Grab The Promo

25 Tip Kuruskan Badan



Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.  Tip-tip artikel ini akan bahagikan kepada nutrisi dan pemakanan, senaman serta supplement.

1 - 10: Nutrisi dan Diet Pemakanan.

Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun.
  3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun. Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Pastikan juga protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah terlewat.

11 - 20: Senaman.

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trendsenaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?.
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.
  5. Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Senaman untuk toning?. Senaman semata-mata tidak akan menunjukkan perubahan positif. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga sememangnya sesuai untuk flexibility dan ketenangan tetapi untuk senaman menurunkan berat badan, kardio adalah pilihan yang jauh lebih baik.
  9. Sauna dan steam room? Kedua-duanya boleh membantu mambakar kalori dan membuang air dalam badan. Justeru, ia tidak menjadi masalah anda jika anda ingin mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stress.

21 - 25: Supplement dan makanan tambahan.

Jika digabungkan dengan diet, senaman asas yang baik serta supplement yang mencukupi, ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Tapi ... pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas yang sering dilihat di dalam pengiklanan.
  1. Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan apa juga harganya, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan serta membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisma badan anda melalui ramuan seperti caffeine danguarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. walaubagaimanapun, nasihat saya, jangan bergantung kepada mana-manasupplement untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin mengurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya sekali.
  4. Supplement protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan.Supplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan supplement multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai supplement multi-vitaman yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tidak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada mana-mana produksupplement.

sumber

Mengapa Orang Kurus Pun Tetap Buncit?


Terdapat segilintir orang juga mengalami masalah perut  yang buncit walaupun kurus. Mereka boleh menyembunyikan perut mereka ketika memakai pakaian, tetapi bila baju dibuka....jeng..jeng..jeng..
Berita baiknya masalah ini boleh diperbaiki tanpa perlu anda menjalani lipo suction. Pertama sekali anda perlu memahami bagaimana anda boleh membina perut yang buncit walaupun badan anda kurus.
1) Dalam tempoh beberapa tahun ini anda telah mengambil lebih banyak kalori daripada yang badan anda mampu bakar. Jadi kalori berlebihan ini akan disimpan di dalam perut anda sebagai lemak.
2) Selama ini anda telah mengambil makanan-makanan yang tidak sihat. Contohnya nasi lemak, roti canai, kentang goreng, pisang goreng, cucur udang, nasi goreng, burger goreng, ayam goreng, fast food, maggi, kepak ayam, pizza, teh tarik dan sebagainya. Makanan-makanan ini mengurangkan sensitiviti insulin anda dan akan terus disimpan di dalam perut anda yang buncit.
3) Anda tidak bersenam secara konsisten sepanjang minggu ataupun mungkin sepanjang tahun. Sekiranya anda mengamalkan 'kejap ada, kejap takda' secara berterusan, anda tidak akan mampu membina otot dan akhirnya memudahkan pengumpulan lemak di dalam badan anda.
4) Biasanya kebayakkan orang mudah terpengaruh dengan produk weight gainer dari kedai-kedai supplement atau iklan-iklan di TV. Jika anda mengambil weight gainer tetapi sekadar melakukan senaman dumbel dirumah sekali-sekala maka kalori berlebihan dari weight gainer itu akan turut tersimpan didalam perut anda.
Jadi saya harap kini anda sudah faham bagaimana masalah ini boleh berlaku. Ingat... walaupun anda kurus tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati atau tidak bersenam terutamanya jika umur sudah meningkat.
Sama-samalah kita mengamalkan cara hidup yang sihat.

sumber

alamak semua mkanan fav cik iena tu la yg makanan membuatkn perut buncit..
hehehhe kene control makan laa cik iena oittt


Don’t miss a beat with Carlo Cardini!


campaign image
HiShop Deal: Accessorise with understated elegance with 70% off high-quality Carlo Cardini watches!

Everybody knows a watch isn’t just ‘a watch’ – it’s a piece of your wardrobe that shows off who you are, besides helping you not miss a beat no matter what you do. You can’t go wrong then with a piece from Carlo Cardini, which offers elegant and faultless watches resulting from a permanent striving for perfectionism.

Don’t miss out on HiShop’s sale of 70% off Carlo Cardini watches, and share this news with your friends so you get rewarded when they buy via your link!
CLICK FOR DETAILS



3D Experience For Your Taste Buds.


campaign image
There are many movies available in 3D, but how about pizza in 3D? Yes! 3D sensation is now available for your taste buds instead of just your eyes. Give your taste buds a 3D treat today!

Try the new Triple Chicken Sensation from Pizza Hut. Flavourful chicken loaf on a bed of succulent chicken salami, topped with fluffy chicken floss. The best part? You don’t have to wear 3D glasses for this.

Order a take-out and enjoy 50% off Family Favourite Pizza!
CLICK FOR DETAILS



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve