Grab The Promo

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet

Siapa kata dekorasi rumah perlukan belanja yang mahal dan banyak? Sebenarnya dengan kekreatifan yang ada, kita dapat mendekorasi rumah tanpa modal yang besar dengan hasil yang memuaskan.

DIY , pasti anda semua tahu akan maksud DIY . "Do It Yourself" . Kalau dah hasil kerja tangan sendiri tentu ianya lebih dihargai bukan.

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet

Idea Perabot Berasaskan Kayu Palet

Idea ini datang dari sahabat Bestie Blogger +Khairul Iskandar Tajuddin . Cik iena pernah  berbual dengan iskandar mengenai Projek DIY. Memandangkan cik iena baru sahaja berpindah rumah di mana sebelum ini cik iena hanya menyewa bilik di Kuala Lumpur. Kali ini Cik iena membuat langkah lebih besar dengan menyewa rumah.

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
termenung jugalah cik iena macam mana nak buat ni

Memandangkan cik iena duduk bujang dan sebelum ini hanya menyewa bilik jadi, barangan perabot di rumah cik iena kurang melainkan barangan elektrik seperti Mesin basuh, Tv, induction cooker dan barangan elektril kecil yang lain. Jadi cik iena terfikir utk membuat dekorasi  serta perabot DIY untuk rumah bujang cik iena.

Cik iena merupakan seorang yang gemar bersolek jadi benda pertama yang cik iena perlukan adalah Meja Solek DIY . Idea meja solek menggunakan kayu palet ini datang apabila cik iena dan iskandar melihat kayu-kayu palet yang terbiar di belakang kilang serta pasaraya. Memandangkan cik iena tergesa-gesa untuk membuat Meja Solek DIY tersebut kerana cik iena  ingin menggunakan meja solek tersebut secepat mungkin untuk merakam video selfie review produk jadi kami terpaksa memikirkan cara lain dan dalam masa yang sama tetap jimat untuk menghasilkan DIY Meja Solek tersebut.

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
gigih skrew tau, alangkah bagusnya ada Metabo Cordless Impact Drill

Memandangkan kami tiada kelengkapan seperti gergaji jadi untuk mempercepatkan proses . Jadi, Kami membuat keputusan untuk mencari kayu palet yang siap sedia di potong yang boleh di beli dengan harga yang murah dan kami jadikannya Meja Solek yang simple tapi menarik.

Hanya menggunakan Kayu Palet, cermin serta skrew sahaja  meja solek diy berasaskan Kayu Palette idaman cik iena dapat di hasilkan. Terima kasih banyak-banyak Iskandar sebab rajin melayan karenah BFF dia yang kedekut. Yang nak berjimat, yang taknak beli perabot mahal-mahal (^_~)

Tapi sebenarnya tidak lah kedekut cuma cik iena baru sahaja berpindah rumah. Almaklumlah kos pindah rumah 2 + 1 beserta Facilities. Sewa rumah cik iena sebulan RM1300. Okay boleh bayangkan tak betapa kesempitan keewangan nya sekarang. Maka dengan itu cik iena terpaksa berjimat.

Harap Cik iena dapat terus berjimat dan kedekut macam ni supaya dapat simpan duit banyak-banyak. Okay panjang pula cik iena membebel, ni cik iena tunjukkan macam mana Iskandar buatkan DIY Meja Solek untuk cik iena .

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
wokay ni lah bff kite rajin dia kan hahaha

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
ehh jangan salah sangka, iskandar datang rumah iena mak dan adik-adik iena ada

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
haa kerja-kerja DIY ni pun akan mengeratkan sillaturrahim gituh. haha arif da ngam dengan abg is
Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
haha taun empunya blog buat sekejap je, skrew2 penat. Selebihnya Iskandar yang buat :)

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
rajin nye tolong cik iena (^_~) Mekasih

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
haa dah siap pasang kayu palet tu, iskandar pasang cermin pula. Lekatkan dekat palet terus

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
Yeay dah siap, sebenarnya orang paling happy dah siap adalah si kecik dalam gambar sebab dia nak ajak pergi macdonald. bukan main hebat dia bodek abang is dia hidangkan makanan tengah hari untuk abg is and kakngah :)

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
okay seldie dengan deqnor pula, mak cik iena malu sebab pakai kain batik hehe

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
taraaa dah siap, tapi lepas ni cik iena nak tambah lampu. Karpet tu pun boleh tukar, saja letak

Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet
yeayy sukanya dah ade DIY Meja Solek. Lagi seronok sebab Buat sendiri yeayyy ehhh bukan iena buat, iskandar yang buat lalalalallaaa. Terima Kasih Awak (^_~)

Untuk pegetahuan kayu palet dan cermin ni cik iena beli di Ikea.

Metabo Cordless Impact Drill
Cantik kan DIY Meja Solek cik iena , Tapi kalau lah ada alat yang dapat mempercepatkan kerja-kerja DIY ni tentu lagi mudah kan . Takde lah susah susah nak berkerah tenaga pusing skrew tu nak cantumkan dengan kayu Palet. Haaa di sini cik iena nak kongsi dengan anda semua barangan alat kuasa yang menggunakan bateri yang sangat mudah untuk kita gunakan di rumah  iaitu Produk Metabo dari Jasa Kita. Kalau untuk kerja-kerja DIY cik iena nak mencantumkan palet ni sangat mudah kalau ada Metabo Cordless Impact Drill ni. Senang nak skrew. Takdelah kene skrew sepenuh hati sepenuh tenaga pusing pusing. Dengan adanya Metabo Cordless Impact Drill  ni tentu lebih mudah dan cepat. Selain dari Metabo Cordless Impact Drill  ni terdapat banyak lagi produk Metabo yang cordless ni tau. Jom cik iena cerita lagi. Jemput baca di bawah ya :)

Produk Metabo Oleh Jasa Kita

Metabo merupakan jenama alat kuasa yang diedarkan di Malaysia oleh Syarikat Jasa Kita . Jenama ini sesuai untuk pengguna profesional tetapi anda juga boleh menggunakan Produk Metabo di rumah juga terutama dalam membuat kerja-kerja DIY . Terdapat pelbagai rangkaian  produk Metabo yang boleh anda nikmati faedah daripada alat tanpa wayar yang menggunakan pek bateri . Ianya lebih mudah digunakan jika di bandingkan dengan kebanyakan produk di pasaran yang memerlukan sambungan elektrik. Tambahan lagi Metabo memberi jaminan 36 bulan pada pek bateri, yang mana jaminan yang diberikan adalah lebih lama berbanding jenama lain.

Kerjasama yang kuat antara Jasa Kita dan Metabo

Dengan lebih daripada 40 tahun penubuhannya, Jasa Kita telah memperoleh kepercayaan dari kalangan  pelanggan dan rakan perniagaan diatas reputasi kebolehpercayaan dan amanah yang ada . Jasa Kita merupakan pengedar yang diberi kuasa di Malaysia untuk memasarkan jenama-jenama terkenal seperti Devon, SATA, Kuani, Brook Crompton, Toshiba, dan bateri automotif GP. Excel & Feima Electric Motors juga dibangunkan sebagai jenama sendiri.

Jasa Kita Group

Pada tahun 2017, Jasa Kita telah mendapatkan hak pengedaran alat Metabo, satu jenama terkemuka Jerman. Sebagai pengeluar alat kuasa berkualiti tinggi untuk pengguna profesional, Metabo menawarkan pelbagai pilihan alat profesional dan aksesori. Ini adalah selaras dengan matlamat Jasa Kita untuk menyediakan pengguna dengan produk yang berkualiti premium.

Menyedari kepentingan bateri alat kuasa dalam pelbagai industri, Jasa Kita telah membawa masuk sejumlah besar model bateri alat kuasa untuk membantu pengguna bekerja dengan kecekapan maksimum dan produktiviti. Untuk menyokong pengguna, Jasa Kita juga akan memberikan tempoh jaminan yang luar biasa 36 bulan untuk bateri.

Tentang Jasa Kita Berhad

Jasa Kita Berhad telah ditubuhkan pada 1975 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur sejak tahun 1993. produk Jasa Kita boleh didapati di lebih 500 peniaga dan pemborong di seluruh Malaysia, termasuk sistem perkakasan dan peralatan, peruncit moden dan bekalan produk kejuruteraan syarikat. Mereka juga membekalkan kepada kontraktor, Original Equipment Manufacturers dan fabrikasi.

Perniagaan Utama Jasa Kita adalah dalam pengedaran :

  • Premium quality power tools 
  • Electric induction motors 
  • Hand tools 
  • Air tools 
  • Automotive battery and other industrial supplies
Jasa Kita merupakan pengedar yang diberi kuasa di Malaysia untuk jenama terkenal seperti Devon, SATA, Kuani, Brook Crompton, Toshiba, dan bateri automotif GP
. Excel & Feima Electric Motors juga dibangunkan sebagai jenama sendiri.

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Jasa Kita Sila LAyari http://www.jasakita.com.my/
Untuk Melihat  Rangkaian Produk Metabo Cordless Tools sila layari Metabo Cordless Tools

iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com

3M dan 11street Menganjurkan Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan Sempena Pelancaran Minggu Minum Air Ke-3

KUALA LUMPUR, 29 April 2017 – Selepas kejayaan dua kempen ‘Minggu Minum Air bagi tahun-tahun sebelum, 3M ingin terus menggalakkan tabiat meminum air secukupnya buat tahun ketiga berturut-turut. 3M  Bekerjasama dengan 11street, salah sebuah pusat membeli belah dalam talian terbesar di Malaysia, 3M menekankan kepentingan tabiat untuk kekal hidrat melalui penganjuran klinik badminton untuk rumah kebajikan yang diadakan di SJK(C) Choong Wen yang disertai 35 kanak-kanak dari Rumah Victory Children & Youth Home dan Pure Life Society.

3M dan 11street Menganjurkan Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan Sempena Pelancaran Minggu Minum Air Ke-3
Children from both charity homes posing gleefully at the launch of 3M’s Drinking Water Week Event – Coach for A Cause.

Video 3M dan 11street Menganjurkan Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan Sempena Pelancaran Minggu Minum Air Ke-3 

Parameswaran Nair, Pengarah Urusan 3M Malaysia berkata

"Minggu Minum Air adalah idea yang telah dicetuskan oleh 3M dimana ianya telah dimulakan sejak tahun 2015 melalui satu kempen mendidik generasi muda di Tadika Julia Gabriel Centre, Petaling Jaya. Setahun selepas itu, kami memutuskan untuk melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia dalam kempen ini dengan memperkenalkan Minggu Minum Air kepada pelanggan di pusat membeli-belah 1Utama, Petaling Jaya. Tahun ini, harapan kami adalah untuk mengekalkan penglibatan orang ramai dalam kempen ini dan dalam masa yang sama membantu golongan kurang bernasib baik,"
Parameswaran Nair, Pengarah Urusan 3M Malaysia
Parameswaran Nair, Pengarah Urusan 3M Malaysia, merasmikan Minggu Air Minum 3M 2017 dengan wawasan beliau mengenai kepentingan air minuman.
"Selain mempromosikan manfaat meminum air bersih, kami juga menyasarkan untuk menyambung silatulrahim serta memperbaiki hubungan antara komuniti di Malaysia. Kerjasama dengan 11street dalam menganjur klinik badminton pada hari ini menjalinkan hubungan dengan golongan kurang bernasib baik, menyumbang semula kepada masyarakat dan memberi pemahaman mengenai kelebihan meminum air yang bersih. Dengan kepakaran lebih 75 tahun dalam bidang penapisan, 3M komited untuk terus menggalakkan peminuman air bersih dan ditapis."

Bruce Lim, Naib Presiden Bahagian Merchandising
Bruce Lim, Naib Presiden Bahagian Merchandising, bercakap mengenai kerjasama antara 11street dan 3M untuk Minum Minggu Air 2017

Bruce Lim , Selaku Naib Presiden Bahagian Perdagangan 11street pula berkata: 

"Kami berbesar hati dapat berganding bahu dengan 3M untuk kali kedua melalui inisiatif tahunannya iaitu 'Minggu Minum Air'. Kami yakin klinik badminton ini adalah cara berkesan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan membawakan sukan kegemaran Malaysia. Melalui klinik ini, kami bukan sahaja dapat memberi pemahaman kepada mereka mengenai kelebihan tabiat meminum air secukupnya malah ia juga memberi peluang untuk kami menyumbang kepada badan kebajikan."

3M dan 11street Menganjurkan Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan Sempena Pelancaran Minggu Minum Air Ke-3
From left to right – Hafiz Hashim, Badminton Coach; Bruce Lim, Vice President of Merchandising Division of 11street; Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia; Hank Chen, General Manager of 3M Malaysia Industrial Business Group; and Kenichi Tago, Badminton Player launching Coach for A Cause by serving the shuttlecocks together.

Latihan badminton kepada golongan kurang bernasib baik

Badminton, merupakan salah satu sukan yang paling digemari di Malaysia. Ia merupakan sukan yang bertenaga dan memerlukan ketangkasan serta stamina tinggi. Di sebalik keseronokan bermain badminton, ia mengeluarkan banyak peluh yang boleh mengakibatkan badan kehilangan cecair dan menyebabkan dehidrasi.

Children of the homes are learning tips and tricks of the sport from badminton star Muhammad Hafiz Hashim during the coaching session.
Children of the homes are learning tips and tricks of the sport from badminton star Muhammad Hafiz Hashim during the coaching session.

Tanpa penghidratan yang betul, apa-apa jenis sukan juga akan menyebabkan keletihan. Inilah sebab mengapa pengambilan air adalah penting untuk kekal sihat dan mengekalkan fungsi setiap sistem dalam badan seseorang termasuk jantung, otak dan otot. 

Coach Hafiz Hashim warming up before the badminton clinic session with the children.

Video Warming Up Session Bersama Coach Hafiz Hashim Dan Kanak-kanak rumah kebajikan

Video Badminton clinic session by Coach Hafiz Hashim

Semasa menunjukkan pergerakan asas dalam sesebuah permainan badminton, jurulatih badminton Muhammad Hafiz Hashim mengingatkan kanak-kanak dari dua badan kebajikan tersebut mengenai kepentingan untuk kekal hidrat. Turut hadir dalam sesi latihan tersebut ialah Kenichi Tago, pemain badminton dari Jepun dan Jansen Yeoh, jurulatih ketahanan dan kesihatan.

Jansen Yeoh, jurulatih ketahanan dan kesihatan.
Jansen Yeoh, jurulatih ketahanan dan kesihatan.

Jansen Yeoh juga berkongsi tips kesihatan semasa program tersebut:

"Penting untuk anda kekal hidrat sepanjang hari bagi memastikan badan anda mendapat jumlah air yang diperlukan untuk berfungsi pada tahap optimum. Air adalah sumber paling terbaik untuk penghidratan kerana ia tidak mengandungi gula atau karbohidrat, dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan dahaga." 

3M dan 11street Menganjurkan Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan Sempena Pelancaran Minggu Minum Air Ke-3
From left to right – Hafiz Hashim, Badminton Coach; Bruce Lim, Vice President of Merchandising Division of 11street; Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia; Hank Chen, General Manager of 3M Malaysia Industrial Business Group; and Kenichi Tago, Badminton Player showcasing the brand new 3M Countertop Water Filter CTM-02. 

Gambar 3M dan 11street Menganjurkan Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan Sempena Pelancaran Minggu Minum Air Ke-3

: Hafiz Hashim, renowned badminton coach shaking hands with Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia after a friendly match.

cik iena bergambar bersama Kenichi Tago, pemain badminton dari Jepun
cik iena bergambar bersama Kenichi Tago, pemain badminton dari Jepun

cik iena bergambar bersama rakan blogger dan salah seorang kanak-kanak dari rumah kebajikan yang terlibat
cik iena bergambar bersama rakan blogger dan salah seorang kanak-kanak dari rumah kebajikan yang terlibat

cik iena bergambar bersama  coach Hafiz Hashim
cik iena bergambar bersama  coach Hafiz Hashim

3M dan 11street Menganjurkan Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan Sempena Pelancaran Minggu Minum Air Ke-3
cik iena bergambar bersama rakan blogger dan coach Hafiz Hashim

Children from both charity homes posing gleefully at the launch of 3M’s Drinking Water Week Event – Coach for A Cause.

Drinking Water System CTM-02 Rekaan bergaya hiasi dapur anda 

3M dan 11street Menganjurkan Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan Sempena Pelancaran Minggu Minum Air Ke-3
Semasa klinik badminton tersebut, 3M Malaysia turut memperkenalkan produk berteknologi tinggi terbaru keluaran syarikat itu - 3M Countertop Drinking Water System CTM-02. Penapis air CTM-02 tersebut mempunyai kadar aliran air yang tinggi sehingga 2.8 liter seminit, mampu mengisi 14,000 gelas air dan didatangkan dalam rekaan futuristik yang boleh dipasang dengan mudah.

Salah satu komponen utamanya - Sanitary Quick Change (SQC) – membuktikan betapa mudahnya untuk menggantikan kartrij penapis dalam hanya 10 saat. Ia juga dilengkapi penunjuk jangka hayat kartrij, yang membolehkan pelanggan memeriksa sama ada kartrij perlu ditukar. Kartrij penapis CTM-02 diuji dan disahkan oleh standard 42 dan 53 NSF. Pelanggan boleh 'Yakin dengan Setiap Titisan' kerana penapis air 3M telah disahkan selamat secara saintifik.

Produk istimewa 3M di 11street

3M melancarkan Minggu Minum Air dengan tawaran hebat yang boleh didapati di 11street. Tawaran ini berbentuk baucar diskaun 15% yang boleh dimuat turun untuk digunakan di e-kedai 3M. Bulan Mei juga akan dikenali sebagai 'Bulan 3M' kerana promosi ini sah sepanjang bulan tersebut. Selama dua minggu, penapis air 3M Countertop Drinking Water System CTM-02 akan dipaparkan di 11street bersama-sama penapis air lain yang ditawarkan 3M. Promosi istimewa juga akan diberikan untuk jenama lain keluaran 3M seperti 3M AutoFilm, 3M Auto Care, Scotch-Brite™, Command™ dan banyak lagi.

"Kami gembira untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama kerana ia memberikan kami peluang untuk mengembangkan lagi tawaran produk, khusus untuk kemudahan pelanggan semasa membeli-belah. Dengan lebih 10 juta produk dan lebih 30,000 penjual dalam platform kami, 11street teruja untuk bekerjasama dengan 3M bagi menawarkan lebih banyak produk berkualiti tinggi kepada semua lapisan rakyat Malaysia," tambah Lim.

3M dan 11street menyokong kebajikan melalui e-dagang

Program kebajikan yang dianjurkan 3M dan 11street turut digerakkan melalui pengenalan permainan batu, kertas dan gunting dalam bentuk digital yang menyasarkan penglibatan 150,000 rakyat Malaysia. Pemain yang meluangkan lebih banyak masa dalam permainan tersebut akan membantu menyumbang bekalan kartrij penapis air sehingga lima tahun kepada Rumah Victory Children & Youth Home dan Pure Life Society. Peserta permainan itu turut berpeluang memenangi 3M™ Countertop Drinking Water System CTM-01 sebagai ganjaran ke atas usaha mereka.

3M dan 11street Menganjurkan Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan Sempena Pelancaran Minggu Minum Air Ke-3
Parameswaran berkata: “Sebagai penyokong utama kepada tabiat baik meminum air bersih dan bertapis, kami rasa adalah wajar untuk menggunakan produk 3M sendiri bagi menyokong kempen bermanfaat ini melalui program kebajikan yang diadakan. Permainan ini direka supaya orang ramai dapat turut menyertai Minggu Minum Air dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan. Jadi, kami menggalakkan lebih ramai orang Malaysia untuk mengambil bahagian dalam permainan ini supaya kami mampu membantu golongan kurang bernasib baik dan membekalkan mereka dengan lebih banyak kelengkapan yang memberikan akses kepada air minuman bersih, terus daripada paip."

3M Countertop Drinking Water System CTM-02 dijual pada harga RM1,180 dengan jaminan selama setahun.

Untuk pertanyaan mengenai Penapis Air 3M, sila layari www.3M.com.my/water. Sila layari http://promotion.11street.my/2017/05/3m-charity-project untuk promosi di 11street, meyumbang kepada kebajikan secara dalam talian dan juga membeli penapis air yang baru dilancarkan ini serta produk 3M yang lain.

iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com

KOTA BUKU UMUM PEMENANG UTAMA PERTANDINGAN PAGE TO PITCH MEDIA 360 DI KLTCC 2017

Baru-Baru ini, pada , 29 APRIL 2017 cik iena  berpeluang menghadiri Majlis pengumuman Pemenang Utama Pertandingan Page To Pitch Media 360 Di KLTCC 2017 yang bertempat di Ballroom Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Majlis berjalan cukup meriah dengan di hadiri tetamu serta rakan media cetak dan blogger.

KOTA BUKU UMUM PEMENANG UTAMA PERTANDINGAN PAGE TO PITCH MEDIA 360 DI KLTCC 2017
KOTA BUKU UMUM PEMENANG UTAMA PERTANDINGAN PAGE TO PITCH MEDIA 360 DI KLTCC 2017

Dalam majlis pengumuman pemenang ini, Sayed Munawar Sayed Mustar, selaku  Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku berkata,
 
 “Kami percaya pertandingan ini bukan sahaja mampu memacu industri penerbitan, tetapi juga industri kreatif Negara kerana ia menggalakkan idea-idea baharu dengan penumpuan digital. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pada tahun ini dan berharap untuk menerima idea-idea lebih besar pada tahun depan.”

Sayed Munawar Sayed Mustar,
Sayed Munawar Sayed Mustar, selaku  Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku

KOTA BUKU UMUM PEMENANG UTAMA PERTANDINGAN PAGE TO PITCH MEDIA 360 DI KLTCC 2017

Pertandingan  ‘Page to Pitch' (P2P) Media 360 Anjuran Perbadanan Kota Buku

Kota Buku telah menerima lebih 150 penyertaan bagi pertandingan ini dan telah menyenarai pendek 10 penyertaan bagi setiap kategori. Para finalis kemudiannya telah dijemput untuk membentangkan idea mereka di hadapan barisan juri profesional; Buku FIXI, Legacy Publishing, Pelangi Professional Publishing, Kota Buku, PTS Media Group, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), MEASAT Broadcast Network (Astro), Ata Plus, FINAS, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Unique Inspiration Limited. Para pemenang telah dipilih berdasarkan idea, konsep, keaslian, potensi pamasaran, objektif dan pembentangan.  
 
Finalist  Pertandingan  ‘Page to Pitch' (P2P) Media 360 Anjuran Perbadanan Kota Buku
Finalist  Pertandingan  ‘Page to Pitch' (P2P) Media 360 Anjuran Perbadanan Kota Buku
 
Pertandingan ini yang diadakan sempena Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) kesepuluh, bertujuan untuk membuka peluang dan menyediakan platform unik kepada para penulis baharu untuk menerbitkan idea mereka, dan mengembangkan idea para penulis sedia ada kepada pelbagai kandungan media digital.
 
Pertandingan ini terdiri dari dua katagori iaitu kategori pertama, ‘Idea to Publishing’ dan katagori kedua, ‘Book to Development’ . Pemenang hadiah utama bagi kedua-dua kategori juga akan mempunyai peluang untuk dibiayai oleh modal teroka swasta untuk membangunkan idea-idea mereka selanjutnya.Pemenang bagi kedua-dua kategori juga berpeluang untuk mendapat pembiayaan daripada pelabur swasta untuk mengembangkan idea mereka ke peringkat seterusnya.

Pemenang Kategori pertama, ‘Idea to Publishing’

Ianya menjanjikan penulis peluang untuk menerbitkan idea-idea mereka ke dalam satu penerbitan Karangkraf bernilai sehingga RM50, 000 .
Tempat pertama bagi Katagori ini di menangi oleh Mohana Gill dengan idea siri buku masakan untuk kanak kanak. 

Mohana Gill
Tempat pertama bagi kategori pertama di menangi oleh Mohana Gill dengan idea siri buku masakan untuk kanak kanak.

Mohana Gill, yang merupakan seorang penulis dengan pelbagai anugerah antarabangsa . Beliau memenangi kategori pertama dengan idea siri buku masakan untuk kanak-kanak, ‘Hayley’s Happylicious Series’ yang memperkenalkan makanan sihat kepada kanak-kanak. Siri ini menceritakan tentang Hayley dan Zac yang menemui rakan-rakan baharu dan lama dalam setiap buku, di mana rakan-rakan mereka berkongsi resipi makanan berkhasiat, manfaat kesihatan sambil bercerita tentang pengembaraan yang menarik. Sebagai pemenang utama, Selain menerima wang tunai, Mohana menerima peluang untuk menerbitkan buku ilustrasi penuh warna itu dan peluang pemasaran antarabangsa.

Zamri Mohamad
Tempat kedua bagi kategori pertama di menangi oleh Zamri Mohamad dengan idea model buku menggunakan unsur 'gamification' untuk meningkatkan interaksi dengan pembaca.

Tempat kedua bagi kategori pertama di menangi oleh Zamri Mohamad dengan idea model buku menggunakan unsur 'gamification' untuk meningkatkan interaksi dengan pembaca. Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000.

Maisarah Mohamad
Tempat ketiga bagi kategori pertama di menangi oleh Maisarah Mohamad dengan idea 'MBoo' sebuah kisah fantasi mengenai kehidupan haiwan.

Tempat ketiga bagi kategori pertama pula di menangi oleh Maisarah Mohamad dengan idea 'MBoo' sebuah kisah fantasi mengenai kehidupan haiwan . Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM 1,000 untuk kategori ini.

Katagori Kedua, ‘Book to Development’

Ia menawarkan penulis yang untuk memindahkan penerbitan mereka ke dalam bentuk media digital yang pelbagai seperti filem, siri TV, animasi, komik digital, permainan, aplikasi dan sebagainya. Pemenang kategori ini akan menerima ‘green lane’ untuk permohonan mereka di pembangunan geran FINAS bernilai sehingga RM500,000.

Buat pertama kali Tempat pertama utk katagori kedua dikongsi bersama dua pemenang kerana karya kedua dua peserta mempunyai mesej dan pengisian yg tersendiri.
Pemenang bersama kategori kedua ini jatuh kepada Abdul Nazir Bin Harith fadzilah serta Nurul Aizam Bt Mat Nasir.

Abdul Nazir Bin Harith fadzilah serta Nurul Aizam Bt Mat Nasir.
Tempat pertama utk katagori kedua buat pertama kali dikongsi bersama dua pemenang kerana karya kedua dua peserta mempunyai mesej dan pengisian yg tersendiri.
Pemenang bersama kategori kedua ini jatuh kepada Abdul Nazir Bin Harith fadzilah serta Nurul Aizam Bt Mat Nasir.

Abdul Nazir, yang mempunyai sebuah kedai buku yang dipanggil 'Tintabudi' di Ipoh, Perak merangkul hadiah pertama bagi kategori kedua dengan idea beliau untuk menghasilkan sebuah dokumentari mengenai budaya membaca di Malaysia - untuk melihat bagaimana latar belakang mempengaruhi pilihan para pembaca, berdasarkan pameran beliau pada 2016 bertajuk, ‘Tinjauan Sejarah Sastera Moden Malaysia’ di Festival Sastera KL. 
 
Manakala, Nurul Aizam yang juga menjadi pemenang bagi hadiah pertama kategori kedua dengan idea beliau, 'LiteraCity' projek sastera yang mengandungi esei, wawancara dan esei foto mengenai sastera di Kuala Lumpur. Nurul, yang merupakan seorang editor untuk sebuah syarikat penerbitan alternatif tempatan, Moka Mocha Ink juga menyatakan bahawa idea itu juga mengupas pandangan dalam pembangunan bandar melalui kesusasteraan. Kedua-dua pemenang akan menerima kombinasi hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 dan RM3,000 daripada Kota Buku serta peluang pemasaran antarabangsa.

Nazihah Ab Mumin
Tempat ketiga bagi kategori kedua di menangi oleh Nazihah Ab Mumin dengan siri buku kanak kanak beliau iaitu Baba Batik

Pemenang ketiga bagi kategori ini pula di menangi oleh Nazihah Ab Mumin dengan siri buku kanak kanak beliau iaitu Baba Batik. Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM 1,000.

Kepada anda di luar sana yang mempunyai bakat dalam bidang ini, anda amat dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Ianya akan diadakan setiap tahun.

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Pertandingan ini Sila Rujuk

Facebook : https://www.facebook.com/PAGE2PITCH/
Website : http://kltcc.com/p2p-360

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Kota Buku

Website : http://kotabuku.my/
Facebook : https://www.facebook.com/KotaBukuKL/
Twitter : https://twitter.com/KotaBukuKL

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai KLTCC

Website : http://www.kltcc.com/
FAcebook : https://www.facebook.com/KLTCC/
Twitter : https://twitter.com/KLTCC2016

iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve