Grab The Promo
Grab The Promo

MyTeksi ReviveRoar


Berita baik untuk pengguna MyTeksi. 
"Select the #reviveRoar taxi type today(10 Am - 5 PM)
and get your FREE Revive Isotonic 6-can delivered to you !"

Cik iena dah dapat . Anda bila lagi hehe

Kalau takde lagi apps ni boleh je download dulu (^_~)
 
 
 
pilih reviveroar then next

 


 
 
yeayy da dapat teksi
  Please take note plat number okay 

booking id
yeayy teksi kite da sampai

  
 
Eh lupa pulak cik iena snap pic teksi tadi
 
ni yang cik iena dapat
 
Korang jangan risau , teksi akan call korang

 


 Okay, nak sambung kerja. Ouh Monday Blues hari ni. Please do not spoil my mood







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Rawatan Fisioterapi bagi Sakit Tulang Belakang



Sakit belakang adalah rasa sakit, ketegangan otot atau kaku (stiffness) di mana-mana bahagian belakang tubuh. Ia mungkin menjalar ke bahagian punggung atau kaki.
Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent).
Sakit belakang yang di alami berpunca dari :
  • Kecederaan otot
  • Patah tulang belakang
  • Perubahan kepada cakera (disc)
  • Postur tidak betul
  • Saluran spinal menjadi sempit (spinal sternosis)
  1. Untuk mengurangkan sakit
  2. Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
  3. Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
  4. Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
  5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit
Gejala / Tanda
  • Sakit belakang akut - Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan
  • Sakit belakang kronik - Sakit yang di alami melebihi 3 bulan
  • Sakit belakang berulang (recurrent) - Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan
Komplikasi
Limitasi dalam aktiviti seharian adalah disebabkan sakit.
Pencegahan
Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :
Semasa baring
  • Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
  • Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut
Semasa berjalan
  • Memakai kasut bertumit rendah yang selesa
Semasa duduk
  • Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
  • Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang
Semasa berdiri
  • Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
    • Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul
    • Lakukan senaman secara tetap
    • Menjaga berat badan
    • Kecergasan menyeluruh
Rehabilitasi
  1. Pengurusan sakit
    • Ice pack – untuk sakit belakang yang akut.
    • Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.
    • Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum ice pack diletakkan.
    • hot pack – untuk sakit belakang yang kronik dan berulang.
    • Cara melakukan : balut hot pack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastikan tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. 
  1. Program senaman sakit belakang
    Knee to Chest
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara melakukan : pegang belakang peha dan tarik ke arah dada.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Pelvic tilt
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata
    • Cara melakukan : tarik otot  abdominal ke dalam, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Hip Rolling
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Lower Abdominal Exercise
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan.
    • Cara melakukan :
    1. Gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
    2. Angkat kaki ke atas dengan lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
    Cat and camel
    • Posisi : merangkak
    • Cara melakukan : perlahan-lahan bahagian belakang melendut ke bawah (melengkung ke bawah) dan muka menghadap ke dinding. Kemudian gerakkan otot abdominal ke dalam dan bahagian belakang melengkung ke luar.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
    Hip Extension
    • Posisi : Merangkak
    • Cara melakukan : gerakkan lutut ke arah  kedepan, dan ke belakang sehingga kedua-dua blutut  dan peha selari dengan lantai. 
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
  1. Lumbar stabilization Exercises
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara Melakukan : luruskan lutut kanan, Gerakkan otot abdominal ke dalam, pastikan badan dalam posisi neutral. Angkat kaki kanan setinggi 12 inci, lutut kanan dalam keadaan lurus, tahan 3 saat dan turunkan kaki.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.


Nota Blog : hehe cik iena sebenarnya tengah mengalami masalah ni la tapi degil taknak dengar cakap doktor suruh rehat kat rumah . This weekend ada event kene attend. Ku gagahkan jua . Okay nanti kene buat senaman tau cik iena (^_~)





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Low Back Pain


Hari ni cik iena tak bawa ubat, rasa sakit pinggang bahagian belakang badan makin sakit. Hari Rabu baru jupa doktor and ambil ubat, rasa sakit berkurang. Tapi today terlupa bawa ubat.Serba tak kena dibuatnya, most of the time rasa nak baringgggg je, tak boleh berdiri lama and duduk lama. Asyik cekak pinggang macam orang tua je ni T_____T




Tak tahan sangat, pergi seven E beli salonpas, habis tampal belakang badan and bahu . Tapi tahap kepanasan dia tu tak boleh lawan tahap kesakitan. So masih ada rasa sakit . Nak balikkkkkk
Nak Ubat .

Masa pergi klinik, doktor just bagi MC satu hari je, doktor kata kalau nak MC kene datang lagi esok.
Saje je nak buli tau . Tapi Hari kamisnye tu kan cik iena ade company annual dinner . So tak boleh nak MC lah .

Masa pergi jumpa doktor , masa tunggu giliran di panggil cik iena duk menjahit manik







 Pembantu doktor nampak cik iena jahit manik,
dia cakap kat doktor kuat kerja budak ni, sambil tunggu doktor pun dia jahit manik
sebab tu saket belakang. Kurang rehat tu.


Okay lepastu kene bebel dengan doktor pulak. Doktor siap lukis sekarang tulang kamu macam ni
kalau kamu pergi pejabat kamu duduk, jadi macam ni..
balik rumah kamu menjahit manik , badan lagi membongkok , jadi macam ni macam ni
Makanya sekarang ape yang perlu kamu lakukan kurangkan aktiviti yang boleh membuatkan otot2 kamu tegang.
Banyak kan berehat untuk sementara waktu.

Tapiiii doktor, saya ada masuk pertandingan designer, saya kene siap kan jhit manik baju nie.
Kalau nak jahit tu, bagi badaan sihat dulu . Nanti makin teruk siapa yang susah .

huwaaaa sedih2. Sekarang baju tu terbengkalai tak sambung jahit  sebab bila duduk menjahit badan sakit sangat sebab duduk membongkok jahit manik tu kan T___T


Pertandingan nak dekat dah 27 hb December 2014

Ya Allah berilah aku kesihatan, permudahkanlah segala urusanku










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Happy Birthday In Advance Awak


Happy Birthday In Advance Awak . Memandangkan awak terpilih dalam Badminton Tournament weekend ni, cik iena decide bagi awal je. Actually memang dah lama plan nak bagi  Racket Yonex NanoSpeed 6600 untuk birthday awak. Hari tu awak cakap raket awak ada yang dah rosak . Memandangkan awak suka sangat main badminton, every day badminton. So cik iena bagi hadiah raket je la. Nak bagi Badminton Court tak mampu lah pulak hehe. cik iena happy sangat Awak suka dengan raket ni. Hari tu cik iena tanya banyak pasal raket sebab ni la. Cik iena nak tau raket ape yang awak suke (^_~)

Eh betul ke 19 hb tetiba hilang ingatan. Betol kot .Yang pasti sebelum birthday awak 28 Disember .
Semoga awak berjaya Badminton Tournament tu nanti okay.













HAPPY BIRTHDAY YG KE 28 AWAK
Semoga di berkati Allah, panjang umur,
murah rezeki
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Semoga Awak menang Badminton Tournament tu

(^_~)







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Kursus Pra Perkahwinan @ Pusat Kursus Perkahwinan Wanis, Medan Tuanku (Day 1)

"Kamu beruntung lepas habis kursus boleh terus dapat sijil, tahun depan kene ambil exam baru dapat sijil"  Kata Ustaz.

Alhamdulillah terima kasih kak nortie sebab ajak cik iena temankan akak pergi ambil kursus kawen hari ni. Kursus harini keseluruhan ok cuma ada bahagian yang penceramahnye agak membosan kan dan membuatkan cik iena boleh update gambar dekat instagram haha.

Cik iena tak ingat nama-nama ustaz, Fail n nota-nota cik iena tinggalkan dalam kelas tadi. Sebab esok sambung lagi kan .


Penceramah pertama, okay tak boring ada lawak-lawak so tak mengantuk. Cik iena duduk baris yang pertama so memang selalu kene tanya and sebut nama. Dan Dan Dan cik iena pun rajin bertanya.
Bila tanya kak nortie dia tak faham, dan bila kak nortie tanya iena, iena tak faham. Kami berdua akan mengemukakan soalan kepada ustaz. haha Sebab tu la ustaz suka tanya kami berdua yang comel duduk di depan ni. Banyak mulut betul dua orang ni.

Makanya sebelum ustaz bertanya, kita tanya dulu supaya dia takde soalan nak tanya (^_~)


Penceramah yang kedua jugak tersangat best. Setakat hari ini dia yang paling best. Tak sedar dah habis masa untuk dia berceramah. Tiba-tiba je dia bagi tau setakat ini sahaja bla bla bla
Eh dah habis ke. Sampai tahap macam tu, best ke tak best tu hehe
Ustaz ni jugak suka sangat sebut nama cik iena. Aih duduk depan ni memang kene seru je. Kene jadi contoh perbualan. Yang lawak dia suruh cik iena baca slide show kat depan tu. Hahaha
okay nasib baik ustaz ni tak bosan. Cik iena pun baca la sambil gelak2.
Dengan ustaz ni jugak ade satu slide show untuk perkahwinan yang memerlukan kebenaran mahkamah. Bawah sekali ada tulis janda berhias. Cik iena baca part bawah sekali, janda berhias terus gelak besar.Macam pontianak la gelaknye. Teruk lah gelak tu haha. Ustaz pon gelak sama. Bila sampai nak terangkan part janda berhias, ustaz sebut nama cik iena lagi hahaaha.. sebab cik iena gelak kuat giler tadi..
Nasib baek lah tak pergi dengan bakal suami kan kan. Teruk bebenor gelaknya. Udah lah banyak tanye.

slide yg buat cik iena terketawa teruk haha ternoty pulak


Selepas ustaz kedua tadi kami berehat. Makanan di taja okay.  Selepas makan tengah hari dan selesai semua bersolat. Sambung lagu dua penceramah.

Penceramah yang ketiga , agak sedikit mengantuk tapi ustaz ni ada lawaknya juga. Cuma maybe baru lepas makan, ngantuk menguasai diri. Tapi dalam mengantuk cik iena masih boleh fokus .
Ustaz ni pun sama suka benar tanya cik iena and kak nortie. Mungkin kami yang paling menyerlah kot. Potpot potpet je. And mungkin sebab kami banyak tanya kot.
Ade je situasi yang nak ditanya kepada ustaz.  Yela nak kawen kene faham betul2 . Terutama soal wali. Wali tersangatlah penting. Tersalah memilih wali boleh menyebabkan perkahwinan itu tidak sah dan kita dianggap berzina.

Soal hantaran and mas kawen yang di akad kan sekali tu pun cik iena tanya. Cik iena pernah menghadiri majlis pernikahan dimana hantaran dan mas kawen di sebutkan dalam satu akad .Hantaran pasanganpengantin tersebut RM5000 , manakala mas kawen mengikut negeri RM 300 . Disatukan didalam akad menjadi RM5300 . Ustaz kata tak pernah terjadi lagi . Tapi saya kata pernah. Saya pernah hadiri akad nikah yang sebegini. Sebab tu saya bertanya . Soalan nya
Adakah sah nikah pasangan itu . Jawab ustaz nikah nya adalah sah akan tetapi RM5300 yang telah disatukan disebut sebagai mas kawen itu adalah haram diguna oleh orang lain selain tuan empunya badan pengantin perempuan . Tak boleh guna untuk buat kenduri (^_~)

Okay terima kasih ustaz saya dah faham . Dan sebenarnya cik iena juga pernah bangkitkan isu ini selepas majlis berkenaan berlansung . Tapi siapalah cik iena untuk menegur. Sekurang-kurangnya cik iena dah bagi tau apa yang cik iena tau tentang mas kawen dan hantaran. Nak dengar atau tidak terpulang pada individu.

Cik iena bertanya ustaz sebab cik iena pernah membahaskan isu ini selepas majlis berkenaan. Namun telah disalah sangka oleh keluarga pengantin . Apa kefahaman cik iena sama seperti yang ustaz beri tahu. Cik iena cuma inginkan lebih kepastian. "Terfikir sejenak, adakah pengantin tersebut tidak memberi perhatian semasa kursus pra perkahwinan sedangkan perkara ini telah pun dibincangkan di dalam modul kursus pra perkahwinan."


Okay penceramah seterusnya yang ke empat. Pada awal taklimat agak membosankan yang melampau sehingga cik iena boleh pegang-pegang handset update gambar dekat instagram. Tapi setengah jam selepas tu dah mula okay, dah takde boring. Dah start buat lawak . Ustaz yang ni takde bertanya dekat peserta. Dia bercerita je. Tapi tapi dia suka jeling-jeling cik iena dengan kak nortie sebab sebelum ni cik iena sibuk pegang henset . Kak nortie pulak tidur. hahaha
Makanya walaupun tak berapa best, terpaksa beri tumpuan sebab ustaz asyik pandang kami berdua je.

tgk tu nama first, sebab duduk depan sekali haha

Okay selesai sesi taklimat, cik iena and kak nortie sempat berbual-bual dengan ustaz. Bila kedua-dua nya peramah ada je lah benda nak di borak-borak.


peserta kursus yg gegedik ambil gambar, haha org laen rilek je, haish cik blogger ni, memang tak boleh lari dr bergambar

Okay, cik iena nak tidur dulu. Esok masih ada kursus lagi. Last Day yeayyyy
Semoga cik iena tak mengantuk esok. ni dah tidur lewat ni hehehe



kak nortie syok borak ngan ustaz, candit gambo dia hehe

masa tgu kak nortie dkat lrt

cik iena with kak nortie syg, tahniah akak !!


Nota blog : Cik iena belum nak kawen lagi, sekadar teman kakak kesayangan ambil kursus kawen. Insya Allah awal tahun depan kak nortie melansungkan perkahwinannya. Tahniah akak sayang. Kak Nortie ni cik iena kenal masa cik eina buat charity "FEED THE HOMELESS PROGRAMME"
rindu rasa nya nak bercharity balik. Lama cik iena tak bercharity . Last bulan puasa baru ni tapi dengan group charity yang lain. Alhamdulillah setakat ni cik iena join dua group charity (^_~)













Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve