Grab The Promo
Grab The Promo
Grab The Promo

Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh


Pada minggu lepas 7 febuari 2016 cik iena telah di jemput ke Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh yang bertempat di Hotel Sani Kuala Lumpur. Turut serta beberapa rakan blogger yang sama-sama memeriahkan majlis ini. Kami di undang khas bagi mewakili +Hai Blogger! Official .



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh


Jutaan terima kasih di ucapkan diatas undangan dan penghargaan terutama sekali buat founder Ilham Qaseh  serta Founder Hai Blogger iaitu Halim .






Glamnite with QisloversGlamnite with Qislovers Ilham Qaseh Ilham Qaseh
ucapan daripada pengasas Ilham Qaseh iaitu Puan Rosnizan Nawi

Acara di mulakan dengan ucapan daripada pengasas Ilham Qaseh iaitu Puan Rosnizan Nawi, Majlis ini diadakan bagi meraikan ahli keluarga besar Ilham Qasih yang bertungkus lumus mempromosi serta menjual tudung-tudung berjenama Ilham Qaseh sehingga ianya mendapat tempat di Hati Rakyat Malaysia Khususnya buat peminat Hijabista yang menggemarkan tudung yang trendy dan stylo.

Seterusnya turut diadakan pertunjukan fashion koleksi tudung daripada Ilham Qaseh. Majlis turut meraikan para agen dan stokies yang telah mencapai target jualan yang memberangsangkan. Selain daripada itu juga terdapat juga cabutan bertuah yang di berikan kepada para hadirin. Cik iena turut menjadi salah seorang yang bertuah pada malam tersebut.


 
Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Cik iena dapat cabutan bertuah  lavender coconut body scrub dari

@beautyjuicebyamina

Majlis seperti ini amat sesuai diadakan bagi meraikan usaha dan titik peluh pekerja-pekerja, agen-agen serta stokies supaya dapat membakar semangat mereka lagi bagi terus mempromosi sesuatu produk. Ianya untuk menghargai jasa dan keringat mereka diatas usaha-usaha mereka selama ini. Hadiah-hadiah yang di beri kepada agen mahupun stokis yang dapat mencapai target jualan juga dapat memberikan semangat lagi buat mereka.

Memang seronok kan kalau orang hargai kita. Cik iena pun suka macam ni. Bagus Ilham Qaseh, semoga terus maju dan success di masa hadapan nanti.


GAMBAR DI SEPANJANG MAJLIS



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena brsama rakan Make up Artist , MAria


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama blogger Dilla

Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Antara rakan blogger yang turut sama memeriah kan majlis


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Fashion & Beauty Blogger yang awesome gituh :)


Facebook :Ilham Qaseh
Instagram :  @ilhamqasehofficial


Kredit Gambar kepada : www.mohdzarin.com







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream


  Aiskrim gulung atau lebih di kenali dengan Fried Ice Cream di Thailand kini terdapat di malaysia. jika sebelum ini perlu ke Langkawi mahupun Thailand untuk memakan Aiskrim gulung tersebut , Kini ianya boleh di dapati di Kuala Lumpur .
 
 
Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream

Sebelum ini cik iena pernah makan aiskrim ini di Chiang Mai Thailand. Ababila video yang di muatnaik cik iena mendapat banyak view dan ramai yang bertanya di mana untuk dapatkan aiskrim ini di Malaysia. Cik iena mula mencari tempat di mana aiskrim ini di jual di Malaysia. 
Daripada yang cik iena google aiskrim ini di dapati di Langkawi. Tapi jauh sangat cik iena nak pergi kan.
Ada kawan yang kata di Nu Sentral, cik iena pergi tapi aiskrim tersebut sememangnya menggunakan teknik yang sama Fried di atas kuali leper yang sejuk cuma aiskrim tersebut tidak di gulung.

Jadi cik iena teruskan lagi misi, sehinggalah terjumpa Aiskrim tersebut.
Sebenarnya banyak je tempat yang kawan-kawan bagi tahu ada. Tapi cik iena tak da masa nak pergi terjah betul ke tidak hehe. Sehinggalah cik iena jumpa di time square. Masa tu baru lepas makan di boatnoodle . ahaa tempat kegemaran cik iena tu.
Okies jemput tonton video blogger gediks nie 
(^_~)
gediks ngan henset sendiri je :D
 
 
Aiskrim Gulung Thai di Monzeter Premium Fried Ice Cream Berjay...
Akhirnya cik iena jmp jugak aiskrim gulung yg pernah cik iena makan di Chiang Mai Thailand Di Malaysia,[http://bit.ly/aiskrimGulungThai]Sebelum ni cuba di Nu Sentral tapi tak sama [http://bit.ly/freshyfreeze]yg ni baru sebijik aiskrim gulung thai yg cik iena makan (^_~)Location : LG-18 | Monzeter Premium Fried Ice Cream Berjaya Time Square [Besebelahan Jipangi Ice Cream & Berdekatan Guardian]www.ienaeliena.comwww.instagram.com/ienaeliena
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 10, 2016


Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
ehh nak possing depan kedai ni, pekerja kat sini baik baik dan peramah tau

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
menu aiskrim yang anda boleh pilih

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
menu aiskrim yang anda boleh pilih

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
Nahhhh promosi istimewa, dapat aiskrim free tu. cik iena suka auchhhhhhh

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
okay jemput terjah fb dan ig mereka untuk tgk gambar ice cream yg menari tertarik the boomm



Nyummyyyyyyyy sedap tau. Cik iena and adik memang penggemar ais krim. Sedap aiskrim gulung kat sini tak manis potong kaki habaq hang. hehe makan banyak pun tak risau . Tapi harus pandai pilih kombinasi perasa dan sebagainya supaya tak manis tahap potong kaki lah. Cik iena cuba flavour Vanilla + Strawbery + Bluebery + Chocolate Cream . Kombinasi yang sangat sedap dan tak manis sangat. Just Nice :)

Lokasi : LG-18 | Monzeter Premium Fried Ice Cream Berjaya Time Square [Besebelahan Jipangi Ice Cream & Berdekatan Guardian]



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Shaklee Malaysia Mengumumkan Pelantikan Presiden Baru


Helen Lam sebagai Presiden, Shaklee Malaysia


Baru-baru ini, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden Shaklee Malaysia. Beliau  menyertai syarikat tersebut sejak Januari 2016

Sebelum ini, Helen telah pun bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung melangkaui 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional.
 “Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”, ujar Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.
Tambah beliau lagi, “Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.  Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.

Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif dengan rekod pencapaian cemerlang, berganding erat bersama para pengedar, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangkamasa panjang, di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah berkareer secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk pertumbuhan kedua-dua pasaran bakal dan sedia ada.

Tahniah Helen Lam, semoga Shaklee lebih berjaya :)

Untuk Maklumat Lanjut

Website : www.shaklee.com.my
Facebook : www.facebook.com/shakleeproductsmalaysia
Instagram : www.instagram.com/shakleeproductsmalaysia/

Untuk Pembelian Online juga kini anda boleh dapatkakn produk Shaklee di Lazada http://bit.ly/buyOnlineShaklee




Baru-baru ini, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden Shaklee Malaysia. Beliau ...
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 3, 2016


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox




BLESS TeaTox dihasilkan dari gabungan bahan semulajadi yang diadun khas untuk tujuan detoks iaitu  Menyahtoksin dan mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh dari dalam usus kita.


Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox

 

Detoks sangat penting untuk:

  •  membersihkan usus
  •  membuang toksin di dalam badan
  •  melancarkan proses pencernaan
  •  membantu buah pinggang untuk menapis darah
  •  meningkatkan keberkesanan fungsi hati dan hempedu
  •  membuang bahan buangan dari pundi kencing
  •  mambantu menurunkan berat badan



APA ITU DETOKS



Detoks adalah proses pembersihan usus dengan mengeluarkan toksin, lemak , lendir serta sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh dalam badan melalui proses pembuangan air besar.

Dengan pembersihan usus ini, barulah badan kita dapat menyerap nutrisi daripada makanan pada tahap yang optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum kita mengambil apa-apa supplemen supaya tahap penyerapan nutrisi berada pada tahap yang terbaik


Kebanyakkkan daripada kita tidak mengetahui bahawa pembersihan usus yang sempurna adalah amat penting untuk mengembalikan kesihatan badan kita ketahap yang seimbang serta dapat membantu menambah tenaga kita ketahap yang lebih baik.

KENAPA PERLU DETOKS


Tahukah anda bahawa Kebanyakan penyakit berpunca daripada usus.

Perut Punca Segala Penyakit


Sabda Rasulullah saw :
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan" (Riwayat Ad-Dailami)



Maka dengan itu amatlah penting bagi kita untuk melakukan pembersihan usus iaitu Detoks. Sepertimana juga kenderaan yang kita guna hari-hari yang mana ianya perlu di servis untuk memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan usus kita. "usus kita ibarat enjin kereta". Jika tidak di servis ianya akan mendatang kan masalah.


Sihat dan Kurus Dengan Bless TeaTox

Dalam kehidupan seharian sudah pasti banyak makanan yang kita makan sehinggakan ianya boleh mendatangkan bahaya pada tubuh badan kita . Ada juga diantara kita yang mengalami masalah penghadaman iaitu masalah sembelit dan sukar membuang air besar. Ini amat membahayakan kerana sisa-sisa yang tidak di perlukan serta toksin dalam usus kita boleh memudaratkan kesihatan kita dan mendatangkan pelbagai penyakit .



Kenapa sistem penghadaman penting? 


Jika sistem penghadaman tidak dijaga dengan betul akan membawa kepada gejala-gejala berikut:

  • Penambahan berat badan
  • Masalah gastrik
  • Perut Buncit
  • Kanser Usus
  • Masalah makanan tidak hadam
  • Sistem imun yang lemah
  • Kurang selera makan

Masalah kesihatan lain jika usus bertoksik

  • Arthritis-sakit sendi dan sengal-sengal otot.
  • Kuku dan rambut rapuh
  • Tekanan darah meningkat
  • Kelemahan mental-daya ingatan dan tumpuan yang lemah
  • Peredaran darah kurang baik-tangan dan kaki sejuk
  • Kerap kali sembelit atau cerit berit
  • Mengidam makanan
  • Kerap pening-pening lalat dan sakit kepala
  • Kesakitan pada leher dan bahu
  • Gejala putus haid-terasa putus haid
  • Mudah marah dan murung
  • Rendah tenaga syahwat
  • Haid tidak menentu
  • Rasa loya, betis dan kaki bengkak
  • Masalah kulit-jerawat, akne, eczema


6 punca penyebab penyakit dari perut


1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.


Justeru itu amatlah perlu untuk kita membuat pembersihan usus iaitu detoks bagi memastikan kita bebas dari penyakit yang membahayakan.


Bagaimana Bless TeaTox Dapat Membantu Anda?



Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox



Bless TeaTox dapat membantu :-

  •     Membersihkan kolon.
  •     Membunag toksin di dalam badan.
  •     Melancarkan proses pencernaan.
  •     Membantu buah pinggang untuk menapis darah.
  •     Meningkatkan keberkesanan fungsi hati dan hempedu.
  •     Membuang bahan buangan dari pundi kencing.

Bahan-Bahan Dalam Bless TeaTox 

 



Gabungan bahan semulajadi yang diadun khas untuk tujuan detoks. Menyahtoksinkan dan mengeluarkan sisa dari usus kita. Bahan-bahan semulajadi yang terpilih :-



Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox
serbuk Bless teatox


  •     Ekstrak teh hijau.
  •     Ekstrak limau.
  •     Ekstrak epal.
  •     Psyllium Husk.
  •     Germa Gandum.

Cara Pengambilan Bless TeaTox


Cara Pengambilan Bless TeaTox



Kelebihan Lain Detoks


  •     Mengurangkan kanser usus.
  •     Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman.
  •     Membantu sistem/proses pembuangan dengan lebih teratur.
  •     Membantu masalah sembelit.
  •     Meningkatkan tenaga.
  •     Memperbaiki kadar serapan nutrisi.
  •     meningkatkan daya fokus.
  •     Permulaan yang baik untuk menguruskan berat badan.
  •     Meningkatkan kesuburan.
  •     Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.
  •     Meningkatkan kesihatan secara total.


Okay panjang lebar cerita cik iena. Untuk pengetahuan cik iena mengalami masalah sembelit. Masalah ni sememangnya membuat cik iena tak selesa. mana takna berhari-hari tak membuang, perut rasa tidak selesa. Rasa buncit, eh bukan rasa tapi memang buncit. Sungguhpun cik iena kurus, perut berlipat-lipat. Alhamdulillah selepas mengamalkan Bless teaTox perut cik iena tidak lagi buncit dan cik iena dapat membuang air besar dengan mudah. Tak perlu risau lagi hari ni dah membuang ke belum.

Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox



Cik iena telah mengamalkan Bless TeaTox dan kesannya amat memberangsangkan untuk sistem penghadaman dan pencernaan cik iena. Bila cik iena makan je, beberapa minit mesti nak cari toilet. Walaupun nak ke toilet tapi proses pembuangan tu tak sakit tau. normal je. Just bagi hint nak membuang. Kalau tak bagi hint tu payah la pulak kan.



Selepas mengamalkan Bless TeaTox selama tiga hari berturut, berat badan cik iena berkurangan sebanyak 2 kilo. Jadi kepada anda yang berhajat untuk mengurangkan berat badan  Bless TeaTox
amat sesuai untuk anda. Cik iena amalkan Bless TeaTox sebab masalah sembelit yang cik iena alami sejak kecil lagi . Bila berat berkurang ni cik iena makan lagi banyak sebab cik iena taknak hilang berat badan  dan cik iena tak perlu risau tak boleh membuang dah. Cuma cik iena kurangkan pengambilan Bless TeaTox kepada seminggu dua kali untuk mengelakkan cik iena kurus melengkung haha.




Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox


Untuk Mengetahui lebih lanjut Tentang Bless TeaTox Sila Layari www.blessmania.com

Sebelum ni cik iena ada meminum teh orang kampung untuk atasi masalah sembelit ni. Ya Ampun kalau lambat berterabur lah nak oi. Berkesan tapi perut memulas-mulas. Sakit ya amat. Cik iena minum beberapa kali je dah stop sebab tak tahan sakit perut dia terus nak keluar. Kalau Bless Teatox ni boleh buat dialog "Sabar Ye Nak " sambil usap-usap perut,  hahah boleh hold2 hold dulu nak buang ke tidak sebab tak sakit. Tapi better buang lah kan cuma nak bagi tau kat sini Bless Teatox punya pembuangan air besar tu secara semulajadi. takda paksa-paksa kene pergi toilet cepat. Itu kesan pada cik iena lah.

Kalau anda nak tahu keberkesanan nya pada tubuh anda boleh lah beli secara online di www.blessmania.com/bc/beli-online.php

Atau boleh juga beli dari cik iena . Kalau beli online di blessmania lagi untung lah sebab penghantaran percuma tau. Cuma minimum pembelian adalah dua botol.



Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox


 HARGA BLESS TEATOX


Sebotol 150gram - RM120
untuk 2 botol RM240 RM180 + Keahlian percuma







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Free 25 pcs of 4R Photo Print from Photobook Malaysia


Hai korang Qoo10  berbesar hati nak bagi percuma  25 keping gambar 4R dari Photobook Malaysia. Jom jangan lepaskan peluang ini okay. Cik iena memang peminat tegar Photobook ni. Selalu beli voucher photobook. Haa kalau free ni lagi lah laju kan. Jom jangan lepaskan peluang ni.


Free 25 pcs of 4R Photo Print from Photobook Malaysia


Mengikut description hanya mobile apps user je boleh guna. Tapi cik iena beli guna laptop je ni boleh haha . So ape lagi moh kita. Klik Link ni Free 25 pcs of 4R Photo Print from Photobook Malaysia


Wokay cik iena nak sambung kerja.hahah
cik iena dah beli dua akay sebab cik iena ada dua account facebook
yeayyy dah ada 50 keping gambar 4R percuma tak termasuk yang sebelum-sebelum ni sangat banyak haha
Tetamu yang datang rumah muntah darah tengok album and photobook gamba cik iena je..lalallala
ada kita kisah ahahaha..
dok upload kat facebook and instagram je bukan boleh simpan jadi kenangan kan
so kita print kan dia
jom jangan lepaskan peluang
okay bye
kerja time
(^_~)
 





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve