Grab The Promo

Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur Hanya RM65


Dalam pemilihan juadah berbuka puasa citarasa kampung sudah pastinya menjadi salah satu menu masakan yang menjadi pilihan utama. Menu Citarasa kampung dapat mengingatkan kita kepada masakan-masakan ibunda tercinta mahupun nenda tercinta di kampung.
Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur Hanya RM65
Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur Hanya RM65

Selain di restoran-restoran, menu citarasa kampung ini juga terdapat di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur. Cik iena sendiri berpeluang merasakan juadah berbuka puasa di sini pada ramadhan yang ke 3 . 

Setibanya cik iena di sana sebagai seorang blogger pastinya cik iena akan mengambil gambar terlebih dahulu. Semasa mengambil gambar masakan di situ lagi cik iena dapat merasakan masakan di sini sedap terutama menu-menu kampung seperti ayam masak lemak cili api , rendang tok, asam pedas melaka dan banyak lagi menu citarasa kampung yang sedap.

Setelah tibanya waktu berbuka ternyata tanggapan cik iena tidak salah masak lemak ayam sangat-sangat sedap. Segala jenis masakan berasaskan santan memang sedap, penuh lemak dan cukup rasa termasuk dessert pulut mangga serta cendol. Cik iena rasa jika makan di kedai biasa masakan bersantan ni kurang umph berbeza dengan di sini.

Selain itu apa yang menambat selera cik iena adalah sambal udang petai, ketam blackpepper, ayam thai sauce. Jika nak sebut semua menu sangat banyak. Anda boleh lihat pada gambar yang cik iena sertakan dan di dalam vidoe yang di rakamkan.

Terdapat pelbagai stall makanan untuk setiap jenis menu citarasa kampung disini. Tidak lupa juga kambing golek yang sentiasa mendapat perhatian dikala bulan ramadhan. Jumlah keseluruhan jenis masakan disini adalah melebihi 100 jenis masakan.

Untuk pengetahuan semua, masakan disini di masak oleh Chef Yusoff Salleh dengan resepi istimewanya sendiri. Beliau mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang ini. Antara menu yang cik iena perasan  adalah

ANTARA MENU CITARASA KAMPUNG BUFFET

  1. Nasi Kerabu
  2. Gulai Tulang Rusuk Lembu
  3. Ikan Patin Masak Tempoyak
  4. Asam Pedas Melaka
  5. Sambal Udang Petai
  6. Kerabu Tembikai
  7. Bubur Lambuk Burung Unta
  8. Rendang Tok
  9. Puyuh Goreng Berempah
  10. Ketam Blackpepper
  11. Ayam masak thai sauce
  12. Ikan Singgang
  13. Arabic Roasted Lamb
  14. Chicken Shawarma
  15. Mee Kari
  16. Asam Laksa
  17. Mee Sup
  18. Nasi Bukhari
  19. Grilled Fish
  20. Ayam Goreng berempah
  21. Ayam Percik

ANTARA MENU DESSERT CITARASA KAMPUNG BUFFET

  1. Ais krim
  2. Pulut MAngga
  3. Ondeh-Ondeh
  4. Cendol
  5. ABC
  6. Kuih Apam Balik
  7. Kuih Bakar
  8. Tepung Pelita
  9. Pelbagai jenis pastry
  10. Pelbagai Jenis Bubur

Harga Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur


Citarasa Kampung Buffet ini bermula dari 25 mei 2017 sehingga 24 june 2017 di Flavors Restaurant yang terletak di Level 1 .

Harga Asal : RM118 seorang


BERBUKA PUASA DI HOTEL DENGAN HARGA MURAH


Istimewa buat pelanggan 11street anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 45% 
Harga 11Street : RM 65 (Klik untuk beli)

Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur Hanya RM65

Murah kan kalau beli di 11Street . Anda dapat jimat RM53. Memang berbaloi. Cik iena berhasrat untuk membawa keluarga ke sini kerana cik iena jatuh cinta dengan masakan citarasa kampung di Swiss Garden. Cik iena nak cuba yang tidak sempat cik iena cuba tempohari.


Video Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur




Harap maaf gambar cik iena akan upload kemudian ya cik iena miss placed letak gambar kat mana hahaha. Jemput tengok video dulu. Cik iena kongsi di blog dulu sebab taknak anda semua terlepas peluang untuk berbuka puasa di Hotel dengan harga murah.
Google Maps : Swiss Garden Hotel


Untuk pengetahuan anda semua bukan  Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur sahaja yang anda boleh dapatkan harga yang murah di 11street. Terdapat banyak lagi hotel untuk anda kunjungi dengan harga yang murah dari biasa. Baiklah cik iena sertakan hotel-hotel yang ada untuk menjadi salah satu lokasi pilihan berbuka puasa anda.

SENARAI BUFFET RAMADHAN 2017 MURAH BESERTA HARGA (HOTEL DAN TOP RESTORAN)



  1. Shah Alam Convention Center RM 53 (Harga Asal RM 93.30) 
  2. Halia Sime Darby Convention Centre RM68 (Harga Asal RM99) 
  3. Kajang Perdana Avenue RM39 (Harga asal RM64) 
  4. Red Carpet Avenue Rm30 (harga asal RM51) 
  5. Kelab Golf Seri Selangor RM45 (Harga Asal RM65) 
  6. Premiera Hotel Rm67.90 (Harga asal RM88) 
  7. Flamingo Hotel AmpangRM54 (Harga Asal RM68) 
  8. Orchard Villa KL RM33 (Harga Asal RM50.88) 
  9. Dewan Perdana Felda RM63 (Harga Asal RM109) 
  10. Putrajaya Convention Centre RM69.90 (Harga Asal RM98) 
  11. Royale Chulan Bukit Bintang RM75 (Harga Asal RM108) 
  12. Pearl International Hotel RM54 (Harga Asal RM98) 
  13. Laman Kayangan RM41.90 (harga asal RM59) 
  14. Hadramawt Restaurant Ampang RM37 (Harga Asal RM59.90) 
  15. Putra World Trade Centre RM 65.90 (harga asal RM80) 
  16. De Palma Hotel Ampang RM75 (harga asal RM105) 
  17. Restoran Terapung D´Saji Titiwangsa RM63.90 (harga asal RM) 
  18. Casa Ombak Rm35.90 (harga asal RM58) 
  19. Seoul Garden RM28.90 (Harga Asal RM44.90) 
  20. The Everly Hotel Putrajaya RM81.90 (harga asal RM98) 
  21. Empire Hotel Subang RM59.90 (harga asal RM128) 
  22. Chakri Palace Pavilion RM65 (harga asal RM 111.80 ) 
  23. Hadramawt Kitchen RM33 (Harga Asal RM59) 
  24. Pullman KL Bangsar RM118 (harga asal RM168) 
  25. Kinjuku Setiawalk RM58 (harga asal RM 89) 
  26. Sukishi, IOI Mall Puchong RM28.90 (harga asal RM47.50) 
  27. Hotel Armada PJ RM72 (harga asal RM84.80) 
  28. Grand Seasons Hotel RM81.90 (harga asal RM116.60) 
  29. The Sultani RM39 (harga asal RM65) 
  30. Thai Serai Rm29 (harga asal RM38) 
  31. Sime Darby Convention Centre RM58 (harga asal RM120) 
  32. Dewan Bankuet UPM RM42 (harga asal RM49.90) 
  33. Pullman Putrajaya Lakeside RM145 (harga asal RM169) 
  34. The Zon Hotel RM59 (harga asal RM89) 
  35. Philea Mines Beach Resort RM61.90 (Harga asal RM75) 
  36. INTAN Bukit Kiara RM37.90 (harga asal RM49) 
  37. MAIU Japanese RM51 (harga asal RM56.90) 
  38. Dewan Bahasa Pustaka RM39.90 (harga asal RM55) 
  39. Dorsett Grand Subang RM108 (harga asal RM155) 
  40. The Zon Hotel RM112 (harga asal RM178 ) 
  41. [e-City Hotel, One City RM80.90 (harga asal RM98) 
  42. Pyramid Tower Hotel RM70.90 (harga asal RM88) 
  43. Serambi Melayu RM27 (harga asal RM40) 
  44. A´ Famosa Resort RM63.90 (harga asal RM75) 
  45. Nouvelle Hotel RM49.90 (harga asal RM69) 
  46. Furama Hotel Bukit Bintang RM69.90 (harga asal RM98) 
  47. Bukit Gambang Resort City RM47 (harga asal RM60) 
  48. The Grand Campbell Hotel RM42 (harga asal RM55) 
  49. Kelab Rahman Putra RM36 (harga asal RM70) 
  50. The Club, Bukit Utama RM53 (harga asal RM79)
  51. De´Laman Shah Alam RM45 (harga asal RM68)
  52. Cyberview Resort Cyberjaya RM110 (harga asal RM138)
  53. Quality Hotel RM64.90 (Harga Asal RM 83.92 ) 
  54. Flamingo hotel (Penang) RM46 (harga asal RM75) 
  55. AVANI Sepang Goldcoast Resort RM66.90 (harga asal RM76) 
  56. Nexus Regency Suites, Shah Alam RM58.90 (harga asal RM83.90) 
  57. Tropicana Golf & Country Resort RM96 (harga asal RM106) 
  58. Kuala Lumpur International Hotel RM49.90 (harga asal RM69) 
  59. Taman Ekuestrian Putrajaya RM63 (harga asal RM88) 
  60. Pacific Regency Hotel RM83 (harga asal RM128) 
  61. Crystal Crown PJ @Brass Cafe RM78 (harga asal RM88) 
  62. [Bijan] Buffet Berbuka Puasa Selera Warisan Negeri RM100 (harga asal RM128) 
  63. Ibis Styles Cheras RM52.90 (harga asal RM84.80) 
  64. Oriental Crystal Hotel RM62 (harga asal RM88) 
  65. Starpoint Hotel RM45 (harga asal RM55) 
  66. [KL Tower Revolving Restaurant] Berbuka Puasa Ramadan Dinner Buffet + Blue Coral Aquarium Access Rm148.90 (harga asal RM159.90) 
  67. V E Hotel & Residence Rm112 (harga asal RM128) 
  68. Impian Golf & Country Club Kajang RM53 (harga asal RM60) 
  69. Best Western i-City Shah Alam RM88 (harga asal RM98) 
  70. Sani Hotel Rm59 (harga asal RM68)

Okay kalau nak tau banyak lagi sila lihat di Ramadhan Beli-belah - Jom Buka Puasa[17/05/2017 ~ 23/06/2017]

SENARAI BUFFET RAMADHAN 2017 MURAH BESERTA HARGA (HOTEL DAN TOP RESTORAN)
 


Banyak kan, haaaaaaaaa korang boleh pilih okay..
Sekian untuk perkongsian cik iena (^_~)


Nota Blog : Nak nangis buat senarai, nanti cik iena sambung lagi okay. Ramai pulak yang tanya tempat berbuka puasa yang mewah tapi murah berdekatan tempat mereka. Alahai cik iena dok KL ni haa..tapi xpe cik iena tolong cari dan senaraikan ye. korang tengok sendiri dalam list hotel mana berdekatan dengan korang.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pelajar IPTA dan IPTS Sertai VEST dan Menangi Wang Tunai RM50,000


Menjadi pelajar IPTA atau IPTS adalah merupakan pengalaman yang sangat berharga dan sukar untuk di lupakan. Sehingga sekarang cik iena masih merindukan zaman-zaman sewaktu di IPTA. Sememangnya ia sukar untuk di padam dalam sejarah kehidupan. 
 
Masa berganti masa, zaman semakin maju dan canggih . Kini anda sebagai Pelajar IPTA dan IPTS berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 beserta Ilmu kesahawanan percuma jika anda menyertai VEST . Apa itu Vest Cik iena akan ceritakan di bawah.
 

Pelajar IPTA dan IPTS Sertai VEST dan Menangi Wang Tunai RM50,000
Cik iena rasa pelajar zaman sekarang sangat beruntung dengan adanya program seperti ini dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan diri seseorang pelajar untuk menyertai sesuatu pertandingan disamping dapat menerima ilmu keusahawanan dimana ianya amat berguna untuk masa depan kita kelak. 

Sekiranya ada program seperti ini di zaman IPTA cik iena sekitar 14 tahun yang lepas semestinya cik iena akan ambil peluang ini untuk sertai kerana bukan sahaja pengalaman menyertai pertandingan tersebut yang penting, Ilmu keusahawanan yang dapat di ambil dari pertandingan ini lebih bermakna. Tidak kira kalah atau menang dengan adanya ilmu keusahawanan tersebut kita boleh melangkah lebih maju dengan memberanikan diri menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sekiranya kita sudah menamatkan pengajian nanti.
 
ops sekitar 14 tahun yang lepas? nampak sangat cik iena dah 3 series kan . Cik iena betul-betul jelous dengan pelajar IPTA dan IPTS sekarang sangat banyak program dan perandingan yang di anjurkan yang mana ianya sememangnya sangat bermanfaat buat pelajar. Berbeza zaman cik iena sekitar 14 tahun yang lepas dimana untuk program seperti ini memerlukan inisiatif pelajar sendiri untuk mengambil kursus tersebut. Jadi adalah baiknya para pelajar IPTA dan IPTS tidak melepaskan peluang keemasan ini.
 
Cipta sejarah terindah dalam kehidupan pelajar anda agar kita dapat memanfaatkannya dan juga agar kita dapat menceritakan kepada generasi kita kelak tentang betapa berjayanya kita di Universiti atau kolej suatu ketika dulu sedikit sebanyak ianya dapat menyuntik semangat buat anak cucu kita kelak untuk jadi yang lebih terbaik dari kita :)

Okay panjang pula cik iena berceloteh. Jom cik iena ceritakan mengenai VEST.
 

Pelajar IPTA dan IPTS Sertai VEST dan Menangi Wang Tunai RM50,000


APA ITU VEST ?


VEST ini merupakan singkatan dari perkataan  
 
Varsity 
Entrepreneurship 
Skills 
Talent

 
VEST ini merupakan satu program pertandingan keusahawanan yang bakal melibatkan 1,000 mahasiswa dari 20 IPT (Institut Pengajian Tinggi) seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan . 
 

Dalam tempoh 6 bulan peserta akan didedahkan dengan 

  • Teknik-teknik terkini jualan 
  • Teknik Pemasaran dan Penjenamaan
  • Teknik Komunikasi berkesan 
  • Teknik Membina Rangkaian francais
  • Teknik Perancangan kewangan 

Teknik-teknik ini adalah sebagai persediaan untuk  mahasiswa memulakan langkah sebagai usahawan.  
 

Metadologi VEST


Varsity Entrepreneurship Skills and Talents VEST



 

Objektif Vest ( Varsity Entrepreneurship Skills and Talents)

  • Memupuk dan melahirkan usahawan dikalangan pelajar universiti awam tempatan
  • Membangunkan nilai nilai keusahawanan dikalangan pelajar
  • Menawarkan peluang perniagaan serta mengembangkan perniagaan yang sedia ada secara lebih sistematik
  • Menyampaikan maklumat berkaitan dengan agensi keusahawanan yang menyediakan kemudahan pembiayaan, latihan, kemudahan intrastruktur dan akses kepada pasaran
  • Mencipta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor
 
Dengan penyertaan VEST ini ianya tidak sekadar memberi kebaikan buat pelajar malahan ianya juga akan memberi kebaikan buat Universiti atau kolej yang terlibat. Antara kelebihan tersebut adalah:-
 

Terma Dan Syarat Vest Untuk Universiti


  • Pertandingan keusahawanan ini terbuka kepada semua Universiti Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia;
  • Minimum 10 pasukan bagi setiap universiti yang bertanding;
  • Unit Keusahawanan bertindak selaku penyelaras program di peringkat universiti
  • Konsep perniagaan hendaklah memberi fokus kepada lima (5) segmen kluster perniagaan iaitu :
1) Franchising / Licensing : cth – Product & Services;
2) Creative & Innovative : cth – Robotic / Photography/ Music Talent/ Software Program/ Etc;
3) On-Line Business : cth – Tudung/ Health & Beauty/ Education;
4) Agro Business : cth – Fruits & Vege For Commercial/ Fishery;
5) Mobile Business : cth – F&B / Services/ Spa Etc.
 

 Terma Dan Syarat Vest Untuk Pelajar


  • Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS;
  • Warga negara Malaysia;
  • Lampirkan “Borang Profiling” yang telah di sahkan oleh unit keusahawanan sebagai dokumen sokongan;
  • Setiap kumpulan mestilah tidak melebihi dari lima (5) orang ahli kumpulan;
  • Berusia 18 tahun hingga 25 tahun dan masih berdaftar sebagai mahasiswa sepenuh masa seperti yang ditetapkan oleh IPTA/IPTS yang terbabit;
  • Terbuka kepada mahasiswa yang mempunyai idea perniagaan mahupun perniagaan sedia ada;
  • Produk atau perkhidmatan yang pernah memenangi pertandingan mahupun mana-mana anugerah tidak dibenarkan bertanding;
  • Semua Perancangan Perniagaan hendaklah mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan, sekiranya mana – mana kumpulan tidak mengikut terma & syarat penyertaan yang telah di tetapkan, penyertaan akan terbatal;
  • Produk atau perkhidmatan mestilah patuh syariah.
 

Kelebihan Vest Untuk Universiti

 
  • Pembudayaan keusahawanan
  • Merealisasikan ICGPA yang mana bertujuan membentuk graduan yang mempunyai ciri ciri keusahawanan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
  • Pendedahan keusahawanan kepada lebih 3000 mahasiswa
  • Melahirkan 1000 usahawan muda yang terlatih dikalangan mahasiswa
  • Mengenalpasti sebanyak 200 perniagaan baru yang boleh dibangunkan

Vest - Varsity Entrepreneurship Skills and Talents
Langkah penyertaan

 Jika ianya mempunyai kelebihan kepada pihak universiti, pastinya juga ianya bakal memberi kelebihan buat peserta atau pelajaryang menyertai prorgam ini. Antara kelebihan buat pelajar adalah seperti berikut :-

Kelebihan Vest Untuk Pelajar

  • Peluang pendaftaran pernigaan melalui SSM melalui program 1 pelajar 1 perniagaan
  • Peluang membuka akaun bersama Bank Rakyat dengan hanya RM100.00 tanpa introducer
  • Mendaftar hak cipta logo perniagaan melalui MYIPO pada harga istimewa
  • Peluang pembiayaan perniagaan PNS, Skim Pembiayaan VES PNS

Kelebihan Vest Untuk Pelajar
 

 
Menarik bukan program VEST ni, Kepada pelajar- di luar sana jangan lupa sertai program ini. Zaman sekarang ni pelajar pun dah pandai berniaga untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Jadi ambil peluang ini untuk mempelajari selok belok perniagaan agar anda dapat menjalankan perniagaan anda dengan sistematik.
 
 
 

Pelajar IPTA dan IPTS  Sertai VEST dan Menangi Wang Tunai RM50,000 dan Ilmu Keusahawanan Percuma

 
 
Pelajar IPTA dan IPTS Sertai VEST dan Menangi Wang Tunai RM50,000
 

Apa yang menarik lagi tentang program ini adalah Seramai 300 peserta terpilih akan ke peringkat seterusnya selama satu tahun bersama PNS. Hadiah ini sememangnya sangat menarik dimana dalam tempoh satu tahun bersama PNS tersebut banyakilmu yang akan anda pelajari secara percuma. Tidak perlu mengambil kursus tambahan untuk mempelajari ilmu tersebut. Jika di buat perhitungsn hadiahnya pasti bukan calang calang jumlahnya.
 
Manakala Hadiah berjumlah RM50 000 akan diberikan kepada mereka yang berjaya di peringkat akhir setelah melalui beberapa proses saringan dan pemilihan
 
Hadiah Pertama: RM25 000
Hadiah Kedua: RM15 000
Hadiah Ketiga: RM10 000

Pelajar IPTA dan IPTS Sertai VEST dan Menangi Wang Tunai RM50,000

 
Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, anda boleh mendaftar secara online di http://www.pns.com.my/vest-online-registration/ atau Pendaftaran melalui unit keusahawanan Universiti masing masing.

Tarikh penyertaan bermula 28 April 2017. Segala keputusan adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.


Untuk Maklumat lanjut sila layari


 

Untuk perkembangan terkini mengenai program ini sila layari

 
 
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


EXA Global Perkenalkan Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Di EXA SetiaWalk Outpost, Puchong


Sesuatu yang lebih mencabar dan futuristik akan diperkenalkan oleh EXA Global kepada penggemar game VR (Virtual Reality) yang inginkan satu pengalaman yang berbeza dan mencabar. Jika sebelum ini, anda mungkin biasa mendengar mengenai game VR (Virtual Reality) dimana anda seperti berada didalam permainan itu sendiri.
 

 
Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality
Mr Richard Lee (third from left), Chief Executive Officer of EXA Global Sdn Bhd launching the first ever Hyper-Reality Entertainment in Southeast Asia, EXA Outpost in SetiaWalk. With him are (from left), Mr Kee Saik Meng, Founding Partner of Havson Group; Mr Daniel Tan Keng Hui, Director of Next Unicorn Venture Berhad; Dato’ Rayson, Founder and Director of Havson Group; Mr Havene Liew, Founder and Managing Director of Havson Group and Mr Altair Ng Jien Chil, Director, posing together with the EXA trooper.
 


Kali ini, EXA Global iaitu  syarikat hiburan teknologi digital dibawah payung Kumpulan Havson telah melancarkan pusat hiburan keluarga (Family Entertainment Centre – FCE) berteraskan hyper-reality berteknologi terkini.
 

Teknologi Hyper-Reality membawa teknologi VR (Virtual Reality) lebih kehadapan.


Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Membolehkan pemain merasai sendiri pengalaman masuk ke dalam dimensi yang berbeza dimana memerlukan permain bergerak (aktiviti fizikal) untuk memastikan perjalanan permainan lebih mengujakan.
 

 Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality

Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality merupakan permainan terbaru dimana anda berpeluang merasai sendiri pengalaman diserang dan menembak seperti anda betul-betul berada dalam dunia sebenar. Aksi tembak menembak ini sudah pastinya membuatkan anda seperti berada di dunia nyata. Ianya lebih mencabar minda dan stamina anda. Disampig itu anda sendiri boleh berkomunikasi dengan rakan kumpulan semasa sesi pengembaraan ini.
 
Dalam permainan ini, anda boleh upgrade senjata sama ada ketika bermain ataupun ketika anda berjaya menamatkan misi (tapi masih pakai senapang yang sama dalam dunia nyata ).
 
 
 Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality



Pegawai juga disediakan untuk memberi arahan keselamatan sewaktu bermain. Supaya permainan ini selamat dimain dan tidak membahayakan pemain mahupun pemain lain .


 Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality
Antara peralatan atau gajet yang perlu dipakai oleh pemain sekiranya ingin bermain permainan ini.





EXA Setiawalk Outpost Pertama di Rantau Asia Tenggara


EXA Setiawalk Outpost merupakan yang pertama di Rantau Asia Tenggara menawarkan perkhidmatan menyeluruh pusat hiburan keluarga (Family Entertainment Centre – FCE) berteraskan hyper-reality berteknologi terkini.


EXA Global Perkenalkan Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Di EXA SetiaWalk Outpost, Puchong


Tujuan  bagi setiap projek yang dibangunkan dalam permainan ini adalah supaya pemain dapat merasai teknologi terkini dimana mereka dapat  terlibat sama dalam perjalanan cerita dan bermain permainan ini dalam bentuk satu kumpulan.
 
 
 Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality
“SetiaWalk Outpost merupakan projek pengembaraan, dimana kami menjemput kawan dan keluarga untuk menjelajah, kuasai, bertahan dan pulang ke rumah dengan pengalman yang boleh dikongsikan bersama. Dari saat anda menempah tiket, kami mahu anda merasai pengalaman bersama-sama sebagai satu kumpulan”Mr. Richard Lee, CEO EXA Global
 
Komunikasi dan Team Building merupakan aspek penting yang ditekankan dalam projek Hyper-Reality dari EXA Global. Ia membolahkan orang ramai berkumpul dan merasai sendiri peluang untuk bekerjasama dalam mencapai kejayaan bersama dalam pengembaraan yang cukup mencabar itu
 
Menarikkan permainan pengembaraan ni, cik iena pun rasa tertarik. Boleh lah cik iena ajak rakan-rakan pejabat ke sini. Kami sememangnya gemar aktiviti seperti ini. Sibuk bekerja di pejabat sekali sekala main permainan pengembaraan seperti ini pasti menyeronokkan di samping dapat mengeratkan lagi sillaturrahim sesama rakan pejabat.
 

EXA Global Perkenalkan Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Di EXA SetiaWalk Outpost, Puchong
 
 
Tapi kan yang sebenarnya masa ni lah yang best kalau nak tembak boss ke project manager ke atau kawan-kawan yang annoyinh hahaha.. Okay bocor rahsia cik iena (^_~)
 
Aktiviti last sebelum puasa dengan rakan pejabat tempohari Laser Tag . Kali ni nak pergi yang lebih mencabar gitu. Kalau macam ni cik iena suka tapi paint ball tak mau hahahaha.. Sakit okay. Comot pulak tu cik iena. Yang macam ni suka sangat sangat.
 
 
Haa anda pun sama okay, Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai pemainan terbaru abad ini pada harga PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1 – RM65.
 

EXA Global Perkenalkan Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Di EXA SetiaWalk Outpost, Puchong
EXA Setiawalk Outpost akan mula beroperasi secara rasmi pada 3 Jun 2017.

Untuk Maklumat Lanjut Layari

EXA SetiaWalk Outpost


B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160,
Puchong, Selangor.
Tel: 03 8051 6333

Facebook: www.facebook.com/EXAGlobal
Instagram : www.instagram.com/exaglobal
Website: www.exa-global.com
 



 



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY


PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY


Ini merupakan kali ke tiga cik iena menikmati keenakan Dolly Dim Sum, Jika sebelum ini cik iena pernah ke Dolly DIm Sum Pavillion untuk promosi tahun baru cina, kali ini pula cik iena berkesempatan ke Dolly Dim Sum Nu Sentral Buat kali ketiga untuk promosi ramadhan pula.
Selepas dua kali kunjungan cik iena ke Dolly Dim Sum terdapat beberapa menu yang menjadi kesukaan cik iena antaranya adalah Dolly Moza Rolls , Siew Mai Dumpling, Har Gau Dumpling, BBQ Chicken Cheong Fun, Stir-fried Chicken in Dolly Special Sauce Topped with Green Mango, Stir-Fried Broccoli with scallop, Manggo Delight, Spicy Szechuan dumpling, Three Treasure Crab-filled Parcels Served with Special Scallop Sauce dan dupling with thai sauce.



PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY


Wah banyak nye yang cik iena suka. Ini merupakan antara yang cik iena pernah cuba. Yang lain yang belum pernah cuba tu pun mesti sedap juga :)
Baiklah sempena bulan ramadhan ni cik iena nak kongsikan promosi Doly Dim Sum bersempena ramadhan 2017 .

PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY


Untuk pengetahuan terdapat dua set berbuka puasa yg ditawarkan iaitu Set melur yg berharga RM 63++ per pax(for 6 pax) dan Set Orkid yg berharga RM73++ per pax(for 6 pax)

 Set melur yg berharga RM 63++ per pax(for 6 pax)
Set melur yg berharga RM 63++ per pax(for 6 pax)

Set Orkid yg berharga RM73++ per pax(for 6 pax)
Set Orkid yg berharga RM73++ per pax(for 6 pax)

Promosi bermula 26 mei 2017 sehingga 24 june 2017.

Istimewa buat anda yang berbelanja melebihi RM150 di dalam 1 resit anda layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10% untuk next visit.
.
Promosi ini sah untuk ketiga2 outlet iaitu Nu Sentral, Avenue K dan Pavilion Elite.
Untuk pengetahuan anda lagi ice lemon tea, sirap bandung, kurma dan kuih muih adalah free flow. Bermakna anda boleh tambah secara percuma :)

Menarikkan promosi ni. Kepada penggemar Dolly Dim Sum jangan lepaskan peluan ini ok. Kebiasaannya jika makan di Dolly Dim Sum anggaran untuk seorang makan dalam RM100++. Haa promosi ni RM 63 dan Rm73 je. Jadi Jangan lepaskan peluang keemasan ini ok :)


PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
BERSAMA PEMILIK DOLLY DIM SUM DAN RAKAN BLOGGER UNTUK PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY

Secara keseluruhan Dolly Dim Sum sememangnya dapat menambat citarasa cik iena. Sebelum ini cik iena bukan lah penggemar Dim Sum tetapi selepas pertama kali menjejakkan kaki di Dolly Dim Sum Pavillion cik iena semakin menggemari dim sum.
Cik iena da mula menerima jemputan untuk review dim sum di hotel dan juga restoran.

DOLLY DIM SUM , DIM SUM SEDAP DI KUALA LUMPUR


Selepas beberapa hari mencuba menu ramadhan ini cik iena juga ada membawa puan ibunda serta adik ke Dolly Dim Sum Avenue k dan juga rakan pejabat ke Dolly Dim Sum Nu Sentral.Puan ibunda juga menyukai dolly dim sum sama seperti cik iena. Tidak lupa juga rakan-rakan yang cik iena bawa. Nanti cik iena akan kongsi dua artikel lagi cik iena makan di Dolly dim sum bersama keluarga dan rakan.

Begitu lah cik iena, Bila dah mula suka jika berkesempatan mesti cik iena akan datang cuma sekarang almaklumlah cik iena sering memenuhi jemputan event jadi masa yang ada sangat limited.

Cik iena sememangnya gemar mengunjungi restoran yang pernah cik iena review jika cik iena sangat menggemari masakan tersebut. Tapi kebelakangan ini sejak carpool pergi kerja bersama rakan pejabat. Beliau merupakan seorang yang suka mencuba masakan berlainan tempat. Boleh dikatakan hari-hari kami makan malam di tempat berbeza cuma buat masa ini cik iena tiada masa untuk kongsi di blog. Cik iena ambil gambar cuma tak sempat menulis artikel :)

Insya Allah jika ada masa cik iena akan kongsikan. Semakin montel lah cik iena asyik makan je. Bukan sahaja makan jemputan review. Makan malam setiap hari pun di tempat berbeza . Untung juga dapat kawan suka mencuba makanan-makanan dari kedai berlainan. Boleh tau tempat mana yang sedap dan tidak.

Okay panjang pula cik iena bercerita, jom cik iena kongsikan gambar hidangan makanan yang cik iena makan tempohari. CIk iena makan set  Orkid yang  berharga RM73++ per



PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Yam Croquette


PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Har Gau Dumpling juga merupakan salah satu menu kegemaran cik iena
  




PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
BBQ Chicken Cheong Fun merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena




PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Dolly Moza Rolls merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena




PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Siew Mai Dumpling merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena




PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Stir Fried Broccoli With Scallop merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena




PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Royal Golden Fried Rice



PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
kuih muih untuk pencuci mulut

PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
manggo pomelo delight merupakan salah satu menu desert kegemaran cik iena



PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Egg Custard Bun merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena

BERSAMA PEMILIK DOLLY DIM SUM DAN RAKAN BLOGGER UNTUK PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
BERSAMA PEMILIK DOLLY DIM SUM DAN RAKAN BLOGGER UNTUK PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY



Terima Kasih Atas Jemputan.


Okay kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang ini ok. Murah tau.
Baiklah promosi di atas sah untuk ketiga-tiga outlet Dolly Dim Sum


CAWANGAN-CAWANGAN DOLLY DIM SUM


Dolly Dim Sum Avenue K
Masa: 11.00am – 10.00pm

Alamat: Lot G9 Ground Floor, Avenue K, 156 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia (berhadapan KLCC)
Nombor Telefon: (+603) 2181 3830

Dolly Dim Sum Nu Sentral
Masa: 11.00am – 10.00pm

Alamat: LG, 43 NU Sentral No. 201 Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon: (+603) 2273 1450

Dolly Dim Sum Pavilion 
Isnin hingga jumaat : 
Masa: 11.00am – 10.00pm
Sabtu Hingga Ahad
Masa: 10.30am – 10.00pm
L1, 1.102.00 Pavilion Elite, 168 Jalan Bukit Bintang,
Bukit bintang  , 55100 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603)  2110 5019

Email : dollydimsum@gmail.com







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj



Aidilfitri menjelang tiba , pasti anda sibuk menyediakan persiapan raya . Begitu juga dengan cik iena. Baju Raya merupakan antara  perkara penting untuk persiapan Aidilfitri lagi-lagi buat yang sudah bekeluarga.Disini cik iena ingin mencadangkan salah satu tempat yang boleh anda dapatkan koleksi baju raya yang cantik.

Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj



Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj


Cik iena merupakan salah seorang peminat kebaya.Cik iena sememangnya menggemari baju kebaya berfashion sejak kecil lagi. Cik iena juga pernah menjahit sendiri baju kebaya moden yang di reka sendiri oleh cik iena.Cuma sekarang cik iena dah terlalu lama meninggalkanesin jahit jadi sekarang cik iena terpaksa beli siap sahaja.


Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj


Di Cahaya taj terdapat pelbagai koleksi baju kebaya yang menarik dan yang istimewanya adalah kebaya di sini didatangkan sekali beserta brooch atau keronsang.Jadi kita tidak perlu tercari-cari dan beli di kedai yang berasingan.
Sebelum cik iena kongsi gambar koleksi yang ada di Cahaya Taj cik iena ceritakan serba sedikit mengenai Cahaya Taj

Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj

Butik CahayaTaj


Butik CahayaTaj mula beroperasi pada 05 Mei 2015 bertempat di  Melaka . Cahaya Taj Boutique mengangkat pakaian Muslimah sebagai pakaian Utama sebagai usaha mempelbagaikan lagi Design-design yang boleh meperlihatkan kejelitaan wanita-wanita di luar sana. 

Mengapa Cahaya Taj di Melaka? 

Antara faktor yang menyebabkan pembukaan Butik Cahaya Taj di Melaka adalah :-
1) Melaka merupakan tempat tumpuan para pelancong 
2) Terdapat institusi-institusi pengajian tinggi yang terdapat disini. 
   Jadi tidak hairanlah terlalu ramai golongan wanita yang berada di Melaka. 


Apa yang menarik  mengenai CahayaTaj butik adalah mereka sentiasa menampilkan rekaan terbaru pada setiap 3 bulan. Jadi para pengikut setia mereka tidak menunggu lama untuk memiliki koleksi rekaan terbaru dari butik Cahaya Taj.



Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj
bergambar bersama rakan blogger di booth cahaya taj bazar paknil

Usahasama bersama Designer pakaian dari Universiti Lim Kok Wing 

Selain itu CahayaTaj Butik sangat menitikberatkan soal kualiti, rekaan & jahitan. Oleh itu mereka  hanya mengambil hasil rekaan terbaik dan menjual dengan harga yang mampu milik dimana mereka  juga mengadakan usahasama bersama designer pakaian dari Universiti Lim Kok Wing dan institusi institusi pengajian swasta yang lain. 
Maka tidak hairanlah design baju  dari cahaya taj cantik-cantik terutama kebaya. Jahitan juga kemas dan kualiti kain yang bagus pada harga mampu milik.




Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj
sambil tengok koleksi terkini kita selfie :)



Material  diimport dari Korea, china dan Indonesia

Material kain pakaian yang dijenamakan di atas CahayaTaj Butik kesemuanya diimport dari Korea, china dan Indonesia . Dengan kualiti kain yang terbaik serta  gabungan diantara  pereka yang terbaik dari Universiti Lim Kok Wing dan institusi institusi pengajian swasta yang lain ianya menjadi satu kabolarisasi sempurna dalam penjenamaan Pakaian Muslimah CahayaTaj Butik. 
Untuk makluman CahayaTaj butik tidak hanya menumpukan kepada jualan onlinesahaja, rekaan Cahaya Taj juga boleh didapati di Butik lain hasil kerjasama bersama Vendville Johor Bahru yang berada di nong chik, johor bahru. Selain itu mereka juga tidak ketinggalan mengikuti jelajah keseluruh Malaysia bersama Mood Republik,Eh Eh Bazaar serta organisasi fashion yang lain.

Jualan Hari Raya Aidilfitri Cahaya Taj


Bersempena Raya pada 2017 ini, CahayaTaj butik  telah mengeluarkan koleksi-koleksi pakaian muslimah terbaru . Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi-koleksi terbaru Cahaya Taj dengan walk-in di :-
  1. Bazaar di KipMall Bangi Sentral
  2. Mood Republik Raya
  3. Vendville Johor Bahru,
  4. Bazaar Jalan Hang Tuah Melaka 
  5. Bazaar Klebang Melaka. 
Selain itu pembelian Secara online pula boleh di beli di website kami www.cahayataj.my di  instagram serta facebook Cahaya Taj.

Koleksi Terkini Cahaya Taj

Okay di sini cik iena ingin kongsikan design terkini yang cik iena suka

Iris Kebaya Peplum 

Iris Kebaya Peplum

Iris Kebaya Peplum


Iris Kebaya Peplum direka khas bagi peminat yang menyukai baju kebaya dan baju peplum. Ia terhasil daripada gabungan dua jenis baju yang berbeza menjadi satu design yang baharu. Rekaannya exclusive dan elegant


 PEPLUM LABUH – ORKED

PEPLUM LABUH – ORKED

PEPLUM LABUH – ORKED




Peplum Labuh Orked direka khas bagi peminat yang menyukai baju peplum tetapi dalam keadaan labuh dari kebiassan peplum yang ada.Rekaannya exclusive dan elegant

 BAJU KURUNG RIAU – HAWA



BAJU KURUNG RIAU – HAWA
BAJU KURUNG RIAU – HAWA
Baju kurung riau Hawa direka khas bagi peminat yang menyukai baju kurung Pahang. Ia sesuai dipakai untuk semua golongan umur. Rekaannya yang ringkas dan elegant

Serra Kebaya Labuh

Serra Kebaya Labuh
Serra Kebaya Labuh
Serra Kebaya Labuh direka khas bagi peminat yang menyukai baju kebaya panjang. Didatang khas dengan kerongsang tradisional. Rekaannya yang ringkas, elegant dan classic.


Terdapat banyak lagi design yang menarik , anda boleh rujuk website Cahaya Taj iaitu : www.cahayataj.my

Jualan Penghabisan Stock Cahaya Taj

Selain koleksi terkini, Cahaya Taj juga mengadakan jualan penghabisan Stoc bagi koleksi :-

  1. Lady Dee
  2. Ezzah
  3. Azalea
  4. Khylla

Jualan Penghabisan Stock Cahaya Taj

Okay di sini juga cik iena ingin kongsikan gambar cik iena menggayakan dua koleksi dari Cahaya Taj
 Maaf cik iena tak ingat nama koleksi ni, Kalau tak silap koleksi ini telah habis terjual :)


Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj



Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj


Yang ini pula Koleksi Iris Kebaya Peplum, kebaya ni sangat cantik. Pertma kali cik iena nampak cik iena terus jatuh cinta. Kualiti kain yang cantik, jahitan yang kemas serta tidak ketat. Sangat sesuai untuk muslimah. Untuk pengetahuan kebaya ini di datangkan sekali dengan brooch. Jadi anda tidak perlu lagi membeli brooch untuk baju kebaya ni. Tak perlu susah-susah lagi :)


Koleksi Iris Kebaya Peplum


Cantikkan, nampak klasik sangat baju ni. Klasik yang dimodenkan dengan design peplum.
Nanti kalau cik iena pakai baju ni lagi cik iena share lagi di social media cik iena ya 
(^_~)


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :-

Website : www.cahayataj.my
Facebook : CahayaTaj
Instagram :  @cahayataj.my
Alamat HQ : NO.10, JALAN BBP 1, TAMAN BUKIT BERUANG PERMAI, 
                  75450, BUKIT BERUANG, MELAKA


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve