Grab The Promo

SMK Syed Mashor BFF Gathering (iena,suzie,ummie)


Tanggal 23 November 2014 cik iena berjumpa dengan rakan sekolah SMK Syed Mashor Batang Kali.
Walaupun suzie dah pindah sekolah masa tingkatan 4 dan ummie pindah sekolah masa tingkatan 5, kami tetap masih berhubung. BFF gituw (^_~)

 

Pada hari tersebut merupakan hari ulang tahun kedua anak perempuan kepada sahabat cik iena.
Dah lama tak jumpa umi dia, selepas kawen dengan abah baru ni jarang sikit jumpa.
Lagi-lagi sekarang tengah mengandung 4 bulan, hehe lagi lah susah nak keluar.





Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya.Kebetulan cik iena free. Bila suzie cakap nak celebrate birthday uzma kat taman layang-layang.
maka nya cik iena pun datang lah :)

Ops actually cik iena ramai geng kat sekolah dulu, ade geng BFF yang laen lagi tau. Yang tu sepatutnya bulan 12 nak buat reunion nak pergi bercuti tapi ade masalah yang tak dapat dielakkan.
Ada diantara kawan2 yang masih membuyung, hehe tengah sarat mengandung. So tak boleh pergi lah. Kene tunggu semua free untuk pergi. Hurmm korang jangan plan tambah satu lagi weihhh wat masa nie, kalau tak takde la family reunion kite (^_~)

Orang kata berkawan biar beribu berkasih biar satu . Mana2 geng cik iena okay boleh masuk.





Okay jom layan lagi video and gambar yang sempat cik iena rakamkan




























































Wokay, sekian untuk cerita gathering with bff.
Semoga panjang umur untuk bertemu lagi


Nota blog : hurmm kawan2 cik iena berdua ni cakap cik iena kat sekolah nakal, suka ponteng kelas, panjat tembok tapi tetap top 10 dalam kelas (^_~). hahaha.. okay kenangan sangat.
Hope anak cik iena tak noty macam cik iena lah (^_~)






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Gambar & Video Karnival Upin & Ipin 2014 PICC

 

Pada 22 November 2014 cik iena menjejakkan kaki ke karnival Upin & Ipin di PICC Putrajaya.
Selama dua jam berlegar legar mencari parking barulah dapat. Anak kepada sahabat cik iena beriya nak pergi tengok Upin Ipin . Terpaksalah mama dan papa nye melayan karenah anak-anak.


Mungkin bile cik iena dah berkahwin and dah ada anak macam tu lah cik iena nanti.
Tapi ramai yang tak berpuas hati sebenarnya. Event ni sepatutnya diadakan di tempat terbuka jika mereka menganggarkan ramai pengunjung yang akan datang pada hari tersebut. Pada hari yang cik iena datang,terlalu ramai pengunjung yang berpusu2 ke dalam PICC ditambah lagi dengan tetamu-tetamu event-event lain yang diadakan ditempat yang sama .

Terlalu ramai pengunjung menyebabkan orang ramai berasa kurang selesa. Ibu bapa pun sukar untuk mengawal anak-anak yang sibuk ingin berjumpa dengan upin ipin dan kawan-kawan.

Saudara cik iena pun turut hadir tetapi setelah sampai kedalam dewan, beliau terpaksa berpatah balik kerana keadaan pengunjung yang terlalu ramai. Sukar bagi beliau untuk mengawal anak-anak kecil nya seramai lima orang. Nasib baik lah anak sahabat cik iena dua orang je. Kalau ramai mau berlari2 cik iena mengejar anak-anak kawan. Takut Hilang.

Pada hari cik iena pergi PICC pun ada diantara kereta pengunjung kene saman . Hurmm kesian dorang. Niat hati nak bawak anak-anak tegok upin ipin, kene saman pulak.
Parking dah la takde, lautan manusia hadir. Kalau budak2 dah memberontak faham-faham jelah.
Cik iena tengok anak kawan cik iena memberontak nak tengok upin ipin pun dah cukup dah.
Ibu bapa kene jugak cari parking untuk penuhi keinginan anak-anak tiba-tiba kene saman. Kesian betul .

okay taknak cakap lebih-lebih. Ramai jugak blogger yang dah cakap pasal ni .
di harap pihak penganjur dapat menambah baik karnival upin ipin untuk masa hadapan.

okay jom layan gambar yang cik iena ambil, tak dapat ambil gambar dengan upin ipin pun.
Frust anak kawan cik iena tau..

 

































kasihnya ayah, dukung anak nk tgk upin ipin




















kasihnya ayah, kesian tengok pakcik tu, penat dukung anak dia.


amsyar kepenatan










Kami tak dapat tengok pun, dengar bunyi je haha
sepatutnye pihak penganjur kene sediakan screen besar di kiri dan kanan dewan supaya tetamu yag hadir dapat tengok.
Ni dewan punya lah besar tapi kene tumpu dekat stage nan satu.
orang ramai, memang yang belakang2 tak nampak apa la
haha








Okay, sekian untuk cerita karnival upin ipin





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve