cam air paip kuar darah tu..
hahaha cuak giler..
first org yg d talifon..
my mummm...call sambil nangis2 sb sedih saket sorang2..
mak tny bnyk x darah..
iena jawab banyak la mak..klu x kakngah mesti x kol..
mak suh g klinik ajak si tunangan nyer si mael..
iena ckp tanak...
mak suh baring dulu n tuam ais kt kepala..
sebelum ni kene pn wt cm tu baring dulu pastu nti darah benti
iena nk tuam ais pn..kt umh tu kami x wat ais..
adeh..
so iena baring jerk la..
hahahah giler steady iena siap snap pic lg..
tp muke nangis ler..seram gak tgk darah tu


lepas baring kejap jer..darah mengalir keluar jugak..
makin banyak...
mengalir ler kat tepi pipi smp telinga..
ya allah time nie la gelabah giler
call mak x dpt..
call adek iena..
dia dgr suara gelabah iena..
pastu dia dgr iena beckp..
hahh bnyk nye darahhh..ape nk buat nie
yallahhh..
adek iena pn lg ler risau..dia suh ajak mael g klinik..
iena ckp tanakkk..
ko ni degil la..
call ambulans karang..
hehe pastu iena pn call ler si mael ni..
terus dia dtg amek iena g klinik..
hahah yg sebenarnye cik iena nie takot g jmp doktor..
lalalala kalau demam pun biar baik sndri je
hakhakk ubat2 pn mak yg bekal kn sb mak slalu g kelinik
so bile balik kg..mak akan bg ni ubt tahan saket,ni ubt demam,ni ubt selesema..
ngeh ngeh..nk harap iena g klinik..tunggu saket yg x blh tahan bru nk g..
hahaha lawak nyer semalam..
g klinik juge iena dek hidung berdarah yg terlampau nie..
otw g klinik mak n ayah iena call jerk..
risau..ank ppuan dia ni ha slalu saket2 skrg tp x suke g klinik.. mcm2 saket la..
paling teruk resdung..lalalal..mcm2 alergik nyer..kene habuk cket jer dah selesema + saket tekak + bersin2..
apetah lg klu kene bulu kucing....
ni kan pulak idung berdarah..takot ade kaitan ker..
lalala
mase nak jalan dr parking ke klinik pun dah terhuyung hayang..
sampai En.Ismail kene papah iena jugak ler..
sebab nyer jadi pitam tgk darah yg banyak tu..
tuala yg iena pegang tu pun penuh darah..
doktor agak terkezut gak ler tgh darah mak aiii bnyk nyer...
penuh tuala..
doktor tny knp blh berdarah ade jatuh ke..
xder iena ckp..cume demam n selesema jer
oouhh ni sb panas dalam nie
doktor kater yer..
jgn risau ni perkara biasa tambah2 musim perayaan nie..
lalalalaaa ok la..cool sket iena..
pastu doktor suh picit hidung kt atas..pastu bwh tulang idung tu tuk hentikan pendarahan..
iena pn picit la dlm 2 minit..
doktor suh lepas...
pastu slurpppppp
lalalal terkeluar lah darah beku yg sangat banyak dan besar dan scary..
sampai iena menangis lagi..
haaaaaa takot...aper tuh(iena yg ckp)
doktor : jgn panic..nie darah beku saje..xde ape2..
iena : ni bukan ulat resdung ke..
alamaklumlah bnyk benor nengok video tah ape2 tah kat fb tu ha..
doktor : ehhh bukan...ni darah beku...ulat resdung lain..bukan mcm nie

ya allah klu korang kt tmpt iena pn mesti takut n terkezut sb darah nyer agak besoooo
mcm strow beso yg mkn ABC tu..pastu panjang..
eww yerkkkk
so scary...
darah terlampau bnyk sampaikan plastik sampah kene letak kt riba iena..
tuk buang tisu2 penuh darah..
pas tgk darah beku yg so scary tu + darah x henti2 lg..
doktor pun suh masuk bilik rawatan kt blakang..
ya allah lg ler iena takot..
da la takot jmp doktor..
seram sejuk den..
nurse suh baring..
pastu doktor kate jangan baring..
kalau hidung berdarah tak boleh baring...
duduk tegak..
pastu kemam ais sambil tuam ais dekat kepala...
hidung jgn tutup dgn tisu..
biarkan darah mengalir..
kt riba iena letak plastik sampah ler...
ewww geli darah mengalir tanpa d kesat dgn tisu or kain..
lama gak ler dlm 15 minit cm tu bru darah stop ..
pastu done..
doktor kate kalau berlaku pendarahan yg banyak mcm nie lg lepas balik dr klinik nie
kene dtg klinik lg...tu tanda nya ade saket lain tu..
auhhh takot nye..
alhadulillah lah xder aper2..
darah siket2 je..
saki baki darah yg tgl..

pastu doktor pesan next time kalau hidung berdarah..

1) first jangan panik...

Keadaan panik akan menyebabkan denyutan nadi dan tekanan darah meningkat. Ia akan memburukkan lagi keadaan.
ahahahahaa

2) pastu doktor kate jangan baring (kita perlu berada dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk ke hadapan)

3) Picit bahagian hadapan hidung dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dan tunggu selama lima minit.(bernafas melalui mulut)

4) Leletakkan sedikit ais yang dimasukkan dalam plastik atau bungkusan kain pada bahagian dahi.

5) kemam ketulan ais (Proses ini dapat menyejukkan bahagian dalam mulut serta rongga hidung dan ini dapat membantu proses pengecutan salur darah (vasokonstriksi))


Sekiranya setelah membuat kesemua step d atas dan darah masih mengalir..
anda2 di nasihatkan supaya bergi berjumpa doktor..

NAK BACA DETAILS TENTANG HIDUNG BERDARAH NIE CLICK LER SINI

thank a lot doktor!!!
Thanks juge kepada Si Tunanganku..En Ismail dan Adek ku DEQNOR,mak n abah..
sayang korang..

lalalala..
okehhh...
rase nye da panjang iena story nie
eppsss...
ahahaha sempat ajer iena snap pic tuala yg penuh darah..
eww yewwwwww



haha banyak giler kn..
bg korang x tau la siket ke bnyk
sb ni la first time iena kene darah yg terlampau cm nie
menitik ler kat laintai bilik tu ha..
kene mengemop..
handbag pun kene basuh sb kene darah juge..

okehhh..
harap2 pas ni x kene lg la cmnie
so scared!!!

INFO - Hidung Berdarah

 

Dalam kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan situasi-situasi yang mencemaskan.

Tidak kira sama ada ia menimpa diri sendiri, ahli keluarga atau jiran tetangga kita. Sebagai ahli sebuah masyarakat penyayang, biasanya ramai yang akan tampil kehadapan untuk membantu.

Namun, pada kebanyakan masa, niat luhur ini hanya terkubur sebagai hasrat semata-mata. Sumbangan kebanyakan daripada kita berakhir dengan menjadi penonton sahaja disebabkan tidak tahu apa yang sepatutnya dibuat atau kita sendiri berada dalam keadaan terkejut apabila berhadapan dengan situasi berkenaan.

Apa lebih membimbangkan ialah jika sesuatu langkah yang diambil, pada mata kasarnya nampak seolah-olah ingin membantu tetapi sebenarnya ia amat berbahaya kepada pesakit atau mangsa yang berada dalam keadaan kecemasan itu sendiri.

Salah satu senario yang mencemaskan ialah apabila melihat darah keluar melalui hidung atau mulut.

Lebih mengejutkan ialah jika ibu bapa melihat tompokan darah yang besar pada bantal atau cadar anak kesayangan mereka sebaik sahaja anak mereka bangun dari tidur.

Gejala hidung berdarah merupakan suatu situasi yang sering mencemaskan, sebagaimana yang sering ditonjolkan dalam drama dan filem di kaca televisyen.

Apatah lagi jika ia berlaku pada mereka yang belum pernah mengalaminya. Situasi menjadi bertambah cemas jika pendarahan berlaku dalam kuantiti yang banyak.

Pendarahan hidung sering kali dikaitkan dengan kanak-kanak lelaki yang aktif bermain. Namun, gejala ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan usia.

Oleh sebab itu, setiap satunya memerlukan pemeriksaan lanjut dan langkah-langkah pencegahan yang sesuai, terutamanya terhadap punca yang telah dikenalpasti.

Pendarahan hidung sebenarnya ialah satu gejala atau tanda kepada sesuatu penyakit dan ia sendiri bukanlah sejenis penyakit. Ia berlaku apabila salur darah yang berada di dalam rongga hidung pecah.

Ada kalanya, ia boleh berhenti dengan sendiri di rumah, namun tidak kurang juga bilangan mereka yang terpaksa mendapatkan rawatan di klinik atau harus dimasukkan ke wad akibat pendarahan yang banyak dan sukar berhenti.

Punca Pendarahan

Pendarahan hidung boleh tercetus akibat pelbagai punca. Ia boleh dibahagikan kepada faktor lokal atau setempat (masalah di dalam hidung) dan faktor umum atau sistemik, yang melibatkan sistem badan gagal mengawal proses pembekuan darah sewaktu pendarahan.

Sungguhpun begitu, tidak kurang juga jumlah keadaan di mana punca pendarahan itu tidak dapat dikenalpasti walaupun pelbagai kaedah penyiasatan dilakukan. Keadaan ini disebut pendarahan hidung jenis idiopatik.

Faktor-faktor lokal di dalam hidung sendiri yang boleh menyebabkan pendarahan ialah seperti trauma atau luka yang berpunca daripada kemalangan, pembedahan dan jangkitan kuman dalam hidung atau rongga sinus seperti sinusitis dan barotrauma (trauma disebabkan perbezaan tekanan dalam sinus dan atmosfera).

Benda asing yang termasuk ke dalam hidung pula, terutamanya di kalangan kanak-kanak, jika dibiarkan begitu sahaja tanpa dibuang boleh mengeras menjadi seperti batu (rhinolith).

Apabila keadaan ini berlaku, bahan keras yang mempunyai permukaan kesat ini boleh mengakibatkan pergeseran dan pendarahan kepada lapisan mukosa hidung yang sensitif.

Selain itu, struktur abnormal dalam hidung itu sendiri seperti tulang tengah hidung yang bengkok boleh mencetuskan pendarahan.

Walaupun ramai antara kita yang mempunyai tulang hidung tengah yang tidak lurus, namun tidak semestinya ia mengakibatkan pendarahan.

Pendarahan boleh berlaku akibat bahagian yang bengkok itu tersentuh dengan bahagian hidung lain lantas menyebabkan iritasi.

Jika pendarahan berlaku terutamanya di kalangan orang dewasa atau golongan di usia emas, ketumbuhan dalam hidung adalah salah satu daripada puncanya.

Biasanya pendarahan yang berpunca daripada ketumbuhan ini akan disertai dengan gejala-gejala lain seperti tersumbat sebelah hidung, kesakitan dalam rongga hidung, kebengkakan pada kelenjar limfa di leher, kurang dengar pada sebelah telinga dan sebagainya.

Namun begitu, ada juga pesakit yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung yang datang hanya dengan simptom pendarahan.

Faktor Penyumbang


Faktor-faktor umum yang boleh menyumbang kepada gejala ini adalah seperti masalah kegagalan sistem pembekuan darah di kalangan pesakit sama ada berpunca daripada penyakit hati, ginjal atau kanser yang melibatkan sel-sel darah seperti leukemia dan limfoma.

Mereka yang mempunyai masalah jantung dan mengambil ubat untuk mencairkan darah juga terdedah untuk mengalami gejala pendarahan hidung.

Disebabkan itulah pesakit dinasihatkan supaya mengambil ubat dalam dos yang betul dan sentiasa patuh kepada temujanji susulan untuk pemeriksaan darah.

Tekanan darah tinggi yang kronik juga boleh menyebabkan struktur dinding salur darah menjadi lemah dan tidak tahan kepada tekanan darah lantas apabila pecah akan mengakibatkan terjadinya pendarahan.

Kajian perubatan menunjukkan salur darah mereka yang telah meningkat umurnya atau yang mengalami hipertensi kronik turut mempunyai deposit plak kolestrol (ateroskelorosis).

Keadaan ini menyebabkan dinding salur darah menjadi tidak kuat untuk mengecut (vasokonstriksi) sekiranya pendarahan berlaku (untuk mengurang dan menghentikan pendarahan).

Selain itu, ada pendapat juga mengatakan bahawa faktor paras tekanan itu sendiri yang jika terlalu tinggi akan menjadikan keadaan bertambah teruk.

Jenis Pendarahan Hidung

Pendarahan hidung secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis, bergantung kepada di kawasan mana salur darah dalam hidung yang pecah.

Jenis-jenisnya ialah pendarahan hidung hadapan (anterior epistaxis) dan pendarahan hidung bahagian belakang (posterior epistaxis). Kedua-dua jenis ini agak berbeza daripada beberapa aspek. Pendarahan hidung bahagian hadapan biasanya lebih kerap berlaku, terutamanya di kalangan kanak-kanak atau golongan belia.

Ia seringkali dikaitkan dengan trauma, dan kebiasaannya lebih mudah untuk dikawal atau dihentikan.

Pendarahan jenis ini biasanya dapat dilihat apabila pesakit berada dalam posisi duduk. Darah akan kelihatan mengalir keluar dari bahagian hadapan lubang hidung.

Pendarahan hidung bahagian belakang lebih kerap dilihat dalam kalangan mereka yang lebih berusia walaupun ia adalah sesuatu yang jarang berlaku.

Salur darah yang pecah berada di bahagian belakang hidung dan ini menjadikan pendarahan jenis ini lebih sukar untuk diberhentikan.

Biasanya ia dikaitkan dengan tekanan darah tinggi atau kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan pada lantai tulang tengkorak.

Pesakit akan menelan darah ini memandangkan ia akan mengalir ke bahagian belakang tekak. Apabila amaun darah yang ditelan terlalu banyak, ia tidak lagi dapat ditampung oleh isipadu perut, maka pesakit akan mengalami muntah.

Pendarahan hidung jenis belakang ini juga lebih meningkatkan risiko darah termasuk ke dalam paru-paru.

Tindakan Segera

Apabila berlaku situasi hidung berdarah, pesakit seharusnya bertenang dan jangan panik. Keadaan panik akan menyebabkan denyutan nadi dan tekanan darah meningkat. Ia akan memburukkan lagi keadaan.

Tambahan pula, pesakit akan sukar diberi arahan dan mengikut langkah-langkah bantuan yang akan diberikan.

Pesakit sepatutnya tidak disuruh baring untuk berehat. Sebaliknya, pesakit harus dinasihatkan berada dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk ke hadapan.

Picit bahagian hadapan hidung dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dan tunggu selama lima minit.

Pesakit akan diminta bernafas melalui mulut sementara seseorang membantunya meletakkan sedikit ais yang dimasukkan dalam plastik atau bungkusan kain pada bahagian dahi.

Jika keadaan mengizinkan, pesakit juga elok diberikan ketulan ais kecil untuk dikemam. Proses ini dapat menyejukkan bahagian dalam mulut serta rongga hidung dan ini dapat membantu proses pengecutan salur darah (vasokonstriksi).

Sekiranya kaedah ini tidak berkesan, pesakit biasanya perlu dibawa ke klinik atau hospital yang berdekatan.

Jika perlu, pegawai perubatan akan memasukkan 'ribbon gauze' atau span kecil ke dalam hidung. Span ini akan mengembang sedikit dan menghalang pendarahan daripada terus berlaku.

Biasanya, selepas dua atau tiga hari, pendarahan akan berhenti dan pesakit dibenarkan pulang ke rumah.

Dalam situasi-situasi yang jarang berlaku, kaedah intervensi susulan seperti menghentikan tempat pendarahan menggunakan sentuhan bahan kimia (cauterization), atau prosedur mengikat salur darah yang pecah mungkin dilakukan. Embolisasi untuk menyumbat salur darah yang berdarah juga merupakan salah satu kaedah rawatan yang berkesan.

Rawatan Susulan

Selepas pendarahan dihentikan, biasanya pesakit akan diminta untuk datang semula bagi mengenalpasti apakah yang menjadi punca kepada episod pendarahan tersebut.

Bagi mereka yang mengalaminya di rumah, adalah lebih baik jika mendapatkan pemeriksaan di hospital terutamanya bagi kes-kes pendarahan hidung yang berulang-ulang.

Rawatan yang sebenar dan langkah-langkah pencegahan daripada terjadinya insiden yang sama adalah bergantung kepada masalah utama yang menjadi punca berlakunya pendarahan.

Penyiasatan yang dilakukan termasuklah pemeriksaan hidung dengan menggunakan endoskop, pengambilan sampel darah untuk melihat masalah pembekuan darah, merawat masalah lokal dalam hidung dan seumpamanya.

Prosedur-prosedur penyiasatan ini amatlah mudah dan tidak menyakitkan berbanding dengan kesan pendarahan hidung itu sendiri yang ada kalanya boleh mengancam nyawa.


Source From :
Dr Irfan Mohamad (LINK)
Pensyarah Jabatan Otorinolaringologi,
Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan Kelantan

Hari Raya Ketiga 2010(Kg.Teluk,n9)


last destination...
Kg.Teluk..
rumah kakak kpd arwah wan jugak..
wan long..
muka arwah wan mmg same mcm wan long..
rindu sgt kat arwah wan..
teletah wan long bercerita mmg mcm arwah..
alamak ade 1 gambo jer..
dh kepenatan time tu tambah lg badan rase x sehat..
ahaa tak sehat yg d cari sendiri
g men kucing td kn..dh tau alergik dgn bulu kucing..g peluk cium gak kucing kn..
ha tu ler degil..
kn dh bersein2..selesema + sakit tekak..
ni je lah gmbr yg ade





Hari Raya Ketiga 2010(Sg.Sekawang,n9)


next destination...
Sg. Sekawang ..
rumah sepupu mak..
hehe kepenatan ..terlupe snap pic..
yg ade pun pic mase singgah jeti berhampiran umh sepupu mak tu...
okehh layanzzz







okeh next destination yg sama sg sekawang
rumah kakak arwah wan..





Bersambung...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve