Grab The Promo

Akaun Maybank2u di block : M2U Reject code: [1202]

Akaun Maybank2u di block  : M2U Reject code: [1202]

Malam ni semasa cik iena nak transfer duit ke akaun bank islam , maybank2u cik iena di block sebab salah jawab security question.

Soalannya Who is your father name ?
alahai takkan lah saya salah taip nama ayah saya tiga kali.

Your M2U ID have been locked out. You may contact our Maybank Group. Reject code: [1202]

Cik iena terus call maybank , pegawai khidmat pelanggan yang bertugas bernama En Muhammad. setelah En Muhammad minta nombor akaun ,nombor kad bank, nama penuh nombor kad pengenalan untuk semakan. Cik iena diminta untuk tunggu sementara mereka membuat semakan. Mengikut kata En Muhammad , security question tu memang case sensitive, huruf besar huruf kecil . Hurm boleh diterima pakai. Tapi mana lah cik iena nak ingat yang mana cik iena buat huruf besar yang mana huruf kecil .Yang pasti nama ayah tu da memang betul lah.
Tapi tak kisah lah yang tu. Yang menjadi kisah nya En Muhammad kata akaun cik iena tak kena block sedangkan cik iena login tak boleh.

Agak lama juga dalam 15 minit tunggu untuk call balik. Bila En Muhammad call dia cakap akaun cik iena ok tiada sekatan. Sedangkan cik iena memang tak boleh access . Cik iena bacakan error yang keluar.
En Muhammad cakap itu berkenaan security question. Tapi dalam sistem dia akaun cik iena tiada menunjukkan apa-apa sekatan. Semakin pelik cik iena ni. Kenapa dengan sistem maybank2u ni.
Cik iena diminta tunggu lagi untuk dia buat semakan sekali lagi.

Hurm da pukul 11.30  malam ni , tak call lagi .


Update 11:33 PM :
En Muhammad call and bagi tahu memang tiada sekatan. Cik iena diminta login sekali lagi .
Memang tak boleh . En Muhammad kata maybe sebab pernah tukar kad. Ada kemungkinan jugak. Cik iena pernah tuka kad bank tapi tak sure bank mana. Banyak benar bank nye (^_~)
Kebetulan pulak sistem maybank tengah down. En Muhammad tak dapat cek hari ni
Kata nya esok dia akan semak semula . Dia akan call. Hurmm okay terima kasih :)

Update 11: 49 PM :
Ehh En Muhammad call sekali lagi inform esok pukul 8 pagi cuba login balik and En Muhammad minta tukar personal detail -maybank2u challange question. And dia akan monitor kata nya if takde pertukaran lagi means cik iena tak boleh login dan dia akan call. Ok good.
Keep it up customer service maybank (^_~)
Update 5.56 AM (the next day)

Yeayy Alhamdulillah dah boleh login maybank2u
Thanks En Muhammad. Okay jom update MAYBANK2U CHALLANGE QUESTIONS










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Video jahit manik


Simple pearl beads and patch lace decoration , korang pun boleh buat.
Yang penting kene sabar je masa menjahit tu. Kalau tak sabar memang tak jadi lah.
Tengah-tengah jahit benang bersimpul lah, tersalah manik la.
Itu perkara biasa, cik iena selalu alaminya
apa yang penting kene rajin and kene sabar


Gambar baju yang dah siap tak sempat ambil sebab, pagi tu terus bagi baju dekat tuan empunya yang tempah baju tu.
Pic behind the scene hari2 yang sebelum blh tengok dkat link bawah ni
 

Pada yang tak tau macam mana nak matikan benang atau nak simpulkan benang supaya tak tercabut manik2 tu nanti cik iena share video okay
(^_~)




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

MEMATIKAN BENANG JAHIT MANIK



Sebelum ni cik iena share cara cik iena simpul benang untuk jahit manik, sekarang video ni tunjuk macam mana cik iena mematikan benang untuk jahit manik. Cara lebih kurang dengan simpul benang untuk jahit manik. Insya Allah manik korang tak berterabur.

 
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

SIMPUL BENANG JAHIT MANIK


Okay dalam video ni, cik iena tunjuk macam mana cik iena simpul benang untuk jahit manik supaya tak berterabur manik tu . Kene simpul betul2 supaya simpulan tidak terbuka. Kalau simpulan tu terbuka tu yang buat manik tertanggal-tanggal.

Biasanya kalau beli baju yang dah siap manik dorang akan jahit manik tu asal boleh je. Selalu la berterabur manik nye tu.
Kalau manik yang kita tempah kukuh sikit (^_~)

Jom tengok video ni

 https://www.youtube.com/watch?v=0VWxbpe_xX8&hd=1
 
 
Okay dah tau macam mana cik iena simpulkan benang untuk jahit manik, mesti nak tau macam mana cik iena matikan benang tu supaya manik tak tercabut kan.
Hah tunggu next entry pulak 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

RAYYAN DANIEL BIRTHDAY PARTY AT SUASANA SENTRAL CONDOMINIUM


Ceritera  21 Disember 2014 . Selepas mengadiri Majlis Pelancaran Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas MY , Cik iena memenuhi jemputan majlis ulang tahun Muhammad Rayyan Daniel yang bertempat di Suasana Sentral Condominium . Majlis berlansung meriah dengan dihadiri rakan-rakan dan sanak saudara. Pelbagai menu menarik disediakan. Terima kasih diucapkan kepada kak ita diatas undangan tersebut.
Selamat Menyambut hari lahir yang ke 4 tahun Rayyan. Okay Biarlah gambar berbicara (^_~)











































 Selamat Hari Lahir yang ke 4 Tahun Rayyan
(^_~)

Nota Blog : birthday Boy tengah lasak, susah nak bergambar dengan dia. Berlari kesana sini. So takde gambar dengan birthday boy (^_~)





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve