Grab The Promo

Petua Untuk Menghilangkan Kematu Di Tumit Kaki


Kehadiran kematu di tumit kaki pasti mendatangkan ketidakselesaan kepada anda .
Berikut merupakan petua untuk menghilangkan masalah kematu di kaki.

Pilihan 1 : 
Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis.Sapukan pada tempat yang berkematu.

Pilihan 2 :
Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama 5 minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dai air biasa

****************************************

Korang ade kematu tak kat kaki ?
alhamdulillah cik iena tak de lagi









♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Melambatkan Nasi Basi


Beras yang tidak dicuci dengan bersih cenderung untuk basi dengan lebih cepat.
Namun bukan hanya cara dibersihkan, faktor lain seperti beras itu sendiri turut menjadi faktor utama nasi cepat basi.

Terdapat petua yang dapat melambatkan nasi basi iaitu dengan menggunakan  secubit garam.
Masukkan secubit garam  kedalam beras yang dimasak.
Masakkan beras tersebut seperti biasa.

Sumber: Majalah RASA

********************************

Cik iena tak pernah cuba lagi
boleh cuba jugak nie
sb cik iena selalu masak nasi tak habis makan pastu basi
hahah yer lorhh dok bujang kan
makan pon sorang je
mesti ade lebih
tambahan pulak cik iena mmg kurang makan nasi
lebih makan sayur dari nasi
(^_~)
selalu bgn pagi konon nak wat nasi goreng
sekali basiiii daaaa
hihihi insyaallah nk cube petua nie
(^_~)

"Sebutir beras ibarat setitik peluh petani"

hihihi tetibe plak teringat iklan beras kt tv..
iklan beras cap rambutan klu tak silap
yg iklan mase raja farah kecik
hihihihi 
jangan membazir okeyhh
(^_~) 







♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Khasiat Buah Tomato

TOMATO atau nama saintifiknyaIycopersicon esculetumsememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.





Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.
Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit
















♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Hilangkan Bau Rebung



Untuk menghilangkan bau rebung yang kurang menyenangkan.
Cuba petua ini.

Campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sireh ke dalam air. Biarkan beberapa minit. Selepas itu, ambil air jernih untuk mencuci rebung tersebut.

Cara ini juga menjadikan masakan rebung anda bertambah enak.

Sumber : Majalah RASA

*************************************************

Korang suka makan rebung tak?

cik iena suka makan rebung
wahhhhh sedap tau masak lemak rebung + nenas + ikan masin
slurppppppppp sedap..
rebung masak tumis air pun sedap
nyummyyy

Haaa if korang nak tau rebung nie merupakan tanaman anti kolestrol
Next  schedule entry tentang rebung jugak

ehem2 nak diet boleh lah makan sebab rebung nie mempunyai kandungan serat yang tinggi
(^_~)





♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Khasiat Buah Betik


Betik atau nama saintifiknya, Carica papaya L, juga dikenali dengan nama ‘papaya’ oleh anak-anak . Betik tergolong dalam keluarga Caricaceae, betik adalah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Betik adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.

Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum buah betik. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik.
Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :
  1. 59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
  2. 92.1g air,
  3. 1.0g protein,
  4. 0.1g lemak,
  5. 13.5g karbohidrat,
  6. 0.5g serat,
  7. 0.5g abu,
  8. 31.0mg kalsium
  9. 0.8mg magnesium
  10. 17.0mg posporus
  11. 1.0mg zat besi
  12. 2.0mg sodium
  13. 337.0mg potasium
  14. vitamin B sebanyak 0.08mg,
  15. vitamin B2 (0.12mg)
  16. niasin (0.1mg
  17. vitamin C (69.3mg)
  18. karotin (2431ug)
Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu. Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.
Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan.
Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan.
Pucuk betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.
Bunga betik selalunya terdapat pada pokok betik jantan dan pokok betik betina, boleh juga direbus dan dibuat kerabu. Bunga betik jantan lebih kecil daripada bunga betik betina. Walau bagaimanapun, cuma pokok betik betina sahaja yang berbuah. Jadi, jika anda menanam pokok betik dan hairan mengapa ia tidak berbuah walaupun banyak mengeluarkan bunga, jangan marahkan pokok betik tersebut. Ia sebenarnya pokok betik jantan.
bunga betik betina
bunga betik jantan
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
biji betik
biji betik (closed up) yang kering
Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
Di samping itu berikut adalah khasiat lain betik ;
  1. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  2. Air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  3. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  4. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
  5. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
Walaupun terdapat pelbagai kelebihan dan khasiat memakan buah betik dan daunnya untuk kesihatan, namun penggunaannya hendaklah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari kelak.


***************************************
Banyak kan khasiat betik
cik iena suka makan buah betik ,cik iena suka makan somtam betik
dan cik iena suka makan kerabu pucuk betik..
walaupun pucuk betik tu pahit tapi ianya sangat baik utk kesihatan .Pucuk betik ni boleh merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan.








♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Dimanakah kasih sayang dan tanggung jawab seorang insan bergelar ibu

Kisah Si Janda Kaya.Majlis pernikahan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya
manakala Majlis Resepsi diadakan di PICC Putrajaya.
TETAPI anak-anak dihantar ke sekolah anak yatim tanpa mengirimkan sedikit pun wang perbelanjaan seperti perjanjian yg telah dibuat dengan pihak sekolah anak yatim tersebut.






Today cik iena nak share siket kisah tentang kisah si janda kaya yg mana pada asalnya kehidupannya biasa2 saja.Ini adalah kisah benar yang terjadi pada sahabat cik iena.Si Janda Merupakan kakak kandung kepada sahabat cik iena.
Mengalir air mata cik iena dengar cerita kawan cik iena.Tergamaknya seorang ibu memperlakukan begitu pada anak2 nya.


Dipendekkan cerita.Sebelum bercerai si janda hidup susah kerana beliau merupakan isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan.Beliau mempunyai 6 org anak. Setelah bercerai dengan ahli perniagaan tersebut barulah beliau merasa nikmat kesenangan hidup kerana bekas suami memberi nafkah kepada anak2 dan memberi harta sepencarian.Hidup beliau tidak lagi susah .Akan tetapi apa yg membuat cik iena rase marah sangat sebab beliau menghantar 3 orang anak beliau ke sekolah anak2 yatim di pendalaman pahang.Sanak saudara yang lain tidak tahu akan hal ini sehinggalah pada suatu hari anak perempuan beliau yg berusia 16 tahun membuat panggilan talifon kepada sahabat cik iena iaitu adek kepada si janda.


Akhirnya rahsia terbongkar misteri kehilangan anak2 buah sahabat cik iena.
3 beradik ini dihantar ke sekolah anak2 yatim di kawasan pendalaman di pahang.Dua org abang sudah pun bekerja dan taumengenai hal ini tetapi dirahsiakan dari kaum keluarga.Si Janda hanya menjaga seorang sahaja anak bongsu beliau.


Memandangkan sekolah yg di hantar adalah sekolah anak2 yatim.Adalah haram jika kita memakan harta anak yatim.Jadi si janda perlu membayar yuran persekolahan anak2 tersebut.Kerana pihak kerajaan hanya akan menanggung perbelanjaan anak anak yatim sahaja. Akan tetapi setelah hampir Dua tahun si janda menghantar anak anak nya ke sekolah tersebut.Si janda tidak pernah mengirim wang perbelanjaan dan membayar yuran.Malah si janda tidak menghubungi dan melawat anak2 beliau.


Sehinggalah pihak sekolah memberi penerangan kepada anak2 si janda bahawa adalah haram bg mereka memakan makanan anak2 yatim.Makanan mereka disana pun di beri oleh cikgu-cikgu yang kesian akan nasib mereka.Moga Allah melimpahkan rezeki buat cikgu tersebut.Cikgu memberitahu ibunya gagal dihubungi.cikgu gaji tak besar mana nak sara mereka semua.hanya bantu yang termampu.jika ada saudara lain yg boleh dihubungi ..call lah mereka.


Maka dengan itu lah org pertama yg anak kepada si jand call adalah makcik beliau iaitu sahabat cik iena.
Terbongkar segala rahsia.Buat masa ini sahabat cik iena akan datang melawat anak2 buah dia di sekolah tersebut dua minggu sekali dan menghantar wang perbelanjaan.

Nak beritahu pada mak kandung sahabat cik iena nie..dia cakap mak dia dah warning jangan masuk campur urusan keluarga kakak dia.


Cikgu di sekolah tersebut pun ade memberitahu yang kakak(si janda)telah berpesan pada pihak sekolah supaya tidak membenarkan insan bernama sekian sekian berjumpa dengan anak2 beliau.Antara insan2 tu sahabat cik iena la.
Huhhh sungguh tak dijangka..

Akhirnya berkat kesungguhan sahabat cik iena yang sering melawat dan memberi wang perbelanjaan kepada anak2 buah nya berjaya membuka mata cikgu untuk membenarkan mereka berjumpa budak2 tersebut.Perjumpaan ini tanpa pengetahuan Si Janda.Si Janda pun gagal dihubungi.Yuran pembelajaran dan wang saku selama 2 tahun ke tiga2 anak nya berada disitu masih belum dijelaskan TETAPI



SI JANDA TERSEBUT BAKAL MELANSUNGKAN PERKAHWINAN BELIAU PADA BULAN JUNE INI..


Majlis pernikahan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pada 9 JUN 2012(SABTU)
manakala Majlis Resepsi diadakan di PICC Putrajaya pada 10 JUNE 2012(AHAD).Dikhabarkan lagi majlis itu sungguh meriah..grand gituh..gelang sahaja 15K belum rantai lagi..
TETAPI anak-anak dihantar ke sekolah anak yatim tanpa mengirimkan sedikit pun wang perbelanjaan seperti perjanjian yg telah dibuat dengan pihak sekolah anak yatim tersebut.


RENUNG-RENUNG KAN LAH
KORANG RASA IBU JENIS APEKAH DIA NIE?
PATUT KAH DI GELAR IBU?
DIKABARKAN LAGI LELAKI YG DIA BAKAL KAWEN TU BUJANG + MUDA BERTAHUN2 DARI DIA.


HUH DATANG HANTAR ANAK2 KT SEKOLAH ANAK2 YATIM PAKAIAN VOUGE GILER..NAIK KETE BMW.MEMANG TERSERLAH KEKAYAAN NYE..
TAPI..huhuhu tak xtau nk cakap ape dah..


cik iena rase bengan sangat
cik iena kenal anak2 dia tu..
kenal sangat2...rindu sangat nak jumpa dorang
tak sangka nasib dorang mcm nie


Semoga Allah membuka hati Si Janda untuk kembali Kepangkal Jalan Dan Semoga Anak2 beliau sentiasa diberkati dan dilindungi Allah.




Sumber : my friend
Notes : Sekadar berkongsi Cerita dan rase ketidakpuasan cik iena..huhuhu.Nama tak boleh nak publish.




Hurmm kisah budak2 nie boleh buat novel nie
cik iena tau kisah2 dorang dari sebelum family dia bercerai..
tup2 tau dah jadi mcm nie..
Ya Allah kau tabah kanlah mereka dalam menghadapi Dugaan mu ini.
Sesungguhnya Berat Mata MEmandang BErat Lagi Bahu MEmikul.












♥♥ Info Menarik ♥♥

















Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Minor Surgery - My Niece(AFIERATUL NATASYA)




Today Anak buah cik iena akan menjalani minor surgeri di hospital Selayang.
Fiera sakit tekak sampai bengkak dan bersambung dengan anak tekak.

InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan dan pembedahan berjaya hendaknya..



Sorry kakak..
mummy tak dapat teman kakak
mummy ade keje ari nie
kakak jangan nangis yer
umi ader  teman kan kakak..



Fiera nie anak buah pertama dalam family cik iena
so dia sangat manje okeyhh
hihi yg pasti perangai suka berposing dia
mcm mummy dia nie ha
pantang nampak kamera
mesti nk pose (^_~)


ha cer tengok tu
huhuhu


Okies
Doakan segalanya berjalan lancar ye kwn2
(^_~)

current mood cik iena : sedih..bercelaru..dugaan datang bertimpa2..
Ya Allah kau tabah kan lah hati hambamu ini dalam mengharungi dugaanmu.







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Tak Upaya Menangis Lagi



"Kau anggap diriku tiada lagi
Kau campak rindumu ke lautan api
Kau biarkan aku seorang diri
Hingga tak upaya ku menangis lagi
Mengapakah sayang kejamnya
Sampainya hati kekasih"




Siti Nordiana

Tak Upaya Menangis Lagi 

Kau kata aku mawar berkembangan
Kau ucap sayang kepadaku
Itu yang sering kau luah pada ku
Tika kita masih bersama

Kau pasti aku suri penyerimu
Kau bisik kasih kepadaku
Itu yangg sering kau idam dariku
Tika rindu masih bersatu

Kasih lupakah sayang mengapa
Kau biarkan ku sendirian

( korus )
Kau anggap diriku tiada lagi
Kau campak rindumu ke lautan api
Kau biarkan aku seorang diri
Hingga tak upaya ku menangis lagi
Mengapakah sayang kejamnya
Sampainya hati kekasih

Cuba kau rasakannya
Apa yang ku terasa
Kasih yang kita bina
Tiada seri di jambangan

Aku rindu masa yang berlalu
Aku rindu kasih kita dulu
Tapi kini aku pun dah tahu
Kuntum rindu terkulai layu

Aku rindu masa yang berlalu
Aku rindu kasih kita dulu
Tapi kini aku pun dah tahu
Kuntum rindu terkulai layu

( ulang korus )

Oh kasih pergilah
Biar aku bersendirian


*************************************

Current Mood : sedih giler
T__T
tak dapat nk digambarkan dengan kata2
semoga Allah tabahkan hati cik iena dalam menghadapi dugaan ini.

"You !!  i sayang u sangat2 knp u buat i mcm nie..why me?????"

So lepas nie tlg la jgn tny soalan bile nak kawen :(
Semuanya da Musnah !!!

Tp cik iena masih berharap kami bersatu kembali

 "He's The Last Man In My Life"


Menangis La Sepuas2 nya cik iena
thanks to my bff yg selalu ade dikala cik iena memerlukan korang
really appreciate it








Insan Ku Sayang Kini Menghilang 


Mengapakah sayang
Engkau sanggup hancurkan
Cinta kita yang dibina bersama

Tergamaknya kau tinggalkan
Kau biarkan hidupku sepi
Mengapa sayang mengapa katakan


Dahulu hanya diriku
Kau berikan pengharapan
Ku serah cinta yang sepi
Tak pernah ku ragui

Kini ku rayu memujuk hatimu
Tidakku terdaya
Lantaran berulang kali kau kata
Kebencian hatimu
Mengapa sayang beginikah akhirnya

Chorus
Apakah ini suratan takdir
Suka duka kita
Dalam nafas cinta berdua
Insanku sayang kini menghilang
Musnahlah sudah harapan cinta selamanya

Tidakkah kau ingat dulu kenangan bersama
Indah cinta yang kau beri
Bersaksi rembulan

Ku sangka kau setia
Rupanya engkau berpura-pura
Setelah kasih ku serah
Diriku kau tinggalkan

Kini ku rayu memujuk hatimu
Tidakku terdaya
Lantaran berulang kali kau kata
Kebencian hatimu
Mengapa sayang beginikah akhirnya

Ulang Chorus

Tidakkah kau ingat dulu kenangan bersama
Indah cinta yang kau beri
Bersaksi rembulan

Mengapakah sayang
Engkau sanggup hancurkan
Cinta kita yang dibina bersama




♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Hilangkan Bau Kurang Enak Peti Ais


Isi kandungan makanan yang pelbagai dalam peti sejuk boleh menimbulkan bau kurang enak.
Walaubagaimanapun ada cara untuk mengatasi  masalah ini,iaitu dengan meletakkan hirisan buah oren di dalam peti sejuk berkenaan.

Apabila hirisan tersebut mengering,tukar kepada hirisan yang baru pula. Begitulah seterusnya.
Usah ragu ragu untuk mencuba cara ini kerana ianya bukan sahaja mudah malah menjimatkan masa.

Selain buah oren,anda boleh menggunakan kepingan roti.
Caranya sama seperti diatas(^_~)

*******************************************

Petua nie memang berkesan
cik iena pun guna petua nie
(^_~)
tapi korang kene rajin cuci peti ais jugak
jangan bertahun tak cuci peti ais
hahah letak oren sedozen pun ade bau lagi 







♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Tips Memakai Mascara


1. Pastikan anda duduk dalam keadaan selesa dengan menongkat siku di meja.

2. Tarik garis dikelopak mata dari bahagian dalam mata sehingga hujung mata di bahagian luar.
Ini memudahkan anda memakai celak sehingga ke bahagian bulu mata.

3. Gunakan celak dengan cara menarik dari hujung kelopak mata bahagian bawah.

4. Untuk mata besar,gunakan celak bermula daripada kelopak mata bahagian tengah dan jika anda memiliki mata yang kecil,gunakan celak daripada hujung mata.

5. Bagi penggunaan celak yang sempurna, buka sikit mulut anda ketika memakainya supaya otot-otot mata kelihatan dan menegang serta memudahkan cara pemakaiannya.

Sumber: Metro

********************************

If cik iena pakai mascara memang cik iena akan buka mulut + angkat kening supaya otot-otot mata menegang.Ianya memudah kan kita untuk memakai mascara
(^_~)
kalau cik iena nk bulu mate super duper lentiks + tebal + panjang
cik iena akan pakai mascara berus nipis dulu bagi panjang(MAC)
kemudian cik iena pakai plak mascara berus lebat + melengkung(maybelline)
perghh..huhu tak payah pakai bulu mate palsu
lebat suda..panjang n lentik gituh
hahah tp jgn la pakai tebal bergumpal2 pulak yer





♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve