Grab The Promo

Nikmati Rangkaian Menu Terbaru Sushi King Berasaskan Japanese Curry



Kari merupakan salah satu daripada makanan tradisi rakyat Malaysia yang mana ianya menjadi kegemaran segelintir rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama . Selain di Malaysia,  Kari juga sering dinikmati di rumah oleh kebanyakan keluarga di Jepun. Orang Jepun yang menggemari kari  sering menikmatinya dalam pelbagai keadaan seperti makan tengah hari ataupun semasa temu janji di luar.


japanese curry sushi king


Pasti ramai penggemar kari diluar sana yang sanggup berjalan dan berbelanja untuk menikmati kari yang lazat . Di Sushi King juga anda penggemar kari boleh mendapatkan menu berasaskan kari yang ternyata lazat untuk dinikmati kerana cik iena sendiri telah mencuba rasa kari tersebut.

Baru-baru ini cik iena telah di jemput untuk mencuba menu baru sushi king berasaskan japanese curry bersama rakan-rakan blogger yang lain.


japanese curry sushi king
bergambar bersama rakan blogger yang turut serta dalam sesi food review

Nikmati Rangkaian Menu Terbaru Sushi King Berasaskan Japanese Curry
Bersama rakan blogger yang bernama ina juga :)



JAPANESE CURRY, SUSHI KING
acara wajib blogger, wefie sebelum menikmati keenakan japanese curry di sushi king:)


Terdapat beberapa level kepedasan kari mengikut menu-menu yang terdapat di sushi king. Antara yang paling pedas cik iena nikmati adalah Yakiniku. Kepada anda di luar sana jangan lupa cuba rangkaian menu terbaru Sushi King yang berasaskan Kari ini.



Baiklah mari cik iena tunjukkan gambar-gambar menu terbaru yang telah cik iena cuba di Sushi king seminggu yang lepas.

 


Menu Terbaru Sushi King

JAPANESE CURRY, SUSHI KING 

Baru-baru ini, Sushi King telah mengeluarkan menu terbaru yang berasaskan "Japanese Curry". Rasa kari yang KICK, pekat dan pedas. Tidak seperti kari mamak yang pernah cik iena makan. Ianya mempunyai rasa tersendiri kari Jepun . Sebelum ini jika cik iena makan kari jepun ianya tidak pedas,berbeza dengan japanese curry di sushi king.



Bagi menyesuaikan dengan selera melayu atau Malaysia, pihak Sushi King telah mencipta menu kari Jepun yang boleh dinikmati pada 3 tahap kepedasan kari yang ada iaitu Spicy Curry, Mild Spicy Curry dan Tomato Curry.

 Curry Tori Katsu Gunkan


Curry Tori Katsu Gunkan antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari
Curry Tori Katsu Gunkan antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari

 Aburi Curry Tamago


Aburi Curry Tamago antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari
Aburi Curry Tamago antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari


Curry Ebi Fry Nigiri

Curry Ebi Fry Nigiri antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari
Curry Ebi Fry Nigiri antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari

Curryfornia Roll

Curryfornia Roll antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari
Curryfornia Roll antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari






Curry Kiryu Udon

Curry Kiryu Udon sushi king
Curry Kiryu Udon antara menu baru Sushi King yang berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat udon dan kari




Seafood Fry

Seafood Fry sushi king
Seafood Fry antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari




Chicken Katsu

Chicken Katsu sushi king
Chicken Katsu antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari


Grilled Cheese Curry

Grilled Cheese Curry sushi king
Grilled Cheese Curry antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari



Yakiniku.

Yakiniku sushi king

Yakiniku.. Ya ampun..ini paling super duper pedas yg iena rasa ..Yakiniku juga antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari

Agedashi Beef Curry

Agedashi Beef Curry sushi king
Agedashi Beef Curry antara menu baru berasaskan kari yang perlu korang cuba terutama buat peminat kari

Selain menu terbaru diatas cik iena juga cuba dua dessert yang enak iaitu

 Matcha Ice Cream Doughnut

 Matcha Ice Cream Doughnut
 Matcha Ice Cream Doughnut

 Vanilla Ice-Cream Doughnut


 Vanilla Ice-Cream Doughnut
 Vanilla Ice-Cream Doughnut



 Vanilla Ice-Cream Doughnut
berebut  Vanilla Ice-Cream Doughnut

Menarik kan kesemua menu terbaru sushi king yang berasaskan kari ni. Yang paling pedas cik iena rasa adalah yakiniku . Kepada anda yang telah mencuba jangan lepaskan peluang untuk sertai contest yang sedang giat dijalankan di laman sosial sushi king.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai contest tersebut cik iena akan terangkan di bawah :)


Sushi King Curry-Hot-KICK Challenge 


Sushi King Curry-Hot-KICK Challenge

Langkah pertama

Rakamkan gambar saat anda menikmati kepedasan Menu terbaru sushi king yang berasaskan Japanese Curry . 

Langkah Dua

Muat naik gambar Sushi King Curry-Hot-KICK Challenge  anda di ruangan komen KLIK DISINI, GAMBAR CONTEST SEHARUSNYA DI MUAT NAIK DI SINI beserta harshtag #MySKCurry dan tag dua rakan anda untuk mencabar mereka


Sushi King Curry-Hot-KICK Challenge
agak-agak boleh tak masuk Sushi King Curry-Hot-KICK Challenge ? tangan tengah mengipas kepedasan (^_~)

 Terma dan Syarat


Untuk mengetahui terma dan syarat sila klik Terma dan Syarat

VIDEO REVIEW JAPANESE CURRY SUSHI KING



Untuk Maklumat Lanjut Layari






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi


Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis Pra Tonton Filem Hospital yang bertempat di GSC Mid Valley. Walaupun cik iena bukanlah peminat cerita seram namun cik iena tetap hadir demi menyokong industri Perfileman tanah Air Tercinta. Siapa lagi nak sokong jika bukan rakyat Malaysia sendiri bukan.

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi



Kebiasaannya orang akan beranggapan cerita seram dari Malaysia tidak seseram cerita dari Negara lain khususnya Indonesia. Berbeza pada kali ini. Apa yang cik iena nampk Filem terbaru MIG Online ini sememangnya filem bergenre seram yang pasti akan membuat anda rasa seram ditambah lagi dengan elemen Psiko Seram.

Anda pasti akan tertanya-tanya kenapa, mengapa, bagaimana. Sama seperti cik iena. Walaupun rasa sangat seram tetapi rasa ingin tahu membuat cik iena bertabah menonton cerita seram tersebut.

Filem Hospital


Untuk pengetahuan semua Filem Hospital merupakan Filem ke 118 terbitan MIG dan merupakan Filem ke 3 untuk tahun ini. Filem ini mempertaruhkan Genre seram yang dilihat menjadi TREND kepada peminat-peminat filem tempatan. Filem ini merupakan gabungan kisah benar yang berlaku.


 Mejar (K) David Teo
Bergambar bersama Mejar (K) David Teo


Setelah melihat filem ini cik iena akui sememangnya WUJUD watak SHIMA ANUAR sebagai ERIN di dalam dunia nyata. Dimana beliau merupakan seorang PENULIS/SCRIPT WRITER tegar yang terlalu obses dengan kerja nya.

Sama seperti kejadian Benar yang berlaku kepada sahabat Baik Cik iena yang mana Beliau mengahwini seorang Penulis Skrip dimana bekas Isteri Beliau terbawa-bawa skrip yang diolah didalam dunia nyata. Watak-watak yang di cipta sendiri bagi mencipta  kegembiraan yang akhirnya mewujudkan konflik di dalam rumahtangga mereka sehingga Akhirnya mereka berpisah kerana obsesnya wanita tersebut kepada kerjaya penulisan skripnya yang membuat beliau berani mencipta watak-watak palsu dan di aplikasikan dalam kehidupan seharian . 

Ehhh Maaf tercerita. Untuk mengetahui lebih lanjut Anda semua perlu tonton Filem ini :)
Adakah jalan cerita mereka sama seperti kisah benar sahabat karib cik iena hahaha
Ouhh Maah Encik BFF. Awak tak marah kan. Lama saya pendam kisah benar bekas isteri awak yang menuduh saya macam-macam atas penceraian kamu berdua wakakakkaka.. opss tutup mulut.


Okay sebelum cik iena merapu, jom baca sinopsis Filem Seram ini.

SINOPSIS FILEM HOSPITAL


 
AMIRA (Fatin Afeefa) bakal menghadiri temuduga untuk menjadi jururawat di sebuah hospital ibu kota. Malangnya, Amira tersesat dan ketika dia hampir berputus asa menunggu teksi dihentian bas terpencil, muncul DAHLIA (Nina lskandar)  memberikan pertolongan .
 
Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Nina Iskandar sebagai Dahlia & Fatin Afeefa Sebagai Amira
Rupanya Dahlia bekerja di hospital yang dicari oleh Amira. Dengan bantuan Dahlia, Amira diterima bekerja.  Dahlia turut mempelawa Amira tinggal bersama di rumah sewanya memandangkan rakan serumahnya yang lama baru sahaja meninggalkan rumah itu. Amira bersetuju. 
 

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Shima Anuar  sebagai Erin
 

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fatin Afeefa Sebagai Amira

Bermulalah episod ngeri dalam hidup Amira, Dia sering diganggu oleh beberapa siri kejadian menyeramkan selain diganggu oleh lembaga yang seakan ingin memberitahu sesuatu kepadanya. Perkenalan dengan FARID (Fizz Fairuz) doktor muda di hospital itu seakan memujuk hati Amira
Namun, ia menimbulkan kemarahan Dahlia pula, yang mana rupanya Dahlia mempunyai hubungan dengan Farid
Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fizz Fairuz sebagai Farid

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fatin Afeefa Sebagai Amira dan Fizz Fairuz sebagai Farid
 
Semakin hari jiwa Amira semakin tertekan dengan gangguan-gangguan yang semakin menjadi jadi. Gangguan bukan sahaja di hospital malah juga berlaku di rumah Dahlia tempat Amira menumpang .

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Amreen Shukry sebagai Fahmi


Kawan Amira iaitu Farah (julia Marin) dan tunangnya Fahmi (Amreen Shukry) juga menerima gangguan dalam usaha mereka membantu Amira



Siapa sebenarnya Amira dan siapakah yang sering mengganggunya? Semua bakal terjawab dalam filem HOSPITAL sebuah filem seram terbaru di pawagam mulai 13 April 2017. 

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fatin Afeefa Sebagai Amira dan Nina Iskandar sebagai Dahlia
 

"Bila Realiti Mula Menghantui"

Trailer Filem Hospital


 

Disebalik Tabir Filem Hospital


 
 

PELAKON FILEM HOSPITAL


Fatin Afeefa Sebagai Amira
Shima Anuar  sebagai Erin
Nina Iskandar sebagai Dahlia
Fizz Fairuz sebagai Farid
Julia Marin sebagai Farah
Amreen Shukry sebagai Fahmi
Serina Redzuawan sebagai Ketua Jururawat
Rashidah Jaafar sebagai Jururawat
Lan Zailan sebagai Pesakit


SENARAI KARYAWAN FILEM HOSPITAL


Penerbit : Mejar (K) David Teo
Pengarah : Amiro Ghozali
Pen. Pengarah : Amal
Pengarah Fotografi : Mohd Shaufe Wahib
Skrip : Panel MIG
Pengarah Seni : Anuar Paharuddin
Make up : Baby
Wardrobe : YY
Still Photo : Tan Shier
Penyelaras Projek : Azahari Abdul Hamid



Gambar Majlis Pra Tonton Filem Hospital




Filem Hospital
Cik iena bersama rakan blogger

Filem Hospital
cik iena bersama Fizz Fairuz sebagai Farid

Filem Hospital
cik iena bersama Serina Redzuawan sebagai Ketua Jururawat

Filem Hospital
cik eina da ween bersama Lan Zailan sebagai Pesakit

Filem Hospital
cik iena bersama Fatin Afeefa Sebagai Amira

cik iena bersama Julia Marin sebagai Farah
cik iena bersama Julia Marin sebagai Farah


Filem Hospital
Barisan pelakon,pengarah dan penerbit

Filem Hospital
bergambar bersama rakan blogger


 Lain-Lain Gambar Sila lihat di Fanpage Cik iena : Majlis Pra Tonton Filem Hospital







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pembersih Wajah 2 Dalam 1 Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam



Neutrogena merupakan rangkaian produk kecantikan yang berfungsi sebagai penyelesaian kesihatan dan penjagaan kecantikan . Ianya amat dipercayai oleh pakar dermatologi, pakar kulit dan para pengguna. Neutrogena merupakan rangkaian produk kecantikan yang hebat dan bermutu tinggi serta terbukti secara saintifik untuk memberikan hasil yang paling berkesan dan mesra kulit.


Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam



Ianya berfungsi untuk mengekalkan keanjalan, kecantikan dan kesihatan kulit anda. Terdapat pelbagai rangkaian produk penjagaan wajah dari Neutrogena, antara yang menarik perhatian cik iena adalah Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam.



Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam

 

Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam


Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam merupakan pencuci muka yang mempunyai dua fungsi di dalam satu item. Ianya berfungsi sebagai Make Up Remover dan juga Foam Cleanser atau buih pembersih wajah. Pendek kata ianya mempuanyai fungsi Double Cleansing.



Apa itu Double Cleansing?

 


Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam
Double cleansing atau pencucian dua kali adalah proses pembersihan wajah yang di cuci dua kali untuk memastikan kulit benar-benar bersih.Cucian pertama adalah dengan menggunakan pencuci berasaskan minyak dimana ianya berfungsi sebagai make up remover .Cucian kedua pula  dilakukan dengan foam cleanser yang bertujuan untuk membersihkan sisa-sisa kotoran pada wajah. Rutin ini telah lama di amalkan oleh orang-orang Jepun dan Korea. Jadi tidak hairanlah kulit mereka sangat cantik kerana mereka sangat menitikberatkan soal penjagaan wajah.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa perlu mencuci wajah dua kali atau Double Cleansing . Ianya sangat penting dalam penjagaan wajah terutama buat anda yang sering mengenakan solekan pada setiap hari terutama solekan tebal. Sisa-sisa solekan perlu di bersihkan dengan teliti agar ianya tidak menimbulkan jerawat serta jeragat pada wajah.


Kenapa perlu double cleanse atau pencucian dua kali?

 


Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam
Untuk pengetahuan anda, pencuci berasaskan minyak adalah untuk menanggalkan kotoran berminyak. Jika kita ingat kembali  asas sains, air dan minyak merupakan elemen yang tidak boleh bersatu. Jadi disebab itu penggunaan Neutrogena  Deep Clean Cleansing Oil To Foam amat bagus untuk membuang kotoran berasaskan minyak pada wajah anda. .Kesemua minyak yang melekat di wajah akan dilarutkan dengan penggunaan Neutrogena  Deep Clean Cleansing Oil To Foam  ini dan seterusya apabila di aplikasikan dengan air ianya akan berubah kepada Foam Cleanser dimana ianya akan membuang kesemua sisa kotoran yang ada pada wajah termasuk sisa-sisa kotoran minyak dari cucian pertama.


Kepentingan cleansing oil menurut pakar kulit

 





Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam


1. Cleansing oil sangat bagus untuk menyingkirkan ‘minyak tidak baik’ dikulit anda.

cleansing oil akan menarik kekotoran yang menutup pori-pori tanpa menghilangkan minyak semulajadi seperti kebanyakan pencuci lain. Ia meninggalkan kulit dalam keadaan bersih, lembut dan seimbang serta tidak kering dan kesat.

Keadaan kering dan kesat akan membuatkan sebum menghasilkan lebih banyak minyak,  lebih banyak masalah. Jadi dengan penggunaan Cleansing Oil ianya akan membuatkan kulit anda bebas dari 'minyak tidak baik'

2. Cleansing oil mengandungi bahan antioxidant dan anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan keadaan kulit anda.

Cleansing oil biasanya mengandungi bahan aktif dari minyak tumbuh2an (zaitun, bunga matahari, bijan, badam, kesumba (safflower), biji anggur), extraks (teh hijau, jasmine) dan/atau vitamins (E dan C).


Setiap wanita pasti inginkan kulit yang cantik serta bersih dan sihat . Jadi dalam penjagaan wajah amat penting bagi kita memilih pencuci muka yang baik untuk mengekalkan kecantikan serta merawat wajah kita.


Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam Membantu Membuang Solekan Dan Kotoran pada Wajah dengan Cepat.



Cik iena sendiri telah mencuba Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam selama seminggu dan cik iena sangat berpuas hati dengan keberkesanan pencuci wajah dua dalam satu ini. Ianya sangat memudahkan cik iena dimana cik iena tidak perlu lagi menggunakan make up remover secara berasingan untuk membuang solekan pada wajah terlebih dahulu sebelum membersihkan wajah dengan pencuci muka.



Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam



Ianya sangat memudahkan dan menjimatkan masa terutama buat wanita yang sibuk khususnya. Hanya dengan sekali cucian cik iena dapat aplikasikakn dua fungsi  pada masa yang sama iaitu make up remover dan foam cleanser.


Tekstur Berbentuk Gel Memudahkan Pembersihan

 


Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam


Tekstur yang berbentuk gel yang lembut dan berbuih memudahkan lagi pembersihan. Cik iena dapat merasakan tekstur usapan yang lembut semasa cik iena mengaplikasikan pencuci wajah dua dalam satu ini. Selain tekstur gel yang lembut ianya juga berbau harum yang mendamaikan dan menyenangkan. Pembungkusannya juga sangat memudahkan untuk diaplikasikan dimana ianya didatangkan dalam bentuk botal yang boleh di pam bagi memudahkan penggunaan.


Cara Penggunaan Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam


  1. Pump pada jari anda kemudian lakukan urutan pada wajah untuk menanggalkan solekan pada wajah
  2. Kemudian ambil sedikit air dan ratakan di wajah anda, lakukan urutan sekali lagi dimana urutan kali kedua ini akan menghasilkan buih pada wajah dan akan membersihkan sisa kototan pada wajah.
  3. Bilas dengan air bersih.



Video Tutorial Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Form






Video Review Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam




Harga Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam



Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam ini di jual pada harga   RM 44.90 di Lazada Malaysia . Selain itu anda juga boleh dapatkan produk ini di Watsons , Guardian dan pusat membeli belah serta supermarket dan hypermarket berhampiran anda.

Kepada anda di luar sana yang ingin mencuba keberkesanan produk ini amat dialu-alukan terutama buat ada yang kerap mengenakan solekan pada wajah kerana ianya sangat membantu anda membersihkan wajah anda dari sisa solekan dan sisa kotoran dengan cepat dan mudah.

Pada yang tidak mempunyai masa untuk mendapatkannya di Watsons , Guardian , pusat membeli belah , supermarket mahupun hypermarket anda boleh membeli secara online di Lazada Malaysia diaman terdapat pelbagai rangkaian produk Neutogena yang telah mula di jual di Lazada.

Untuk Pembelian Online di Lazada Klik 



Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam
Beberapa rangkaian pencuci wajah dari Neutrogena yang perlu anda cuba. Insya Allah jika ada masa cik iena review okay. Cik iena nak habiskan dulu Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam yang super duper best nie :)






Untuk Maklumat Lanjut :


Website : www.neutrogena.com
Facebook : Neutrogena Malaysia
Instagram : @neutrogenamy
Email : jnjconsumercare@conmy.jnj.com
Call Centre toll free number (from land line) : 1800 222 565
Mailing Address : Johnson & Johnson Sdn. Bhd(Marketing Dept – Neutrogena)
                              Lot 3 & 5 Jalan Tandang
                              46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pakej Kahwin Murah di Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA)


Setiap pasangan yang ingin berkahwin pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang sempurna dan meriah serta berjalan lancar. Namun dalam mencapai impian tersebut seseorang itu perlu membuat persediaan rapi bagi memastikan majlis mereka tiada cacat celanya.

Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA)


Dalam zaman yang serba moden ini segala kos semakin meningkat, jadi amatlah penting untuk kita merancang perbelanjaan dengan cermat bagi mengelakkan pembaziran. Bagi cik iena kita perlu merancang dengan teliti antara cara untuk merancang perbelanjaan adalah dengan membuat survey terlebih dahulu tentang harga dan servis dari sesebuah butik, khidmat katering,photographer, maku up artis dan sebagainya.


 
Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA)


Kebiasaannya kita boleh dapatkan harga-harga pakej perkahwinan yang berpatutan di Pameran Pengantin yang kebiasaannya akan diadakan setiap tahun bagi memudahkan bakal-bakal pengantin untuk mencari pakej-pakej perkahwinan bagi merealisasikan perkahwinan idaman mereka.



Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA)



Istimewa buat bakal-bakal pengantin di luar sana anda boleh mendapatkan pekej-pakej perkahwinan pada harga yang berpatutan di Festival Pengantin yang paling popular yang bakal diadakan pada 12-14 Mei 2017. Faestival yang cik iena maksudkan adalah Malaysia Wedding Festival (MEFA)  yang mana ianya bakal diadakan  di Shah Alam Convention Centre (SACC).


Malaysia Wedding Festival (MEFA


Untuk pengetahuan semua ini merupakan penganjuran kali ke 16 oleh Mefa Events.  Terdapat tawaran diskaun sehingga 70 % untuk Pakej Pengantin di Malaysia Wedding Festival (MEFA) . Namun tawaran hebat ini hanya terhad untuk 3 hari pameran sahaja dari 10 pagi hingga 9 malam.


Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA)
Festival pengantin ini dapat memudahkan bakal-bakal pengantin untuk melakukan persiapan perkahwinan dimana MEFA menganjurkan pameran seperti One Stop Centre Wedding, dari produk perkhidmatan kahwin seperti  katering, pelamin, butik pengantin, kad kahwin, cenderahati, dewan perkahwinan, perkhidmatan wedding planner ,  photographer wedding, videographer wedding dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan majlis perkahwinan.


Kesemua vendor atau wedding planner yang menyertai MEFA merupakan gabungan dari pelbagai kawasan dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang. Jadi anda tidak perlu risau tentang lokasi mereka buat anda yang berada di kuala lumpur dan lembah klang.

Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA)

Apa yang menarik lagi tentang festival kali ini, dengan setiap tempahan mana-mana pakej minima RM500 (terkumpul) di MEFA, bakal-bakal pengantin berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan sekurang-kurangkan coklat.


Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA)


Untuk pengetahuan semua  setiap tempahan pada hari tersebut akan mendapat hadiah. Menarikkan ?
Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan pakej-paker perkahwinan anda ataupun barangan peralatan serta servis perkahwinan anda di MEFA.

Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA)

Selain daripada itu sekiranya  anda berminat melihat pertunjukan fesyen juga akan diadakan pertunjukan fesyen pada hari tersebut dan tidak ketinggalan juga  pertandingan makeup artist.


Pakej Kahwin Murah di Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA)


Bersempena penganjuran kali ke 16 oleh Mefa Events.  Terdapat tawaran diskaun sehingga 70 % untuk Pakej Pengantin di Malaysia Wedding Festival (MEFA) . Terdapat pelbagai Vendor yang akan terlibat yang mana terdapat pelbagai tawaran istimewa dengan harga yang berpatutan disapming hadiah-hadiah yang bakal anda bawa pulang sekiranya anda membuat tempahan pada hari pameran tersebut.

Disini juga anda boleh membuat perbandingan diantara vendor bagi mendapatkan pakej terbaik mengikut belanjawan anda. Jadi cik iena rasa bakal pengantin di luar sana perlu hadir ke MEFA untuk mendapatkan harga dan pakej terbaik mengikut kesesuaian belanjawan yang di peruntukkan.




Untuk Maklumat Lanjut Layari


Instagram : MEFAPENGANTIN 
Website : www.mefa.my


Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi En Azahari di talian 012 – 387 1775.


 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Program Khidmat Sosial Masyarakat anjuran Kelab Rakan Malaysia, ROOPAWAN & Pantai Timur FC


Beberapa minggu yang lepas iaitu pada hari sabtu 18 Mac 2017  cik iena berkesempatan menyertai Program Khidmat Sosial Masyarakat anjuran Kelab Rakan Malaysia, ROOPAWAN & Pantai Timur FC di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Aktiviti seperti ini sememangnya cik iena sangat gemari . Alhamdulillah cik iena di beri kesempatan sekali lagi untuk menyertai aktiviti charity seperti ini.


KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR

Sebelum ini cik iena juga merupakan sukarelawan 1charity yang terlibat dalam pengagihan makanan buat gelandangan yang diadakan pada setiap hari khamis dan jumaar bertempat di Bank Muamalat Jalan Melaka, Kuala Lumpur.

Disebabkan faktor kekangan masa cik iena jarang menyertai aktiviti charity mingguan tersebut. Jika di ikutkan kebanyakan follower Instagram cik iena datangnya dari mereka-mereka yang gemar melihat perkembangan cik iena mengenai aktiviti charity cik iena pada setiap minggu.

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR

Jadi cik iena tidak melepaskan peluang untuk menyertai kerja amal ini apabila di jemput oleh rakan blogger .Di sini gelandangan di beri sedikit sumbangan oleh pihak penaja dan mereka juga di berikan pakaian-pakaian serta terdapat perkhidmatan barber bagi mereka yang ingin memotong rambut.

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
sesi luahan hehe

Selain dari aktiviti tersebut apa yang menarik adalah di sini cik iena di benarkan untuk menemuramah penghuni-penghuni di sebut . Kebiasaannya cik iena bercharity untuk gelandangan cik iena sangat takut untuk bertanyakan mengenai salah silah gelandangan kerana cik iena risau akan mengguris hati mereka melainkan dengan rela hati mereka menceritakan sendiri.

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
terima kasih pakcik sudi bercerita tentang kisah pakcik. Semoga Allah sentiasa melindungi pakcik

Tetapi pada hari tersebut cik iena dan rakan-rakan digalakkan untuk beramah-mesra dengan gelandangan dengan bertanya kabar dan bersembang. Cik iena mengambil kesempatan ini bersembang dengan beberapa penghuni yang menetap sementara disini . Cik iena cuma berborak kosong dan bertanya khabar, namun mereka sendiri tidak berat mulut untuk menceritakan tentang kisah hidup mereka.

Untuk Lebih lanjut mengenai luahan hati cik iena mengenai apa yang cik iena temubual sila tonton video yang cik iena rakam semasa aktiviti kerja amal tersebut.





Agensi Pelbagai Industri Tampil Bantu Golongan Gelandangan di Kuala Lumpur

Program Khidmat Sosial Masyarakat ini di anjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelab Rakan Malaysia bersama-sama portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.com) dan kelab Bolasepak Pantai Timur FC. Ianya diadakan di Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur.

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR

Program khidmat masyarakat ini julung kalinya menggabungkan penganjur berbilang industri dimana ianya juga turut mendapat sokongan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care Malaysia Society), Program Power of Sedekah (NGO), SME PESAT (Persatuan SME Anak-Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan), Shortea Barbershop dan MZ Patin . Program ini berjaya menarik hampir 200 gelandangan dari sekitar Kuala Lumpur.


Pelbagai bantuan ditawarkan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma oleh pakar perubatan, khidmat gunting rambut percuma, pengagihan makanan tengahari dan pek makanan kering, pengagihan pakaian terpakai (free market) serta kemudahan bekalan asas seperti berus gigi, sabun mandi dan lain-lain lagi. Program Bersama Gelandangan ini turut disertai kira-kira 30 sukarelawan daripada gabungan agensi yang terlibat.


“Program ini akan terus diadakan secara berkala setiap 3 bulan sepanjang tahun ini. Kelab Rakan Malaysia mahu mengungguli dalam tawaran bantuan terhadap mereka yang memerlukan selaras dengan misi pertubuhan ini diwujudkan,” menurut Dato’ Mohamed Zain Bin Abdul Malek, Presiden Kelab Rakan Malaysia.


“Roopawan tampil sebagai hub untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim, justeru pembabitan dalam khidmat sosial masyarakat ini dilihat sebagai cara terbaik dalam menabur bakti balas buat masyarakat,” menurut Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd, Mohd Fuad Mohd Noor.



“Pantai Timur FC tampil menganjurkan program sebegini sebagai salah satu cabang kebajikan buat ahli kami di seluruh negara terutamanya yang menetap di Kuala Lumpur. Ini salah satu cara kami dalam membalas jasa negara, selain mendekatkan ahli kami dengan masyarakat,” ujar Mohamad Fadli Ishak, Presiden Pantai Timur FC


Difahamkan Program ini akan diteruskan pada setiap 3 bulan sepanjang tahun . Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam membendung gejala tidak sihat di kalangan gelandangan menerusi perhatian sewajarnya yang akan diberikan. 
Kepada anda di luar sana yang ingin menghulur sumbangan peribadi ke Kelab Rakan Malaysia anda boleh menghubungi Cik Ezette selaku Ketua Biro Perhubungan Awam & Acara, Kelab Rakan Malaysia di talian +0179746520 atau emel ezette.kram@gmail.com


Gambar Program Khidmat Sosial Masyarakat anjuran Kelab Rakan  Malaysia, ROOPAWAN & Pantai Timur FC



KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
bersama artis yang terlibat sama dalam aktiviti charity ini iaitu pelakon dan juga business man iaitu Mustaqim Bahadon yang juga merupakan founder Shortea Barbershop





KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
Rakan blogger yang  turut terlibat

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
Momi bergambar berasma paklong salah seorang penghuni disini

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
Cik iena meluangkan masa bermain carrom bersama penghuni disini

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
Selfie bersama rakan blogger dan founder Roopawan

Baiklah disini cik iena ingin menceritakan serba sedikit mengenai agensi-agensi yang terlibat dalam projek kebajikan ini. Diharapkan ianya dapat diteruskan dan dijadikan aktiviti wajib setiap bulan atau tahun :) . Tahniah di ucapkan kepada agensi-agensi yang terlibat . Semoga usaha murni ini menjadi contoh kepada agensi-agensi yang lain.

Tentang Kelab Rakan Malaysia


Kelab Rakan Malaysia (KRAM) adalah pertubuhan yang bertujuan:

a.      Mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat muhibah di kalangan ahli-ahli
b.      Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawan
c.      Menggalakkan dan memudahkan rakyat malaysia dan penduduk setempat mengamalkan gaya hidup sihat
d.      Menggalakkan perpaduan dikalangan rakyat malaysia dengan menggunakan platform sukan dan rekreasi
e.      Menggalakkan semangat cintakan sukan di kalangan rakyat malaysia
f.       Menjalankan kerja-kerja dan perkhidmatan amal untuk masyarakat umumnya



Untuk maklumat lanjut, hubungi Kelab Rakan Malaysia di:


Zettira Ezette Farhanna     | +0179746520 |   ezette.kram@gmail.com
Mohd Izzul Izzuddin           | +0195433934 |   izzul.kram@gmail.com


Tentang Roopawan


Portal membeli-belah atas talian (www.roopawan.com) yang dimiliki sepenuhnya oleh Roopawan Marketing Sdn Bhd mula beroperasi secara rasmi pada Ogos 2016 menawarkan produk fesyen dan kecantikan Muslim dengan lebih 50 jenama tempatan dan antarabangsa. Roopawan yang diasaskan oleh 2 anak muda, Mohd Fuad Mohd Noor dan Siti Amalina Ariffin mencatatkan perolehan sehingga RM300,000 hanya selepas 6 bulan dilancarkan. Roopawan turut merancang untuk menembusi pasaran luar Malaysia menjelang akhir 2017.


Untuk maklumat lanjut, hubungi Roopawan Marketing Sdn Bhd di 03-91744771 atau:


Mohd Fuad Mohd Noor      | +60193933529   | mohdfuad@roopawan.com
Siti Amalina Ariffin              | +60177540687   | amalinariffin@roopawan.com


Tentang Pantai Timur FC


Pantai Timur FC atau dikenali sebagai PTFC adalah satu pasukan bola sepak yang ditubuhkan sejak 2009 lagi. Kelab Bola Sepak Pantai Timur akan menyertai Pertandingan Bola Sepak Liga Sosial Shah Alam V3 bermula 19 Mac 2017. Pemain Pantai Timur FC adalah terdiri daripada anak-anak Pahang, Terengganu dan Kelantan, selaras dengan nama kelab. Untuk mendaftar sebagi ahli kelab, sila hubungi Mohd Fadli Bin Ishak, Pengurus pasukan Pantai Timur FC, di talian +0108907477








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve