Grab The Promo
Grab The Promo

ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Face Tonic


ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Face Tonic
Face Tonic atau Toner atau penyegar adalah salah satu daripada produk asas yang perlu dimiliki setiap jenis kulit dalam rangkaian penjagaan wajah. Setiap jenis kulit memerlukan toner dan akan merasakan manfaatnya asalkan memilih jenis toner yang tepat untuk kulitnya. Toner perlu di pilih dengan baik agar ianya sesuai di pakai oleh kulit kita.

Pada saat kita membersihkan wajah, baik menggunakan pembersih makeup ataupun sabun cuci muka, kita mengangkat semua kotoran yang ada di liang-liang. Ibaratnya seperti span pencuci pinggan mangkuk yang berlubang dan setelah dicuci bersih kita lap hingga kering, pori-pori yang sudah kita bersihkan menjadi "kosong" seperti rongga-rongga dalam span pencuci pinggan tersebut. Toner berfungsi mengembalikan semula kesegaran pada kulit dengan "membasahi" liang-liang tersebut sehingga kulit kembali kelihatan segar dan kenyal. 
Selain itu, kulit yang segar kerana toner akan lebih mudahnya menyerap produk-produk rawatan wajah selepas. Toner juga berfungsi menyeimbangkan pH balance pada kulit selepas kita bersihkan. Selain itu, produk ini juga membantu membersihkan sisa-sisa pembersihan yang melekat pada kulit. Perlu diingat, bahawa toner tidak berfungsi sebagai pembersih, seharusnya pada tahap ini kulit kita sudah bersih dengan sempurna selepas proses pembersihan dengan pembersih makeup dan sabun cuci muka.


Make Up Cleanser Milk sangat bagus untuk membersihkan solekan dari wajah di samping memberikan nutrisi pada wajah serta mengekalkan kelembapan wajah . Buat anda yang berkulit kering.



Setiap kulit memerlukan toner - baik kulit kering, normal mahupun berminyak sekalipun. Kita perlu bijak  memilih toner yang tepat untuk kulit kita. Kerana, apabila kulit kekurangan kelembapan dan cecair, maka kulit akan menghasilkan lebih banyak sebum untuk mengatasi kekurangan bekalan kelembapan tersebut.

Untuk kulit kering dan normal pilihlah toner yang boleh menambah kelembapan pada kulit iaitu toner yang mempunyai kandungan Hyaluronic Acid dan / atau glycerin sebagai kandungan utama toner tersebut. Elakkan toner yang mengandungi alcohol denat kerana boleh membuat kulit kering makin kering lagi dan lama-kelamaan dehidrasi.

Manakala untuk kulit berminyak boleh memilih toner yang dapat membantu mengekalkan pengeluaran minyak di wajah dan juga memberikan hasil yang matte seperti toner yang mengandungi zinc. Selain itu, biasanya toner yang dikhususkan untuk kulit berminyak mengandungi astringen tinggi sehingga membuat kulit pedih. Elakkan jenis toner seperti ini terutama dengan kandungan alkohol tinggi. Walaupun alkohol memberikan kesan matte pada awal pemakaian, tapi hasil tersebut hanya bersifat sementara.

ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Face Tonic

Dalam mengatasi beberapa masalah kulit ini Toner dari Ecowell Organic Skincare sesuai digunakan oleh semua jenis kulit kerana ianya mengandungi bahan organik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit serta membuang sebum serta kulit mati pada kulit disamping ianya tidak mengeringkan kulit malah ianya melembabkan kulit.






ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Face TonicCik iena sendiri telah mencuba Face Tonic ini selama 18 hari .  Kulit lebih lembab dan glowing di tambah lagi dengan penggunaan Ecowell Make Up Cleanser Milk , Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream, Liquid Facial Soap dan Cell Renewal & Hydrating Face Mask.

Face Tonic ini memberikan kesegaran serta kelembapan pada raut wajah anda. Ianya juga tidak berminyak atau melekit. Ianya mudah meresap kedalam kulit dengan pantas.

Untuk mengelakkan pembaziran cik iena tidak menggunakan kapas seperti yang dinyatakan . Cik iena hanya sembur/spray pada wajah dan ratakan. Oleh sebab ianya dalam bentuk spray , sangat mudah untuk di aplikasikan dan ianya di yakini bersih kerana tiada sisa-sisa kotoran/ bakteria tangan melekat pada produk tersebut .

Produk produk kecantikan ini perlu di jaga rapi dari di hinggapi bakteria bakteria yang sedikit sebanyak mampu mengurangkan hasil yang sepatutnya di terima selepas memakai produk kecantikan. Produk-produk yang di cemari bakteria tidak akan memberi kesan yang sepenuhnya .

Jadi pada cik iena packaging produk jenama Ecowell ini sangat bagus, dengan menggunakan spray termasuk untuk krim pelembab muka . Kebiasaannya krim pelembab dalam bekas yan memerlukan kita menggunakan spatula yang bersih untuk mengambilnya bagi menhindari dari ianya di jangkiti bakteria tetapi kebiasaannya kita selalu engambil dengan menggunakan jari, ini sedikit sebanyak akan mendatangkan bakteria jika tangan kita tidak bersih.

ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Face Tonic


Kepada anda yang berminat untuk mencuba produk ini bolah dapatkan di senarai online store di bawah . Ianya juga di jual dalam bentuk trial pack bagi memudahkan anda untuk mencuba produk ini terlebih dahulu . 

Kebiasaannya tahap kesesuaian sesuatu produk kepada seseorang adalah berlainan . Jadi anda boleh mencuba trial pack tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui keberkesanannya . Cik iena sendiri mencuba trial pack tersebut. Nanti cik iena akan kongsikan lagi apa yang ada dalam trial pack ini dalam artikel berikutnya .

Set Lengkap Ecowell yang mengandungi Face Tonic, Ecowell Make Up Cleanser Milk , Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream, Liquid Facial Soap dan Cell Renewal & Hydrating Face Mask.
Set Lengkap Ecowell yang mengandungi Face Tonic, Ecowell Make Up Cleanser Milk , Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream, Liquid Facial Soap dan Cell Renewal & Hydrating Face Mask.



 DI MANA ANDA BOLEH DAPATKAN PRODUK INI ?




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


IJM Land Half Marathon 2016, tarik lebih 6000 penyertaan!


Pada 14 Ogos 2016, telah berlangsung acara larian IJM Land Half Marathon 2016 di  yang bertempat di Dataran Centrio, Seremban 2. Ia merupakan acara marathon tahunan anjuran IJM Land Berhad yang telah diadakan buat kali ke-5 dan apa yang menarik kali ini adalah penglibatan seramai lebih dari  6,000 penyertaan dari komuniti penduduk perumahan Seremban 2 dan kawasan sekitarnya.
IJM Land Half Marathon 2016, tarik lebih 6000 penyertaan!
Runners for the 10km Boys and Girls Junior category charging upon flag-off at the IJM Land Half Marathon 2016.
Untuk aktiviti larian ini, IJM Land ingin mengetengahkan gaya hidup sihat kepada masyarakat disamping inisiatif amal keperihatinan terhadap kesedaran membantu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia (MLDA).

IJM Land Half Marathon 2016, tarik lebih 6000 penyertaan!
Runners for the 10km Boys and Girls Junior category raring to go for IJM Land Half Marathon 2016.

Marathon dengan tagline ‘Run Together, Bond Stronger’,  ia memperkenalkan jarak larian baharu sejauh 21 KM, disamping 10KM merangkumi kategori junior lelaki dan perempuan berusia 12 hingga 17 tahun dan juga kategori ‘fun run’. Ia merupakan acara tahunan yang kini semakin mendapat sambutan sebagai platform perpaduan yang strategik terutamanya kepada komuniti Seremban 2 demi menyokong gaya hidup sihat, prihatin dan sejahtera. 

(Dua dari kanan) Mr Edward Chong, Pengarah Urusan IJM Land Berhad dengan 5 pemenang utama bagi kategori 21km Men Open Category
(Dua dari kanan) Mr Edward Chong, Pengarah Urusan IJM Land Berhad dengan 5 pemenang utama bagi kategori 21km Men Open Category
Menurut Encik Edward, "Ini wira Tanpa Tanda Perkhidmatan penterjemahan memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup dan meningkatkan kualiti hidup untuk ahli-ahli yang terpinggir dan kurang bernasib baik dalam masyarakat kita. Oleh itu, ia adalah keseronokan yang hebat dan kehormatan dapat menyumbang ke arah usaha-usaha kedua-dua organisasi yang luar biasa, melalui IJM Land Half Marathon 2016, ". 

IJM Land Half Marathon 2016, tarik lebih 6000 penyertaan!
Yang Berbahagia Dato 'Soam Heng Choon (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad bersama-sama dengan pelari terpantas IJM Land Half Marathon 2016, Lim Khon Seng (kiri) dan Danielle Nant (dua dari kanan) digambarkan dengan Challenge mereka Trofi (trofi untuk diberikan kepada yang paling pantas lelaki dan wanita pelari IJM Land Half Marathon 2016). Turut kelihatan adalah maskot IJM Land Baby Dino.
Untuk acara ini, Satu jenama baru Challenge Trophy - IJM Land Half Marathon Challenge Trophy - telah diperkenalkan buat kali pertama tahun ini, dengan tujuan untuk meraikan pelari terpantas dan memperingati detik-detik larian terbesar mereka. Piala Pusingan akan diberikan kepada peserta yang paling cepat dan wanita yang mampu atas kategori masing-masing selama tiga tahun berturut-turut.

Selain daripada kategori 21km (Half Marathon) untuk lelaki dan wanita yang berusia 18 tahun ke atas, terdapat juga 10KM kategori untuk kanak-kanak lelaki junior dan perempuan berusia 12 hingga 17 tahun, sama seperti kategori Fun Run .

IJM Land Half Marathon 2016, tarik lebih 6000 penyertaan!
Dato ' Soam dengan 5 pemenang utama 21km Wanita Kategori Terbuka, di mana Danielle Nant (dua dari kanan) tempat pertama dalam 21km Wanita Terbuka dan juga pemenang Piala Pusingan bagi kategori wanita.

Semua peserta membawa pulang cenderahati oleh Platinum Penaja, BMW Welt Millennium Seremban, custom-made Finisher Medal dan sijil penyertaan. Sementara itu, pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh dalam semua enam kategori menerima Sworke Optimus eyewear (dua bingkai dengan Revo kanta).

Pengunjung dan peserta juga dapat melibatkan diri dalam suasana karnival yang lengkap dan dapat menikmati banyak makanan percuma seperti  popcorn, gula-gula kapas, dan banyak lagi. Terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma,  perundingan Perubatan Cina Tradisional (TCM) percuma, organ derma, pemeriksaan tulang belakang percuma dan cek postur, serta percuma KT merakam untuk pelari. Terdapat juga hadiah cabutan bertuah yang lumayan bernilai lebih daripada RM 25,000 untuk dimenangi, termasuk sepuluh pasang Sworke Primus dengan kanta polarisasi dan hadiah utama Apple iPhone 6S dan TV LG LED Smart.

Penaja rasmi IJM Land Half Marathon termasuk  BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, McDonald’s and Spine & Joint. The IJM Land Half Marathon 2016 is also supported by media partner Sin Chew Daily, medical partner SEHAT Medical Wellness Centre, technical partner The Event Crew (TEC) and official apparel, Reverse.
Untuk maklumat lanjut mengenari larian ini sila rujuk www.ijmlandrun.com






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Street Churros IOI City Mall Putrajaya


 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
Churros merupakan sejenis makanan ringan atau snack atau sejenis pastri yang digoreng rangup, dibuat dari adunan asas choux.,Choux sendiri merupakan adunan pastri ringan yang biasa digunakan untuk membuat kuih.

Churros sangat terkenal di Sepanyol, Perancis, Filipina, Portugis, Amerika Latin dan U.S.

Selain daripada itu Churros juga terkenal di Korea Selatan , ianya di jual di tempat tempat tarikan pelancong dan juga di dalam mall  mahupun di jalanan. Cik iena sendiri telah menikmati keenakan Churros di taman tema Everland Korea Selatan
Terdapat dua  jenis churros di Sepanyol, jenis yang pertama umumnya tipis (kadang-kadang dengan bentuk simpul) manakala yang lain berbentuk panjang, dan tebal. Churros biasanya dimakan semasa sarapan pagi dengan dicelupkan pada minuman coklat panas yang kental. 
Istimewa buat peminat Churros di Malaysia, Kini anda tidak lagi perlu ke Korea atau mana-mana negara lain untuk menikmati keenakan sebenar Churros . Kenapa cik iena katakan keenakan sebenar Churros kerana dari apa yang cik iena rasakan Churros yang di jual di stall-stall di Kuala Lumpur yang pernah cik iena cuba tidak sama dengan apa yang cik iena makan di Korea .  Di  Street Churros IOI City Mall Putrajaya anda dapat nikmati keenakan Churros yang di goreng panas panas buat anda di mana dohnya di adun sendiri di kedai tersebut dan bukan frozen daugh.



Setiap Churros yang di sediakan akan di buat apabila terdapat permintaan maka dengan itu kesegaran, kerangupan, kelembutan  dan keenakan churros asli dapat di kekalkan .

Berbeza dengan churros di jalanan di Kuala Lumpur yang cik iena pernah beli di mana ianya telah di goreng terlebih dahulu dan dohnya seakan lembik dan tidak rangup kerana telah di goreng terlebih awal.


Baru-baru ini cik iena berkesempatan menghadirkan diri pada sesi food review bersama blogger anjuran blogger yang  tidak asing lagi iaitu  +Bro Framestone  .

Terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana menjemput cik iena. Sudah pasti cik iena tidak akan melepaskan peluang kerana cik iena juga merupakan penggemar Churros . Pertama kali menikmati churros adalah di Korea kemudian cik iena buat sendiri di rumah  dan seterusnya cik iena juga ada membeli di kedai di sekitar kuala lumpur yang pastinya rasa nya berbeza dengan Churros yang pernah cik iena makan di Korea.

Jadi peluang ini cik iena ambil untuk menikmatikeenakan Churros resepi dari Korea. Okay untuk itu cik iena tunjukkan sedikit gambar sewaktu di  Street Churros IOI City Mall Putrajaya.





Gambar Cawangan Pertama  Street Churros di  IOI City Mall Putrajaya


Street Churros IOI City Mall Putrajaya merupakan cawangan pertama yang di buka dan  selepas ini akan ada lagi cawangan-cawangan lain yang akan di buka di sekitar kawasan hotspot di Malaysia .
 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
 Street Churros IOI City Mall Putrajaya

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
 Street Churros IOI City Mall Putrajaya

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
 Street Churros IOI City Mall Putrajaya

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
 Street Churros IOI City Mall Putrajaya

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
 Street Churros IOI City Mall Putrajaya

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
 Street Churros IOI City Mall Putrajaya

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
 Street Churros IOI City Mall Putrajaya


 Okay dibawah pula cik iena kongsikan gambar Churros yang terdapat di sini .



 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
Antara minuman yang terdapat di sini .

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
Churros dengan perisa Cinnamon, cheese dan coklat  RM4.90 setiap satu
 Diantara ketiga tiga perasa cik iena lebih menggemari Cheese. Sudah pasti cik iena suka cheese kerana cik iena sememangnya penggemar cheese .  Namun perasa Cinnamon dan coklat juga enak di makan semasa panas.


 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
Filling Chu dengan krim perisa Coklat, Cheese atau Blueberry , RM7.90 setiap satu


Untuk filling Chu ini , buat masa ini hanya terdapat perisa coklat dan blueberry . Akan datang akan ada perasa cheese. Haa ini memang cik iena tak sabar nak cuba tau. Peminat tegar cheese lah katakan. 
 Kepada anda yang keluar makan dengan insan istimewa pendek kata Dating, mohon jangan pesan yang filling chu tau. Kalau comot cik iena tak jamin sebab isinya memang banyak. Meleleh gitu . tak rugi bayar RM7.90 tu tau . Haa tak mau bawa pakwe tau nanti tak comel. Tapi boleh je nak makan cik iena cuma bagi cadangan sebabnya cik iena makan comot hahaha. tapi memang best la sebab isi nya banyak . Makn sopan sopan tau.

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
Ah Chu' - Churros  bersama Ais krim - Choco Choco, Choco Berry, Strawberry dan Vanilla , RM7.90 setiap satu

Ah Chu ni sangat  sedap tau . Kombinasi Churros dengan aiskrim memang terangkat. Jangan lupa cuba tau . cik iena juga di beritahu akan ada lagi menu menu lain yang di bawa khas dari Korea pada masa akan datang . Diantaranya Churros dengan ice blended . Tak sabar cik iena nak cuba :)

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
Banana Shake

 Haaaa Banana Shake ni cik iena bagi 10 Bintang. Pada yang suka minum banana milk pasti akan jatuh cinta dengan banana shake ni . Sewaktu cik iena di Korea Banana Milk adalah minumah wajib cik iena pada setiap hari . Apabila menikmati Banana shake ini terasa seolah memori lama di Korea kembali.
 Rasa pisang yang tidak terlalu pekat dan manis serta tidak muak  membuatkan anda pasti akan jatuh cinta. Air ini sangat sesuai untuk sistem pencernaan badan kita. Memang bagus untuk kesihatan.

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
Ah Chu' - Churros  bersama Ais krim - Choco Choco, Choco Berry, Strawberry dan Vanilla

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
ehh cik iena dengan anak +Bro Framestone , baby fyna . alaaa manjanya. dia tinggalkan kesan kat cik iena okay hahahha..kite kene cencing ahahah


 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
Terima Kasih +Bro Framestone  dan Leon atas jemputan


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari
Alamat : Street Churros ,Lot LG-66A ,   IOI City Mall Putrajaya




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream



ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Make Up Cleanser Milk
Moisturuzing cream atau krim pelembabsangat penting untuk perawatan kulit tidak kira untuk kegunaan siang hari mahupun malam hari terutama buat anda yang bermasalah kulit kering.

Penggunaan yang konsisten mampu memberikan kelembapan pada wajah anda dan merawat masalah pada wajah anda.

Terdapat banyak jenis Krim pelembab yang berada di pasaran, diantaranya yang harus anda cuba adalah  Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream  dari Ecowell . Ianya merupakan Organic Skincare yang di cipta has buat anda untuk merawat kulit anda secara semulajadi tanpa bahan yang boleh memudaratkan kulit anda. Krim pelembab yang berasaskan bahan semulajadi sangat di sarankan kerana pelembab berbahan semulajadi ini mampu  membantu mempertahankan kelembapan kulit lebih lama berbanding pelembab yang bukan dari bahan semulajadi.

Selain daripada itu di sebabkan ianya daripada bahan semulajadi , jadi ianya sangat bagus untuk di gunakan  dalam jangka waktu yang cukup panjang . Pelembab berbahan semulajadi ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit .



Make Up Cleanser Milk sangat bagus untuk membersihkan solekan dari wajah di samping memberikan nutrisi pada wajah serta mengekalkan kelembapan wajah . Buat anda yang berkulit kering.

Cik iena sendiri telah mencuba Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream  ini selama 12 hari . Ianya sememangnya mampu mengekalkan kelembapan kulit cik iena. Cik iena dapati walaupun cik iena tidak membasuh muka di waktu cik iena datang bulan (tidak solat) kulit muka cik iena kekal lembab dan rasa lembut sahaja.

Selain daripada itu jerawat datang bulan cik iena juga mengecut dan kering dengan cepat dengan penggunaan set kecantikan wajah dari Ecowell ini . Tidak perlu lagi menunggu lama untuk menghilangkan jerawat datang bulan.





ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream
 Packaging nya juga sangat memudahkan anda untuk mengaplikasikan  Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream  tersebut . Ianya dalam bentuk spray. jadi sangat mudah untuk menggunakannya.  Hanya spray pada jari anda  dan aplikasikan pada wajah anda . Lakukan urutan supaya ianya meresap ke dalam kulit kemudianboleh di pakai dengan BB cream kegemaran amda.

Anda juga boleh mengenakan solekan pada wajah kerana ianya akan kelihatan lebih cantik dengan kadar kelembapan kulit anda ketika memakai set kecantikan ini.

Kulit yang cantik dan lembab mampu merubah raut wajah anda apabila solekan di kenakan. Wajah anda akan lebih berseri-seri dan glowing.


 Kepada anda yang berminat untuk mencuba produk ini bolah dapatkan di senarai online store di bawah . Ianya juga di jual dalam bentuk trial pack bagi memudahkan anda untuk mencuba produk ini terlebih dahulu . 

Kebiasaannya tahap kesesuaian sesuatu produk kepada seseorang adalah berlainan . Jadi anda boleh mencuba trial pack tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui keberkesanannya . Cik iena sendiri mencuba trial pack tersebut. Nanti cik iena akan kongsikan lagi apa yang ada dalam trial pack ini dalam artikel berikutnya .








 DI MANA ANDA BOLEH DAPATKAN PRODUK INI ?

ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream
ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos

Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos

Bersempena hari raya baru-baru ini, Dominos telah mengadakan Promosi Raya Kaw Kaw istimewa buat peminat Dominos . Masih belum lambat lagi untuk anda menikmati promosi Raya Kaw-Kaw. Pesan 2 Pizza Deals dengan tambahan hanya RM15 untuk piza sederhana. Selain daripada itu anda juga boleh Pesan secara online untuk dapatkan Tropicana Frutz secara PERCUMA




Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos

Cik iena juga sebagai salah seorang peminat Dominos pasti tidak melepaskan peluang ini . Cik iena dan rakan-rakan juga telah beberapa kali membeli beberpa promosi yang di tawarkan secara online di pejabat mahupun secara walk in .


Pada anda yang ingin mengetahui tentang promosi ini boleh rujuk gambar di bawah atau pun boleh layari  Promosi Raya Kaw Kaw














 
Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos

Menarik kan, dengan itu jom cik iena belanja sedikit gambar cik iena kenduri dominos bersama rakan di pejabat dan juga di dominos :)



Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
Bersama rakan pejabat , jika kami malas keluar kami akan order dominos :)

Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
Kenduri dominos bersama rakan-rakan pejabat

Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
kalau order dengan kawan lelaki mesti beli yang extra large sebab perut mereka extra large hahaha

Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
Nyummyyy sedap nya banyak cheese tau

Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos

Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
bersama rakan blogger, dilla
Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
bersama rakan blogger

Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
bersama rakan blogger

Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
bersama rakan pejabat, tu megat yang lelaki tu teringin nak dominos, meh cik iena belanja memandangkan ada promosi raya kaw kaw ni

Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
bersama rakan pejabat


Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
amboi kemain dia suka sangat dominos tak perasan kite selfie

Promosi Raya Kaw Kaw Bersama Dominos
berdominos dengan rakan pejabat lagi..ida

Haa kalau ikutkan banyak sangat gambar makan dominos tapi cik iena belanja yang paling latest ni lah ye. Pic makan dominos bulan ogos :)

Cik iena ni memang malas keluar pejabat , kebiasaan nya akan order online . Dominos merupakan salah satu daripada makanan pilihan online cik iena .

Okies perkembangan promosi terkini dari dominos anda juga boleh layari laman facebook dan instagram  dominos

Instagram : @dominosmy 
Website : www.dominos.com.my
 




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve