Grab The Promo

Bersediakah anda untuk Lazada Online Revolution 11.11


Kepada penggemar online shopping di luar sana, pasti anda ternanti-nanti “ONLINE REVOLUTION”  yang akan diadakan pada setiap tahun  iaitu 11.11 dan 12.12 bagi hampir kesemua online shopping platform di seluruh Malaysia khususnya.



lazada online revolution





Tanggal 11.11 semakin menghampiri kita, sudahkah anda membuat survey barangan apakah yang anda ingin beli? cik iena pastinya sudah . Cik iena memilih untuk membeli-belah pada “ONLINE REVOLUTION” kerana harga yang di tawarkan sangat berpatutan dan ianya lebih murah dari harga di luar iaitu harga di kedai biasa. Sebagai contoh barangan Elektrik.


Bersediakah anda untuk Lazada Online Revolution 11.11


Untuk pengetahuan semua barangan elektrik di rumah cik iena seperti peti ais, kettle , steammer iron dan sebagainya juga di beli secara online ketika jualan-jualan murah tertentu seperti “ONLINE REVOLUTION” dan sebagainya.  “ONLINE REVOLUTION” akan datang cik iena berhasrat membeli Mesin Basuh pula.

Jemput cuci mata barangan utama yang akan cik iena beli pada 11.11 ni. harap cik iena sempat beli sebelum di rebut orang ramai ok :)


Midea Fully Automatic Washing Machine 7kg MFW-701S
Midea Fully Automatic Washing Machine 7kg MFW-701S 

Setakat artikel ini di taip harga selepas diskaun adalah RM425 . Cik iena harap semasa 11.11 nanti harga akan lebih murah. Aminn :)



Ouh ya, Sebelum membeli barangan tersebut cik iena akan pergi ke kedai elektrik atau kedai yang berkaitan untuk menyemak senarai harga terlebih dahulu. Kebanyakan normal price yang dipaparkan adalah sama tetapi terdapat diskaun yang di berikan menjadikan ianya lebih murah di tambah dengan kos penghantaran percuma untuk hampir kesemua barangan terpilih.

Selain itu cik iena juga nak beli Katil. Memandangkan cik iena baru sahaja berpindah pada dua minggu yang lepas dan cik iena tidak membawa katil bersama. Cik iena perlu beli katil bujang kerana dengan adanya katil mudah la nak simpan barang di bawah katil. Jimat ruang juga dalam bilik . Cik iena nak beli yang murah sahaja almaklumlah rumah bujang. Kalau pindah mesti tinggalkan katil.

Sebelum membuat keputusan beli di Lazada terlebih dahulu cik iena membuat perbandingan harga di kedai perabot berhampiran rumah cik iena di setapak. Katil bujang yang sama di kedai perabut tersebut berharga lebih kurang RM249 . Di Lazada cuma RM83 untuk pembelian melalui web manakala melalui apps RM78.85 . Nampak tak tersangat beza harganya .


232mm Foldable Metal Quality Single Bed Frame
232mm Foldable Metal Quality Single Bed Frame  
 





LAZADA MEMBAWA 1000 JENAMA UNTUK JUALAN DALAM TALIAN TERBESAR DI ASIA TENGGARA 



Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara,“ONLINE REVOLUTION” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “ONLINE REVOLUTION” yang kelima semenjak pelancarannya pada tahun 2012.


Tema untuk jualan “ONLINE REVOLUTION” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai pusat untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut serta untuk “ONLINE REVOLUTION” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

Menurut Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia,

“Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.

“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih sub-bandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaris kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”

Semasa  “ONLINE REVOLUTION”   para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif. Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran .


Para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “ONLINE REVOLUTION” 2016.


Apa itu “ONLINE REVOLUTION” Lazada


“ONLINE REVOLUTION” Lazada adalah acara menjual dan membeli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.

Lazada memulakan “ONLINE REVOLUTION” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan pada setiap tahun.

Semenjak itu, “ONLINE REVOLUTION” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.


ONLINE REVOLUTION 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

 Cik iena kongsikan sedikit apa yang menarik ya


SPIN THE WHEEL TO WIN VOUCHER FOR 11.11



SPIN THE WHEEL TO WIN VOUCHER FOR 11.11
SPIN THE WHEEL TO WIN VOUCHER FOR 11.11


Click to spin
Click to spin

SPIN THE WHEEL TO WIN VOUCHER FOR 11.11
Yang ni bila cik iena dapat anak panah ke gambar macam komputer tu

Okay yang ni jemput cuba sampai berjaya ye nak voucher tu

MYSTERY VOUCHER 



MYSTERY VOUCHER
Cik iena tak sabar nak tunggu esok..apalah agaknya

UNLOCK SECRET VOUCHER - JOIN AND INVITE YOUR FRIEND


UNLOCK SECRET VOUCHER - JOIN AND INVITE YOUR FRIEND
UNLOCK SECRET VOUCHER - JOIN AND INVITE YOUR FRIEND
Yang ni pun menarik juga untuk penggemar shopping seperti cik iena


MILESTONES
- 500 people 'Going' and unlock a 10% voucher off max. RM50!
- 2,000 people 'Going' and unlock a 15% voucher off max. RM25!
- 5,000 people 'Going' and unlock an RM11 voucher! (No limited spend)
- 10,000 people 'Going' and unlock an RM20 voucher! (No limited spend)
- 15,000 people 'Going' and unlock an RM30 voucher! (No limited spend)
- 20,000 people 'Going' and unlock a Mystery Giveaway!



Okay banyak lagi lah yang menarik Jom lihat di LAzada ONline Revolution 2016

 

iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Ephyra Collagen Drink


Ephyra Collagen Drink
 
Ephyra Collagen Drink adalah minuman SUPPLEMENT KESIHATAN dalam kategori MAKANAN TAMBAHAN  yang dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum.

Ephyra Collagen Drink
Ephyra Collagen Drink

Ianya digabung dengan 9 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui struktur kulit,  Ephyra Collagen Drink mampu memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda . Ianya dapat melindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya ianya juga dapat  menyerlahkan  keserian dan kesihatan dalaman serta luaran anda . Hasilnya dari pengambilan Ephyra Collagen Drink ini secara konsisten akan membuatkan kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda.


Ephyra Collagen Drink


Ephyra Disahkan oleh KKM : Ruj (10)dlm KKM-163/s/25 Jld.172 . Selain itu ia juga diperakui HALAL oleh JAKIM. Ephyra Mempunyai sijil GMP  (Good Manufactured Product) dan Ianya juga telah dianugerahkan Anugerah Super Health Brand 2015-2017 atas kredibiliti, kualiti produk & kepuasan hati pelanggan.




Ephyra Collagen Drink

-      Ephyra Collagen Drink sesuai diminum oleh lelaki dan perempuan di semua peringkat umur. Selain daripada itu ianya juga sesuai diamalkan oleh Ibu hamil , ibu menyusu badan & wanita dalam pantang. Kanak-kanak seawal usia 4 tahun juga boleh minum Ephyra . Rasa  segar Ephyra Collagen Drink seolah-olah jus oren ini pasti membuat anda suka akan rasanya .

ISI KANDUNGAN EPHYRA COLLAGEN DRINK


Ephyra Collagen Drink
-           
Formulasi 9 bahan semulajadi yang kaya dengan anti-oksida iaitu  :

  1. Kolagen Ikan Laut Dalam 
  2. Acai Beri
  3. Gam Akasia
  4. Salmon Ovari Peptida
  5.  Ekstrak Bunga Marigold
  6.   Acerolla Ceri
  7.   Serbuk Tomato
  8.   Superberi
  9.   Astaxanthin 



MANFAAT EPHYRA KEPADA BADAN 



  •     Meningkatkan system imunisasi badan
  •     Melancarkan system pencernaan dalam badan
  •      Sebagai agen detoks yang baik bagi mengeluarkan toksik-toksik daripada badan
  •     Menyeimbangkan hormon dalam badan kita
  •     Meningkatkan kadar metabolisme yang dapat mengawal berat badan ideal
  •     Menganjalkan kulit untuk jadi lebih halus dan cerah berseri
  •     Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  •     Memberikan tenaga yang berpanjangan
  •     Mengembalikan keremajaan kulit wajah dari kekusaman dan kelesuan








MANFAAT EPHYRA UNTUK IBU HAMIL/ MENYUSU BADAN / DALAM PANTANG 


  • -          Mempercepat penyembuhan luka bersalin dgn pantas
  • -          Memberi tenaga agar boleh melakukan rutin harian
  • -          Menambahkan susu badan
  • -          Mengelakkan masalah sembelit akibat kekurangan serat
  • -          Menjadikan kulit cantik, tidak kusam dan berseri
  • -          Bayi juga mendapat manfaat melalui penyusuan badan


-       

Ephyra Collagen Drink

Cara Pengambilan Ephyra



Bancuh kan satu sachet Ephyra Collagen drink bersama air sejuk dan goncang sehingga sebati menggunakan shaker . Anda juga boleh mencampurkan dengan minuman kegemaran anda . Seperti cik iena adakalanya cik iena akan campurkan bersama air Calpis Original Flavor



Ephyra Collagen Drink
Ephyra Collagen Drink  di campur bersama Calpis
  Untuk pengetahuan semua adalah dilarang  untuk membancuh EPHYRA menggunakan air panas kerana khasiatnya akan terbantut.

-          Banyakkan minum air masak selepas minum Ephyra untuk mendapatkan hasil yang optimum . Selain itu anda perlu Kurangkan minum cafien, bagi anda yang sukame minum kopi boleh jarakkan masa pengambilan kopi – 1 jam selepas minum Ephyra.

Ephyra Collagen Drink
-          Adalah di galakkan untuk mengambil Ephyra ketika perut kosong  kerana ia meningkatkan kadar penyerapan nutrient
-          Untuk pengetahuan anda juga indak balas terhadap badan adalah berbeza-beza mengikut kadar metabolisme seseorang. Anda amat digalakkan untuk meinum secara konsistenuntuk mendapatkan kesan yang baik.







Manfaat Pengambilan Ephyra Untuk Cik iena


 Dengan mengamalkan Collagen ini cik iena tidak perlu lagi memakan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar. Cik iena mengalami masalah pelawasan. Dengan mengamalkan Ephyra Collagen Drink ianya melancarkan sistem pencernaan dalam badan cik iena.

  Selain daripada membantu masalah pencernaan ianya juga sebagai agen detoks yang baik bagi mengeluarkan toksik-toksik daripada badan .



Ephyra Collagen Drink
Kulit lebih halus dan kurang kedutan dan kurang kusam

      Dengan pengambilan Ephyra Collagen Drink ini juga mampu menganjalkan kulit cik iena serta mengilangkan kedutan dan menjadikan ianya lebih halus dan  berseri. Untuk wajah cik iena cik iena kurang mengalami masalah jerawat jadi ianya lebih kepada melembut, melambab serta melicin kan kulit wajah. Pada yang bermasalah ianya dapat membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  

 Kenapa Amalkan Ephyra?



Ephyra Collagen Drink

Cik iena suka mengamalkan Ephyra kerana ianya merupakan jenama yang di percayai dengan ramai testimoni yang berjaya sehigga dianugerahkan Anugerah Super Health Brand 2015-2017 atas kredibiliti, kualiti produk & kepuasan hati pelanggan.  Selain itu ia juga diperakui HALAL oleh JAKIM. Ephyra Mempunyai sijil GMP  (Good Manufactured Product) . Ianya juga telah disahkan oleh KKM. Jadi Kepada anda di luar sana anda tidak perlu ragu-ragu akan kehebatan produk ini. Yang penting anda perlu beli yang tulen seperti gambar di bawah.

Ephyra Collagen Drink
Ephyra Collagen Drink

Ephyra Collagen Drink
Ephyra Collagen Drink





Ephyra Collagen Drink







   

Untuk pengetahuan anda, EPHYRA mempunyai PREMIUM PACK iaitu untuk penggunaan selama sebulan (30sachet) beserta shaker, dan TRIAL PACK untuk penggunaan selama 10 hari sahaja (Tanpa Shaker) 




Ephyra Collagen Drink
Ephyra Collagen Drink


HARGA RRP: RM 197 / kotak

Cara beli / dapatkan produk :
IG : @ephyra2u
Whatsapp : 019-3999 238 / 03-4141 7889
Anda juga boleh Dapatkan melalui para pengedar, kedai-kedai jamu dan farmasi terpilih seluruh Negara.















iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi


Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi

Barangan  "PRELOVED" atau lebih dikenali barangan Bundle semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia . Terdapat banyak kedai-kedai bundle yang tumbuh bagai cendawan tetapi berbeza dengan Bandoru Store di mana ia menawarka suasana dan kemudahan membeli belah yang selesa seperti di dalam Butik-butik Jenama Terkenal.



Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Cik iena memperagakan barangan preloved dari bandoru store
Bandoru Store merupakan sebuah butik terbesar yang pertama di Malaysia berkonsepkan barangan 'preloved' berjenama antarabangsa yang dijual dengan harga mampu milik khusus kepada segenap lapisan masyarakat . Bandoru diasaskan oleh seorang anak muda tempatan bumiputera iaitu  Wafi Shari yang mempunyai pengalaman luas selama tahun dalam industri pakaian 'preloved' di Malaysia.



Produk yang dijual di Bandoru dibawa khas melalui kontena secara terus dari Jepun. Ia nya terdiri daripada pelbagai barangan termasuk pakaian. beg, seluar, aksesori tambahan termasuk barangan rare & vintage untuk pengumpul.

Bandoru Store kini mempunyai lebih daripada 150 kakitangan di sector perkilangan dan pengurusan dan menjadi pelopor pertama yang mengubah persepsi dan perspektif terhadap barangan preloved di Malaysia.



Pembukaan rasmi butik preloved terbesar di Malaysia pada 5&6 November 2016


Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Membeli belah barangan preloved atau bundle dengan suasana seperti di dalam mall dan butik berjenama

Baru-baru ini , pada 2 November 2016 bertempat di Batu 3 Shah Alam , buat julung-julung kalinya,  Bandoru Store telah mengadakan majlis pra-pelancaran bagi memperkenalkan butik terbesar di Malaysia berasaskan barangan preloved' yang akan dibuka secara rasmi berhampiran Plaza Tol Batu 3, Shah Alam pada 5 dan 6 November 2016.

Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Membeli belah barangan preloved atau bundle dengan suasana seperti di dalam mall dan butik berjenama




Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Cik iena memperagakan barangan preloved dari bandoru store
Secara am nya, Bandoru Store adalah sebuah butik yang menjual barangan preloved berkualiti tinggi dan keaslian barangan dijamin serta dijual dengan harga mampu milik untuk semua golongan. 
Barang-barang yang dijual adalah dibawa khas dari Jepun yang mana telah menjalani proses pengasingan berperingkat bagi memastikan kualiti barangan dalam memenuhi citarasa pengguna bertepatan dengan slogan Bandoru Store: BETTER THAN NEW 
Selain itu, Bandoru Store menawarkan pelbagai segmen barangan termasuk baju-T, kemeja, jeans, kasut, sweater, beg tangan dan aksesori berjenama antarabangsa khusus buat golongan lelaki, wanita serta kanak-kanak. Tidak ketinggalan, bagi penggemar atau peminat koleksi barangan rare& vintage', juga boleh didapati di Bandoru Store dengan harga yang berpatutan. Dari segi konsep butik, Bandoru Store tampil dengan rekaan lebih moden dan terkini disamping menyediakan ruang persekitaran selesa yang dilengkapi pendingin hawa untuk keselesaan pelanggan ketika membeli-belah.  semasa pembukaan rasmi pada 5 November 2 pelanggan boleh mendapatkan tawaran terhad iaitu baucer diskaun sebanyak 20 peratus dengan mengikuti cara-cara yang dimuatnaik di laman media sosial di Facebook(Bandoru), Twitter(@bandorumalaysia) dan Instagram(@bandorumalaysia)



Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Membeli belah barangan preloved atau bundle dengan suasana seperti di dalam mall dan butik berjenama


Antara jenama terkemuka yang boleh didapati di Bandoru Store adalah Uniqlo, Zara, Converse, Vans, Adidas, Nike, Louis Vuitton, H&M, Timberland, Dr. Martens, Levis, Edwin, Raplh Lauren, dan pelbagai pilihan jenama tempatan serta antarabangsa.

Bandoru Store Tawar Barangan "PRELOVED" Berkualiti Tinggi
Membeli belah barangan preloved atau bundle dengan suasana seperti di dalam mall dan butik berjenama



PERKHIDMATAN BAS SHUTTLE PERCUMA!

Jika anda adalah pelajar atau anda mempunyai kenderaan tetapi malas untuk memandu , terdapat perkhidmatan Shuttle   di sediakan untuk anda .

.
KTM BATU 3 >> BANDORU
BANDORU >> KTM BATU 3

Perkhidmatan ini disediakan percuma untuk anda pada tarikh 5 &6 November 2016 (Sabtu dan ahad) ini. Bersempena pembukaan Bandoru.

Sila rujuk poster dibawah untuk mengetahui jadual perjalanan bas shuttle ini.

.
PERKHIDMATAN BAS SHUTTLE PERCUMA!
PERKHIDMATAN BAS SHUTTLE PERCUMA!

APA YANG ANDA BOLEH DAPAT DI BANDORU?











 Untuk maklumat lanjut, sila layari


BANDORU STORE
SELANGOR PT7,
FEDERAL HIGHWAY
BATU 3, 40150 SHAH ALAM





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve