Grab The Promo

CABARAN 30 HARI | DAY 23 : PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG


 
Assalammualaikum, selamat bekerja cik iena
Saat dan ketika ini masih di office, bekerja selepas seminggu bercuti sakan
(^_~)
Task untuk hari ke 23
PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG
Actually PROGRAMMER bukan lah cita cita cik iena masa sekolah dulu.
Masa zaman persekolahan dulu cik iena nak jadi fashion designer.
Siap ambil subjek tambahan lagi, pendidikan seni..
semata mata nak mengejar cita2
Tetapi apakan daya ayah tidak merestui
Terpaksa lah sambung belajar ikut jurusan yang ayah pilih yang ayah carikan.
Walaupun dah dapat tawaran untuk belajar fashion design
T______T
Pssttttt : comel kan fashion designer cik iena atas tu..masa ni ade fashion show dekat sungai wang KL.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

CABARAN 30 HARI | DAY 22 : DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN


 
 
Assalammualaikum,
Selamat bekerja cik iena
setelah 1 week bercuti.

At this time masih di office, kerja kerja kerja 
(^_~)
Task cabaran 30 hari kelabbloggerbenashaari hari ini
DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN
macam lebih kurang tajuk semalam je
if semalam cik iena cakap tempat yang cik iena ingin pergi 
dan tak pernah pergi adalah PARIS kan,
so di sini lah sambungan nya
 
DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN
nak ke Eiffel Tower
 
selain pada tu kalau da sampai Paris tu nak ke
Arc de triomphe,Musee du louvre,Le Marais et la Place des Vosges and chateau de versailles
Okies
cik iena takleh story banyak sebab tengah buat kerja lagi di office..
akibat cuti seminggu
haha


daaaaaaaaaaaa
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

BERKELAH DITEPI JALAN -TAYAR PECAH


Cuti cuti malaysia 5D4N di pulau pinang dah tamat.
Dalam perjalanan pulang ke kl, tayar kereta pecah.
Alhamdulillah pecah dah sampai kl.


Dalam pukul 8.30 mlm sampai depan hukm,
berhenti tengok kereta,
Tayar belakang pecah Sebelah kanan..

then ade la benda takde utk tukar tayar tu
cik iena tak tau lah piring ape yg abg gs cakap haha..

call member..
member tak angkat..
call lah sesiapa yg boleh tolong

akhirnyaaaa

terima kasih banyak2
riana n nuzul


Tengah tunggu riana n nuzul..
perasan pulak tayar kereta belakang sebelah kiri pun macam dah nak rosak..

maka nya dua2 tayar kene tukar..

perasan tak cik iena pegang kayu tu..
haha alkisah nye

ada mamat berhenti nak tolong
then dia cakap rumah dia dekat ..dia balik tengok barang dulu..
nanti datang..

cik iena tengok dia macam mencurigakan
sebab dia tengok semua barang2 yang kami keluarkan dalam bonet
nak keluar kan tayar spear..
Kene keluarkan semua barang kan..

ada dua beg laptop
so pikiran mula lah fikir yang bukan2

takot3 dia bawak geng nak samun ke..

tak pa kalau kita
berhati2 kan
so cik iena guna kayu pedang samurai tu as protection lah

pesan kat budak2 kalau kakngaj lari ikut kakngah..
siap tunjuk kat mana patot lari


Alhamdulillan lah riana n nuzul sampai dulu..






Dalam pukul 11.22 pm
selesai tuka tayar kereta abg gs..
tayar satu lagi pinjam tayar spear nuzul

Alhamdulillah..
thanks sangat2 nuzul n riana..

abg gs n family balik..
riana n nuzul tolong hantar cik iena balik

kenangan betul malam ni
macam2 perasaan ada..
haha

okiess nak tido
esok kerja
seminggu cuti kan
Menghadap la esok

officemate wassap tadi bagi tau  jangan sambung cuti pulak haha
Dia suruh tido lena2 malam ni

esok menghadap lah

lalalallalaaa

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku esok dan hari2 mendatang..

nite all






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Day 2 at Pulau Pinang:STREET ART AT ARMENIAN STREET, PULAU PINANG


 

 Hari kedua di pulau pinang (khamis-18/09/2014), Selepas berjalan jalan di Campbell Street and Pasar karat, jalan armenian,
Cik iena pergi street art dekat jalan armenian.
Rupa rupa nya street art ni dekat je dengan Campbell street (peneng street),
Jalan kaki pun boleh.

Kami tak tau, so bawak kereta la.
Haishh dah payah nak cari parking.
 
Pada mulanya cik iena ingatkan street art nie dia ade satu tempat je.
Macam cik iena pergi 3d museum dekat korea.

Rupanya dia bersepah sepah disepanjang jalan armenian.
tak semua banggunan ada lukisan nie.

So kita kene rajin lah berjalan and cari lukisan2 tu.
Cik iena tak habis jumpa semua yang pernah cik iena nampak orang upload
so ambik yang jumpa je lah
jom tengok
 
nie gambar2 art2 yang kami jumpa 
(^_~)
 




































 
okiess
tak banyak pun lukisan2 yang kami jumpa..
yang bawah ni pulak gambar2 lain sepanjang berjalan di armenia street..
hehe jalan2 mencari lukisan untuk ambil gambar..







masa berjalan2 dekat street art ni
terjumpa kedai aiskrim ni

sedap tau ice cream dia


lollipop ice cream..
3 RM 10



nyummyyy
sedapnyeee



yang menarik nya dalam.kedai ni ade sebuah perigi
perigi tu masih elok lagi



tuan kedai tengah menimba air perigi

okies macam biasa lah
cik iena nak jugak bergambar kt perigi nie



kalau nak makan lollypops ice cream and nak tengok perigi dalam kedai tu..
boleh lah cari lukisan yang dua org budak atas basikal..

kedai tu berhampiran lukisan tu






haaa
cari lukisan yang bawah nie




kedai lollipops ice cream tu berdekatan je dengan lukisan ni







 
 
Okies selepas pergi street art.
cik iena pergi gurney pulak
jalan2 cari pasembor yang dalam program kaka supper @ tv9





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve