Grab The Promo

KL WANGAN FILEM KEDUA ARAHAN PEKIN IBRAHIM

Beberapa minggu yang lepas Cik iena telah pun menonton Filem KL Wangan semasa Tayangan Perdana KL Wangan yang berlansung di GSC Pavillion . Difahamkan dalam Filem ini Faizal Hussein melakukan sendiri stunt untuk filem ini bermakna beliau memandu sendiri semasa perlumbaan tersebut.

 ARAHAN PEKIN IBRAHIM


Kepada peminat Lumba kereta anda seharusnya tonton Filem ini kerana ianya pasti menghiburkan anda. Jika ditanya pada Cik iena yang bukan peminat Lumba kereta pastinya komen nya biasa-biasa. Tapi apa yang dapat cik iena bagi tau Cik iena suka lakonan Faizal Hussein dan juga Pekin Ibrahim.

Istimewanya lagi Filem ini bagi cik iena adalah ianya dibintangi oleh Donny Alamshah pelakon dari Indonesia yang kacak . hahaha secara jujurnya Cik iena kalau tengok Movie yang bukan nichie Cik iena perlu ada seseorang yang Hensem untuk buat Cik iena tengok hahaha.

Eh Selain Donny , Faizal Hussein juga pelakon yang Cik iena suka . Pelakon Legend dari Zaman Filem Gila Gila Remaja . Sentiasa nampak muda je. Menurut Faizal Hussein tips beliau sentiasa kelihatan muda adalah makan nasi tanpa tambah. :)

Tayangan Perdana KL Wangan



Untuk pengetahuan KL Wangan bermaksud KL Midnight Race (Perlumbaan Malam). Okay berikut cik iena tulis mengenai sinopsis filem ini.



SINOPSIS KL WANGAN


Mengisahkan HONG (Kazuto)  dan YUDI (Faizal Hussein) yang mempunyai sejarah dendam dalam perlumbaan kereta. Cerita ini bermula apabila HONG dan YUDI bertemu kembali di jalanraya dan berlumba. HONG mengalami kemalangan dan di selamatkan oleh seorang pemandu teksi bernama EJAY (Pekin). Ejay ditawarkan oleh Hong untuk mendapatkan kembali wang yang diambil oleh Yudi pada malam kemalangan tersebut.

KL WANGAN FILEM KEDUA ARAHAN PEKIN IBRAHIM


EJAY berjaya menjejaki YUDI, dan meminta wang tersebut. YUDI meletakkan syarat sekiranya Hong inginkan wangnya kembali mereka harus turun ke jalanan untuk kembali berlumba.

Jika HONG memenangi perlumbaan tersebut,  wang akan dipulangkan. Malangnya HONG tidak boleh memandu akibat kemalangan tempoh hari dan meminta EJAY mengantikan tempatnya untuk berlumba.

Pada awalnya. EJAY  menolak permintaan HONG kerana dia sedang diburu Gangster Indonesia yang ingin membalas dendam berpunca dari pergolakan terdahulu dengan ayah EJAY.

Dalam waktu yang sama, HONG mempunyai seorang anak perempuan bernama OLIVIA. OLIVIA menyalahkan Hong ekoran kematian ibunya dan menentang ayahnya untuk kembali berlumba.

Pada perlumbaan akhir, berlaku pergaduhan di antara geng HONG dan YUDI. OLIVIA pergi ke tempat pergaduhan dan cuba menghalangnya  terjadi. Namun setelah sampai di tempat kejadian, OLIVIA terkejut melihat YUDI. Mengapa Olivia terkejut melihat YUDI ? Dan dapatkah EJAY menyelesaikan masalah HONG? Apakah punca sebenar konflik di antara YUDI , HONG , OLIVIA dan EJAY?


KL WANGAN – Perlumbaan Malam



 ARAHAN PEKIN IBRAHIM

Genre          : Aksi
Format        : 2D
Durasi         : 90 Minit
Bahasa        : Bahasa Malaysia
Klafikasi        : P 13
Pengarah         : Pekin Ibrahim
Tarikh Tayang    : 21 Disember 2017
Penerbit        : CENTRO PICTURES SDN. BHD.
Pengedar        : SKOP PRODUCTION SDN BHD
Pelakon     : Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Kazuto Soon, Emily Lim,  
  Jasmine Suraya, Xu Ping, Kodi Rasheed, Kamarul Hj       
  Yusoff, Donny Alamshah, Datuk Yusof Haslam
Tagline        : #Bikingempak



OST KL WANGAN


OST KL Wangan Oleh Altimet Menampilkan Faizal Hussein Dan Pekin Ibrahim . Soundtrack rasmi KL Wangan dihasilkan oleh Alimet bersama sama dengan video muzik yang menampilkan Faizal Hussein dan Pekin Ibrahim. Dalam video muzik ini anda dapat dilihat Faizal Hussein rap dan lirik lagunya memang menarik dan kena dengan tema lumba kereta.




Tayangan Perdana KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
BArisan pelakon KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
Cik iena sewaktu di Tayangan Perdana KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
Altimet  semasa di Tayangan Perdana KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
Faizal Hussein semasa Tayangan Perdana KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
Pekin Ibrahim semasa Tayangan Perdana KL Wangan




Tayangan Perdana KL Wangan
Cik iena bersama pelakon utama faizal hussein


Cik iena sewaktu di Tayangan Perdana KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
Cik PA :)

 Wokay jangan lupa saksikan KL Wangan pada 21 Disember 2017  :)

New Face Duo Stick dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku

WANITA dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Untuk kelihatan cantik,
wanita sanggup menghabiskan wang ringgit untuk membeli produk kecantikan mahupun solekan.
Tidak kurang juga dengan cik iena, cik iena memang gemar mengumpul alat solek.


New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku

Baru-baru ini cik iena telah mencuba dua Produk dari Shekku Skin Revolution iaitu NEW FACE Duo Stick dan CHU CHU Tone Up Sun Stick.  Menariknya  produk dari Shekku ini adalalah kedua-duanya dalam bentuk Duo stik .




Cik iena yakin mesti anda tidak pernah dengar akan jenama Shekku. Cik iena pun baru first time dengar. Ternyata produk ini memang sangat bagus dan menarik. Ia merupakan produk dari Korea.  Korea sememangnya kaya dengan produk kecantikan dan kosmetik. Cik iena sememangnya sangat  menggemari produk Korea ni.


New Face Duo Stick dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku



NEW FACE Duo Stick yang berfungsi untuk menghilankan blackhead sangat unik berbanding krim atau nose pad untuk mengatasi masalah blackheads. CHU CHU Tone Up Sun Stick pula menarik kerana mempunyai berus untuk anda meratakan foundation yang di gunakan.

Produk keluaran Shekku ini juga mempunyai kelulusan dari KKM. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu menggunakannya kerana produk ini selamat untuk digunakan

Okay jom cik iena kongsi tentang kedua-dua produk dari Shekku yang telah Cik iena cuba.

New Face Duo Stick dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku



NEW FACE Duo Stick Blackhead and Pore Tightening Ice Stick




NEW FACE Duo Stick Blackhead and Pore Tightening Ice Stick
NEW FACE Duo Stick Blackhead and Pore Tightening Ice Stick


NEW FACE Duo Stick ini merupakan produk 2 dalam 1 dimana satu bahagian adalah untuk blackhead stick manakala lagi satu hujung adalah pore tightening ice stick. Ia mempunyai packaging yang sangat menarik dan amat menyenangkan pengguna kerana ianya mudah untuk diaplikasikan dan juga mudah untuk dibawa ke mana-mana.





NEW FACE Duo Stick Blackhead Stick & Pore Tightening Ice Stick






Untuk pengetahuan, Blackhead stick ini diperbuat daripada serbuk arang dan tepung jagung. NEW FACE DUO STICK ini juga berfungsi untuk membuang whitehead, blackhead dan  sel kulit mati. serta Mempunyai fungsi cooling effect .


NEW FACE Duo Stick Blackhead and Pore Tightening Ice Stick
NEW FACE Duo Stick |  Blackhead Stick



Fungsi Blackhead stick ni adalah:


  • Menghapuskan blackhead dan whitehead
  • Membaiki stratum corneum (lapisan paling luar epidermis)
  • Mengurangkan rembesan sebum
  • Membersihkan kulit secara mendalam
  • Melegakan kulit yang merengsa
  • Mengecilkan liang pori

Manakala Pore Tightening Ice Stick pula ianya diperbuat daripada air glasier Iceland.



NEW FACE Duo Stick Blackhead and Pore Tightening Ice Stick
NEW FACE Duo Stick |  Pore Tightening Ice Stick

Fungsi Pore Tightening Ice Stick :


  • Mengecilkan liang pori dan melegakan kulit.
  • Meningkatkan tona kulit.
  • Menurunkan suhu kulit.
  • Mengurangkan bengkak pada muka.
  • Menghasilkan rasa berais apabila disapu.

Cara penggunaan NEW FACE Duo Stick:


1. Basahkan muka anda terlebih dahulu dengan air suam (tujuan membasuh muka menggunakan air   suam adalah untuk membuka pori-pori wajah)

Sapukan Blackhead stick pada tempat yang anda ingin hapuskan bintik hitam dengan gerakan membulat
Sapukan Blackhead stick pada tempat yang anda ingin hapuskan bintik hitam dengan gerakan membulat



2. Sapukan Blackhead stick pada tempat yang anda ingin hapuskan bintik hitam dengan gerakan membulat.

urut perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih
urut perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih






3. Apabila buih yang mencukupi telah dibentuk, urut perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih .
Lap hingga kering.



4. Sapukan Pore Tightening Ice stick secara perlahan supaya bahannya dapat meresap sepenuhnya pada tempat yang anda inginkan.



Sapukan Pore Tightening Ice stick
Sapukan Pore Tightening Ice stick


Info Produk:

NEW FACE Duo Stick  Blackhead and Pore Tightening Ice Stick

KKM - NOT170907076K
Berat 16g
RM149.00 sebiji

CHU CHU Tone Up Sun Stick 



CHU CHU Tone Up Sun Stick
CHU CHU Tone Up Sun Stick



CHU CHU Tone Up Sun Stick berfungsi untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari dan  bertindak sebagai asas solekan untuk solekan natural. Jika kita lihat, gadis-gadis Korea tidak mengenakan solekan tebal.


CHU CHU Tone Up Sun Stick





Mereka hanya mengenakan solekan nipis atau natural supaya dapat menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi mereka. Solekan mereka semuanya kelihatan cantik semulajadi dan kelihatan segar dengan efek-efek kemerahan pada wajah di mana blusher atau pembayang pipi memainkan peranan penting dalam solekan orang korea.


Untuk pengetahuan anda CHU CHU Tone Up Sun Stick ini juga 2 dalam 1, cuma bezanya adalah satu bahagian adalah foundation dan satu bahagian lagi adalah berus solekan.  Foundation seperti ni sangat sesuai untuk di bawa ke pejabat mahupun untuk travel. Sangat Mudah dan praktikal.  Anda tidak perlu membawa banyak-banyak berus lagi di dalam beg tangan anda. Selain itu dapat juga menjmatkan ruang beg tangan anda.

CHU CHU Tone Up Sun Stick
CHU CHU BRUSH

Kelebihan CHU CHU Tone Up Sun Stick :


  • Mempunyai 7 jenis vitamin yang berfungsi untuk mencerahkan tona kulit wajah anda dan anti-kedut.
  • Mempunyai 5 jenis minyak berasaskan tumbuhan untuk kelembapan kulit anda.
  • Mampu mencerahkan kulit serta-merta
  • Bertindak 2 kali ganda sebagai pelindung matahari kepada kulit anda.
  • Bintang pada stick tu pula akan menyesuaikan warna kulit anda dengan tepat dan menjadikan kulit anda kelihatan semulajadi lepas memakainya.


CHU CHU Tone Up Sun Stick
CHU CHU Tone Up Sun Stick

Cara penggunaan CHU CHU Tone Up Sun Stick :



1. Sebelum mengaplikasikan CHU CHU Tone Up Sun Stick cik iena terlebih dahulu mengenakan pelembab wajah kerana tekstur kulit cik iena adalah kering.


Sapukan Tone Up Sun stick pada kulit wajah
Sapukan Tone Up Sun stick pada kulit wajah



2.  Kemudian Sapukan Tone Up Sun stick pada kulit wajah .



Ratakan pada keseluruhan wajah dengan menggunakan berus
Ratakan pada keseluruhan wajah dengan menggunakan berus



3. Ratakan pada keseluruhan wajah dengan menggunakan berus yang terdapat pada satu bahagian lagi.
4. Kemudian Siap!


Untuk menampakkan ala-ala korea letak pemerah pipi pada wajah dan gunakan pembayang mata bewarna peach atau pink lembut pada kelopak mata dan letakkan sedikit pembayang mata yang sama di bahagian bawah mata juga. Sapukan mascara dan lipstick kemudain siap . Solekan ringkas yang dapat melindungi kulit anda daripada cahaya matahari.


New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku
Yeay dah siap guna New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku




New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku
New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku



Selepas beberapa minit diaplikasikan pada wajah kulit cik iena jadi glowing dan tidak kering. Dah macam kulit orang korea pulak glowing shining :)



Info Produk

Chu Chu | Tone Up Sun Stick

KKM - NOT170907199K
Berat 11.5g
RM149.00 sebiji



Kepada anda yang ingin mendapatkan produk dari Shekku ini, sekarang mereka sedang mengadakan promosi Christmas.

shekku critsmas promo








Info Produk:


NEW FACE Duo Stick | Blackhead & Pore Tightening Ice Stick

KKM - NOT170907076K
Berat 16g
RM149.00 sebiji

Chu Chu | Tone Up Sun Stick

KKM - NOT170907199K
Berat 11.5g
RM149.00 sebiji

New Face + Chu Chu
RM249.00 sahaja



Untuk maklumat lanjut mengenai produk sila layari  www.shekku.com/home-dh






Laser Tanpa Efek Kemerahan Dengan Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic

Tiga bulan yang lepas Cik iena telah mula menjalankan satu rawatan Lazer yang bertujuan untuk menangani masalah pori terbuka. Cik iena telah melakukan rawatan sebanyak tiga kali iaitu sebulan sekali rawatan di  The Suisse Clinic yang bertempat di Mid Valley.

Celebrity Review


Ini merupakan pengalaman kedua cik iena melakukan rawatan Laser dimana ini merupakan Rawatan Laser yang cik iena gemari kerana ianya tidak mempunyai tempoh "DOWN TIME" berbeza dengan rawatan sebelumnya yang mempunyai tempoh "DOWN TIME " selama lebih kurang 3 ke  7 hari bergantung kepada Individu.

Di dalam tempoh tersebut berlaku perubahan ketara pada wajah di mana pada wajah cik iena wajah menjadi merah dan bengkak seperti di gigit serangga dalam tempoh satu hari. Kemudian ianya beransur pulih selama 3 hari .

Berbeza dengan rakan Cik iena yang mengalami rawatan yang sama. Dalam masa 24 jam tiada perubahan tetapi selepas 24 jam kulit hidung kelihatan terbakar dan terdapat kulit hitam kering yang bayak muncul di bahagian hidung dan ianya memakan masa 7 hari untuk Hilang.

Selepas tempoh "DOWN TIME " tersebut barulah kulit menjadi cantik . Rawatan tersebut ok cuma ianya mempunyai tempoh "DOWN TIME" yang agak tidak sesuai untuk cik iena yang aktif ke Majlis-Majlis tertentu malainkan buat anda yang boleh duduk di rumah selama Seminggu :)

Okay jom cik iena cerita tentang  Cutera Laser Genesis yang mana rawatan laser ini tidak mempunyai tempoh "DOWN TIME" dan sesuai untuk semua jenis kulit.


Apa itu Cutera Laser Genesis



Cutera® Laser adalah FDA yang diluluskan oleh  ND Yag Laser. Yang mana ianya  digunakan untuk peremajaan kulit. Ia juga digelar "Lunch Time Procedure"  kerana ia tidak memerlukan permintaan sosial sosial yang diperlukan. Mesin yang digunakan di import dari Amerika Syarikat dan digunakan secara meluas di Hospital-hospital  Singapura .

Cutera adalah teknologi laser kulit premium untuk merawat dan meremajakan kulit.  Cutera terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu peremajaan , penganjalan, dan pencerahan . Rawatan laser ini mampu menyelesaikan semua masalah kerosakan kulit yang paling biasa. Antaranya adalah penuaan, bintik hitam, garis halus, kedut, dan kulit kendur.


Manfaat Cutera Lazer Genesis 


• Tiada kesan sampingan dan downtime .
• Penembusan  secara mendalam untung ransangan pertumbuhan kolagen
• Sesuai untuk semua jenis kulit
• Meningkatkan penampilan kulit secara keseluruhan
• Meremajakan kulit.
• Mengurangkan  kerutan kedut dan garis garisan halus.
• Menganjal dan Mengetatkan liang pori-pori .
• Meringankan Lighten pigmentasi atau tanda parut parut jerawat.



Untuk mendapatkan hasil maksimum, semua peringkat rawatan ini boleh dilakukan 3-4 kali dalam tempoh satu bulan sekali. Walaubagaimanapun tahap keberkesanan berapa kali rawatan adalah bergantung pada kulit seseoarang. Untuk kulit cik iena cuma 3 rawatan laser dalam masa 3 bulan.



The Suisse Clinic


Ditubuhkan pada tahun 2014, The Suisse Clinic adalah klinik gaya hidup terkemuka di Kuala Lumpur. The Suisse Clinic menekankan kepada penyelesaian yang selamat dan berkesan untuk penuaan dan kesejahteraan yang sihat.

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic


Rawatan di The Suisse Clinic  termasuk penjagaan kesihatan utama, rawatan dermatologi, penjagaan rambut dan pengurusan berat badan dan gannguan gaya hidup.


The Suisse Clinic


Untuk pengetahuan anda, The Suisse Clinic merupakan sebuah klinik yang mempunyai peralatan perubatan yang sangat baik, produk berkualiti tinggi dan pasukan perubatan profesional untuk menyesuaikan penyelesaian berkesan buat masalah anda.


Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Sebelum berjumpa doktor anda akan di beri minuman dan akan bertemu dengan beautician yang akan menerangkan tentang pakej rawatan

Untuk makluman anda lagi, The Suisse Clinic mempunyai pengamal perubatan bersertifikat dan mereka sangat mahir dan kekal di barisan hadapan pengetahuan perubatan dan teknologi. Disamping itu The Suisse Clinic menggunakan produk dan peralatan yang diluluskan oleh FDA sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap penjagaan dan keselamatan pesakit untuk memberikan hasil yang luar biasa.


Pengalaman Menjalani Cutera Laser Genesis


Rawatan Pertama Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic


Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Mesin yang di gunakan untuk scan wajah


Untuk rawatan pertama, Doktor akan cek kondisi kulit kita terlebih dahulu kemudian memberikan info mengenai kulit kita serta apa yang perlu di lakukan utuk menjaga kulit supaya sihat dan cantik. Terdapat beberapa alat yang di gunakan antaranya seperti gambar di bawah.




Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
hasil scan mesin diatas



Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Doktor akan menerangkan kondisi kulit hasil dari scan diatas


Kemudian prosedur seterusnya wajah akan di bersihkan dari solekan . Bahagian mata tidak termasuk dalam perawatan ini jadi tidak menjadi masalah jika solekan mata tidak di bersihkan.

Selepas membersihkan solekan . Proses Laser akan di jalanka . Pada ketika ini apa yang dapat cik iena gambarkan ianya tidak sakit. Cuma cik iena ada bau benda terbakar. Haa untuk pengetahuan bau terbakar tu bau bulu roma. Almaklumlah bulu roma cik iena banyak.

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Bilik rawatan laser


Selepas melakukan laser. Doktor akan membantu kita membuang bulu roma sekiranya perlu. Tahukan anda bulu roma lah yang menyebabkan pori-pori terbuka. Jadi kalau kita kurang bulu roma pada wajah maka kurang lah masalah pori pori terbuka yang banyak.

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Bilik rawatan laser serta peralatan yang di gunakan

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
mesin yang digunakan untuk laser wajah

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Penutup mata yang digunakan bagi mengelakkan dari bahagian mata terkena laser


Semasa sesi membuang Bulu roma ini, ais batu akan di guna untuk menyejukkan wajah terlebuh dahulu baru lah sejenis laser di guna untuk membuang bulu roma. Haaa untuk buang bulu roma ini ada rasa kene gigit semut sedikit. Semasa Cutera lase ry takde rasa sakit.

Itu untuk cik iena lah. Setiap individu pasti akan rasa benda yang lain. Tapi adakalanya rasa takut yang menjadikan sakit(mind set laser itu sakit). Tips nya jangan cemas. Rileks sahaja. Memang tak rasa sakit. Ini merupakan pengalaman kedua CIk iena melakukan rawatan laser.

Selepas membuang bulu roma . Wajah akan di sapukan masker selama 15 ke 20 minit kemudian krim SPF akan di sapu dan selesai.

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Selepas rawatan anda perlu mengisi survey form


Rawatan Pertama Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic
Gambar diatas adalah gambar dengan solekan sebelum rawatan dan gambar di bawah gambar selepas rawatan tanpa solekan





Cik iena lakukan rawatan pertama pada 9 September 2017



Yeay da lepas 2 minggu tempoh pantang tak boleh pakai skincare yg ade asid haha.wokay da blh review skincare.. Ini dua minggu selepas first session utk Cutera Lazer genesis di @thesuisseclinic .. . . Untuk pengetahuan Cutera merupakan premium skin laser untuk merawat dan meremajakan kulit. Rawatan Cutera sesuai utk anda yg mempunyai masalah open pores dan pigmentation.. . . Selain itu rawatan lazer ini juga tidak mempunyai tempoh downtime seperti rawatan lazer yang lain.. . . Kalau korang ada masalah parut jerawat mcm bulan tu hehe blh cuba dia tiga kali rawatan.. Kesan rawatan bergantung pada individu 😊😊 . . Untuk iena, iena takde banyak masalah cuma kulit kering dan open pore..ini dari apa yang doktor cek sebelum rawatan.. Kulit kering sebab faktor usia..kolagen kurang hahaha..lepastu open pores sb banyak bulu roma😂😂 Yg lain keseluruhan ok.. . . haaa sebabnya iena amalkan beberapa supplement utk jaga kulit 3 series cik iena ni.. Almaklumla awakkk kita da 3 series tau..nak nampak kekal muda remaja perlu la amalkan supplement😊😊😊 . Wokay nty iena share ape yg iena amalkan tau.. . #cuteralazer #cuteralazertreatment #thesuisseclinic #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #socialMediaInfluencer #instagood #photooftheday #fashion
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on





Kesan Awal Rawatan Pertama


Kesan awal yang cik iena dapat rasa ketika ini kulit wajah cerah serta merta. Maksudnya lebih cerah dari sediakala. Tiada kesan kemerah-merahan seperti rawatan laser yang cik iena lakukan sebelum ini.

Yang menarik boleh terus mengenakan solekan. Ini pasti menjadi kerisauan kaum hawa kalau tak boleh bersolek selepas rawatan. Dengan Cutera laser anda boleh bersolek selepas rawatan.


Penjagaan selepas rawatan laser (Cutera Laser Genesis Treatment)


Dua perkara yang di tegaskan oleh Doktor yang merawat cik iena untuk rawatan Cutera Laser Genesis ini adalah

1. Guna Hydating Mask Setiap Malam selama dua minggu selepas rawatan
2. Guna Sunblock

Untuk mendapatkan Hasil yang cantik dan bagus, dilarang menggunakan produk yang mempunyai Acid  selama Dua minggu selepas rawatan dan juga tidak boleh menggunakan skrub mahupun pencuci wajah berjenis skrub.

Maafkan cik iena, cik iena lupa nak catit apa yang doktor cakap kenapa tak boleh guna produk penjagaan wajah ber asid .


Baca selanjutnya dalam artikel yang pernah cik iena tulis sebelum ini mengenai penjagaan selepas rawatan laser : http://www.ienaeliena.com/2017/09/penjagaan-selepas-rawatan-laser-cutera.html

Baca lagi artikel yang berkaitan penjagaan rawatan Cutera di http://www.ienaeliena.com/search/label/Cutera%20Laser%20Genesis?max-results=12


Untuk pengetahuan tiada pantang larang lain seperti pantang larang makanan untuk rawatan ini :)
cuma anda perlu kurangkan aktiviti luar bagi memastikan kulit tidak terlalu terdedah pada matahari untuk tempoh dua minggu pertama selepas rawatan.







Rawatan Kedua Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic



Prosuder rawatan adalah sama seperti rawatan pertama kecuali prosuder pertama untuk cek kondisi kulit wajah dan penjelasan mengenai kondisi wajah oleh Doktor.

Rawatan Kedua Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic
Gambar diatas adalah gambar dengan solekan sebelum rawatan dan gambar di bawah gambar selepas rawatan tanpa solekan kecuali solekan bahagian mata



Liveupdate Rawatan Kedua  Cutera Lazer genesis di The Suisse Clinic
















A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on



Rawatan Ketiga Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic

 

Rawatan Ketiga Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic
Gambar tanpa solekan selepas Rawatan Ketiga Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic

Rawatan Ketiga Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic
Gambar tanpa solekan selepas Rawatan Ketiga Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic

 

A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Prosuder rawatan adalah sama seperti rawatan kedua.



Review Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic


Secara keseluruhan Cik iena suka akan hasilnya kerana kuli wajah cik iena lebih lembab dari sebelumnya dan garisan halus bawah mata berkururangan serta eye bags bawah mata juga berkurangan.

Kulit menjadi lebih anjal dan tiada masalah pori terbuka . Kulit kelihatan licin tetapi buat masa ini muka cik iena ada jerawat datang bulan . Itu sudah menjadi kebiasan Cik iena jerawat datang bulan :)

Selain daripada itu tona kulit juga lebih cerah berbanding sebelumnya.


 Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
gambar sejurus selepas rawatan laser

 Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Gambar kiri sehari selepas rawatan pertama laser, elepas solat asar di pejabat tanpa solekan manakala
Gambar kanan gambar semasa (12.12.2017) selepas rawatan ketiga laser selepas solat asar di pejabat tanpa solekan



Video Review Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic



Cutera Laser Genesis Rating

8/10

The Suisse Clinic  Service Rating

10/10


Testimoni Cutera Laser Genesis


Testimoni Cutera Laser Genesis

Celebrity Review


Celebrity Review

Anda juga boleh membaca Celebrity Review yang lain di http://thesuisseclinic.com/celebrity-reviews/

Harga Cutera Laser Genesis

 Harga untuk satu kali rawatan laser ini adalah RM800


Kepada anda di Luar sana yang berminat untuk menjalani rawatan ini sila layari website dan laman sosial atau boleh hubungi mereka seperti maklumat yang tertera di bawah.







Untuk Maklumat Lanjut :


Suisse Clinic Sdn Bhd (1091050-V)
Unit A-M-2, Mezzanine Floor,
Northpoint Offices, Mid Valley City,
No. 1 Jalan Medan Syed Putra Utara,
59200 Kuala Lumpur
Malaysia

  +603 2283 6886
 +6012 369 0882
 enquiries@thesuisseclinic.com









Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve