Grab The Promo

Jualan honor 5C Cecah 9,000 Unit Sejak Dilancarkan di Malaysia


Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799


Sejak Pre-Order dibuka hingga kini, terdapat lebih 9,000 unit Honor 5C terjual. Ini merupakan permulaan yang baik bagi model terbaru dari honor Malaysia ini. Sebagai tanda penghargaan kepada peminat honor yang telah membuat tempahan awal (pre-order) bagi honor 5C  ini melalui VMall Malaysia dan Lazada Malaysia, Pihak Honor Malaysia telah meletakkan hadiah tambahan bagi setiap pembelian Honor 5C yakni honor selfie stick yang berharga RM78.


Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799
Honor 5C  boleh didapati pada harga RM799 (Grey dan Silver) dan RM849 (Gold).



Hadiah tambahan ini akan dihantar sekali bersama Honor 5C yang  telah ditempah awal oleh pihak platform e-commerce yang berkenaan.

Untuk pengetahuan , Honor 5C boleh menjadi milik anda pada harga RM799 bagi warna Grey dan Silver, manakala Honor 5C bewarna Gold pula pada harga RM849. Sekaligus menjadikan ia salah satu peranti terbaik bagi golongan pertengahan pada harga dibawah RM1,000.


Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799




Sama seperti model terdahulu, Honor 5C hadir dengan one-to-one exchange policy bagi tempoh 6 bulan dari Honor Malaysia.

Kepada anda di luar sana yang berhasrat untuk mendapatkan smartphone berspesifikasi tinggi pada harga bawah RM1000 boleh la dapat kan Honor 5C ini .
Anda boleh dapatkan di laman rasmi VMall Malaysia Dan Lazada Malaysia .
 Cik iena sendiri telah mencuba Honor 5C dan cik iena sangat suka kan telefon bimbit ini .  Review dari cik iena mengenai Honor 5C yang mendapat 18,937 view sehingga tarikh 14 july 2016


Jualan honor 5C Cecah 9,000 Unit Sejak Dilancarkan di Malaysia



Untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila layari http://www.hihonor.com/my 

#ThePowerFromWithin #honorMY #ForTheBrave






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Suara Yuna Kini Boleh Dimuat Turun Sebagai Nada Arahan Di Dalam Waze


Aplikasi Waze merupakan satu navigasi yang begitu luas di gunakan di seluruh dunia sekarang di mana rata-rata pengguna jalanraya di Malaysia menggunakan aplikasi ini jika memerlukan GPS.


Suara Yuna Kini Boleh Dimuat Turun Sebagai Nada Arahan Di Dalam Waze



Aplikasi Waze ini seperti yang semua tahu ianya didatangkan dengan pelbagai nada suara untuk arahan kepada pengguna.

Untuk pengetahuan anda, terbaru dan paling terkini, pihak Waze telah memuat naik suara arahan terbaru di dalam sistem mereka iaitu menggunakan suara penyanyi terkenal Malaysia iaitu Yuna Zarai.



Suara Yuna yang dibawakan oleh Calpis berkenaan membolehkan para pengguna atau peminat Yuna mendengar Yuna memberi arahan di dalam Waze.
Jadi sekarang anda boleh memandu sambil di temani oleh suara penyanyi kesayangan anda . Cik iena pun excited cuba tau . Buat masa ni baru tukar setting nanti kalau cik ien drive cik iena nak cuba :)


Untuk memuat turun suara arahan Yuna anda boleh ke halaman Settings & Sound, dan memilih daripada pilihan pada Navigation Guidance. -
Suara Yuna Kini Boleh Dimuat Turun Sebagai Nada Arahan Di Dalam Waze



Sumber : www.siakapkeli.my




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Warna warni Aidilfitri Miss Ratu Kebaya


Istimewa buat adik-adik dan kakak kakak yang meminati dunia peragaan, satu pertandingan Miss Ratu Kebaya akan diadakan di Sungei Wang Plaza pada 23 July 2016 .
 
 
 
 
Warna warni Aidilfitri Miss Ratu Kebaya
Pertandingan ini berkonsepkan  "Baju Kebaya" di mana para peserta di kehendaki memperagakan Busana Kebaya dari koleksi sendiri mahupun dari mana-mana penaja yang sudi menaja peserta .
 
Peserta juga di kehendaki menyediakan juru make up sendiri atau peseta juga boleh menyolek diri sendiri jika jika mempunyai bakat solekan terpendam :)
 
Untuk pengetahuan semua, cik iena pernah menjadi model suatu ketika dulu di mana cik iena mula bertapak dari pertandingan-pertandingan seperti ini . Jadi kepada yang bertanya kepada cik iena bagaimana cik iena memulakan karier sebagai model sambilan suatu ketika dulu, ini adalah jawapannya dari pertandingan-pertandingan yang cik iena sertai.
 
Untuk menonjolkan bakat kita supaya di ketahui umum kita seharusnya berani menonjolkan diri dengan menyertai mana-mana pertangdingan yang ada kaitan dalam dunia peragaan . Kita tidak boleh mengharap pada paras wajah sahaja. Kita seharunya berusaha agar orang ramai dapat melihat bakat yang kita ada.
 
Tanpa usaha kita tidak akan berjaya . Dengan ada nya usaha itu suatu hari kelak kita pasti di kenali.
wahh cewahhhh.. ehh tapi sekarang cik iena dah kurang aktif modelling sebab cik iena lebih prefer jadi part time blogger . Auchh masyuk.. banyak sponsor gituh tapi portfolio kerjaya as part time model pun membantu iena juga untuk job  beauty blogger or  job fashion blogger :) 

Jadi jadi jadi, jika anda meminati dunia peragaan ini berusahalah agar anda di kenali ramai. Bukan hanya duduk berdiam diri mengharap job dari orang tanpa usaha untuk menaikkan nama sendiri (^_~)



 Okay jemput baca syarat syarat yang di tetapkan oleh pihak penganjur .
 
Warna warni Aidilfitri Miss Ratu Kebaya

Syarat syarat penyertaan


* berumur 13 tahun keatas...
* pakaian sendiri
* Mua sendiri
* yuran rm80
* percuma gambar saiz a4 siap print
* tarikh tutup 15 julai 2016

Untuk Sebarang pertanyaan Sila hubungi...


Call : 017-6403593
Whatsapp : 012-5073556
Nak tahu lebih lanjut mengenai hadiah semua sila rujuk facebook mereka ya 
Facebook Event : Miss Ratu Kebaya 
Location Map : Sungei Wang Plaza






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat


Isnin yang lepas, iaitu beberapa hari sebelum raya . Cik iena dan rakan pejabat sempat mengambil gambar berbaju raya bersama rakan pejabat di pejabat cik iena yang terletak di level 15 Q Sentral Kuala Lumpur .

Walaupun ada yang sudah bercuti hari raya namun kami masih meneruskan niat untuk mengambil gambar raya. Pada hari tersebut, rakan-rakan yang beragama islam hadir dengan memakai baju raya masing-masing.

Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
Tiru gaya cik iena katanya


Cik iena pun sudah pasti lah berbaju raya sendiri juga. Cuma nya kalau yang lain pakai baju raya tahun lepas. Cik iena pula pakai baju raya tahun ni sebab cik iena ada banyak baju raya . Naik pitam juga nak pakai 15 pasang baju raya . 10 diantaranya adalah baju sponsor .


Terima kasih tidak terhingga buat butik-butik yang sudi menaja baju raya cik iena pada tahun ini. Di harap pada tahun akan datang kita akan bekerjasama lagi yeayyy..

Okay jemput layan gambar yang sempat diambil

Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
Awek2 ionnex

Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
amacam macam pinang di belah 22 tak sebelah kiri and kanan.. yang tengah tu takde yang sedondon haha


Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
Ini semua membahan cik iena la ni


Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
Next top model



Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
Pantang di offer bergambar hahaha

Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
sebahagian besar rakan pejabat dan boss2

Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
possing aihh

Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
Nak main meriam buluh

Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
belakang tu otomen sesat

Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
antara pekerja beragama islam di Ionnex

Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
peaceeeeeeeeeee

Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
possing lagi

Photoshoot Pre Aidilfitri 2016 bersama rakan pejabat
jom main meriam buluh kat opis haha




Okies nanti kita sambung ambik gambar dinner raya okay. Hope semua ada la masa tu

Nota Blog : Untuk pengetahuan cik iena bukan lah fulltime blogger . Ini kerja fulltime cik iena.
Cik iena bekerja sebagai Programmer (Pengaturcara komputer) . Krik krik kurlas kak ton kerja programmer tau. Bukan calang calang perempuan yang bertahan kerja sebagai programmer. Kebanyakan programmer adalah lelaki. Banyak cabaran nya bekerja sebagai programmer ni . Terutama dari segi Masa . Bertabahlah wahai cik programmer..




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs


Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs

Pada musim perayaan ini sudah pastinya anda akan berebut-rebut power supply untuk mengecas telefon bimbit anda ketika keluar beraya di rumah sanak saudara mahupun rakan-rakan. Ada yang membawa power extension balik kampung semata-mata untuk memastikan yang kita dapat mengecas telefon bimbit mahupun tablet yang lain ketika pulang berhari raya.
Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs



Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs
Alhamdulillah ianya tidak terjadi pada cik iena kerana dengan adanya Innergie LifeHub, amat mudah untuk cik iena mengecas telefon bimbit beserta powerbank tanpa perlu berebut power supply malahan keluarga yang lain juga boleh turut sama menggunakan caj tersebut kerana Innergie LifeHub mempunyai 3 hub untuk di gunakan. Tambahan pula kadar pengecasan nya sangat pantas sama seperti charger original telefon bimbit anda.



Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs
Dengan kadar kepantasan pengecasan ini juga memudahkan sanak saudara saling tumpang menumpang untuk mengecas telefon bimbit masing-masing ketika pulang berhari raya. 
Untuk pengetahuan, Cik iena sendiri telah pun mencubanya sejak hari raya pertama dan cik iena sangat suka akan kadar kepantasan mengecas Innergie LifeHub . Dan kini cik iena tak perlu menunggu handphone penuh bateri untuk mengecas handphone cik iena yang lain serta powerbank powerbank koleksi cik iena . 

Almaklumlah cik iena blogger, memang ada banyak handphone and powerbank. Semua perlu di charge. jadi dengan adanya Innergie LifeHub ianya tersangatlah membantu cik iena tau.
Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs
Gambar ketika raya :Balik rumah je semua cari charge, okay tak perlu berebut dah..iena pakai satu yang lain mak n abah


Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs
Gambar ketika waktu rehat di pejabat, cik iena dan rakan pejabat makan sambil charge handphone dan powerbank. Tak perlu risau jauh dari plug sebab wayar nya sangat panjang so sambil makan tu boleh je jeling-jeling hanphone. Nak online fb ke ig ke..memang takde masalah dengan Innergie ni tau :)


Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs
Gambar ketika waktu rehat di pejabat, cik iena dan rakan pejabat makan sambil charge handphone dan powerbank. Tak perlu risau jauh dari plug sebab wayar nya sangat panjang so sambil makan tu boleh je jeling-jeling hanphone. Nak online fb ke ig ke..memang takde masalah dengan Innergie ni tau :)

 Innergie LifeHub (3 USB Power Hub with Extended Reach)


Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs
  • Dalam bentuk titik air mata Aesthetics yang sangat menarik
  • Output 6.3A untuk mengecas lebih cepat
  • Tiga port USB untuk mengecas secara Serentak
  • InnerShield ™ Perlindungan Kuasa
  • Teknologi Bersepadu Greensense ™

Specifications

Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs

  •     AC Input
  •     100-240V AC / 1.2A 50-60 Hz
  •     USB Output
  •     5V DC / 2.1A (Each Port)
  •     USB Port
  •     3 Ports
  •     Output Power
  •     31.5W
  •     Dimensions (L × W × H)
  •     81.9 × 45.5 × 18.2 mm
  •     3.3 × 1.8 × 0.7 in
  •     Weight*
  •     79.2 g / 2.8 oz
  •     Cable Length
  •     4.5 m / 14.7 ft.
  •     * Weight excluding cables & accessories (+/- 10g)

Innergie LifeHub The Best USB Charging Hubs
Macam mana ? menarik kan. Cik iena memang suka sangat. Alhamdulillah cik iena antara yang terawal dapat mencuba produk ini . Nantikan produk ini di pasaran Malaysia tidak lama lagi tau .

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini sila layari http://www.myinnergie.com/us/product/11

Okay now boleh dapatkan produk ini di Lazada tau . Klik http://bit.ly/InnergieLifeHub3


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve