Bahan-bahan ( 3-4 orang )
- 300 gm sotong
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1 biji telur
- sedikit garam
- lada sulah
Cara-cara
- Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
- Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
- Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
- Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.
nyummmyyyyy
rangupnyeeeeeee
okies jom tgk yg resepi kedua pulak yer
Bahan-bahan
- 2 ekor sotong saiz sederhana
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
- 2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
- 1 sudu kecil baking powder
- lada sulah
Cara-cara
- Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit, step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.
- Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.
- Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.
- kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )