Grab The Promo
Grab The Promo

Kaio Studio

Mawar Rashid

Kaio merupakan nama timangan yang dikenali dikalangan rakan-rakan Saudara Khairul Anwar Abdullah. Maka dengan itu bagi memudahkan rakan-rakan dan anda diluar sana , Khairul Anwar Abdullah telah memilih nama Kaio Studio untuk jenama perniagaan photography dan videography beliau. Dewasa kini Nama Kaio Studio sering menjadi sebutan ramai. Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan dan hasil yang sangat mengujakan.

Latar Belakang Pemilik Kaio Studio


Pemilik Kaio Studio iaitu Khairul Anwar Abdullah yang dikenali dengan nama Kaio merupakan daripada Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.

Pemandu Pelancong - KAIO BERSAMA TETAMU
Pemandu Pelancong - KAIO BERSAMA TETAMU



Karier beliau bermula deggan  sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008.  Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab.



Pemandu Pelancong - Kaio di MHI TV3
Pemandu Pelancong - Kaio di MHI TV3



Kaio juga pernah disiarkan di kaca Telivision, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. 





Pemandu Pelancong - KAIO DI DADA AKHBAR
Pemandu Pelancong - KAIO DI DADA AKHBAR



Pemandu Pelancong - KAIO DI Majalah Aniqah
Pemandu Pelancong - KAIO DI Majalah Aniqah




Untuk pengetahuan semua, Kaio juga merupakan seorang  blogger .Beliau mula berblogging pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari





























Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan. 


Pembikinann muzik video Azlan Typewriters
Pembikinann muzik video Azlan Typewriters

WEDDING BY KAIO
WEDDING BY KAIO

WEDDING BY KAIO
WEDDING BY KAIO
 





Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.  



Anwar Abdullah (Kaio) bersama Anuar Zain di Paris berlatar belakangkan" Arc de Triomphe"
Anwar Abdullah (Kaio) bersama Anuar Zain di Paris berlatar belakangkan" Arc de Triomphe"

Cairo - Dalam perjalanan pulang ke Malaysia
Cairo - Dalam perjalanan pulang ke Malaysia

Cairo - Kaio bersama sahabat yang belajar di mesir
Cairo - Kaio bersama sahabat yang belajar di mesir

Cairo - Kaio bersama Ungku Ismail Aziz
Cairo - Kaio bersama Ungku Ismail Aziz

Cairo - Kaio ketika bertugas
Cairo - Kaio ketika bertugas


Ungku Ismail Aziz di Cairo - Gambar oleh Anwar Abdullah
Ungku Ismail Aziz di Cairo - Gambar oleh Anwar Abdullah

Melinda Looi - Bersama Kaio
Melinda Looi - Bersama Kaio

Melinda Looi - Selesai videoshoot
Melinda Looi - Selesai videoshoot

Hasil kerja Anwar Abdullah ketika di Paris satu ketika dahulu
Hasil kerja Anwar Abdullah ketika di Paris satu ketika dahulu


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. 


FELDA GLOBAL VENTURE IN CHIANG MAI THAILAND
FELDA GLOBAL VENTURE IN CHIANG MAI THAILAND


Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’


KAIO bersama Datuk Maznah Hamid
KAIO bersama Datuk Maznah Hamid





Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism  Authority of Thailand
Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza.  

Kaio bersama Siti Nurhaliza
Kaio bersama Siti Nurhaliza

Pencapaian Kaio Studio 

1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio) 
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza 
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka 
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt. 
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night 
7. Pure Lens by Mawar Rashid. 
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015 
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis. 
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd


Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini






Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

TOP 5 Most Glam Fashion Videographer https://youtu.be/LeyhYNQ56AE

 

 

 

 

 

 

Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio.  Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.

Saiful Nang Academy
Saiful Nang Academy


Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.

KELAS VIDEO
KELAS VIDEO

Team Kaio Studio
Team Kaio Studio

Team Kaio Studio


Okay panjang betul cerita mengenai Kaio Studio kan. Secara keseluruhan cik iena memang puas hati dengan perkhidmatan Kaio Studio. Komitmen yang diberikan sangat memuaskan. Hasil gambar dan juga video sangan memuaskan ditambah lagi dengan sifat mesra oleh pemilik Kaio Studio dan juga team member Kaio Studio. Ketika sesi photography dan videography bersama team Kaio Studio pun amat menyenangkan. Kerjasama dan arahan yang di berikan amat mudah di fahami dan bersifat mesra pelanggan .


Macam mana nak hubungi Kaio Studio? Anda boleh layari laman web Kaio dan juga follow sosial media Kaio Studio seperti di bawah untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini.


website : www.kaiostudio.com
instagram : @kaiostudio
facebook : Kaio Studio
twitter : @kaiostudio
youtube : kaiostudiotv
Blog dan Instagram peribadi pemilik Kaio : www.kaio.my & @kaio_my



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


Tanggal 11,12 dan 13 September 2015 sekali lagi KELAB BLOGGER BEN ASHAARI mencipta sejarah yang tak mungkin dilupakan oleh ahli-ahli KBBA. Terima Kasih tidak terhingga kepada penaja Utama iaitu Cosmoderm  dan juga penaja lain seperti  Kaio Studio , #azzuhatraveltours, #AJCDistrict, #BukuPTS dan lain-lain. Terima kasih juga di ucapkan kepada AJK2 yang terlibat dan abg Ben Ashaari +Ben Ashaari  dalam menguruskan program yang cukup gilang gemilang ini.
Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
Bersama keluarga besar KBBA



Ini merupakan kali pertama cik iena menyertai aktiviti family day bersama #kelabbloggerbenashaari selama 3 hari 2 malam . Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang 3 hari kami berada di sana..

Nak tau cerita lanjut nanti cik iena cerita okay . Now cik iena sibuk siket . Cik iena post intro je dulu ye . Pelbagai aktiviti menarik lagi cik iena akan story next update (^_~)




Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
thanks cosmoderm

Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
thanks cosmoderm utk gel mandian yg wangi ni

Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
thanks kak nina, sedap kek nie

Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
magic body lotion dr cosmoderm

Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
baju dari #AJCDistrict


Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
Abam2 dari Kaio Studio .


 Jom tengok gambar lain2 di fb cik iena yer, maaf cik iena upload sikit2 sb weekday cik iena sibuk kerja :)

.


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Photobook Berharga RM69 Dengan Harga RM2


Photobook  Berharga RM69 Dengan Harga RM2

 
 
Berita gembira buat peminat photobook, kali ni Pixajoy Photo Book nak bagi harga RM2 untuk photobook yang berharga RM69.
Jadi kita Jimat 97 % .
Pada yang dah tau macam mana nak beli voucher boleh teruskan membeli pada yang masih belum tau cik iena tolong tunjukkan caranya yer.
Mula-mula korang kene beli voucher nie dulu. Dalam masa 3 hari Pixajoy Photo Book akan email voucher code . Voucher code ni yang korang perlu guna masa nak check out order.
Ha yang tu kalau ada yang tak tau cara nya nanti cik iena buatkan tutorial juga okay.


Untuk pengetahuan voucher ini hanya sah dibeli sehingga tarikh esok iaitu 11 September 2015 dan satu voucher code untuk satu akaun sahaja . Untuk print gambar selepas beli voucher tu pula cik iena tak pasti lagi tapi biasa nya tarikhnya bukan dua tiga hari dari tarikh pembelian . Kebiasaannya lah , tak tau pula dengan Pixajoy Photo Book sebab ni pertama kali berurusan dengan Pixajoy Photo Book.
Apa-apa nanti cik iena akan update kalau dah dapat email voucher code tu.

Yang penting korang beli voucher ni dulu. Trust me, cik iena memang banyak beli voucher photobook daripada pelbagai company ahaa.
Semua nya berbaloi2. Kita dapat dengan harga murah siapa tak nak kan . Just Grab je orang nak bagi murah siapa lagi nak bagi kan . Ehhh Tapi make sure jangan sia-siakan pembelian anda tau.
Jangan lupa print gambar tu dan gunakan voucher tersebut.
Baru-baru ni cik iena dah beli 700 keping gambar 4R dari photobook berharga RM0.10 sekeping dengan menggunakan voucher dan 11 buah photobook dari photobook,photobookmart dan juga fotozoom. Kesemuanya adalah menggunakan voucher . Gambar 4R dah hantar print, dah ada yang dah terima gambar . Tinggal berbaki 100 keping masih dalam proses pemilihan gambar dan 11 photobook masih dalam proses pemilihan gambar. memandangkan tarikh print dia ada yang sampai hujung tahun so cik iena boleh rilek-rilek dulu :)


Okay jom tengok caranya

Mula2 masuk link ni
 
 
http://www.logon.my/mini-softcover-6-x-6-photo-book-36-pages1.html 
 
Akan keluar page ni 
Photobook  Berharga RM69 Dengan Harga RM2
klik BUY NOW
 
 
 
 
Photobook  Berharga RM69 Dengan Harga RM2
haaa korag kene la login dlu
 
 
 
Photobook  Berharga RM69 Dengan Harga RM2
jangan terkejut, harga tu RM69, masukkan voucher code di bahagian bawah kiri kemudian klik apply coupon. voucher code dia sama je semua tapi limit utk satu akaun sahaja --> RM2PHOTOBOOK




 
 
Photobook  Berharga RM69 Dengan Harga RM2
selepas klik apply coupon harga pun dah berubah, grand total RM2 , kemudain klik NEXT
 
 
 
Photobook  Berharga RM69 Dengan Harga RM2
masukkan maklumat penghantaran




Photobook  Berharga RM69 Dengan Harga RM2
kemudian klik make payment

Photobook  Berharga RM69 Dengan Harga RM2
pilih online banking








Photobook  Berharga RM69 Dengan Harga RM2
cik iena pilih maybank2u

Photobook  Berharga RM69 Dengan Harga RM2
klik proceed

 Okay setelah membuat pembayaran RM2 ,
order success
dan korang akan terima voucher code dalma masa 3 hari selepas pembayaran



Sementara tu korang boleh lah usha2 macam mana nak buat photobook dekat 
Pixajoy Photo Book ni
Voucher code ni di guna masa kita nak submit order
pergi upload gambar untuk di print dulu ya
Cik iena prefer Online Editor

Tips dia yang paling penting jangan salah pilih jenis photobook nanti voucher tu tak valid
Make sure pilih

6" x 6" Square




 Ehhh Okay setakat ini dulu ye . Jangan lupa beli tau. Daaaaaaaaaaaaa. Nak sambung kerja (^_~)





 






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Basic Catwalk kelas oleh Ery Mohamed


Basic Catwalk kelas oleh Ery Mohamed

Alhamdulillah Atas Sambutan hangat sekali lagi cikgu catwalk cik iena mengadakan kelas basic catwalk disamping mengadakan casting untuk pemilihan model bagi pertunjukan fashion di Jakarta nanti .

Kepada yang berminat untuk menyertai kelas ini boleh lah hubungi mereka :

Basic Catwalk kelas oleh Ery Mohamed
Pada 12 Sept di K. Lumpur
10am -5pm

Terbuka kepada semua talent lelaki dan perempuan..
Berkemungkinan untuk dipilih
atau 'Casting' menyertai Fashion show di Jakarta nanti

Adakah Anda orangnya?!!

Sebarang pertanyaan dan bayaran sila
hubungi di talian 017 230 2327 (Shah)


 Do The Walk / E Vogue Models


-Do The Walk known as E Vogue Models was established since 2005.
-Do The Walk has grown from infancy over the years to become one of Malaysia’ s premier models and talents agency.
-Do The Walk has already carved a name for being a modeling and talent agency that builds and deploys successful models/talents through its comprehensive training programmed.
-Do The Walk mold their talent in catwalking, grooming and self management & improvement.
-Do The Walk is ready to take on greater challenges in the modeling, acting and photography industry. 



Nota Blog : Jangan lupa ambil peluang nie, mana tau terpilih untuk pertunjukan fashion di jakarta. Disamping membuat pertunjukan fashion dapat lah juga bersiar-siar tengok negara orang kan . Semoga Berjaya semua. 11,12,13 Hb cik iena ada program family day with blogger-blogger hebat KBBA (^_~)



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Polis Evo Filem Malaysia Penuh Aksi Hebat


POLIS EVO  adalah sebuah filem aksi yang memaparkan dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus berkerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?

 Polis Evo

Diatas merupakan sedikit sinopsis mengenai Filem Polis Evo yang bakal ditayangkan di pawagam pada 17 September 2015. Pada 2 Septemper 2015 yang lepas cik iena bagi pihak www.hyebro.com  telah menghadiri Malam Pra Tonton Filem Polis Evo yang bertempat di GSC Pavillion Kuala Lumpur.

Apa yang dapat cik iena gambarkan setelah menonton filem ini adalah Filem ini merupakan filem aksi Malaysia yang menarik dan mempunyai kelainan dari sudut pergerakan Kamera yang aktif serta aspek teknikal baru seperti penggunaan Kamera berdefinisi Tinggi.

Selama ini, memang tidak dinafikan dalam pemikiran cik iena  dan juga mungkin anda-anda diluar sana, filem aksi dari luar negara lebih menarik malah ianya sentiasa diagung-agungkan dan mendapat hebahan meluas daripada penonton-penonton.  Setelah menonton Polis Evo ini cik iena mendapati   Filem aksi Malaysia Polis Evo ini tidak kurang hebatnya juga . Tambah menarik bila ianya diselitkan dengan sedikit unsur komedi supaya anda tidak berasa bosan dan serius. Filem ini juga mengangkat martabat anggota polis dalam kegiatan membasmi jenayah. Diharap pada tahun ini Filem  Polis Evo hasil sentuhan hebat oleh pengarah Ghaz Abu Bakar ini  bakal 'meletup!' .

Filem Polis Evo  turut mengangkat lagu berjudul 'Evo' yang berentak 'Up Beat' nyanyian duet Hip Hop Popular tanah Air, Joe Flizzow dan SonaOne sebagai lagu Tema Filem Polis Evo.


Okay kepada anda-anda di luar sana, jangan lupa saksikan Filem Polis Evo yang bakal ditayangkan  mulai 17 September 2015 .


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari

POLIS EVO





Tajuk            :    Polis Evo
Genre Filem        :    Aksi
Penerbit        :    Astro Shaw Sdn. Bhd.
Produksi        :    Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Pengarah        :     Ghaz Abu Bakar
Bahasa        :    Bahasa Melayu
Tarikh Tayangan        :     17 September 2015
Format        :    High Definition
Durasi        :    120 minit
Tema Filem        :    Aksi 

 

 

 

 

BARISAN PELAKON


Shaheizy Sam            sebagai    Inspektor Khai
Zizan Razak            sebagai    Inspektor Sani
Nora Danish            sebagai    Anis
Mimi Ernida            sebagai    Maya Adli
Arwah Harun Salim Bachik    sebagai    Mokhtar
Wan Hanafi Su            sebagai    Adli Hashim
Ayie Hushairi            sebagai    Izrail
Pablo Amirul            sebagai    Jimbo
Yuzz Murai            sebagai    Jemang
Amerul Affendi            sebagai    Mat Yam
Eyka Farhana            sebagai    Yati

TUNGGAK UTAMA


Dipersembahkan oleh    :    Astro Shaw Sdn. Bhd.
Produksi        :     Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Penerbit Eksekutif        :     Najwa Abu Bakar
Penerbit         :    Joel Soh
Penerbit Bersama        :    Gayatri Su-Lin Pillai
Pengarah        :    Ghaz Abu Bakar
Penolong Pengarah        :    Reen Emrans
Cerita Asal        :     Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf
Skrip        :    Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf dan Adib Zaini
Pengurus Produksi        :     Arie Zaharie
Pengarah Fotografi        :    Haris Hue Abdullah
Penyunting Filem        :    Nazim Shah
Penata Seni        :    Nazrul Asraff
Pereka Grafik        :     Parez Oldskool
Penata Busana        :    Nasirah Ramlan
Penata Tatarias        :    Mimi Farhami
Penata Muzik        :    Lucas Kuncevic

 

SINOPSIS PENDEK POLIS EVO

 

POLIS EVO  adalah sebuah filem aksi yang memaparkan dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus berkerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?



SINOPSIS PANJANG POLIS EVO

 

Semuanya bermula apabila Adli Aizuddin, seorang guru Kimia ditemui meningal dunia di Terengganu. Tubuh kakunya terselit dengan bungkusan Syabu Naga yang sedang dijejaki oleh Inspektor Khai di Kuala Lumpur. Khai yang merupakan seorang Inspektor polis cemerlang dari Unit Narkotik Kuala Lumpur terus dihantar ke Kuala Terengganu untuk menyiasat kes tersebut. Setibanya di sana, Khai ditugaskan untuk bekerja dengan Inspektor Sani kerana kearifannya tentang selok-belok negeri Terengganu.

Khai dan Sani mempunyai personaliti yang berbeza dan itu menyukarkan mereka untuk bekerjasama. Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas manakala Sani seorang yang lebih mengikut prosedur dan mementingkan diplomasi . Namun, mereka tiada pilihan lain melainkan terpaksa bekerjasama bagi menyelesaikan kes dadah tersebut.

Sementara itu, penyiasatan mereka mula mendapat petunjuk baru di mana ketua operasi, pembekal dan pengekspot utama Syabu Naga adalah Izrail. Bagi membanteras kegiatan jenayah itu, Khai dan Sani telah menyerang hendap kubu Izrail bersama konco-konconya. Namun misi mereka menjadi semakin rumit kerana Izrail telah mengheret ahli keluarga Sani ke dalam kes ini. Kini, Khai dan Sani  sedar bahawa mereka perlu  bekerjsama untuk menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?


Trailer Filem Polis Evo

 

 

 


Gambar Filem Polis Evo


Polis Evo
Inspektor Khai, makan malam bersama keluarga Inspektor Sani sambil2 menjeling Anis(Nora Danish) adik kepada Inspektor Sani

Polis Evo
Senyuman Manis Dari Anis untuk INspektor Khai hihihi

Inspektor Khai, makan malam bersama keluarga Inspektor Sani
Inspektor Khai, makan malam bersama keluarga Inspektor Sani

Polis Evo
Inspektor Khai menyelamatkan Inspektor Sani yang telah di tawan oleh Jimbo dan kawan-kawan

Polis Evo
Inspektor Khai Dalam misi menangkap geng penyeludupan dadah

Polis Evo
Inspektor Khai dan Inspektor Sani Dalam misi menganggap geng penyeludupan dadah

Polis Evo
Anis Dijadikan tebusan

Polis Evo
Misi menyelamatkan Maya daripada Jimbo

 

Malam Pra Tonton Filem Polis Evo

 


Cik iena bersama  Ghaz Abu Bakar , pengarah Filem Polis Evo
Cik iena bersama  Ghaz Abu Bakar , pengarah Filem Polis Evo

Cik iena bersama rakan blogger, Helena dan juga Pelakon utama Shaheizy Sam   yanbg memegang watak Inspektor Khai
Cik iena bersama rakan blogger, Helena dan juga Pelakon utama Shaheizy Sam   yang memegang watak Inspektor Khai

cik iena bersama pelakon utama Zizan Razak yang membawa watak Inspektor Sani
cik iena bersama pelakon utama Zizan Razak yang membawa watak Inspektor Sani

cik iena bersama Hefny Sahad, selaku pengacara Majlis
cik iena bersama Hefny Sahad, selaku pengacara Majlis

 

Live Update Malam Pra Tonton Filem Polis Evo @ienaeliena  

 

 














iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve