Grab The Promo

Pencarian "Next Top Model Butik Mama"




SaLaM..

I Need Your Favour guyz :)

cIk iEnA NaK MiNtAk JaSa BaiK KoRaNg LIKE pic CiK iEnA (^_~)

Lama dah cik iena tak join contest..slalu organize contest je..
kali nie nk join pulak..
harap kwn2 dpt membantu cik iena yer..
tarikh last tutup undiah hari ahad nie..
seminggu je diberikan untuk cari vote..
kpd kwn2 fb cik iena sorry la cik iena dok pm mintak tlg like..huhu..
cik iena nmpk je korang on9 kt chatbox tu terus pm mintak tlg vote..
so esok hari sabtu & ahad cik iena xdpt la nk on9 fb mintak tlg member2 yg on9 vote cik iena sb sabtu & ahad nie cik iena bz..
ade family gathering & ade job mekap wedding dkt Rasa,Hulu Selangor
okiesss..sudi2 kn lah tlg like yer

(^_~)







2. Like My Pic http://www.facebook.com/photo.php?fbid=336053706420755&set=a.336049046421221.102720.122406097785518&type=3




START VOTE : 12 DISEMBER 2011

LAST DATE TO VOTE : 18 DISEMBER 2011



ATAU click je gambar kat atas dan LIKE pada pic tersebut nanti(^_~)

im really appreciate your like click..


tHanKs

Kutip Tin Kosong




Kutip Tin Kosong ???
pernah kah anda melakukan aktiviti2 ini? hihihi ape ke hal la cik iena nie kn..
smlm g mkn mlm kt down town cheras..
tgh2 mkn tibe2 bising2..kecoh2..rupa2 nye ade sekumpulan budak2 yg dtg kutip tin kosong..


wah sangat terharu cik iena tgk..
rajin budak2 nie..
sejuk perut ibu yg mengandungkan dorang..
jarang lah ade kat bandar nie budak2 nak kutip tin kosong kot
yg ade maybe kat kampung2..
itu pun kalau kutip tin kosong..kalau kwn2 sekolah nampak..esok dtg sekolah kene ejek kan..
hurmmm lumrah manusia kn..


ape2 pun pd cik iena jika difikirkan..budak2 yg kutip tin kosong nie lebih bagus dr budak2 or org2 yg dtg mintak sedekah time kite mkn2 kt kdai..
huh penah sekali..
budak dtg mintak sedekah dkt cik boy pren..
niat dihati mmg ikhlas nk bg sedekah..
bukak wallet...
sekali budak tu bersuara
"Abang lebih banyak pahala yg abang dapat kalau abg sedekah RM50"


subahannallah terkejut dgr budak tu ckp cm tu
nk kate budak tak budak sgt
da pandai pikir da kn..
kalau btul nk mintak sedekah tak perlu intai2 wallet org dan suruh derma or sedekah dgn beberapa yg dorang nak kn..
biarlah kite sedekah seikhlas hati..


hurmm tu la bila di renung2kan..usaha budak2 yg cik iena nampak kutip tin kosong tepi jalan tu lagi bagus daripada si peminta2 sedekah nie yang mana kadang2 mereka ni adalah satu sindiket..
tak semua lah kn..tp berhati2 bila nk bg sedekah tu..da bnyk kali jugak terkena nie..

cik iena pernah nmpk pasangan suami isteri yg mintak sedekah kt org kt kdai mkn..pastu nmpk dkt parking lot..ade kereta tunggu dia..
dan pasangan suami isteri yg suaminya buta la konon nye ni kan..berjalan dgn girang,,berjalan dgn laju menuju ke kereta..mcm tak buta je
time mintak sedekah jalan pelan2 pulak kn..


hurmmm apelah manusia nie...
bagus lg budak2 kutip tin yg cik iena jmp mlm td..
dulu2 time sekolah cik iena ade juga kutip tin..
tp xde la merayau2 mcm budak2 nie..
setakat kutip tin yg dkt2 rumah je...
hahaha
pastu lori dtg kn..
cepat2 panggil adek2..jom2 jual tin jual botol..
hahah nak cari duit poket lebey kn..
pepandai la..janji halal (^_~)


cakap pasal kutip tin kosong nie..
ade jugak org yg berjaya jadi jutawan tau..
ha yg tu kene baca kt sini -->

Jadi jutawan kutip tin kosong

 

 




SOTONG GORENG TEPUNG BAWANG


Wah menu apekah??
lain resepi yg dpt kt dr.google,lain resepi yg cik iena buat..
nie hasil gabungan dua resepi yg cik iena post sblm nie..(http://ienaeliena.blogspot.com/2011/12/sotong-goreng-tepung.html)
alkisahnye bertukar resepi sb serbuk kari & baking powder xder da..

So cik iena ubah ler serbuk kari ganti dgn serbuk "Knows Pasti Sedap"

lepastu ade bahan tambahan pulak
haishh gatai2 tgn ubah resepi..
cik iena tambah bawang..hihi bawang tu di potong dadu..



okiess jum tgk bhn2 n cara cik iena wat yer

Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong saiz sederhana
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
  • 2 sudu kecil serbuk knows pasti sedap
  • 1 biji telur
  • lada sulah
  • garam cukup rasa
  • bawang besar(potong dadu)
  • serbuk bawang putih

Cara-cara

  1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah,garam,sedikit serbuk cukup rasa knows dan serbuk bawang putih.
  2. Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, serbuk pasti sedap knows, telur,bawang(potong dadu),sedikit garam dan serbuk bawang putih, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.
  3. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.
  4. kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )
Nyummyyyyyyyy sedap nyeeeeeeee
yeayy da buat da mkn..dan da habes..
xsempat nk amek gambo..

wokiesssss
slmt mencube(^_~)



Sotong Goreng Tepung



Sotong Goreng Tepung



menarik & sedapje bunyi nye kn..
selalu mkn kt kdai je..xpenah masak sndri..
hahhh kali ni cik iena nk msk sndri laaa..
sotong ade tu dlm peti..nty blk nk wt la..okies nie ade dua resepi sotong goreng tepung yg cik iena jmp..

satu yg rangup di luar lembut d dalam..hah yg nie kelainan nye dia guna telur then salut tepung kt luar..
yg satu lg dia bancuh tepung..celup sotong kt bancuhan tepung..

dua2 cik iena nk try nty..

okies jom tgk resepi pertama yg rangup di luar lembut di dalam(^_~)

Sotong Goreng Tepung




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan

  4. Cara_tpg
    Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.


nyummmyyyyy
rangupnyeeeeeee

okies jom tgk yg resepi kedua pulak yer

Sotong Goreng Tepung




Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong saiz sederhana
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
  • 2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit,  step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.

  2. Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.

  3. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.

  4. kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )




Get WeLL sOoN My DeaR

Today cik iena kt Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
adek cik iena kene tahan masuk wad sb suspect Appendix..
Yang Lawak nye cik dayah nie degil sibuk nak balik ..ade lab lah..ade kelas la..
haishh degil..doktor kate selagi demam tak okay tak boleh balik..
cik dayah nie tak habis2 ckp "aku demam ke" rase mcm tak demam..
cume saket bahagian pinggang kt perut tu je lah biler berjalan + sesak nafas..
tp today da beransur okay..

Mlm td dlm kul 9 mlm bwk cik dayah g Pusat Rawatan Al-Zahra bangi..
doktor cek darah n air kencing..then doktor kate dia suspect Appendix..kene refer ke HUKM jugak mlm nie..

So lepas tu bwk terus g HUKM..
fuhhh lame giler menunggu...
kul 2.30 pg masih menunggu..
cik dayah jumpa 5 org doktor sblm kene tahan masuk wad..
setel sume bwk g x-ray naik wad..cik iena pn balik la..
cm sedey je nk tinggalkn dia sorang kn..
sampai umh dlm pkl 4 pg...

ngantukss seyhh..
ape2 pon get well soon yer cik dayah..
hehehe cam seram je kn duk dlm bilik pengasingan..
insyaallah dgn izinnya smg cpat sembuh..





J E R A W A T





  • Jerawat merupakan keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia.

  • Kajian yg dijalankan dlm bidang perubatan menunjukkan terdapat hampir 50 jenis jerawat yg menjadi masalah kpd kaum wanita mahupun lelaki.

  • Jerawat = Acne Vulgaris , iaitu masalah kulit yg berlaki pada pilosebaceous (terdiri drpd rongga rambut dan kelenjar minyak) pd bhgian kulit.

  • Masalah Jerawat dialami oleh golongan remaja dan dewasa.



    BAGAIMANA JERAWAT MUNCUL
  1. Kecederaan pada tisu utama yg disebabkan oleh bintik hitam.Bintik2 hitam ini mengandungi sumbatan sebum iaitu bahan berlemak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak.Selain itu masalah jerawat juga berpunca dr pertumbuhan bakteria propionibacterium acnes yg mengisi ruang folikel rambut.

  2. Kekotoran ini akan berada dlm keadaan yg terbuka mahupun tertutup.Sekiranya ia terbuka,maka akan terjadi bintik2 hitam pada kulit manusia akibat proses pengoksidaan.

  3. Jika ia tertutup,tisu yg bernanah akan terbentuk dan mengakibatkan keradangan pada kulit.

  4. Masalah jerawat akan dikategorikan sebagai "ringan" sekiranya jumlah lesi kurang dari 30.

  5. Jumlah lesi dari 30-125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat "sederhana" .Apabila jumlah lesi melebihi 125, maka masalah jerawat akan berada dalam kategori "kronik".

  6. Jerawat sering menyerang remaja yg berusia 14 - 10 tahun kerana perubahan hormon.





JENIS-JENIS JERAWAT

    Jerawat Ringan
  • Hanya terdapat sedikit bintik hitam dan jerawat




    Jerawat Sederhana
  • Anda akan mengalami banyak jerawat pada wajah dan kemungkinan pada bahagian dada dan belakang.




    Jerawat Kronik
  • Radang pd kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan minyak atau sebum secara berlebihan dan menyebabkan saluran kelenjar minyak tersumbat.Apabila ini berlaku ,whitehead akan terbentuk dan mengakibatkan jerawat.Sekiranya masalah kelenjar minyak tersumbat teruk, bintik hitam pula akan wujud dan berinteraksi dgn bakteria jerawat.








PUNCA JERAWAT

Terdapat laporan yang menunjukkan bhw masalah jerawat kerap berlaku din kalangan remaja.Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan dan perubahan hormon.Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dgn baik ketika perubahan hormon dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat.Hormon yg dimaksudkan adalah Hormon Testosteron.

Hormon ini akan ditukarkan kepada "dihidrotestosteron" di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan size dan kadar metabolik. Individu yg sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum secara berlebihan.Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir dan lapisan pelindung kpd rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi sejenis kuman, propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengunah sebum kepada asid lemak yang menyebabkan keradangan....



SUMBER DARI BUKU PRIMA ->
CANTIK DENGAN MEKAP - Serlahkan Keayuanmu!




Next entry..Kisah DOngeng Sang Jerawat (^_~)



TeSt sHoOt FoR NUR MaGaZiNe(Karangkraf)


Haipp..tetibe je title blog test shoot NUR MAGAZINE kn..hihihi nie pic selepas test shoot da..kt sane x sempat nk curi2 snap pun(^_~)..
Hari Selasa lepas cik iena received phone call dari NUR Magazine(Karangkraf)suruh dtg hari sabtu utk test shoot..wahh hepi giler la cik iena kn..walaubagaimanapun ni bru test shoot je..blm tentu dapat pown kn..ape2 pun tetap suke + hepi sb they all yg call suruh dtg..


masa they all call,cik iena pun tny la ade any syarat ke?
then dia suh bukak fanpage NUR dan LIKE and kat situ ade syaratnye..
rupunye NUR ade publish kt fanpage mengenai test shoot tersebut..
sesiapa pn blh hadir tp mengikut syarat yg d tetapkan..

Syarat yg d tetapkan adalah spt berikut

:Bekerjaya & penampilan menarik
:usia 23-35 tahun
:tinggi 160cm ke atas
:berkeyakinan tinggi


Haaaaaaa so alkisahnye today melaram nk g test shoot NUR ler...
alang2 da mekap tu kn kn..
snap la pic cik iena pakai tudung syria yg cik iena sendiri jahit manik nye
hihihi comel tak manik yg cik iena jahit (^_~)


nie sebenarnya tudung syria lama..
tp cik iena sgt syg baju or tudung2 cik iena..
so cik iena bnyk upgrade tudung & baju la dgn beads/manik..
haaaaaa nampak baru sket..
merelip merelap gituw...


korang2 kalau berminat nk jahit manik cmnie
ley je tempah kt cik iena hokeyhhh
gatai tangan lg nie nk menjahit manik..

now pn tgk jahit manik tudung for customer..
rezeki2...
syukur alhamdulillah (^_~)
yukk layan pic ala2 sengal cik iena yg pantang nmpk kamera nie






















wahh gediks nye cik iena nie yerp
suka benar syok sndri bergambar kn (^_~)

ape2 pn pic nie bukn kt studio karangkraf punye..
ni pic cikai2 dr kamera cik iena jeww..

selepas test shoot cik iena pun shopping buku ler kt karangkraf..
cik iena buku jahitan pakaian wanita + buku mekap + buku dandanan rambut..
cewahhh ade hati nk blaja menjahit pakaian wanita tu...
basic dh ade tp bertahun2 yg lalu..da lupee da...
ni beli buku sb nk asah balik bakat yg ade..cewahhh (^_~)

okiesss masa utk smbg jahit manik tudung customer

S.E.K.I.A.N

Crumble Beads Deco For cik Jera

CiK JeRa ReQuEsT BuaT CrUmBLe BeAds DecO..
So dH siaP PuN KuRuNg MoDeN CiK JeRa WiTH CRuMbLe BeAdS DeCo..
BaJu NiE CiK JeRa Nk GuNa UnTuK WeDDiNg ABg KpD CiK JeRa (^_~)
SuLamaN CrUmBle BeAds Ni di JahIt DeKaT HuJuNg LEnGan & BaWaH BaJu..
NaK JahIt kaT LeHeR TaK gUnE pOwn DeK NoN kn sB cIk JerA PaKai TuduNg..
so cUkup Memadai Jahit Di BahaGiaN HuJuNg LenGan Dan HuJunG BajU














iF BeRmInaT bLh PM facebook cIk iEna atau sms 013-673 6215



RESEPI KUIH LAPIS





Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)



1 cawan tepung beras

2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)

2 camb tepung gandum

2 camb tepung jagung

1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis

1/4 camt garam

sedikit pewarna merah dan perisa ros



Cara membuatnya:



1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.



2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.



3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.



4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.



5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.

CREDIT TO

Ainol Dahlan


they scan-->save-->copy-->paste!!


they scan-->save-->copy-->paste!!
so, adults..behave urselves~

Pic Credit To Doodle Dakwah





Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve