Grab The Promo

Ayam Goreng Chicken Fiesta A&W Lazat, Lembut , Rangup dan Pedas


Cik iena bergambar bersama rooty bear



Hai semua , Hari ni Cik iena nak kongsi mengenai A&W . Siapa tak kenal dengan restoran makanan segera ini yang sinonim dengan RB Float ( yang mana sebelum ini di kenali dengan nama Root Beer Float), Beef Coney (yang mana sebelum ini di kenali dengan nama  Coney Dog) dan Golden Aroma Chicken.


JOM MAKAN CHICKEN FIESTA DI A&W
JOM MAKAN CHICKEN FIESTA DI A&W


Seperti yang kita sedia maklum, A&W sudah bertapak lebih setengah abad namun ianya masih mampu mengekalkan identiti dengan hidangannya yang di hidang segar dan enak.   Buat penggemar ayam A&W khususnya , julung kalinya, A&W Malaysia mengadakan promosi Chicken Fiesta yang bakal bermula 7 November ini dalam memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran.


Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia
Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia


Cik iena sendiri telah cuba menu chicken fiesta ini beserta menu baru semasa di  Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia. Majlis tersebut berlansung di A&W cawangan Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman.


Bakal Model A&W
Ehem agak2 boleh tak jadi Model BAru A&W hahaha

Ayam Goreng Chicken Fiesta A&W Lazat, Lembut , Rangup dan Pedas


Untuk itu cik iena kongsikan sedikit mengenai menu yang cik iena cuba baru-baru ini . Antara menu yang ingin cik iena highlight kan adalah seperti di bawah:


RB Float


RB Float yang dahulunya di kenali dengan nama Root Beer Float sememangnya menjadi kegemaran cik iena . Ianya di hidangkan berlainan dari restoran lain yang menawarkan air float. Untuk pengetahuan, sebelum RB Float di hidangkan, Gelasnya terlebih dahulu akan di sejukkan di dalam Freezer kemudian barulah ianya di gunakan.

 RB Float
RB Float sentiasa menjadi pilihan di A&W



Jadi rasanya agak lain berbanding air float sendiri yang anda buat di rumah mahupun di restoran lain. Sekiranya anda inginkanrasa yang sama anda seharusnya membeli Mug RB Float tersebut dan menyejukkan nya di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum meminum float ataupun air-air berkabonat yang lain.

 RB Float
RB merupakan signature drink di A&W yang sangat di gemari ramai


Untuk mendapatkan RB Float Mug ini teruskan membaca okay :)


 RB Float
cik iena sedang menikmati RB Float



Golden Aroma Chicken ('GAC')




Salah satu daripada menu A&W yang terkenal di kalangan peminat ayam goreng adalah Golden Aroma Chicken  dan Spicy Aroma Chicken . Golden Aroma Chicken mempunyai keistimewaannya  yang tersendiri berbanding ayam goreng yang lain. Ayam dari A&W ini  dilapisi tepung dengan herba-herba istimewa dan dimasak sempurna sebelum dihidangkan kepada pelanggan . Rasanya yang lazat, lembut adalah antara ciri utama keunikan ayam ini.


Golden Aroma Chicken
Golden Aroma Chicken




Spicy Aroma Chicken ('SAC')


Spicy Aroma Chicken
Spicy Aroma Chicken


Spicy Aroma Chicken . Golden Aroma Chicken juga adalah Salah satu daripada menu A&W yang terkenal di kalangan peminat ayam goreng . Ianya  dilapisi tepung dengan herba-herba istimewa yang sangat pedas dan dimasak sempurna sebelum dihidangkan kepada pelanggan . Rasanya yang lazat, lembut dan pedas .


Spicy Aroma Chicken
Spicy Aroma Chicken



Chicken Poppers


Chicken Poppers merupakan chicken pop corn yang di hidang bersama sos istimewa yang sangat lazat . Sejujurnya antara tiga menu yang cik iena cerita, cik iena tersangat menggemari Chicken Poppers ini .

Chicken Poppers
Chicken Poppers


Rasa unik sos ala-ala sos thai namun begitu ianya bukan sos thai kerana terdapat rasa unik lain yang terdapat pada sos tersebut. Cik iena sangat menggemari rasa sos tersebut membuatkan cik iena memakannya berulang-ulang dan cik iena juga makan sos uniknya bersama Golden aroma chicken.
 





Promosi Ayam Goreng Fiesta Chicken  


Promosi Ayam Goreng Fiesta Chicken
Promosi Ayam Goreng Fiesta Chicken 


Bermula dari 7 November, 2017, buat kali pertama, A&W Malaysia akan mengadakan promosi ayam goreng Fiesta Chicken untuk memperkenalkan semula secara besar-besaran. Terdapat 3 jenis set kombo yang ditawarkan oleh A&W sempena Chicken Fiesta ini iaitu Golden Aroma Chicken ('GAC') dan Spicy Aroma Chicken ('SAC') yang akan  di hidangkan bersama RB Float dalam pakej kombo Set-set ini seperti berikut :







chicken fiesta
Dua ketul  ayam, RB Float dan kentang goreng pada harga  RM15 .45 sahaja

  Dua ketul  ayam, RB Float dan kentang goreng pada harga  RM15 .45 sahaja.




chicken fiesta
Enam ketul ayam dan 3 Gelas RB Float pada harga RM 36.99 sahaja.


Enam ketul ayam dan 3 Gelas RB Float pada harga RM 36.99 sahaja.




chicken fiesta
Sembilan ketul ayam dan 4 gelas RB Float pada harga  RM53 .99 sahaja.


Sembilan ketul ayam dan 4 gelas RB Float pada harga  RM53 .99 sahaja.






Untuk harga ala carte ,


2 ketul Ayam RM 10.25
 6 Ketul Ayam RM29.00
9 Ketul Ayam RM45
Chicken Poppers RM5.30





A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90


A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90
A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90




Buat pertama kalinya juga, A&W menawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 bermula 11 Oktober lalu hingga hujung tahun ini. Orang ramai boleh mendapatkan mug berukuran 20oz yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat ini di semua cawangan A&W sementara stok masih ada pada harga RM49.90 sahaja.


A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90
A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90




Mengenai A&W (Malaysia) Sdn Bhd


Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia
Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia


A&W (Malaysia) Sdn Bhd adalah sebuah restoran makanan segera atau quick service restaurant (‘QSR’) yang pertama kali dibuka di Malaysia. Untuk pengetahuan ,  Restoran A&W  di Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman, dibuka pada 31 Oktober 1963 dan ia merupakan Restoran QSR yang pertama di negara ini.

Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia
Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia

Selepas lebih dari setengah abad di negara ini, A&W terus mengekalkan identitinya dengan produk Signature yang terkenal sebagai RB Float (dahulunya dikenali sebagai Root Beer Float), Waffle, Beef Coney (dahulunya dikenali sebagai Coney Dog ) dan Golden Aroma Chicken yang tidak pernah mengubah rasa sejak diperkenalkan.



Cik iena bergambar bersama rooty bear
Cik ienarasa rooty bear ni nak kenyit mata dengan cik iena tapi tak boleh hahaha..apasal la pandang cik iena gituh ehh..comel eh cik iena ..lalalallalaaaa




Untuk Maklumat Lanjut Layari :


Website : www.anwmalaysia.com.my
Facebook : A&W Malaysia - Official
Instagram : https://www.instagram.com/anwmalaysia/
Twitter : https://twitter.com/anwmalaysia





Cik iena bergambar bersama rooty bear
Cik iena bergambar bersama rooty bear

Comel betul dua ketul Rooty Bear ni kan. Dekat rumah cik iena adear Bear besar lebih kurang macam ni tapi dia kontot la. Gemuk pendek. Katil Bujang cik iena dia yang punya. Letak dia seketul memang untuk dia je. CIk iena dapat tidur sikit je. Tengah malam cik iena tendang dia ke lantai haha..


Kalau bear cik iena boleh gerak macam ni lari tak cukup tanah oooooo




Tukar Gula Putih Kepada Stevia Untuk Kekal Sihat Tanpa Penyakit

Tukar Gula Putih Kepada Stevia Untuk Kekal Sihat Tanpa Penyakit


Tahukah anda bahawa terdapat lebih kurang 2.6 juta rakyat tidak sedar yang mereka menghidapi penyakit Diabetes. Seperti yang kita sedia maklum, Gula merupakan sebahagian dari makanan harian . Bukan gula yang berbentuk gula sahaja yang bergula, gula juga terkandung dalam makanan lain seperti nasi, mihun, mee, kek,  manisan, kuih muih,  biskut, susu buah buahan dan banyak lagi.






Jadi kita memang berpotensi untuk ambil gula secara berlebihan dari kadar yang sepatutnya  diperlukan oleh tubuh kita dalam kita sedar ataupun tidak.

Untuk Makanan lain sememangnya  tidak dapat  untuk di buang gula tersebut, akan tetapi  dalam minuman harian kita, makanan yang kita masak seperti kek, kita dapat kurangkan penggunaan gula dengan menggantikan gula biasa kepada stevia. Rase manis yang sama, tetapi ianya tidak  mengandungi kalori.



 Stevia Pemanis Semulajadi Baik Untuk Kesihatan
Pengambilan gula yang berlebihan meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit kencing manis. Bertukarlah pada stevia, pemanis semulajadi.

 Tahukan anda Gula mempunyai sifat seperti bahan 'ketagihan' ?



Gula mempunyai sifat seperti bahan 'ketagihan' yang menyebabkan penggunanya amat susah meninggalkan pengambilan gula setiap hari. Kemanisan gula akan semakin kurang dirasakan oleh lidah dan kita memerlukan lebih banyak gula untuk mendapat kemanisan pada tahap yang sama.
Walaupun kita mengambil stevia (zero kalori) dalam minuman dan makanan, namun ia tidak menyebabkan kita berasa mudah lapar. Ini kerana ia mengurangkan tahap insulin dalam darah dan  menggunakan glycogen (stok sumber tenaga) dalam hati. Insulin yang tinggi dalam darah menyebabkan kita mudah rasa lapar.

[Info by Doktor Zubaidi Hj. Ahmad]


Apa Itu Stevia ?

stevia


Stevia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa.  Ianya  digunakan secara meluas sebagai pemanis atau pengganti gula pasir . Daun Stevia yang di gunakan adalah stevia dari spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

SweetRoyale Pemanis Stevia dari Pharmaniaga



Nama tempatan = Stevia
Nama Saintifik = Stevia Rebaudiana
Nama lain= Teh manis, daun manis, daun gula, herba manis, sweet leaf of paraguay, azucacaa, eira-caa, caa-he-ee, kaa jheee, ca-ajhei dan ca-a-yupi
Sinonim = Eupatorium Rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf dan sugarleaf
Famili: Astereacea
Asal: Paraguay

Stevia merupakan satu-satunya gula atau pemanis semulajadi tanpa kalori. Sebab itu, ia sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis dan berlebihan berat badan.

SweetRoyale Pemanis Stevia dari Pharmaniaga

KELEBIHAN STEVIA


1. Menbantu  untuk menguruskan badan.

Ramai yang telah mengakui dengan penggunakan dalam makanan dan minuman secara intensif telah membantu menurunkan berat badan dan  mengawal berat badan.  Menurunkan keinginan atau selera makan terhadap makanan berlemak dan bergula.



2. Tiada Kesan sampingan.


Stevia  merupakan pemanis semulajadi penganti gula yang dijual meluas di seluruh Malaysia. Tiada lagi kesan sampingan yang memudarat kepada pengguna.  Ramai yang memberi maklumbalas keberkesanan dalam masa singkat. Ia sesuai untuk semua peringkat dan  pada orang mengandung juga.


3.  Membantu merembeskan insulin.


Stevia berkemampuan untuk merembeskan insulin yang mana kelebihan besar bagi pesakit Diabetis. .Bahan yang ada dalam stevia iaitu stevioside yang merangsangkan perlepasan insulin dari pankrias ia membantu dalam rawatan insulin type 2.  Stevia adalah 40 kali lebih manis dari gula , ia selamat digunakan  dengan kopi teh dan lain-lain.


4. Kegunaan dalam pelbagai makanan dan masakan


Ia juga dapat digunakan kepada makanan , masaakan lain  seperti kek, roti ,  dan pelbagai lagi masakan.


5. Merawat Pelbagai penyakit.


Jika anda mengalami masaalah kolestrol tinggi , darah tinggi anemia, gastrik, ekzema, dermatitis, stevia adalah pemanis  terbaik untuk anda . Set stevia kaya dengan vitamin, zic ,fosforos ,kalsium dan protien sodium yang diperlukan oleh tubuh

SweetRoyale Pemanis Stevia dari Pharmaniaga

Cik iena yakin, ramai yang sudah menyedari kehadiran stevia, sejenis tanaman seperti herba yang berfungsi sebagai pengganti gula kerana kemanisan semula jadinya. Kini terdapat pelbagai jenama yang mengeluarkan Pemanis Stevia bagi memenuhi permintaan semasa. Antara yang cik iena sendiri pernah cuba adalah Pemanis Stevia dari Pharmaniaga iaitu Sweet Royale.




SweetRoyale Pemanis Stevia dari Pharmaniaga 

SweetRoyale Pemanis Stevia dari Pharmaniaga


Sweet Royale merupakan produk keluaran sebuah syarikat GLC farmaseutikal yang terbesar di Malaysia iaitu Pharmaniaga .  Ianya merupakan Pemanis stevia yang mempunyai Sijil Halal Jakim. (Disahkan HALAL oleh JAKIM ( No. Halal : MS1500:2009, 1071-02/2017))

SweetRoyale adalah pemanis berasaskan daun stevia yang menggabungkan bahan-bahan terpilih untuk memberikan anda rasa manis yang sama seperti gula tetapi rendah kalori. Dengan slogannya - 'Rasa Manis Unik Sejati' ianya mempunyaki keistimewaan sendiri sehingga menjadikan ianya merupakan jenama stevia yang perlu di pilih diantara



SweetRoyale Pemanis Stevia dari Pharmaniaga


APA ISTIMEWA PEMANIS STEVIA SWEET ROYALE DARI PHARMANIAGA?



  • Diformulasikan oleh pakar-pakar yang diiktiraf serta ujian makmal dilakukan dengan penuh terperinci
  • Formula yang diperbaharui dengan menggunakan Stevia bergred tinggi bagi rasa yang unik dan kurang pahit
  • Setiap 2 gram SweetRoyale menawarkan rasa manis sejajar dengan 2 sudu teh gula.
  • Diperkenalkan dalam bentuk serbuk seperti gula, bukan cecair bagi mengatasi masalah kontaminasi.
  • Antara yang termurah dan mampu milik serta mudah dibawa kemana-mana kerana didatangkan dalam bentuk sachet..
  • Disahkan HALAL oleh JAKIM ( No. Halal : MS1500:2009, 1071-02/2017)

Review Cik iena | Stevia Pemanis Semulajadi Baik Untuk Kesihatan  

SweetRoyale Pemanis Stevia dari Pharmaniaga


Pemanis stevia ini semangnya mempunyai rasa yang unik dan lebih sedap dari gula putih biasa. Satu sachet pemanis stecia bersamaan dengan kadar kemanisan dua sudu teh gula. Ianya sangat sesuai terutama buat anda yang berdiet dan buat anda yang sangat mementingkan kesihatan dan juga buat anda yang kerap meminum air manis.
 
Cik iena sarankan demi kesihatan yang sihat di masa hadapan, marilah kita sama-sama membuat penyedaran keatas diri sendiri , pupuk mentaliti   kita  bahawa kita perlu kurangkan penggunakan gula dikehidupan kita seharian..



Tukar Gula Putih Kepada Stevia Untuk Kekal Sihat Tanpa Penyakit
Tukar Gula Putih Kepada Stevia Untuk Kekal Sihat Tanpa Penyakit


Tukar Gula Putih Kepada Stevia Untuk Kekal Sihat Tanpa Penyakit


Tukar Gula Putih Kepada Stevia Untuk Kekal Sihat Tanpa Penyakit 



Jadi dengan itu tukarkanlah penggunakan gula dengan SweetRoyale Stevia Sweetener dari Pharmaniaga untuk memastikan kesihatan yang baik buat kita.. InsyaAllah kita akan dijauhi dengan penyakit yang tak diingini.



SweetRoyale Pemanis Stevia dari Pharmaniaga



Kepada anda  yang berminat nak beli Sweet Royale Stevia Sweetener , harga adalah sangat murah! 1 kotak di jual pada harga RM15.00 termasuk GST . Untuk pengetahuan anda di dalam 1 kotak SweetRoyale  ini mengandungi  40 sachet dimana setiap sachet mengandungi 2 gram stevia.

Jadi cik iena rasa ianya sangat murah . Satu kotak SweetRoyale ini  boleh tahan sehingga sebulan penggunaan.


Harga Sweet Royale Stevia

-          RM 17 purchase at store *price change is subjected to promotion or events
-          RM 15.90 purchase via online store excluding postage

Untuk Matlumat Lanjut


http://www.royalepharma.com/estore/sweetener-stevia/323-sweetroyale-2g-x-40-s.html
https://www.instagram.com/sweetroyalemy/



Untuk Pembelian Online di Lazada 




Untuk Pembelian Online di 11Street





Rasai Pengalaman SPA di Rumah dengan Asianic Set 3 In 1 Cherry Blossom

Menjadi perkara biasa bagi seorang wanita memanjakan diri mereka dengan menghadiri rawatan kecantikan dan kesihatan diri di spa, apatah lagi individu yang bergelar selebriti seperti penyanyi dan pelakon mahupun wanita-wanita bekerjaya yang mementingkan perawatan diri dan wajah.

Rasai Pengalaman SPA di Rumah dengan Asianic Set 3 In 1 Cherry Blossom




Namun pada kita yang hanya insan biasa mungkin agak keberatan untuk kerap ke SPA kerana kosnya agak tinggi.  Cik iena sendiri secara jujurnya jarang ke SPA melainkan memenuhi undangan Review . Tetapi adakalanya Cik iena juga akan pergi ke SPA untuk membawa Puan Ibunda . Hadiah buat Puan ibunda untuk merelakskan dan memanjakan tubuh badan. Kalau bawa orang tua sangat banyak manfaat dan pahalanya .

Kepada anda di luar sana yang mungkin ingin ke SPA tetapi agak berkira-kira untuk mengeluarkan wang ringgit, Kini anda tidak perlu khuatir lagi. Anda boleh merasai sendiri pengalaman SPA Lima Bintang dengan menggunakan Produk Dari Asianic di rumah sendiri.




RASAI PENGALAMAN SPA LIMA BINTANG PRODUK ASIANIC DI RUMAH SENDIRI 


Asianic merupakan jenama produk bagi penjagaan diri untuk seisi keluarga. Terdapat rangkaian produk krim mandian, skrub badan dan losyen yang diinspirasikan daripada bauan susu beras (rice milk) dan bunga sakura (cherry Blossom).



RASAI PENGALAMAN SPA LIMA BINTANG PRODUK ASIANIC DI RUMAH SENDIRI
 Asianic Set 3 In 1 Cherry Blossom  RM40


Untuk krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga Susu Beras. Ianya di formulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Selain itu ia juga akan memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa.

Bagi wanita yang selalu mengimpikan untuk mendapat pengalaman spa lima bintang dirumah sendiri, Asianic adalah pilihan terbaik. Sangat sesuai digunakan mengikut kesesuaian masa. Kualitinya setanding dengan produk antarabangsa yang terdapat dipasaran dan boleh digunakan seisi keluarga.

Kini anda boleh menentukan masa anda sendiri untuk merasai pengalaman spa lima bintang di rumah sendiri. Bauan yang harum dan mempersona pasti akan lebih menyegarkan dan membantu anda kekal yakin sepanjang hari.

Selain pengalaman yang mempersonakan ini, anda juga boleh menjimatkan masa, wang dan tenaga anda untuk menunggu di spa untuk mencantikkan diri. Kini di rumah sendiri adalah pilihan yang terbaik selain lebih praktikal dan ekonomikal.

Rasai sendiri pasti anda akan terpesona dengan rangkain produk Asianic. Rangkaian produk mandian dan penjagaan diri Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM12.90 hingga RM18.90 setiap satu.



Rasai Pengalaman SPA di Rumah dengan Asianic Set 3 In 1 Cherry Blossom


Apa yang lebih penting lagi adalah produk Asianic merupakan produk yang  HALAL dan mendapat kelulusan KKM. Anda boleh menggunakan produk Asianic tanpa ragu kerana Asianic  adalah rangkain produk Halal yang pertama seumpanya di Malaysia.

Kini produk Asianic boleh didapati di hampir semua parasaraya besar di Malaysia seperti Aeon Big, Aeon Wellness, Giant, Guardian, Tesco , farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui talian antaranya AladdinStreet.com, Lazada, Zoomall, 11 Street , Shopee, coopmall.my,  Facebook Asianic Halal dan juga melalui website mereka di www.wonderlandprimary.com .



Review Asianic Set 3 In 1 Cherry Blossom   




Asianic Cherry Blossom Body Scrub



Bahan utama yang ada dalam Asianic Japanese Cherry Blossom Body Scrub adalah Extract Japanese Cherry Blossom dan Extract Aloe Vera yang sangat bagus untuk membuang sel kulit mati yang  terdapat  pada tubuh badan anda. Kombinasi dua  bahan ini juga sangat baik untuk melembutkan dan memutihkan kulit.


Asianic Cherry Blossom Body Scrub
ASIANIC Japanese Cherry Blossom Body Scrub (250ml) 
RM 11.90
Untuk Pebelian online di Lazada Klik



Kandungan: Aqua, Caprylic. Capric Triglyceride, Polyethylene, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Cetyl Alcohol, Vaccinium Myrytillus Fruit/ Leaf Extract, Saccharum Officinarum Extract, Acer Saccharum Extract, Citrus Aurantium Dulcis Peel Extract, Citrus Medica Limonum Extract, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasoloaxane, Ceteareth-20, Cera Alba (Beeswax), Phenoxyethanol, Fragrance, Sodium Polyacrylate, C18-21 Alkane, Glycyrrhiza Glabra Root Extract, Prunus Serrulata Flower Extract, Sodium EDTA, Allantoin, Trideceth-6, Methylisothiazolinone.




Review Asianic Cherry Blossom Body Scrub



Review Asianic Cherry Blossom Body Scrub


Cik iena sememangnya telah menggunakan  Asianic Cherry Blossom Body Scrub beberapa bulan yang lepas  dan cik iena sangat menggemari tekstur dan hasil scrub ini yang menjadikan kulit terasa sangat halus seperti bayi . Ianya tidak terlalu kasar dan sangat lembut serta baik untuk kulit. Harumannya juga sangat lembut dan wangi sehingga mampu menenangkan fikiran anda ketikan mandi.

Kebiasaannya skrub sebegini adalah mahal tetapi berbeza dengan Asianic ianya di jual pada harga yanng boleh dikatakan harga mampu milik iaitu RM 11.90.

Selepas menggunakan Asianic Cherry Blossom Body Scrub dan suka akan hasilnya cik iena mula mencuba dua produk dalam rangkaian yang sama iaitu Asianic Cherry Blossom Shower Cream dan Asianic Cherry Blossom Hand and body lotion.

Rating :
10/10


Asianic Cherry Blossom Shower Cream



Asianic Japanese Cherry Blossom Shower Cream ini dikatakan boleh membantu memutihkan kulit kerana di dalam shower cream ini terdapat bunga Japanese Cherry Blossom yang terkenal dengan kandungan bahannya yang mampu membantu untuk melicinkan dan memutihkan kulit . Selain daripada membersihkan badan dari kotoran , debu dan bekteria, krim mandian ini juga akan mengekalkan memutihkan dan melembapan kulit.


Asianic Cherry Blossom Hand and body lotion
ASIANIC Japanese Cherry Blossom Shower Cream (750ml) 
RM 18.90


Untuk Pembelian Secara Online di Lazada Sila Klik


Kandungan: Aqua, Disodium Cocoamphodiacetate, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Cocoyl Glycinate, Sodium Lauryl Sulfoacetate, Glycerine, Aloe Barbadensis Leaf Juice, PEG-150 Distearate, Fragrance, Glycol Distearate, PEG-40 Hydrogenate Castor Oil, Polyquaternium 7, Disodium EDTA, Prunus Serrulata Flower Extract, Acrylates/ C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Citric Acid, Cocamide Mea, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone.


Review Asianic Cherry Blossom Shower Cream



Review Asianic Cherry Blossom Hand and body lotion



Tekstur krim yang pekat dan harum serta tidak melekit. Ianya juga menghasilkan buih yang banyak. Tidak perlu memakai dalam kandungan yang banyak untuk menghasilkan buih. Selepas memakai krim mandian ini kulit akan terasa lembut dan lembab serta segar di tambah dengan haruman yang menenagkan minda.


Rating  : 
9/10


Asianic Cherry Blossom Hand and body lotion


Asianic Japanese Cherry Blossom Hand and Body Lotion kaya dengan Vitamin E dan AHA yang membantu untuk melembapkan kulit. Selain daripada kandungan Japanese Cherry Blossom Extract, ada juga dicampur dengan Lemon Fruit Extract untuk membantu memutihkan kulit.


Asianic Cherry Blossom Shower Cream
 ASIANIC Japanese Cherry Blossom Hand & Body Lotion (150ml)
RM 11.90

Untuk pembelian secara online di Lazada Sila Klik



Kandungan: Aqua, Butylene Glycol, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Cetearyl Alcohol, Cetyl Alcohol, Ceteareth-20, Vaccinium Myrytillus Fruit/ Leaf Extract, Panthenol, Saccharide Isomerate, Cocos Nucifera Oil, Tocopheryl Acetate, Stearic Acid, Saccharum Officinarum Extract, Fragrance, Phenoxyethanol, Cyclopentasiloxane, Sodium Polyacrylate, Cyclohexasoloaxane, Citrus Aurantium Dulcis Peel Extract, Citrus Medica Limonum Extract, C18-21 Alkane, Prunus Serrulata Flower Extract, Acer Saccharum Extract, Trideceth-6, Methylisothiazolinone.






Review Asianic Cherry Blossom Hand and body lotion




Review Asianic Cherry Blossom Shower Cream

Tekstur lotion yang tidak terlalu berminyak dan melekit.. Selain daripada itu ianya sangat mudah meresap pada kulit dengan sekata dan menghasilkan kulit yang lembab dan halus. Penggunaan yang berterusan boleh membantu mencerahkan kulit anda . Ianya juga sangat jimat kerana anda tidak memerlukan jumlah yang besar untuk mengaplikasikan lotion ini. Hanya sedikit memadai . Sebotol boleh lotion ini mampu  bertahan 3 hingga 4 bulan bergantung pada penggunaan.


Rating :
9/10


Secara keseluruhan set ini memang sangat bagus dan anda perlu cuba untuk mengekalkan kelembapan kulit anda disamping mencerah dan melembutkan kulit anda. Produk Asianic boleh didapati di hampir semua parasaraya besar di Malaysia seperti Aeon Big, Aeon Wellness, Giant, Guardian, Tesco , farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui talian antaranya AladdinStreet.com, Lazada, Zoomall, 11 Street , Shopee, coopmall.my,  Facebook Asianic Halal dan juga melalui website mereka di www.wonderlandprimary.com .


Pembelian Secara Online di Lazada Sila Klik link di bawah mengikut Produk



 Untuk maklumat lanjut tentang produk daripada ASIANIC:
 #AsianicHalal #AsianicProdukHalal









Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve