Grab The Promo

Kulit Cantik Sempurna dan Sihat dengan Clarus Stemcell Gold


Kulit Cantik Sempurna dan Sihat dengan Clarus Stemcell Gold
Setiap manusia menginginkan kesihatan yang baik dan kulit yang cantik serta kulit yang sihat  Khususnya buat para wanita.  Terdapat pelbagai makanan tambahan untuk kecantikan dan kesihatan yang tumbuh bagai cendawan.


Antara yang menjadi sambutan hangat adalah Stemcell. Pengambilan Stemcell dikatakan lebih berkesan daripada Pengambilan kolagen keranaianya mampu memperbaiki rangkaian sel yang terluka atau menggantikan sel lain pada saat sel tersebut mati .

Stemcell  dapat membantu tubuh menjadi lebih sihat disamping menjadikan kulit kita lebih cantik sempurna dan sihat. Disini cik iena ingin berkongsi kepada anda semua tentang Clarus Stemcell Gold .


Produk ini menggunakan bahan herba yang sangat berguna bagi tubuh badan kita dan hadir dengan rasa yang enak untuk dinikmati.

Sebelum menceritakan dengan lebih lanjut tentang Clarus Stemcell Gold . MAri kita baca apa itu Stemcell dan kenapa ianya penting untuk kesihatan kita terlebih dahulu .





APA ITU STEMCELL


Tubuh manusia memilik beratus-ratus jenis sel yang berbeza yang penting untuk kesihatan kita setiap hari. Sel-sel ini bertanggung jawab untuk menjaga tubuh kita bekerja setiap hari, seperti membuat jantung kita berdegup, otak kita berfikir, buah pinggang membersihkan darah kita, mengganti kulit yang tidak stabil, dan seterusnya. Tugas khusus dari stem cell adalah untuk mencipta pelbagai jenis sel tersebut. Stem cell adalah sumber untuk sel-sel baru. Pada masa stem cell membelah, mereka dapat memperbanyak diri sendiri atau menjadi jenis sel yang lain. Contohnya, stem cell di kulit boleh mencipta lebih banyak stem cell kulit atau mereka boleh membuat sel kulit terdiferensiasi yang mempunyai tugas tertentu seperti membuat pigmen melanin.

Mengapa stem cell penting untuk kesihatan anda?


Mengapa stem cell penting untuk kesihatan anda?

Apabila kita terluka atau sakit, sel kita juga terluka atau mati. Apabila hal ini berlaku, stem cell menjadi aktif. Stem cell mempunyai tugas untuk memperbaiki rangkaian yang terluka atau menggantikan sel lain pada saat mereka mengalami kematian rutin. Dengan cara ini, stem cell kita menjaga kita tetap sihat dan mencegah kita dari penuaan awal. Stem cell bertindak seperti pasukan doktor mikroskopik milik kita sendiri.


Okay sekarang anda dah tau pentingnya Stemcell jadi disini cik iena ingin berkongsi tentang satu produk stemcell di pasaran yang cik iena cuba iaitu Clarus Stemcell Gold. Ianya sesuai di amalkan oleh wanita mahupun lelaki. Rasanya yang enak serta kesan yang baik untuk kesihatan dan kulit di tambah dengan cara pengambilan yang sangat mudah pasti membuat anda teruja untuk mencuba.

Cik iena sendiri sangat suka dengan rasa oren dari Clarus Stemcell Gold ini . Hanya perlu kemam sahaja tidak perlu di bancuh di dalam air. Pembungkusan yang sangat kecil juga membuatkan ianya sangat mudah untuk di bawa kemana-mana .


CLARUS STEMCELL GOLD

 

 

Kulit Cantik Sempurna dan Sihat dengan Clarus Stemcell Gold
Kulit Cantik Sempurna dan Sihat dengan Clarus Stemcell Gold


Pembungkusan : 2g serbuk dalam sachet.

Cara Pengambilan : Tuang 1 sachet terus ke dalam mulut dan minum sedikit air. Ambil 1-2 sachet sehari


CLARUS STEMCELL GOLD
Mudahnya nak amalkan Clarus Stemcell Gold ni, Koyak dan kemam-kemam tanpa perlu bancuh dengan air

CLARUS STEMCELL GOLD
Mudahnya nak amalkan Clarus Stemcell Gold ni, Koyak dan kemam-kemam tanpa perlu bancuh dengan air



Manfaat CLARUS STEMCELL GOLD:

 




  •  Melindungi dari Radiasi (ultra-violet) UV
  • Anti penuaan
  • Pemutihan
  • Memulihkan sel kulit
  • Melembapkan kulit
  • Meremajakan,  menganjalkan dan.menyerikan kulit
  • Melindungi stemsel kulit
  • Mengurangkan kedut




Manfaat CLARUS STEMCELL GOLD

 

 

Bahan-bahan yang terkandung di dalam Clarus Stemcell Gold


  • Serbuk Blackcurrent flash powder
  • Serbuk Oren flash powder
  • Serbuk Strawberi flash powder
  • Fructo-oligosaccharide
  • Apple Stemcell
  • Argan stemcell
  • Grape stemcell
  • Yeast ceramide
  • Bulgarian Rose placenta
  • Vitamin premix

Serbuk Blackcurrant Flash Powder


Blackcurrant (anggur hitam) ialah sejenis buahan yang boleh dimakan dan boleh didapati di Utara/Eropah Tengah  dan Asia. Blackcurrant (anggur hitam) sangat kaya dengan phytonutrients, antioxidan, vitamin, asid lemak tepu, dan galian. Blackcurrant (anggur hitam) juga mengandungi banyak anthocyanins, kompaun yang terdapat dalam banyak buah-buahan. Ia digunakan untuk merawat penyakit jantung, mengawal kelemahan jantung dan serangan sakit jantung. Ia meningkatkan rintangan pada kapilari yang optimis (sihat)  dan mengurangkan tekanan pada pembuloh darah. Blackcurrant  (anggur hitam) juga bertindak mengawal radang jantung dan sejenis anti-oxidant yang kuat.

Serbuk Orange Flash Powder


Oren merupakan buah yang paling diminati didunia. Oren padat dengan vitamin terutama sekali Vitamin C. Vitamin C melindungi anggota kita dari anasir-anasir bahaya.

Oren mengandungi lebih dari 170 jenis kimia  phyto dan lebih dari 60 flavonoids (cecair yang dapat melindungi dari kanser dan sakit jantung) membuatkan ia amat berguna dari serangan banyak jenis penyakit jantung dan masalah penglihatan, walaupun ia tidak memberikan manfaat sama seperti lobak. Dengan meningkatkan pengambilan oren, anda akan mendapatkan sistem imune yang lebih sihat.

Serbuk Strawberry Flash Powder


Strawberi mengandungi rangkaian nutrien, terutama Vitamin C. Ia juga mengandungi fitonutrien yang tinggi dan antioxidan, yang melawan radikal bebas. Selain itu Vitamin C, strawberi juga membekalkan sumber Vitamin K yang kuat dan bakreria mangan, serta asid folik, potasium, riboflavin, vitamin B5, vitin B6, copper, magnesium dan Omega-3 asid lemak

Fructo-Oligosaccharide


Frukto-oligosakarida (FOS) merupakan kumpulan oligosakarida digunakan sebagai gula atau pemanis tiruan. Ia diperah dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Beberapa kajian telah membuktikan FOS membantu meningkatkan penyerapan kalsium. Ia juga boleh dianggap sebagai pemakanan serat yang mengandungi kalori rendah. Selain itu, ia juga sejenis prebiotik yang menggalak pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Apple Stemcell


Apple Stemsel sangat terkenal kerana kebolehannya untuk disimpan dalam jangkamasa yang panjang

Apple Stemsel adalah stemsel pertama dari pepohon yang mengandungi bahan aktif dalam pasaran dan efek terbukti pada kulit stemsel manusia. Kajian klinikal menunjukkan dwi-fungsi apple stemsel dalam membantu stemsel kulit mengekalkan sifat-sifat dan kebolehan membina tisu baharu, melambatkan penuaan dan juga mempunyai efek anti-kedutan. 
Sebab itu ia dikenali sebagai formulasi unggul kosmetik stemsel yang berupaya meningkatkan proses memudakan untuk muka dan penjagaan badan. Selain dari  kemujaraban pada stemsel kulit, kajian juga menunjukkan apple stemsel mempunyai efek bagi melambatkan penuaan pada sesetengah  folikel (FSH) rambut manusia yang bererti ia boleh melambatkan kemerosotan folikel rambut (FSH)

Argan Stemcell


Argan Stemsel ialah dari serbok stemsel pepohon Argan sebuah pepohon tertua didunia.Argan stemsel ialah ingredien pertama yang mampu melindung dan menyegarkan humandermal stemsel. Ini bukan sahaja dapat mempercepatkan  pembaikkan kulit secara alami, tapi juga melawan penuaan kulit dari akarnya. Argan stemsel telah dicipta untyk meningkatkan kebolehan penumbuhan dermal stemsel sehingga dapat memudakan kulit dengan mendalam.

Kajian klinikal keatas sukarela yang sihat menunjukkan argan stemsel berkesan bagi meningkatkan pembaharuan tisu penyambung dermal, sekaligus meningkatkan kepadatan kulit. Selain itu ia juga membantu mengembalikan keteguhan kulit dan denfan ketara mengurangkan kedutan mendalam pada kaki burung gagak.

Grape Stemcell


Grape stemsel adalah berdasarkan dari stemsel yang didapatkan dari spesis buah anggur yang istimewa dan mengandungi nutrisi tinggi. Dengan campuran lapisan UV, Grape stemsel memberi perlindungan tambahan dari radiasi UV. Walaupun dengan penggunaan pelindung matahari, toxins dan radikal bebas dilahirkan oleh UV didalam kulit yang merosakkan stemsel yang berguna. Grape stemsel melawan ini dengan melindung dan mengawal activiti epidermal (penggantian sel-sel mati) stem sel - walaupun dalam situasi stress yang ditimpakan oleh UV. Grape stemsel mampu melindung stemsel kulit daripada stress yang ditimpakan oleh UV dan meningkatkan toleransi UV kulit. Selain itu ia juga menentang penuaan dan meningkatkan kesihatan kulit penting.

Yeast ceramide


Yeast ceramide atau Glucosylceramide ialah satu komponen dari lapisan luaran Tirula yeast (yang boleh dimakan).

Yeast ceramide telah dihasilkan melalui proses ekologi, ditarik dari hampasan ragi setelah hampasan ragi itu dikeluarkan. Proses meragi telah dikawal untuk memastikan pembekalan yang stabil dan kuality yang konsisten. Yeast ceramide boleh berfungsi sebagai pelindung kulit, untuk mengurangkan kehilangan aìr melalui proses transepidermal and membantu menghalang kemasukkan allergen atau particle particle lain. Kulit yang kekurangan ceramide akan mengalami serangan bahan-bahan kimia, radiasi UV dan allergen hungga melahirkan kulit kasar dan kering.Selain itu yeast ceramide dapat membantu meningkatkan pengeluaran kolagen yg merupakan asas protin kulit dengan berkesan. Yeast ceramide menghalang pengeluaran melanin dengan mengurangkan tyrosinase. Penyekatan pengeluaran melanin dapat membantu pencerahan

Bulgarian Rose Placenta


Bulgarian Rose Placenta boleh didapati didasar anak pokok atau lebih tepat lagi dibawah putik. Ia bertindak sebagai cecair penyubur membekal makanan semasa pertumbuhan melalui saluran penyuburan kecil yang berkesan. Kajian biokimia telah membuat perbandingan diantara komposisi uri pepohon (placenta) dan uri manusia, dan ia mendapati mereka mengandungi komposisi bioanalogous. Kajian juga mendapati kedua-kedua mempunyai persamaan dari segi kandungi asid amino dan pengedaran. Uri Rose mengandungi tisu proline/hydroxyproline, asid amino yang penting yang memainkan peranan penting dalam proses pencernaan kolagen. Asid amino berkait dengan peptides, trace elements, nitrogen dan kompaun phosporous yang terdapat dalam uri ros yang didapatkan melalui proses sel metabolisma yang dapat menyubur dan menyegarkan sel.

Kajian juga menunjukkan dwi-aktiviti Bulgarian Rose Placenta Extract:


1. membantu sel kulit mengekalkan ciri-ciri dan keupayaan untuk membina tisu baharu

2. melambatkan proses penuaan  dan mempunyai kesan anti-kedut.


Clarus Stemcell Gold
Clarus Stemcell Gold

 

Campuran Vitamin (Vtamin Premix)

 

Campuran vitamin dihasilkan dengan mencampurkan berbagai jenis vitamin dengan kadar yang sesuai serta mendapatkan kesan yang terbaik demi untuk menepati keperluan vitamin manusia. Fungsi campuran vitamin  adalah seperti berikut:

1. penambah berbagai vitamin

2. pelindung dan penawar kekurangan vitamin dalam badan

3. meningkatkan kekebalan dari penyakit

4. meningkatkan gaya hidup sihat.


Okay memandangkan cik iena suka sangat dengan Clarus Stemcell Gold ni, jemput cuci mata gambar selfie syok sendiri cik iena :)


Clarus Stemcell Gold
Clarus Stemcell Gold


Clarus Stemcell Gold
Clarus Stemcell Gold

Clarus Stemcell Gold
Clarus Stemcell Gold

Opss cik iena pergi kerja memang tak suka bersolek . Cik iena hanya bersolek pada hujung minggu sahaja. Jadi di sebabkan itulah cik iena sangat sangat perlu mengambil suplement kecantikan bagi memastikan kulit cik iena sihat, cantik , berseri tiada jerawat gituh :)

Walaubagaimanapun kesan untuk setiap individu adalah berlainan bergantung pada metabolisma seseorang. Pengambilan supplement yang konsisten mampu memberikan kesan yang sangat baik. 

 Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari 






+6018 2824468
+6018 2824479
+6018 2824495






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Nando's , Dine With Your Favourite Chick And Pay As You Wish.


Nando's ?? Biar betul ? Dine With Your Favourite Chick And Pay As You Wish. Makan dan bayar amaun yang kita rasa nak bayar !!!

Jom jangan lepaskan peluang ini , anda boleh bayar berapa sahaja amaun dan makan  sempena wajah baru  Nando's Mid Valley .


Try Something New, Try Something Nandos


Nando's Mid Valley kembali dengan wajah ceria dan berwarna-warni yang BARU untuk menyajikan sajian Nandos di Restoran Nando's yang berimej baru  di Malaysia. Nando's mengalu-alukan anda semua untuk hadir di housewarming  Nando's Mid Valley.


Apa yang menarik pada majlis ini adalah setiap wang yang di bayar akan di sumbangkan kepada badan kebajikan maknanya ianya akan di derma bagi pihak anda dan yang paling istimewa anda boleh membayar mebgikut amaun yang anda suka di mana amaun tersebutlah yang akan di dermakan kepada Yayasan Chow Kit.

nandos


Jom Sertai kami di kami  Nando's Mid Valley pada 16 November 2016 daripada 12:00 sehingga 22:00 dan nikmati dalam pengalaman Nandos yang unik ini, yang diilhamkan oleh akar Afro-Portugis .

ALAMAT : Lot LG-053, Lower Ground Midd Valley

Jika anda berminat untuk makan dan sertai hausewarming sambil menderma anda amat dialu alukan untuk datang pada jam 11.30 pagi untuk masa makan tengah hari atau 17:30 untuk makan malam untuk mendapatkan tempat yang istimewa.
Psttt : kiter tak dapat hadir, ada hal. Tolong makan tuk cik iena okay :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


BIANCO MIMOSA TAMPIL BERANI DENGAN KOLEKSI NEO GLADIATOR DI MALAYSIA FASHION WEEK 2016


Pada awal November yang lepas Bianco Mimosa, jenama pakaian yang tidak asing lagi di kalangan penggemar fashion telah memperagakan Koleksi Neo Gladiator sewaktu  Malaysia Fashion Week 2016 .


KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA


Sedikit info mengenai Bianco Mimosa, ia ditubuhkan pada 26 April 2013 dengan visi untuk menjadi salah sebuah butik fesyen paling berprestij tanah air. Nama Bianco Mimosa diambil daripada bahasa Itali yang menyaksikan Bianco membawa maksud putih (Houses Couture Atelier) manakala Mimosa pula adalah nama saintifik bagi tumbuhan semalu.

Bianco Mimosa merupakan butik fesyen yang menyediakan koleksi `ready to wear', Bianco Mimosa turut mengambil inspirasi daripada pereka fesyen dari luar negara dan fabrik yang digunakan juga didatangkan khas daripada pelbagai lokasi di luar negara termasuk dari Itali, Perancis, United Kingdom (UK), Turki, Afrika Selatan, India, Vietnam dan pelbagai lagi.

TAMPIL BERANI DENGAN KOLEKSI NEO GLADIATOR DI MALAYSIA FASHION WEEK 2016

Sewaktu Malaysia Fashion Week 2016 yang lepas Bianco Mimosa Mengekalkan keunikan sambil mengukuhkan lagi penjenamaannya sebagai sebuah hub fesyen couture yang mempunyai kelas tersendiri dengan menampilkan  10 lagi koleksi busana terbarunya iaitu Koleksi Neo Gladiator .


10  koleksi busana terbaru iaitu Koleksi Neo Gladiator


Bianco Mimosa mencetuskan konsep dan tema gah bak berada di zaman kemegahan bumi Rome ratusan tahun dahulu,  Neo Gladiator diangkat sebagai tema yang mewarnai koleksi daripada Bianco Mimosa pada kali ini yang menyaksikan penampilan yang berbeza buat setiap satu daripada koleksinya.

Menurut pereka fesyen yang juga pengasas kepada Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha
"koleksi Neo Gladiator di ilhamkan demi memberi suntikan nuansa gaya pemakaian atau fesyen di era berkenaan yang dianggap unik dan mempunyai ciri elegan dan kelas yang sukar ditafsirkan.

Pengasas Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha
Pengasas Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha

 

Ia tidak cuma mengenai kemegahan perjuangan bak seorang pahlawan, tetapi di zaman itu juga mempunyai elemen fesyen yang menarik dan saya sangat suka dengan tema ini yang mana bagi saya, ia penuh dengan gambaran bak berada di Rome di zaman itu.

“Saya juga gemar untuk gambarkan penggayaan busana ala Gladiator di zaman itu yang menyaksikan bagaimana kaum wanitanya mempunyai citarasa yang elegan dalam busana mereka, terutama penggayaan bak seorang puteri raja.

Pengasas Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha
Pengasas Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha


“Cuma, bagi membezakan dan menyesuaikan dengan peredaran zaman, saya tampilkan inovasi fesyen dalam tema itu di dalam setiap rekaan koleksi ini menggunapakai kreativiti dan keunikan sentuhan Bianco Mimosa itu sendiri,”


Koleksi ini merangkumi gaun pendek, gaun panjang, jumpsuit, t-shirt, jaket dan busana lain,  10 koleksi terbaru Neo Gladiator ini boleh didapati dalam sentuhan formal  ala New Rendition.


 
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA



KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA


Untuk koleksi kali ini juga, seperti mana lazimnya jenama Bianco Mimosa yang gemar menggunakan fabrik yang dimport dari luar negara, Neo Gladiator juga dihasilkan dalam kemasan fabrik dari luar terutamanya dari Eropah.

Meskipun ianya di import, namun teknik rekaan dan buatannya di inspirasi dan direka sendiri oleh Dato Ida dengan kebanyakan fabriknya adalah daripada jenis sutera yang mana istimewanya, helaian fabrik yang dihasilkan adalah daripada Cocoon (kepompong) ulat sutera yang terbaik dan terpilih.


KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA


KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA

Sebagaimana fabrik, perincian yang menjadi bayangan memukau pada setiap koleksi ini juga adalah direka khas oleh Dato Ida yang banyak menggunakan batuan Swarovski dan juga manik terpilih hasil buatan tangan.

Dari segi teknik penghasilan pula, terdapat teknik tenunan, sulam tangan termasuk tenunan halus diterapkan dengan setiap prosesnya dihasilkan lapisan demi lapisan bagi memberikan hasil yang terbaik pada fabrik yang diketengahkan untuk koleksi kali ini.

KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA


KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi terbaru atau koleksi terdahulu dari Bianco Mimosa anda boleh membeli secara online di laman web  Bianco Mimosa atau di Zalora



KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
KOLEKSI NEO GLADIATOR DARI BIANCO MIMOSA
Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi Neo Gladiator dari Bianco Mimosa, anda boleh layari
 Telefon : +603-61450029 / +6012-7555407









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tutorial Membuat Link Lazada Affiliate



Assalammualaikum, hari ini cik iena nak kongsi bagaimana caranya untuk membuat link atau pautan lazada affiliate. Dari sudut kefahaman cik iena terdapat beberapa link yang boleh kita cipta

1. Link Bagi sesuatu Kempen berdasarkan Link sedia ada atau Link bagi carian jenama 


Setelah Login Akaun Lazada Has Offer . Pada menu sebelah kiri , Halakan kursor atau klik pada Menu Offers
 klik Menu Offers
klik Menu Offers

Kemudian klik  klik Browse/search

klik Browse/search
klik Browse/search

Selepas itu, halaman di bawah akan tertera, 


Browse search

 Taip perkataan "my deeplink" pada ruangan Advanced Search kemudian enter.

my deeplink generator
 Kemudian Klik my deeplink generator

klik  add deep link
klik Add Deep Link
Kemudian masukkan link anda di  bahagian add deep link  yang tertera seperti di bawah

masukkan link anda di add deep link
masukkan link anda di add deep link

 Kemudian klik ikon  + pada sebelah kanan link yang telah anda masukkan



Copy Link di bahagian Tracking Link Options
Copy Link di bahagian Tracking Link Options

Sebagai contoh , Hasil Link cik iena adalah

 Link ini akan terus ke link asal iaitu  http://www.lazada.com.my/online-revolution/ tetapi ianya telah di tambah dengan affiliate id kita bagi tujuan rekod pencapaian dan penjualan kita.

Link ini lah yang anda perlu guna untuk promote di facebook mahupun blog.
Selain link diatas, seperti yang cik iena maklumkan ianya juga boleh diguna untuk carian bagi sesuatu jenama atau carian berdasarkan nama produk seperti


http://www.lazada.com.my/olay/?searchredirect=olay
http://www.lazada.com.my/guardian-/


2. Link Spesifik Bagi Sesuatu Produk dimana ianya boleh di akses melalui desktop dan apps

Yang ni cik iena update kemudian ye melainkan urgent rakan blogger nak tau  sebab sekarang tengah sibuk T__________T


Okay pada rakan blogger yang nak tanya apa-apa lagi iena sudi membantu setakat yang iena mampu. 
Wokies cik iena nak sambung kerja cik iena..
daaaaaaaaaaaaaaa







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


FACIAL WHITENING COKLAT TERMURAH RM68



RAWATAN CHOCOLATE DELUXE WHITENING TERMURAH
RAWATAN CHOCOLATE DELUXE WHITENING TERMURAH


Wajah kita sering terdedah dengan persekitaran yang menjadi punca masalah-masalah pada wajah, seperti kulit berminyak, bintik hitam, bintik putih, jerawat, pori-pori terbuka dan pigmentasi.

Apabila masalah-masalah ini berlaku pada wajah kita, jadi kita perlu membuat rawatan muka sekurang-kurangnya sebulan sekali. Seperti yang anda sedia maklum  mencuci muka sebenarnya tidak cukup untuk menghilangkan kotoran yang terlekat pada kulit kita setelah sekian lama. Jadi kita perlu menjalani rawatan muka untuk memastikan muka kita lebih bersih.

Rawatan muka bertujuan untuk membuang segala kotoran yang terlekat pada kulit wajah akibat pencemaran dan solekan yang tidak dapat dibersihkan dengan sempurna bagi mengelakkan masalah-masalah seperti bintik hitam, bintik putih, jerawat dan sebagainya akan timbul.

FACIAL WHITENING COKLAT TERMURAH RM68


Di sini cik iena ingin kongsikan tempat dimana anda boleh dapatkan rawatan muka dengan harga yang berpatutan iaitu Celebriti Skin Expert HQ yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Terdapat pelbagai jenis rawatan yang di tawarkan di sini . Cik iena telah mencuba RAWATAN CHOCOLATE DELUXE WHITENING. Rawatan ini sangat sesuai untuk melembap dan mencerahkan kulit wajah kita.


CANTIK PERSIS SELEBRITI DENGAN RAWATAN CHOCOLATE DELUXE WHITENING DI CELEBRITI SKIN EXPERT

 CELEBRITI SKIN EXPERT
 CELEBRITI SKIN EXPERT

Celebriti Skin Expert merupakan sebuah SPA yang tidak asing lagi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor khususya . Ianya menjadi tumpuan buat wanita-wanita yang mementingkan kecantikan dan dalam masa yang sama ingin berjimat . Harga yang di tawarkan adalah lebih murah berbanding SPA lain. Perkhidmatan  yang di berikan juga sangat profesional disamping keadaan SPA yang sangat selesa.

 CELEBRITI SKIN EXPERT
 CELEBRITI SKIN EXPERT

 CELEBRITI SKIN EXPERT
 CELEBRITI SKIN EXPERT



 CELEBRITI SKIN EXPERT
 CELEBRITI SKIN EXPERT

 

RAWATAN CHOCOLATE DELUXE WHITENING


Sebelum melakukan rawatan terdapat beberapa prosuder yang perlu di lakukan .

Isi Borang dengan menjawab soalan-soalan berkaitan diri anda, pemakanan dan sebagainya yang berkaitan dengan kesihatan dan gaya hidup anda.

FACIAL WHITENING COKLAT TERMURAH RM68



Kemudian kesemua bahagian wajah anda akan di ukur tahap kelembapannya dengan menggunakan alat khas . Disini petugas akan menerangkan kepada anda mengenaik keadaan kulit anda dan mereka akan mencadangkan rawatan-rawatan yang sesuai dan produk-produk yang sesuai untuk anda amalkan.


FACIAL WHITENING COKLAT TERMURAH RM68


Selepas selesai beberapa prosuder barulah rawatan akan di jalan kan.


KELEBIHAN RAWATAN CHOCOLATE DELUXE WHITENING



1. Melembapkan kulit dalam masa 24 jam.
2. Kulit anda akan semakin Flawless
3. Membuatkan wajah gebu dan glowing walaupun tanpa make up.
4. Mengecutkan Jerawat
5. Mengurangkan Minyak pada kulit wajah
6. Parut akan semakin pudar
7. Pori-pori anda akan mengecil
8. Texture kulit akan semakin tegang
9. Diperkaya dengan vitamin-vitamin khas untuk keremajaan kulit anda.


REVIEW CHOCOLATE DELUXE WHITENING



REVIEW CHOCOLATE DELUXE WHITENING

Semasa sesi rawatan, pekerja SPA yang ditugaskan membuat rawatan keatas wajah cik iena melakukan kerja dengan begitu baik di tambah lagi dengan sikap mudah mesra beliau. Cik iena sangat senang ketika membuat rawatan tersebut. Boleh dikatakan sepanjang sesi rawatan kami berborak kecuali pada bahagian-bahagian tertentu seperti ketika mengenakan masker dann mengeringkan masker.

REVIEW CHOCOLATE DELUXE WHITENING


Terdapat banyak langkah yang di lakukan untuk rawatan ini di mana cik iena rasa ianya sangat berbaloi dengan harga yang di tawarkan. Bau harum coklat membuatkan cik iena berasa tenang seperti sedang melakukan terapi. Terasa seperti ingin makan cokllat tersebut akan tetapi coklat ini bukanlah untuk di makan. Ianya di khaskan untuk kegunaan luaran untuk rawatan ini.


REVIEW CHOCOLATE DELUXE WHITENING


Kebiasaannya jika cik iena pergi massage selepas selesai massage akan di hidangkan teh panas . Kalau semasa sesi rawatan ini di hidangkan hot chocolate pun mesti seronok kan. Okay ini cuma cadangan iena tau sebab cik iena terbayang-bayangkan hot chocolate semasa sesi rawatan tersebut. Haruman coklat tersebut begitu menusuk kalbu :)

REVIEW CHOCOLATE DELUXE WHITENING


Selepas selesai rawatan. Kulit wajah berasa lebih lembut , lembap dan anjal. Kepada yang inginkan kesan pencerahan yang cepat anda haruslah kerap melakukan rawatan ini seminggu sekali atau seminggu dua kali . Rawatan secara konsisten mampu mencerahkan raut wajah anda



REVIEW CHOCOLATE DELUXE WHITENING
.

Cik iena hanya membuat sekali rawatan jadi kesan pencerahan tidak nampak lagi cuma kulit tidak kusam . Kesan yang jelas selepas rawatan adalah kulit menjadi lembut serta lembap dan anjal.



Rawatan lain yang disedikan

 
 
CANTIK PERSIS SELEBRITI

  1. Bekam Angin - RM48
  2. Facial Whitening Chocolate - RM68
  3. Eyelash Perming - RM68
  4. Full Body Massage - RM78
  5. Rawatan Pengantin/ Bridal Treatment - RM198


Untuk maklumat lanjut tentang rawatan dan promosi terkini , boleh dapatkan di ;

Facebook : Celebriti Skin Expert HQ
Instagram : @spa_best_murah
Alamat : Celebriti Spa Studio, Jalan Kristal K7/K , Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 60 3-5519 4159








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve