Grab The Promo

Clothes Buffet Malaysia Season 3


Clothes Buffet Malaysia Season 3


Dalam diam tak diam Clothes Buffet Malaysia telah masuk ke Musim ke 3 . Tahukah anda apa itu Clothes Buffet ?  

"Shopping Without Seing The Price Tag"




Clothes Buffet Malaysia Season 3


Ya membeli belah tanpa melihat tanda harga, sama seperti konsep makan buffet di mana anda hanya membayar satu amaun dan anda makan sepuas-puasnya sehingga waktu tamat.

Itu adalah konsep shopping yang ingin di ketengahkan oleh  Clothes Buffet Malaysia , anda hanya perlu membayar satu amaun sebagai pas masuk dan anda akan di beri ZIP LOCK BACK yang berukuran 35.5cm x 23cm untuk di gunakan bagi mengisi barang pilihan anda. Anda di beri tempoh selama 15 minit untuk memilih pakaian kesukaan anda untuk di muatkan di dalam ZIP LOCK BAG tersebut. 

Kesemua pakaian yang berjaya di muatkan di dalam ZIP LOCK BAG tersebut akan menjadi hak milik anda . Walaubagaimanapun anda di kehendaki untuk menjaga ZIP LOCK BACK tersebut agar tidak pecah. 

Sekiranya ia pecah anda perlu membayar RM20 untuk mendapatkan ZIP LOCK BACK yang baru.
Menarik bukan . Baru-baru ini cik iena telah di jemput oleh Clothes Buffet Malaysia untuk menyertai The `Secret Affair’ party yang dianjurkan oleh Clothes Buffet Malaysia dengan kerjasama  Elementum, Kelana Jaya sebagai Penaja tempat , Lab Vamor sebagai penaja rasmi Hairstylist and Make-up Artist  , Moiz Photography sebagai penaja photographer, Poh Kong Sebagai penaja hadiah berjumlah RM 2,000, Neesya Skin Care sebagai penaja Goodies Bag, Sothys Malaysia sebagai penaja Goodies Bag, Lily Sdn Bhd Sebagai Penaja Goodies Bag,



Antara koleksi pakaian yang cik iena berpeluang untuk pilih pada event tempoh hari.



Clothes Buffet Malaysia Season 3

Clothes Buffet Malaysia Season 3

Clothes Buffet Malaysia Season 3

Clothes Buffet Malaysia Season 3



Walaubagaimanapun pada 26 & 27 March 2016 terdapat lebih kurang 30,000 helai pakaian untuk anda pilih . Berita gembira buat muslimah fashionista. Tarikh telah di tukar dari januari ke march kerana terdapat penambahan buat muslimah fashion. Wahhh menarik kan. Lagi banyak boleh shopping.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara clothes buffet ini boleh baca The `Secret Affair’ party
Ada tips juga cik iena kongsikan bagaimana untuk mendapakan pakaian yang banyak :)




Kepada anda di luar sana jangan lupa tau season 3 clothes buffet malaysia yang akan diadakan pada 26 & 27 March 2016 bertempat di Lot 10 Bukit Bintang
pada pukul 9.50 am hingga 9.00pm

Untuk maklumat lanjut dan pembelian pass
sila layari

Facebook:www.facebook.com/malaysiaclothesbuffet
Instagram : https://www.instagram.com/clothesbuffetmalaysia/


ORGANIZER

VENUE SPONSOR 

lot 10


CO-VENUE SPONSOR



CO-SPONSOR

pohkong





OFFICIAL FASHION SOCIAL NETWORK


clozette

 

SUPPORTER

Huntmer
 



sothys



neesya skin care

empro



key ng



zalora




celebrity fitness



sunshade




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


BR1M 2016 | Bantuan Rakyat 1Malaysia


BR1M 2016 | Bantuan Rakyat 1Malaysia



Permohonan Baru / Kemas Kini BR1M 2016 kini telah di buka . Pastikan anda yang layak menerima bantuan ini memohon dan mengemaskini kerana ini adalah hak kita. 
Walaupun cik iena tak layak tapi nak juga isi mana tau dapat. haha. Pernah sekali dapat. Maybe tapisan tak telus kot masa tu. Sekali je lah dapat tahun 2012.   Semoga sistem down dan semua rakyat Malaysia Layak dapat . 
Haha kesian lah kami adalah tidak adil kami tak dapat sedangkan sama-sama membayar GST  Malahan banyak lagi cukai yang kami perlu bayar  Tambahan lagi dengan keadaan Ekonomi Malaysia yang tidak stabil dengan kadar kenaikan pelbagai benda terutama pengankutan Awam dimana cik iena sendiri menggunakan pengangkutan Awam ke tempat kerja T___T
Sila  Klik  ebr1m 
Tunggu 5 saat dan Skip Add (^_~)



BR1M 2016 | Bantuan Rakyat 1Malaysia

 

 SYARAT KELAYAKAN BR1M 2016

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.
Kemukakan Salinan:
  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. 
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato

Baru baru ini The National Federation of Agricultural Cooperative Associations (Zen-Noh) dengan kerjasama  AEON BIG dan Eurofarm telah melancarkan dua produk tanaman daripada Jepun iaitu  Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potato di AEON BIG Store Mid Valley.


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Memperkenalkan auhentic produk pertanian Jepun untuk pasaran Malaysia (kedua kiri ke kanan) Encik Mitsuru Nakata (AEON BIG Pengarah Urusan), Encik Harumi Nakagawa (JA Zenoh Naib Pengerusi Ibaraki), Encik Takeshi Takahashi (Zenoh Pengerusi Lembaga Penyeliaan Tochigi), Encik Yukio Oshima (JA Zenoh Naib Pengerusi Tochigi), Encik Takaaki Inazawa (JA Zenoh Wakil Tochigi Pengarah Lembaga Pengarah dan Presiden), Encik Yoshiaki Sakuma (JA Zenoh Wakil Tochigi Pengarah Lembaga Pengarah dan Presiden), Encik Nobuyoshi Kurosaki (Pengarah JA Zenoh Tochigi Wakil Lembaga dan Presiden), Encik Satoshi Nozawa (Tochigi Prefecture Kerajaan Urusan Kanan), Puan Edmanda Chang (Pengarah Eurofarm), dan Encik Jeffrey Tan (Pengarah Urusan Eurofarm). Memberikan mereka sokongan penuh mereka adalah Mama Orange, Mascot AEON BIG (kiri) dan Tochimarukun, Mascot Tochigi ini.


Majlis di lengkapi dengan ucapan dan penerangan dari Mr Takesgi Takahasgi, Mr Harumi Nakagawa dan akhir sekali ucapan dari Mr Mitsuru Nakata iaitu Managing Director, Aeon Big.
Katanya, mulai tahun depan akan ada lebih banyak produk makanan, buah buahan dan sayur sayuran segar dari Jepun  memasuki pasaran Aeon Big seperti ikan dan sayuran seiring dengan permintaan masyarakat Malaysia yang kini mementingkan sumber makanan yang sihat dan berkualiti disamping dapat memperkukuhkan ekonomi, teknologi dan persahabatan antara dua negara.


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato


Selain daripada itu menurut Encik Jeffrey Tan, Pengarah Urusan Eurofarm
"Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potato  merupakan dua produk pertanian terbaik di Jepun, dengan itu Eurofarm amat sukacita untuk membawa buah yang paling menarik dan lazat ini ke Malaysia,"



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Blogger-blogger Malaysia yang berjaya menarik perhatian bos-bos besar Jepun semasa Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato




Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Bersama rakan-rakan blogger yang turut sama memeriahkan Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato. Sampaikan Bos-bos besar dari jepun pun nak bergambar dengan kami yang comel kiut miut nie (^_~)

Tochigi Nikkori Pear 

 

Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Boleh di dapati dengan harga promosi RM22.90 sebiji

Nikkori Pear dihasilkan dari wilayah Tochigi. Ia merupakan buah pear lewat matang atau dalam erti kata lain kualiti buah pear yang tahan lama, boleh kekal baik sehingga 4 bulan  apabila buah disimpan pada suhu bilik. Berat purata adalah 800 gm dan boleh mencecah sehingga 1 kg sebiji. Kulit Nikori Pear bewarna  coklat kemerahan dengan isi yang putih serta jus yang manis dan kurang berasid.
Nikkori Pear hanya boleh dituai pada pertengahan Oktober dan disimpan untuk tempoh masa yang panjang sehingga Februari.



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Nikkori pear yang besar dimana berap purata sebiji dari 800 gm ke 1kg




Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
nampak tak kebesaran nikkori pear ni ;)

Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
kelihatan sangat menyelerakan aummmmm

 REVIEW CIK IENA :


Nikkori pear ni sangat manis, rangup dan berjus. Jika di bandingkan dengan buah pear yang lain. Kemanisan nya jelas ketara berbeza. Kerangupan nya juga membuatkan ianya sangat lazat dan membuatkan kita rasa nak makan dan makan lagi. Rangup, manis dan ber jus. 




Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Nyummyy sedap sangat, anda perlu cuba okay ;)

Ibaraki Japanese Sweet Potato

 


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Boleh di dapati dengan harga promosi RM9.90 1 kg

 

 

Ibaraki merupakan pengeluar kedua terbesar sweet potato di Jepun. Sweet potato lebih di kenali dengan nama keledek di Malaysia . Di Jepun, Ibaraki Japanese sweet potato paling banyak ditanam adalah 'Beniazuma dan Beniharuka' yang terkenal dengan tekstur bersifat lembut dan flaky serta manis.


Sweet potato kaya dengan , kalsium, vitamin A dan vitamin, B. Di Jepun, Sweet potato ini di amalkan untuk mereka yang ber diet bagi mengurangkan pengambilan kalori disamping mendapatkan semua nutrisi, serat dan vitamin C.



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Ibaraki Sweet Potato yang telah di rebus

 REVIEW DARI CIK IENA:


Sweet potato atau keledek ni memang sangat manis jika di bandingkan keledek yang terdapat di Malaysia. Setelah mak kepada cik iena rasa. MAk bagi tau , ini adalah pertama kali dia merasakan keledek yang sangat manis. Serius memang manis gila . Cik iena just rebus makan macam tu je tak perlu cicah apa-apa. Tapi kalau nak lagi umphhh cicah dengan kelapa parut muda perghhh memang terangkat. Gabungan keledek yang manis dan kelapa parut yang lemak berkrim pasti membuat anda teruja. Okay nanti cik iena nak beli lagi dan makan dengan kelapa parut muda. Keledek ni kalau buat kuih keria rasanya tak perlu gula kot sebab ianya tersangat manis. 


Untuk pengetahuan anda, buat masa ini  hanya  kedai atau pasar raya besar sahaja yang menjual  kedua-dua hasil pertanian jepun ini dimana salah satu daripadanya adalah AEON Big Mid Valley.
Jadi jangan lupa untuk dapatkan makanan berkhasiat lagi sedap dan manis daripada jepun ini okay.



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Ahaa sedondon kan cik iena dengan maskot ni.. tapi cik iena lebih comel kot lalalalallaaa













iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Jom Cantik Dengan Lets Cantik Skincare


Jom Cantik Dengan Lets Cantik Skincare

Memiliki kulit wajah yang cantik adalah impian semua wanita. Kulit yang sihat dan bersih mencerminkan kesihatan, kebersihan serta gaya hidup yang baik. Kulit yang licin, tegang, anjal, kemerah-merahan, dan bebas daripada jerawat adalah idaman setiap wanita . 
Pada masa kini wanita sangat mementingkan soal kecantikan terutama buat wanita yang berkerjaya mahupun wanita-wanita yang sudah berkahwin. Amat penting bagi seorang wanita bergelar isteri menjaga kecantikan buat suami tercinta.
Malahan jika kita lihat  zaman sekarang, remaja perempuan juga sudah mula pandai menjaga kecantikan dan personaliti diri. 

Jika kita lihat pada masa kini di pasaran banyak terdapat produk kecantikan yang tumbuh bagaikan cendawan. Tapi dalam banyak-banyak produk kecantikan ini tak semuanya betul-betul berkesan untuk kulit seseorang. Setiap orang mempunyai kulit yang berlainan. Tahap kesesuaian produk kecantikan adalah berlainan bagi setiap individu. Sebagai pengguna, kita perlu bijak memilih produk yang betul-betul diyakini keberkesanannya dan juga produk yang betul-betul sesuai untuk diri kita.





Lets Cantik Skincare oleh NurSajat Beautician




Jom Cantik Dengan Lets Cantik Skincare
Kali ini cik iena nak kongsi bersama anda tentang produk kecantikan Lets Cantik Skincare dari NurSajat Beautician yang dihasilkan dengan teknologi terkini yang telah diformulasikan dengan penggunaan bahan-bahan semula jadi daripada Tea Tree, Ekstrak Papaya, Coconut Oil, B, Stem Cell dan Microcitrus Australasisca Fruit ,Extract yang dipercayai mampu mengekalkan kecantikan kulit secara keseluruhan.
Jom Cantik Dengan Lets Cantik Skincare
kekal cantik dengan tiga langkah mudah


Produk Lets Cantik Skincare ini terdiri dari 3 jenis produk yang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Lets Cantik Skincare ini terdiri daripada pencuci muka, serum malam, krim pemutih muka (BB Cream) dan krim jerawat untuk kulit yang bermasalah.

 Georgeous BB Gream 15GM
  •  Melindungi kulit daripada sinaran matahari.memberi kelembapan pada kulit muka,Mengecilakn pori-pori.Mengembalikan keremajaan kulit, merawat kulit berminyak membantu mengurangkan jerawat.
    Amazing Cleanser Gel 50ML
  •  Melembutkan, menghaluskan dan melicinkan kulit muka serta membantu menghilangkan jerawat dan kedutan kulit. Kulit lebih berseri dan bermaya.
     Fabulous Night Serum 
  • Memberi kelembapan pada kulit muka, mengecilkan pori-pori, mengembalikan keremajaan kulit anti kedutan, mencerahkan kulit muka, membantu mengurangkan jerawat dan jeragat.
Produk Lets Cantik ini juga telah digunakan oleh orang ramai malahan artis tanah air juga menggunakan produk ini dan mereka sentiasa menerima reaksi yang positif daripada pengguna-pengguna yang telah mencuba produk ini mengenai keberkesanannya.

Bagaimana untuk mendapatkan Lets Cantik Skin Care?

Pada yang ingin mendapatkan produk ini anda boleh dapatkan di laman web rasmi yang baru sahaja di lancarkan  iaitu

Jom Cantik Dengan Lets Cantik Skincare
Buat masa ini NurSajat Beautician  memiliki dua cawangan iaitu di Galaxy Ampang Shopping Mall, Kuala Lumpur dan di Bandar Baru Uda Johor Bahru. Pusat kecantikan yang dimiliki NurSajat Beautician mempunyai 5 pembantu perubatan yang professional dan diiktiraf dari Kerajaan untuk memberikan rawatan kepada pelanggan.




Bagi yang berminat untuk menjadi stokis NurSajat Beautician untuk produk kecantikan Lets Cantik ini amatlah di alu alukan, pendaftaran stokis juga dibuka buat anda yang berminat. Jadi anda boleh ambil peluang ini untukmenjana pendapatan tambahan.Tambahan lagi ketika  dalam keadaan ekonomi yang kurang baik serta keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Perkhidmatan Lain NurSajat Beautician



Selain daripada penjualan produk Lets Cantik Skincare, NurSajat Beautician juga ada menyediakan pelbagai perkhidmatan lain di pusat kecantikannya yang terletak di Galaxy Ampang Shopping Mall dan Bandar Baru Uda Johor Bahru.

Jom Cantik Dengan Lets Cantik Skincare


Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Facial Treatment, Injection IV Drip, IV Drip, Drip, Facial, Nano Treatment dan banyak lagi. Jadi pada anda yang ingin  kelihatan cantik  boleh cuba perkhidmatan yang disediakan oleh NurSajat Beautician di pusat kecantikannya.

Pusat kecantikan yang dimilikinya juga sering dikunjungi oleh wanita-wanita korporat, pelakon, penyanyi, pereka fesyen, peragawati, suri rumah dan pelajar-pelajar. Untuk maklumat yang lanjut  atau untuk pendaftaran stokies anda boleh layari laman sosial “Instagram” milik Nur Sajat dan NurSajat Beautician.










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Photobook The Best Service




Photobook  The Best Service

Semalam photobook cik iena sampai, baru je submit order 30 November 2015 beberapa minit sebelum pukul 12 malam . 3 November Dah dapat . Cik iena dapat percuma je tau. Hanya bayar RM8 untuk postage je. Sebelum ni kan cik iena suka share photobok percuma :)
Rugi lah siapa tak beli voucher percuma tu.
Cik iena beli voucher percuma ni dah lama. dan tarikh print gambar last 30 November 2015 tu kelam kabut cik iena buat. Hentam je lah janji ada gambar. 
 


Photobook  The Best Service
 
Yang cik iena baru beli sebelum ni lambat lagi tarikh nya tahun depan.
okay boleh kumpul gambar lagi ni
Ahaa
pada yang berminat ni cik iena nak share korang boleh dapatkan photobook macam cik iena dalam gambar tu 40 pages serendah RM3
Nak ke tidakk???
 
Klik link di bawah ye
Photobook serendah RM3
Harga boleh berubah rubah bergantung pada promosi
(^_~)


Photobook  The Best Service
 
Okay kembali kepada tajuk atas tu photobook the best service

Photobook  The Best Service



Kenapa cik iena cakap macam tu sebabnya setiap kali cik iena beli tempoh cetak gambar tak lah lama sangat tau dan kualiti gambar pun memuaskan. Selain daripada tu banyak template photobook yang di sediakan.




Photobook  The Best Service


Bulan September yang lepas cik iena ada print gambar dengan syarikat lain. Bukan photobook lah. Ni nak habak ni sampai sekarang tak dapat gambar. Duit dah bayar. Bila follow up  boleh dia cakap minta maaf sebab server problem dan semua gambar hilang.


Grrrrrrr sakitnya tuh di sini.
Dah tau macam tu kenapa tak email client awal-awal dan bagi tau.
Bila dah dua bulan cik iena email baru nak bagi tau and minta maaf.
Then dia minta hantar semula gambar
T_____T
kita ni dah la tak da masa nak pilih2 hantar gambar balik
sakit betul hati
Oleh yang demikian pilih lah Photobook
lalallalalalaaaaaaaaaaa



Photobook  The Best Service






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve