Grab The Promo

Petua Hilangkan Kedutan Di Muka



Bahan2:

Lobak merah, 1 sudu tepung jagung, 1biji kuning telur.

Cara2:

Parut halus sebiji lobak merah dan masukkan ke dalam mangkuk.

Campurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung dan 1 biji kuning telur.

Kacau sehingga sebati.

Sapukan adunan tersebut ke seluruh muka dan leher.

Biarkan selama kira-kira 20 minit atau sehingga kering.

Akhir sekali, bersihkan muka dengan air suam dan lapkan dengan kain bersih.

Amalkan selalu agar lebih berkesan.



Sumber: Majalah Pa&Ma






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Benzoyl Peroxide Dalam Tepung Gandum

Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).
Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.

Benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan barah,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.
Noraini berkata, berhubung penggunaan bahan kimia itu berisiko mendatangkan kencing manis dan arthritis, pihaknya tiada sebarang maklumat.

“Laporan JECFA menyatakan pengambilan benzoyl peroxide boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan, sebaliknya kesan rawatan kulit,” katanya. Katanya, selain Malaysia, Singapura dan Jepun yang membenarkan penggunaan benzoyl peroxide dalam tepung gandum, Amerika Syarikat turut membenarkan penggunaannya dalam tepung dan keju manakala Kod Standard Pemakanan di Australia dan New Zealand membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.

Noraini berkata, PPM 1985 membenarkan mana-mana tepung termasuk tepung gandum yang mengandungi benzoyl peroxide pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.




Semalam agak heboh la kt fb menyatakan tepung gandum cap sauh yg slalu kite beli tu
tak boleh mkn sb mengandungi Benzoyl Peroxide.
Ramai yg share info tersebut..


So cik iena pn jmp la dr google ..search info yg berkaitan 
jumpa lah artikel dr hmetro nie


"Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg)"

cik iena tgk dkt plastik tepung gandum cap sauh tu dia tak tulis plak berapa peratus kan..
hurmm timbul ragu2 jugak tu nk mkn sb xtulis bpe peratus..
Rasenye ramai lg rakyat Malaysia yg menggunakan tepung nie.

Lepas nie kalau beli tepung kene alert sket
bace kandungan nya
sama ade beli yang tidak mengandungi Benzoyl Peroxide atau pun yang mengandungi Benzoyl Peroxide kurang daripada 50 miligram.

Tambahan : menurut rakan blogger(kak sutera kaseh)
ahad lepas kak sutera kaseh ada tgk rncgn assalamualaikum tv al hijrah, tetamu jemputan dr PPIM, kata tepung yg mengandungi benzoil tu mmg x boleh makan..walaupun sikit..ia ibarat bahan peluntur

So adalah lebih baik if kita beli tepung yg tiada kandungan Benzoyl Peroxide.

terfikir sejenak.
klu cm tu nk kuih kite kene buat sendiri lah..
sb nye kebanyakan rakyat malaysia guna tepung cap sauh.
dlu mase kecik2 pnh tlg makcik buat kuih..
dia gune tepung tu..

takkan nk beli kuih kite nk tny makcik gune tepung ape ni?
hahahaha..
cane la tu eyhh..
 

Sekian utk info kwn2
(^_~)









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Cara Pemilihan Produk Pembersih Muka




a)    Untuk kulit kombinasi atau cenderung berminyak: Pilih formula pembersih yang mampu mengangkat lebihan minyak di wajah dan mengurangi sebum.

b)   Untuk jenis kulit kering dan sensitif: Gunakan pembersih dengan formula lebih ringan dan mengandungi pelembap.

Pastikan produk yang anda pilih:


a)    Bebas minyak (oil-free)
b)   Tidak menyumbat pori (non-comedogenic)
c)    Tidak menimbulkan iritasi (hypoallergenic)
d)    Tidak menimbulkan jerawat (non-acnegenic).


Bahan kimia aktif yang kebiasannya terdapat dalam produk pembersih:
a)    Alpha hydroxy acids ; Membuat wajah lebih cerah.
b)   Salicylic acid; Mencegah jerawat dan membunuh bakteria.
c)    Vitamin, mineral, glycerin, collagen; Untuk menegangkan kulit wajah.





Sumber : wanitasihat.com










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS KESIHATAN

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti :-

1. Bersenam atau beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:- 

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah S.A.W. mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS MEMBERSIHKAN WAJAH

Memiliki wajah bersih selain memperindah penampilan juga baik untuk kesihatan. Bagaimana cara membersihkan wajah? Berikut merupakan tips membersihkan wajah.

Cuci tangan, agar kotoran yang menempel pada telapak tangan Anda dapat segera disingkarkan. Tangan yang kotor akan membuat wajah menjadi kotor.

Basuh wajah Anda dengan menggunakan air hangat. Ini membantu membuat pori-pori menjadi terbuka sehingga kotoran dapat dikeluarkan dengan lebih baik. Kemudian keringkan dengan menggunakan tuala.

Gunakan pembersih wajah dan gunakan dengan cara membentuk arah melingkar pada wajah. Diamkan selama beberapa saat, kira-kira 1 minit, kemudian keringkan dengan menggunakan tuala kecil atau tisu.

Setelah pembersih wajah dibersihkan, gunakan air dingin untuk membasuh wajah. Tujuannya agar pori-pori wajah tertutup lagi.

Langkah terakhir dalam membersihkan wajah adalah dengan menggunakan toner. Kapas yang telah dibasahi toner kemudian ditepuk-tepukan pada wajah dan pakailah pelembab atau krim muka anda.


Cik iena mmg selalu wat mcm nie bile cuci muke..
kalau korang pakai pencuci muka or apa apa krim muka,lagi cepat kesan nye jika kita cuci muka dengan betul :)






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve