Grab The Promo
Grab The Promo

05/03/12-Bas Dari Genting Highlands terbalik(Dua pelancong India maut, 20 cedera)

KUALA LUMPUR: Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands hari ini.
Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.
"Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong kepada Bernama.

Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti.

Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi.

Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya. -- BERNAMA

Sumber : www.hmetro.com.my 

"seram je tgk berita tgh ari td kt tv3..kesian btl kt dorang..
cik iena selalu g genting highland..tp xpernah g naek bas..slalu drive sndri je..kalau drive mase nk turun ler paling takut..hihi berbau hangit je tayar kete2 yg lalu.."


BFF teman tapi mesra Tv3 Dah bertukar waktu siaran erk(^_~)

Assalammualaikum..
ouhh ketinggalan nye cik iena nie..punyer la tunggu dpn TV..
rupe2 nyer citer BFF dh bertukar siaran..
Minggu lepas ingatkan dia tukar ke ari selasa mlm sb ari ahad tu ade konsert Jom Heboh..
arini tgu2 pn xde..
rupenye dh tukar waktu siaran der...
10.30 mlm setiap hari selasa..


Okies Moh Kiter Bace Sinopsis Sket


BFFTeman Tapi Mesra(SINOPSIS)

Sahabat yang setia sentiasa bersama kita samada dalam keadaan senang atau susah. Semangat setia kawan yang ikhlas ini merupakan dorongan kepada kita untuk berdepan dengan pelbagai hidup. Apabila usia kita semakin matang dan memerlukan seorang teman hidup, apakah persahabatan itu akan kekal atau menjadi teman tapi mesra selama-lamanya?

Terbaru di TV3, “BFF…Teman Tapi Mesra” terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan persahabatan Iskandar dan Shahidah yang terjalin sejak zaman kanak-kanak. Iskandar telah mengahwini Shahidah hanya untuk membebaskan sahabat karibnya daripada kongkongan ibu bapa yang tidak merestui cita-cita Shahidah.

BFF…Teman Tapi Mesra diarahkan Amy Maziah dan hasil nukilan skrip oleh Maizura Mohd Ederis. Drama bersiri selama 8 episod ini membariskan bakat-bakat muda seperti Sari Yanti, Munif Isa, Irfan Roslan dan Syatilla Melvin.

Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Masing-masing merupakan sumber kekuatan untuk mengharungi pelbagai masalah dalam hidup.

Selepas tamat SPM, Iskandar sudah diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam tekanan akibat kongkongan ibu bapanya. Lantas, dia terfikir hendak membebaskan Shahidah dengan cara melamarnya sebagai isteri. Demi kebebasan dan minat yang membara terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka.

Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka tinggal berasingan dan merahsiakan status mereka daripada orang sekeliling. Iskandar meneruskan kerjayanya sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.


Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Hanya berbual tentang impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.

2 tahun sudah berlalu, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga.  Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana ibu Shahidah meninggal dunia.

Hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat. Lalu Iskandar sedar bahawa Shahidah bukan lagi sebagai teman baik tetapi pasangan hidup yang lengkap. Iskandar telah jatuh cinta kepada teman baiknya sendiri.

Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran? Jangan ketinggalan untuk menonton kesudahan kisah Shahidah, Iskandar dan Emran menerusi ‘BFF…Teman Tapi Mesra’ pada setiap Ahad jam 9.00malam. (PERTUKARAN WAKTU TAYANGAN- SELASA - 10.30 PM)








Source From : http://admya.blogspot.com/2012/01/bff-teman-tapi-mesra.html


Ops Sorry..terdelete comment korang

Salam..
firstly sorry buat bloggers2 semua ye sb ade diantara comment2 korang cik iena terdelete..
so sorry ..cik iena dh lame tak berblogging..
so bile tgk kt blogger nye account..ade comment bnyk2 cm semak je..
huhu cik iena pon tick la kt check box check all tu pastu click DELETE..
hahaha hamek ko...
sekali rupenye yg komen2 dkt blog tu skali yg didelete..
tu la da jd tabiat bile bukak fb or email dok delete2 inbox..
huhuhu
gatai tgn sgt..haha


sorry ye korang2 klu tgk ade komen korang yg xde..
cik iena tak sengaja tertekan delete..
huhu nasib baik baru 1 page je delete..
sorry sgt2..

antara entry yg komen nye terdelete dek cik iena nie


http://www.ienaeliena.com/2012/03/cik-iena-suke-marshmallow-pink.html
dan yg paling bnyk komen yg terdelete komen kat segmen ben ashaari... sory sgt2:)

http://www.ienaeliena.com/2012/02/segmen-ben-ashaari-bloglist-april-2012.html
Untuk segmen Ben Ashaari ni korang jgn risau semua yg komen2 tu link korang cik iena dh update kt bloglist yer..blh cek kat sblh nie..
okiess...
sorry again
thanks(^_~)

Sub Station TNB Di Bandar Baru Bangi Terbakar, Black-Out Sebahagian Dari Bandar Baru Bangi

1 Mac 2012 - Kebakaran stesen kuasa elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi berjaya dipadamkan oleh Anggota Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dan Kajang. Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan menggunakan teknik semburan buih. Menurut laporan Komander Operasi, PBK II Abdullah Ramli, kebakaran melibatkan sebuah stesen kuasa elektrik dan telah dapat dikawal pada jam 9.43 malam tadi. Tiada mangsa dilaporkan.


 

Lokasi Kejadian : Sub Station TNB berhampiran Kilang Nippo- Denso tidak jauh dari Sekolah Kafa Integrasi dan juga Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Sebahagian dari kawasan di Bandar Baru Bangi mengalami black-Out akibat dari kebakaran tersebut. Antara kawasan yang terjejas ialah Balai Polis Bandar Baru Bangi, perumahan di Seksyen 9 termasuk kedai dan masjid tidak berapi.

Berlaku gangguan tarafik antara jalan ke PKNS dan jalan Ke Masjid Hasanah kerana tiada trafik light dan tiada elektrik

Dipercayai kawasan putrajaya,serdang dan kajang juga mengalami masalah gangguan elektrik ini

 

Sumber : http://www.bombasel.gov.my/node/580
http://drshafie.blogspot.com/2012/03/sub-station-tnb-di-bandar-baru-bangi.html

 

Patut la td time cik iena mandi tetibe cm black out kejap pastu ade balik letrik..
cik iena keluar g mkn...

cm pelik je tgk jalan area teras jernang,kwsn kilang kt bangi gelap...kedai2 makan pun gelap..

ade kdai mkn yg gelap habis..ade yg gune lilin..

mmg gelap la jalan...

time kul 9 lbey tu ade je lalu kt Denso tu tp xperasan la plak ade kebakaran tu kn..
tp perasan la pekerja2 denso ramai yg keluar..

huhu ape la cik iena nie kn..

okiesss...

cik iena nk smbg wt kojer..

daaaaaaaaaaaaaa




New Update !!

Sorry sgt2..ade komen yg cik iena terdelete..
maaf ye tak sengaja..
for details click--> SoRrY


Cik Iena Suke Marshmallow pink

Assalammualaikum..
waa semangat baru plak skrg nk update blog sejak join segmen Ben Ashaari..
nk tulis pasal isu semase..mcm xde idea sb kepala nie agak pening sb bz wat sistem tuk client..
pening jugak la bile perempuan jadi programmer nie..
da nk wt cane kn da kojer..

okies2 today nk citer pasal inchik boy pren yg suke wt cik iena hepi..
nb this encik bekas tunang xpernah buat cik iena sehepi mcm nie

wlupun yg entry ni bg korang cm xde ape2..
cm bese2 je..xkire nk letak jugak..
actually bnyk sgt benda yg dia buat tuk cik iena tersenyum tp xde update kt blog pown..
nie baru nk aktif ber bloging

so merajin2 kn la diri skrg yer..
xder idea pon nk tulis ape arini ..
bile amek kamera godek tgk ade pic comel nie

hahaha comel ker
perasan je cik iena nie

nie pic hari selase lepas..
mase nie baru balik dr jmp client kat Kepong...

otw balik opis kt bangi tu nk singgah la kaw kaw burger bakar wangsamaju..
cik iena teringin sgt nk mkn kan..
da dua kali pergi xdapat..
first day..order da tutup..
second day..kdai bukak tp amek order kul 8 mlm tp time tu kul 6 ptg da..
so xkn nk tgu smp 8 mlm kn..

so inchik boypren pun bwk la..
tp malang skali lg..
kul 5 lbey smp sane tp dorang amek order kul 8 jugak..
aritu kate bese kul 6 da amek order..aritu sb lewat ade hal..
so sb tu dtg time2 cm nie..
pun same ..kdai bukak tp order x amek lg..
kul 8 mlm bru amek..

waaa sedih..
balik la dgn muke muncung..

otw blk singgah Esso kt MRR2 pandan indah..
cik iena dok dlm keter..

tibe2 dgn muke comel nyee
cik boypren dtg tunjuk Marshmallow pink
hihihi terus senyum smp telinga..

muke masam2 da sblm ni sb da 3 kali pergi xdpt beli burger bakar tu kn kn..
bile cik boypren buat muke comel tunjuk Marshmallow pink
mmg tersenyum lebar laa..

harga nya idak la mahal kn
tp usaha dia buat cik iena tersenyum..
sangat hargai nye..




hihi same kn color Marshmallow nie dgn tudung cik iena..


moh kite layan pic cik iena yg sengal nie..
huhu syok sndri amek gmbr sndri
(^_~)




owh tidak..
anak saper la ni


haha


mekasih cik boypren..
love youuuuuuuuu



hihihi xdpt mkn burger bakar wangsamaju..
mkn jumbo hotdog pun jadi laaaa


nyummmm2..
nak tak


nyummyyyyy tedap tauuu


Mekasih ya cik boypren
hihi makin gemuk la cik iena nie asyik mkan je kn..
dulu sblm kenal cik boypren..
ringan je..berat cik iena bawah 45 kg dgn ketinggian 165 cm

now nie rase cm da berat je..
hahaha 
mane kwn2 yg kenal cik iena pon ckp
"iena dah berisi"

hahha moh tgk..
berisi kn..
aiyaaaaaaa
need to diet..
nk slim mcm dolu2






huhuhu bdan cik iena da naik kn...
dlu badan kecik je



huhuhu..hati senang..
bdan pon naek..
"Cik Iena Sila Diet"











New Update !!

Sorry sgt2..ade komen yg cik iena terdelete..
maaf ye tak sengaja..
for details click--> SoRrY


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve