Grab The Promo

Sentuhan Menarik ke Majlis Perkahwinan (Warisan Chanteq + Skirt dr Butik Mama + Kebaya)

Sentuhan menarik!!
menarik ke? hihi thanks to owner warisan chanteq online magazine
kerana sudi menulis tentang sentuhan cik iena yg xseberapa nie..


Menarik kan color Hitam + Merah..
actually nie mix & match je.. Kebetulan pada hari perjumpaan Finalis PEncarian Gadis Warisan,cik iena kene attend wedding member..
so kene la pakai baju yg bersesuaian kan..
Pihak Warisan chanteq online magazine dh inform kene make up utk hadiri perjumpaan tu sb ade sesi photoshoot..
Biasa nye klu photoshoot nie cik iena suke mekap tebal la jugak kn(^_~)
tapi kali nie mekap sgt simple
xde eye shadow pon..
cik iena pakai foundation + eye liner + lipstick + bulu mate palsu sahaja..



yer lorr kn cik iena nk pergi wedding kawan dlu sblm attend perjumpaan tu.. so klu g wedding member xkn nk mekap cm g photoshoot kan..
nty kang org kate OVER DARI PENGANTIN..
ouhhh x rela tau..
hihihi

so cik iena pn decide bermake up simple je..

Baju tu pulak actually bukan dress..
cik iena pakai skirt from BUTIK MAMA + kebaya lama mak masa zaman mude2 dulu..
cantek kn skirt dr Butik MAma..
cik iena suker giler skirt nie..

Baju tu baju pusaka tau
hahahha
kain dia cik iena x bley pakai sb cik iena tinggi
mak..rendah..
huhuhuuh so sb tu mix match kn dgn skirt dr Butik Mama..

Haa so gitu la citer nyer..
so xley la nk mekap lebey2..
masa g wedding illa & born amin tu pun ade member tegur
wahh iena panjang nye bulu mate...
huhu kalau xkene dtg perjumpaan tu cik iena xpakai bulu mate palsu pon..
maskara suda....
terpaksa la pakai kn.
mekap kene juge sb nk photoshoot nty xde mekap kusam..
hihihi


Dikesempatan ini cik iena nk ucap selamat pengantin baru buat sahabat2 yer..
seronok jmpe kawan2 mase kt wedding illa
tp cik iena xley stay lame sb ade hal kn..
hihi tp ape2 pun sempat juge ler amek gambar...
Jom Layanzzzz....
ehhh sblm tu nie pic dr warisan chanteq..huhuhu crop hentam2 je (^_~)





JOM LAYANZ PIC KT WEDDING MEMBER LAK



okiess sekian coretan utk hari ni..
ehh lupe plak
nie link entry about cik iena dkt warisan chanteq online magazine..
http://warisanchanteq.com.my/pentas-feminine/sentuhan-menarik-ke-majlis-perkahwinan/
okies..daaaaa..jom sambung kojer (^_~)


Doktor cari tangan tercicir

SAKIT...mangsa menerima rawatan di Hospital Gleneagles.
SAKIT...mangsa menerima rawatan di Hospital Gleneagles.

CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun.
CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun.

 

 

KUALA LUMPUR: Lapan jam masa diambil sekumpulan doktor Hospital Gleneagles bagi menyambung semula pergelangan tangan kiri seorang pengurus syarikat insurans yang terputus selepas ditetak seorang lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di Jalan Ampang, malam 3 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dalam perjalanan untuk bertemu rakan di sebuah restoran memberhentikan keretanya sebaik tiba di tempat kejadian selepas melihat sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki dua lelaki dan seorang wanita mengalami kerosakan dan menawarkan khidmat untuk membantu.


Bagaimanapun, sebaik berhenti dan keluar dari kereta, tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang menyerang dan menetak pergelangan tangan kirinya hingga putus.

Mangsa sempat melarikan diri dengan masuk semula ke dalam keretanya sebelum memandu ke Hospital Gleneagles sejauh kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan tangannya berlumuran darah. Pakar Trauma, Bedah dan Mikro Surgeri hospital berkenaan, Dr R Palani yang mengetuai pembedahan itu, berkata dia bersama seorang lagi doktor bersama-sama dua jururawat, seorang pembantu perubatan dan pemandu ambulans mengambil masa setengah jam untuk mencari tangan mangsa yang tertinggal di kawasan kejadian.


“Keputusan untuk mencari tangan itu dibuat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Dr Marry Anne yang mendesak mangsa memberitahu lokasi kejadian memandangkan kami percaya tangan itu masih boleh diselamatkan.


“Sebaik mangsa memberitahu lokasi, kami segera ke sana untuk mencari dan berjaya menemui tangan itu di atas laluan pejalan kaki kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, Dr Palani berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan setugasnya di wad kecemasan mengenai keadaan mangsa, dia bergegas ke hospital.


“Sebaik tiba, saya mendapati tangan lelaki itu ditetak dengan sekali tetakan dan percaya kejadian itu baru berlaku kerana darah masih memancut-mancut dari tangannya,” katanya.

Dia berkata, melihat keadaan itu, mereka menghubungi polis dan meminta pasukan keselamatan itu mengesan tangan mangsa yang terputus di pergelangan tangan.


Katanya, selepas lebih setengah jam menunggu, polis memaklumkan gagal mencari tangan, mangsa sekali gus memaksa mereka mencarinya sendiri.


“Keadaan gelap-gelita di kawasan itu dan petunjuk yang diberikan pesakit menyukarkan kami untuk mencari tambahan pula kami hanya berbekalkan lampu telefon bimbit,” katanya.


Menurut Dr Palani, setakat ini keadaan mangsa stabil dan masih menerima rawatan fisioterapi untuk memastikan tangan yang disambungkan itu kembali berfungsi dengan baik.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, menafikan dakwaan doktor terbabit yang mengatakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh pengawal keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.


Menurutnya, kelewatan itu berlaku disebabkan maklumat yang diberikan pengawal keselamatan itu kepada pihak berkuasa tidak lengkap.


Mengulas mengenai insiden itu, Khairi berkata, disebabkan sikap mangsa yang suka menolong orang yang mengalami kesusahan, kejadian itu menimpa dirinya.


“Mangsa adalah seorang lelaki yang suka membantu jika melihat orang mengalami masalah dan dalam kejadian itu, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas menyangkakan dua lelaki dan seorang wanita yang sedang memeriksa kereta Perodua Kancil di kawasan kejadian mengalami masalah bagi menghulurkan bantuan.


“Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa dan cuba menyamunnya sebelum menetak tangan mangsa,” katanya.


Khairi berkata, dalam keadaan tangannya sudah terputus, mangsa berlari masuk ke dalam kereta sebelum bergegas mendapatkan bantuan.


Ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu, Khairi mengakui pihaknya sudah merakam percakapan mangsa selain memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.



SOURCE FROM : http://www.hmetro.com.my/

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve