Grab The Promo

Carta 10 Terhangat Mengapa Kita Menjadi Gemuk



Tahukah anda bahawa kurang makan juga boleh menyebabkan anda menjadi gemuk?

Berikut saya kongsikan 10 sebab terhangat mengapa manusia menjadi gemuk.
Tempat Ke-10
Pegambilan Ubat-ubatan Anti-Depression
Sekarang ini terdapat ramai orang yang bergantung kepada anti-depression bagi mengurangkan tekanan dalam hidup mereka. Ubat-ubatan ini memperlahankan metabolisma dan menjejaskan keseimbangan hormon didalam badan. Kedua-dua faktor ini akan mengurangkan kemampuan badan kita untuk mengekalkan berat badan.
Tempat Ke-9
Menghidapi Penyakit Kronik
Penyakit-penyakit seperti Thyroid dan Diabetes menyebabkan pertambahan penghasilan kortisoldidalam badan yang boleh menyebabkan pertambahan berat. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin perlu menjalani rawatan tertentu dari pakar untuk menurunkan berat badan.
Tempat Ke-8
Genetik
Memang tidak dinafikan genetik juga memainkan peranan dalam menetukan samada kita mudah menjadi gemuk ataupun tidak. Namun perlu diingat faktor cara hidup dan persekitaran memainkan peranan yang lebih penting dari genetik semata-mata.
Tempat Ke-7
Stress
Setiap kali kita stress, kadar kortisol didalam badan juga akan meningkat. Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak dibahagian perut. Kortisol juga melemahkan system immunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkanlah stress!
Tempat Ke-6
Saiz Pengambilan Makanan (Portion Size)
Sedarkah kita cara hidup yang telah diterapkan kepada kita selama ini menjadikan kita hilang kawalan terhadap jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Disebabkan budaya ini kita sentiasa berasa lapar dan tidak cukup makan, walaupun kita sudah mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Disebabkan itulah kita mudah menjadi gemuk.
Tempat Ke-5
Tak Makan
Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, kita akan makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya. Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan. Disamping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan berkalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak diperut kita.
Tempat Ke-4
Label 'Rendah Lemak'
Berapa ramaikah diantara kita yang menyangkakan makanan berlabel 'rendah lemak' juga mengandungi 'rendah kalori'? Jadi sebelum anda membeli produk-produk berlabel rendah lemak pastikan anda melihat berapa jumlah kalori makanan itu sekali. Ramai diantara kita terlebih makan makanan rendah lemak ini kerana kita fikir ianya sihat dan tak menggemukkan.
Tempat Ke-3
Kurang Bersenam
Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar kalori. Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak yang efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membantu lebih banyak otot dibina dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar kalori walaupun sedang berehat.
Tempat Ke-2
Kadar Metabolisma Rendah
Kadar metabolisma yang rendah menyebabkan kita mudah menambah berat badan. Namun tahukah anda otot boleh meningkatkan kadar metabolisma kerana otot membakar kalori dengan aktif. Senaman yang konsisten dan sistematik boleh mengekalkan jumlah otot-otot dalam badan walaupun kita sudah tua.
Tempat Pertama
Diet Yang Tidak Sihat
Terimalah hakikat ini, secara amnya amalan pemakanan kita tidak sihat. Makanan seharian kita dipenuhi oleh bahan-bahan proses yang tidak baik untuk kita. Jumlah makanan yang diambil seharian pun selalunya diluar kawalan. Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang sekali diamalkan sebaliknya kita lebih berminat dengan makanan dikedai mamak dan di KFC atauMcDonald. Seringkali kita suka keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi disebabkan obsesi kita terhadap budaya sebeginilah yang menjadikan kita semakin gemuk dari hari-kesehari.

sumber


Barangan Garnier Untuk Direbut #1 by Pupel Liyana




Ops tetibe rajin plak nak join segmen cik liyana nie..
wahh sungguh baik hati cik liyana nk agih2kan barangan garnier yg beliau dpt drpd
Majalah Lisa & Asia Media TV  
Semoga bertambah murah rezeki beliau
(^_~)

Kalau nk join sila click gambar diatas yer

ops cik liyana kite nie ade blogshop juga tau
jom cuci mate

atau blh tgk d fanpage beliau




1st new branch KAW-KAW BURGER BAKAR - Wangsa Maju At Dagang Avenue Food Court, Ampang!!




Wahh KAW-KAW BURGER BAKAR Wangsa Maju dah ade branch baru okeyhh
bertempat di  Dagang Avenue Food Court, Ampang




Lepas nie kalau cik iena nk mkn KAW-KAW BURGER BAKAR Wangsa Maju boleh lah g kat ampang je
sebelum ni dah 4 kali pergi tapi takde rezeki nk makan ..

kali pertama pertama sebab order dah tutup..
awal btl order tutup ..ramai order kn..
beratur panjang tu

kali kedua
datang kul 5 ptg
dah bukak stall dah tp kate nye hari ni amek order lambat siket pkl 8 mlm
biasa nye kul 6 kata nye

kali  ketiga
cik iena dtg dlm pkl 5.30 ..
kdai da bukak tapi  tak amek order lagi..
sblm ni dia bg tau biasanya kul 6 amek order
so cik iena blh tgu la sengah jam kn..
rupanya takkkkk
kali ni dia ckp amek order pukul 8 mlm
hahaha mmg xde rezeki ko lah cik iena oiiiiiiii

kali ke empat
cik iena dtg lepas magrib..tapi kedai tutup daaaaaaaa



KESIMPULANNYA SAMPAI SKRG TAK DPT MKN LAGI
SEBAB ASAL DTG JE, ADE JE YG XKENE..
DAH TAKDE REZEKI KAN..

NK WT CMNER..

Lepas ni klu ade masa blh lh g dkt Dagang Avenue Food Court



Perhatian Buat Peminat KAW-KAW BURGER BAKAR - Wangsa Maju





*Dear Kaw Kaw Burger Bakar Customer,Dont be 

Confused.This is not cool,because "IT IS NOT" a friendly 

competition in burger industry.


*Kepada Pelanggan Kaw Kaw Burger Bakar .Jangan

terkeliru. Kami memandang berat penyelewengan ini dan 

ianya bukan "Persaingan Sihat" di dalam industry Burger 

Bakar.


*Arena Cafe is our previous place before we had relocated 

at seksyen 2


*Arena Cafe adalah tempat terdahulu kami sebelum 

berpindah ke seksyen 2



It is OK to compete,not to Duplicate and edit our Card for 

your own benefit . Thank You



From Kaw Kaw Burger Admin. 



Sumber ni cik iena dapat dari fanpage KAW-KAW BURGER BAKAR 
memandang kan entry cik iena sebelum ni yg bertajuk


blh dkatakan bnyk jugak view utk bln nie..
so  nk post pasal nie supaya peminat kaw kaw burger bakar tak terkeliru..
pelik betul kan ade jugak hamba allah yg mcm tu..
mcm xde identiti sendiri nk tiru identiti org
haishhhhhhh

1,844 Pageviews  utk bulan nie
hihi kire bnyk la tu utk blogger baru cm cik iena nie(^_~)

jom like fanpage KAW-KAW BURGER BAKAR - Wangsa Maju





Solve this mission with Agent 7.7!

campaign image


Feel like creating your own ending to a story?

Submit a plot twister to your favourite blogger's storyline and stand the chance to win a Samsung Galaxy Tab 7.7.
CLICK FOR MORE INFO
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve