Grab The Promo

SOTONG GORENG TEPUNG BAWANG


Wah menu apekah??
lain resepi yg dpt kt dr.google,lain resepi yg cik iena buat..
nie hasil gabungan dua resepi yg cik iena post sblm nie..(http://ienaeliena.blogspot.com/2011/12/sotong-goreng-tepung.html)
alkisahnye bertukar resepi sb serbuk kari & baking powder xder da..

So cik iena ubah ler serbuk kari ganti dgn serbuk "Knows Pasti Sedap"

lepastu ade bahan tambahan pulak
haishh gatai2 tgn ubah resepi..
cik iena tambah bawang..hihi bawang tu di potong dadu..



okiess jum tgk bhn2 n cara cik iena wat yer

Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong saiz sederhana
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
  • 2 sudu kecil serbuk knows pasti sedap
  • 1 biji telur
  • lada sulah
  • garam cukup rasa
  • bawang besar(potong dadu)
  • serbuk bawang putih

Cara-cara

  1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah,garam,sedikit serbuk cukup rasa knows dan serbuk bawang putih.
  2. Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, serbuk pasti sedap knows, telur,bawang(potong dadu),sedikit garam dan serbuk bawang putih, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.
  3. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.
  4. kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )
Nyummyyyyyyyy sedap nyeeeeeeee
yeayy da buat da mkn..dan da habes..
xsempat nk amek gambo..

wokiesssss
slmt mencube(^_~)



Sotong Goreng Tepung



Sotong Goreng Tepung



menarik & sedapje bunyi nye kn..
selalu mkn kt kdai je..xpenah masak sndri..
hahhh kali ni cik iena nk msk sndri laaa..
sotong ade tu dlm peti..nty blk nk wt la..okies nie ade dua resepi sotong goreng tepung yg cik iena jmp..

satu yg rangup di luar lembut d dalam..hah yg nie kelainan nye dia guna telur then salut tepung kt luar..
yg satu lg dia bancuh tepung..celup sotong kt bancuhan tepung..

dua2 cik iena nk try nty..

okies jom tgk resepi pertama yg rangup di luar lembut di dalam(^_~)

Sotong Goreng Tepung




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan

  4. Cara_tpg
    Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.


nyummmyyyyy
rangupnyeeeeeee

okies jom tgk yg resepi kedua pulak yer

Sotong Goreng Tepung




Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong saiz sederhana
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
  • 2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit,  step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.

  2. Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.

  3. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.

  4. kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve