Grab The Promo

Lenovo Malaysia Memperkenalkan Siri Lenovo Tab 4 yang dibangunkan untuk seisi keluarga


Lenovo Malaysia telah melancarkan  2 model terkini Tab 4 iaitu Lenovo Tab 4 10 Plus   dan Lenovo Tab 4 8 . Cik iena sendiri telah di beri peluang untuk merasai  sendiri pengalaman menggunakan Siri Lenova Tab 4 di Sesi pandang pertama Siri Lenovo Tab 4 oleh Lenovo Malaysia baru-baru ini .


Sesi pandang pertama Siri Lenovo Tab 4 oleh Lenovo Malaysia
Cik iena semasa di Sesi pandang pertama Siri Lenovo Tab 4 oleh Lenovo Malaysia

Sesi pandang pertama Siri Lenovo Tab 4 oleh Lenovo Malaysia
Sesi pandang pertama Siri Lenovo Tab 4 oleh Lenovo Malaysia

Kedua-dua nya mempunyai beberapa ciri mesra keluarga dan kanak-kanak,  membolehkan ia digunakan oleh seisi keluarga. Ianya juga boleh menggunakan fungsi finger print utk login .
Setiap pengguna boleh access profil sendiri hanya dengan pengesahan cap jari pada pengimbas.


Lenovo Malaysia Memperkenalkan Siri Lenovo Tab 4 yang dibangunkan untuk seisi keluarga
Lenovo Malaysia Memperkenalkan Siri Lenovo Tab 4 yang dibangunkan untuk seisi keluarga


Kepada penggemar gadjet yang  mahukan gajet yang mudah untuk dibawa kemana sahaja, Lenovo Tab 4 Series  sangat sesuai kerana ianya mempunyai fungsi multimedia yang sangat terbaik, sebagai  contoh, stereo speakernya dan juga diperkaya audionya dengan Dolby Atmos®.


Lenovo Malaysia Memperkenalkan Siri Lenovo Tab 4 yang dibangunkan untuk seisi keluarga
Lenovo Malaysia Memperkenalkan Siri Lenovo Tab 4 yang dibangunkan untuk seisi keluarga

Lenovo Tab 4 8 dan Tab 4 10 Plus merupakan gajet yang dicipta dengan design yang cantik, dan hadir dengan fungsi yang terbaik untuk kegunaan seisi keluarga. Seiring dengan membawa teknologi yang terbaik untuk para pelanggan, siri Lenovo Tab 4 ni sememangnya sangat berbaloi untuk anda miliki.

Siri Lenovo Tab 4 yang terbaru ni menawarkan built-in function yang sangat versatail untuk diguna secara harian. Ianya juga mampu bertahan sehingga 12 jam . Lebih  menarik lagi, ianya mempunyai  fungsi akaun untuk kanak-kanak sahaja dimana kita boleh memantau aktiviti anak-anak ketika bermain tablet kerana akaun ini hanya mempunyai kandungan yang sesuai untuk kanak-kanak, browser kanak-kanak, game kanak-kanak, dan pelbagai lagi tools dan apps yang sesuai.



Lenovo Malaysia Memperkenalkan Siri Lenovo Tab 4 yang dibangunkan untuk seisi keluarga
Cik iena bersama rakan blogger neyra semasa di Sesi pandang pertama Siri Lenovo Tab 4 oleh Lenovo Malaysia




Jadi anda tidak perlu risau anak anda membuka laman sesawang mahupun youtube yang tidak sepatutnya. Dengan kemampuan  bateri yang tahan sehingga 12 jam mampu menghiburkan dan menemani anak anda di rumah mahupun di luar.



Lenovo Malaysia Memperkenalkan Siri Lenovo Tab 4 yang dibangunkan untuk seisi keluarga
cik iena bersama rakan blogger di Sesi pandang pertama Siri Lenovo Tab 4 oleh Lenovo Malaysia

Menarik spesifikasi yang ditawarkan . Sangat sesuai untuk seisi keluarga kerana boleh login pelbagai akaun sebagai contok akaun kanak-kanak untuk anak anda, akaun untuk anda dan juga isteri. kesemua akaun ini akan memaparkan applikasi tertentu pilihan pemilik akaun yang telah di pilih atau yang telah di konfigurasi sendiri oleh pemilik akaun.


Lenovo Malaysia Memperkenalkan Siri Lenovo Tab 4 yang dibangunkan untuk seisi keluarga
cik iena semasa di Sesi pandang pertama Siri Lenovo Tab 4 oleh Lenovo Malaysia


Cik iena sendiri pengguna Lenovo dimana cik iena menggunakan Laptop Lenovo, Maaf Model apa dah lupa sebab memang dah lama pakai jenama ni dan akan beli stu lagi laptop Lenovo . Buat masa ini keperluan Cik iena Laptop . Mungkin jika dah berkeluarga cik iena akan membeli Lenovo Tab pula  . Berbelanja haruslah ikut keperluan bukan ? :)

Cik iena cuma kongsi mungkin ada yang berminat untuk membeli Tab .  Siri Lenovo Tab 4 sememangya mempunyai spesifikasi yang terbaik untuk anda miliki.







Lenovo Malaysia Memperkenalkan Siri Lenovo Tab 4 yang dibangunkan untuk seisi keluarga
Cik iena dan rakan blogger selfie menggunakan Lenovo Tab 4 10 Plus semasa di Sesi pandang pertama Siri Lenovo Tab 4 oleh Lenovo Malaysia








Lenovo Tab 4 10 Plus




 

Lenovo Tab 4 10 Plus
Lenovo Tab 4 10 Plus

Lenovo Tab 4 10 Plus
Lenovo Tab 4 10 Plus


The front-of-design Lenovo Tab 4 10 Plus adalah "tablet dwi-kaca", dilindungi di bahagian depan dan belakang dengan lapisan kaca pelindung, yang menggabungkan dengan profil ultra-nipis dan cahaya untuk estetika yang menakjubkan.  

Lenovo Tab 4 10 Plus
Lenovo Tab 4 10 Plus


The Lenovo Tab 4 10 Plus memberikan pengguna kuasa sepakan tambahan, yang menampilkan sehingga 16GB penyimpanan2, menawarkan dua pendengar dan audio bergerak Dolby Atmos untuk tontonan sinematik pada skrin FHD IPS yang cemerlang. 

Lenovo Tab 4 10 Plus
Lenovo Tab 4 10 Plus



 Log masuk cepat cap jari juga menyediakan keselamatan yang mudah untuk berbilang pengguna dalam isi rumah, dan kemampuan USB Type C dan Quick Charge 3.0 membolehkan masa caj kilat cepat.









Lenovo Tab 4 10 Plus
Display
:
10.1" FHD IPS, 1920 x 1200 Resolution, Gorilla® Glass 4 (Back Cover) with Aluminum Frame, 16 Million Colour Depth, 70% Color Gamut, 10-point Capacitive Touch, 400 nits Brightness
CPU
:
Qualcomm Snapdragon 625
Memory
:
LP DDR3 3GB
Storage
:
16 GB; with microSD™ Card Slot up to 128GB
Operating System
:
Android™ Nougat
SIM Card
:
Nano SIM (Single slot)
Sensor
:
G-Sensor; L-Sensor, Hall Sensor, Vibrator, Fingerprint Scan
WLAN/ WiFi
:
WiFi 802.11 a/b/g/n/ac, Dual-Band (2.4 GHz & 5 GHz)
Connectivity
:
Bluetooth® 4.2; GPS & A-GPS; GLONASS; Beidou; and FM Radio
I/O
:
Dolby Atmos®, 3.5 mm Combo Audio Jack with Audio and Microphone;  2 x Front-Facing Speakers
Battery
:
Li-ion Polymer 7000 mAh
Dimensions
:
247 mm x 173 mm x 7.1 mm
Weight
:
475 g / 1.05 lbs
Color
:
Aurora Black
Availability
:
November 2017
Price
:
RM 1,299
   





Tab Lenovo 4 8



Tab Lenovo 4 8

Tab Lenovo 4 8



Tab Lenovo 4 8 menawarkan paparan HD dan menyampaikan pilihan multimedia yang menarik seperti pembesar suara dwi-muka yang menghadap depan dengan audio bergerak Dolby Atmos. Pengguna berbilang juga boleh membuka akaun mereka sendiri dan mengekalkan ruang tersuai mereka sendiri pada tablet, tweaker tetapan mereka sendiri dan kertas dinding dan mengakses akaun media sosial mereka sendiri.

Tab Lenovo 4 8

Tab Lenovo 4 8




Lenovo Tab 4 8
Display
:
8" HD IPS, 1280 x 800 Resolution, 8-bit Colour Depth, 60% Color Gamut, 10-point Multi-touch, 350 nits Brightness
CPU
:
Qualcomm Snapdragon 425
Memory
:
LP DDR3 2GB
Storage
:
16 GB; with microSD™ Card Slot up to 128GB
Operating System
:
Android™ Nougat
SIM Card
:
Nano SIM (Single slot)
Sensor
:
G-Sensor; L-Sensor ; P-Sensor; Vibrator
WLAN/ WiFi
:
WiFi 802.11 b/g/n, Single Channel (2.4 GHz)
Connectivity
:
Bluetooth® 4.0; Voice Call; GPS & A-GPS; GLONASS; Beidou; and FM Radio
I/O
:
Dolby Atmos®, 3.5 mm Combo Audio Jack with Audio and Microphone;  2 x Front-Facing Speakers
Battery
:
Li-ion Polymer 4850 mAh
Dimensions
:
124 mm x 211 mm x 8.3 mm
Weight
:
320 g / 0.7 lbs
Color
:
Aurora Black and Polar White
Availability
:
November 2017
Price
:
RM 749
 

Menarik bukan . Sangat sesuai untuk anda yang bekeluarga khususnya . Untuk Maklumat lanjut Layari

Website :  https://www3.lenovo.com/my/en
Facebook : https://www.facebook.com/LenovoMY/?ref=br_rs
Twitter : https://twitter.com/Lenovo_MY
 

6 Sebab kenapa perlu memasang cermin gelap (tinted) pada cermin kereta

Penggunaan cermin gelap dan filem penghadang haba kenderaan kini tidak lagi dilihat sebagai aksesori tambahan, malah lebih kepada keperluan oleh pemilik kenderaan terutama buat kaum wanita.

Mengapa cik iena katakan begini kerana adakalanya cik iena tidak berasa selamat apabila cik iena dapat di lihat dari luar oleh orang yang kelihatan meragukan dan memerhati kereta cik iena terutama di kawasan gelap atau di lampu Isyarat.

Winshield Window Tinting Specialist
Winshield Window Tinting Specialist


Pada ketika itu cik iena hanya mampu berdoa agar tidak ada kejadian buruk yang berlaku dan dalam masa yang sama cik iena akan bersiap sedia memegang Stearing Lock . Mungkin pada anda yang membaca akan rasa kelakar.

Tapi  Kenapa cik iena jadi begini kerana Cik iena sendiri pernah melihat kejadian Ragut di depan mata dimana Sebuah motosikal memecahkan cermin depan kereta di hadapan dan membawa lari beg tangan penumpang. Kejadian ini sangat memberi kesan pada cik iena tambahan lagi Kereta Cik iena juga pernah di Baling Tin air minumam oleh pekerja LAZADA LEX.

Kejadian ini memang buat cik iena rasa sangat takut dengan gengster jalanan. Pada ketika ini  beliau marah akan cik iena kerana menghalang laluannya sedangkan cik iena berada di laluan yang betul dan beliau berada di laluan yang salah memasuki bulatan dari laluan orang exit bulatan yang terang terang salah tapi mungkin kerana Lazada Express perlu hantar barang dengan cepat maka dengan itu mereka boleh melanggar peraturan jalan raya :)

Jauh di sudut hati cik iena merasakan , beliau berani membuat tindakan membaling tin seperti itu kerana beliau nampak pemandu adalah Wanita. Sekiranya lelaki cik iena yakin beliau takut untuk berkelakuan begitu. Justeru itu cik iena merasakan pemasangan cermin gelap atau tinted sangat perlu untuk keseamatan pemandu .


Panduan Pemasangan Cermin Gelap (Tinted)
Kadar peratusan cermin gelap - tinted yang di benarkan JPJ






Seperti yang kita sedia maklum JPJ menetapkan kenderaan bercermin gelap adalah salah di bawah kaedah-kaedah kenderaan motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Kadar peratusan yang dibenarkan masih kekal buat masa ini iaitu 70 peratus untuk cermin belakang, 50 peratus bagi 4 cermin sisi dan 30 peratus bagi cermin hadapan.




Bagi pengguna jalan raya yang ingkar boleh dikompaun RM300. Sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah, mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya.

Jika di ikut pada peraturan sememangnya kita akan di denda tapi semua ini terpulang pada individu. Bagi Cik iena pemasangan cermin gelap atau tinted adalah bertujuan mengelakkan bahang dan sinaran cahaya matahari daripada menembusi tingkap kereta selain bertujuan melindungi barangan peribadi seterusnya melindungi keselamatan pemandu.

Jika ikutkan spesifikasi, memang tidak ikut spesifikasi sebenar, sebab agak gelap. Kalau anda  memasang cermin gelap yang diiktiraf oleh JPJ, anda masih boleh nampak barang dan pemandu di dalam dan pada cik iena ianya tidak selamat untuk cik iena yang bujang dan kerap menghadiri event di waktu malam.

Okay berikut cik iena kongsikan 6 Sebab kenapa perlu memasang tinted pada cermin kereta :)



6 Sebab kenapa perlu memasang tinted pada cermin kereta


  • Pemanduan yang lebih baik
  • Perlindungan privasi
  • Mencegah dari sinaran UV
  • Ketahanan cermin lebih baik
  • Suasana redup dalam kereta
  • Mengekalkan kesihatan pemandu


6 Sebab kenapa perlu memasang cermin gelap (tinted) pada cermin kereta
6 Sebab kenapa perlu memasang cermin gelap (tinted) pada cermin kereta

1. Pemanduan yang lebih baik

Dengan pemasangan Tinted pada cermin kereta akan dapat melindungi dari silau sinaran cahaya matahari yang amat merbahaya kepada pemanduan anda. Ianya amat penting buat anda yang mempunyai masalah rabun silau terutamanya.

2. Perlindungan privasi

Pemasangan tinted juga dikatakan untuk perlindungan privasi,Sekiranya anda mempunyai barang berharga yang tanpa anda sedari telah tertinggal di dalam kereta, orang ramai tidak akan menyedari adanya barang berharga di dalam kenderaan anda kerana keadaan cermin gelap yang agak sukar dilihat.

Ia juga sangat penting buat kaum Wanita khususnya terutama ketika memandu di waktu malam. Risiko untuk di ganggu oleh samseng jalanan yang kebiasaannya akan menyasarkan kaum wanita sebagai mangsa berkurang  kerana mereka tidak dapat melihat pemandu di dalam adalah lelaki mahupun perempuan.

3. Mencegah dari sinaran UV

Di dalam beberapa tahun penggunaan kereta, cat kereta akan menjadi pudar dan retak, ini disebabkan oleh tindak balas sinaran cahaya matahari yang mempunyai sinaran UV yang amat merbahaya kepada anda dan sinaran ini mampu masuk ke dalam kereta yang tidak pasang tinted.

Pada anda yang menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja pastinya sinaran UV yang tembus ke kereta anda akan membuat kulit anda rosak dan juga akan memudarkan tona warna kulit anda yang terkena sinaran UV. Bagi kaum wanita cik iena yakin mereka amat menitikberatkan soal ini.

Namun anda juga perlu tahu pemasangan tinted gelap tidak dapat menghalang sinaran UV, tinted gelap hanya untuk aksesori kecantikan dan untuk keselamatan. Anda perlu menambah fungsi yang bertujuan bagi menghalang sinaran UV bagi pemasangan tinted. Cik iena akan kongsikan dengan anda semua. Teruskan membaca okay :)

4. Ketahanan cermin lebih baik

Sekiranya kereta yang terlibat dengan kemalangan itu melakukan pemasangan tinted yang baik pada cermin hadapan keretanya, cermin tersebut tidak akan pecah berkecai tetapi cermin hanya keretakan dan ia akan minimumkan kecederaan pemandu dan penumpang. Jadi amat penting untuk anda memasang tinted beserta fungsi keselamatan bagi meminimumkan kecederaan.

5. Suasana redup dalam kereta

Pemasangan tinted mampu mengurangkan haba yang masuk ke dalam kereta seterusnya ianya tidak akan membuat anda berasa sangat panas .

6. Mengekalkan kesihatan pemandu

Pemasangan tinted yang berkualiti juga akan mampu menangkis sinaran UV daripada masuk terus ke dalam kereta yang mana sinaran ini amat merbahaya kepada kesihatan .


Jadi disini ingin cik iena berkongsi tentang pemasangan tinted yang berkualiti dan baik untuk keselamatan dan kesihatan anda . Janganlah kita hanya memasang tinted bagi tujuan kecantikan semata yang menginginkan warna yang gelap akan tetapi tidak memikirkan soal kesihatan dan keselamatan.

Dari segi kesihatan anda perlu menambahkan fungsi yang menghalang sinaran UV manakala untuk fungsi keselamatan anda perlu menambahkan fungsi yang membuatkan cermin anda sukar retak atau lambat pecah jika berlaku kecelakaan.

Memperbaharui Tinted  kereta



Dua minggu yang lepas Cik iena telah memperbaharui Tinted pada kereta Cik iena . Jika sebelum ini cik iena memasang tinted yang sekadar untuk tinted gelap sahaja kini cik iena membuat penambahbaikan dari segi untuk penghalang haba dan sinaran UV serta untuk keselamatan.

Hati-Hati Dengan Penjual Kereta


Almaklumlah perempuan agak kurang arif mengenai kereta , dengar murah terus nak buat tanpa memikirkan spesifikasi yang perlu. Sebelum ini kos cik iena memasang tinted tak sampai RM300 katanya pakej istimewa dari penjual kereta (dapat kereta baru siap tinted) . Jika diikutkan mahal melebihi RM500 dan cik iena terpedaya.

Kedai Tinted Kereta


Jadi kali ini Cik iena sendiri pergi ke kedai tinted untuk lihat apakah pakej yang di tawarkan. Anda amat di sarankan untuk ke kedai tinted sendiri supaya anda tidak tertipu dengan pakej yang ditawarkan dengan membayar harga mahal sedangkan apa yang anda dapat cuma tinted biasa iaitu tinted gelap sekadar untuk kecantikan dan bukan untuk keselamatan.

Alat Pengukur Haba
Di bahagian atas adalah suhu menggunakan cermin biasa(tanpa tinted- bacaan 879 ) Manakali di bahagian bawah  menggunakan ASWF's Dimension XVX70 dengan bacaan 97 . Kadar haba lebih rendah :)


Dengan melihat sendiri pemasangan tinted anda boleh bertanya serta merasakan perbezaan haba untuk tinted yang anda pilih dengan menggunakan mesin khas untuk mengesan tahap kepanasan haba. Anda boleh mengetahui lebih lengkap tentang tinted yang di pasang.




Kebanyakan penjual kereta  menawarkan pakej tinted buat pembeli kereta , namun ada diantara mereka yang mengambil kesempatan. Cik iena tidak katakan semua. Hanya segelintir. Jadi Cik sarankan lebih baik kita pergi ke kedai tinted sendiri untuk memasang tinted.

 


Winshield Window Tinting Specialist 


Baru-baru ini iaitu dua minggu yang lepas cik iena telah ke  Winshield Window Tinting Specialist  untuk membuka tinted kereta yang lama dan memasang yang baru dengan spesifikasi tambahan iaitu penghalang haba dan sinaran UV serta ciri keselamatan supaya cermin lambat pecah atau sukar pecah  jika berlaku kemalangan dan sebagainya.


Winshield Window Tinting Specialist
Winshield Window Tinting Specialist


Untuk kali ini cik iena memasang tinted yang menggunakan American Standard Window Film iaitu  ASWF's Dimension XVX70 yang menggunakan teknologi Seramik . Di mana ianya mempunyai spesifikasi seperti di bawah dengan tambahan ciri keselamatan.



Window Film Performance Data 


  • Light Transmission 35%
  • Solar Energy Rejected 53%
  • Infra Rejection 85%
  • U/V Rejected 99%
  • Visible Light Reflectance
  • Interior 13%
  • Exterior 13%

Selain daripada itu ianya juga mempunyai 5 Tahun Jaminan jika berlaku kerosakan pada tinted tersebut.


Untuk pengetahuan  anda terdapat  pelbagai  Pakej menarik bermula serendah RM 350 di Winshield Window Tinting Specialist   .





Sebelum memasang tinted yang baru, terlebih dahulu tinted lama cik iena di buang . Ianya memakan masa lebih kurang setengah jam ke satu jam . Kemudian barulah tinted mengikut spesifikasi baru di pasang.

Winshield Window Tinting Specialist
Proses membuka tinted lama


Penjagaan Kereta Selepas Baru di Tinted


Untuk pengetahuan selepas memasang tinted, dalam tempoh seminggu anda tidak di benarkan untuk membuka tingkap agar tinted dapat melekat dengan cantik pada kereta anda. Dan untuk belakang kereta anda tidak dibenarkan membuka Demister selama dua minggu.

Penjagaan Kereta Selepas Baru di Tinted
Penjagaan Kereta Selepas Baru di Tinted



Review Pemasangan Tinted di Winshield Window Tinting Specialist  



Selepas Pemasangan Tinted perubahan ketara adalah haba , keadaan kereta kurang panas berbanding sebelum ini. Pemasangan tinted juga sangat kemas tanpa gelembung-gelembung. Semasa memandu cik iena sering lihat kereta yang terdapat gelembung-gelembung pada tinted kereta mereka.

Ini adalah berpunca dari pemasangan yang tidak betul. Jadi amat penting untuk memilih kedai tinted yang baik untuk mendapatkan hasil yang bagus. Di Winshield Window Tinting Specialist mereka semangnya pakar dalam pemasangan Tinted.

Winshield Window Tinting Specialist
pemasangan yang penuh teliti dan kemas


Pemasangan yang begitu kemas tanpa gelembung mahupun calar. Cik iena sangat berpuas hati dengan pemasangan yang kemas ini. Selain pemasangan yang kemas, pekerja mereka juga sangat baik dan peramah serta boeh menjawab pertanyaan cik iena mengenai tinted.

Almaklumlah cik iena sememangnya tidak berapa arif mengenai kereta. Cik iena hadir pun seorang jadi cik iena perlu banyak bertanya . Dan cik iena sendiri cuba rasa perbezaan suhu haba dengan menggunakan beberapa jenis tinted kereta yang lain.

Pada anda yang terus mengatakan pemasangan tinted Mahal. Anda perlu tau tinted apa yang anda pilih dan fungsi serta kelebihannya . Cik iena ada cuba satu tinted ni memang tak rasa panas lansung. Tapi di fahamkan  harganya lebih kurang 4k . Baiklah cik iena perlu cari suami orang kenamaan ni kalau nak pakai tinted mahal :)


Gambar Sebelum dan Selepas


Winshield Window Tinting Specialist


Gambar sebelum merupakan tinted yang cik iena bayar kepada penjual kereta semasa membeli kereta. Ianya siap di pasang ketika cik iena terima kereta tanpa cik iena uji tahap kepanasan haba sebelum dan selepas memasang tinted menggunakan mesin khas.

Tinted sebelum lebih cerah berbanding yang selepas kerana cik iena sendiri memilih yang lebih gelap atas faktor keselamatan kerena cik iena sering memenuhi jemputan event di waktu malam dan pulang lewat. Adalah merbahaya bagi wanita memandu ketika waktu malam. 

Salah satu cara untuk meminimakan dari di kacau oleh gengster jalanan adalah dengan memasang tinted atau cermin gelap.






 Kepada anda di luar sana yang ingin memasang tinted tetapi masih ragu-ragu atau tidak tau dimana untuk pasang. Cik iena cadangkan anda datang ke Winshield Window Tinting Specialist .




Untuk Maklumat Lanjut :

Website : https://winshield.com.my
Facebbok : https://www.facebook.com/winshieldtrading/
Instagram : winshield-window-tinting-specialist
Alamat : No.139, Ground Floor, Jalan SS2/24, 47300 Petaling Jaya, Malaysia
Nombor talifon : 03-7877 1433
Waktu Operasi : 9:30AM - 7:00PM


===== BRANCHES =====
Winshield SS2 ▶ 03-78771433
Winshield Glenmarie ▶ 010-288 0831
Winshield Cheras ▶ 03-9133 8866
Bangi ▶ 010-288 0833
Subang Jaya ▶ 03-5634 4252

Perodua Axia dan iPhone 8 Plus untuk di Menangi !


Hujung tahun merupakan saat yang dinantikan bagi penggemar shopping  samaada Shopping di kedai, pasaraya mahupun di dalam talian. Pasti ramai yang menantikan saat ini.

Namun tahukan anda disamping anda membeli belah anda juga berpeluang untuk memenangi Perodua Axia dan iPhone 8 Plus serta beberapa hadiah gadget menarik yang lain dengan membeli di Lazada dan membuat pembayaran secara dalam talian dengan menggunakan FPX.



FPX & Win FPXMOLPayLazada




FPX, MOLPay, & Lazada.


MOLPAY merupakan pengendali bukan bank bagi proses pertukaran kewangan FPX . Ini merupakan penyelesaian pembayaran dalam talian bagi membantu perusahaan mikro tempatan menerima pembayaran atas talian secara lancar dan selamat.

Dengan Pelan MOLPay-FPX, perusahaan mikro yang mempunyai kedai dalam talian atau laman sesawang e-dagang seperti LAZADA boleh menerima platform FPX yang membolehkan pelanggan memindahkan wang dalam akaun bank mereka kepada bank yang menyertai FPX bagi mana-mana produk atau perkhidmatan yang dibeli melalui internet.

Bank yang menyertai program FPX  Pada masa ini adalah  Bank Islam, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan RHB Bank.





 FPX & Win! 


Bersempena dengan Online Revolution 2017 ini  FPX, MOLPay dan LAzada telah bekerjasama untuk mengadakan pertandingan buat anda penggemar online shopping yang menggunakan FPX sebagai cara pembayaran pembelian online di laman sesawang lazada mahupun apps lazada.



Perodua Axia dan iPhone 8 Plus untuk di Menangi !


Berikut cik iena tunjukkan cara-cara pembelian di laman sesawang www.lazada.com.my dan melalui lazada apps


Cara Pembelian Online di Lazada Melalui Website




Langkah 1 : Buat pembelian di www.lazada.com.my



Langkah 2 : Isi Maklumat yang di perlukan dan klik Continue



Langkah 3 : Pilih Pembayaran Online Banking (FPX)  dan klik PLACE YOUR ORDER




Cara Pembelian Online di Lazada Melalui Lazada Apps






FPX & Win FPXMOLPayLazada




 Terma dan Syarat FPX & Win!

To participate in Daily prize & Weekend Special Campaign


  • MINIMUM RM30 mesti dibelanjakan semasa membeli-belah di www.lazada.com.my atau aplikasi Lazada menggunakan saluran Perbankan Dalam Talian (FPX) SAHAJA dalam tempoh kempen.
  • Peserta MESTI memuat naik foto kreatif mereka di Facebook / Instagram dan kapsyen mengapa FPX adalah pembayaran pilihan mereka
  • Peserta MESTI memasukkan nombor pesanan dalam kapsyen. 
  • Peserta MESTI memuatkan pos mereka pada hari pembelian untuk layak menyertai peraduan ini. Mereka yang memuat naik lewat dari hari pembelian mereka tidak akan dilayan.
  • Peserta MESTI meletakkan hashtag #FPXMOLPayLazada dan pos pastikan akaun di set sebagai Public
  • Hanya sah untuk pembelian dari 6 November hingga 3 Disember 2017


To participate in 1111 Special Campaign


  • Pserta mesti membelanjakan jumlah menghampiri RM111 atau amount tepat semasa membeli-belah di www.lazada.com.my atau aplikasi Lazada menggunakan saluran Perbankan Dalam Talian (FPX) SAHAJA dalam tempoh kempen.
  • Peserta MESTI memuat naik foto kreatif mereka di Facebook / Instagram dan kapsyen mengapa FPX adalah pembayaran pilihan mereka
  • Peserta MESTI memasukkan nombor pesanan dalam kapsyen. 
  • Peserta MESTI memuatkan pos mereka pada hari pembelian untuk layak menyertai peraduan ini. Mereka yang memuat naik lewat dari hari pembelian mereka tidak akan dilayan.
  • Peserta MESTI meletakkan hashtag #FPXMOLPayLazada dan pos pastikan akaun di set sebagai Public
  • Hanya sah untuk pembelian 11 November 2017


To participate in Grand Prize Campaign


  • MINIMUM RM100 mesti dibelanjakan semasa membeli-belah di www.lazada.com.my atau aplikasi Lazada menggunakan saluran Perbankan Dalam Talian (FPX) SAHAJA dalam tempoh kempen.
  • Peserta MESTI memuat naik foto kreatif mereka di Facebook / Instagram dan kapsyen mengapa FPX adalah pembayaran pilihan mereka
  • Peserta MESTI memasukkan nombor pesanan dalam kapsyen. 
  • Peserta MESTI memuatkan pos mereka pada hari pembelian untuk layak menyertai peraduan ini. Mereka yang memuat naik lewat dari hari pembelian mereka tidak akan dilayan.
  • Peserta MESTI meletakkan hashtag #FPXMOLPayLazada dan pos pastikan akaun di set sebagai Public
  • Hanya sah untuk pembelian dari 6 November hingga 3 Disember 2017

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat sila layari https://www.molpay.com/fpxmolpaylazada

Tarikh Penyertaan FPX & Win !


Kempen ini bermula dari 6 November hingga 3 Disember 2017 .  Untuk pengetahuan, gambar yang di upload di laman sosial perlu di muat naik pada hari sama pembelian. Gambar yang di upload pada hari keesokan penyertaan adalah tidak di terima.


Hadiah bernilai RM75k untuk dimenangi!


Grand Prize

  • 1 Unit Perodua Axia

11.11 Special

  • 2 Units iPhone 8 plus

Weekend Special Prize

  • Samsung Galaxy S8 : 11 - 12 Nov
  • Lenovo Yoga 520 : 18 -19 Nov
  • iPad Pro 12.9 inch : 25 - 26 Nov
  • iPhone 7 : 2 - 3 Dec

Daily Prize

  • 28 Units RM111 Lazada Shopping Voucher


Cik iena pun Join  FPX & Win FPXMOLPayLazada


Berikut cik iena tunjukkan bagaimana cik iena sertai pertandingan FPX &  Win ini . Mudah sahaja caranya . Ikuti langkah pembelian yang cik iena sertakan di atas.  Kemudian . Ikut langkah cik iena di bawah



Selepas membuat pilihan barangan yang ingin di beli dan di tambah ke dalam CART . Teruskan pembayaran seperti di bawah.





Cik iena pun Join  FPX & Win FPXMOLPayLazada
Online banking (FPX) semestinya menjadi pilihan cik iena

Cik iena pun Join  FPX & Win FPXMOLPayLazada


Selepas Shopping di Lazada dan membuat pembayaran dengan menggunakan FPX jangan lupa upload gambar Kreatif anda di Laman Sosial anda pada hari yang sama anda membuat pembayaran seperti contoh cik iena sertakan di bawah .

Instagram

Penyertaan kedua cik iena


Jammed lagi hari ni, cik iena dgr @hotfm976 , topik hari ni beli online atau d kedai menjadi pilihan? Utk cik iena semestinya online awakkk.. Cik iena super super bz, mmg x de masa nk ke kedai atau mall melainkan memenuhi jemputan event😁😁 Haha dan maka dengan itu cik iena pun tershopping la awak.. Bosan jalan jammed, bertambah mudah Dgn guna FPX sebagai payment method di @lazada_my . Cik iena suka guna FPX kerana ianya sangat mudah, lancar dan selamat untuk di gunakan. Kalau COD buat nya time dia dtg kita nan hadoo duit acaner.. Kalau kad kredit mmg cik iena enggak mauuuu... Nak shopping taknak hutang2 ,guna duit sndri je.. Tak mau amalkan sikap biar papa asal bergaya okay.. . Order no : 321241231 . #FPXMOLPayLazada #lazadaOR17 #lazadamy #MYOR17 #lazada #lazadamy #MalaysianBlogger #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #socialMediaInfluencer #ienaeliena #love #cute #fashion #igers #instadaily #beautiful #instagood #follow #happy #ienaelienalazada
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Facebook




Selamat pagi semua😊 Awai cik zalora binti lazada masuk opis.. Nak shopping sat la😁😁😁 . Ni haa tiap kali shopping lazada cik iena mesti pilih FPX sebagai payment method di @lazada_my kerana ianya sangat mudah, lancar dan selamat untuk di gunakan. #FPXMOLPayLazada Order no : 363158623 . . Haa pada korang yg suka shopping lazada jgn lupa masuk contest fpx n win tau.. Boleh baca blog cik iena mcm mana nak join❤❤ . Tuah ayam nampak d kaki tuah manusia x siapa tau.. Mana la tau dapat menang Axia ke.. Tak pon iPhone 8 Plus.. And banyak la lagi hadiah menarik.. Baca blog kite okayyy . http://www.ienaeliena.com/2017/11/Lazada-fpx-n-win.html #lazadaOR17 #lazadamy #MYOR17 #lazada #lazadamy #MalaysianBlogger #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #socialMediaInfluencer #ienaeliena #love #cute #fashion #igers #instadaily #beautiful #instagood #follow #happy #ienaelienalazada
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on



Dan apa yang paling penting jangan lupa isi borang di https://www.molpay.com/fpxmolpaylazada/?registered=true dan jangan lupa sertakan resit sebagai bukti pembayaran.


Selepas mengisi borang anda akan mendapat email pengesahan penyertaan seperti berikut :

FPX & Win FPXMOLPayLazada,





Jika anda masih samar-samar dan tidak faham boleh tonton video di bawah :)





    Youtube link: https://goo.gl/Tp6g8R


Mudah Bukan?

JAdi kepada anda di Luar sana jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik ini. Selain membeli belah anda juga dapat menang hadiah. Cik iena rasa ianya sangat menarik. CIk iena sememangnya penggemar online shopping berbanding berbelanja di Mall.

Anda juga boleh online shopping seperti cik iena dan sertai pertandingan ini dengan menggunakan pembayaran FPX.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu
(^_~)

SELAMAT BERSHOPPING di http://www.lazada.com.my/



Saksikan 4 FIlem Itali Secara Percuma di Festival Filem Itali 2017


Baru-baru ini Kedutaan Besar Itali Kuala Lumpur, The Italian Trade Agency Malaysia, Italy Malaysia Business Association (IMBA) dan TGV Cinemas telah bekerjasama untuk membawa seni, filem dan budaya Itali ke Malaysia dengan mengadakan Italian Film Festival 2017.


Blogger Letops
Blogger Letops :)


Pelancaran Festival Filem Itali 2017 di TGV 1Utama


Majlis Pelancaran Festival Filem Itali 2017 di TGV 1Utama



Italian Film Festival 2017  ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada Festival Itali 2017/18,
di mana satu siri aktiviti diadakan sepanjang tahun untuk memupuk hubungan antara Itali dan Malaysia.



Majlis Pelancaran Festival Filem Itali 2017 di TGV 1Utama


Inisiatif ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan dan penghargaan terhadap Pawagam dan budaya Itali dan menarik orang ramai untuk bergiat dengan Adegan filem kontemporari Itali.

Majlis ini telah berlangsung di Lounge INDULGE TGV Cinemas. 1Utama . Majlis disambut dengan lebih dari 200 tetamu, termasuk blogger tempatan, media, Media Sosial influencer, YouTubers popular, gorgeous beauty pageants, TV & radio hosts, pengarah filem tempatan yang berbakat, peminat filem, dan ramai lagi.



Majlis Pelancaran Festival Filem Itali 2017 di TGV 1Utama


Majlis Pelancaran Festival Filem Itali 2017 di TGV 1Utama


Cik iena juga berkesempatan menghadirkan diri dalam Majlis yang cukup meriah ini.  Pelancaran Festival Filem Itali 2017 bermula dengan sambutan hangat oleh emcee, makan malam yang lazat yang disajikan dalam aperitif dan gaya canapés  dengan Italian pasta  .



Majlis Pelancaran Festival Filem Itali 2017 di TGV 1Utama


Majlis Pelancaran Festival Filem Itali 2017 di TGV 1Utama


Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan selamat datang oleh Duta Besar dan presiden IMBA, En Bruno Bertella, sebelum tayangan  'La Mafia Uccida Solo D'estate' di tayangkan untuk para tetamu yang hadir.


Majlis Pelancaran Festival Filem Itali 2017 di TGV 1Utama


Filem komedi terbaik di Filem Eropah ke-27


Filem 'La Mafia Uccida Solo D'estate'  ini telah dianugerahkan filem komedi terbaik di Filem Eropah ke-27 .Filem  ini diarahkan oleh Pierfrancesco Diliberto 'Pif', utama pelakon sendiri.








'La Mafia Uccida Solo D'estate'



“La mafia uccide solo d’Estate/The mafia only kills in summer” focuses on dramatic
events happened in Italy, interspersing their tragic tale with clever comedy; “Pazze di
me/Women drive me crazy” gives us a hilarious perspective on family, love and
relationships, triggering hearty, endless laughter; “Italo” tells a true, touching story
that captured the heart of Italian audiences, while “Fairy Tale” brings us an intense,
captivating and chilling horror-thriller set in the Italian province.”

La Mafia Uccida Solo D’estate

About ‘La Mafia Uccida Solo D’estate’


Film: La mafia uccide solo d’estate (The mafia kills only in summer)
Duration: 90 minutes
Written by Pierfrancesco Diliberto “Pif”, Michele Astori & Marco Martani
Directed by Pierfrancesco Diliberto “Pif”
Produced by Offside with Rai Cinema



SYNOPSIS ‘La Mafia Uccida Solo D’estate’

Inspired by real events, this is a black comedy about 20 years of history of Sicily from 1970s to 1990s, mocking Mafia Bosses and restoring the generosity of the heroes of Antimafia. It's focused on Arturo, a young boy who grows up in Palermo and tries to conquer his beloved Flora.

The movie starts off in Palermo on 10 December 1969, when its main character Arturo is conceived. At that moment, on the same street, one of the most brutal mafia massacres is committed. Actors in the massacre include future Cosa Nostra leaders Salvatore Riina and Bernardo Provenzano. From that moment onwards,



Arturo’s life will intersect with Sicilian mafia, the police, anti-mafia judges. Arturo is brought up in a Palermo that ignores the existence of the mafia. When someone is killed, people say it is an honour killing, accusing the victim of having dirty hands. Little Arturo falls in love with one of his classmates, Flora. 


When he sees prime minister Giulio Andreotti talking about his love declaration (in a cemetery!) to his future wife, Arturo becomes convinced that the most talked about man in Italy is a legend. He collects photos and articles and dresses up as Andreotti for carnival, complete with hunch and pointy ears.


The head of mobile police team Boris Giuliano, judge Rocco Chinnici, general Carlo Alberto Dalla Chiesa, communist parliamentarian Pio La Torre: how many homicides need to happen before Arturo, now in his 20s, and played by Pif, realises that the mafia kills, and not just in the summer. 


When, in the 1990s, the terrible massacre season will start in earnest, culminating with the death of judges Giovanni Falcone and Paolo Borsellino, the film’s impact will suddenly reach new levels. 

The film never abandons its satirical tone, irresistible situations and gags, making the mafia look ridiculous, all the while respecting the historical gravity of events.


Trailer ‘La Mafia Uccida Solo D’estate’



AWARDS, NOMINATIONS & SCREENINGS


- 2014 Annecy Italian Cinema Festival: Grand Prix
- 2014 BIFEST - Bari International Film Festival: First and Second
Feature Competition Award - Best Film (Pif)
- 2014 Bimbi Belli Festival: Best Discussion & Best Film
- 2014 Busto Arsizio Film Festival: Audience Award & Best Screenplay
2014 David di Donatello Awards: David: Best New Director & David of
the Youth
- 2014 David di Donatello Awards: Nominated for the David: Best Film,
Best Screenplay, Best Producer, Best Song, Best Costume Design, Best
Make-up, Best Visual Effects
- 2014 European Film Awards: European Film Award for European comedy
- 2014 Golden Ciak Awards: Ciak of the Youth
- 2014 Golden Ciak Awards: Nominated for the Golden Ciak – Best
screenplay, Best Editing, Best Production Design, Best Costume Design,
Best Producer
- 2014 Golden Globes, Italy: Golden Globe for Best Screenplay
- 2014 Golden Globes, Italy: Nominated for the Golden Globe for
Best Film, Best Comedy, Best First Feature
- 2014 Italian National Syndicate of Film Journalists: Silver ribbon for Best
New Director & Best Original Story
- 2014 Italian National Syndicate of Film Journalists: Nominated for the
Silver ribbon for Best Supporting Actress, Best Producer, Best Editing,
Best Casting Director
- 2014 Premio Berenice: La Chioma di Berenice - Best Music in Film
- 2013 Torino Film Festival: Audience Award
- 2013 Torino Film Festival: Nominated for the Prize of the City of Torino
for Best Feature Film



Saksikan 4 FIlem Itali Secara Percuma di Festival Filem Itali 2017
FOKUSNYA CIK BLOGGER AMBIL GAMBAR

Selain  dari filem ‘La Mafia Uccida Solo D’estate’ . Terdapat tiga lagi filem yang akan  di tayangkan secara percuma iaitu iaitu Italo, Pazze Di Me  dan Fairy Tale di Festival Filem Itali 2017. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang filem yang di tayangkan dan membuat tempahan sila layari http://bit.ly/IFF2017TGV.


Fairy Tale
Fairy Tale

Italo
Italo


Pazze Di Me
Pazze Di Me



Italian Film Festival 2017  | Festival Filem Itali 2017


Jom Lihat seni dan kecantikan bahasa Itali dan nikmati keindahan budaya mereka,
Bermula dari 6 hingga 12 November 2017 di Pawagam TGV berikut secara percuma

1. TGV KLCC
2. TGV Sunway Velocity
3. TGV 1Utama

Pada yang inginkan pengalaman Itali yang lengkap?
Dapatkan Italian Buffet dengan harga hanya RM25 (RM20 untuk ahli kelab filem TGV). Italian Buffet ini boleh didapati di TGV 1Utama dan TGV Sunway Velocity.

Tempah tiket anda sekarang di http://bit.ly/IFF2017TGV.




Majlis Pelancaran Festival Filem Itali 2017 di TGV 1Utama
Cik iena ketika di Majlis Pelancaran Festival Filem Itali 2017 di TGV 1Utama


Tempahan tiket diperlukan sekiranya anda mahukan tempat duduk terbaik (^_~) Italian Film Festival 2017 ini adalah sebahagian daripada Festival Itali 2017/18 yang dianjurkan oleh Agensi Perdagangan Itali Malaysia,  Kedutaan Itali Kuala Lumpur, dan Persatuan Perniagaan Itali Itali (IMBA). Festival Itali 2017/18 menampilkan siri aktiviti yang diadakan sepanjang tahun untuk memupuk hubungan antara Itali dan Malaysia.

Jom sama-sama memeriahkan Italian Film Festival 2017


Majlis Pelancaran Festival Filem Itali 2017 di TGV 1Utama
Jom sama-sama memeriahkan Italian Film Festival 2017










Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve