Grab The Promo

BASUH TANGAN DENGAN BETUL

Basuh tangan anda, Terutamanya jika anda seorang wanita kerana... tahukah anda, tangan wanita mempunyai lebih banyak jenis bakteria berbanding dengan jenis bakteria yang terdapat di tangan lelaki? 

Membasuh tangan merupakan cara paling berkesan dan mudah untuk menghalang cirit-birit dan pneumonia, dua penyakit yang telah menyebabkan kematian lebih 3.5 juta kanak-kanak seluruh dunia? Membasuh tangan dengan betul turut membasmi jangkitan selsema, demam, sakit perut, hepatitis, SARS dan penyakit bawaan makanan yang lain. 
 



Basuh Tangan dengan BETUL: 


· Basahkan tangan dengan air yang mengalir.
· Gunakan sabun. Gosok sehingga berbuih.
· Terus gosok selama 15 ke 20 saat pada keseluruhan bahagian tangan - tapak tangan, belakang tangan, jari, sehingga bahagian bawah kuku juga.
· Bilas dengan air mengalir.
. Keringkan tangan dengan tuala bersih, atau tisu, atau penghembus angin elektrik. 
(Tukar dengan kerap tuala lap tangan di rumah anda, terutamanya bila ada yang sakit.)
. Tutup pili dengan tuala 
(bukan dengan tangan anda yang sudah bersih). 

Tidak perlu sabun anti-bakteria! Penggunaan anti-bakteria yang berpanjangan akan menjadikan bakteria immun dan sukar dibunuh. Cukup sekadar menggosok dan membasuh untuk menyahkan bakteria dari tangan anda. Jimatkan wang. Guna saja sabun biasa.
Jika tidak ada air dan sabun, gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol - paling kurang, 60% alkohol. Alkohol dapat membunuh bakteria dan virus dengan berkesan. Cuci tangan dengan kerap kerana semakin kerap dicuci, makin kuranglah kuman yang anda sebarkan melalui sentuhan.




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

MENJAGA KESIHATAN SISTEM PENGHADAMAN


MASALAH penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, pedih hulu hati dan senak perut boleh dianggap gejala biasa yang lazimnya tidak serius. Bagaimanapun, kita semua ingin mengawal atau mencegah gejala ini daripada kerap berlaku dan berlarutan sehingga menjadi penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Hakikatnya, bukan susah untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. Anda hanya perlu menjaga gaya hidup dan diet pemakanan, kerana kesihatan sistem penghadaman bergantung kepada makanan yang anda makan (atau tidak makan!), gaya hidup yang diamalkan dan kegiatan fizikal yang anda lakukan.

Awasi apa yang dimakan
Untuk membolehkan badan anda menghadamkan makanan dengan cekap dan menyerap nutrien, anda memerlukan sistem penghadaman yang sihat. Diet tidak sihat dan tabiat makan yang tidak sihat seperti makan dengan gelojoh dan juga tidak makan pada waktu makan boleh mengganggu sistem penghadaman.

Sebagai contoh, pengambilan makanan yang sudah diproses dan makanan berlemak setiap hari akan memberi tekanan kepada sistem penghadaman anda kerana ia perlu bekerja lebih masa untuk memecahkan atau mengurai makanan tersebut.

Pemakanan yang tidak sihat menjejaskan kesihatan sistem penghadaman, hingga boleh menyebabkan usus kecil kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada makanan. Sistem yang tidak sihat juga menyebabkan kemerosotan aktiviti rembesan (disebabkan kerosakan kelenjar tambahan dan mukosa usus), mengurangkan toleransi lemak dan mengakibatkan kekurangan zat makanan. Semua ini boleh menjejaskan kesihatan.
Tabiat sihat untuk ususUntuk memastikan kesihatan sistem penghadaman anda berada pada tahap optimum, anda boleh mencuba petua yang disyorkan oleh Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia:

- Amalkan pengambilan hidangan makanan lebih kecil secara lebih kerap seperti 4-5 sajian lebih kecil dan bukannya 2-3 sajian besar, setiap hari. Bagaimanapun, pastikan sajian lebih kecil ini tidak meningkatkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan!

- Makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan (pear, epal, betik), sayuran (brokoli, sayuran berdaun hijau, cendawan), kekacang (pea, lentil) dan bijian penuh (roti, bijirin, beras perang).

- Makan lebih banyak ikan, sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu.

- Pilih daging kurang berlemak seperti ayam, ayam belanda atau daging lembu tanpa lemak.

- Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak atau makanan goreng.

- Ambil probiotik seperti susu kultur dengan lebih kerap.

- Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan kurangkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan gula.

- Aktiviti dan gaya hidup sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat dan senaman fizikal secukupnya sangat penting kepada kesihatan sistem penghadaman, dan juga kesihatan badan secara keseluruhan.

Cara berikut dapat membantu anda memastikan sistem penghadaman anda bekerja secara optimum:
Kurangkan tekanan
tekanan atau stres berlebihan boleh melencongkan pengaliran darah daripada sistem penghadaman anda. Sistem penghadaman mudah disesuaikan dengan rutin harian. Justeru, dengan menetapkan masa tertentu untuk tugas tertentu, anda dapat membantu sistem penghadaman anda dan seterusnya membuat diri berasa lebih berupaya mengawal keadaan. Jika anda mengalami Sindrom Gangguan Usus (SUT), tekanan boleh mencetuskan kekejangan dalam kolon anda.

Kekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat
Risiko Penyakit Refluks Gastroesopfagus (GERD) dan kanser adalah lebih tinggi di kalangan individu yang gemuk atau mengalami berat badan berlebihan. Senaman jenis kardiovaskular membantu menguatkan otot abdomen dan mengurangkan rasa malas badan dengan merangsang otot usus untuk menolak kandungan dalam usus untuk melalui sistem anda.

Berhenti merokok
Merokok menjejaskan seluruh badan, termasuk sistem penghadaman. Ia mengurangkan tekanan di persimpangan antara perut dan esofagus, menyebabkan asid perut mengalir balik ke dalam esofagus dan boleh menyebabkan pedih hulu hati dan pelbagai komplikasi lain. Merokok juga boleh memburukkan lagi ulser peptik dan keradangan usus, dan turut dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit kanser.

Hadkan minuman yang mengandungi alkohol, kafein atau gula
Semua ini boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda dan menyebabkan masalah seperti pedih hulu hati, sembelit dan memburukkan lagi gangguan seperti SUT. Alkohol boleh menyebabkan keradangan perut atau dinding esofagus dan mencetuskan gejala pedih hulu hati. Kafein pula boleh menyebabkan asid perut mengalir masuk balik ke dalam esofagus (refluks) dan mengakibatkan pedih hulu hati.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS RAWATAN KUKU

Tips merawat kuku setiap hari dalam mengerjakan pekerjaan rumah adalah dengan melakukan kerja berganti-ganti antara pekerjaan basah dan kering. Contohnya habis mencuci pinggan, seterika baju, jangan membersihkan kamar mandi atau mencuci baju. Dengan cara begini kuku tiadak terlalu lama berada dalam keadaan lembab.

Setiap hari minumlah segelas susu atau jus buah yang ditambah dengan lemak haiwan. Ia bertujuan untuk membuat kuku halus dan tidak mudah retak.

Untuk melembutkan tangan, rendam kedua tangan di dalam jus jeruk yang telah dicampur madu, selama 10 minit. Keringkan tangan dengan cara saling menepukkan kedua tangan dan kemudian sapukankan cream untuk tangan.

Jus lemon merupakan bahan yang sangat bagus untuk memutihkan kuku dan menghilangkan noda baik di kuku mahupun di kulit tangan. Oleskan ke seluruh tangan dan kuku, biarkan selama 15-20 minit. Bilas dengan air hangat dan keringkan dengan menepukkan kedua tangan.
Oleh kerana lemon boleh membuatkan kulit kering, oleskan pelembab berbentuk cream.

Minum tablet kalsium laktat tiga kali sehari dan segelas susu setiap hari akan menguatkan bukan sahaja tulang dan gigi, tatapi juga kuku. Jika kuku dan tangan kusam dan kasar akibat sabun yang tajam, usapkan campuran air mawar dan gliserin sekerap mungkin.

Seperti bahagian tubuh yang lain, tangan juga memerlukan olahraga agar peredaran darah berjalan lancar. Tekup dan kepalkan jari-jari tangan dengan jempol berada dalam kepalan, lalu buka, kepalkan - buka - kepalkan, lakukan sebanyak 15-20 kali per hari. Seterusnya tarik dengan lembut tiap-tiap jari (tidak perlu sampai bunyi).




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve