Grab The Promo

Review Althea 'Born This Way' Beauty Box


Memiliki kult wajah yang yang lembut, halus serta tegang seperti kulit bayi sememangnya menjadi idaman setiap kaum wanita. Kulit yang lembut ini akan menaikkan lagi seri wajah apabila di oleskan dengan solekan mahupun hanya sekadar solekan ringan.


Review Althea 'Born This Way' Beauty Box
Review Althea 'Born This Way' Beauty Box


Buat anda yang mencari-cari set produk kecantikan yang pelbagai  terutama aneka produk yang di satukan di dalam box da dijual pada satu harga anda boleh dapatkan di Althea.

Yuuups, ALTHEA !! Cik iena pasti anda sudah kenal dengan Althea ?? Ia merupakan portal online yang menjual barangan kecantikan dari Korea . ALTHEA menawarkan produk-prdouct K-Beauty (Korea) dengan harga termurah, 100% asli, dan ianya juga menawarkan penghantaran percuma seluruh dunia.


Review Althea 'Born This Way' Beauty Box


Mengapa harga produk K-Beauty Althea paling termurah? Ini adalah kerana produk-produk yang terdapat di Althea adalah produk K-Beauty yang dikirim secara lansung dari negara Korea dan tentunya jaminan 100%  asli. Bukan itu sahaja, banyak lagi kelebihan jika anda berbelanja di Althea, seperti promo-promo discount yang diberikan. serta program kotak kecantikan atau Beauty Box yang dikenal sebagai ALTHEA BEAUTY BOX.


Althea Beauty Box


Althea Beauty Box adalah salah satu program dari althea yang  mana ianya merupakan kotak  kecantikan atau beauty box yang didalamnya mengandungi 6-12 produk  K-beauty yang ianya   disesuaikan dengan tema dari kotak tersebut.



Althea 'Born This Way' Beauty Box
Althea 'Born This Way' Beauty Box

Mengapa Althea Beauty Box ini bernilai untuk anda beli? 


  1. Kotak tema-tema yang diberikan cukup menarik
  2. Harga dari 1 (satu) kotak kecantikannya lebih murah dibandingkan jika kita membeli unit harga dari produk-produk yang terdapat di dalam kotak itu
  3. Kotak kecantikan ini tidak perlu menggunakan program  langganan seperti kebanyakan kotak kecantikan yang diluar sana.
  4. Semua kotak  merupakan edisi terhad .

Althea Beauty Box sendiri mempunyai kotak kecantikan 2 (dua) jenis iaitu:


ALTHEA BOX: Beauty Box ini berdasarkan tema tertentu, dimana isi dalam kotak itu merupakan campuran dari  produk yang terkenal dan produk kegemaran ramai yang terbaru.


TREND BOX: Beauty Box   ini berdasarkan dari trend kecantikan semasa di Korea. Di lengkapi  dengan produk K-Beauty yang paling terkenal (baik dari jenama baru atau produk terbaru dari jenama yang sudah sedia ada).


Baru-baru ini cik iena di beri kesempatan untuk review  Althea 'Born This Way' Beauty Box.  Jom lihat apa yang ada di dalam Beauty Box ini dan review dari cik iena :)


Althea 'Born This Way' Beauty Box 



Althea 'Born This Way' Beauty Box
Althea 'Born This Way' Beauty Box

Produk kecantikan yang terdapat di dalam box ini adalah :

  1. Innisfree Green Tea Cleansing Foam
  2. Beuins Nutrient Emulsion Skin
  3. 3CE Back To Baby Pore Velvet Primer
  4. Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX
  5. Aritaum Mono Eyes Eyeshadow
  6. Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint (Watermelon Red)
  7. Pure Smile Art Point Pack
  8. Dr. Mind Apot Red Mask

Untuk pengetahuan anda, kesemua produk kecantikan yang terdapat di dalam box ini adalah  bersaiz penuh dan ianya bernilai RM 567.00. Akan  tetapi anda boleh mendapatkan kotak kecantikan Althea 'Born This Way' ini hanya dengan harga  RM 116.00.



Murah bukan Harga yang ditawarkan . Sememangnya ianya sangat-sangat  berbaloi untuk anda miliki.



Untuk mendapatkan Born This Way Beauty Box ini sila layari  http://my.althea.kr/born-this-way-box (iena buang link sebab dah takde promo ni, korang boleh tgk main page https://my.althea.kr?afmc=ienaeliena)
Selain Born This Way Beauty Box ini anda juga boleh mendapatkan Beauty Box yang lain di http://my.althea.kr/althea-box 



 Video Review Althea 'Born This Way' Beauty Box




Althea Born This Way Box


1.  Innisfree Green Tea Cleansing Foam


Innisfree Green Tea Cleansing Foam adalah pembersih muka yang mengandungi teh hijau segar yang diekstrak dari daun teh hijau organik. Produk ini juga kaya dengan asid amino dan mineral yang dapat melembapkan dan meringankan kulit kering dari pembersihan. Dengan tekstur berbentuk busa, produk ini dapat membersihkan sisa dan kotoran dari dalam liang-liang, menjadikan kulit berasa bersih dan segar.

Innisfree Green Tea Cleansing Foam
Innisfree Green Tea Cleansing Foam


Cara Penggunaan : 


Picitkan sejumlah yang sesuai ke tangan anda dan kemudian urut di muka sehingga berbusa  dan bilas dengan air suam.


Kandungan :


GLYCERIN, CAMELLIA SINENSIS LEAF EXTRACT(28770mg), STEARIC ACID, MYRISTIC ACID, WATER, PEG-32, POTASSIUM HYDROXIDE, KAOLIN, LAURIC ACID, PROPANEDIOL, GLYCERYL STEARATE, COCAMIDOPROPYL BETAINE, CITRUS PARADISI (GRAPEFRUIT) FRUIT EXTRACT, CITRUS AURANTIUM DULCIS (ORANGE) FRUIT EXTRACT, ORCHID EXTRACT, CITRUS UNSHIU PEEL EXTRACT, CAMELLIA JAPONICA LEAF EXTRACT, OPUNTIA COCCINELLIFERA FRUIT EXTRACT, CITRUS TANGERINA (TANGERINE) EXTRACT, CITRUS AURANTIUM BERGAMIA (BERGAMOT) FRUIT EXTRACT, PEG-100 STEARATE, DISODIUM EDTA, TREHALOSE, SODIUM BENZOATE, FRAGRANCE



Review Innisfree Green Tea Cleansing Foam

Cik iena suka Tekstur lembut halus dan berbusa cleansing foam ini. Apabila selesai mencuci wajah, wajah terasa segar dan bersih . Terasa kekototan pada wajah hilang dan wajah tidak berminyak
serta kulit menjadi lembut dan lembab.

Haruman nya juga sangat wangi dan menenangan. Cleansing foam ini sesuai untuk kulit kombinasi ke berminyak.

Rating :

10/10




2.  Beuins Nutrient Emulsion Skin



Wrinkle improvementwhitening 5-Free: Paraben, Triethanolamine, Minyak mineral, Benzophenone, Sulfate Emulsi + toner yang sangat pekat memberikan kesan emulsi dan toner serentak.

Ia menjadikan kulit berasa lembut dengan merapikan tekstur kulit dan dengan memberikan kelembapan dan nutrisi yang banyak buat kulit. Bahan-bahan seperti adenosin, niacinamide, peptida dan ekstrak calendula dapat memberikan kulit yang sihat.


Beuins Nutrient Emulsion Skin

Cara Penggunaan :


Gunakan selepas mencuci muka pada waktu pagi dan pada waktu malam. Secara merata gunakan jumlah yang sesuai di seluruh muka.

Kandungan :

Purified water, Dipropylene Glycol, Glycerin, Octyldodecanol, Niacinamide, Butylene Glycol, Betaine, Cyclomethicone, Dimethicone, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, crylates/C10-3- Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tromethamine, Calendula Officinalis Flower Extract, Adenosine, Disodium EDTA, Isopropyl Myristate, Linalool, Linalyl Acetate, ,Sodium Hyaluronate, Coumarin, Geraniol, Oligopeptide, Oligopeptide-6, Hydrogenated Lecithin, Soybean Oil , Sodium Oleate, Phenoxyethanol


Review Beuins Nutrient Emulsion Skin

Cik iena suka haruman yang lembut dan harum. Tekstur yang lembut untuk di aplikasikan di wajah serta mudah meresap. Membuatkan kulit berasa sangat lembab dan lembut serta sejuk seolah kulit bayi.

Rating :

9/10


3. 3CE Back To Baby Pore Velvet Primer


Bagi yang mengalami masalah pori-pori terbuka anda boleh Kurangkan penampilan liang pori terbuka mahupun parut kecacatan dengan asas primer ini. Ia dapat menutupi masalah tersebut secara sekata serta ianya mampu menghilangkan minyak yang berlebihan pada wajah dan meninggalkan kesan kanvas licinpada wajah anda. Formula serbuk sutera mampu mengekalkankelembapan kulit.

3CE Back To Baby Pore Velvet Primer
3CE Back To Baby Pore Velvet Primer

Cara Penggunaan :

 Selepas mencuci wajah serta mengaplikasikan toner mahupun krim penjagaan wajah yang lain. Gunakan Primer ini sebagai asas solekan.

Review 3CE Back To Baby Pore Velvet Primer

Cik iena suka Baby Pore Velvet Primer ni kerana kulit kita akan kelihatan sangat halus mulus seperti bayi. Kulit kelihatan matte dan tidak berminyak . Sesuai juga untuk anda yang mempunyai kulit berminyak kerana tekstur kulit anda akan menjadi matte . Liang-liang pori juga akan tertutup seperti kanvas licin dimana ianya juga menaikkan lagi seri wajah anda dengan kelihatan sangat flawless.

Cik iena sangat suka cuma ianya kecil sangat. Kalau ada yang besar mesti seronok. Memang tak rugi beli.



Rating :

10/10


4. Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX


Natural 100 Mineral Sunkill RX adalah  serbuk mineral pelindung matahari yang mempunyai fungsi  perlindungan SPF42 PA ++. Ia mengandungi 10 organik, 100% mineral semulajadi yang juga sesuai untuk kulit sensitif! Manfaat utama nya adalah ianya bebas minyak  dan produk ia juga merupakan produk bebas kimia yang sesuai digunakan untuk anda semua bagi  mendapatkan 100% khasiat serbuk matahari mineral semulajadi.

Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX
Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX


Cara Penggunaan :


Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX


Review Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX

 

Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX
Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX

 

Cik iena suka loose powder ini ini kerana ianya mudah dipakai berbanding loose powder yang lain dimana ada diantara loose powder yang tidak didatangkan dengan sponge dan  cermin. Berbeza dengan Natural 100 Mineral Sunkill RX ianya di datangkan dengan sponge serta cermin dan cara pemakaiannya juga sangat mudah.

Tiada lagi masalah loose powder atau bedak tabur yang berterabur. Sama seperti loose powder lain anda perlu dap dap untuk mendapatkan kesan yang cantik , sekata serta tahan lama. Semakin lama anda dap dap semain ia meresap sekata pada wajah.




Rating :

8/10


5. Aritaum Mono Eyes Eyeshadow


Advanced Mono Eyes generasi kedua dengan warna yang lebih baik dan tiga tekstur yang berbeza: Matte, Shimmer, Glitter .

Aritaum Mono Eyes Eyeshadow bertekstur matte berwarna Coral Squeeze ini mempunyai tiga kegunaan iaitu sebagai pembayang mata, pemerah pipi serta shading.


Aritaum Mono Eyes Eyeshadow
Aritaum Mono Eyes Eyeshadow

Cara Penggunaan : 


Oleskan Mono Eyes pada kelopak mata sebagai pembayang mata . Warna Coral Squeeze ini juga boleh di gunakan sebagai shading dan blusher.


Kandungan :


TALC,MICA,NYLON-12,SILICA,POLYMETHYL METHACRYLATE,TITANIUM DIOXIDE (CI 77891),OCTYLDODECYL STEAROYL STEARATE,PENTAERYTHRITYL TETRAETHYLHEXANOATE,YELLOW 6 LAKE (CI 15985),YELLOW 5 LAKE (CI 19140),ETHYLENE/ACRYLIC ACID COPOLYMER,ISOSTEARIC ACID,POLYETHYLENE,CAPRYLIC/CAPRIC TRIGLYCERIDE,PHENYL TRIMETHICONE,POLYBUTENE,CETYL ETHYLHEXANOATE,1,2-HEXANEDIOL,RED 7 LAKE (CI 15850),METHICONE,GLYCERYL CAPRYLATE,IRON OXIDES (CI 77491),PTFE,HYDROGENATED LECITHIN,AMINOPROPYL DIMETHICONE,POLYMETHYLSILSESQUIOXANE,ALUMINA,TIN OXIDE


Review Aritaum Mono Eyes Eyeshadow


Cik iena suka Mono Eyes kerana ianya mempunyai tiga kegunaan iaitu sebagai pembayang mata, pemerah pipi dan juga shading. Sangat jimat dan mudah kerana tidak perlu bawa banyak barangan mekap jika travel. Hanya menggunakan Mono Eyes ini untuk tiga kegunaan.

Untung penggemar warna terang dan striking cik iena gunakan Mono Eyes berwarna Coral Squeeze ini untuk solekan ringkas ke pejabat.



Rating :


7/10

6. Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint (RD307 Watermelon Red)


Ia merupakan fresh lip satin yang menggunakan Warna terang dan indah seperti buah buah.
Ramuannya kaya dengan vitamin dan bahan pelembab dalam ekstrak buah delima dan limau gedang .
Ianya  menyerap dengan cepat dan mampu mengekalkan kelembapan bibir ianya juga tahan lama

Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint
Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint

 

Cara Penggunaan :


Oleskan segel tint di bibir pada bahagian tengah dan perlahan-lahan perlahan ke luar bibir dari dalam ke luar bibir.

Kandungan : 


Water, Glyceryl Polymethacrylate, Glycerin, Propanediol, Trehalose, Pentylene Glycol, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/vp Copolymer, Polysorbate 20, Tromethamine, Polyacrylate-13, Titanium Dioxide (Ci 77891), Polyisobutene, Dehydroacetic Acid, Fragrance, Sapindus Trifoliatus Fruit Extract, Red 27 (Ci 45410), Yellow 6 (Ci 15985), Silica, Red 33 (Ci 17200), Alumina


Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint
Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint


Review Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint (RD307 Watermelon Red)


Cik iena suka tekstur dan rasa gel tint ini . Sejujurnya banyak kali cik iena makan lip tint ni. Rasa manis mellon . Warna yang dihasil juga nampak semulajadi serta ianya tahan lama. 

Untuk menghasilkan warna yang cantik. Lakukan shading pada bahagian luar bibir dimana cik iena gemar memakai lipstick bewarna lembut di bahagian luar bibir kemudian cik iena oleskan lip tint ini pada bahagian dalam bibir. Bibir anda akan kelihatan mungil :)



Rating :

8/10


7. Pure Smile Art Point Pack



Pure Smile Art Point Pack  mempunyai 2 keping topeng wajah yang sangat comel dan berwarna-warni. Ia mempunyai kolagen, asid hyaluronik, ekstrak plasenta. Ia berbau sangat manis dan  berbau buah.Sesuai digunakan bersama teman untuk melakukan rawatan kulit sambil bergembira.


 Pure Smile Art Point Pack
Pure Smile Art Point Pack

Cara Penggunaan :

Cuci wajah sehingga bersih, selepas mencuci anda boleh juga mamakai toner anda dan Keluarkan lapisan topeng dari pek, bentuk dan letakkan pada bahagian-bahagian diwajah anda yang ingin anda lembabkan. Biarkan selama 5-10 minit.

Kandungan :

 Vitamin E, Collagen dan Hyaluronic Acid dan bahan pelembab lain.

Pure Smile Art Point Pack


Review Pure Smile Art Point Pack


Cik iena haruman manis segar dari Pure Smile Art Point Pack ini. Sudah tentu rasa comel bila memakai face mask ini kerana ianya sangat comel. Cik iena sangat suka kesannya. Selepas menganggalkan mask. Kulit terasa sangat lembab dan lembut.
 



Rating :
10/10


8. Dr. Mind Apot Red Mask


Dr. Mind Apot Red Mask adalah hadiah percuma dalam Althea 'Born This Way'  Beauty Box ini.
Ianya berfungsi untuk merehatkan kulit dan membantu mengimbangi minyak kulit untuk memastikan kulit yang sihat.


Dr. Mind Apot Red Mask
Dr. Mind Apot Red Mask

Cara Penggunaan :

Cuci wajah sehingga bersih, selepas mencuci anda boleh juga mamakai toner anda dan keluarkan topeng ini serta letak di wajah secara sepenuhnya. Biarkan selama 5-10 minit.


Review Dr. Mind Apot Red Mask

Cik iena yang merupakan pencita face mask sememangnya akan menyukai mask ini. Rasa bersih, segar lembut kulit selepas menggunakannya.

Rating :

10/10



Review Althea 'Born This Way' Beauty Box
Review Althea 'Born This Way' Beauty Box


 Menarik kan  Althea 'Born This Way' Beauty Box  . Harganya juga sangat murah untuk kesemua barangan bersaiz asal ini. TErdapat 7 Produk bersaiz asal di dalam box ini dengan percuma satu Dr. Mind Apot Red Mask.





Untuk mendapatkan Born This Way Beauty Box ini sila layari  http://my.althea.kr/born-this-way-box (iena buang link sebab dah takde promo ni..korang boleh tengok main page https://my.althea.kr?afmc=ienaeliena)
Selain Born This Way Beauty Box ini anda juga boleh mendapatkan Beauty Box yang lain di http://my.althea.kr/althea-box 

Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website : http://my.althea.kr
Facebook : Althea
Instagram :  @altheakorea
Youtube : https://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/


Cost Of Living - MRT


Apabila sebut mengenai Cost Of Living atau Kos Sara Hidup,  lazimnya, ramai yang merungut apabila berlaku pe­ningkatan kos sara hidup. SEDAR atau tidak, kos sara hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa. Harga barang-barang yang tidak terkawal mengalami peningkatan sedikit demi sedikit.

Bagi mereka yang gemar berbelanja, sudah pasti mereka akan terasa bahang kesan peningkatan kos sara hidup ini. Dari semasa ke semasa, kenaikan harga barang dan perkhidmatan menjadi isu yang sering dibangkitkan di pelbagai media.

Biasanya, apabila kos sara hidup semakin meningkat, ini akan memberi bebanan kepada pelbagai pihak, apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.  Untuk itu di sini cik iena ingin berkongsi sedikit Tips yang mungkin akan meringankan kos sara hidup anda yang tinggal di Ibu Kota.


Cost Of Living - MRT


Buat anda yang tinggal dan bekerja di ibu kota mahupun yang tinggal di pinggir bandar dan bekerja di ibu kota atau sebaliknya, bagi meringankan kos perbelanjaan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan MRT untuk perjalanan pergi dan pulang bekerja.


Jimat Belanja Poket Dengan Menggunakan Pengangkutan Awam.


Dengan menggunakan MRT, pastinya anda akan mendapat Penjimatan Dan Lebih Nilai Bagi Wang Anda


Jimat Belanja Poket Dengan Menggunakan Pengangkutan Awam.
Jimat Belanja Poket Dengan Menggunakan Pengangkutan Awam.

Kenapa MRT dikatakan dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan adalah

  1. Harga yang berpatutan
  2. Kemudahan Diskaun
  3. Dapat Anggar Kos Destinasi Yang di Tuju
  4. Dapat Kawal Petrol

Harga yang berpatutan

Harga tambang bagi MRT adalah berpatutan dengan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan disamping keselesaan yang anda nikmati



Kemudahan Diskaun

Selain daripada itu terdapat juga kemudahan diskaun bagi para pengguna pada musim-musim tertentu serta kemudahan diskaun bagi pelajar serta orang kurang upaya dan warga tua dengan penggunaan My Rapid.


Dapat Anggar Kos Destinasi Yang di Tuju

Dalam membuat perancangan perbelanjaan kita seharusnya tahu kos anggaran, dengan menggunakan MRT sudah pastinya kita dapat tau kos bagi destinasi yang di tuju. Jadi disini kita dapat membuat anggaran kos perbelanjaan yang tepat.


Dapat Kawal Petrol

Apabila anda menggunakan perkhidmatan MRT sudah pastinya anda akan menjimatkan penggunaan petrol kerana anda tidak memandu untuk ke sesuatu destinasi terutama ke tempat kerja yang mana setiap hari anda perlu mengeluarkan kos utuk pergi dan pulang kerja.



Transformasi Pengangkutan Awam



Nikmati Transformasi Pengangkutan Awam


Terdapat banyak kebaikan daripada penggunaan pengangkutan awal seperti MRT antaranya :

  • Mengurangkan penggunaan bahan api
  • Meningkatkan pendapatan dan pembanggunan di kawasan sekitar
  • Menjimatkan masa
  • Mengurangkan kesesakan Trafik
  • Memperbaiki sistem Jaringan pengangkutan awam




Pendapat Orang Ramai Mengenai Sistem Pengangkutan MRT.






Kepada anda di luar sana yang tinggal berhampiran station MRT mahupun LRT, KTM serta Monorail mari kita sama-sama berjimat dan mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan menggunakan perkhidmatan ini sebagai pengangkutan utama untuk anda ke tempat kerja.

Sekiranya Rumah cik iena berada berhampiran kesemua pengangkutan awam yang di nyatakan sudah pasti cik iena akan memilih pengangkutan awam tetapi malangya tempat tinggal cik iena terletak di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur. Seperti yang anda sedia maklum tiada kemudahan pengangkutan awam seperti MRT di sini.

Jadi cik iena tidak mempunyai pilihan untuk ke tempat kerja selain membawa kereta. Namun dalam meneruskan penjimatan kos sara hidup cik iena "CARPOOL" bersama rakan pejabat untuk ke tempat kerja. Jadi kos minyak , tol seta parking cik iena akan bahagi tiga. Jadi di sini cik iena dapat berjimat.

Sekiranya ada MRT di bangunkan di sini sudah pasti cik iena akan memilih menggunakan perkhidmatan ini sebagai pengeankutan utama cik iena ke tempat kerja :)





Facebook : KPDNKK-Laman RasmiInstagram : @mykpdnkk

KARNIVAL VEST 2017


KARNIVAL VEST 2017

VEST  merupakan satu program pertandingan keusahawanan yang  melibatkan lebih kurang 1,000 mahasiswa dari 20 IPT (Institut Pengajian Tinggi) seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan .

VEST yang memakan masa selama 6 bulan dengan beberapa peringkat yang merangkumi beberapa aspek seperti Teknik-teknik terkini jualan ,Teknik Pemasaran dan Penjenamaan, Teknik Komunikasi berkesan ,Teknik Membina Rangkaian francais dan Teknik Perancangan kewangan  ini sudah sampai ke kemuncaknya iaitu KARNIVAL VEST 2017 .

Varsity Entrepreneurship Skills and Talents VEST
Metadologi VEST

Pada yang masih belum mengetahui tentang VEST sila baca artikel cik iena yang lepas mengenai VEST iaitu Pelajar IPTA dan IPTS Sertai VEST dan Menangi Wang Tunai RM50,000



KARNIVAL VEST 2017



Karnival ini merupakan karnival yang dinanti-nantikan dikalangan peserta terutamanya. Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal berlansung pada Karnival tersebut antaranya adalah Business Pitching Top 10 Finalis, Pocket Talk, Bengkel Fotografi, gameshow, Cabutan Bertuah, BAttle Of Busker, Foodtruckpreneur, Jam Fit Bersama Kevin Zahri.


Selain daripada itu terdapat juga cabutan bertuahyang sangat menarik  untuk para hadirin  antaranya adalah Motor YAMAHA, iPhone 7, Laptop, Kamera, Apple Watch, Gopro Hero 4, Ipod nano, Samsung Galaxy Tab, Ipod Shuffle, Tiket Universal Studio Singapore. Tidak lupa juga tshirt ekslusif VEST2017 dan sijil penyertaan untuk mahasiswa yg hadir.





AKTIVITI KARNIVAL VEST 2017



AKTIVITI KARNIVAL VEST 2017
AKTIVITI KARNIVAL VEST 2017




KARNIVAL VEST 2017

KARNIVAL VEST 2017

KARNIVAL VEST 2017

KARNIVAL VEST 2017



MALAM GALA VEST 2017

.
MALAM GALA VEST 2017 merupakan acara kemuncak yg bakal menyaksikan pertaruhan idea dan daya keusahawanan mahasiswa menerusi Program Varsity Entrepreneurship Skills dan Talent.
Acara ini di meriahkan lagi dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak untuk sama-sama menyaksikan FINAL PITCHING dari TOP3 finalis VEST pada malam tersebut.


Selain dari kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia , terdapat juga jemputan selebriti-selebriti tanah air serta persembahan artis dan terdapat  sesi bonus iaitu BUSINESS TALK bersama FIZO OMAR & USTAZ DATO DR IZHAR ARIF.



BUSINESS TALK bersama FIZO OMAR & USTAZ DATO DR IZHAR ARIF.

.
Seperti yang cik iena nyatakan diatas Majlis ini juga bakal  di meriahkan acara Lucky Draw . Untuk pengetahuan hadiah-hadiah untuk LUCKY DRAW adalah sangat menarik.

Antara hadiah lucky draw adalah Motor YAMAHA, iPhone 7, Laptop, Kamera, Apple Watch, Gopro Hero 4, Ipod nano, Samsung Galaxy Tab, Ipod Shuffle, Tiket Universal Studio Singapore. Tidak lupa juga tshirt ekslusif VEST2017 dan sijil penyertaan untuk mahasiswa yg hadir.




Kepada anda di luar sana anda di jemput hadir sama-sama memeriahkan Karnival ini yang bakal berlansung pada 15 Oktober 2017 jam 8.00 am Hingga 7.00 pm yang bertempat di Perkarangan Luar Dewan Dektar, UKM Bangi.

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik untukanda sertai termasuk persembahan COLOUR OF VOICE ALTIMET.  Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai KARNIVAL VEST 201 sila rujuk laman sosial rasmi mereka iaitu  Facebook : VEST Malaysia dan Instagram : @vest_malaysia



KARNIVAL VEST 2017

Tarikh dan Masa :15 Oktober 2017 (8.00 am Hingga 7.00 pm)
Tempat : Perkarangan Luar Dewan Dektar, UKM Bangi







Untuk Maklumat lanjut sila layari


Untuk perkembangan terkini mengenai program ini sila layari

 Facebook : VEST Malaysia
Instagram : @vest_malaysia

 
 




Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017

Eat, Play & Win :)

Anda berpeluang menangi sehingga RM22,900  dalam  “Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017”

Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017


Utk pengetahuan, KLFFH 2017  merupakan
program anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia W.P Kuala Lumpur/Putrajaya (PKPKM WP KL/Putrajaya) dan Biro
Pelancongan Kuala Lumpur.

Acara ini diadakan bagi menyokong
kempen Citarasa dan “Fabulous Food 1Malaysia” yang dilancarkan
semenjak tahun 2009.


Objektif penganjuran acara ini bertujuan untuk mempromosi dan
mempergiat industri pelancongan melalui “Food Tourism” khususnya W.P.
Kuala Lumpur; membangunkan industri kecil-kecilan dalam sektor
makanan termasuk gerai, warung, restoran dan food truck; serta
memperkenal dan memupuk minat masyarakat dan pelancong
mengenai keunikan makanan-makanan tempatan.

Acara ini juga
diadakan bagi mempromosikan #sayangmalaysia dan #visitkl bagi
menarik lebih ramai pelancong ke Kuala Lumpur.
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya, Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar
berkata, “Acara berbentuk “food hunt” ini telah menerima sambutan
yang menggalakkan daripada para penggemar-penggemar makanan
berikutan keunikan acara ini. Sambutan yang diterima setiap tahun amat
menggalakkan di mana penyertaan bukan sahaja di kalangan
masyarakat tempatan malahan terdapat juga penyertaan daripada luar
negara termasuk pihak-pihak media”.


Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017


Acara yang bakal diadakan untuk tahun ke-enam ini akan menyaksikan
penyertaan seramai 1120 peserta mewakili 280 pasukan yang akan
berlumba di sekitar W.P. Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan awam
seperti teksi, bas, LRT, komuter, monorel dan MRT.

Mereka mestilah
melengkapkan tugasan di semua 10 hentian atau “check points” dan
mendapatkan cop selesai (“completed”) sebelum menamatkan cabaran.
Antara cabaran yang perlu di lakukan termasuk makan makanan popular
yang disediakan, menjawab soalan berkaitan pelancongan di Malaysia
dan Kuala Lumpur selain mencari klue lokasi restoran dan gerai yang
terpilih dalam waktu yang terpantas.


KLFFH pada kali ini akan mengetengahkan dan mempromosikan
makanan-makanan “signature” dan popular di sekitar Kuala Lumpur
mencakupi makanan tempatan yang mewakili pelbagai bangsa dan
juga makanan antarabangsa.

 Antara makanan yang dipilih termasuk nasi
campur, mi sup (Chinese style), roti canai istimewa, nasi Arab, gourmet
sandwich, pecel lele, dan lain-lain lagi. Selain dapat menikmati makanan
yang disediakan, peserta juga berpeluang menjelajah ke seluruh pelusuk
Kuala Lumpur dan mengenali lokasi-lokasi gerai dan restoran yang baru.


Kebanyakan peserta turut berkunjung ke lokasi-lokasi yang diperkenalkan
selepas acara ini tamat terutama pada hujung minggu, hari cuti am
mahupun hari-hari bekerja.


Pelbagai hadiah menarik juga bakal dimenangi para peserta termasuk
wang tunai dan cabutan bertuah. Sebanyak 45 pasukan terawal sampai
untuk kategori terbuka, tertutup dan expat/pelancong akan membawa
pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah sehingga RM 22,900.00.


Sebanyak 100 hadiah cabutan bertuah juga bakal dimenangi peserta
termasuk tiket penerbangan, gajet-gajet terkini, barangan elektrik,
barangan outdoor, voucher makanan, voucher hotel dan lain-lain lagi.


Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar juga berharap kerjasama strategik
dengan semua pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KL
Fun Expats (KLFE), IPTA/IPTS, Syarikat-syarikat swasta, NGOs, penaja-penaja,
restoran-restoran dan pihak media dapat dijalin dan diteruskan pada
masa hadapan. Ini mampu memberikan impak yang lebih holistik dan
efektif dalam membangunkan industri pelancongan dan kebudayaan
negara seiring dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National
Blue Ocean Strategy (NBOS)

Untuk maklumat lanjut layari

Www.redadventure.com.my


DETOX WAJAH DENGAN WINSKINZ DETOX SOAP



Detoks merupakan proses mengeluarkan toksin dalam tubuh melalui urin, pernapasan, tinja, dan keringat dengan menggunakan empat organ utama yaitu, hati, ginjal, saluran pencernaan, dan kulit.

WINSKINZ DETOX SOAP



Tahukan anda sisa-sisa kotoran serta kandungan berbahaya seperti merkuri untuk skincare yang mungkin anda pernah guna  di wajah anda juga perlu di detox terutama jika anda ingin menukar jenama produk penjagaan wajah anda.

Disini cik iena ingin berkongsi produk yang cik iena gunakan untuk detoks wajah cik iena iaitu Winskinz Detox Soap.


WINSKINZ DETOX SOAP 


Sabun ini dirumus khas untuk lelaki dan wanita yang ingin merawat dan membersihkan struktur dalaman kulit wajah. Tidak terhad kepada wajah sabun detox ini juga boleh digunakan pada seluruh badan yang mempunyai masalah seperti badan berbau,  kulit sensitif dan gatal-gatal.


WINSKINZ DETOX SOAP
WINSKINZ DETOX SOAP


Untuk pengetahuan anda sabun detox ini telah mendapat kelulusan KKM (NOT170600393K) dan Sijil Halal JAKIM . Rekaan kotak dan sabun yang berwarna hitam emas melambangkan keunikan, keindahan dan kekayaan bahan semulajadi produk Winskinz Detox Soap .



WINSKINZ DETOX SOAP
WINSKINZ DETOX SOAP


KANDUNGAN WINSKINZ DETOX SOAP 


Ia mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti :

CHORCOAL

Berfungsi untuk menyedut racun logam akibat penggunaan kosmetik beracun

GLYCERIN

Mengatasi masalah kulit kering, mencegah dan merawat jerawat

LAVENDER OIL

Membersih dan menenangkan kulit, merawat radang jerawat dan kesan-kesan jerawat

ARBUTIN

Merawat dan memudarkan kulit gelap dan berjeragat

COCONUT OIL

Merawat kulit sensitif, berminyak, kering, gatal-gatal dan mencegah liang tersumbat.

GLUTATHIONE

Berfungsi untuk mencerahkan kulit dan mencegah produksi zat melanin punca kulit gelap.


WINSKINZ DETOX SOAP
WINSKINZ DETOX SOAP

FUNGSI WINSKINZ DETOX SOAP 


Sabun Detox ini  diformulasikan untuk merawat masalah seperti berikut:

  1. Masalah kulit sensitif, berjerawat dan berjeragat.Kulit berminyak dan kering.
  2. Merawat masalah kulit akibat penggunaan produk kecantikan bermerkuri.
  3. Mengurangkan kesan-kesan jerawat berlubang.
  4. Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.
  5. Merawat kulit tak sekata dan pori terbuka.
  6. Membersihkan kotoran, racun dan minyak yang melekat pada kulit.
  7. Resdung.
  8. Badan berbau.


WINSKINZ DETOX SOAP
WINSKINZ DETOX SOAP

CARA PENGGUNAAN WINSKINZ DETOX SOAP


Sama seperti sabun pencuci wajah yang lain. Cuci wajah anda menggunakan sabun ini dua kali sehari. Urut wajah anda dalam urutan membulat selama dua ke tiga minit sebelum di bilas bersih.

HARGA WINSKINZ DETOX SOAP

WINSKINZ DETOX SOAP
WINSKINZ DETOX SOAP YANG CIK IENA POTONG


Untuk pengetahuan anda sabun detox ini dijual pada harga RM35 (Tidak termasuk postage).
Dari segi harga cik iena rasa ianya murah kerana sabun ini tahan lama.

Cik iena gunakan sabun ini dengan potong sabun ini kepada empat bahagian , jadi cik iena dapat berjimat.


REVIEW WINSKINZ DETOX SOAP


WINSKINZ DETOX SOAP
Untuk pengetahuan cik iena baru sahaja menggunakan sabun ini lebih kurang seminggu. Cik iena suka akan haruman sabun detox ini.

Seperti mana yang anda semua tahu cik iena sering bertukar produk penjagaan wajah untuk membuat review di blog. Jadi sabun detox ini sangat sesuai untuk cik iena mendetox kan wajah untuk  membersihkan kotoran, racun dan minyak yang melekat pada kulit termasuk juga kandungan merkuri produk kecantikan yang sebelum ini cik iena cuba dan mungkin terlepas pandang.

Sejujurnya cik iena ada mencuba satu produk kecantikan yang menggandungi merkuri kerana terpengaruh tapi cik iena menggunakannya sekejap sahaja kerana tidak mendapat hasil seperti yang digembar gemburkan.

Jadi sabun detox ini sangat sesuai untuk cik iena untuk membuang sisa-sisa merkuri yang mungkin tertinggal di wajah cik iena.

Selain ianya membersihkan sisa kotoran di wajah cik iena , hasilnya juga membuat kulit wajah lembab dan segar. Selain menggunakan di wajah cik iena juga menggunakan di tubuh badan sekiranya cik iena di gigit nyamuk atau semut bagi mempercepatkan penyembuhan kegatalan. Ini adalah kerana kulit cik iena sensitif pada gigitan nyamuk, semut serta serangga lain. Sekiranya tidak di rawat ianya akan menjadi luka.

Jadi sabun ini juga sesuai untuk cik iena yang mengalami alergik. Bukan mudah nak jaga tau. Kalau balik kampung cik iena tidur dalam kelambu (^_~) . RUmah cik iena kat Kuala Lumpur tinggi takde nyamuk haha. Jika cik iena pergi bercuti kebiasaannya cik iena akan bawa losyen penghalang nyamuk atau serangga gigit.

Jika anda mempunyai masalah yang sama anda juga boleh cuba :)



Stokis/Ejen/Dropship Diperlukan 


Untuk anda yang berminat untuk menjana pendapatan. Anda boleh menjadi Stokis/Ejen/Dropship  bagi produk ini. Ianya terbuka kepada semua penduduk di seluruh Malaysia. Anda boleh hubungi nombor yang diberikan di bawah :)


Manakala kepada anda yang berminat untuk mencuba sabun detox ini  atau untuk lebih info serta melihat testimoni-testimoni berjaya yang lain , sila layari atau hubungi :


Facebook : Windaz Beauty
Instagram : @windazbeautyhq
Nombor Telefon :  0138868734/0163982377


















Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve