Grab The Promo

Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di Malaysia


Adakah anda pernah berhadapan situasi dimana anda dicaj dengan harga yang  tinggi atau kualiti barang yang anda beli tidak sepadan dengan harga yang anda bayar ? Pasti ada diantara kita yang pernah mengalami masalah ini akan tetapi tidak tahu cara bagaimana untuk menyalurkan rasa tidak puas hati anda .


Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di Malaysia
Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di Malaysia


Untuk pengetahuan anda, anda mempunyai Hak untuk menyuarakan tentang hal ini. Untuk itu di sini cik iena ingin kongsi serba sedikit terlebih dahulu mengenai Hak Pengguna dan seterusnya cik iena akan kongsikan bagaimana untuk anda membuat aduan tentang masalah ini  supaya anda  menjadi pengguna yang celik dan tidak di tindas oleh peniaga-peniaga yang suka mengambil kesempatan.


APA ITU HAK PENGGUNA?


Hak pengguna adalah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. Manakala pengguna yang bertanggungjawab pula adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab.

KPDNKK

Pertama sekali untuk mendapatkan Hak Pengguna  anda perlu menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan maklumat terlebih dahulu. Kemudian Laporkan kepada KPDNKK tentang hal-hal kepengunaan.


HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA DI MALAYSIA


Kesedaran terhadap hak anda sebagai pengguna amat penting supaya anda mengetahui apa hak anda , sebagai contoh untuk bayaran balik bagi barangan yang rosak atau barangan berbahaya dan juga hak anda sekiranya anda dikenakan caj berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti atau harga barangan dan servis, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sebagai pengguna, hak anda dilindungi dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Selain daripada itu, pembelian melalui platform dalam talian juga  seperti acebook, Instagram, laman web seperti Lazada, Zalora, dan sebagainya juga termasuk dalam perlindungan ini. Ini adalah kerana peniaga online juga perlu mendaftar perniagaan mereka dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan perlu mematuhi undang-undang niaga di Malaysia.


Antara Hak anda yang perlu anda ketahui adalah  seperti berikut:

1. Hak Pengguna Malaysia untuk Tuntutan Ganti Rugi


Sebagai pengguna, anda berhak untuk menerima penghakiman yang adil, termasuk mendapat pampasan untuk pembelian atau servis anda terima yang memiliki unsur mengelirukan, kualiti barang yang rendah dan juga servis yang tidak memuaskan. Tuntutan ini boleh dibuat melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang merupakan sebahagian dari KPDNKK. Cara untuk membuat tuntuan ialah seperti berikut:

  1. Fail tuntutan dengan mengisi Borang 1. Anda boleh dapatkan borang ini di semua cawangan Tribunal atau muat turun di portal e-Tribunal. Anda perlu membayar RM5.00 untuk pemfailan borang tersebut.
     
  2. Salinan Borang 1 akan diserahkan kepada pihak yang dituntut, dan kedua-dua pihak perlu hadir ke pendengaran tuntutan tersebut. Tarikh pendengaran akan ditetapkan oleh Tribunal.
     
  3. Selepas tuntutan berjaya diselesaikan dengan persetujuan kedua-dua pihak, Tribunal akan mengeluarkan Award (terma ini digunakan untuk penyelesaian yang ditawarkan oleh Tribunal). Award tersebut boleh jadi dalam bentuk wang yang dibayar kepada pengadu, ataupun ganti untuk barang yang dibeli.


Menurut undang-undang, anda hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan sehingga RM 25,000 sahaja. Wang tuntutan itu bukan dibayar oleh Tribunal, sebaliknya oleh pihak yang dituntut, atas arahan Tribunal.

Selain itu, pastikan juga anda simpan semua dokumen berkaitan dengan pembelian dan servis yang anda peroleh dari peniaga sebagai bukti. Antara dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti ialah invois, resit, risalah iklan, barang yang rosak,dan dokumen lain yang boleh menyokong tuntutan gantirugi anda.


2. Anti-Pencatutan dan Barangan Kawalan di Malaysia


Ini merupakan perkara yang sering terjadi  iaitu dimana  barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk harga barang yang berpatutan.


Anti-Pencatutan dan Barangan Kawalan di Malaysia




Anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga.

Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri ataupun menaikkan harga topeng ketika musim jerebu dan juga menaikkan harga barangan kawalan dengan sengaja setelah kenaikan harga Petrol.

Selain itu, dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan. Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal.

Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.

Kebiasannya harga bagi barangan kawalan yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga barangan kawalan tersebut. Peniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari hargabarangan kawalan yang di umumkan.

Bagi kes ini laporkan secepatnya ke KPDNKK. Untuk pengetahuan KPDNKK telah menyediakan perkhidmatan  Program Perlindungan Pengguna.



Untuk menyemak harga barangan bagi rujukan anda, anda boleh memuat turun aplikasi PAPARAN HARGA oleh KPDNKK Malaysia
 

Program Perlindungan Pengguna | Aduan Pengguna (PPAP)



Untuk pengetahuan  anda KPDNKK telah melancarkan Program Perlindugan pengguna bagi melindungi hak-hak pengguna.  KPDNKK Menerima aduan daripada  melalui telefon, laman web, surat dan juga pengguna yang hadir sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP). Aduan akan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan.

Untuk makluman anda juga ,  tidak semua aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Kementerian untuk menyelesaikannya. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh semak akta perlindungan pengguna di bawah



SEMAKAN AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999 (Akta 599)


Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 (atau Akta 599) telah berkuatkuasa pada 15 November 1999 untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna.

Untuk pengetahuan pindaan telah dibuat sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2002, 2003, 2007 dan 2010.

Pindaan 2002 – Pindaan Subseksyen 17 (1) menyenaraikan jenis-jenis Kontrak Perkhidmatan Hadapan yang telah diwartakan oleh KPDNKK untuk maksud seksyen berkenaan.

Pindaan 2003 – menambah keanggotaan TTPM daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan serta meningkatkan award TTPM daripada RM10, 000 kepada RM25, 000.

Pindaan 2007 – memperluaskan skop Akta 599 kepada urusniaga perdagangan secara elektronik.

Pindaan terkini iaitu pada tahun 2010 bertujuan untuk membuat penambahbaikan ke atas peruntukan sedia ada di bawah Akta 599 supaya akta tersebut kekal relevan dalam menghadapi perubahan bagi amalan perdagangan pada masa kini dan mampu memberi perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pengguna.

Pindaan tersebut ini juga memperkenalkan 2 Bahagian baru iaitu Bahagian IIIA:Terma Kontrak Tidak Adil yang menetapkan peruntukan-peruntukan bagi melindungi pengguna daripada terma-terma tidak adil yang wujud dalam sesuatu kontrak bentuk seragam dan Bahagian XIIA: Jawatankuasa Pengiklanan yang memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang mengeluarkan iklan yang mengelirukan atau palsu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai akta perlindungan tersebut sila layari AKTA PELINDUNGAN PENGGUNA 1999


Antara Penipuan yang dialami Pengguna


Antara Penipuan yang sering  dialami Pengguna adalah seperti berikut :

  • Penipuan Perkhidmatan
  • Penipuan Harga
  • Penipuan Transaksi Internet
  • Jualan Bahan Petroleum
  • Tiada Tanda Harga
  • Bengkel Kenderaan Bermotor
  • Pekhidmatan Telekomunikasi
  • Penipuan Gores Dan Menang
  • Penipuan Perjanjian Sewa Beli
  • Penyelewengan Jualan Lansung




Untuk anda yang mengalami masalah seperti diatas anda boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:


    Talian bebas tol (1-800-886-800)
    Portal Rasmi: http://e-aduan.kpdnkk.gov.my



3. Hak Pengguna Untuk Mendapatkan Maklumat


Tahukah anda bahawa semua kedai dan peniaga wajib memaparkan harga barang atau servis yang mereka tawarkan? 

Tindakan ini tertakluk dibawah undang-undang yang menyatakan peniaga perlu meletakkan tanda harga untuk barang dan servis.

Selain daripada hak untuk mendapatkan maklumat mengenai harga, anda juga berhak untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai barangan dan servis. 

Jika anda berhadapan dengan situasi iklan yang mengelirukan atau tanda harga yang salah, anda boleh membuat aduan melalui Sistem eAduan atau hubungi talian bebas tol 1-800-886-800.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan saluran yang betul untuk mengadu mengenai barangan atau servis yang tidak memuaskan daripada menyebarkannya di media social. Walaupun anda akan mendapat bilangan like atau komen yang banyak, tanpa tindakan yang betul wang anda tidak akan dikembalikan.

Oleh yang demikian, gunakan hak anda sebagai pengguna dan jangan biarkan peniaga-peniaga dengan sewenang-wenangnya memperdayakan anda.


Selain daripada membuat Aduan, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada sukarela yang  memantau melalui konsep membeli-belah sambil  melaporkan kepada Kementerian mengenai aktiviti salah laku peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan menyertai Friends Of KPDNKK



FRIENDS OF KPDNKK


FRIENDS OF KPDNKK
Pasti anda tertanya-tanya apa itu Friends Of KPDNKK .  Ia dahulunya dikenali sebagai SKUAD PENGGUNA yang mana ianya ditubuhkan dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.



Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula sebagai Friends of KPDNKK dengan tujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.



Bidang tugas Friends Of KPDNKK adalah melakukan pemantauan secara sukarela melalui konsep membeli-belah sambil memantau dan melaporkan kepada Kementerian



 Friends Of KPDNKK


Bidang Tugas Friends Of KPDNKK 

Bidang Tugas Friends Of KPDNKK
Bidang Tugas Friends Of KPDNKK




Keistimewaan Kad Ahli Friends Of KPDNKK


Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (loyalty card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota Friends of KPDNKK. Ia mempunyai tiga fungsi iaitu sebagai:

    Kad Diskaun
    Kad Loyalti
    Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK




Sebagai pemegang Kad Friends of KPDNKK, anda boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini.


Selain daripada itu anda juga akan mendapat potongan harga yang menarik untuk pembelian di MYDIN.

 potongan harga yang menarik untuk pembelian di MYDIN.
potongan harga yang menarik untuk pembelian di MYDIN.




Faedah Menjadi Ahli  Friends Of KPDNKK



Faedah Menjadi Ahli  Friends Of KPDNKK


Pendaftaran Percuma Friends Of KPDNKK


Pendaftaran Percuma Friends Of KPDNKK

Untuk pendaftaran sila klik  PENDAFTARAN PERCUMA




Untuk maklumat lanjut mengenai Friends Of KPDNKK  sila layari

Website : http://fok_sp.1pengguna.com/sp/









#KPNDKK #HakPengguna  #CaringMinistry #HakHakPengguna #KetahuiHakAnda #KnowYourRights #PenggunaBijak #penggunabijak #mykpdnkk #kuasapengguna






Nikmati Aroma Harum Segar Teh Wangi Ros 888


Teh merupakan minuman yang terkenal di kebanyakan negara dimana ianya di minum pada waktu pagi, petang mahupun malam . Asia merupakan negara yang terkenal dengan Tradisi meminum teh .  Terdapat pelbagai jenama Teh yang terdapat di Malaysia.

Teh Wangi Ros 888


5 Senses 888 High Tea Event



Teh Wangi Ros 888



Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis "5 Senses 888 High Tea Event" yang bertempat di The Forum KL.  Majlis ini diadakan sempena sambutan ulangtahun ke 75 jenama 88.  Majlis ini membawa tema  PESONA LIMA RASA/DERIA untuk terus bergerak ke hadapan dalam industri Makanan dan Minuman yang serba pantas bersama jaminan jenama 888 "TRADISI TEH TERBAIK BUAT ANDA".


Teh Wangi Ros 888


Melalui tradisi ini,  teh 888 berbangga dapat menyediakan berbagai memori indah tentang kehebatan teh untuk semua masyarakat . Rasa hebat datang dari ketulinan, keaslian, konsisten dan berkeyakinan secara semulajadi ltulah menjadikan jenama 888 SEBUAH JENAMA MALAYSIA YANG MASIH HEBAT PADA MASA INI!


Teh Wangi Ros 888

888 merupakan sebuah jenama dari Malaysia yang telah wujud sejak dari tahun 1942. Ia merupakan jenama yang mengeluarkan Teh dan Kopi yang diusahakan oleh Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd yang berpengkalan di Bedong, Kedah.  Jenama ini cukup di kenali di kalangan rakyat kedah sejak sebelum kemerdekaan lagi.



Teh Wangi Ros 888






Video 5 Senses 888 High Tea Event



Jenama 888 dari Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd Sejak Tahun 1942



Nikmati Aroma Harum Segar Teh Wangi Ros 888
Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd (STGI) merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan berbagai produk lain di Malaysia di bawah jenama "888". Ianya adalah milik penuh syarikat subsidiari Thong Guan Industries Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di dalam Papan utama Bursa Saham Malaysia sejak 1997.

Syarikat ini terletak di sungai Petani, Kedah dan telah menjangkau usia tahun yang mana ianya telah wujud di Malaysia sejak tahun 1942. STGI menghasilkan lebih dari 2000 tan teh, kopi dan minuman  bijiran dalam setahun. Di biayai oleh kumpulan syarikat kewangan yang stabil,  STGI telah membuat penyelidikan dan pembangunan yang berterusan demi memastikan mutu penghasilan yang memuaskan buat para pelanggan dengan jaminan keselamatan makanan dari awal hingga akhir.

Makanan yang tidak selamat mengakibatkan kesan buruk yang serius dan ISO standard pengurusan keselamatan makanan membantu organisasi dalam mengenalpasti dan mengawal soal-soal keselamatan makanan.

Jenama 888 Mempunyai Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia

 
STGI telah memperolehi ISO 22000 dari Standard Antarabangsa mengenai pengurusan keselamatan makanan, GMPdan sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia disamping Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia.

STGI sentiasa menitik berat  kawalan kualiti yang ketat dalam setiap aspek pembuatan untuk jaminan penghasilan yang bermutu tinggi di dalam dan luar negara kerana berbagai produk jenama 888 telah sering kali dieksport ke luar negara.Teh dan Kopi 888 telah di edarkan secara meluas di Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur dan juga di eksport kenegara-negara seperti Brunei, China Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan.

Produk 888 boleh didapati di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur: Tesco, Giant, Econsave, Mydin,Aeon Big,TF Value,NSK, Hero, Pasaraya Howa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee,Sabasun, Senay Supermarket , Pasaraya CKS dan Lulu Hypermarket.




SEJARAH JENAMA 888 


Untuk mengetahui visi sesebuah sarikat, kita haruslah meryelami pembangunannya dengan mendalam.Pada tahun 1942, ketika negara sedang berada di dalam kancah peperangan dunia ke 2, mendiang EncikAng Thong Guam berbasikal selama dua hari untuk meminjam sejumlah RM50 dari mertu- bapa anyadan memulakan pemiagaan pengedaran teh 888 di pasar tempatan di Sungai Lalang Kedah.


Teh Wangi Ros 888


Ianya bermula sebagai sebuah pemiagaan keluaga , pakar dalam pembuatan teh yang di bungkus dengan jenama 888 dan juga jenama yang lain. Setelah selesai perang dunia ke 2, beliau telah  mempunyai  deretan van yang mampu mengedarkan barangan jenama lain. Hasil dari itu,  pasaran pengedaran  jenama 888 semakin berkembang maju .

Hari ini jenama 888 telah menjadi suatu jenama yang di kaitkan dengan kualiti dan ketahanan serta menjadi jenama yang berada ditangga teratas di dalam pasaran. Matlamat jenama 888 adalah untuk meneraju dan memberi inspirasi kepada setiap hirupan dalam secawan teh.

Dengan pengalaman dan pengetahuan jenama 888 tentang berbagai jenis teh dari serata dunia,  jenama 888  lebih tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan teh yang terbaik, dengan  mencampurkan dan mendidihkannya (mengikut cara dan rasa masyarakat Malaysia), seperti yang mereka mahukan.

Teh Wangi Ros 888  Teh Paling Laris Di Kelantan


Teh Wangi Ros 888


Teh berperisa kini menjadi penjenamaan tambahan di mana Teh Wangi Ros 888 telah menjad teh yang paling banyak terjual di Kelantan dan ia merupakan antara 3 jenama paling popular bersama produk segera jenama 888 yang lain iaitu minuman 3dalam 1 yang bersesuaian dengan gaya hidup moden masa kini.


Teh Wangi Ros 888


Hari ini, jenama 888 dengan rasa yang hebat dan mempunyai manfaat kesihatan telah menjadi semakin terkenal bukan saja di luar bandar, bahkan semakin terkenal di kalangan komuniti masyarakat bandar. Untuk memenuhi pemintaan yang semakin meningkat,  Jenama 888 telah menaiktaraf fasiliti produksi jenama 888 secara berterusan untuk menambah kuantiti pengeluaran dan sering mengadakan berbagai latihan kemahiran untuk mengembangkan hasil produk jenama 888 .

Jenama 888 telah berkembang dari generasi kegenerasi menjadikan ianya sentiasa menjadi pilihan pengguna sedia ada.






Pembungkusan lama Teh Wangi Ros 888


Teh Wangi Ros 888


Sejujurnya semasa majlis tersebut cik iena tidak dapat ingat akan jenama ini . Cuma cik iena pernah lihat di pasar raya apabila melihat pembungkusan baru jenama 888 tersebut. Akan tetapi setelah cik iena mencari maklumat mengenai jenama 888 ini di internet cik iena terjumpa akan gambar diatas dan Ya cik iena sebenarnya pernah meminum air Teh Wangi Ros dari Jenama 888 ini sejak kecil lagi.

Teh Wangi Ros 888 Mengimbau Zaman Silam


Teh Wangi Ros 888

Melihat pembungkusan ini membuatkan cik iena teringat memori di zamankanak-kanak ketia masih tinggal di kampung sebelum berpindah ke kawasan perumahan . Ya sememangnya cik iena mengenali jenama 888 dengan pembungkusan yang lama . Teh ini memang menjadi kegemaran Arwah nenek cik iena. Cik iena la yang menjadi si tukang beli Teh di kedai hujung kampung berhampiran sungai.

Morning uols, jom pekena Teh wangi ros @888teacoffee . Haruman dia memang uMmphHh Untuk makluman jenama 888 tea coffee nie dah bertapak di Malaysia sebelum Merdeka lagi iaitu tahun 1942.. Lama kan 75 tahun.ianya terkenal di bahagian Utara Malaysia. . Haa sblm ni iena cakap iena x pernah minum kan.. Haha mlm td nk draft blog post ,bila google pacakging lama dia..serius legend teh ni..iena da ingat dh yeayy.. Iena penah minum, masa kecik dekat kampung, masa tu duk kampung..beli dkat kedai asin buncit..haha giler throwback ni..teringat plak kisah kecik2 dlu kt kg😂😂 Wokay nty cik iena cerita kt blog ye.. Ade bnyk keroje le awakk ..tgh draft lg ..sabau nauuu.. . #tetapbrewtetapbest #tehwangiros888 #888tea #teh888 #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #socialMediaInfluencer #instagood #photooftheday #fashion #foodie #foodblogger #foodporn
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on

Rindu pula rasanya pada Arwah. Teh Wangi Ros 888 ni sememangnya mengimbau kenangan silam cik iena semasa membesar di Kampung Sungai Masin, Batang Kali.

Cik iena rasa ramai juga diantara anda di luar sana yang sememangnya mengenali jenama ini bukan?
Jenama ini sudah lama bertapak di Malaysia cuma ianya lebih popular di utara Malaysia .


Pelbagai Teh dan Kopi Keluearan Jenama 888




Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888


Teh Wangi Ros 888



Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888



Tetap Brew Tetap Best


Tetap Brew Tetap Best adalah slogan yang di ketengahkan oleh jenama 888 ini dimana  ia membawa PESONA LIMA RASA/DERIA untuk terus bergerak ke hadapan dalam industri Makanan dan Minuman yang serba pantas bersama jaminan jenama 888 . Teh Wangi Ros 888 sentiasa berusaha mengekalkan mutunya untuk para penggemar teh.



Teh Wangi Ros 888

Kepada anda di Luar sana yang ingin merasai kelazatan dan keharuman Teh Wangi Ros 888 ini anda boleh mendapatkan teh ini di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur: Tesco, Giant, Econsave, Mydin,Aeon Big,TF Value,NSK, Hero, Pasaraya Howa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee,Sabasun, Senay Supermarket , Pasaraya CKS dan Lulu Hypermarket.

Atau anda boleh beli secara online di lazada- Teh 888



Untuk Maklumat Lanjut Layari 


Website : http://888teacoffee.com.my
FAcebook : https://www.facebook.com/888teacoffee/
Instagram : https://www.instagram.com/888teacoffee/
 

12 Sebab H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda


Supplement atau makanan tambahan tidak terhad kepada orang dewasa sahaja. Kini terdapat juga supplement untuk perkembangan minda anak-anak.  Dalam zaman yang serba canggih dan moden ini pelbagai makanan tambahan minda untuk kanak-kanak telah berada di pasaran.

H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda

Antara yang menarik perhatian cik iena dari segi kebaikannya adalah Tablet Minda dan IQ Genius H-Focus. Ianya dikatakan dapat memberikan kesan sewal 7 hari  dan seterusnya pengambilan yang berterusan dapat mengekalkan kecergasan minda anak-anak.


H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda







H-Focus Tablet Minda Dan IQ Genius


H-Focus  merupakan satu produk minda dan kesihatan / supplement yang berasaskan makanan sunnah dan moden untuk minda . Ianya dihasilkan dalam bentuk tablet bagi memudahkan pengambilanmya khususnya buat kanak-kanak.

H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda


Terdapat banyak produk minda yang berada di pasaran tetapi ianya adalah berbeza dengan H-Focus. Untuk pengetahuan semua, perbezaan  antara H-Focus dengan produk minda yang lain adalah  H-Focus mengandungi 13 Khasiat yang terbaik yang mana ianya  mengabungkan 13 Makanan Terbaik Dunia Dalam 1 Tablet H-Focus Disamping itu juga  , selain untuk minda, H-Focus juga bagus untuk MATA anak anda.


H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda

Ia merupakan produk keluaran Sejagat Global Resources yang mana Syarikat ini merupakan 100% Bumiputera Islam dengan Kilang Berstatus GMP dan  Halal. Terdapat 100 Tablet Dalam 1 Botol di mana ianya tahan sehingga 60 hari dengan pengambilan 1 Tablet pada waktu pagi dan 1 Tablet pada waktu malam.




H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda

H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda

Formulasi H-Fokus Mengabungkan 13 Makanan Terbaik Dunia Dalam 1 Tablet H-Focus 

H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda

1. Cereals (Bijirin)

Bijirin membantu membekalkan zat besi untuk pembinaan dan perkembangan otak yang lebih sihat.

2. Pistachio (Badam Hijau)

Kaya dengan potassium yang membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda & Mengandungi anti oksida yang melindungi tubuh dari radikal bebas.

3. Colostrum (Kolostrum)

Menguatkan & melindungi sistem pertahanan tubuh badan, Melawan jangkitan virus dan toksin yang berlebihan dalam tubuh badan, Membantu mencerdaskan minda dan mudah menghafal.


4. Algae DHA (DHA Alga)

Meningkatkan daya fokus, membantu perkembangan minda yang sihat, membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan sistem imun badan

5. Honey (Madu)

Madu berfungsi menggantikan sel-sel otak yang rosak dengan sel baru yang sihat

6. Centella asiatica –(Daun pegaga)

Pegaga mempunyai zat makanan yang berhasiat seperti zat besi, vitamain A dan C serta serat yang dapat membantu membangkitkan selera makan dan meredakan masalah penghadaman.

7. Calcium (Kalsium)

Memberikan tulang yang lebih kuat dan fleksibel. Membantu badan dalam pengambilan zat besi.

8. Blackcurrant – (anggur)

Kajian menunjukkan bahawa anggur mengandungi vitamin C yang tinggi, vitamin (A, B1, B2), antioksida, dan nilai kalori yang rendah. Ia juga dapat membantu melegakan sistem saraf, meringankan demam, migrain dan athma.

9. Raisin (Kismis)

Kandungan gula ringkas dalam kismis membantu meningkatkan pemikiran otak, Sumber tenaga yang diperlukan dengan segera & Membantu memperbaiki daya penglihatan yang sihat.

10. Vitamin C (vitamin C)

Vitamin C adalah vitamin yang diperlurkan oleh badan untuk pembentukan tulang serta menguatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, Vitamin C dapat pulihkan demam, memberikan tenaga, memulihkan luka dan mencegah kanser.

11. Dates (Kurma)

Sangat berkhasiat untuk membantu tumbesaran kanak-kanak, membantu membentuk minda yang lebih sihat dan membantu mencergaskan minda dan tubuh badan

12. Lycopene (tomato)

Tomato mengandungi nutrient yang diperlukan seperti vitamin (A, B3, B6, C, dan K), Potasium, dan Serat. Tomato juga dapat membantu untuk memudahkan penghadaman, masalah sukar tidur

13. Pomegranate (buah delima)

Mengandungi Pottasium yang sangat tinggi, Fosfor, Kalsium, Zat Besi, Sodium, Vitamin A, B1, B2, B3 dan C Membantu Sistem Penghadaman. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, dan batuk




Siapa Yang Perlu Amalkan H-Focus?



H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda
  •     Kanak-kanak yang mengalami masalah Susah untuk fokus belajar
  •     Kanak-kanak yang mengalami Keputusan exam semakin merosot
  •     Kanak-kanak yang Tiada peningkatan dalam pembelajaran
  •     Kanak-kanak yang Tiada brminat untuk belajar
  •     Kanak-kanak yang mengalami masalah lupa apa yang di pelajari di sekolah
  •     Kanak-kanak yang mengalami masalah  Sukar menghafal
  •     Kanak-kanak yang Sukar bangun pagi
  •     Kanak-kanak yang Terlalu aktif dan susah dikawal
  •     Kanak-kanak yang mengalami Cepat letih kerana waktu sekolah lama
  •     Kanak-kanak yang Sukar nak tidur malam
  •     Kanak-kanak yang mengalami masalah  Perkembangan minda yang perlahan
  •     Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh, dekat atau silau










12 Sebab H-Fokus Baik untuk Anak Anda


H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda
  1. Anak lebih fokus dan cepat tangkap dalam pelajaran
  2. Anak semakin mudah menghafal
  3. Bersemangat untuk belajar
  4. Minat dan cekap membuat matematik
  5. Mudah mendengar kata
  6. Bersemangat untuk solat
  7. Mudah bangun pagi
  8. keputusan peperiksaan meningkat lebih baik
  9. Semangat nak solat tanpa di suruh
  10. Keyakinan diri bertambah
  11. Semangat untuk berdikari sendiri
  12. Membantu selera makan anak (bagi yang kurang selera makan sahaja)

9 Kebaikan H-Focus untuk MATA

H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda
  1.     Mampu mengurangkan rabun jauh, rabun dekat, rabun silau, rabun malam.
  2.     Mampu mengatasi masalah selaput mata, mata letih, mata berair, gatal mata.
  3.     Mencerahkan penglihatan mata rabun jauh dan dekat.
  4.     Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
  5.     Mencantik dan melembabkan mata yang lesu.
  6.     Hilangkan masalah mata kering.
  7.     Mengurangkan  masalah mata merah.
  8.     Kurangkan masalah Rabun malam.
  9.     Sesuai untuk Masalah mata berair.


CARA PENGAMBILAN H-FOCUS UTK KESAN YANG LEBIH BAIK:

 


H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda

Untuk Bayi

  • Bayi berusia  1 tahun ke bawah memadai 0.5 @ 1 biji 1x sehari sahaja
  • Hanya diberi pada Bayi yang sudah  pandai mengunyah atau boleh juga di hancurkan dan campur di dalam susu @ air suam
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini



H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda

Untuk Kanak-kanak  2 Hingga 4 tahun

  • 2 minggu pertama berikan 1 biji pagi dan 1 biji malam
    Selepas 2 minggu berikutnya hanya 1x sahaja pagi.
    Pengambilan sebaiknya adalah selepas makan.
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini

H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda

Untuk Kanak-kanak 5 Hingga 11 tahun

  • 2 minggu pertama 👉 2 biji pagi dan 2 biji malam
  • Selepas 2 minggu berikutnya hanya 2sahaja
    Pengambilan sebaiknya selepas makan
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini


Kanak-kanak 12 tahun keatas

  • 2 minggu pertama berikkan 2 biji pagi dan 2 biji malam
  • Selepas 2 minggu berikutnya hanya 2 sahaja
    Pengambilan sebaiknya selepas makan.
    **Boleh ambil sebelum atau selepas breakfast. Sebaiknya selepas breakfast.
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini.



H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda
Dari umur 1 tahun sampai 19 tahun untuk mata dan minda
20 tahun keatas untuk minda sahaja

Pantang larang Pengambilan H-Focus




H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda
heyy ni tommy nak bagi tau pantang H-Focus..pantang tommy nampak hahaha..nak kacau arif makan je kejenya
  • Dillarang menyimpan tablet H-Focus didalam peti sejuk.
  • Elakkan terdedah dengan cahaya matahari dan haba yg keterlaluan. Simpan dalam suhu bilik.Elakkan makan bersama dgn kafien spt nescafe. Campur dgn susu, boleh.
  • Elakkan mengambil minuman bergas.

H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda Baik Untuk Anak Anda
cik tommy nak makan tapi tak boleh nanti pandai sangat

Adakah H-Focus sesuai untuk Dewasa?


Ya sesuai, orang dewasa boleh consume H-Focus. Ianya Bagus untuk ingatan dan sebagainya. Amat sesuai kepada yg sambung belajar mahupun anda yang mempunyai pekerjaan yang memerlukan anda berfikir banyak .

Untuk Maklumat Lanjut Layari atau Hubungi


Website : hfocusgeniusno1.com  | hfocussejagat.com
 Facebook : H-Focus-Candy Genius | H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda     
Contact No : 01135027570 | 011-1892 7834

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve